Anda di halaman 1dari 4

BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ INKLUSIF 2

SUKAR Bukanlah satu perkara mudah untuk mendapatkan bantuan ikhlas daripada guru yang tidak terlibat secara langsung dengan anak-anak istimewa ini dalam program inklusif. Tidak ada sesiapapun harus dipersalahkan apabila cadangan untuk program inkusif murid pendidikan khas ditolak mentah-mentah samada oleh pihak pentadbir mahupun guru-guru di aliran perdana, "Mereka yang dapat elaun RM 250 mengapa kita yang kena ajar murid-murid itu" Ini adalah persoalan yang penah aku dengar daripada rakan-rakan guru di aliran perdana. Kata-kata ini memang ada kebenarannya. PERANAN KITA Kita di sini termasuk saya perlu berperanan agar program inklusif boleh berjaya jika tidak sepenuhnya biarlah walaupun hanya sebahagian. Kita perlu melakukan sesuatu agar usaha membantu oleh guru-guru di aliran perdana dapat dilaksanakan dengan ikhlas tanpa memikirkan soal elaun. Banyak faktor mengapa program inklusif tidak dapat mencapai tahap yang diinginkan. Terdapat juga beberapa cadangan mengatasi yang inginku tuliskan disini. KURANG PENGETAHUAN. Guru di aliran perdana kurang atau langsung tidak ada pengetahuan tentang program inklusif. Oleh itu: 1. Guru aliran perdana perlu diberi pendedahan tentang mengapakah perlu program inklusif kepada murid-murid bekerpeluan khas. Contoh: Keperluan social Keperluan untuk membina keyakinan diri Keperluan untuk berdikari

Keperluan untuk diterima sama dalam masyarakat Keperluan menguruskan diri Keperluan belajar dengan guru lain selain daripada guru pendidikan khas sendiri. 2. Guru di aliran perdana perlu diberi pendedahan tentang tugas lain guru pendidikan khas semasa ketiadaan murid kerana mengikuti progam inklisuf. Ini dapat mengelakkan prasangka yang tidak diingini berlaku. Contoh: -Menjalankan pengajaran individu untuk murid-murid yang severe samada dalam pengurusan diri mahupun pengurusan tingkahlaku.

Membina RPI Membuat keceriaan kelas 3. Pentadbiran dan guru-guru lain di aliran perdana perlu diberi pendedahan tentang pelaksanaan sebenar program inklusif. ( boleh dibuat dalam, bentuk kertas kerja dan dibentangkan semasa mensyuarat kurikulum) 4. Guru pendidikan khas perlu sentiasa memantau perjalanan program inklusif ini dari segi: -Pencapaian murid -Kehadiran murid - Kesihatan murid -Tingkah laku murid -Masalah yang dihadapi oleh guru perdana apabila murid-murid ini diinklisufkan dan membantu untuk mengatasinya. 5. Berikan penghargaan kepada guru-guru di aliran

perdana yang terlibat juga pentadbiran yang memberi

sokongan kepada pelaksanaan inklusif ini dengan cara: - Memberi sijil/surat penghargaan - Memberi cenderahati semasa sambutan hari guru atau hari penyampaian hadiah. -Merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam majlis resmi sekolah. 6. Guru di aliran perdana perlu diberi taklimat tentang tahap pencapaian murid di program pendidikan khas sebelum mereka mengajar anak-anak ini. 7. Guru pendidikan khas perlu menyediakan laporan perkembangan pembelajaran murid dengan bantuan guru di aliran perdana . Selain daripada untuk diberi kepada ibubapa, laporan perlu inklusif dapat dikerahui semua. dibentangkan dalam mesyuarat kurikulum supaya keberhasilan pelaksaan

MUGA TULISAN INI DAPAT SEDIKIT MEMBANTU PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF DI SEKOLAH

Fail Program Inklusif


Jawatankuasa Program Inklusif, Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif, Jadual Waktu guru dan murid pendidikan khas yang terlibat, Biodata murid pendidikan khas yang diinklusifkan, Rekod kehadiran murid pendidikan khas ke kelas inklusif, Salinan surat menyurat pelaksanaan Program Inklusif, Laporan sebelum pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan penilaian serta tindakan susulan,

Rekod prestasi murid pendidikan khas, Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.