Anda di halaman 1dari 11

USRAH

Usrah merupakan salah satu dari sistem dalam islam.Dalil menyebarkan dakwah islam bermula dari pengumpulan kecil-kecilan untuk kenal islam di lakukan oleh Rasulullah saw di rumah arqam abi al-arqam ketika awal penurunan islam. Hassan al-banna pernah menyebut jalan dakwah kita ini adalah jalan dakwah yang satu Bermaksud,dakwah seperti Rasulullah,adalah adalah yang patut kita gunakan zaman sekarang. Pengumpulan dan usrah (5-6 orang) Jadi wasilah penyampaian islam itu sentiasa berjalan sehingga sekarang,perasan tak? Tak perasan kalau anda tiada usrah dan anda tak pernah buat dakwah! serious! Jadi dari jalan dakwah yang satu ini,Hassan al-banna mula mengumpulkan anak-anak muda di kampung-kampung dan seluruh Mesir.Dan kemudian membentuk Katibah(Pengumpulan usrahusrah kecil) untuk mencari Murabbi yang boleh membawa usrah. Nak cari Murabbi supaya membantu Hassan al-banna buat usrah ketika itu. Proses Katibah berlansung bukan 2-3 hari tapi bertahun lama sehingga lahirlah murabbi-murabbi yang boleh membawa usrah dan memegang manhaj islam yang sebenar. Katibah bermula dari September 1937 dan pada 1943 mula berlaku beberapa tentangan dalam Ikhwah Muslimin ketika itu.Risau dengan keadaan semasa,maka lahirlah murabbi-murabbi yang boleh membawa usrah ketika itu,dan selepas 6 tahun Hassan al-Banna mati di bunuh meninggalkan Ikhwan Muslimin dalam keadaan banyak membentuk Murabbi-murabbi agung seperti Hassan hudaibi dan ramai lagi. Dan akhirnya sampai sekarang,wujudlah beberapa Usrah sehinggalah sekarang.

Anda anda usrah?? Kalau takda usrah carilah usrah sekarang. Hassan al-Banna meletakkan dalam sistem Usrah akan melalui 3 rukun. (1)TAARUF (2)TAFAHUM (3)TAKAFUL Nampak macam senang,tapi nak praktikkan susah sangat.Tak percaya?Boleh telu suri maksud-maksud 3 rukun tu.

Taaruf :
KENALI AHLI SETEPERINCI YANG BOLEH DALAM BATAS IZIN SYARAK Saya ada 3 soalan nak tanya pada anda yang membaca(dan yang ada usrah), 1 Anda tahu tak apa ciri bakal isteri yang kawan seusrah dengan anda mahukan? 2- Anda tahu apa yang kawan seusrah kita lakukan ketika sedang down ? 3- Anda tahu tak bagaimana cara nak nasihat kawan seusrah dengan anda ketika dia sedang marah?
Kalau anda semua tak mampu nak jawab soalan-soalan yang saya berikan,anda belum mampu lagi untuk mempraktikalkan rukun yang pertama ini. Taaruf bermakna anda mendalami setiap apa perkara mengenai kawan seusrah dengan anda.Bukan setakat tahu nama,tempat tinggal,malah mengetahui sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara. Macamna nak jawab soalan-saoalan di atas? Anda kena saling muayashah iaitu saling bersama dengan ahli seusrah,makan bersama,borak bersama,kongsi masalah bersama,dan tidur bersama. Sehinggakan datang satu nilai-nilai ruhi mengenal ahli seusrah tersebut sehingga kita mampu memahami dia tatkala keadaan keadaan musibah yang melanda diri dia. Dan merasakan inilah nilai ukhwah yang Allah berikan. Dan ketika itu,cuba jawab balik soalan-soalan yang saya berikan di atas. Dan tak perlu tanya sebiji-sebiji soalan yang di berikan,tak perlu tanya bagaimana calon yang dia mahukan,tapi sebaliknya kita menjawab sendiri atas sebab terdapatnya nilai-nilai ukhwah yang tinggi dan taaruf yang mendalam. 2

Tafahum :
Hapus sebab kerenggangan dan perpecahan Eratkan mahabbah, mawaddah, ulfah Wujudkan titik disepakati dalam semua urusanislam Wujudkan titik disepakati mengenai aulawiyat dan marhaliyat amal islam

Juga ada beberapa soalan. 1 Bila kali terakhir anda menasihati kawan seusrah anda? 2- Mana lebih susah?Beri nasihat atau mendengar nasihat? 3 Bayangkan kawan seusrah anda ada di depan mata,berikan satu bentuk nasihat pada dia sekarang ! Inilah konsep tafahum yang di letakkan oleh Hassan al-Banna,iaitu rukun yang kedua yang membawa maksud saling memahamkan antara ahli usrah. Juga sentiasa menghisab diri bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan serta saling nasihat menasihati. Satu konsep yang mudah,tapi susah nak buat. Cuba jawab soalan ke 3 di atas?Mudah nak jawab?Susah.. Anda akan cuba meletakkan kawan seusrah itu dalam kepala,dan mula untuk fikir aib2 yang ada pada dirinya,dan mula mengatur ayat,kemudian terus beri nasihat. Itu konsep nasihat yang salah. Kita kena fikir keadaan ahli seusrah dengan kita hari-hari.Sehinggakan dia merasakan kita adalah penasihat yang terbaik.Nasihat bukan hanya ketika dia dalam keadan futur,atau sebaliknya,akan tetapi kita kena beri nasihat berhari-hari kepada kawan seusrah supaya meninggalkan benda buruh,dan melakukan perkara baikdan di saat kadang-kadang dia merasakan dia tidak perlukan nasihat. Jadi itu guna kita faham konsep rukun yang ke dua ini.Tafahum.

Takaful :
Bertanggungjawab membantu kesusahan Peringkat takaful: bina kasih sayang, mahabbah dan rahmah taawun untuk menyatu tenaga membantu yang dizalimi saling bahu membahu sesama ahli usrah

Bila sebut sahaja takaful,kita akan ingat Skim Perlindungan Insurans di malaysia. Jadi boleh juga di gunakan pada konsep ini,iaitu saling bantu membantu dalam meringankan beban ahli seusrah kita sendiri.Malah melaksanakan kebaikan pada kawan seusrah kita adalah lebih dari beritikaf di masjid Nabi.Seperti mana hadith Nabi Muhammad saw : Seseorang yang pergi dan berjalan untuk menunaikan hajat/keperluan seorang saudaranya adalah lebih baik dari beritikaf di masjid aku sebulan

Jadi konsep ini bertepatan dengan maani ruhi yang mendidik sentiasa menolong kawan seusrah yang lain dan meringakan beban.

Jadi inilah dia ketiga-tiga rukun usrah yang perlu di lakukan bagi mendidik dan mentarbiyah diri seseorang muslim itu dalam sistem usrah. Kalau kita berlegar-legar kepada 3 rukun ini,saya yakin ia akan membentuk satu sistem usrah yang hebat yang memberi banyak kejayaan pada Jemaah Islam sendiri dan seterusnya memberi kesan kepada pembentukan ustaziatul alam.

Komponen Usrah
Dalam menjayakan Usrah terdapat beberapa komponen yang perlu ada : 1. Naqib/Naqibah 2. Ahli Usrah 3. Topik Perbincangan atau silibus 4. Aktiviti a) Naqib/ah

Naqib/ah ialah pembimbing bagi sesuatu aktiviti Usrah yang dijalankan. Naqib/ah ialah orang yang secara sukarela menerima amanah menjaga dan membangunkan ahli-ahli Usrah daripada hari pertama diadakan hingga seterusnya . Dalam hal ini, Naqib/ah yang bijaksana tidak hanya melihat Usrah sebagai amanah tahunan. Ia perlu dilihat sebagai amanah yang berterusan dalam kehidupan. Dalam memastikan amanah ini berjalan dengan baik, Naqib perlu mempersiapkan diri untuk menjadi pembimbing kepada ahli dengan melengkapkan diri dengan ilmu dan keperibadian yang baik. Jika menjadi seorang Naqib/ah usah bernostalgia dengan mengendali halqah sama seperti waktu kita diusrahkan dulu. Naqib perlu menginsafi Zaman telah berubah; kita wajib menyesuaikan dan pelbagaikan pendekatan di dalam mengendalikan halaqah tetapi mengekalkan isi kandungan yang sama. Bagi memimpin ahli-ahli , Naqib/ah perlu memimpin mereka, melayan mereka dan memenuhi kehendak mereka. Ia bukan bermaksud anda perlu memberi wang kepada mereka, bahkan kita memberikan mereka sesuatu yang tidak ternilai iaitu ilmu, menanam aqidah yang benar kepada mereka, menjadikan mereka seronok beribadah, mengubah pandangan mereka agar selari dengan kerangka Islam. Sesuatu yang tidak ternilai. Tidak dapat dinilai dengan apa sahaja yang lebih berharga. Jadikan diri kita sebagai contoh ikutan ( role model) yang positif kepada ahli Usrah kita. b) Ahli Usrah

Merupakan anggota Usrah yang melibatkan diri dalam aktiviti Usrah. Sebagai ahli Usrah kita seharusnya mencuba sedaya upaya untuk memberi komitmen sekurang-kurangnya satu tahun dengan sesebuah Usrah agar beroleh kesan yang maksimum. c) Isi Perbincangan

Lazimnya Usrah yang baik mempunyai sukatan/silibus bagi memandu perbincangan pada setiap kali majlis Usrah diadakan. Ini akan memastikan objektif-objektif asal Usrah itu sendiri tercapai dalam memastikan ahli Usrah faham Islam dan sebagainya. Dengan adanya sukatan-sukatan ini secara tidak langsung dapat memastikan Naqib/ah dan ahli Usrah dapat menyiapkan diri untuk membentang dan membincangkan tajuk yang ditetapkan.

Lazimnya Usrah yang baik mempunyai sukatan/silibus bagi memandu perbicangan pada setiap kali majlis yang diadakan. Sukatan ini perlu bagi menentukan hasil/output nanti. Antara tajuk yang boleh dibincangkan ialah : 1. 2. 3. 4. 5. d) Dakwah dalam kehidupan Ibadah dalam Islam Akhlak Islamiyyah Fiqh Ibadah Sirah

Aktiviti

Aktiviti merupakan selain dari halaqah/bulatan yang diadakan. Ia boleh jadi permainan, berkelah di tempat peranginan, bersiar-siar ke sesuatu destinasi yang dirancang atau ziarah ke rumah ahliahli Usrah. Pokoknya, setiap aktiviti yang dijalankan haruslah mempunyai matlamat yang jelas dan baik, bukannya hanya aktiviti kosong yang tidak berfaedah dan membuang masa. Aktiviti berkelah contohnya boleh jadi membuang masa jika ahli Usrah hanya bersembang kosong dan bergelak ketawa biarpun ia sebenarnya baik untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli. Walau bagaimanapun, disamping membina ukhuwah, adalah lebih baik jika ia diselitkan dengan sesi perkongsian santai mengenai apa sahaja topik yang tidak berat, contohnya jika Usrah yang dianggotai ibu-ibu boleh berbincang soal keibu bapaan, penyusuan ibu, masalah ahli masingmasing dan sebagainya. Soalnya bagaimana kita memanfaatkan masa yang ada untuk mengutip sebanyak mana ilmu untuk memastikan matlamat asal Usrah sentiasa dititikberatkan.

Teknik Usrah: Bagaimana Mengendali Usrah Kali Pertama


Teknik Usrah :Bagaimana Mengendali Usrah Kali Pertama Mengendalikan Usrah pada pertemuan pertama kali amat penting dan bermakna bagi kejayaan sesi-sesi Usrah yang berikutnya. Persiapan rapi dan teknik usrah yang betul perlu dilakukan agar ahli Usrah mempunyai pandangan pertama terhadap sesi Usrah yang akan diadakan. Antara langkah-langkah yang boleh digunakan ialah : 1. Berikan Senyuman Senyuman amat penting bagi menggambarkan keceriaan kita dan Usrah yang bakal diadakan. Naqib/ah wajar memaniskan senyuman dan memberikan senyuman yang terbaik kepada ahli Usrah. Senyuman yang diberi menunjukkan penghargaan terhadap kedatangan ahli Usrah walaupun jumlah kehadiran hanya sedikit dan tidak seperti yang kita harapkan. 2. Mencuba sedaya upaya mengingati nama ahli Usrah Dipanggil dengan nama yang baik dan dengan sebutan yang betul pasti menggembirakan sesiapa sahaja terutama ahli Usrah. Naqib/ah seharusnya memanggil nama yang disukai oleh ahli Usrah dan mengulang-ngulang nama tersebut sebagai salah satu teknik usrah yang meningkatkan esteem diri ahli Usrah. 3. Mencari titik persamaan dan topic-topik yang diminati Naqib/ah perlu cepat mencari persamaan dengan ahli Usrah sebagai langkah pemula bicara yang pertama dan mengelakkan kerengangan bahasa. Sebagai contoh negeri kelahiran yang sama akan mendorong ahli Usrah untuk cepat mesra dengan Naqib/ah. 4. Menjadi pendengar yang baik Tugas seorang Naqib/ah yang baik ialah menjadi pendengar yang setiap kepada ahli Usrah. Naqib/ah seharusnya tidak mencelah dan membuat andaian-andian negative terhadap tutur kata ahli Usrah. Apabila tiba ruang Naqib/ah bercakap maka gunakan peluang itu sebaiknya dan praktiskan teknik usrah yang betul. 5. Merangka bersama masa depan Usrah Naqib/ah tidak seharusnya merangka masa depan dan gerak kerja Usrah bersendirian. Pandangan setiap ahli Usrah adalah perlu untuk memastikan proses Usrah berjalan lancar selari dengan kemahuan dan kesediaan mereka juga. Pertama kali mengajak ahli Usrah berbincang mengenai nya, tanyalah pendapat ahli Usrah tentang apa matlamat utama yang ingin dicapai di akhir Usrah juga bagaimana gerak kerja untuk menjayakan Usrah bersama.

6. Golden Rule Golden Rule adalah undang-undang dalam Usrah yang dipersetujui bersama. Hal ini penting untuk membentuk disiplin setiap ahli disamping memastikan Usrah berjalan lancar. Contohnya membuat ketetapan supaya setiap ahli Usrah mesti berkumpul 5 minit sebelum Usrah bermula, atau mungkin mengenakan denda tertentu bagi ahli yang lewat. Walau bagaimana pun, peraturan ini mestilah mendapat persetujuan semua ahli untuk mengelakkan rasa tidak puas hati kelak. Tips : Jika ingin memberikan denda, sebaiknya elakkan memberi denda yang negatif, contoh denda yang boleh dipraktikkan adalah, jika ada ahli Usrah lewat, beliau mesti memberikan sebiji gula-gula pada setiap ahli Usrah lain.

Modul Usrah
Modul Usrah lazimnya dirangka oleh pendiri-pendiri Usrah. Berikut ialah tajuk yang lazim disentuh bagi setiap sesi usrah

USRAH Q 1 (BULAN 1,2,3 )

1.Usrah :My Family 2.Pengenalan kepada aqidah Islamiyyah 3.Islam Sebagai Cara Hidup : Muslim 24 Jam 4.Konsep Ibadah Dalam Islam 5.Akhlak Dalam Islam 6.Persaudaraan Islam

USRAH Q 2 (BULAN 4, 5, 6 )

1. 2. 3. 4. 5.

Tasawur Tarbiyah Dakwah Islamiah Amar Makruf Nahi Mungkar Fiqh Gerakan Islam Tanah Air

Kategori Usrah
Kategori Usrah Usrah boleh dijayakan di mana-mana dan di pelbagai peringkat sekalipun. Dalam erti kata lain, jika ada kesungguhan, dibimbing oleh Naqib/ah, mempunyai ahli dan isi perbicangan maka Usrah boleh dijayakan. Berikut merupakan pelbagai kategori Usrah yang boleh dilaksanakan di pelbagai peringkat: 1. Usrah di peringkat sekolah: Program Usrah selalunya lazimnya dikendalikan dan dijayakan oleh Badan Dakwah dan Rohani (BADAR), Persatuan Agama Islam, atau Unit Pembangunan Insan Sekolah. Pelajar juga boleh membina kumpulan sendiri samada sesama ahli bilik, mahupun sesama ahli kelas. 2. Usrah di peringkat universiti: Lazimnya dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam, surau-surau dan kolej kediaman. 3. Usrah di rumah: Dikendalikan sendiri oleh ketua keluarga seminggu sekali (lebih kerap lebih baik). berkumpul semua isteri, ahli dan menantu, mulakan maghrib berjemaah, baca yasin kemudian sedikit tazkirah, dan isyak berjemaah, sembahyang hajat berjamaah, selepas itu berdoa dan makan, Insya`Allah melalui aktiviti ini, semua ahli keluarga akan saling hormat menghormati, ahli menantu dengar kata dan isteri pun sayang kan suami. Selamat mencuba 4. Usrah secara online: Pada zaman serba moden ini, tidak mustahil halaqah juga boleh dilakukan secara atas talian (online). Asalkan ada capaian internet, sesiapa sahaja boleh menyertainya walaupun berada di mana sahaja di seluruh dunia. Itulah kelebihan teknologi yang memungkinkan perkongsian ilmu dilakukan secara meluas. Contoh Usrah online yang ada pada masa kini adalah E-Usrah. Halaqah dijalankan sepenuhnya di atas talian dan ahli-ahli boleh bertaaruf juga berkongsi pendapat dan persoalan. 5. Usrah di dalam komuniti: Halaqah dalam komuniti ini boleh diadakan di dalam kawasan perumahan, di kampung-kampung mahupun di kawasan bandar. Walaupun cabarannya di zaman kini, agak sukar untuk mencari titik persamaan di dalam komuniti dan persefahaman untuk membina halqah kerana beberapa sentimen negatif , tetapi ia nya boleh diusahakan dengan terlebih dahulu dengan mengadakan kuliah umum dan jika ada ahli-ahli Usrah yang setia hadir beberapa kali, bolehlah mengajak mereka untuk menubuhkan pula kumpulan kecil selepas itu.
9

Pengenalan Usrah
Pengenalan Usrah: Apabila menyebut kalimah Usrah, ia sering dinamakan dan dikaitkan dengan pelbagai nama lain antaranya halaqah, Circle, Quranic Group, Islamic Group dan pelbagai nama lagi. Umumnya Usrah berasal daripada Bahasa Arab iaitu yang membawa maksud keluarga. Keluarga di sini tidak merujuk kepada hubungan darah tetapi hubungan persaudaraan yang lahir daripada aktiviti Usrah yang seolah-olah berfungsi sebagai sebuah keluarga. Usrah biasanya digunakan untuk menggambarkan sekelompok kecil orang yang secara berkala mengadakan pertemuan untuk memahami Islam dan berlitizam untuk beramal dengannya. Jumlah peserta lazimnya sekitar 2 hingga 10 orang yang dipimpin atau dipandu oleh seorang Naqib/ah bagi lelaki dan Naqib/ahah bagi perempuan. 1. Manfaat Pasti ramai dikalangan pembaca yang tertanya-tanya apakah manfaat jika saya mengikuti Usrah? Berdasarkan pengalaman mengikuti dan mengendali Usrah, terdapat pelbagai manfaat apabila kita terlibat dalam Usrah sama ada sebagai seorang Naqib/ah mahupun ahli . Lazimnya, kita tidak perlu jadi baik untuk mengikut aktiviti ini tetapi kita ikut Usrah untuk jadi lebih baik. Berikut ialah manfaat apabila kita mengikutinya : a) Faham Islam

Usrah secara umumnya difahami sebagai berkumpul dengan tujuan untuk mendekatkan diri dengan Islam dan sekaligus mempraktiskannya. Setiap aktiviti yang dirancang dalam halqah biarpun dalam bentuk permainan atau sebagainya, adalah untuk mencapai matlamat akhir iaitu ahli lebih faham tentang Islam biar pun dalam sekecil-kecil ilmu. Matlamat hujung mengikuti halaqah ialah untuk faham Islam, justeru perjalanan halaqah akan terarah kepada matlamat itu. Faham Islam di sini bererti, ahli memahami dan menjadikan Islam sebagai cara hidup sekaligus melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah s.w.t yang menepati tujuan penciptaan iaitu sebagai hamba Allah s.w.t . sebagaimana firman Allah s.w.t : 56. dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Adz Dzariat 51:56) b) Sistem Sokongan dalam hidup

Dalam menghadapi cabaran hidup kita seringkali tewas apabila keseorangan dan lazimnya menjadi kuat apabila kita bersama-sama rakan-rakan yang saling menyokong antara satu sama lain. Hal ini dapat diperhatikan dalam al-Quran : Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya). (Surah al-Maidah 5:2)

10

Dalam hal ini, halaqah merupakan sistem sokongan yang baik untuk membantu kita menjadi kuat dan bersemangat. Bagaimana hal ini boleh berlaku? jawapannya apabila ahli saling berkongsi masalah, rahsia, idea, dan saling tolong menolong dalam menghadapai pelbagai cabaran dalam hidup. Usrah, bukanlah satu aktiviti kecil yang memberikan impak yang biasa-biasa. Kita boleh mengatakan halqah adalah aktiviti kecil yang menanam impak yang besar, malah mungkin mempengaruhi hidup seseorang. Boleh jadi seseorang yang datang atas tujuan bersuka-suka pada awalnya. Akhirnya membuat keputusan yang paling penting, meluruskan semula objektif hidupnya. Seringkali kita dengar Usrah disebut sebagai bulatan gembira yang memberi persepsi bahawa jika nak gembira, sertailah halaqah. Hidup yang sibuk dan kusut juga boleh jadi ceria dan menyeronokkan c) Mendapat kenalan baru

Halaqah adalah salah satu medium terbaik untuk mendapat kenalan baru. Sesi taaruf atau santainya ice breaking ketika sesi usrah selalunya diadakan hampir setiap sesi halaqah, adalah medan paling menyeronokkan kerana kita dapat mengenali setiap ahli kita dengan lebih dekat. Pernah ketika satu sesi dahulu, kami menjalankan ice breaking dengan aktiviti yang sangat menarik, iaitu kami diminta menulis apakah persepsi kami terhadap kawan yang lain di atas satu kertas yang ditampal di belakang mereka. Sesi itu pula berlatarkan music James Bond yang pastinya memeriahkan suasana. Selepas itu, kami membaca kertas masing-masing dan bertaaruf dengan lebih mendalam lalu membuat perbandingan adakah persepsi yang kita buat terhadap rakan kita itu tepat atau sebaliknya. Sungguh menarik dan ianya adalah salah satu aktiviti yang diingati hingga ke hari ini. Melalui sesi itu, kita dapat mengenali ramai kenalan baru, dan belajar banyak perkara baru dalam meletakkan persepsi terhadap seseorang. ..

..Dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya.. Menariknya, persahabatan yang dibina di dalam rangkaian Usrah ini juga, pastinya tidak berakhir di saat kita membaca tasbih kifarah dan surah al-Asr di akhir sesi, tetapi juga di luar sesi , kami juga saling bertemu dan berkongsi masalah bersama. Indahnya sebuah persahabatan yang lahir dari sebuah aktiviti yang menyeronokkan !

11

Anda mungkin juga menyukai