Anda di halaman 1dari 26

9

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

PENGENALAN

Malaysia kini sedang mengalami pembangunan yang melibatkan peningkatan populasi penduduk, pembandaran, pertambahan industri-industri seperti kilang dan juga sistem saliran untuk pertanian.Fenomena ini menyebabkan permintaan air semakin meningkat dan menjadi penekanan terhadap sumber-sumber air yang ada. Keadaan yang berlarutan boleh memberi impak yang besar kepada sosioekonomi penduduk, malah apabila ianya sudah mencapai pada satu tahap, ia boleh melumpuhkan ekonomi negara yang sekarang ini kian pesat membangun.

10

Permintaan sumber air bersih adalah selari dengan pertumbuhan ekonomi di negara ini.Namun begitu, sumber air dari permukaan tanah sudah mencapai hadnya.Jika permintaannya semakin bertambah maka majoriti kawasan-kawasan bandar akan mengalami krisis air. Satu pendekatan berkaitan pengurusan air di kawasan bandar telah dibuat di mana sumber baru akan diperluaskan bagi menangani masalah kekurangan air.Sebahagian daripada keluasan tanah di kawasan bandar dilitupi oleh atap bumbung yang mana keadaan ini memberi potensi besar untuk menjalankan aktiviti penuaian air hujan.

Kini pemerhatian terhadap sistem penuaian air hujan menjadi semakin meningkat dalam kalangan ramai pihak sebagai satu altenatif lain untuk dijadikan sumber air minum dan bukan air minum. Kebiasaannya air hujan dianggap sebagai air yang selamat dan sesuai untuk diminum.Konsep ini telah dipraktikkan di kawasankawasan pedalaman dan mula diperkembangkan di kawasan-kawasan bandar.Pada hakikatnya,menakung atau menuai air hujan ini telah diamalkan di Malaysia sejak zaman berzaman menggunakan tempayan.Namun, kehidupan yang moden dan kemudahan air paip meluputkan amalan mengumpul air hujan ini.

Penuaian air hujan merupakan satu teknologi yang melibatkan proses pengumpulan dan penyimpanan air hujan yang datang dari atap bumbung, permukaan tanah, permukaan jalan dan juga tanah yang curam. Pengumpulan dan penyimpanannya menggunakan teknik-teknik yang mudah antaranya seperti tempayan dan tangki. Seperti di Zambia, Kementerian Pertanian dan Perhutanan menyokong pembinaan dan pemuliharaan empangan kecil bagi tujuan pengairan dan kegunaan air domestik.Kualiti

11

air hujan bergantung kepada dimana aktiviti penuaian ini dilakukan.Ia mungkin telah terdedah pada pencemaran udara dan juga asap-asap kenderaan. Keamatan hujan dan tempoh kering yang lama juga mempengaruhi kualiti air hujan yang turun.

Rajah 2.1:Pengumpulan Air Hujan Menggunakan Atap Bangunan

Kaedah penuaian air hujan mengambil konsep yang sama dengan sedia ada iaitu konsep tangki simpanan tetapi ia melibatkan satu kawasan tadahan yang kecil seperti tangki simpanan dan dikendalikan oleh satu kawasan yang lebih kecil. Pengumpulan air hujan ini dilakukan dengan cara seperti menyalurkan air hujan dari cucur atap melalui saluran cucur atap ke dalam satu tangki simpanan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 di atas.

Menurut En Mohd Zaki Mat Amin yang juga merupakan Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Sumber Air NAHRIM menjelaskan bahawa banjir kilat yang sering berlaku di Malaysia akan dapat dikurangkan sekiranya semua tempat diwajibkan

12

membina tangki khas untuk menyimpan air walaupun ianya memerlukan kos yang tinggi. (NAHRIM)

Rajah 2.2: Pengumpulan air hujan yang diamalkan pada zaman dahulu (sumber: internet)

Jika dilihat kepada sejarah Malaysia, sistem penuaian air hujan ini sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi dimana air hujan dikumpulkan di dalam tempayanbertujuan digunakan untuk mencuci kaki dan menyiram pokok.Rajah 2.2 di atas menunjukkan tempayan yang diletakkan di tangga untuk kegunaan mencuci kaki sebelum masuk ke dalam rumah.

Tanpa disedari sebenarnya sesetengah daripada masyarakat sudah mengaplikasikan konsep mengumpul air hujan ini seperti mengumpul air hujan di dalam baldi atau tong air untuk mencuci simen di halaman rumah dan sebagainya. Namun begitu, ianya memberi kesan buruk apabila bekas tersebut tidak ditutup atau disimpan dalam tempoh yang lama.Hal ini seterusnya mengundang kepada pembiakan nyamuk di

13

dalam air tersebut dan seterusnya mengakibatkan pelbagai penyakit selain daripada dikenakan kompaun daripada pihak berkaitan.

2.2

SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN

Penuaian air hujan merupakan satu teknologi yang digunakan dengan mengumpul air hujan dari permukaan bumbung dan telah diamalkan sejak dahulu lagi.Penyediaan sistem penuaian air hujan ini bertujuan untuk kegunaan domestik, industri, pertanian dan alam sekitar.

Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) adalah salah satu daripada "Best Management Practice (BMP)" yang diamalkan di Malaysia dimana BMP ini merupakan kaedah atau teknik yang didapati sebagai cara yang paling berkesan dan praktikal dalam mencapai objektif seperti mencegah atau meminimumkan pencemaran semasa membuat penggunaan optimum sumber-sumber firma. Sistem ini juga diadakan

bertujuan untuk melambatkan aliran air larian.Kawasan tadahan bagi sistem ini bergantung kepada keluasan bumbung bangunan.Sistem ini mempunyai dua fungsi utama iaitu sebagai "On Site Detention stogare" dan penuaian air hujan.

On Site Detention Stogare" merupakancara untuk memastikan bahawa perubahan guna tanah tidak menyebabkan banjir di kawasan hilir dan menghadkan kadar air hujan supaya tidak menyebabkan banjir di manamana kawasan. Cara ini juga

14

berfungsi untuk melambatkan atau memperlahankan aliran air larian permukaaan yang mana dengan menahan seketika air hujan. Penuaian air hujan pula lebih tertuju kepada fungsi tangki sebagai bekalan air hujan untuk kegunaan di tandas, menyiram kebun,membasuh kereta dan lain-lain kegunaan lagi. Namun begitu, air hujan ini masih belum dapat untuk digunakan untuk kegunaan harian kita seperti air mandian dan air minuman.Hal ini demikian di dalam air hujan terkandung beberapa jenis bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan kita. (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia)

Penuaian air hujan dilakukan dengan menggunakan paip dan tangki yang dipasang secara berturutan bagi membenarkan air hujan pada curahan pertama yang masih tercemar mengalir di dalam kawasan tadahan, seterusnya ke tempat simpanan air untuk penggunaan akan datang. Pemasangan sistem bekalan air kepada pengguna terbahagi kepada dua iaitu secara graviti ataupun pam bergantung kepada kaedah susunan yang digunakan.Sistem penuaian air hujan terbahagi kepada beberapa komponen. Antara kompenan utamanya termasuklah;

i. ii. iii.

Kawasan tadahan Sistem pengaliran air Tempat takungan.

15

2.2.1

KAWASAN TADAHAN

Kawasan tadahan merupakan satu permukaan di mana air hujan yang jatuh ke atasnya dapat dikumpulkan. Kebiasaannya kawasan yang dimaksudkan ini adalah atap bumbung rumah, bangsal, bumbung kilang dan bangunan lain yang terletak di atas paras bumi. Jenis bumbung yang tidak telap air, licin dan bersih membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti penuaian air hujan kerana air dapat mengalir dengan lancar. Walaupun bumbung dijadikan kawasan tadahan dimana tahap kandungan bahan kimia adalah rendah, namun air yang dikumpul mesti melalui proses rawatan terlebih dahulu sebelum diguna.

Secara kasarnya penuaian air hujan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu kawasan tadahan atas tanah dan kawasan tadahan di atas bumbung.Bagi penuaian yang menggunakan kaedah kawasan tadahan atas tanah, kebiasaannya berlaku apabila air larian di atas tanah dikumpul dalam kolam.Manakala penuaian yang menggunakan kaedah kawasan tadahan atas bumbung pula adalah kaedah yang mengumpul air hujan yang turun atas bumbung sebelum air turun ke tanah.

Kawasan tadahan mestilah diperbuat dari bahan yang tidak bertoksik.Jenis bumbung ini mempunyai daya ketahanan yang tinggi, harga yang rendah dan dapat memberi kualiti yang baik pada air.Kebanyakan bumbung-

16

bumbung rumah di Malaysia menggunakan jenis bumbung jubin tanah liat.Jenis bumbung ini tidak bertoksik dan ia sesuai dijadikan kawasan tadahan air hujan.

Satu pengiraan yang mudah digunakan untuk mengukur saiz kawasan tadahan iaitu dengan mendarabkan nilai panjang dan lebar pancur bumbung yang menjadi pemisah antara dua permukaan tadahan.Biasanya bumbung dibahagikan kepada beberapa bahagian dan hasil tambah keseluruhan kawasan bumbung menghasilkan jumlah kawasan tadahan yang digunakan untuk penuaian air hujan.

2.2.2

SISTEM PENGALIRAN AIR

Pancur atap dan paip adalah dua komponen yang mengangkut air tadahan dari permukaan atap ke dalam tangki.Pancur atap berbentuk separa bulat seperti V atau U.Bahan yang biasa digunakan bagi pembuatan pancur adalah besi bergalvani atau Polyvinyl chloride (PVC).Paip penyalur pula diletakkan secara menegak ataupun sedikit condong.Ianya direkabentuk bagi menampung air hujan yang turun sebanyak 40 mm kecondongan nya dan diperbuat dari bahan yang sama dengan pancur atap.

Saiz, kecondongan dan pemasangan pancur dan paip perlulah sesuai bagi menampung aliran air hujan yang turun ketika keadaan hujan

17

lebat.Pancur dan paip penyalur perlu ada penapis dan pembersih atap.Penapis yang dimaksudkan adalah seperti penahan bagi menahan daun-daun kering dan ranting masuk ke dalam sistem.Rajah 2.3 menunjukkan sistem yang biasa digunakan untuk pengaliran air hujan dari kawasan tadahan iaitu bumbung bangunan ke tangki simpanan.

Rajah 2.3 :Sistem saliran air ke tangki (sumber: internet)

2.2.3

TANGKI TAKUNGAN

Tangki

takungan

merupakan

komponen

yang

menelan

perbelanjaan tertinggi dalam sistem penuaian air hujan bagi sesebuah bangunan.Muatan bagi sesuatu tangki takungan perlulah memadai bagi menampung kapasiti air hujan yang di tadah.Ianya penting sewaktu kerja-kerja pemasangan dijalankan kerana saiz yang tidak bersesuaian akan membawa kepada pembaziran baik darisegi kewangan mahupun ruang. Penggunaan tangki

18

yang kecil amat sesuai digunakan pada bangunan yang mempunyai kawasan sempit dengan melekatkan tangki pada permukaan dinding, dan tangki itu dapat diangkat untuk mendapatkan tekanan yang sesuai. Antara tangki-tangki yang biasa digunakan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4, 2.5 dan 2.6 iaitu dari jenis plastik, pvc, polyethylene (HDPE) dan juga konkrit.

Rajah 2.4: Tangki takungan jenis konkrit(sumber:internet)

Rajah 2.5 : Tangki takungan jenis besi bergalvani (sumber:internet)

19

Rajah 2.6 : Tangki takungan jenis polyethylene (HDPE)

2.3

JENIS SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati sistem penuaian air hujan terdiri daripada beberapa jenis bergantung kepada topografi tanah, pasir cerun, jenis batu dan sebagainya. Antara sistem yang popular dan diamalkan secara meluas pada masa kini adalah seperti beirkut;

i. ii. iii.

Sistem Penuaian Permukaan (Surface Harvesting System) Sistem Penuaian Atas Bumbung (Rooftop Harvesting System) Tadahan Batu (Rock Catchment)

20

2.3.1

SISTEM PENUAIAN PERMUKAAN (SURFACE HARVESTING SYSTEM)

Sistem

ini

menangkap

pesat

larian

daripada

permukaan

semulajadi atau buatan manusia dari masa ke semasa, dan disimpan.Air yang dikumpul ini sepatutnya boleh pergi ke sungai sebagai larian, atau sejat semula.Air yang dikumpul melalui kaedah ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membersihkan halaman rumah, membasuh, menyiram tanaman, dan sebagainya.

2.3.2

SISTEM

PENUAIAN

ATAS

BUMBUNG

(ROOFTOP

HARVESTING SYSTEM)

Sistem penuaian atas bumbung diamalkan di kebanyakan kawasan bandar dan luar bandar di mana terdapat kekurangan bekalan perbandaran. Idea itu adalah untuk menarik hujan jatuh di atas bumbung dan menyimpannya untuk kegunaan kemudian. Kualiti air yang dikumpulkan bergantung pada permukaan dimana ia dikumpulkan.

Air dari bumbung simen lebih bersih daripada yang dikumpul dari jenis sistem penuaian aair hujan yang lain. Walaubagaimanapun, permukaan

21

bumbung hendaklah dibersihkan dan diselenggara secara berkala mengikut jadual yang ditetapkan keranaakan ada banyak zarah debu, makanan dan serangga yang dibawa oleh burung.

Dalam sistem penuaian air hujan yang biasa, talang, paip dan tangki diperlukan dalam menghasilkan satu sistem yang lengkap.Orang menggunakan pelbagai jenis tangki simpanan untuk menyimpan air

hujan. Tangki ini sering ditutup untuk melarang kemasukan pencemar yang boleh menyebabkan kemerosotan kualiti air hujan dalam tangki tersebut. Air hujan dari bumbung dialihkan melalui talang dan paip untuk membawa masuk ke dalam tangki.Walaubagaimanapun, reka bentuk dan bahan yang digunakan berbeza dengan pembinaan rumah. Jumlah air yang dikumpulkan bergantung kepada kawasan bumbung, saiz tangki dan jumlah hujan.

2.3.3

TADAHAN BATU (ROCK CATCHMENT)

Tadahan

batu merupakan kawasan

tadahan air

hujan

yang

dibangunkan dari sengkapan batu untuk menangkap dan tumpuan air larian ke dalam struktur simpanan untuk kegunaan kemudian.Alur batu dibuat untuk mengumpul air larian dari kawasan tadahan batu dan air hujan langsung kedalam struktur simpanan.Struktur penyimpanan boleh menjadi tangki atau

takungan di atas empangan.

22

2.4

JENIS TANGKI SIMPANAN

Terdapat dua jenis tangki simpanan yang digunakan dalam sistem penuaian air hujan ini iaitu: i. ii. Simpanan Bawah Tanah Simpanan Atas Tanah

2.4.1

TANGKI SIMPANAN BAWAH TANAH

Simpanan bawah tanah adalah dimana tangki untuk penyimpanan air hujan diletakkan dibawah tanah. Air hujan yang turun melalui gutter akan disalurkan kepada paip untuk disimpan di tangki yang berada di bawah tanah. Kos bagi pembinaan tangki jenis ini agak mahal kerana tanah perlu dikorek sebelum tangki diletakkan. Kos bagi penggunaan jentera untuk mengorek tanah menyebabkan kos bagi pemasangan tangki ini lebih mahal berbanding tangki atas tanah.

23

2.4.2

TANGKI SIMPANAN ATAS TANAH

Simpanan atas tanah pula merupakan tangki yang dipasang di atas tanah. Pengumpulan air bagi tangki jenis ini sama dengan simpanan bawah tanah iaitu dikumpulkan melalui air hujan yang turun dari bumbung melalui gutter dan dibawa oleh paip ke tangki simpanan.Yang membezakan tangki simpanan bawah tanah dan tangki simpanan atas tanah ialah kos bagi pembinaan tangki ini lebih murah kerana tidak memerlukan jentera untuk pemasangannya.

2.5

PROSES KITARAN HIDROLOGI

Kitaran hidrologi adalah pusingan pergerakan air yang berterusan merentasi atmosfera dan permukaan bumi sama ada di bawah dan di atas permukaan bumi. (C5304, Hidrologi). Proses kitaran hidrologi terbahagi kepada dua bahagian;

i. ii.

Proses mendatar Proses menegak

24

2.5.1

PROSES MENDATAR

a. Larian air permukaan Baki air hujan yang mengalir di atas permukaan tanah setelah ditolak dengan air yang mengalami sejatan, pintasan, susupan, dan juga yang digunakan oleh tumbuhan dan setelah semua liang pori tanah tepu dengan air dan hujan tidak lagi boleh meresap sebaliknya menuju ke sungai, tasik,kolam dan laut.

b. Aliran air bawah tanah Air bawah tanah mengalir perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. Air mengalir kerana terdapat perbezaan tekanan dan kecerunan. Air dari Zon tepi mengalir menuruni cerun aras mata air hingga sampai ke sungai, tasik atau paya.

c. Air Lintang atmosfera Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang akan berkumpul menjadi awan. Wap-wap air (awan) ini pula akan dialirkan secara melintang oleh angin ke bahagian daratan atau sebaliknya dari daratan ke lautan. Bila sampai ke tahap tepu akan turun sebagai kerpasan.

25

2.5.2

PROSES MENEGAK

a. Sejatan Proses penukaran bentuk air daripada cecair kepada wap air.Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu. Memerlukan bekalan tekanan haba dari matahari yang mencukupi daripada lautan, untuk sungai,

memanaskan permukaan air sama ada tasik, kolam dan lain-lain.

b. Sejatpeluhan Pemindahan wap air ke atmosfera melalui proses transiprasi dari tumbuhan dan sejatan daripada tanah dan tumbuhan. Terjadi kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera panas. terutama pada waktu siang yang

c. Kerpasan Kerpasan adalah lembapan yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam pelbagai bentuk iaitu cecair dan pepejal serta dalam intensiti yang berbeza.

26

d. Aliran batang Air hujan yang turun meleleh mengikut dahan dan batang pokok sebelum sampai ke perrmukaan tanah.

e. Resapan Proses pergerakan air masuk ke dalam tanih secara menegak melalui liang-liang pori tanih. Proses ini dipengaruhi kandungan air dalam tanah dan keporosan tanah.

2.5.3

FAKTOR-FAKTOR SEJATPELUHAN

YANG

MEMBAWA

KEPADA

PROSES

i.

Suhu permukaan tersejat

: Semakin tinggi suhu air permukaan tersejat semakin tinggi kadar

sejatpeluhan kerana partikel air akan mempunyai tenaga untuk bertukar ke wap air di atmosfera.

ii.

Pengaruh angin

: Jika terdapat pengaliran udara yang baik, kadar sejatpeluhan akan tinggi kerana udara yang bergerak akan

27

membawa udara yang tepu keluar dengan ini memberi ruang untuk proses sejatpeluhan yang seterusnya.

iii.

Kandungan air

: Air

bersih

akan

mudah

tersejat

berbanding air masin. Jika kandungan air tanih banyak mineral ia akan melemahkan proses sejatpeluhan.

iv.

Litupan tumbuhan

: Semakin banyak litupan tumbuhan di sesuatu kawasan ia akan menggalakkan proses transpirasi dan seterusnya

sejatpeluhan.

v.

Lembapan tanih

: Semakin tanah lembap semakin tinggi kadar sejatpeluhan kerana ketersediaan air untuk disejat

28

2.5.4

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PROSES INFILTRASI TANAH.

i.

Intensiti hujan

: Jika hujan amat lebat, proses infiltrasi akan menjadi perlahan kerana titisan hujan yang besar dan cepat berupaya menutup liang ruangan tanah.

ii.

Struktur geologi

: Semakin banyak rekahan dan rongga dalam tanah kadar infiltrasi akan meningkat.

iii.

Litupan tumbuhan

: Semakin banyak litupan tumbuhan di sesuatu kawasan , kadar infiltrasi akan meningkat. melambatkan permukaan. Tumbuhan proses air berupaya larian

iv.

Ketelapan tanah

: Jika ruang rongga banyak tetapi kecil dan halus (misalnya tanah liat) akan mengurangkan proses infiltrasi kerana

29

menyukarkan aliran air ke bawah. v. Kandungan air : Semakin kontang sesuatu kawasan semakin tinggi kadar infiltrasi kerana tanah dalam keadaan kekosongan maka air mudah meresap ke dalam.

vi.

Kecerunan

: Semakin

rata

sesuatu

permukaan

semakin tinggi kadar infiltrasi. Air larian permukaan akan bertambah di kawasan yang bercerun curam maka infiltrasi akan berkurang

2.6

KEGUNAAN BUKAN KONSUMTIF

Kegunaan konsumtif adalah merujuk kepada penggunaan air secara skala besar tetapi ianya tidak mengurangkan sumber air yang ada samada di sungai atau laut.Pelayaran dan dan pengangkutan air adalah contoh penggunaan air secara bukan konsumtif.Walaupun pada masa kini semakin banyak jalan raya dibina, tetapi pengangkutan air masih popular terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Di semenanjung, hanya beberapa buah sungai sahaja yang masih menggunakan pengangkutan air seperti Sg. Perak dan Sg. Kelantan. Di negeri Sabah dan

30

Sarawak penggunaan pengangkutan air masih menjadi keperluan oleh penduduk tempatan kerana struktur muka bumi kawasan tersebut yang bergunung-ganang menghalang pembinaan jalan raya kerana memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan pengangkutan air kebanyakannya adalah untuk mengangkut penumpang, mengangkut hasil pertanian dan bahan mentah lain seperti kayu balak, hasil petroleum dan minyak sawit. Selain itu ia juga digunakan untuk kegiatan ekonomi seperti menangkap ikan.

Penjanaan tenaga hidro elektrik juga adalah satu penggunaan air yang tidak membazirkan sumber air malah dapat menjimatkan banyak sumber bahan mentah lain seperti petroleum dan arang batu yang digunakan untuk penghasilan tenaga elektrik.Pembinaan empangan untuk menjana kuasa hidro elektrik adalah langkah yang baik dalam mengurangkan pengaliran air sungai secara terus.Ini adalah kerana pengaliran terus air sungai menyebabkan kekurangan aliran air sungai, terutamanya pada musim kemarau. Sarawak adalah negeri yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam menghasilkan tenaga hidro iaitu 69.6 % diikuti dengan Sabah yang mencatat 17.2 % dan Semenanjung Malaysia 13.8 %. Penggunaan air adalah banyak dalam menghasilkan tenaga hidro elektrik, tetapi jumlah air tidak akan mengalami kekurangan.

Permintaan air untuk tujuan rekreasi juga adalah tinggi, kawasan tepi pantai dan juga kawasan hutan lipur adalah kawasan yang memerlukan jumlah air yang banyak untuk tujuan rekreasi. Kawasan perkelahan popular seperti Pulau Kapas, Terengganu adalah contoh kawasan yang menjadi tarikan kerana air lautnya yang jernih dan mempunyai pelbagai hidupan laut yang menarik seperti terumbu karang dan pelbagai jenis hidupan laut yang lain.Selain itu, kawasan seperti Sg.Padas juga terkenal

31

kerana mempunyai arus sungai yang deras dan aktiviti sukan lasak seperti berakit dapat dijalankan.

2.7

PENGUMPULAN AIR HUJAN BOLEH CEGAH KRISIS AIR

Negara kita berpotensi mengalami kekurangan air.Hal ini demikian negara kita sememangnya menerima air hujan yang amat lebat. Sementara itu, air rawatan dapat pula dibekalkan ke rumah, kedai dan pejabat dengan kadar yang cukup murah.

Kelantan adalah antara negeri yang menghadapi krisis kekurangan bekalan air bersih kerana permintaan untuk air paip yang telah dirawat kian meningkat manakala kos untuk merawat air pula melambung tinggi hingga tidak mungkin boleh mempertahankan kadar bayaran air yang terdapat sekarang. (Berita Harian 2 September 2011)

Salah satu cara terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan air ialah dengan mengaplikasikan penggunaan sumber air hujan dengan mengumpulkannya untuk kegunaan harian. Hal ini telah dikaji oleh Dr Adi Irfan Che penyelidik dan pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang telah melakukan penyelidikan di kawasan-kawasan yang menghadapi masalah menerima bekalan air paip yang cukup dan dimana terdapat bangunan-bangunan yang telah memasang sistem penuaian air hujan.

32

Di Sandakan yang terletak di negeri Sabah kini terdapat tiga taman perumahan iaitu Taman Utama, Taman Megah dan Taman Mawar di mana pemaju telah memasang sistem ini bagi menampung keperluan air oleh penghuni. Air hujan yang dikumpul disimpan dalam tangki sebesar 400 hingga 500 gelen dan seterusnya digunakan untuk menyiram halaman rumah, mencuci kenderaan dan pakaian serta kegunaan mencuci rumah dan juga untuk mengepam jamban. (Berita Harian 22 Oktober 2010)

Rajah 2.7 : Tangki air SPAH berkapasiti 400 gelen diletakkan di belakang rumah

Selain menampung kekurangan air, Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dapat mencegah hakisan tanah, menaikkan paras air bawah tanah, meningkatkan keluaran pertanian dan mengadakan pengurusan sungai yang lebih baik disamping dapat mengawal perubahan iklim.

Sistem penuaian air hujan yang digunapakai di belakang rumah adalah yang lebih popular daripada sistem depan rumah atau sistem bawah tanah rumah seperti yang ditunjukkan dalam contoh Rajah 2.8 dan 2.9.

33

Rajah 2.8 : Talang yang digunakan untuk mengalirkan air hujan

Rajah 2.9 : Tangki simpanan air hujan yang ditempatkan di belakang rumah

Cara yang mudah dalam pengumpulan air hujanbiasanya melibatkan alur mengelilingi bumbung dengan paip turun membawa air hujan ke tangki simpanan yang dipasangkan dengan saluran mengeluarkan air berlebihan.Berbeza dengan sistem yang lebih canggih dimana kompenan-kompenan seperti penapis, pam air dan sambungan paip ke tangki air rawatan digunakan dalam pemasangan sistem ini bagi menampung kekurangan air dalam tangki air hujan.

34

Kos pemasangan bagi Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)bisanya adalah antara 2 hingga 5% daripada kos projek pembinaan, sedangkan pemulangan kepada pelaburan adalah lebih daripada 5 tahun. Keadaan ini akan berubah apabila caj penggunaan air paip dinaikkan apabila kos rawatan air melambung. (Berita Harian 22 Oktober 2010)

Pengumpulan air hujan akan mewujudkan kehidupan lestari dimana air hujan terkumpul di dalam tangki dapat mengelakkan pembaziran dan mengurangkan pergantungan terhadap air dirawat. Permintaan terhadap air dirawat kian menunjukkan peningkatan ekoran dengan pertambahan populasi penduduk. Malahan kos untuk merawat air pula melambung tinggi hingga tidak mungkin boleh mempertahankan kadar bayaran air yang terdapat sekarang. (Berita Harian, 22 Oktober 2010) Oleh itu, pengumpulan air hujan mampu mengatasi masalah bekalan air dan digunakan sebagai punca air alternatif apabila berlakunya kekurangan air.

Anda mungkin juga menyukai