Anda di halaman 1dari 9

Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

FAktor kegagalan Utama Calon Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu. Jika anda mendapatkan naskhah ini secara 'haram' maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =)

Legal Notice
v v Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya Infokerjaya Resources Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta. Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.penolongAkauntan.com, sila laporkan kepada kami melalui email tipsptd@gmail.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk kemasukan kerja kerajaan daripada kami yang akan disalurkan melalui EMAIL yang anda daftarkan dengan kami

Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W27 ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources (Team Tipsptd). Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W27 ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.

Infokerjaya Resources, June 2012

www.penolongAkauntan.com

Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

PengenalaN
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dan diterajui oleh Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Mengikut rekod dalam sebaran umum JANM, jawatan Akauntan Negara yang pertama telah disandang oleh En. G.G.T Browne dalam tahun 1946. Sehingga kini, JANM telah diterajui oleh seramai 13 orang Akauntan Negara. Sejak tahun 1967, kepimpinan JANM telah diambil alih oleh anak tempatan. Bermula 29 November 2010 sehingga sekarang Akauntan Negara adalah Datuk Wan Selamah binti Wan Sulaiman menggantikan Dato Mohd Salleh bin Mahmud. Akauntan Negara adalah 1. Ketua Perkhidmatan bagi perkhidmatan a. Akauntan b. Penolong Akauntan c. Pembantu Akauntan 2. Pendaftar Wang Tak Dituntut 3. Akauntan Utama bagi Kerajaan Persekutuan dan 4. Ketua Bahagian Akaun Perbendaharaan persekutuan o yang mempunyai kuasa dalam perkara-perkara mengenai tatacara-tatacara perakaunan berkenaan dengan akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri-negeri. VISI JANM Menjadi Sebuah organisasi terbilang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam MISI JANM v v v v v Merekabentuk, membangun dan melaksanakan sistem perakaunan kerajaan yang terbaik. Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik. Menasihati pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan. Memajukan kerjaya dan mempertingkatkan kompetensi sumber manusia dalam perkhidmatan perakaunan. Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Objektif JANM v v v v v Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan Kerajaan Persekutuan. Mempertingkatkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan agensi Kerajaan. Membantu Kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan. Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan perakaunan. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965 www.penolongAkauntan.com 3

Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

Penerangan Jawatan
Jawatan Penolong Akauntan W27 adalah di bawah jawatan sokongan di bawah Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan (MOF) Diskripsi Tugas; Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan. Syarat Lantikan; v Calon memiliki diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau o [ Gaji Permulaan P1 : RM1,667.08 ]

Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. o [ Gaji Permulaan P1 : RM1,892.68 ]

[SYARAT WAJIB] Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

www.penolongAkauntan.com

Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

Huraian Format
Format untuk peperiksaan 23 JUN 2012 ini seperti yang dimaklumkan melalui surat panggilan menagndungi hanya 2 Seksyen berbanding peperiksaan Gred 41 yang mengandungi 5 seksyen. Tiada penilaian penulisan esei dan pemahaman teks bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam kata lainnya, format kali ini lebih mudah Anda harus tahu juga yang tahun ini, Gred 27 telah mula menggunakan sistem MyRecruitment yang sebelum ini hanya untuk menapis calon lulusan ijazah bagi Gred 41. Ringkasnya, sebelum sampai ke temuduga calon akan melalui 2 peringkat saringan iaitu peperiksaan bertulis (yang bakal anda hadapi 23 Jun 2012 ini) dan sekiranya berjaya anda akan dibawa menduduki sesi Program Assessment Center (PAC) sebelum ke sesi temuduga. Walaubagaimanapun oleh kerana tahun 2012 adalah tahun pertama perlaksanaan MyRecruitment kepada semua calon Gred 27, berkemungkinan besar sesi PAC tidak dilakukan, bergantung kepada perlaksanaan oleh SPA dan INTAN. Tak perlu risau tentang isu ini, jika anda dipanggil untuk sesi PAC, email semula kami di tipsptd@gmail.com menggunakan email yang anda gunakan untuk pembelian pakej ini dan kami akan berikan Risalah PAC secara percuma untuk membantu anda Jadi buat masa ini, fokus untuk berjaya dalam peperiksaan bertulis terlebih dahulu. Jadi bagaimana dengan format yang anda tahu? Formatnya 2 Seksyen sahaja tetapi mengikut penilitian Inforkerjaya (Team Tipsptd) sepanjang lebih kurang 4 tahun membantu calon (sejak tahun 2009) dalam peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan awam, setiap seksyen dipecahkan lagi. Anda beruntung kerana memilih untuk memiliki pakej ini kerana hal ini tidak diketahui oleh calon yang lain kecuali mereka yang memiliki naskhah ini. Kami namakan ianya sebagai pecahan dalam pecahan!

www.penolongAkauntan.com

Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling


Penerangan Format
Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai paling banyak soalan. Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2012. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan). Sekali lagi formatnya; v v Tempoh: 40 minit Jumlah Soalan: 50 soalan Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu criteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A ini. Antara skop pengkhususan soalan dalam bahagian ini ialah; v v v v v v v Sejarah Malaysia Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat Skop Tugasan Badan dan Perjawatan Isu Nasional Dasar Pentadbiran Negara Tarikh dan Fakta Penting Lain-lain di luar skop

www.penolongAkauntan.com

Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012


Ianya adalah pecahan berdasarkan pemerhatian dan feedback yang diterima oleh kami sejak 4 tahun kebelakangan ini (2009 2012) sepanjang menyalurkan maklumat kepada calon-calon yang dahagakan maklumat mengenai peperiksaan kemasukan kerajaan. Pecahan itu adalah sebagai panduan umum untuk memudahkan anda melakukan rujukan dan persediaan rapi dalam peperiksaan peringkat ini. Ianya bukanlah sesuatu yang rasmi, tetapi lebih kepada gambaran umum kepada anda dan kami namakan ianya sebagai pecahan dalam pecahan! Dengan pembahagian ini, seharusnya anda akan jadi lebih jelas dan terarah dalam melakukan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan bertulis. Ramai yang menyatakan seksyen A ini adalah satu seksyen yang sengaja diadakan untuk memerangkap calon dan ianya sama-sekali tidak masuk akal kerana skop yang dirangkumi oleh seksyen ini terlalu luas. Bahkan dalam penghuraian seksyen ini oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri mereka menyatakan yang tiada rujukan khusus untuk persediaan seksyen ini. Dalam hebahan umum SPA menyatakan;

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini
Ini makluman dalam edaran SPA yang terbaru (2012), tetapi rujuk semula makluman sebelum ini, ianya lebih kurang tetapi ada sesuatu yang lebih jelas di sana. Rujuk pernyataan di bawah;

Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembanganperkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.
Tapi kami tetap berusaha untuk memudahkan anda dan kami akan tunjukkan melalui pemerhatian yang dibuat bagaimana soalan-soalan ini dibentuk sebenarnya dan bagaimana menyediakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan seksyen A ini. Kami akan huraikan satu www.penolongAkauntan.com 7

Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012


persatu pecahan bahagian yang telah dinyatakan sebelum ini beserta contoh-contoh soalan yang menggambarkan pecahan tersebut. Dan sekali lagi diingatkan yang pecahan itu merupakan hasil pemerhatian kepada soalan-soalan yang lepas (2009 Mei 2012)

Huraian Seksyen A: Pecahan 1- Sejarah Malaysia


Pada 4 sesi peperiksaan SPA yang lepas (PTD Julai 2011, Dadah November 2011, Penguasa Kastam Februari 2012 dan Juruaudit Mac 2012) tiada soalan khusus berkaitan SEJARAH dikeluarkan. Begitu juga peperiksaan PTD MEI 2012, tiada soalan sejarah khusus ditanya. Tetapi ini tidak bermakna persediaan berkaitan sejarah harus diabaikan kerana tidak mustahil ianya akan ditanya untuk sesi kali ini. Luangkan sedikit masa untuk membuat rujukan pantas berkaitan sejarah (tidak perlu terlalu tumpu) JIKA DITANYA untuk bahagian Sejarah Malaysia, persediaan anda, ABAIKAN bab-bab yang berhubungkait dengan isu-isu antarabangsa. Fokus kepada yang menjurus kepada yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia. Boleh juga mendapatkan buku Sejarah Malaysia atau Malaysia Kita untuk memantapkan persediaan anda. Anda tak perlu risau sangat kerana semuanya sebenarnya sudah ada dalam benak fikiran anda kerana kita pernah melaluinya zaman persekolahan dahulu dan maklumat itu sebenarnya sudah pun tersimpan dalam memori kita. Apa yang kita perlukan ialah sedikit bacaan yang boleh mengingatkan kita semula. Jadi ianya tidaklah sesusah kita mengambil peperiksaan dahulu kerana semua itu adalah baru bagi kita ketika itu. Sebab itu anda perlu smart dalam persediaan kali ini. Cari buku-buku rujukan yang ringkas (point system) yang hanya menekankan isi-isi penting sahaja. Jangan membaca rujukan yang seperti buku teks kerana ianya disediakan untuk menghuraikan dan memahamkan pembaca yang membaca untuk mengetahui fakta buat kali pertama. Situasi ini lain dengan anda, anda Cuma nak mengingat kembali apa yang pernah anda faham dan tahu satu ketika dahulu. Jadi jimatkan masa dan tenaga anda, hanya cari nota-nota yang bercirikan point form dan sudah barangtentu ianya akan menjimatkan masa anda. Jadi bagaimanakah soalan yang selalu ditanya yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia? Ini adalah sebahagian soalan yang berkaitan; 1. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-15 kerana faktor-faktor yang berikut kecuali www.penolongAkauntan.com 8

Penolong Akauntan W27 Sesi 23 JUN 2012

A. Semasa Tun Perak menjadi Bendahara Melaka B. Hubungan diplomatik dengan negeri China memberi perlindungan C. Melaka terletak di kedudukan strategik yang menjadi tumpuan ramai pedagang asing D. Melaka mempunyai banyak sumber bahan mentah

-TAMAT REVIEW COPYDAPATKAN NASKHAH PENUH DI www.penolongAkauntan.com

www.penolongAkauntan.com

Anda mungkin juga menyukai