Anda di halaman 1dari 16

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 5/ TAHUN 2012

HBIS 1203

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL QURAN 1

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

740819015758001 740819-01-5758 012 7672946 rahimahrobi74@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

BATU PAHAT

HBIS1203

PENGENALAN Pendidikan al-Quran bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah. S.W.T. Dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran al-Quran secara hafazan mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai`e dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-Quran. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), hafaz bermaksud terpelihara dan kekal dalam ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran).Apabila perkataan hafaz ditambah imbuhan akhiran an, menjadi perkataan hafazan yang bermaksud hasil daripada menghafaz. Hafazan juga berasal daripada perkataan Arab iaitu hafaz yang bermaksud sudah masuk betul ke dalam ingatan; khususnya tentang bacaan ayat suci alQuran atau dengan erti lain dapat membaca seluruh al-Quran tanpa melihat kitab. Sejarah pembelajaran al-Quran secara hafazan bermula sejak turunnya ayat pertama dari al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Sebagaimana dimaklumi dari berbagai nas bahawa beliau adalah seorang nabi yang ummi, yakni tidak tahu menulis dan membaca.Dalam keadaan yang ummi itulah Baginda Nabi Muhammad S.A.W. menerima al-Quran dari Malaikat Jibrail dan seterusnya menyampaikannya kepada para sahabat menerusi hafazan. Proses turunnya al-Quran secara berperingkat-peringkat membantu dan memudahkan Rasulullah S.A.W. untuk menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi kandungannya. Kebiasaan tidak terburuburuini dikekalkan sehinggalah menjadi salah satu metode atau manhaj di dalam menghafaz al-Quran (Abu Najihat al-Hafiz, 2001:20-22). Kesedaran umat Islam terhadap kepentingan dan kebaikan menghafaz al-Quran mendorong ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang menyediakan pengajian tahfiz al-Quran di samping mata pelajaran agama dan akademik. Di samping

HBIS1203

sekolah-sekolah agama yang sedia ada, lebih banyak pusat-pusat pengajian dan institut al-Quran didirikan bagi memenuhi permintaan terhadap pengajian tahfiz al-Quran. Para dermawan dan orang berada tampil ke hadapan untuk menjadi penaja pelajar hafiz dan kelas-kelas tahfiz al-Quran yang ditubuhkan.

MAKLUMAT INSTITUSI Dalam tugasan ini saya telah memilih dua buah institusi tahfiz al-quran untuk membuat kajian tentang kaedah dan teknik yang digunakan dalam hafazan al-quran.

MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AN-NUUR

SEJARAH AWAL DAN LOKASI Madarasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur (MAN) telah ditubuhkan pada hari Ahad 16 April 2000 bersamaan 11 Muharram 1421. Pada tahun permulaan ini MAN memiliki 10 orang pelajar, seorang guru dan seorang mudir bagi tugas pengurusan madrasah. MAN terletak di Kampung Kesang Laut, 10 kilometer daripada Bandar Muar. Sehingga kini MAN masih beroperasi di lokasi awalnya iaitu di KM- 11, Surau An-Nuur, Kesang Laut. MAN menerima khidmat Ustaz Adlan Jaafar Al-Hafiz. MAN telah mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila melahirkan pelajar Hafiznya yang pertama (Umar Hafiz Bin Syafie, 11 tahun) dalam tempoh 9 bulan. Madrasah An2

HBIS1203

Nuur merupakan madrasah pertama beliau dalam usia madrasah yang ketika itu baru mencecah satu tahun. Mahaad ini ditubuhkan hasil usaha Tuan Hj. Abd. Rashid b. Hj. Abu Hasan (Pengerusi Surau Al-Mizan.) MAN melangkah setapak lagi kehadapan apabila diminta untuk membuka cawanganya di Surau Al-Mizan, Kampung Parit Karang Darat. Ustaz Rushdi Bin Chik diberikan mandat dan kepercayaan oleh Pentadbiran MAN untuk menguruskan cawangan tersebut. Secara rasminya Kelas di Parit karang Darat ini telah dikenali dengan nama Raudhah An-Nuur dan terus beroperasi sehingga ke hari ini. Atas inisiatif Tn. Hj Abd Rashid B. Abu Hassan (Pengerusi Surau Al-mizan) dan keluarga beliau, pelajar MAN cawangan Pt. Karang Darat telah di pindahkan ke premis baru yang merangkumi dua pintu rumah yang dijadikan asrama pelajar. Iaitu bersebelahan dengan bangunanan asal asrama pelajar (Balai Islam) di Surau Al-Mizan Pt. Karang Darat. Perpindahan ini telah memberikan suatu suasana baru kepada pelajar MAN yang menjanjikan pembelajaran yang lebih selesa. Pada tahun 2003 - Fungsi pejabat pentadbiran MAN dipindahkan dari asrama 2 (Rumah Hj. Abd. Hamid) ke Raudhah An-Nuur, Parit Karang Darat sehinggalah ke hari ini. Sehingga hari ini Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur (MAN) masih terus mencurahkan baktinya kepada masyarakat. MAN sentiasa komited di dalam usahanya untuk melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa dan berdaya saing.

OBJEKTIF MADRASAH Memartabatkan Syiar Islam melalui Al-Quran bergerak iaitu insan yang hafaz Al-Quran dan beramal dengannya. Melahirkan para duat dari kalangan huffaz Al-Quran yang menguasai hafazan dan berdaya saing menurut kehendak semasa.

VISI MADRASAH Menjadi pusat pengajian tahfiz al-quran tempatan yang berkesan dalam melahirkan generasi hamilul quran yang berjiwa daie. Berusaha membentuk keperibadian pelajar hafiz supaya mereka sangat sensitif dan menyedari tanggungjawab sebenar mereka sebagai seorang pelajar Al-Quran. 3

HBIS1203

MISI MADRASAH Menjadi tempat menghasilkan para huffaz yang berkualiti untuk masyarakat di samping menjalankan aktiviti dakwah dan penyebaran Syiar Islam secara berterusan Merancang agenda yang dapat membentuk jati diri pelajar. Menjadi pusat tarbiah yang tidak terbatas hanya para pelajar tetapi merangkumi warga madrasah dan masyarakat setempat.

MOTTO MADRASAH
KEJAYAAN PELAJAR KEJAYAAN MADRASAH, KEJAYAAN MADRASAH KEBANGGAAN BERSAMA

TAHFIZ AL QURAN DARUL TUBA SEJARAH PENUBUHAN -Tahfiz Al-Quran Darul Tuba (TADT) telah ditubuhkan pada 1hb. April 1999 bersamaan 13 Zulhijjah 1420H. -Alamat : No 1660, Jalan Bidara 5, Taman Tangkak Jaya,84900 Tangkak, Johor. -Kursus Tahfiz bertujuan melahirkan generasi Islam yang benar - benar memahami dan mengetahui isi kandungan Al Quran.Ianya juga memenuhi tuntutan semasa masyarakat yang memerlukan para Huffaz, Quraa dan Duat yang berkebolehan dan berketrampilan.

HBIS1203

VISI Membantu usaha melahirkan Huffaz, Qurra dan Duat berwibawa ke arah pembangunan negara dan ummah

MISI Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang tahfiz Al Quran dan Al Qiraat Falsafah Membentuk generasi Al Quran yang bertakwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan negara dan ummah.

MOTO Al Quran dan Al Sunnah Pegangan Kami. Objektif 1. Mengeluarkan Huffaz, Qurra dan Duat yang mahir lagi berketrampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara. 2. Menghidupkan kembali ilmu Al Quran serta menambahkan bilangan penghafaz Al Quran. 3. Menyerapkan tenaga penghafaz yang berkebolehan di Intitusi Pengajian Tinggi dan Imam Masjid di seluruh negeri.

HBIS1203

DUA KAEDAH DAN TEKNIK HAFAZAN

Sistem hafazan yang digunakan Madarasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur (MAN)adalah mengikut apa yang telah direncanakan oleh pihak pentadbir intitusi tahfiz ini. Kebiasaannya, kelas akan dimulakan dengan tazkirah oleh tenaga pengajar berkaitan dengan adab-adab dengan al-Quran. Aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan hafazan di Madarasah Tahfiz AlQuran An-Nuur antara para pelajar sesama mereka ialah dengan sentiasa memberi nasihat sesama mereka terutama kepada adik-adik yang baru menghafaz. Di samping itu, pelajar ini ada mengamalkan membaca surah-surah tertentu sebagai amalan iaitu antaranya surah ar-Rahman, Kahfi, Yaasin, Sajdah dan ad-Dukhan dengan selalu membacanya dan menjadikannya sebagai wirid harian. Begitu juga dengan bacaan Mathsurat, para pelajar sentiasa membacanya secara beramai-ramai sesama mereka. Solat tahajjud juga dilaksanakan tetapi secara individu di asrama masing-masing.

Latih Tubi Menghafaz Kaedah ini merupakah kaedah yang paling asas di Madarasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur tetapi berkesan membantu pelajar didalam hafazan al-Quran, kaedah ini biasanya dibuat setelah pelajar telah menguasai bacaan dengan baik dan fasih.Setiap pelajar akan menghafaz sesuatu ayat dengan membacanya berulang kali atau disebut sebagai Taqrir yang dibuat oleh pelajar untuk mengekal dan mengukuhkann hafalan di dalam ingatan. Kaedah ini mengkehendaki pelajar menghafaz peringkat demi peringkat iaitu setelah betul-betul fasih dalam ayat tertentu barulah mereka dibenarkan untuk berpindah ke ayat ayat yang seterusnya dan mereka dipastikan untuk masih dapat mengingati dan fasih ayat-ayat yang terdahulu.

HBIS1203

Memperdengarkan Bacaan Al-Quran(Tasmi) Setelah pelajar menjalani kaedah latih tubi dan telah menghafaz ayat tertentu, mereka akan diminta untuk memperdengarkan bacaan mereka kepada guru dan rakan sekelas untuk dibuat penilaian. Kaedah yang lebih dikenali sebagai tasmi ini merupakan pendekatan yangamat popular dan digunakan secara meluas di Madarasah Tahfiz AlQuran An-Nuur dalam proses pengajaran dan pembelajaran Dalam kaedah ini guru akan meneliti bacaan pelajar terlebih dahulu seterusnyamembetulkan jika terdapat kesalahan pada bacaan murid. Pendekatan ini memberi faedah kepada pelajar dan berkesan untuk membaiki bacaan pelajar secara keseluruhan serta membantu pelajar mengesan kesalahan rakan dan menjadikannya sebagai panduan untuk meningkatkan mutu bacaan dan hafalan meraka.

HBIS1203

Manakala bidang hafazan ayat-ayat al Quran yang di laksanakan di Tahfiz AlQuran Darul Tuba, memang wajar di terapkan terutamanya di peringkat kanak-kanak agar ianya dapat menjadi amalan hidup yang berterusan.Ia juga penting terutamanya apabila ia menjadi satu amalan dalam solat seharian.Dengan pengenalan dan perlaksanaan Bidang Tilawah Al Quran ( Hafazan ) diharapkan murid khususnya di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba dapat menguasai atau mengingati surah-surah yang telah ditetapkan iaitu Surah Al Kafirun, Al Kausar, Al Maun dan Surah Quraisy.Ada Surah yang mempunyai 7 ayat dan yang terpendeknya ialah 3 ayat sahaja. Kaedah yang biasa digunakan ialah Talaqqi dan Musyafahah serta kaedah lain yang digabungkan bagi memastikan pengajaran berkesan dan dapat menjadi amalan harian pelajar.Guru juga memberi penekanan terhadap hukum Tajwid sukun dan tasydid sesuai dengan tahap kebolehan dan latar belakang murid. Talaqqi Dan Musyafahah Berbalik kepada Kaedah mengajar hafazan surah al Quran bagi murid-murid di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba khususnya, empat surah yang ditetapkan itu diwajibkan bagi setiap murid mengingatinya. Kebanyakan guru-guru mengaplikasikan kaedah Talaqqi dan Musafahah malahan bolehlah dikatakan ianya merupakan kaedah wajib. Talaqqi bererti berjumpa atau berhadapan manakala musafahah bererti memberi erti melihat gerak bibir guru. Apabila mengajar hafazan, guru hendaklah berhadapan dengan murid samada seorang dengan seorang atau seorang guru dengan beberapa murid.Ianya amat berkesan bagi menilai murid mana yang mempunyai daya ingatan yang kuat atau sebaliknya. Melalui cara ini, guru di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba dapat memperbaiki setiap kesilapan murid juga membantu mana-mana yang yang perlukan bimbingan. Ketika berhadapan itu, guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat alQuran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir., aktiviti sedemikian bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul dihadapan murid supaya murid dapat mencontohi sebutan guru itu berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru. Guru juga akan mengulangulang sebutan huruf atau kalimah ayat-ayat al Quran dengan meminta murid

HBIS1203

memerhatikan gerak bibirnya kemudian meminta murid menyebutnya dengan guru membetulkan sebutan tersebut. Pengulangan sedemikian amat berkesan kepada murid.

Kaedah Tasmik Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Kaedah ini juga digunakan oleh guru dalam pengajaran Tilawah al Quran di Tahfiz AlQuran Darul Toba melalui aktiviti guru mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap pencapaian pelajar dalam penguasaan bacaan dan hafazan al Quran. Cara pelaksanaan kaedah tasmik yang dijalankan di Tahfiz AlQuran Darul Toba ini ialah pelajar diminta membaca ayat yang ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar), di hadapan guru. Guru mendengar bacaan atau hafazan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam bacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

HBIS1203

PENILAIAN TERHADAP KAEDAH DAN TEKNIK Mengikut kajian terhadap kaedah dan teknik yang dijalankan di Madarasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur dan di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba, soalan-soalan yang berkaitan dengan system pembelajaran dan kaedah-kaedah hafazan yang efektif. Secara keseluruhannya,sebanyak 30 item soalan telah dibina dan ia dibina berasaskan kepada kajian yang telah dihuraikan sebelum ini. Kesemua item soalan yang dibentuk juga menggunakan format Skala Likert bagi memudahkan proses penyelidikan yang dijalankan. Format tersebut bertujuan untuk memberi kemudahan kepada responden untuk membuat pilihan jawapan secara tepat dan fleksibel. Skala Likert tersebut terdiri daripada lima kategori skor iaitu 1 = (Sangat Tidak setuju), 2 = (Tidak Setuju), 3 =(Kurang Setuju), 4 = (Setuju) dan 5 = (Sangat Setuju). Hasil kajian mendapati bahawa kaedah menghafaz yang terbaik mengikut juzuk adalah menggunakan kaedah memperdengarkan hafazan baru (tasmi'). Kajian menunjukkan bahawa 282 orang daripada keseluruhan pelajar iaitu sebanyak 67% bersetuju dan gemar menggunakan kaedah tersebut untuk menghafaz. 16% daripada pelajar pula menggunakan kaedah hafazan biasa manakala 10% lagi iaitu seramai 42 orang gemar menggunakan buku tulisan ayat sebagai alternatif untuk menghafaz. Kaedah tasmi merupakan peratusan pemilihan yang tertinggi di kalangan penuntut-penuntut di Madarasah Tahfiz Al-Quran dan di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba Secara keseluruhannya hasil kajian ini mendapati kaedah tasmi' merupakan satu kaedah menghafaz yang terbaik yang digunakan oleh Madarasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur dan di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba. Peratusan yang tinggi hingga mencecah 70% menjadikan kaedah lain jauh ketinggalan dari segi penggunaannya dalam pengaplikasian untuk menghafaz. Secara amnya, pendapat guru berhubung dengan kaedah menghafaz ini adalah berdasarkan kaedah-kaedah yang diguna pakai ketika sesi pengajaran berlangsung di dalam kelas. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah yang lazim digunakan oleh tenaga pengajar dalam menjalankan proses pengajaran ialah kaedah tasmi' iaitu memperdengarkan bacaan baru. Selain itu mereka juga menggunakan kaedah membaca berulang kali, membaca bersama-sama pelajar, menggunakan kaedah 10

HBIS1203

mengulang dan kaedah merujuk tafsir. Penglibatan guru dalam memastikan para pelajar mengulang semula ayat-ayat yang telah dihafaz adalah salah satu faktor terpenting bagi memastikan pencapaian kemajuan pelajar berada pada tahap yang stabil. Kaedah yang lazim dan paling ramai digunakan oleh guru-guru ketika proses mengulang hafazan berlangsung ialah kaedah i'adah atau muraja'ah. Kaedah ini adalah kaedah mengulang hafazan yang biasa dan majoriti guru-guru mempraktikkannya

Rumusan Dapatan Kajian Banyak keputusan menarik diperolehi daripada kajian ini, dan kita boleh menjadikannya sebagai satu modul ikutan untuk diselaraskan dalam kurikulum pengajian hafazan di sekolah-sekolah tahfiz seluruh Malaysia. Beberapa keputusan kajian yang penting digariskan seperti yang berikut: Antara banyak kaedah hafazan yang digunakan oleh golongan pelajar Maahad Tahfiz, terdapat tiga kaedah hafazan utama yang paling berkesan dalam kaedah menghafaz yang digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut. Kaedah-kaedah itu ialah: (a) Memperdengarkan hafazan baru (tasmi') (b) Menghafaz seperti biasa (c) Buku tulisan ayat Ini bermakna kebanyakan pelajar Maahad Tahfiz bersetuju dan bersependapat tentang kaedah hafazan yang berkesan adalah melalui kaedah tasmi'. Fenomena ini berlaku adalah impak daripada penggunaan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru di Maahad Tahfiz tersebut. Begitu juga dengan kaedah menghafaz menggunakan buku tulisan ayat, kaedah yang dianjurkan oleh pihak pentadbir ini akan memudahkan para pelajar untuk menghafaz dengan lebih teratur dan sistematik. Selain pembelajaran di dalam kelas kaedah menghafaz seperti biasa yang dipraktikkan oleh pelajar di luar waktu pembelajaran adalah berkesan terhadap hafazan. Dapatan ini dibuktikan hasil daripada jumlah ayat yang dihafaz oleh pelajar dalam sehari menggunakan ketiga-tiga kaedah di atas dan menunjukkan bilangan juzuk yang telah dihafaz berada pada tahap yang tinggi.

11

HBIS1203

CADANGAN APLIKASI TEKNIK HAFAZAN DALAM BILIK DARJAH. Sebagai pendidik utama pelbagai teknik hafazan boleh di jalankan didalam bilik darjah antaranya, a)Guru perlulah mempunyai ciri-ciri yang baik serta mahir di dalam bidang hafazan. Mereka juga perlulah tegas dalam menjalankan tugas serta prihatin terhadap keperluan pelajar.Mereka perlulah tahu kelemahan dan kemampuan pelajar agar pelajar tidak berasa tertekan dengan tindakan yang diambil oleh guru tersebut. Guru juga hendaklah menjaga hubungan baik dengan pelajar ibarat seperti ibu bapa dan anak. Mereka perlulah mendidik pelajar dengan didikan yang sesuai sepertimana yang digariskan dalam sisitem pendidikan Islam. Mereka juga melakukan peneguhan dengan memberikan imbuhan kepada pelajar-pelajar yang menghafaz dengan cepat dan lancar.

b) Guru-guru sepatutnya memberi pendedahan kepada para pelajarnya mengenai metod-metod penghafazan yang terkini dan lebih berkesan. Kebanyakan guru-guru tahfiz mengemukakan metod-metod penghafazan berdasarkan pengalaman mereka semata-mata. Ini menyebabkan ramai pelajar yang menemui jalan buntu ketika menghafaz kerana masih kabur dan tidak dapat mengikuti teknik penghafazan yang diajarkan secara sempurna c) Guru guru dapat meningkatkan lagi keberkesanan teknik menghafaz dan mengulang di kalangan para pelajar melalui perbincangan dan perkongsian kaedah 12

HBIS1203

tersebut dengan para pelajar. Ini kerana, terdapat segelintir pelajar yang menggunakan kaedah menghafaz dan mengulang yang tersendiri. Dengan gabungan kedah-kaedah dari kedua-dua pihak ini, para pelajar akan dapat meningkatkan lagi tahap ingatan mereka dalam hafalan al-Quran.

d)Guru-guru tahfiz perlu menggiatkan usaha pentakriran melebihi muqarrar menghafaz. Mereka perlu memastikan para pelajar mentakrir hafazan al-Quran di hadapan mereka. Jika langkah ini tidak diamalkan, kemungkinan sesetengah pelajar akan mengabaikan aktiviti takrir sedangkan proses penghafazan dan takrir adalah berkait rapat ibarat isi dengan kuku.

KESIMPULAN

Sistem berbentuk hafazan, melalui kaedah ini pelajar dapat mendalami setiap ilmu yang disampaikan oleh guru dengan lebih berkesan dandapat memberi input kepada amalan seharian.Selain itu juga ia memudahkan pelajar untuk mengingat dan memahaminya denganlebih tepat dan memahami setiap makna dan maksud apa yang dijarkan. Ia juga dapat menguatkan ingatan minda pelajar dengan lebih teratur dan pelajar tidak mudah lupa apayang disampaikan oleh guru Seperti saranan yang yang dicadangkan bagi meningkatkan kaedah hafazan ini untuk guru mengajar pelajar menghafaz al-Quran di setiap setiap sekolah. Selain itu juga,ada sesetengah pelajar meghafaz al-quran dengan begitu lancar dan betul terutamanya disekolah-sekolah pondok, ini kerana mereka lebih banyak didedahkan dengan kaedah hafalan berbanding sekolah-sekolah biasa dan institusi lain.Selain itu juga, guru mestilah memberi penekanan kepada setiap pelajar untuk menghafaz dan ibubapa juga perlu memberi penekanan kepada anak-anak ketika berada dirumah. Melalui ini pelajar dapat pelajar dapat menghafaz dengan baik. Ada juga sestengah ibubapa yang tidak mempelajari ilmu-ilmu agama. Apabaila setiap pihak

13

HBIS1203

memberi penekanan, maka ini dapat mempertingkatakan keberkesan kaedah hafazan dan memberi input yang memberangsangkan kepada prestasi pelajar. Guru merupakan pendidik dan pembimbing utama kepada pelajar untuk mendalami bidanag hafazan dan bidang-bidang yang lain. Guru perlu menjadi model kepada pelajar-pelajar.Guru perlu tegas dalam proses hafazan dan perihatin dengan keperluan pelajar inikerana dapat membantu pelajar dan mendidik pelajar untuk menjadi seorang yang berdisplin.Guru perlu menguasai tahap-tahap setiap pelajar untuk memudahkan pelajar supaya tidak tertekan dengan tindakan yang diambilkan oleh guru. Guru juga perlu menjaga hubungan baik dengan ibubapa dan pelajar dan sebagai mentor dan model kepada pelajar. Selain itu guru tahfiz perlu memberikan pendedahan kaedah pembacaan dan metod-metod hafazan yang terbaru bagi pembelajaran yang berkesan. Ramai pelajar tidak memahami teknik penghafazan yang sempurna kerana, guru tahfiz hanya mengemukakan metod-metod dan teknik hafazan berdasarkan pengalaman semata-mata.Guru-guru tahfiz perlu menggunakan kaedah yang sesuai seperti kaedah perbincangan dan perkongsian kaedah hafazan kepada pelajar. Dengan gabungan kedua-duanya ini dapat mempertingkatkan tahap ingatan pelajar dalam hafalan al-Quran dan mempertingkatkan lagi penguasaan dan kemahiran mendalami hafazan alQuran. Guru perlu perihatin terhadap pelajar untuk mendapatkan keberkatan didunia dan diakhirat serta ikhlas didalam pengajaran yang disampaikan kepada pelajar. Kemuliaan pelajar adalalah keberkatan yang berpanjangan apabila ilmu yang disampaikan dengan baik kepada pelajar.

14

HBIS1203

RUJUKAN

1.http://fauzanibrahim.wordpress.com/2007/11/25/hafazan-quran-satu-usaha-yang-boleh/ 2.http://eprints.utm.my/2844/1/75184.pdf 3.http://www.slideshare.net/nikazehar/kaedah-dan-teknik-pengajaran-tilawah-al-quran

4.Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah.(2003).Keberkesanan Kaedah Hafazan di Pusat Tafiz. Skudai:Universiti Teknologi Malaysia.

15