Anda di halaman 1dari 31

MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012

LATIHTUBI BAHASA MELAYU 1103/2 SOALAN 2 (d) PUISI


(KOMPILASI SOALAN PERCUBAAN SPM KERTAS DUA TAHUN 2011)

SAZALI BIN IBRAHIM


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI KELANTAN http://cikgusazali.blogspot.com

ULI SAPA LET IT


CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

LATIHAN 1

SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN LAPAN KERAT Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, Di tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya; Biarlah sabar dalam perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya. Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan dibelah-belah; Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ketujuh, Jadi khalifah kepada Allah. Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar; Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka. [2 markah]

(i) (ii) (iii)

Berdasarkan rangkap pertama, nyatakan sifat-sifat orang yang beriman.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah terpengaruh oleh budaya Barat? Berikan tiga faktor. [3 markah] Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama dan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut. [4 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

1. (i)

SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH Sifat-sifat orang yang beriman sentiasa bersifat sabar tidak mudah termakan hasutan iblis

[2 markah]

(ii)

Faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah terpengaruh oleh budaya Barat longgarnya pegangan agama kurang jati diri pengaruh budaya asing pengaruh media dan teknologi suka hiburan [3 markah] Satu pengajaran dalam rangkap pertama Kita hendaklah melawan hasutan iblis agar akhlak terpelihara. Contohnya pengarang menyatakan mereka yang beriman akan terhindar daripada godaan iblis Satu pengajaran dalam rangkap ketiga Kita hendaklah memelihara kedaulatan bahasa ibunda agar martabatnya sentiasa terpelihara. Contohnya pengarang menyatakan kebudayaan Timur semakin dinodai budaya Barat. [4 markah]

(iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

LATIHAN 2

MRSM

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. DI BAWAH LANGIT YANG SAMA
Di bawah langit yang sama kita hirupi udara tanpa mengira Beirutmu ataupun Kuala Lumpurku kita menghirup udara di bawah langit yang sama. Aku suka gerimis di Kota London pernah terpesona angin dingin- tajam di Washington pohon-pohon hijau atau aneka warna tiada bezanya. siapa pun menghuni Australia penghuni Afrika kerana di bawah langit ini kita sama. Aku ingin menyeberangi Laut China Selatan layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera berkongsi siang miliki malam anyam cinta pelangikan zaman tiupkan harapan senada sesama kita-warga dunia di bawah langitnya yang sama. Peta-peta itu yang memisahkan jangan tutup pos sempadan visa hanya keperluan rasmi seketika pasport dokumen pengenalan titik mula kita dakapi mimpi tak berbeza gapai hasrat lebur kebencian kuburkan sejarah hitam di bawah langit ini yang sama. LIM SWEE TIN Antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) (ii)

Nyatakan hasrat penyajak dalam rangkap ketiga sajak tersebut.

[2 markah]

Penyajak menyeru supaya manusia mengamalkan konsep kesamarataan hidup tanpa membezakan warna kulit dan fahaman. Apakah faedah-faedah sekiranya kita mengamalkan konsep hidup di atas? [3 markah] Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

(iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

2. (i)

SKEMA MRSM Hasrat penyajak dalam rangkap ketiga ...[2 isi sahaja] menyeberangi Laut China Selatan melayari Lautan Teduh merentasi Laluan Sutera bersama-sama merasai suasana siang dan malam memupuk rasa cinta / kasih dan harapan membangkitkan hasrat / matlamat yang sama Faedah-faedah konsep kesamarataan hidup ... [2 isi sahaja] dunia akan aman / tiada peperangan hidup saling membantu memudahkan mobiliti / perhubungan dunia akan makmur bebas mengamalkan agama dan budaya / cara hidup saling menghormati / bersefahaman I bertoleransi tidak wujud golongan yang teraniaya/tertindas Nilai kasih sayang perpaduan kerjasama keberanian hormat-menghormati bertolak ansur

[Maksimum: 2 markah)

(ii)

[ maksimum : 3 markah ]

(iii)

[ 2 isi sahaja ]

setiap insan adalah sama dan harus menyayangi atas nama kemanusiaan 1+1 perpaduan menjamin keharmonian masyarakat 1+1 setiap negara / manusia perlu saling membantu 1+1 seseorang yang berani merentasi lautan dan daratan / mengembara untuk menimba ilmu 1+1 menghormati hak setiap individu bebas di muka bumi ini 1+1 bebas bergerak tanpa ada sebarang sekatan 1+1 [ maksimum: 4 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

LATIHAN 3

MPSM MELAKA

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. DI PERPUSTAKAAN
Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala runduk meneliti Mata dan fikir bersebati Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai SHAFEE ABU BAKAR Antologi Harga Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Nyatakan dua keadaan yang dialami oleh penyajak apabila berada di perpustakaan seperti yang digambarkan dalam rangkap pertama. [2 markah] Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah untuk memperkasakan penggunaan perpustakaan sekolah dalam kalangan murid? [3 markah] Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut [4 markah]

(ii)

(iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

3. (i)

SKEMA MELAKA Dua keadaan penyajak - Suasana yang mendinginkan - Suasana yang hening 1m 1m [maksimum 2 markah]

(ii)

Cara-cara - Meningkatkan kemudahan asas 1m - Menyediakan bahan bacaan yang terkini 1m - Menyediakan kemudahan internet bagi memudahkan pelajar mengakses maklumat 1m [maksimum 3 markah] Dua nilai - Ketekunan : Pengunjung perpustakaan tekun menelaah 1m - Kerajinan : Rajin untuk menimba seberapa banyak ilmu di perpustakaan 1m [maksimum 4 markah]

(iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

LATIHAN 4

MPSM JOHOR

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. KECEK(V)
seorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam diam dia mencantum kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah. Di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi dia tidak pemah mencantum kekayaan orang lain ke dalam getimya yang sudah Iama berumbi. di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya. Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan. AWANG ABDULLAH Antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Dalam rangkap kedua dan ketiga sajak ini penulis menyatakan persamaan antara kehidupan seorang petani dengan seorang nelayan. Berikan satu persamaan tersebut. [2 markah] Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah kemiskinan dalam masyarakat dapat ditangani? [3 markah] Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

(ii) (iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

4. (i)

SKEMA JOHOR Persamaan; hidup dalam kemiskinan menghadapi kesengsaraan dan penderitaan mempunyai ramai anak jujur/amanah/tidak mengambil hak orang lain berkongsi/menyebarkan ilmu yang dimiliki Cara-cara menangani; memberikan bantuan peralatan/kewangan/modal memperbanyak peluang pekerjaan mengajar pelbagai kemahiran memastikan semua rakyat mendapat pendidikan Persoafan; Persoalan pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi Persoalan kemiskinan hidup golongan petani dan nelayan Persoalan pembalasan tuhan atas setiap perbuatan Persoalan kegigihan mencari rezeki untuk menyara keluarga [Maksimum : 4 markah]

(ii)

(iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

LATIHAN 5

MPSM PERLIS

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ADAT SEZAMAN Peradaban zaman semakin berlalu meninggalkan kesan mendalam terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik santun si dara jadi idaman warak si teruna jadi ikatan si tua tersenyum mesra memandang teruna dara sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana ... Masa itu telah jauh zaman sudah berlalu santun sang dara dan warak sang teruna telah lenyap. si tua berduka lara memandang teruna dara berganding tanpa silu tanpa hormat tanpa batasan adat sezaman ditinggal jauh adat agama dipandang remeh adat kuning jadi ikutan. WAN NAZIHAH WAN ABDULLAH Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka. (i) (ii) (iii) Bagaimanakah sikap anak muda zaman sekarang? [2 markah] Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda kini terikut-ikut akan budaya barat? [3 markah] Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

10

5. (i)

SKEMA PERLIS Sikap anak muda: Gadis kehilangan sopan-santun Pemuda tidak lagi teguh dengan ajaran agama Mengapa generasi muda terikut-ikut dengan budaya barat: Pengaruh negatif media massa Anggapan budaya timur ketinggalan zaman Anggapan budaya barat lambing kemajuan/ketamadunan Tiga persoalan: Adat berzaman sudah mula dilupakan Penularan gejala sosial dalam kalangan generasi muda Budaya kuning menjadi ikutan generasi muda 1m 1m [maksimum 2 markah] 1m 1m 1m [maksimum 3 markah] 1m 1m 1m [maksimum 4 markah]

(ii)

(iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

11

LATIHAN 6

MPSM SABAH

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. HARGA REMAJA Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. RAHMAN SHAARI Langit di Tangan, 1995 Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka (i) (ii) (iii) Apakah maksud bagai kehijauan daun dalam sajak di atas? [2 markah] Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang remaja dapat menjaga maruah dirinya? Berikan dua cadangan anda. [3 markah] Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut . [4 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

12

6. (i)

SKEMA SABAH Maksud bagai kehijauan daun [Maksimum: 2m] - sifat para remaja yang masih mentah / tiada pengalaman hidup/ memerlukan bimbingan daripada mereka yang lebih tua dan berpengalaman. Cara seseorang remaja dapat menjaga maruah dirinya. [Maksimum: 3m] - memikirkan keburukan sesuatu tindakan (supaya dia terhindar daripada - melakukan perbuatan yang negatif) / berfikiran rasional. - sentiasa mengamalkan ajaran agama/ nilai-nilai moral. - tidak berkawan dengan orang yang rendah akhlaknya. - sentiasa mematuhi nasihat orang tua/ ibu bapa/ guru-guru Dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut [Maksimum: 4m] (Pernyataan 1m + Huraian 1m) Maksimum 2 isi sahaja. P1 P2 P3 P4 Penyataan (1m) kepentingan ilmu dalam kehidupan para remaja keberanian remaja kepatuhan remaja keteguhan prinsip hidup/ jati diri remaja Huraian (1m) untuk masa hadapan mereka. dalam menempuhi liku-liku kehidupan terhadap amalan hidup yang sihat. yang mempunyai matlamat / hala tuju

(ii)

(iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

13

LATIHAN 7

MPSM KELANTAN

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BANGKITLAH
Anak-anak yang sedang lena bangkitlah matahari sudah tinggi di puncak gunung. Lihat jernihnya pagi ini burung-burung berterbangan di udara dan pepohon hijau merendang daunnya apa kau masih belum bangkit? Bangkitlah jangan sesal nanti madu bumi yang kekeringan isi laut kekosongan dan perut belantara menjadi ladang Anak-anak esok apa yang akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? kau mahu terus nangis tanpa air mata? Kalau tidak bangkitlah matahari belum lagi rembang dan burung-burung belum lagi menjamah awan! REJAB F.I Langit di Tangan, 1995 Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) (ii) (iii)

Mengapakah penyajak menyeru anak-anak muda bangkit? [2 markah] Sebagai remaja, apakah peranan yang boleh dimainkan mereka untuk mencapai aspirasi negara? [3 markah] Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas? [4 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

14

7. (i)

SKEMA KELANTAN matahari telah meninggi melihat kejernihan pagi 1m 1m [maksimum 2 markah] 1m 1m 1m [maksimum 3 markah]

(ii)

Peranan remaja: Menimba ilmu pengetahuan demi kemajuan negara Meningkatkan kemahiran bagi melonjakkan produktiviti Bersahsiah baik untuk melahirkan generasi yang bermoral

(iii)

Pengajaran: Remaja mestilah bangkit kerana mereka adalah aset negara 1m Remaja mestilah berusaha untuk memajukan negara 1m Remaja janganlah leka dengan kemewahan yang dikecapi masa kini 1m [maksimum 4 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

15

LATIHAN 8

MPSM PERAK

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. HARGA REMAJA Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. RAHMAN SHAARI Langit di Tangan, 1995 Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka (i) (ii) (iii) Berikan maksud piala remajamu [2 markah] Pada masa ini, mengapakah usia remaja sangat berharga pada seseorang? [3 markah] Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut . [4 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

16

8. (i) (ii)

SKEMA PERAK Maksud: kejayaan/kecemerlangan/kegemilangan ketika usia muda seseorang Mengapa usia remaja sangat berharga: - mempunyai tubuh badan yang sihat - mempunyai fikiran yang cerdas - mempunyai fizikal yang kuat dan bertenaga - mempunyai masa yang sesuai untuk menuntut ilmu - mempunyai masa yang sesuai untuk menyumbang tenaga 2m

1m 1m 1m 1m 1m [maksimum 3 markah]

(iii)

Dua pengajaran daripada sajak: Remaja harus menghargai zaman remajanya agar tidak melakukan perkara yang sia-sia 1+1 Kita janganlah mengisi usia remaja dengan perkara-perkara yang melalaikan/sia-sia agar hidup lebih bermakna 1+1 Kita hendaklah mempunyai pendirian hidup agar sentiasa dihormati 1+1 Setiap remaja perlu memiliki sifat-sifat keberanian agar mampu menghadapi cabaran hidup 1+1 Kita hendaklah menjadi insan yang berilmu agar menjadi insan yang berguna 1+1 Setiap remaja perlu mempunyai hala tuju/matlamat hidup agar masa depannya terjamin 1+1 [maksimum 4 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

17

LATIHAN 9

MPSM KEDAH

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. HARGA REMAJA Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. RAHMAN SHAARI Langit di Tangan, 1995 Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka (i) (ii) (iii) Nyatakan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh remaja untuk memanfaatkan usia muda? [2 markah] Berikan tiga cadangan untuk mengelakkan remaja terjebak dalam gejala sosial? [3 markah] Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut . [4 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

18

9. (i)

SKEMA KEDAH Perkara-perkara yang memanfaatkan usia muda menuntut ilmu menguasai pelbagai kemahiran menentukan hala tuju kehidupan 1m 1m 1m [maksimum 2 markah]

(ii)

(iii)

Cadangan memberikan pendidikan agama/moral/taat perintah agama 1m menggalakkan remaja melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan/ Bersukan/berekreasi 1m mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah/sihat/selamat 1m menjaga batas-batas pergaulan/tidak bergaul dengan rakan-rakan Yang buruk akhlak/perangai 1m mengamalkan nilai-nilai murni sepanjang masa 1m [maksimum 3 markah] Nilai-nilai: - Kegigihan Contoh : Remaja perlu gigih menuntut ilmu pengetahuan 1+1 Keberanian Contoh : Remaja perlu berani berhadapan dengan pelbagai dugaan ketika usia remaja Berhati-hati Contoh : Remaja perlu berhati-hati dalam percintaan usia muda Menghargai Contoh : Remaja perlu menghargai usia remaja dan memanfaatkan Dengan perkara-perkara yang berfaedah Berwawasan Contoh : Remaja perlu berpandangan jauh dan mempunyai hala Tuju yang jelas dalam hidup

1+1 1+1

1+1

1+1

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

19

LATIHAN 10

MPSM NEGERI SEMBILAN

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. DIRGAHAYU BAHASAKU
Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah. Bahasa itu maruah bangsa yang tetap dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi. Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru. AHMAD SARJU Antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) (ii)

Berikan maksud merentas dunia tak bertepi? [2 markah] Dalam rangkap kedua sajak ini dinyatakan bahawa bahasa itu maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menyuburkan semangat cinta akan bahasa kita dalam kalangan masyarakat? [3 markah] Nyatakan tiga unsur bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut . [4 markah]

(iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

20

SKEMA NEGERI SEMBILAN (i) (ii) Maksud: tersebar ke seluruh pelosok/buana/benua/bumi/jagat Usaha (iii) menggalakkan anak berbahasa Melayu sejak kecil lagi mengadakan Kempen Cintiai Bahasa Kita dengan lebih berkesan mengadakan pelbagai pertandingan yang berkaitan dengan bahasa Melayu pihak berkuasa mewajibkan penggunaan bahasa Melayu pada iklan dsb menggalakkan para pemimpin masyarakat menggunakan bahasa Melayu dalam pelbagai situasi menggalakkan anggota masyarakat berbahasa Melayu dengan betul dalam pelbagai situasi 2m 1m 1m 1m 1m 1m 1m 1m 1m 1m 1m 1m 1m 1m 1m 1m 1m [maksimum 4 markah]

Unsur bahasa: Metafora cth: lautan bijaksana/mutiara silam Hiperbola cth: gagah pelautku membelah lautan sinkope cth: tak bertepi/bangsaku/bahasamu Personafikasi cth: dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam Inversi cth: gagah pelautku membelah lautan Repetasi cth: dari pulau ke pulau Imej alam cth: lautan/pulau Anafora cth: Hak bahasaku memilikimu Hak bahasaku mendaulatkanmu Asonansi Aliterasi

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

21

LATIHAN 11

MPSM TERENGGANU

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. DIRGAHAYU BAHASAKU
Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah. Bahasa itu maruah bangsa yang tetap dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi. Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru. AHMAD SARJU Antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Jelaskan kegemilangan yang pernah dikecapi oleh bangsa dan bahasa Melayu dalam rangkap yang keempat. [3 markah] Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dijalankan untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi? [3 markah] Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak Dirgahayu Bahasaku . [3 markah]

(ii) (iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

22

SKEMA TERENGGANU (i) Kegemilangan: bangsa Melayu pernah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa komunikasi/perhubungan serantau di Kepulauan nusantara bahasa Melayu turut berperanan sebagai bahasa pengantar di seluruh kepulauan Melayu/nusantara pada abad ke-18 [maksimum 3 markah] Usaha-usaha: peranan individu itu sendiri dengan bersedia untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. peranan semua negara di kepulauan nusantara dengan bersepakat dan bersatu hati bagi memartabatkan bahasa Melayu sama ada secara lisan atau bertulis menjalankan pelbagai jenis aktiviti kebahasaan berkaitan usaha memartabatkan bahasa Melayu mewajibkan semua murid sekolah mempelajari bahasa Melayu peranan media massa dengan menyiarkan banyak artikel yang ditulis dalam bahasa Melayu Kempen Cintailah Bahasa Melayu secara menyeluruh kepada masyarakat [maksimum 3 markah] Tiga persoalan: Semangat cinta akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda yang tiada bandingannya Pengorbanan para pejuang bahasa Melayu dalam mendaulatkan dan mengembangkan bahasa Melayu ke seluruh nusantara Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan alat wahana perpaduan masyarakat serantau [maksimum 3 markah]

(ii)

(iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

23

LATIHAN 12

MPSM SELANGOR

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. HARGA REMAJA Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. RAHMAN SHAARI Langit di Tangan, 1995 Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka (i) (ii) (iii) Nyatakan harga remaja berdasarkan sajak di atas Berikan tiga cara yang perlu dilakukan oleh remaja agar mereka dihormati. [3 markah] Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas . [4 markah] [2 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

24

SKEMA SELANGOR (i) Harga remaja: berpendirian teguh mempunyai keberanian berilmu Cara: 1m 1m 1m [maksimum 2 markah]

(ii)

Berilmu pengetahuan Keimanan yang teguh Mempunyai matlamat hidup yang jelas Menjauhi gejala yang tidak sihat

[maksimum 3 markah]

(iii)

Persoalan: Golongan remaja merupakan aset negara Ilmu pengetahuan penting dalam kehidupan Berani menghadapi cabaran yang mendatang [maksimum 4 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

25

LATIHAN 13

MPSM PULAU PINANG

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Di Perpustakaan
Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala runduk meneliti Mata dan fikir bersebati Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai SHAFEE ABU BAKAR Antologi Harga Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) (ii)

Siapakah penyajak berdasarkan rangkap terakhir sajak? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk menarik minat remaja ke perpustakaan? [3 markah] Huraikan tiga pengajaran yang ingin disampaikan melalui sajak di atas? [4 markah]

(iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

26

SKEMA PULAU PINANG (i) Siapakah penyajak: individu yang gemar berada di perpustakaan seorang yang sentiasa dahaga akan ilmu pengetahuan

[maksimum 2 markah]

(ii)

Langkah-langkah: meningkatkan kemudahan/fasiliti dalam perpustakaan menyediakan kemudahan internet Remaja dibenarkan membawa komputer riba masing-masing Menyediakan komputer lebih banyak untuk pengguna Menyediakan bahan-bahan bacaan yang sesuai Menyediakan ruang aktiviti untuk permainan seperti shahiba, dsb Menganjurkan pelbagai pertandingan yang menawarkan hadiah menarik [maksimum 4 markah] Pengajaran: kita haruslah cinta akan ilmu kita hendaklah sering mengunjungi perpustakaan kita wajar memanfaatkan kemudahan yang disediakan di perpustakaan kita haruslah berusaha untuk menguasai pelbagai ilmu kita hendaklah menyedari betapa luasnya ilmu kita haruslah menyedari kepentingan/peranan perpustakaankita mestilah mematuhi adab ketika berada di perpustakaan [maksimum 3 markah]

(iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

27

LATIHAN 14

MPSM PAHANG

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. KECEK(V)
seorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam diam dia mencantum kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah. Di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi dia tidak pemah mencantum kekayaan orang lain ke dalam getimya yang sudah Iama berumbi. di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya. Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan. AWANG ABDULLAH Antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) (ii)

Gambarkan kehidupan petani dalam rangkap kedua dalam sajak di atas. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan taraf hidup petani? Berikan tiga cadangan anda Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam sajak di atas.

[2 markah]

[3 markah] [4 markah]

(iii)

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

28

SKEMA PAHANG (i) Kehidupan petani - pendapatan sedikit/miskin/daif - tidak pernah menggunakan titik peluh orang lain/ berdikari - terpaksa menyara seramai 12 orang anak. Cara - Memberi bantuan modal / subsidi - Menubuhkan koperasi nelayan - Memberikan biasiswa kepada anak-anak petani - Mengadakan kursus penggunaan teknologi moden - Memberi khidmat nasihat - Mengadakan tanaman berkelompok Dua pengajaran Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas. Kita hendaklah gigih berusaha walaupun mengalami kesusahan. Seorang bapa hendaklah mencari rezeki yang halal. Kita hendaklah reda atas ketentuan tuhan.

[2 markah]

(ii)

[3 markah]

(iii)

[4 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

29

LATIHAN 15

MPSM SARAWAK

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. HARGA REMAJA Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. RAHMAN SHAARI Langit di Tangan, 1995 Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka (i) (ii) (iii) Nyatakan nasihat yang terdapat dalam rangkap terakhir sajak tersebut. [2 markah]

Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah remaja terlibat dalam gejala sosial?. [3 markah] Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut . [4 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

30

SKEMA SARAWAK (i) Nasihat: Penyajak menasihati remaja supaya mengisi usia mereka dengan menentukan hala tuju dan matlamat hidup. 2m [maksimum 2m] Sebab-sebab: kekurangan didikan agama terpengaruh dengan budaya negatif dari Barat terpengaruh dengan rakan sebaya 1m 1m 1m [maksimum 3m]

(ii)

(iii)

Pengajaran: remaja hendaklah mempunyai matlamat yang jelas supaya mereka mempunyai perancangan hidup yang betul. 1+1 Remaja hendaklah bijak mengisi masa lapang supaya tidak menyesal kemudian hari. 1+1 Remaja hendaklah mengejar dan menguasai ilmu pengetahuan agar dapat hidup dengan jaya. 1+1 Kita hendaklah menghargai usia remaja kita kerana zaman remaja hanya hadir sekali dalam hidup kita. 1+1 [maksimum 3 markah]

CSL2012 ULI SAPA LET IT PUISI

31

Anda mungkin juga menyukai