@ Assalamualaikum w.b.t.
Yang dihormati Tuan Hj. Musa bin Omar Pegawai Pendidikan Agama
Daerah Kluang, yang berusaha Puan Guru Besar Ustazah Ruslinah Bt.
Kamsan, yang berusaha Tuan Hj. Abu Samah Bin Abdul Jalil Pengerusi
Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Renggam serta ahli
jawatankuasanya, guru-guru , pelajar-pelajar dan para hadirin yang
rahmati Allah sekalian.
@ Terima kasih diucapkan kepada Qari dan Penterjemah atas bacaan ayat
suci al-Quran itu tadi. Bagi memberkati majlis, dengan ini pihak majlis
menjemput dan mempersilakan Ustaz Pornomo bin Abu untuk
membacakan doa. Dipersilakan.
@ Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kepada Allah s.w.t atas rezeki yang
telah dikurniakan olehNya kepada kita pada pagi ini. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada para penderma yang sudi menderma bagi memastikan
majlis ini berjalan dengan jayanya.
@ Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas ucapan yang
disampaikan tadi. Seterusnya, pihak majlis menjemput dan
mempersilakan Tuan Hj. Abu Samah Bin Abd. Jalil, Pengerusi Badan
kebajikan SABR untuk mennyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
@ Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Abu Samah bin Abd. Jalil
atas ucapan beliau itu tadi. Majlis diteruskan dengan menjemput Tuan Hj.
Musa bin Omar, selaku Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang yang
baru untuk menyampaikan ucapannya. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
@ Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Onn
bin Mohd Yasin atas kesudian beliau menyampaikan ucapan dan
merasmikan majlis pada hari ini. Kini, tibalah masa ke acara kemuncak
iaitu penyampaian Anugerah Cemerlang 2007 SABR. Diminta kepada
semua penerima anugerah agar dapat bersedia supaya majlis kita berjalan
dengan lancar.
@ Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Abu Samah Bin Abd. Jalil di atas
kesudian menyampaikan anugerah itu tadi.
@ Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Tuan Hj. Musa Bin Omar
kerana sudi menyampaikan anugerah pada pagi ini.
IBADAT.
AKHLAK.
SIRAH.
BAHASA ARAB.
TAJWID.
PENDIDIKAN AL-QURAN.
IBADAT 2.
@ Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Musa Bin Omar diatas kesudian
sekali lagi menyampaikan anugerah sebentar tadi.
PETANG PAGI
@ Terima kasih diucapkan kepda puan guru besar di atas penyampaian sijil
penghargaan itu tadi. Kini majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati.
Sebagai tanda penghargaan daripada pihak majlis pada pagi ini, majlis menjemput
dan mempersilakan yang berusaha puan guru besar Ustazah Ruslinah Bt. Kamsan
untuk menyampaikan cenderahati kepada kepada tetamu jemputan. Dipersilakan.
@ Dipersilakan dengan segala hormatnya Y.B. Tuan Hj. Onn Bin Mohd Yasin Ahli
Dewan Undangan Negeri Kawasan Layang-layang untuk menerima cenderahati
daripada pihak majlis.
@ Seterusnya dipersilakan Tuan Hj. Musa Bin Omar Pegawai Pendidikan Agama
Daerah Kluang untuk menerima cenderahati.
@ Pihak majlis memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya sepanjang perjalanan
majlis pada hari ini berlaku sebarang kekurangan dan kesilapan sama ada yang
disengajakan atau tidak.
@ Pihak majlis juga mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
Y.B. Tuan Hj. Onn bin Mohd Yasin di atas kesudian meluangkan masa hadir ke majlis
ini walaupun sibuk dengan urusan sebagai wakil rakyat. Tidak lupa juga kepada
Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang Tuan Hj. Musa Bin Omar yang sudi
menyampaikan anugerah pada pagi ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini.