Anda di halaman 1dari 1

Industri kecil dan sederhana (IKS) merujuk perniagaan atau perusahaan yang mempunyai modal berbayar RM25,000 dan

menggunakan antara 50-200 orang pekerja. Kebanyakan IKS di negara ini berfokus kepada perusahaan makanan,tekstil,batik,logam dan sebagainya. Walaupun IKS ini berpontensi yang luas dalam konteks negara kita,tetapi ia menghadapi banyak cabaran dalam usaha pembangunan.

Cabaran utama yang dihadapi oleh industri ini adalah dari segi kemahiran dan latihan pengusaha-pengusaha. Kebanyakan pengusaha industri ini mengusahanya di kawasan luar bandar. Kebiasaanya, ia dikendalikan oleh pengusaha pengusaha yang kurang berpendidikan. Mereka menggunakan teknologi teknologi yang rendah kerana tidak memperoleh latihan dan kemahiran yang sistematik. Tanpa latihan dan kemahiran yang bersesuaian,teknologi rendah menjadi cabaran pembangunan industri ini.

Selain itu,industri ini menghadapi cabaran dari segi modal. Kebanyakan industri ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan modal daripada bank-bank swasta kerana syaratsyarat pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Di samping itu, pengusaha-pengusaha IKS juga menghadapi aliran modal kerana jualan mereka hanya mendapat kredit selepas dijual. Justeru,adalah sukar untuk mengembangkan industri ini.

Aspek pasaran juga menjadi satu cabaran untuk kemajuan industri ini. Ruang atau skop pasaran adalah terhad kerana barangan yang diusahakan,misalnya makanan tidak boleh tahan lama. Pasaran industri ini lebih bersikap setempat dan sukar menembusi pasaran yang luas kerana kekurangan pengiklanan dan promosi. Oleh itu,pasaran IKS terhad kepada golongan luar bandar sahaja.

Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh industri ialah bahan mentah. Adakalanya masalah dari segi mendapatkan bahan mentah pada musim tertentu menyekat industri ini. Masalah harga bahan mentah yang turun naik turut menjejaskan kos pengeluaran dan dilihat sebagai penghalang untuk pembagunan industri ini. Selain itu, bahan mentah yang tidak boleh disimpan kerana mungkin mengalami kerosakan atau tida kemudahan stor juga menjadi masalah.

Kesimpulannya, industri ini perlu diberi sokongan dan galakan agar menjadi satu kompenen dalam sumbangan kepada KDNK negara.