Anda di halaman 1dari 2

Jelaskan tentang kaedah ‘top-down’ dan ‘bottom-up’.

Model ‘top-down’

Model ini merujuk kepada pandangan oleh Goodman (1967) yang menyatakan
pembaca membawa bersama mereka pengetahuan, jangkaan, andaian dan soalan pada
teks dan memberikan pemahaman yang asas berhubung dengan perbendaharaan kata.
Mereka membaca sehinggalah jangkaannya diperakukan. Model ini mencadangkan
pemprosesan teks bermula dalam minda pembaca. Menurut perspektif ini, pembaca
mengenal pasti huruf dan perkataan hanya bagi memastikan andaian yang dibuat ke atas
isi kandungan teks itu wujud.
Pengkaji bersetuju pemahaman adalah asas bagi kemahiran mengekodkan
grafikyang terdapat dalam teks. Makna dibawa ke dalam teks dan bukannya berpunca
daripada cetakan teks itu. Model ini menghuraikan beberapa perkara penting sebagi
panduan. Antaranya ialah :

a) Model ini menegaskan perkara atau makna yang pembaca bawa pada teks
yang dibaca.
b) Menyatakan pembaca membaca teks dengan dipandu oleh makna.
c) Timbul daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian yang
akhirnya mewujudkan makna.
d) Dikenali juga sebagai model ‘Dalam ke Luar’, ‘Berpandukan Konsep’
atau ‘Keseluruhan ke Bahagian’.

Frank Smith merumuskan terdapat beberapa ciri yang berkaitan dengan model
membaca ini iaitu :

a) Membaca bukan hanya mengekodkan bahasa tulisan pada bahasa lisan


b) Membaca tidak melibatkan memproses setiap huruf dan setiap kata.
c) Membaca adalah proses membawa makna dalam teks dan bukannya
mengeluarkan makna daripada teks bacaan.
Matlamat model membaca ini mementingkan pembinaan makna bagi memberikan
tindak balas daripada teks. Ini memerlukan penggunaan pembacaan secara interaktif
dengan menggunakan grafemik, sintaksis dan isyarat semantik bagi membina makna.
Selain daripada itu, model ini menganjurkan aktiviti membaca bersifat interaktif
iaitu seseorang yang menggunakan teks yang dicetak sebagai input dan makna sebagai
hasil. Di samping itu, pembaca juga menetapkan input semasa berinteraksi dengan teks.

Model ‘Bottom-up’
Model ini dibincangkan dengan meluas oleh beberapa pengkaji. Antaranya adalah
Gough (1972, 1985) iaitu tokoh utama teori ini. Model ini menyatakan individu
memulakan proses membaca apabila matanya mengenal pasti maklumat visual yang
tertera dalam teks yang dibaca melalui suatu siri perlakuan yang berurutan. Berdasarkan
dapatan pemerhatian, tumpuan mata pembaca ke atas teks menghala kepada maklumat
secara relatif. Gough juga mengandaikan bagi setiap penetapan membaca teks, masa yang
diambil oleh seseorang pembaca adalah 100 milisaat bagi memproses 15 sehingga 20
huruf dan ruang sebelum maklumat bagi penetapan seterusnya diproses.
Pemprosesan bergerak secara linear, iaitu dimulai degan mengecam huruf,
mengekodkan pada tahap fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya hubunga
sintaksis dan semantik. Ini bermakna maklumat yang baru diterima sebelum itu
ditransformasikan dan direkodkan selanjutnya. Bagi menginterpretasikan dan memahami
ayat, pembaca perlu memproses huruf, perkataan, frasa, klausa dan ayat secara berturutan
bagi mendapatkan makna teks. Keadaan ini kelihatan menyusahkan kerana tidak melihat
kepentingan peranan pengetahuan lalu pelajar dalam membina makna.
Walau bagaimanapun, model ini sangat berguna dalam usaha menghuraikan tabiat
membaca bagi kebanyakan pembaca bahasa pertama dan kedua yang lemah. Golongan
pembaca itu lebih memfokuskan tahap perkataan bagi teks daripada makna secara global.

Anda mungkin juga menyukai