Anda di halaman 1dari 50

NYATAKAN JENIS KEGAGALAN TANAH DENGAN TERPERINCI DAN KAEDAH MEMPERBAIKI SIFAT-SIF AT TANAH SERTA NYATAKAN PENGUNAAN GEOSINTETIK

DALAM KEJURUTERAAN AWAM 1.0 PENGENALAN

Projek pembinaan seperti pembinaan bangunan, jalan raya, jambatan dan kesemua be ban struktur akan ditanggung oleh tanah. Oleh sebab itu tanah mestilah mempunyai keupayaan galas yang baik untuk menanggung beban-beban tersebut. Selain itu jug a, sifat-sifat fizikal tanah yang baik juga menjaminkan kekuatan keupayaan galas tanah tersebut. Selain itu, sifat-sifat tanah ini juga membolehkan seseorang ju rutera untuk menentukan seperti keupayaan galas tanah, enapan tanah, tekanan tan ah sama ada tekanan ufuk atau tekanan pugak, kuantiti tekanan air liang dan juga air dari tanah. Penggunaan Geosintetik juga membantu sebagai bahan sokongan unt uk memperbaiki sifatsifat tanah seperti pada cerun-cerun potongan atau cerun-cer un tambakan, subgred jalan raya, pelapik tapak pelupusan sanitari dan sebagainya .

2.0 JENIS-JENIS KEGAGALAN TANAH

Walau bagaimanapun, bencana tanah runtuh sering kali disiarkan dalam akhbar-akhb ar. Punca kegagalan tanah sehingga terjadinya tanah runtuh, cerun runtuh dan ban gunan mendap adalah disebabkan oleh keupayaan galas tanah tidak lagi mampu menan ggung beban sama ada beban tanah sendiri atau beban luar yang dikenakan ke atas tanah. Terdapat beberapa jenis kegagalan tanah, antaranya adalah seperti berikut :(a) (b) (c) Kegagalan cerun Kegagalan tanah semasa kerja pengorekan Kegagalan tanah asas cet ak dan asas dalam. -2.1 JENIS-JENIS KEGAGALAN CERUN (SLOPE FAILURE)

Terdapat pelbagai mekanisma pergerakan cerun yang berlaku.Antara kriteria utaman ya adalah mengetahui punca dan bentuk runtuhan pergerakan dalam tanah. Sesebuah cerun berpotensi untuk gagal apabila tegasan kenaan meningkat atau kekuatan ricih tanah menurun. Tegasa n kenaan akan meningkat dengan meningkatnya beban atau wujudnya getaran dan keju tan. Selain itu, peningkatan tekanan air liang juga berpotensi mengurangkan keku atan ricih tanah di samping meningkatkan tegasan. Kegagalan cerun berlaku apabil a tegasan ricih kenaan melampaui kekuatan ricih yang dimiliki oleh tanah. Perger akan tersebut mungkin berbentuk runtuhan ,gelinciran dan aliran. Terdapat lima (5) jenis kegagalan cerun, iaitu ; i. Jatuh ii. Gelincir putaran i ii. Gelincir majmuk iv. Gelincir translasi v. Aliran. -2.1.1 Jatuh (Fall type landslide)

Pergerakan jenis ini biasa berlaku pada cerun yang sangat curam. Kejatuhan merup akan keadaan apabila tanah tertanggal terus dari cerun dan lalu jatuh. Kegagalan runtuhan melibatkan pusingan lapisan batu. Dalam kes lain ,runtuhan ini bermula dengan pemisahan lapisan disebabkan oleh pergerakan mengikut arah galian. Pemis ahan lapisan mungkin berlaku dengan cepat atau dalam jangka masa yang panjang. P emisahan yang cepat disebabkan oleh berat blok dan daya tekanan perbezaan keting gian antara bukit dan lembah. Pemisahan yang lambat pula kebiasaannya mempunyai hubungan dengan proses alam sekitar seperti pembekuan.

Rajah 2.1 : Mod Kegagalan Jatuh Mod kegagalan jenis jatuh tidak begitu serius. Ia dikaitkan dengan kegagalan jan gka pendek cerun tanah terkukuh lebih. Dua fasa kegagalan dapat dikenal pasti. A pabila sokongan sisi terhapus, tanah di sekitar kaki cerun membonjol keluar dan retak tegangan muncul pada bahagian atas cerun. Kemunculan retak ini menyebabkan peningkatan tegasan pada zon akar yang memisahkan kedua-dua jisim. Kewujudan ai r di dalam retakan akan memjejaskan lagi kestabilan. Akhirnya, jisim tanah tumba ng dan jatuh secara mendedak.

--2.1.2 Pergerakan Gelincir (Slide type landslide) Rajah 2.2.2 Pergerakan Gelincir Ia melibatkan pergerakan tanah pada satah kegagalan yang mengalami ricih yang ti nggi. Antara punca kegagalan gelinciran ini berlaku kerana terdapatnya keretakan pada permukaan asal. Tanah yang runtuh kemudiannya akan bergerak hingga melebih i kaki cerun dan terkumpul pada kaki cerun. -2.1.3 JENIS GELINCIR PUTARAN

Rajah 2.3 : Mod Kegagalan Gelincir Putaran Gelincir dalam bentuk putaran ini secara keratin boleh membentuk lengkuk atau se baliknya. Gelinciran putaran yang membentuk keratin bulat selalunya berlaku pada tanah cerun yang homogeny dan keratin yang tidak membentuk bulat berlaku pada t anah yang tidak homogeny (Craig, 1986) Dalam keadaan gagal, tanah akan meretak d an pecah secara bersiri kepada beberapa bahagian yang lebih kecil. Rajah 2.3.1 Jenis-Jenis Gelincir Putaran Kegagalan dalam bentuk ini biasanya terjadi pada tanah butiran halus . Kegagalan jenis ini mempunyai garis lengkung kegagalan yang melengkung ke atas member kes an condong kepada jisim yang bakal gelincir. Ini menyebabkan tanah di bahagian a tas cerun menggelangsar menuruni permukaan gelinciran. Kegelinciran puritan memp unyai permukaan gelinciran berbentuk bulat (circular, tidak bulat (non-circular) dan cetek.

--2.1.4 JENIS GELINCIR MAJMUK Rajah 2.4 : Mod Kegagalan Gelincir Majmuk Gelincir ini adalah gabungan antara gelincir putaran dan peralihan. Ia dipengaru hi oleh kehadiran stratum bersebelahan yang mempunyai perbezaan kekuatan yang ti nggi seperti gelincir peralihan. Namun gelincir majmuk ini berbeza memandangkan stratum yang terlibat mempunyai kedalaman yang besar sehingga menyebabkan kegaga lan membentuk permukaan lengkuk dan bersatah. -2.1.5 GELINCIR TRANSLASI

Rajah 2.5 : Mod Kegagalan Gelincir Translasi a) Gelincir translasi berlaku kerana kewujudan keheterogenan seperti lapisan tan ah lemah dan sempadan di antara dua bahan berlainan. b) Gelincir ini berlaku bia sanya keheterogenan terletak agak cetek daripada permukaan cerun. c) Permukaan k egagalan hampir sesatah dan selari dengan cerun muka bumi. d) Pada cerun tanah t ak jelekit, gelincir translasi berlaku apabila keadaan berubah, contohnya berlak u risipan. berhenti. Jisim yang tergelincir dapat bergerak jauh sebelum -2.1.6 ALIRAN (Flow type landslide ) Rajah 2.6 : Mod kegagalan aliran

Kegagalan secara aliran lazimnya berlaku di Malaysia dalam bentuk aliran lumpur yang mana dikaitkan dengan kandungan air dalam sesuatu tanah(earthflow) Ia akan berlaku apabila sesuatu bahan terpecah dan bergerak tanpa tumpuan perpindahan pa da sempadan ricih. Kejadian aliran akan berlaku dalam tanah yang berjelekit jika kandungan lembapan melebihi had cecair. Bagi tanah yang berjelekit , pergerakan aliran boleh berlaku walaupun kandungan lembapan tidak melebihi had cecair. 2.2 KEGAGALAN TANAH SEMASA KERJA PENGOREKAN Kerja-kerja pengorekan biasanya dilakukan dalam kerja-kerja penyediaan tapak pro jek seperti asas, basement, dan lain-lain kerja pengorekan. Apabila kerja-kerja pe ngosekan dilakukan, sekiranya tanah tersebut tidak ditopang pada tebing korekan, maka kegagalan tanah akan berlaku. Antara kegagalan tanah semasa korekan adalah seperti berikut :a) Enapan permukaan tanah yang bersebelahan dengan korekan b) Pergerakan sisi tanah c) Lambung oleh dasar korekan

Rajah 2.7 : Kegagalan Tanah Semasa Kerja Pengorekan 2.3 KEGAGALAN ASAS CETEK DAN ASAS DALAM (Foundation Failure)

Kegagalan asas cetek dan asas dalam adalah lebih ke arah keupayaan galas tanah b agi menanggung beban di atasnya atau merujuk kepada kegagalan ricih tanah yang m enyokong asas. -2.3.1 Kegagalan Asas Cetek Ada tiga mod kegagalan tanah yang berlaku pada asas cetek, iaitu a) kegagalan ricih am b) kegagalan ricih tempatan c) kegagalan ricih meneb uk. (a) Kegagalan Ricih Am

Rajah 2.8 : Kegagalan Ricih Am Permukaan kegagalan berterusan terhasil di antara hujung-hujung asas dan permuka an tanah seperti ditunjukkan dalam rajah 2 8. Apabila tekanan dinaikan, keadaan keseimbangan plastik tercapai, tanah disekeliling asas beransur-ansur merebak ke arah bawah dan keluar. permukaan tanah berlaku di atas kedua-dua belah asas. Pa da keadaan keseimbangan plastik terhasil sepenuhnya di seluruh tanah di atas per mukaan gagal. Perlambungan (b) Kegagalan Ricih Tempatan Rajah 2.9 menunjukkan mod kegagalan ricih tempatan. Mampatan yang besar berlaku pada tanah di bawah asas dan hanya berlaku sebahagia n keadaan keseimbangan plastik. Terdapat sedikit perlambungan berlaku di bahagia n permukaan tanah dan pemadatan di bahagian bawah asas. Kejadian ini menyebabkan berlakunya mendapan pada asas. (c) Kegagalan Ricih Menebuk

Rajah 2.10 : Kegagalan Ricih Menebuk Kegagalan ricih menebuk berlaku apabila terdapatnya mampatan tanah di bahagian b awah asas dan perlambungan tanah tidak berlaku di bahagian permukaan tanah. Keja dian ini menyebabkan berlakunya mendapan yang besar pada asas. Rajah 2.10 menunj ukkan mod kegagalan ricih menebuk. -2.3.2 Kegagalan Asas Dalam

Asas dalam juga dikenali dengan cerucuk(pile). Keupayaan galas cerucuk adalah be rgantung kepada dua faktor utama, iaitu ; (a) (b) Geseran antara tanah dengan ce rucuk Sokongan dasar cerucuk di dalam tanah Sekiranya beban pada cerucuk melebihi keupayaan galas tanah dan kekuatan ricih t anah gagal menanggung beban, maka terjadinya kegagalan cerucuk di mana berlaku e napan pada batang cerucuk.

-3.0 KAEDAH MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH

Terdapat beberapa alternatif dibuat bagi memperbaiki sifat-sifat tanah supaya ta nah stabil dan mampu menanggung beban binaan di atasnya. Antara kaedah-kaedah me mperbaiki sifat-sifat tanah tersebut adalah kaedah pemadatan, pengukuhan dan pen ggunaan geosintetik. 3 Jenis kaedah memperbaiki sifat-sifat tanah : a) Pemadatan b) Pengukuhan c) Geo sintetik 3.1 Pemadatan Pemadatan ditakrifkan sebagai satu proses meningkatkan ketumpatan tanah dengan m erapatkan atau menyendatkan zarah-zarah tanah. Proses pemadatan ini akan mengura ngkan isipadu udara tetapi tiada perubahan ketara terhadap isipadu air di dalam tanah tersebut. Proses pemadatan tanah boleh dilakukan dengan menggunakan jenter a penggelek, jentera penggetar atau alat pelantak yang piawai. Pemadatan dilaksa nakan untuk meningkatkan beban unit bahan melalui kaedah mekanik seperti menggel ek, menguli atau menghentam. Udara dalam rongga disingkir dan zarah tanah dipaks a menyusun dengan lebih rapat. Pemadatan juga dapat mempertingkatkan lagi kekuat an benteng dan subgred jalan raya. Objektif pemadatan ialah untuk menyingkirkan udara dari jisim tanah dan seterusnya menurunkan nisbah rongga. -3.1.1 Tujuan Pemadatan.

Kerja-kerja pemadatan amat penting untuk membuat asas jalan (subgred), benteng d aripada tambakan tanah, asas bangunan dan sebagainya. Pemadatan selalunya dilaku kan lapis demi lapis (biasanya ketebalan setiap lapisan adalah antara 200 300 mm ) dengan menggunakan penggelek, penggetar atau pelantak. Antara kebaikan proses pemadatan dalam konteks pembaikan sifat kejuruteraan jisi m tanah adalah : Pengenapan yang membahayakan boleh dikurangkan atau dielakkan. Kekuatan tanah bertambah dan kestabilan cerun boleh diperbaiki. Keupayaan galas bagi subgred boleh diperbaiki. --3.1.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemadatan Antara faktor-faktor yang mempengaruhi darjah pemadatan tanah adalah : Kandungan air Tenaga pemadatan yang dikenakan pada tanah. Sifat-sifat tanah. a) Kandungan Air. Kandungan air merupakan satu sifat yang penting dalam pemadatan tanah. Ini keran a pada kandungan air yang rendah, tanah menjadi kukuh dan sukar untuk dipadatkan . Dengan ini, tanah yang dipadatkan mempunyai ketumpatan kering yang rendah dan nisbah lompang yang tinggi. Peningkatan kandungan air menghasilkan pelinciran ke pada tanah dan menambahkan kebolehkerjaan ( lebih mudah dipadatkan ), seterusnya meningkatkan ketumpatan kering tanah tersebut sehingga ke tahap kandungan air y ang optima. Tetapi sekiranya kandungan air terlalu tinggi (iaitu melebihi nilai optima), air akan memisahkan zarah-zarah tanah. Ini menyebabkan ketumpatan kerin g tanah menjadi kurang. b) Tenaga Pemadatan.

Meningkatkan tenaga pemadatan bermaksud meningkatkan keperluan tenaga keatas set iap berat unit tanah. Peningkatan tenaga pemadatan menyebabkan nilai ketumpatan kering meningkat tetapi kandungan air optima menurun. Walaubagaimanapun, garisan ketepuan tidak bergantung semata-mata terhadaptenaga pemadatan. Bagi tanah yang tertentu, beberapa lengkung ketumpatan kering melawan kandungan air boleh diper olehi bagi usaha padatan yang berlainan. Lengkung yang mewakili keputusan ujikaj i yang menggunakan pelantak 2.5 kg dan 4.5 kg ditunjukkan di dalam Rajah 3.1. Le ngkung bagi ujian yang menggunakan pelantak 4.5 kg terletak di kiri atas lengkun g bagi ujian 2.5 kg. Oleh itu , padatan yang lebih tinggi akan menghasilkan nila i ketumpatan kering maksima yang lebih tinggi dan nilai kandungan air optima yan g lebih rendah. Rajah 3.1 : Graf Ketumpatan Kering melawan Kandungan Air c) Sifat-Sifat Tanah.

Lengkung-lengkung ketumpatan kering melawan kandungan air untuk satu julat jenis tanah dengan usaha padatan yang sama ( menggunakan pelantak 2.5 kg ) ditunjukka n di dalam Rajah 3.2. Pada amnya, tanah berbutir kasar seperti tanah berkelikir dan tanah berpasir boleh dipadatkan kepada nilai ketumpatan kering yang lebih ti nggi dibandingkan dengan tanah berbutir halus seperti tanah berkelodak atau tana h liat. Rajah 3.2 : Graf Ketumpatan Kering melawan Kandungan Lembapan -3.1.3 JENIS-JENIS JENTERA PEMADAT DI TAPAK.

a) Penggelek Roda Licin Rajah 3.3 : Penggelek Roda Licin Merupakan jentera penggelek yang paling lazim digunakan. Ia terdiri daripada pen ggelek 3 roda tandem 8 000 10 000 kg. Ia bergerak sendiri dengan enjin diesel da n mudah dipandu kerana mempunyai stereng untuk mengawalnya. Di samping itu ia ju ga mempunyai taburan berat yang dapat diubah dengan menambahkan pemberat kepada penggelek. Penggelek ini sesuai untuk semua jenis tanah apabila tindakan penghan curan diperlukan, tetapi ia tidak sesuai untuk tanah pasir berkelodak dan pasir yang seragam.

b) Penggelek Bertayar Pneumatik. Rajah 3.4 : Penggelek Bertayar Pneumatik Penggelek ini pada asalnya merupakan satu pelantar yang dipasang antara dua gand ar. Gandar belakang biasanya mempunyai tiga tayar dan gandar hadapan dua tayar. Walaupun demikian setengah model mempunyai lima tayar di belakang dan empat taya r di hadapan. Penggelek ini sesuai untuk kebanyakan tanah yang berzarah halus da n kasar tetapi tidak sesuai untuk tanah yang bergred seragam.

c) Penggelek Kaki Kambing. Rajah 3.5 : Penggelek Kaki Kambing Penggelek ini terdiri daripada tong keluli geronggang berkaki banyak yang berben tuk belantan yang tertonjol keluar daripada permukaannya. Kaki ini menghasilkan tekanan yang tinggi di atas satu kawasan yang kecil. Penggelek kaki kambing ini lebih sesuai digunakan untuk tanah berzarah halus, terutamanya pada tanah yang m empunyai kandungan air yang kurang daripada kandungan air yang optima.

d) Penggelek Grid Rajah 3.6 : Penggelek Grid Ia merupakan unit tertarik yang terdiri daripada pengguling yang diperbuat darip ada batang keluli yang bergarispusat 38 mm pada jarak 130 mm dari pusat ke pusat dan memberikan ruang segiempat sama 90 mm. Jisim penggelek biasanya dalam lingk ungan 5 500 kg tetapi boleh dinaikkan sehingga 11 000 kg dengan menambahkan beba n mati. Biasanya terdapat dua pengguling, tetapi pengguling ketiga boleh ditamba h untuk memberikan liputan yang lebih luas. Penggelek grid sesuai untuk semua je nis tanah, termasuk tanah liat basah dan kelodak.

--3.2.1 PENGUKUHAN Pengukuhan merupakan satu proses pengaliran air keluar dari tanah tepu dan mengu rangkan isipadu dalam masa tertentu. Bagi tanah pasir yang mempunyai kebolehtela p yang tinggi, pengaliran dikatakan bermula dan berakhir dengan seta merta. Seme ntara bagi tanah liat yang mempunyai kebolehtelapan yang rendah, proses pengalir annya memakan masa yang agak lama. Sebab itu, proses pengukuhan biasanya dikaitk an dengan tanah liat. Secara amnya, pengukuhan ialah proses penyingkiran air dar i rongga-rongga tanah. --3.2.1.1 Analogi Omboh dan Pegas Konsep pengukuhan akan lebih mudah difahami deng an menggunakan analogii omboh dan pegas sebagaimana yang diterangkan oleh Terzag hi dan Peck (1948). Rajah 3.2 : Analogi Omboh dan Pegas Rajah 3.7 : Analogi Omboh dan Pegas Dalam analogi di atas, pegas dianggapkan sebagai bahan pepejal tanah dan air di mana air dalam tanah yang memenuhi rongga-rongga tanah. Injap pula mengawal kada r aliran air di dalam tanah sebenar.

Secara ringkasnya pengukuhan adalah proses pemindahan beban secara beransur-ansu r daripada air kepada bahan pepejal tanah, dan pada masa yang sama tekanan air l iang berkurangan dan tegasan berkesan bertambah. -3.2.2 Jenis-Jenis Enapan

Terdapat dua jenis enapan utama iaitu enapan elastik dan enapan pengukuhan. Maka jumlah enapan adalah hasil tambah enapan elastik dan enapan pengukuhan. = i + c Di mana, i = Jumlah enapan = Enapan elastik/anjal c = Enapan pengukuhan a) Enapan Elastik Enapan elastik merupakan enapan peringkat permulaan yang berlaku selepas sahaja beban struktur bertindak. Enapan elastik boleh dikira dengan mengandaikan bahawa tanah adalah homogen, isotrop dan mempunyai hubungan tegasan-terikan yang lelur us. Persamaan enapan elastik adalah seperti berikut :i = qB (1 v 2 ) I s E Di mana, q = Tekanan di atas asas B = Lebar atau diameter asas E = Modulus Young

b) Enapan Pengukuhan Terdapat dua jenis enapan pengukuhan, iaitu :i. Enapan primer Enapan primer merupakan enapan yang berlaku selepas lebihan tekana n air liang masih berada di dalam tanah. Pengukuhan tanah berlaku di mana kandun gan air disingkirkan dari rongga tanah. i. Enapan sekunder Enapan peringkat sekunder merupakan anapan yang berlaku selepas semua lebih tekanan air liang sudah lesap. Pengukuhan peringkat sekunder seperti ditunukkan dalam rajah 3.8.

Rajah 3.8 : Graf Ketebalan Sampel Melawan Punca Kuasa Dua Masa 4.0 PENGGUNAAN GEOSINTETIK DALAM KEJURUTERAAN AWAM Rajah 4.1 Kumpulan Geosintetik Sebenarnya bahan-bahan di atas merupakan kumpulan geosintetik. Dalam industri pe mbinaan geosintetik, ia biasanya digunakan sebagai bahan sokongan untuk memperba iki sifat-sifat tanah seperti pada cerun-cerun potongan atau cerun-cerun tambaka n, subgred jalan raya, pelapik tapak pelupusan sanitari dan sebagainya. Geosinte tik juga mempunyai satu atau lebih fungsi untuk membantu memperbaiki sifat-sifat tanah. Di antaranya adalah seperti berikut :i. ii. iii. iv. v. Pemisahan Tetula ng Penurasan Penyaliran Halangan lembapan

Geosintetik adalah bahan gentian yang diperbuat daripada polimer. Polimer pula t erdiri daripada berbagai jenis, di antaranya adalah poliester (PET), politilena (PE), poliamida (PA), polipropilena (PP), polivinil klorid (PVC), nilon dan lain -lain. Jenis-jenis geosintetik adalah seperti berikut :i. ii. iii. iv. Geotekstil Geomambren Geogrid Geonet Rajah 4.2 : Perbandingan antara jenis-jenis Geosintetik di pasaran

4.1 GEOTEKSTIL Rajah 4.3 : Geotekstil Geotekstil juga dikenali sebagai fabrik. Ia diperbuat daripada hasil produk petr oleum seperti poliester, politilena dan polipropilena dan juga diperbuat daripad a kaca gentian. Geotekstil boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu tenunan, sulaman dan bukan tenunan. Geotekstil tenunan terdiri daripada dua set filamen yang sela ri berselang-seli secara sistematik untuk membentuk satah struktur. Geotekstil s ulaman pula dibentuk oleh satu gelung yang terdiri daripada satu atau lebih fila men yang saling mengunci untuk membentuk satah struktur. Manakala geotekstil buk an tenunan dibentuk daripada filamen atau gentian pendek yang disusun atau diann yam secara jarang untuk membentuk satah struktur. Filamen atau gentian pendek di lekatkan di antara satu sama lain dengan menggunakan salah satu kaedah atau gabu ngan kaedah berikut :i. ii. iii. Ikatan kimia Ikatan termal Ikatan mekanikal

Ikatan kimia adalah kaedah di mana ia menggunakan glue, getah, latek dan selulos untuk melekatkannya. Ikatan termal pula merupakan proses pemanasan separa lebur filaman bagi tujuan untuk melekatkannya. Manakan ikatan mekanikal adalah kaedah tebukan jarum. Terdapat empat kegunaan utama geotekstil :i. ii. Penyaliran : Geotekstil bertindak sebagai bahan penyaliran bagi membolehkan air disalur keluar dengan cepat dari tanah ke kawasan buangan. Penurasan : Geoteksti l diletak di antara dua lapisan tanah iaitu tanah berbutiran halus dan tanah ber butiran halus, ia membenarkan resipan air dari satu lapisan ke lapisan yang lain . Pada masa yang sama ia menghalang tanah berbutiran halus bercampur dengan tana h berbutiran kasar. iii. iv. Pemisahan : pembinaan. Geotekstil membantu memisihkan beberapa lapisan tanah selepas Tetulang : Kekuatan tegangan geotektik akan meningkatkan kapasiti beban galas ta nah. Secara komersial geotekstil mempunyai ketebalan di antara 0.25 mm hingga 7.6 mm. Jisim per unit luas di antara 150 g/cm2 hingga 700 g/cm2.

4.1.1 CARA- CARA MEMASANG GEOTEKSTIL 1 2 3 4

5 6 7

8 4.2 GEOMEMBREN

Rajah 4.4 : Penggunaan Geomambren dalam Pembinaan Geomembren adalah bahan kalis cecair atau halangan wap. Ia diperbuat daripada ke pingan selanjar polimer yang boleh lentur. Jenis bahan polimer yang digunakan un tuk membuat geomambren adalah dari jenis termoplastik atau termoset. Jenis termo plastik termasuklah polivinil klorid (PVC), politilena, politilena terklorin dan polimid. Walaupun geomambren dikatakan kalis air, tetapi sebenarnya air masih b oleh meresap menerusinya. Satu ujian dilakukan ke atas geomembren, didapati baha wa pekali kebolehtelapannya adalah di antara 10-10 hingga 10-3 cm/s. Secara kome rsial geomambren wujud dalam bentuk lapisan tunggal yang mempunyai ketebalan di antara 0.25 mm hingga 0.4 mm. Bagi geomembren dari jenis PVC dan politelena memp unyai ketebalan di antara 4.5 mm hingga 5.0 mm.

Rajah 4.5 : Semasa memasang geomembren untuk Biofilter Cell 4.3 GEOGRID

Rajah 4.6 : Geogrid Geogrid diperbuat daripada hasil produk petroleum seperti polipropilena dan poli etilena. Bentuk geogrid adalah seperti rajah 4.6. Ia berfungsi sebagai tetulang. Terdapat dua jenis geogrid, iaitu :i. ii. Geogrid Dwipaksi Geogrid ekapaksi

Rajah 4.7 : Sebelah kiri adalah Geogrid Ekapaksi dan Sebelah Kanan adalah Geogri d Dwipaksi 4.3.1 CARA-CARA MEMASANG GEOGRID

4.4 GEONET

Rajah 4.8 : Geonet Geonet diperbuat daripada polimer berbentuk jaring seperti rajah 4.8. Fungsi uta ma geonet adalah sebagai saliran. Geonet yang terdapat dalam pasaran adalah jeni s polietilena ketumpatan sederhana dan polietilena ketumpatan tinggi. Ia mempuny ai lebar di antara 1.8 m hingga 2.1 m dan panjang di antara 30 m hingga 90 m, da n tebalnya di antara 3.8 mm hingga 7.6 mm.

-4.5 KESIMPULAN

Kesimpulannya, setelah mengetahui jenis-jenis kegagalan tanah , kaedah memperbai ki sifatsifat tanah serta kegunaan geosintetik dalam kejuruteraan awam , kita ju ga dapat mengetahui caracara mengatasinya bagi membolehkan ia stabil .Selain itu juga kegagalan cerun dan asas juga diambil kira.Malah, sifat-sifat tanah juga m emainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang jurutera bagi menggelak perkara seperti di Bukit Antarabangsa atau di kawasan sekitar Gunung Pulai berla ku lagi.Di samping, penggunaan Geosintetik yang amat penting dalam memperbaiki s ifat-sifat tanah selain daripada kaedah yang telah diceritakan di dalam tugasan ini. Sekian ,terima kasih.

4.6 LAMPIRAN Rajah 4.5.1 : Flow type landslide

Rajah 4.5.2: Kawasan kawasan yang berisiko berlaku tanah runtuh

Rajah 4.5.3 : Satahrelict joint(bahagian kiri) merupakan salah satu struktur penga wal kegagalan cerun disini

Rajah 4.5.4 : Cara cara memasang geotekstil

Rajah 4.5.5 : Semasa dalam proses memasang geogrid

4.7 RUJUKAN 1. http://www.w3.org/1999 2. http://www.graymont.com/pdf/redirock/Retaining_Wall _Installation.pdf 3. http://www.ezinearticles.com/?Foundation-Failure&id=774139 4. http://en.wikipedia.org/wiki/File:Geosynthetics2.jpg 5. http://www.army.mil/u sapa/eng/DR_pubs/dr_a/pdf/tm5_818_8.pdf 6. http://www.geomembranes.com/index_res ources.cfm?copyID=33&ID=geo&type=tech 7. http://rakan.jkr.gov.my/cawangan/cjalan /documentation/seminarCourseNotes/USJ/mesyuarat pd/Presentation_EngGeo.pdf

Anda mungkin juga menyukai