Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / kejadian Tajuk Jurnal

:3/4 : Ketiga : 15 April hingga 19 April 2013 : Masalah komunikasi

1. Masalah / Peristiwa Hari ini (15 April 2012), saya telah menghadapi masalah dalam berkomunikasi dengan baik dan lancar. Saya masih berasakan ada jurang antara dan dan juga murid. Ini membuatkan murid-murid saya ada kalanya berasa segan untuk mendekati saya dan mungkin terdapat beberapa yang takut untuk beramah mesra dengan saya.

2. Analisis Setelah saya menganalisis dan meneliti pengajaran saya, masalah ini disebabkan saya kurang ramah dan mesra dengan murid-murid. saya juga ada kalanya tergesa-gesa dalam penyampaian pengajaran. Saya harus lebih mesra dan banyak menyelami perasaan murid. Kadang-kadang mereka kurang mendengar arahan saya dan saya sering memarahi mereka. Setiap murid mempunyai tahap kemampuan yang berbeza dan saya mestilah mengambil kira setiap perbezaan itu.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya akan cuba untuk menjadi lebih mesra dan mudah didekati oleh muridmurid. b) Perbincangan bersama rakan guru pelatih yang lain juga sangat membantu saya kerana saya dapat memgukuhkan lagi kefahaman tentang rancangan pengajaran harian.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Masalah ini akan cuba saya atasi dalam masa seminggu kerana masalah ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada saya dan juga murid-murid. Masalh ini akan menganggu komunikasi saya dan murid di dalam kelas jika masalah ini tidak diatasi dengan baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : .................................. Nama Tarikh : .................................. : ..................................

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : .................................. Nama Tarikh : .................................. : ..................................