Anda di halaman 1dari 7

Maklumat Di kumpul Dari Pelbagai Sumber Untuk : Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Melaka

DISLEKSIA 1.0 DEFINISI Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah menerima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah: Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan 2.0 APA ITU DISLEKSIA? Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya.Sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah tetapi seseorang disleksia tidak berupaya mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. 3.0 JENIS JENIS DISLEKSIA Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu : Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori Disleksia visual-auditori Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

4.0 PUNCA-PUNCA DISLEKSIA Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah; Keturunan atau genetic Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

5.0 CIRI-CIRI DISLEKSIA Kanak-kanak pra-sekolah : - Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan - Suka mengganti perkataan dan hiperaktif - Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah - Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari - Tidak merangkak semasa bayi

- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri - Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya banyak soalan

Kanak-kanak Sekolah Rendah (6 9 tahun): -Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor -Menggunakan jari untuk mengira dan membaca -Keliru dengan tangan kanan dan kiri -Tulisan cermin atau terbalik Kanak-kanak Sekolah Rendah (9 - 12 tahun): - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman - Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan - Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks - Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang - Kelihatan tidak terurus semasa berada di rumah atau sekolah - Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah : - Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten - Kesukaran menulis karangan - Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral - Kesukaran mempelajari bahasa lain - Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan - Jenis orang yang suka senyap - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten - Kurang kemahiran bersosial

6.0 MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakannya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada: Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti: m w , y g j, u n, m n c e, p q, h n, b d Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti: t h, f v Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti: batu tuba / gula lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut : Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu : Jam jem / cat cat

Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik .

Bercakap dan mendengar Terdapat juga diantara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut : 358/96

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial - Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai

mengikat tali kasut - Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh - Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

7.0 LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA - Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya - Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. - Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi - Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. - Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa - Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika - Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni - Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik - Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri - Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai 8.0 ADAKAH INDIVIDU DISLEKSIA MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN? Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Tom Cruise), genius komputer (Bill Gates) dan saintis (Albert Einstein) Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

RUJUKAN : 1. Kuwana, Ellen. "Neuroscience for Kids-In the News." UW Faculty Web Server. Web. 01 Dec. 2010. 2. Learning Able Kids. "Dyslexia Symptoms in Children with Difficulty Learning to Read LearningAbledKids." LearningAbledKids - Help for Homeschooling Children with Learning Disabilities. Web. 01 Dec. 2010 3. Hodge, Patricia. "Helping Dyslexic Children within the Classroom." Dyslexia the Gift. Information and Resources for Dyslexia. 09 Oct. 2010. Web. 01 Dec. 2010. 4. Bailet, Laura. "Understanding Dyslexia." KidsHealth - the Web's Most Visited Site about Children's Health. May 2009. Web. 01 Dec. 2010 5. Reid, Gavin.DyslexiaA Complete Guide for Parents. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons, 2004.

6. Shaywitz, Sally. Overcoming Dyslexia: A New and Complete Science-Based Program for Overcoming Reading Problems at Any Level. New York: Knopf, 2003. 7. Stowe, Cynthia. How to Reach and Teach Children with Dyslexia: A Parent and Teacher Guide to Helping Students of All Ages Academically, Socially, and Emotionally. San Francisco, CA: Jossey-Bass, 2002.

Anda mungkin juga menyukai