Anda di halaman 1dari 5

Bismillahhirrohmanirrahim. Wabihi nastainu billahi taala.

Inilah hikayat peri menyatakan baginda Rasulullah sallallah alaihi wassallam akan pulang kerahmat Allah taala. Waktu baginda Rasulullah sallallah alaihi wassallam pergi sembahyang subuh di masjid, setelah sudah ia sembahyang maka ia pulang dari masjid itu. Maka Allah subhanahu wa taala pun menyuruhkan Jibril alaihis salam maka firman Allah taala Hai Jibril pergilah engkau turun ke dunia, bawa oleh mu Malikulmaut serta kerana aku hendak suruh mengambil nyawa kekasihku Rasulullah sallallah alaihi wassallam . Setelah didengar oleh Jibril firman Allah taala demikian itu, maka Jibril pun turunlah ke dunia membawa Malikulmaut bersamasama, maka Jibril pun sampailah kerumah Rasulullah. Setelah itu, Rasulullah pun bangunlah daripada tempat tidurnya lalu keluar kerana melihat Jibril itu datang. Maka Jibrilpun memberi salam kepada baginda Rasulullah sallallah alaihi wassallam demikian bunyinya Assalamualaikum ya Rasulullah sallallah alaihi wassallam. maka Rasulullah pun menjawab salam Jibril itu Waalaikummussalam, maka ujar Rasulullah kepada Jibril, siapakah yang serta tuan hamba turun ke dunia. Maka sahut Jibril Ya Rasulullah hamba turun ke dunia sertaku inilah yang bernama Malikulmaut. Maka sabda Rasulullah kepada Malikulmaut Hai Malikulmaut, engkau turun kedunia ini hendak mengambil nyawa hambaku atau hendak melihat rupa hambakah?. Maka kata Jibril Ya Rasulullah hamba ini hendak menyampaikan firman Allah taala, tuan hamba bahawa Allah menitahkan Malikulmaut turun ke dunia ini hendak mengambil nyawa tuan hamba, kerana beberapa nabi-nabi dijadikan Allah taala daripada zaman Nabi Adam tiadalah sebagainya dengan tuan hamba yang dikasihkan Allah taala. Maka Malikulmaut itu katanya, Ya Rasulullah baca olehmu ayatnya ini. Maka ujar Rasulullah, ayat apa yang tuan hamba suruh baca. Maka kata Malikulmaut, Inilah tuan hamba baca demikian bunyinya ayat itu: Innaka maiyita alaikum yaumalqiamata yakhtasimun. Maka Rasulullah pun mahulah akan dirinya. Maka Rasulullah pun menangislah. Maka ujar Jibril Hai kekasih Allah Subhanahu wa taala, mengapakah tuan hamba menangis itu. Maka sabda Rasulullah Hai Jibril, hamba menangis bukannya kerana hamba kasihkan dunia dan bukannya takut akan Iqobullah dan bukannya hamba takut bercerai dengan Abu Bakar dan bukannya takut bercerai dengan Fatimah dan bukan hamba takut bercerai dengan Aisyah dan bukan hamba takut bercerai dengan Khadijah dan bukannya hamba takut bercerai dengan Ummi Salamah dan bukannya hamba menangiskan kerana Hassan dan Hussin, adapun yang hamba tangiskan itu sebab kerana hamba bercintakan umat hamba, sepeninggalan hamba pulang ke rahmatullahitaala, jikalau tiada membawakan imam dan agama Islam. Setelah itu maka Mikael pun datanglah lalu memberi salam kepada Rasulullah demikian bunyinya Assalamualaikum maka disahut oleh Rasulullah Waalaikummussalam Mikael. Maka kata Mikael Ya Rasulullah baca oleh mu ayat itu maka sabda Rasulullah Ayat apakah itu yang tuan hamba suruh hamba baca, maka kata Mikael Inilah ayat yang tuan hamba bacakan demikian bunyinya innalillahiwainnailaihirojiun. Maka Rasulullah pun membaca ayat itu. Setelah sudah dibaca oleh Rasulullah ayat itu, maka Jibrail alaihis salam dan Malikulmaut pun kembali ke hadrat Allah taala. Maka Rasulullah pun masuk ke dalam rumahnya, maka sabda Rasulullah kepada Siti Aisyah Selimutkan aku kerana pada ini hari inilah engkau tiada mendengar suaraku lagi dan bercerailah engkau dengan aku. Setelah didengar oleh Siti Aisyah Fatimah maka ia pun menangislah mencabutcabut rambutnya dan menampar-nampar dadanya terlalu amat sedih hatinya demikian bunyinya Wah junjunganku tempat kami mengadukan hal ehwal kami dan siapa mengajar kami ada khilaf dan bebal kami siapakah yang mengingatkan kami. Maka sabda Rasulullah kepada Siti Aisyah dan Fatimah Hai anakku Fatimah janganlah diberi menangis dan masygul kerana barangsiapa

menampar-nampar dada dan mencabut-cabut itulah yang haram di perkatakan oleh Allah taala hanya percintaan jua di dalam hati dan mengalirkan air mata sebab kasih , hatta maka sabda Rasulullah kepada Siti Fatimah Hai anakku marilah kemari kepala mu, kucium. Maka Siti Fatimah pun menyerahkan kepalanya kepada Rasulullah dan Rasulullah pun mencium kepala Siti Fatimah itu. Maka sabda Rasulullah Hai Fatimah janganlah diberi masygul dan menangis maka sembah Fatimah Ya ayahku, tidak tertahan hamba sebab bercerai dengan ayahku itu perbantulah hamba ini dan yatimlah sepeninggalan ayahku. Maka sabda Rasulullah kepada Fatimah Hai anakku jangnlah diberi menangis, sebentar lagi penyakitku baik maka kita berkata dahulu kerana aku ini hampir mengadap pulang ke rahmatullahitaala. Maka sembah Fatimah Ya ayahandaku, adakah hamba akan bertemu lagi dengan ayahku. Maka sabda Rasulullah kepada Siti Fatimah Hari kiamat jumaat kita bertemu. Maka sabda Rasulullah Hai anakku Fatimah, di tempat titi Siratulmustaqim kita akan bertemu, tatkala itu Jibrail di kananku dan Mikael di kiriku. Maka sembah Siti Fatimah ya ayahku, tiada disana di mana pula?. Maka sabda Rasulullah Hai anakku, jikalau tiada di sana pada Sungai Kalkausar kita akan bertemu tatkala itu aku menurutkan umatku di sanalah kita bertemu. Maka sembah Siti Fatimah, Ya ayahku jikalau tiada di sana, di mana pula?. Maka sabda Rasulullah, Jikalau tiada di sana, aku ada di hadrat Allah ta'ala aku memohonkan umatku yang terhantar di Padang Mahsyar, di sana kita bertemu. Maka sembah Fatimah, Ya ayahku jikalau tiada di sana, di mana pula?. Maka sabda Rasulullah, Ya anakku Fatimah, jikalau tiada di sana, di dalam syurga kita akan bertemu. Setelah sudah, maka Rasulullah pun menyuruh memanggil Bilal Malik, sekarang kita bercerai hari ini hingga hari kiamat Jumaat kita bertemu. Maka Bilal pun meratap dan nangis demikian bunyinya ratap itu Ya junjunganku, di mana tempat kami hal-ehwal kami. Maka Abu Bakar dan Omar dan Uthman dan Ali pun berseru-seru demikian bunyinya Ya junjungnku, di mana tempat kami mengadukan halehwal kami sekelian. Setelah di dengar oleh Rasulullah seru-seru meratap yang demikian itu, maka ia pun bangunlah pula seraya berkata kepada Ali Hai Ali marilah kita pergi ke masjid dan pegangkanlah olehmu aku ini perlahan-lahan, maka Rasulullah sallallah alaihi wassallam pun memanggillah akan bahawa baginda dan kedua anak Abbas. Rasulullah pun berjalanlah perlahan ke masjid. Maka sekaliannya habislah mengikut pergi di belakang Rasulullah sekalian. Setelah itu, maka Rasulullah pula sampai ke masjid, maka Abu Bakar memberi salam kepada sidang jemaah itu, maka Rasulullah pun datanglah mendapatkan sidang jemaah sekalian. Maka sidang jemaah pun menangislah, maka disuruh Rassulullah segala sidang jemaah itu mengambil air sembahyang. Setelah sudah, maka Rasulullah pun naik ke masjid, maka bersabda Rasulullah kepada sidang jemaah Hai sidang jemaah maka mereka itu menyahutlah demikian bunyinya Ya Rasulullah kekasih Allah. Maka Abu Bakar juga yang tiada berubah daripada tempatnya masjid itu kerana ia sangat masygul dan menangis juga setelah berkata-kata. Maka waktu pun datanglah Bilal pun bang lah, maka Rasulullah pun sembahyang sunat dan kedua Abu Bakar dari kanan dan Omar dari kiri dan Uthman dan Ali dan Hassan dan Hussin di belakang Rasulullah. Setelah sudah sembahyang sunat itu, maka bilal berdiri membaca selawat yang akhir. Maka Rasulullah pun naik mimbar membaca dengan nyaring suaranya dan manis terlalu sedap. Maka segala sidang jemaah pun menangis dan setengah daripada mereka itu kasihan dan belas mendengar suara Rasulullah itu membaca khutbah. Maka segala sidang jemaah terlalu hairanlah tercengang. Setelah sudah Rasulullah membaca khutbah itu, maka bilal pun qamat, setelah sudah qamat, maka Rasulullah bangkit sembahyang dengan segala sidang jemaah itu, maka Rasulullah pun membaca fatihah dengan suara yang merdu. Setelah sudah sembahyang jemaah itu, maka Rasulullah bersabda kepada segala sidang jemaah sekelian katanya Hai segala sidang jemaah, maka katakanlah pada

hamba jikalau ada cela hamba kepada tuan kerana hamba ini hampirkan pulang kerahmatullah dan jika ada hamba mengambil harta tuan sekelian, maka tuan hamba katakanlah kepada hamba supaya hamba bayari kepada tuan hamba dan jikalau ada hamba memukul tuan hamba katakanlah, maka palulah hamba kembali kerana jangan kita berkira-kira pada hari kiamat di hadapan Qadi rabbil Jalil kerana hamba hendak membayar hutang sekaranglah hamba kira-kira, maka seorang daripada mereka itu tiadalah menjawab sabda Rasulullah itu melainkan menundukkan kepalanya dengan masygulnya dan nagis. Maka sabda Rasulullah kepada sidang jemaah itu kerana Allah apalah kiranya tuan-tuan hendaklah berkata-kata dengan sebenarnya, janganlah tuan malu kepada hamba ini, malu pada hari kiamat jemaah kelak di hadapan Rabbul Jalil. Maka setelah sudah Rasulullah bersabda yang demikian itu, maka adalah seorang daripada pihak penjuru masjid yang bernama Akasyah, maka adalah yang mempersembahkan kepada Rasulullah demikian bunyinya Ya Rasulullah, tatkala sekali peristiwa junjunganku pergi berperang sambil Allah, maka Rasulullah naik ke atas kuda maka terpalulah hamba dengan cemeti kuda tuanku. Setelah di dengar oleh Rasulullah kata Akasyah demikian itu, maka Rasulullah menitahkan kepada Bilal kata Hai Bilal, pergilah ke rumah Fatimah itu, ambilkan cemeti kudaku kerana aku hendak membayar hutangku kepada Akasyah kerana pada hari ini kiamat malulah aku di pukul Akasyah hadapan Qadi Rabbil Jalil. Maka terdengarlah baginda Abu Bakar al-Siddiq kata Akasyah demikian itu, maka kata Abu Bakar, Hai Akasyah janganlah engkau palu Rasulullah kerana lagi sakit palu olehmu akan aku ini akan Nalish. Maka sabda Rasulullah kepada Abu Bakar Hai Abu Bakar, jangan tuan berkata itu kerana hamba hendak membayar hutang yang aku palu Akasyah, pergilah Bilal ambilkan cemeti. Setelah itu Bilal berjalan pula telah sampailah ke rumah Fatimah, maka didapatinya Fatimah tengah duduk menagis sebab mendengarkan Rasulullah hendak pulang kerahmatullahitaala itu. Maka kata Bilal Hai Fatimah, ambilkan cemeti kuda Rasulullah itu kerana Rasulullah hendak membayar hutangnya. Maka tiadalah diberikan Fatimah cemeti itu, maka kata Fatimah Hai memanda, palu hamba, jangan memalu ayahanda kerana ayahanda baharu sakit, maka kata Bilal Hai Fatimah, jangan berkata yang demikian itu, kerana Rasulullah hendak membayar hutangnya kepada Akasyah supaya jangan Rasulullah berkira-kira di hadapan Allah subhanahu wa taala pada hari kiamat jemaah masuk. Setelah didengar oleh Siti Fatimah perkataan Bilal demikian itu, maka Fatimah pun segera mengambil cemeti kuda Rasulullah itu dan diberikannya kepada tangan Bilal, maka Bilal pun berjalanlah dengan masygulnya, tiada berapa lamanya Bilal pun sampailah ke masjid, maka cemeti itu pun diberikannya kepada tangan Rasulullah. Maka Rasulullah mengambil cemeti kuda itu lalu berikannya kepada Akasyah, maka kata Abu Bakar al-siddiq, Jangnlah di palu Rasulullah itu kerana Rasulullah itu baharu sakit, palulah hamba kemari, maka kata Akasyah, Hai Abu Bakar al-Siddiq, engkau tiada memalukan melainkan yang memalu hamba jua yang hamba palu. Maka berkata baginda Ali, Jangnlah diberi memalu Rasulullah kerana Rasulullah baharu sakit, palulah hamba ini akan balasnya. Maka sabda Rasulullah kepada baginda Ali Hai Ali janganlah tuan hamba berkata demikian itu kerana yang akan dia hamba melainkan hamba jualah akan balasnya, maka sabda Rasulullah kepada Akasyah Hai Akasyah palulah hamba supaya lepas daripada hutang maka sembah Akasyah Ya Rasulullah tatkala hamba terpalu oleh tuan hamba tiada berbaju. Setelah Akasyah berkata itu, maka Rasulullah pun membuka bajunya, setelah itu maka Siti Fatimah pun menangis lalu segeralah datang berdiri di pintu masjid, maka berkata Fatimah Hai segala sidang jemaah janganlah ayahanda dipalu, palulah hamba kerana ayahanda lagi uzur dengan sakitnya, maka apabila didengar oleh sidang jemaah pun menangis bersela-sela maka kata Akasyah kepada Fatimah Ya Fatimah, berdosa hamba memalu orang yang tiada memalu hamba jua yang hamba palu. Maka didengar oleh segala sidang jemaah itu pun terlau hairan tercengang-cengang tiadalah

berkata-kata. Maka sabda Rasulullah kepada Akasyah, Palulah hamba kemari akan balasannya supaya hamba terlepas daripada hutang hamba, kerana hamba malu pada hari kiamat jemaah berkira-kira di hadapan Qadi Rabbil Jalil, maka Rasulullah pun membuka bajunya. Setelah dilihat oleh Akasyah pusat Rasulullah itu, maka Akasyah pun berlari-lari dan mencium akan pusat Rasulullah, maka ujar Akasyah, Ya Rasulullah ya junjunganku, telah hamba perolehlah seperti kehendak hati hambamu. Setelah sudah Akasyah mencium pusat Rasulullah itu, maka, muka Akasyah pun bercahaya-cahayalah seperti bulan purnama empat belas hari bulan dan suaranya seperti burung di dalam syurga. Segala sidang jemaah pun hairanlah memandang muka Akasyah itu, maka sidang jemaah memberi salam kepada Akasyah itu, maka sabda Rasulullah kepada sidang jemaah Hai segala sidang jemaah, jikalau kamu hendak melihat rupa orang di dalam syurga, lihatlah olehmu muka Akasyah itu. Setelah itu, maka sabda Rasulullah kepada segala sidang jemaah Hai kamu sekelian, baiklah membawa iman dan Islam dan jangnlah kamu lupakan Allah subhanahu wa taala dan hendaklah kamu sentiasa sembahyang lima waktu dan kamu kasihkan anak-anak yatim supaya jangan kamu lupa pengajaranku. Maka sabda Rasulullah kepada sekelian jemaah Baiklah kamu sepeninggalanku Abu Bakar akan gantiku imam kamu. Maka sidang jemaah sekelian menagisnangislah berseru-seru dengan nangisnya, demikian bunyinya itu Ya junjunganku, siapakah tempat kami mengadukan hal-ehwal kami itu. Maka sidang jemaah sekelian wah batu kepala tuan panggilkan kami ini maka menangis-nagisanlah segala sidang jemaah itu. Maka sabda Rasulullah kepada Abu Bakar Panggilkan aku baginda Ali kerana aku ini sangat uzurnya rasanya badanku. Maka Abu Bakar pun memanggil baginda Ali pun datang ke hadapan Rasulullah, maka sabda Rasulullah Hai Ali dan anak Abas dokonglah aku ini perlahan-lahan ke rumah Aisyah, maka Rasulullah pun berpegang kepada bahu baginda Ali, maka Rasulullah pun berjalanlah serta anak Abas dan Abu Bakar al-Siddiq mendapatkan rumah Aisyah. Maka Rasulullah pun sangat daif setelah sudah sampai Rasulullah ke rumah Aisyah, maka Rasulullah pun baringlah kerana Rasulullah itu akan kembali ke rahmatullahitaala. Maka Siti Fatimah pun datanglah duduk di kanan Rasulullah dan Maimunah pun datanglah lalu duduk di belakang Rasulullah, maka Siti Fatimah pun duduk menangis dan Siti Aisyah dan Maimunah dan Hassan dan Hussin terlalu sangat sekeliannya menangis berseruseru dan sekelian yang hadirpun sekeliannya itu menangis dan mencabut-cabut rambutnya dan menampar-nampar dadanya. Maka Rasulullah pun bersabda kepada Fatimah demikian katanya Hai Fatimah, jangan diberi masygul dan mencabut rambut dan menampar-nampar dada kerana pekerjaan yang demikian itu haram tiada diperkenankan Allah subhanahu wa taala hanyalah percintaan jua di dalam hati dan mengalirkan air mata jua. Maka sembah Fatimah Ya ayahanda, tiadalah tertahan sebab bercerai dengan ayahku. Abu Bakar pun berseru-seru dengan baginda Ali dan segala sidang jemaah sekeliannya menangis tiada tertahan hatinya masing, hatta maka didalam hal yang demikian itu maka Malikulmaut pun datanglah dengan firman Allah taala seperti orang yang muda berdiri ia di luar pintu, maka berseru-serulah ia di rumah Siti Aisyah. Maka Malikulmaut pun berseru demikian bunyinya Ya khatimulanbia, dapatkah hamba masuk ke rumah tuan hamba kerana hamba ini hendak melihat Rasulullah itu kerana Rasulullah masygul dengan sakitnya akan pulang ke rahmatullahitaala. Maka berseru pula malikulmaut demikian bunyinya Hai segala laki-laki, bukalah pintu. Maka didengar oleh Rasulullah suara Malikulmaut, maka Rasulullah pun berkata kepada Siti Fatimah Hai anakku, adakah engkau kenal suara yang di luar pintu. Maka sembah Fatimah Ya ayahku tiadalah hamba kenal. Maka Rasulullah pun bersabda Hai anakku Fatimah, itulah orang yang menceraikan nyawa dan orang itulah yang mencucurkan air mata orang banyak, segeralah bangun engkau buka pintu itu. Setelah di dengar oleh Fatimah, maka ia pun bangun membuka pintu. Maka Malikulmaut

masuklah ke rumah Rasulullah, maka Malikulmaut memberi salam kepada Rasulullah demikian bunyinya Assalamualaikum ya khatibinnabiyin, maka Rasulullah pun menjawab salam Malikulmaut Waalaikummussalam ya Malikulmaut, maka sabda Rasulullah kepada Malikulmaut katanya Hai Malikulmaut, apakah pekerjaan diri tuan kemari ini hendak mengambil nyawa hambaku tuan hendak melihat rupa hambakah kata Malikulmaut Ya Rasulullah kerana hamba turun kedunia ini dititahkan firman Allah taala hendak mengambil nyawa tuan hamba, kerana Allah subhanahu wa taala amat kasihkan nyawa tuan hamba kerana beberapa nabi-nabi dijadikan Allah subhanahu wa taala daripada zaman nabi Adam itu tiadalah sebagainya seperti tuan hamba dikasihkan Allah taala. Adapun pintu langit yang ketujuh telah terbukalah dan pintu syurga pun telah terbuka dan anak bidadari pun telah hadir menantikan tuan hamba dan segala isi tujuh petala langit pun telah turunlah ke bumi serta dengan hamba ini dapat sangat berahi akan tuan lagi menantikan Jibril alaihis salam. Maka Malikulmaut pun kembalilah kehadrat Allah taala bertemu dengan Jibril dan Mikael, maka kata Jibril dan Mikael kepada Malikulmaut sudahkah diri mengambil nyawa Rasulullah. Maka kata Malikulmaut kepada Jibril belum lagi hamba mengambil nyawa Rasulullah kerana menantikan tuan hamba datang. Telah didengar oleh Jibril demikian itu, maka Jibril pun turun ke dunia Siratul Malikulmaut itu dengan segala malaikat yang tujuh lapis mengiringkan Malikulmaut dan Jibril telah sampai ke rumah Rasulullah, maka Jibril pun memberi salam kepada Rasulullah demikian bunyinya Assalamualaikum ya Rasulullah, maka Rasulullah menyahut salam Jibril Waalaikummussalam ya Jibril. Maka sabda Rasulullah kepada Jibril katanya Hai tuanku, mengapa kekasihku lambat datang kemari kerana tiada pernah berkhabar ia dengan tuanku sekarang ini, janganlah bercerai lagi tuan hamba. Maka Fatimah pun menangislah, maka sabda Rasulullah kepada Fatimah, Hai Fatimah anakku, sepeninggalanku baik-baik anakku memeliharakan suamimu dan barang, katanya suamimu itu janganlah anakku sangkalkan. Maka sabda Rasulullah Hai anakku Fatimah, berikan kepala mu itu aku cium. Maka Fatimah pun menundukkan kepalanya kepada Rasulullah serta dengan tangisnya. Maka Rasulullah pun mencium kepala Siti Fatimah. Setelah sudah mencium kepalanya Fatimah, maka Rasulullah pun memandang ke kiri bermohon kepada Umi Salamah dan memandang ke hadapan bermohon kepada anakanda Fatimah dan Abu Kasim serta Hassan dan Hussin, maka Rasulullah memandang ke belakang, bermohon kepada sahabatnya itu dan kepada segala sidang jemaah sekaliannya. Setelah sudah Rasulullah bermohon itu, maka Malikulmaut pun mengambil nyawanya Rasulullah, maka Rasulullah pun pulanglah ke rahmat Allah taala. Setelah dilihat oleh Siti Fatimah maka iapun menangislah, Aisyah dan Abu Kasim dan Hassan dan Hussin menangislah. Maka Abu Bakar dan Omar dan Uthman dan Ali pun merataplah dengan segala sidang jemaah dan segala sahabat dan kaum keluarganya, semuanya menagislah demikian katanya dan masing-masing perkataan Allah taala mengambil nyawanya Rasulullah itu Hai umat sekelian, umat Rasulullah hendaklah kita percaya akan Allah taala, sedangkan Rasulullah lagikan disuruhkan Allah taala mengambil nyawanya, ini pula kita dan hendaklah sekelian memberat ibadat kepada Allah taala di dalam dunia ini dan menjauhi segala maksiat kerana kita ini akan mati sekelian dan janganlah meninggalkan sembahyang lima waktu. wallahualam bisawab. Khatamattiba; Alhamdulillahirabbil alamin, wassolawatuwassalamu ala saidina Muhammad, waala alihi waashabihi ajmain.Ammaba Qodintabiu hadhal kitabi matbaah. tamat.