Anda di halaman 1dari 10

MUZ3117

MUZIK MALAYSIA

TAJUK1

MuzikBentukSeniLakon WayangKulit

1.0

Sinopsis Persembahan Wayang Kulit secara keseluruhannya merupakan sebuah

persembahan teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terditi dari pelbagai watak methologi dan khayalan dimainkan oleh seorang Tok Dalang. Tok Dalang merupakan gelaran yang diberi kepada pelaku yang memainkan patung-patung tersebut pada kelir untuk menghidupkan bayang-bayang tersebut. Tok Dalang juga merupakan seorang narrator yang bijak memainkan suara yang berbezabeza bagi setiap watak dalam teknik penceritaan.Cerita dalam persembahan biasanya merupakan babak-babak cerita epik Ramayana dan Mahabarata. Di Malaysia terdapat empat jenis wayang kulit yang dirujuk dengan namanama yang tertentu seperti wayang kulit Jawa( wayang kulit purwa), wayang gedek, wayang Melayu(juga dikenali sebagai wayang Jawa) dan wayang kulit Siam( juga dinamakan wayang kulit Kelantan).Dalam topik ini banyak membincangkan tentang wayang kulit Kelantan. 1.1 Hasil Pembelajaran

1. Mengenalpasti, mengklasifikasi dan membandingbezaalatmuzik yang digunakandarisegifungsi dan jenis. (1.5) 2. Menganalisisrepertoiremuzikdarisegibentuk dan tekstur. (1.6) 3. Menghuraikanpersembahandarisegikonteks dan cerita.

1.3

KERANGKA TAJUK-TAJUK WayangKulit

Alat-alatMuzik

TeksturdanBent uk

KonteksdanCeri ta

MUZ3117

MUZIK MALAYSIA

1.3

Wayang Kulit Kelantan Jenis wayang kulit ini juga dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana

pada waktu ituKelantan dinaungi oleh Kerajaan Patani yang berada di Selatan Siam. Walaupun begitu, ianya dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani. Ukiran hiasan patungnya menunjukkan banyak

persamaan dengan patung dari Selatan Siam. Ia diukir secara mengiring dan dari segi mekanikal, hanya tangan sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang alat senjata atau kebesaran lain.

1.3.1 Alat-alat Muzik Kepelbagaian alat muzik menyumbangkan keindahan seni muzik tempatan. Ensemble Wayang Kulit, mak Yong, Mek Mulong, Hadrah, gamelan Pahang, cak Lempung,, bangsawan dan Jikey dilaraskan melaui alat muzik tradisional tersebut. penghasilannya yang diilhamkan dari sumber alam dipraktikkan dalam upacara adat yang penuh simbolisme. Buluh, kayu, daundaun, kulit binatang, rotan, tembaga dan besi menjadi bahan asas bagi membentuk alat muzik. Muzik Wayang kulit dipersembahkan oleh orkestra yang terdiri daripada sepasang gendang, sepasang geduk, sepasang tetawak, sepasang serunai, sepasang kesi sepasang canang dan sepasang gedombak. Sewaktu

MUZ3117

MUZIK MALAYSIA

persembahan ahli muzik akan duduk di atas lantai panggung di belakang Tok Dalang. Gendang ibu dan anak pula adalah sepasang gendang berbentuk tong panjang (baluh - diperbuat daripada kayu) dengan dua muka kulit yang ditegangkan dengan kuat. Timbre dan sukukata nimonik bagi gendang anak ialah cak dan ting(pukulan pada bahagian tepi), sementara pak dan duh(pukulan pada bahagian tengah) dihasilkan oleh gendang ibu.

Gendang Ibu dan Anak

Tetawak adalah gong gangsa berpasangan yang berbusut(gong anak dan gong ibu). Ianya digantung pada rak kayu dan dipukul pada tengah busut dengan kayu yang berbalut getah dan kain. Tetawak ibu akan mengeluarkan pic yang rendah manakala tetawak anak menghasilkan pic yang rendah.

MUZ3117

MUZIK MALAYSIA

Pemain sedang memainkan gong

Canang adalah dua gong kecil yang berbusut yang diletakkan secara mendatar pada rak kayu. kedua-dua gong ini dipukul dengan pemukul kayu yang berbalut getah dan kain. Setiap gong ini mempunyai satu pic tinggi (canang anak) dan satu pic rendah (canang ibu).

Canang dan pemukulnya

Kesi merupakan piring kecil yang diperbuat daripada gangsa, berupa seperti simbal, biasanya berpasangan(empat simbal kecil). Dua piring kecil ini dipasang dengan tali tebal dan pasangannya dipasang pada sekeping papan. Pemainnya akan memegang sepasang piring atau simbal yang berikat dengan tali dan menghentakkannya pada pasangan piring atau simbal yang dipasang pada papan untuk menghasilkan 4 bunyi berdering (diangkat selepas

MUZ3117

MUZIK MALAYSIA

dihentakkan) , nyaring dan bunyi berderam (tidak diangkat). Bunyi berdering dimainkan bersama dengan pic canang anak dan bunyi berderam dimainkan bersama pic canang ibu.

Kesi Gedumbak adalah kategori membranofon yang baluhnya diperbuat dari kayu nangka berbentuk seperti sebuah piala yang berkaki panjang. Belulang kambing yang diregangkan diletakkan pada bahagian muka.Diletakkan secara mendatar di atas riba pemain, muka kulitnya dipukul dan sebelah tangan lagi akan membuka dan menutup hujung gedumbak ini untuk mendapatkan timbre atau warna yang dikehendaki. Alat ini menghasilkan empat jenis timbre iaitu dong,duh,cak dan ting.

Gedumbak

MUZ3117

MUZIK MALAYSIA

Geduk

merupakan dram yang berbaluh yang berbentuk tong pendek.

Diperbuat dari kayu nangka, kedua-dua permukaannya diperbuat dari belulang lembu yang diregangkan. Dua batang buluh dipasang pada baluh ianya adalah sebagai kaki untuk geduk. muka kulit dipukul dengan dua batang kayu untuk menghasilkan bunyi.

Geduk

Serunai adalah sejenis alat erofon, sepasang serunai (anak dan ibu) digunakan dalam persembahan waayang kulit. Ianya merupakan alat muzik melodi utama wayang kulit. Alat ini menggunakan rid iaitu empat lapisan daun lontar. Diperbuat daripada kayu, mempunyai enam atau tujuh lubang di bahagian hadapan dan satu lubang di bahagian belakang. Bahagian hujungnya berbentuj loceng yang diukir dan dicat dengan warna yang terang.

MUZ3117

MUZIK MALAYSIA

Sepasang serunai

Repertoir Muzik

Terdapat lebih kurang tiga puluh lima buah lagu dalam permainan Wayang kulit. Lagu-lagu yang khas seperti sebagai overture bagi menentukan mud dan muzik untuk mengiringi gerak-geri patung. Lagu Wayang Kulit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis pertama,mengikut watak tertentu seperti Lagu Pak dogol, Lagu Seri Rama dan Maharisi, kedua lagu memberitahu tentang perkhabaran (contoh lagu: lagu Berkhabar), ketiga lagu yang menunjukkan kegiatan seharia seperti sedang berehat, mandi, keempat lagu berperang dan terakhir sekali lagu khas( mentukan mud atau lagu yang mempunyai tujuan khas). Melodi dalam lagu-lagu Wayang Kulit dihasilkan oleh serunai atau dinyanyikan oleh Tok dalang. Pada umumnya lagu-lagu wayang kulit berasaskan kepada skel pentatonik, heksatonik dan heptatonik. Hampir semua lagu mempunyai jeda yang lebih luas dari jeda semitone.

MUZ3117

MUZIK MALAYSIA

1.3.2 Tekstur dan Bentuk

Semua lagu dalam wayang kulit berasaskan tekstur polifoni. mengandungi tiga peringkat bunyi yang penting. i.

Ianya

baris melodi yang dimainkan oleh serunai atau dinyanyikan oleh tok

dalang. ii. iii Rentak yang dimainkan oleh alat-alat dram(gendang, gedumbak dll) Bahagian Gongan ( dimainkan oleh alat diperbuat dari gangsa)

Gongan ditakrifkan sebagai bentuk atau struktur setiap lagu dalam wayang kulit. Pada umumnya gongan mempunyai jangka masa tertentuyang ditandakan pada hujung pic yang paling rendah dalam ensemble. Pic paling rendah dihasilkan oleh tetawak ibu yang membunyikan pic pada bit akhir setiap gongan. Konsep gongan adalah aspek asas bagi menwujudkan form dalam muzik. Jumlah gongan boleh terdiri daripada 4 bit, 8 bit, 16, bit, 32 bit, 64 bit dan sterusnya. Gongan juga merupakan sistem pusingan dalam masa dan diulangi sepanjang lagu. Di sini jelas tetawak ibu menandakan hujung satu pusingan dan menandakan permulaan pusingan yang baru.

Contoh : Rangkaian Gongan

MUZ3117

MUZIK MALAYSIA

Contoh: pembahagian Gongan secara binari

Gongan 2 bit

Gongan 4 bit

1.3.3 Konteks dan Cerita

Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh samada dari Jawa atau patani, tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah,emgalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan dalam masyarakat. Persembahan wayang kulit dilakukan dipelbagai tempat mengikut kemahuan dan keperluan masyarakatnya seperti: i. ii. iii. iv. v. acara menyembah guru mengubat orang sakit upacara memuja semangat semasa pesta menuai hiburan semata-mata.

MUZ3117

MUZIK MALAYSIA

Wayang Kulit kelantan, ceritanya adalah berdasarkan cerita dalam Hikayat seri Rma. Hikayat ini merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana mengikut tradisi India. Aliran cerita, bentuk patung dan watak masih mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adega-adegan kelakar comic felief yang sering terdapat dalam cerita jelas mengaitkan unsur -unsur tempatan dari segi bahasa dan peristiwa.

Muatturunsatupersembahanwayangkulitdari internet, analisadarisegiensembelmuzikdancerita.

Simpankanhasilperbincangandalam folio anda.

RUJUKAN Matusky, Patricia dan Tan SooiBeng (1997).Muzik Malaysia: TradisiKlasik, Rakyat danSinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre. Matusky, Patricia dan Tan SooiBeng (1997).PengantarMuzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre. Nik Mustafa (?).AlatMuzikTradisional, dalammasyarakatmelayu du malaysia, KementerianKebudayaan, keseniandanpelancongan. http://www.kpkk.gov.my/pdf/buku/wayangkulit

10