Anda di halaman 1dari 3

KERJA AMAL PENDIDIKAN MORAL SMK TAMAN TUNKU 2012 MENGECAT PAGAR SEKOLAH Pendahuluan Pada tanggal 28 Julai

2012,iaitu hari sabtu, projek mengecat pagar sekolah telah dijalankan di SMK Taman Tunku. Semua pelajar Tingkatan 4 dikehendaki melibatkan diri dalam projek ini untuk memenuhi syarat kertas 2 dalam subjek Pendidikan Moral.

Penganjur Projek ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Moral SMK Taman Tunku.

Matlamat Matlamat utama kerja amal yang dijalankan ini adalah untuk melatih pelajar untuk melibatkan diri dalam apa jua aktiviti kerja amal yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan dan masyarakat luar sekiranya mereka telah tamat persekolahan kelak. Selain itu, ia dapat mengukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.

Objektif Antara objektif-objektif aktiviti kerja amal ini adalah: i. Menyemai perasaan sayang dan bangga kepada sekolah sendiri ii. Menerap nilai bertanggungjawab, nilai rasional, nilai kerajinan dan nilai saling membantu dan bekerjasama dalam diri pelajar. iii. Menceriakan kawasan sekolah iv. Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah v. Mewujudkan suasana yang kondusif dalam persekitaran sekolah.

Perjalanan Projek Berikut merupakan aturcara bagi aktiviti yang telah disusun pada hari tersebut: Sabtu, 28 Julai 2012 MASA AKTIVITI 0730 pagi Semua pelajar berkumpul di foyer 0800 pagi Penerangan oleh guru tentang aktiviti mengecat yang dilakukan 0830 pagi Aktiviti mengecat pagar dimulakan 1000 pagi Berehat 1030 pagi Aktiviti mengecat disambung semula 1230 tghari Aktiviti selesai * sekiranya kerja mengecat tidak selesai pada hari tersebut, ianya akan disambung semula pada hari sabtu minggu seterusnya. Anggaran Kos Pelaksanaan Projek Anggaran Kos pelaksanaan projek adalah seperti berikut: (i) Bahan-bahan untuk mengecat pagar sekolah No Butir-butir Kuantiti 1 Cat warna Daisy Petal (5 liter) 15 tong untuk dinding 2 Cat warna hitam (1 liter) untuk 12 tin pagar 3 Berus cat kecil 60 batang 4 Berus cat roller kecil 60 batang 5 Bekas untuk mengecat 10 keping 6 Kertas pasir 15 keping 7 Thinner 2 tin 8 Roller refill 2 pkt Jumlah perbelanjaan (ii) Makanan & Minuman pelajar ( 190 orang pelajar) No 1 2 3 4 5 6 Butir-butir Kuantiti Bihun goreng (packed lunch) 190 Cordial sunquick 2 botol Kiub ais 3 bungkus Gula 1kg 2 bungkus Bekas minuman kecil 4 paket Jumlah perbelanjaan Harga seunit 3.00 12.00 1.00 2.80 2.00 Jumlah 570.00 24.00 3.00 5.60 8.00 610.60 Harga seunit(RM) 150.00 30.00 2.0 5.00 5.00 2.00 25.00 20.00 Jumlah(RM) 2250.00 360.00 120.00 300.00 50.00 30.00 50.00 40.00 3,200.00

Anggaran jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah = RM 3,200.00 + RM 610.60 = RM 3810.60

Penglibatan Bilangan pelajar yang dianggarkan hadir adalah semua pelajar Tingkatan 4: 190 orang pelajar Guru yang terlibat dalam projek ini : 1) Cikgu Mohrimin Ludin 2) Cikgu Zaidi 3) Cikgu Ing Yick 4) Semua Guru Baharu

Disediakan Oleh :

Disahkan oleh Ketua Panitia :

................................... Cikgu Ing Yick a/p Chui Bing

.................................... Cikgu Mohrimin Ludin

Disemak dan diluluskan oleh:

................................... Pengetua SMK Taman Tunku Pn. Sophia Limi

Anda mungkin juga menyukai