Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PISMP NAMA KURSUS DAN KOD

: ASAS MENGENAL NOMBOR PEMULIHAN PKP3118 NAMA PELAJAR: SEMESTER: 6 GURU (Ambilan Januari 2011)

UNTUK

TARIKH MULA : 8 Julai 2013

TARIKH HANTAR : 18 Ogos 2013

I. 1. 2. 3. 4.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS: Menjelaskan konsep-konsep nombor dan operasinya. Membanding beza sistem pengangkaan purba dengan sistem pengangkaan Hindu-Arab. Menghubungkaitkan nombor dengan kehidupan harian. Mengaplikasi pengetahuan ciri-ciri nombor untuk mereka bentuk aktiviti pembelajaran berkaitan nombor.

Projek ini akan menilai hasil pembelajaran 1,3 dan 4.

II. OBJEKTIF PROJEK: Pada akhir projek, para pelajar akan dapat : 1. Menunjukan pemahaman mengenai konsep dan kepentingan membina cerita berkaitan dengan empat operasi aritmetik. 2. 3. Membina sebuah modul yang dapat menghubungkaitkan operasi nombor dengan kaedah penceritaan. Menjelaskan impak penggunaan modul bercerita tersebut terhadap kebolehan murid mengaplikasikan kehidupan. operasi nombor dalam

III.

TUGASAN PROJEK (100%)

Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Ahmad Hozi H. A. Rahman (Ketua Penolong Pengarah, Bidang Sains dan Matematik, Pusat Perkembangan Kurikulum)

Penyataan di atas dapat direalisasikan jika guru matematik memahami menggunakan pendekatan yang kreatif sesuai dengan fitrah kanak-kanak.

konsep matematik dengan jelas dan tepat serta berupaya

1. Hasilkan satu peta pemikiran (dengan menggunakan program i-think) bagi menguruskan pengetahuan tentang aspek: Pengertian operasi aritmetik tambah, tolak, darab dan bahagi Keperluan membina cerita berkaitan dengan empat operasi aritmetik(+,-,X, ) (20 markah) 2. Jika anda seorang ketua panitia subjek Matematik,

(a)

Bina sebuah modul yang mengandungi aktiviti untuk murid memahami konsep empat operasi aritmetik dengan memilih salah satu dari aspek aplikasi nombor dalam kehidupan (perbankan, ekonomi rumah tangga, perjalanan dan jual beli). Modul ini perlu mengandungi aktiviti yang mengaplikasikan pengertian operasi (+, -, x, ) sebenar melalui pendekatan bercerita. Anda digalakkan menggunakan bahan-bahan seperti brosur, keratan akhbar, bil-bil dan iklan sebagai sokongan modul. (40 markah)

(b)

Hasilkan satu penulisan ilmiah bagi menjelaskan impak penggunaan modul bercerita tersebut terhadap kebolehan murid mengaplikasikan operasi nombor dalam kehidupan seharian dengan contoh yang relevan, hujah dan sokongan ilmiah.

(40 markah)
IV.Panduan Pelaksanaan Projek: a. Tugasan adalah tugasan individu. b. Peta pemikiran tiada had bilangan muka surat. c. Panjang lembaran kerja 15-20 muka surat dan bersaiz A4. d. Panjang penulisan akademik tidak melebihi 10 muka surat. e. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: Font Arial bersaiz 11 Langkau satu setengah baris Rajah, jadual, dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan, dan dimasukkan ke dalam senarai lampiran. Rujukan mengikut format APA f. Muka hadapan kerja kursus perlu mengandungi: Nama pelajar No Kad Pengenalan Angka giliran Kelas/Opsyen Mata Pelajaran Nama Pensyarah Tarikh serahan g. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian, kematangan hujah, dan ilmiah. Amalan plagiat tidak dibenarkan. h. Tugasan ini membawa wajaran 50%.

V.

KRITERIA PENTAKSIRAN Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Pn Fauziah Hashim Penyelaras subjek PKP3118

. Pn Joy N. Samuel SME Jabatan Ilmu Pendidikan

Disahkan oleh Ketua Jabatan

Pn Shamsiah Bt. Md Nasir