3%
Luluhawa adalah proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara in-situ (setempat).
Senaraikan jenis-jenis Luluhawa? 3% 1.Luluhawa Fizikal 2.Luluhawa Kimia 3.Luluhawa Biologi
Proses Kelupasan pula terjadi disebabkan kadar pemanasan dan kadar penyejukan batuan yang berbeza di antara lapisan dalam dengan lapisan luar. Pada waktu siang, lapisan luar lebih cepat panas berbanding dengan lapisan dalam dan pada waktu malam lapisan luar lebih cepat sejuk berbanding dengan lapisan dalam. Kadar pemanasan dan penyejukan yang berbeza ini dalam jangka masa panjang menyebabkan lapisan luar batuan akan terkelupas dari batuan induk. Batuan induk akan menjadi kecil akibat proses kelupasan ini. Proses kelupasan
Proses pemecahan bongkah pula terjadi apabila terdapatnya rekahan yang bersegi-segi pada batuan. Pada waktu siang, batuan akan mengembang kesan daripada bahangan matahari dan pada waktu malam batuan akan menguncup. Akhirnya batuan akan pecah bersegi-segi kesan daripada proses kembang kecut yang berlarutan.
Apakah yang dimaksudkan Luluhawa Kimia? 3% Luluhawa kimia ialah proses pereputan dan penguraian batuan yang melibatkan perubahan kandungan kimia batuan yang disebabkan oleh unsur-unsur cuaca seperti suhu dan hujan. Apakah bahan regolith? 3%
Regolith ialah sisa-sisa bahan yang terluluhawa secara fizikal dan kimia yang terdiri daripada batuan sisa dan bahan-bahan peroi seperti tanih Nyatakan jenis-jenis proses luluhawa kimia 5% 1.Proses hidrolisis 2.Proses Pengkarbonan 3.Proses Pengoksidaan 4.Proses Larutan 5.Proses Penghidratan. Huraikan jenis-jenis Luluhawa kimia. 10% Proses hidrolisis adalah proses tindak balas di antara mineral yang membentuk batuan dengan air.Mineral Felspar dan sodium felsfar akan mudah bertindak balas. Mineral felsfar diuraikan oleh air melalui proses hidrolisis akan menghasilkan tanah liat Proses Pengkarbonan pula merupakan tindak balas di antara karbon yang larut dalam air hujan membentuk asid karbonik. Asid Karbonik terhasil akan melarutkan dan mereputkan batu kapur yang terdapat di atas permukaan bumi untuk menghasilkan beberapa bentuk pandang darat karst seperti gua batu kapur, stalagtit, stalagmite, tiang batu kapur, dan dolina. H2O(air) + CO2 (karbon dioksida)--> H2OCO3
(asid Karbonik)
Proses pengoksidaan adalah proses tindak balas di antara oksigen dengan mineral yang terdapat dalam batuan ,iaitu ferum.Tindak balas di antara ferum yang terdapat dalam batuan dengan oksigen menghasilkan ferum oksida. Proses pengokisdaan ini akan menyebabkan batuan menjadi lembut. Proses pengoksidaan akan mereputkan batuan menjadi tanih liat. Fe (Ferum) + O2( oksigen)-- FeO2 ( Ferum oksida) Proses Larutan berlaku apabila air yang bertindak sebagai agen pelarut bertindak balas dengan mineral-mineral batuan yang mudah larut seperti batu kapur. Mineral yang senang larut dalam air diluluhawakan daripada asalnya seperti batu kapur dan baru garam. Proses Penghidratan pula berlaku apabila terdapat pertambahan air dalam sesuatu mineral. Pertambahan air terhadap mineral menghasilkan tegasan dan tegangan. Contohnya, tindak balas di antara kalsium sulfat dengan air akan menghasilkan gipsum. Apabila proses penghidratan berlaku, gipsum ini akan jatuh daripada permukaan batuan. Apakah yang dimaksudkan Luluhawa biologi? 3%
Luluhawa biologi juga boleh berlaku melalui proses humikasi. Proses ini terjadi apabila bakteria pengurai akan mereputkan sisa-sisa tumbuhan yang mati untuk membentuk lapisan humus yang tebal. Lapisan humus akan meningkatkan kehadiran air dalam tanih. Pertambahan kandungan air dalam tanih akan meningkatkan keberkesanan proses luluhawa kimia. Pemecahan batuan mungkin disebabkan oleh haiwan yang mengorek lubang di tanah. Bagaimanapun sumbangan haiwan terhadap luluhawa yang lebih penting ialah pencampuran bahan-bahan dalam tanah. Dengan cara ini batuan didedahkan kepada agen-agen luluhawa. Respirasi daripada organisma hiduop seperti haiwan dan mikrooganisma akan meningkatkan kandungan gas karbon dioksida dan apabila larut dalam air akan membentuk asid karbonik yang akan bertindak balas dengan batuan sekitarnya.
Luluhawa biologi merupakan proses pereputan dan penguraian batuan yang disebabkan oleh organisma-organisma hidup seperti tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma.
Huraikan bagaimana Luluhawa biologi berlaku 10% Pembesaran akar-akar pokok di celah rekahan batuan berupaya memecahkan batuan akibat tekanan yang dihasilkan oleh akar-akar pokok. Selain itu, Perkumuhan haiwan membebaskan asid melalui najisnya yang berasid dan asid ini akan melarutkan batuan di sekitarnya.
Luluhawa manusia.
kimia
mempengaruhi
kehidupan
Hujan membekalkan sumber air yang mencukupi untuk membolehkan beberapa proses luluhawa kimia terjadi seperti pengkarbonan, hidrolisis, larutan dan penghidratan. Jumlah hujan tahunan yang melebihi 2500mm setahun di kawasan tropika lembap menggalakkan proses-proses luluhawa kimia berlaku dengan giat. Suhu di kawasan tropika lembap di sekitar 30% menggalakkan lagi proses luluhawa kimia berbanding dengan kawasan yang beriklim sejuk. Suhu yang tinggi di kawasan tropika lembap menggalakkan proses sejatan air dan seterusnya meningkatkan jumlah hujan yang merupakan agen kepada proses luluhawa kimia. Litupan tumbuh-tumbuhan yang banyak di kawasan tropika lembap juga menggalakan berlakunya proses luluhawa kimia. Pereputan tumbuh-tumbuhan akan menghasilkan humus di atas permukaan bumi. Humus apabila bertindak balas dengan air hujan akan membentuk asid humik. Asid ini kemudiannya akan bertindak balas dengan batuan di sekitarnya. Mikroorganisma juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap. Mikroorganisma seperti bakteria dan seranggaserangga halus membantu proses pereputan tumbuhan-tumbuhan yang telah mati untuk menghasikan humus. Humus yang terhasil apabila bercampur dengan air akan menghasilkan asid humik dan bertindak balas dengan batuan sekitarnya. Kekerasan sesuatu jenis batuan juga boleh mempengaruhi keberkesanan proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap. Batuan yang lebih keras seperti Kuartz mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap proses-proses luluhawa kimia berbanding dengan batuan kapur.
Huraikan pernyataan di atas. 8% Tanah liat yang terbentuk melalui proses hidrolisis merupakan bahan penting dalam industri seramik seperti membuat pasu Tanah Laterit yang terbentuk melalui proses pengoksidaan sangat sesuai untuk dijadikan kawasan penanaman getah dan kelapa sawit. Pandang darat karst seperti gua batu kapur yangterbentuk hasil daripada proses pengkarbonan merupakan kawasan pelancongan yang penting. Contohnya, batu Caves di Selangor dan Gua Mulu di Sarawak. Tanih laterit selain daripada dijadikan sebagai kawasan penanaman getah dan kelapa sawit juga digunakan untuk membuat jalan raya.