Anda di halaman 1dari 13

Top i k

Tinjauan Literatur

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan antara sumber utama dan sumber kedua dalam tinjauan literatur; 2. Membezakan antara literatur berkaitan dan kajian berkaitan; 3. Menilai secara kritikal latar belakang kajian berkaitan; dan 4. Menggabungkan literatur yang sedia ada.

X PENGENALAN
Seseorang yang ingin menjalankan kajian samalah seperti seseorang yang menghadapi masalah dan cuba menyelesaikannya, iaitu menyelesaikan masalah kajian. Langkah biasa dalam proses menyelesaikan masalah ialah memahami masalah tersebut. Selepas kita memahami masalah itu secara mendalam, barulah kita merancang penyelesaiannya. Selepas kita mengenalpasti topik kajian, langkah seterusnya jalah membuat tinjauan literatur yang bertujuan untuk kita memahami bidang kajian dengan lebih mendalam. Kefahaman bidang kajian ini meliputi penjelasan tentang konsep-konsep penting, teori-teori yang berkaitan serta model-model dan prinsip-prinsip yang boleh diamalkan dalam kajian kita. Selain itu, tinjauan literatur juga akan memberikan kita dapatan-dapatan kajian lama dan baru, persoalan-persoalan yang belum dijawab, alat-alat kajian baru yang boleh dijadikan panduan kepada kita untuk meneroka ilmu baru. Selain itu, tinjauan literatur akan memberikan kita pengetahuan tentang kaedah kajian yang lebih sesuai dan juga masalah-masalah yang mungkin kita dihadapi semasa kajian dijalankan.

TOPIK 4

TINJAUAN LITERATUR

W 65

4.1

MEMAHAMI BIDANG KAJIAN

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kefahaman bidang kajian meliputi, pertamanya, pemahaman yang mendalam tentang konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian kita. Melalui pembacaan yang meluas, kita dapat meneliti banyak definisi dan penjelasan tentang konsep-konsep ini. Melalui penjelasan ini, kita akan dapat membuat satu kesimpulan tentang definisi konsep-konsep ini yang boleh diguna pakai dalam kajian kita. Tanpa memahami makna konsep-konsep ini dengan tepat dan menyeluruh, dapatan-dapatan kajian kita nanti akan dipertikaikan oleh pembaca, terutama di kalangan pakar-pakar bidang. Selain pemahaman konsep-konsep berkaitan, kita juga perlu memahami teoriteori berkaitan bidang kajian secara mendalam. Pemahaman teori-teori ini akan dapat menjelaskan kepada kita mengapa sesuatu fenomena itu berlaku. Misalnya, kes disiplin murid-murid disebabkan oleh persekitaran di rumah yang negatif. Dengan memahami teori-teori ini, kita boleh mewujudkan perkaitan antaranya, yang boleh dijadikan satu model untuk kita teroka dalam kajian kita. Daripada bacaan juga kita akan memahami prinsip-prinsip tertentu yang boleh diamalkan dalam kajian kita. Misalnya, prinsip-prinsip berkaitan pembangunan perisian pembelajaran boleh digunakan untuk membangunkan perisian pembelajaran kita sendiri. Sekarang kita akan bincangkan langkah-langkah yang akan kita ambil untuk meneliti literatur dan kajian berkaitan. Bagaimanakah anda melakukannya? (a) Dapatkan bahan-bahan berkaitan daripada tesis dalam bidang kajian, jurnal/buku/ensaiklopedia pendidikan, laporan kajian di Malaysia: EPRD/BPG/Institut Pengajian Tinggi, prosiding seminar, internet dan sebagainya (rujuk Lampiran 1). Jika anda baru memasuki bidang ini, anda boleh pergi ke perpustakaan institut pengajian tinggi dan dapatkan panduan daripada pustakawan untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan. Anda boleh menggunakan internet untuk mencari banyak maklumat tentang kajian pendidikan, seperti carian ERIC (Educational Resource Information Index). Mencari maklumat melalui internet adalah cepat dan mudah. Setelah mendapatkan bahan-bahan dalam bidang kajian, anda boleh menyaring bahan-bahan ini yang berkait rapat dengan topik kajian. Bahanbahan ini perlu dikelaskan mengikut bab kajian dan topik-topiknya.

(b)

(c)

(d)

66 X TOPIK 4 TINJAUAN LITERATUR

(e)

Baca bahan-bahan yang disaring dan sediakan abstrak yang mengandungi nama pengarang, tahun kajian dijalankan, topik kajian, tempat kajian dijalankan, metodologi kajian, hasil kajian dan kesimpulannya. Rekodkan juga sumber bahan/artikal sebab anda memerlukan maklumat ini untuk menulis petikan dan rujukan dalam cadangan kajian dan laporan akhir kajian (seperti nama pengarang, tahun, topik artikal, penerbit dan tempat diterbitkan). Peringatan! Tinjauan literatur memerlukan banyak teori dan kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Ia perlu mengambil kira perkaitan antara teori-teori dan dapatan-dapatan kajian. Kita perlu juga melihat persamaan dan pertentangan antara teori-teori dan dapatan-dapatan daripada tinjaun literatur, dan perlu bertanya diri kita sendiri bagaimana kita menangani dan mengambil peluang daripada persamaan dan pertentangan ini.

(f)

(g)

(h)

Jadual 4.1 menunjukkan sumber literatur yang boleh dirujuk oleh pengkaji sebelum menulis cadangan kajian atau menjalankan kajian.
Jadual 4.1: Sumber Literatur Sumber Literatur 1. Jurnal pendidikan: universiti tempatan dan luar negara Tesis Latihan akademik Buku pendidikan Ensaiklopedia pendidikan Kandungan Suntingan laporan kajian, ringkas dan ditulis bersistematik. Rujukan yang baik. Laporan penuh kajian oleh pelajar Sarjana. Mini tesis pelajar Sarjana Muda. Prinsip dan teori pelbagai disiplin. Mengambil kira secara komprehensif pelbagai topik pendidikan; sesuai untuk mereka yang baru pertama kali membuat kajian. Himpunan kertas kerja seminar; ada berasaskan kajian; sumber data primer. yang

2. 3. 4. 5.

6.

Prosiding seminar pendidikan atau koferens

TOPIK 4

TINJAUAN LITERATUR

W 67

7.

ERIC

Pengkalan data seluruh dunia untuk laporan kajian; artikal jurnal dan bukan artikal jurnal serta dokumen pengajaran dan pembelajaran; URL: http//www.eric.ed.gov/ Sumber yang baik daripada dokumen kajian pendidikan oleh pengkaji di Malaysia.

8.

Laporan penyelidikan EPRD Kementerian Pelajaran Malaysia Sumber internet: http://yahoo.com http://Iycos.cs.cmu.edu/ http://www.excite.com

9.

Anda boleh mendapatkan topik khusus kajian menggunakan kata kunci khas; terdapat banyak artikal terkini.

Bahagian berikut akan membantu anda untuk memahami bidang kajian yang akan anda ceburi.

LATIHAN 4.1
Jelaskan mengapa seorang pengkaji itu perlu pengetahuan yang mantap dalam bidang kajiannya. mempunyai

4.1.1

Pemahaman tentang Konsep Berkaitan

Anda sebagai pengkaji perlu mempunyai pengetahuan yang mantap tentang topik kajian yang anda pilih. Ini bermakna, pertamanya, anda perlu memahami konsep yang biasa digunakan dalam bidang yang anda kaji. Cuba kita fikirkan kajian tentang pembelajaran koperatif dan soalan kajiannya ialah: Bolehkah pembelajaran koperatif menerapkan nilai-nilai murni bekerjasama, kebersihan dan bertimbang rasa? Untuk menjawab soalan kajian ini, anda perlu membaca dan memahami konsep pembelajaran koperatif, pembelajaran aktif dan kerja dalam kumpulan kecil, walaupun berbeza tetapi berkaitan. Selain itu, anda juga perlu memahami nilai-nilai murni yang ingin dikaji; iaitu bekerjasama, kebersihan dan bertimbang rasa; dengan mendalam. Pemahaman yang mendalam ini akan memudahkan anda membina item-item soal selidik, temubual atau pemerhatian.

68 X TOPIK 4 TINJAUAN LITERATUR

Berdasarkan pembacaan tentang kajian-kajian lepas dan buku-buku teks tentang pendekatan pembelajaran, anda akan dapat idea yang jelas tentang pembelajaran koperatif, elemen dan kelainannya daripada kerja dalam kumpulan kecil biasa, yang telah digunakan oleh guru sekolah. Selain itu, anda perlu membaca dan memahami teknik pengajaran nilai-nilai murni kepada murid-murid, disebabkan teknik pengajaran domain efektif ini agak berbeza daripada teknik pengajaran domain kognitif dan psikomotor. Ringkasnya, tinjauan literatur akan membantu anda untuk menjelaskan dan membuktikan bahawa kajian anda adalah bersifat ilmiah/akademik yang berasaskan kepada konsep, teori, model dan prinsip berkaitan yang mantap dalam bidang ilmu tertentu.

4.1.2

Pemahaman tentang Teori Berkaitan

Teori menerangkan peristiwa yang berlaku, bagaimana ia berlaku dan kewujudannya serta perkaitannya dengan variabel tertentu. Apakah bentuk teori yang menjadi asas kepada kajian anda? Jika kajian anda tentang kepuasan kerjaya guru, maka anda perlu mengetahui teori kepuasan kerjaya dan motivasi. Jika kajian anda adalah tentang pencapaian dalam bidang sains, maka anda perlu memahami teori pencapaian. Sebelum ini, telah diberikan contoh pembelajaran koperatif, maka topik kajiannya adalah berasaskan kepada tiga (3) teori, iaitu teori saling bersandaran sosial, teori perkembangan kognitif dan teori behaviorisme (Nor Azizah,1998). Teori saling bersandaran sosial menekankan kumpulan dinamik dan sosial, di mana kemahiran komunikasi diperlukan untuk membina semangat berpasukan. Manakala teori perkembangan kognitif pula menekankan keupayaan pembelajaran individu mengikut perkembangan kognitifnya, yang dikaitkan pula dengan umur kanak-kanak. Seterusnya, teori behaviorisme menekankan peneguhan tingkahlaku positif, di mana ganjaran diberikan semasa pembelajaran koperatif berlangsung.

4.1.3

Pemahaman tentang Model Berkaitan

Kaedah pembelajaran koperatif terdiri daripada tiga (3) model yang berbeza yang bertujuan untuk memudahkan pembelajaran secara koperatif (Nor Azizah et al. 1988). Tiga (3) model pembelajaran koperatif tersebut ialah: (a) (b) (c) Pembelajaran berpasukan (dipelopori oleh Robert Slavin dari University

John Hopkins).
Pembelajaran bersama (dipelopori oleh Johnson & Johnson dari University Minnesota). Jigsaw 2 (dipelopori oleh Elliot Aronson dari University Santa Cruz).

TOPIK 4

TINJAUAN LITERATUR

W 69

Kita perlu bertanya pada diri kita sendiri adakah model-model tersebut sesuai dengan topik kajian kita. Dalam pengajaran, terdapat banyak model atau pendekatan. Sebagai contoh, dalam pengajaran sains untuk kanak-kanak berumur antara 10 hingga 15 tahun, anda mungkin akan selesa menggunakan model penemuan berpandu berbanding dengan penemuan tulen. Sekiranya anda ingin meneroka keberkesanan model-model ini, anda perlu membaca dan memahami teknik-teknik yang berkaitan dengannya.

4.2

TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN

Setiap pengkaji wajar merujuk kepada pengkaji-pengkaji lain (sama ada tempatan dan/atau antarabangsa), yang telah menjalankan kajian dalam bidang yang sama dengan bidang kajian pengkaji. Sebelum ini, kita telah didedahkan tentang keperluan untuk kita merujuk literatur berkaitan supaya kita lebih memahami bidang dan topik kajian kita. Dalam bahagian ini, kita akan didedahkan tentang keperluan untuk merujuk kepada kajian berkaitan untuk kita mengetahui dapatan-dapatan dan pengkaedahan kajian yang terkini. Seperti juga tinjauan literatur berkaitan, sumber maklumat tentang kajian berkaitan boleh didapati daripada jurnal, tesis, laporan kajian, buku dan seminar yang telah diadakan yang ditulis berdasarkan kajian. Selain itu, internet juga dapat memberikan maklumat tentang kajian berkaitan yang terkini, di peringkat antarabangsa dan dalam pelbagai disiplin ilmu.

4.2.1

Kajian Lepas di Malaysia

Oleh sebab kajian anda akan dilakukan di sekolah-sekolah di Malaysia, anda perlu membuat tinjauan terhadap kajian-kajian lepas yang dijalankan di Malaysia, selain kajian-kaajian lepas di peringkat antarabangsa. Pertama, kita perlu mengenalpasti kajian-kajian lepas yang sama/hampir sama dengan topik kajian yang akan kita lakukan. Jika terdapat beberapa kajian yang berkait dengan topik kajian anda, bacalah kajian-kajian yang paling hampir dengan kajian anda. Sebagai contoh, anda mungkin berminat untuk melakukan kajian dalam bidang pengajaran biologi, anda wajar membaca kajian-kajian tentang pengajaran sains yang mempunyai komponen biologi. Dari segi teknik menyaring maklumat daripada kajian lepas, kita perlu mencatat nama pengkaji, tahun kajian dibuat, tempat kajian, sampel kajian, alat kajian, kaedah analisis data, dapatan kajian, implikasi dapatan kajian, batasan kajian, masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian dan sumber maklumat seperti jurnal dan sebagainya. Maklumat ini diperlukan pada masa

70 X TOPIK 4 TINJAUAN LITERATUR

kita menyediakan cadangan kajian, membina alat kajian, menganalisis data, membincang dapatan kajian dan implikasinya kepada amalan pendidikan dan juga semasa kita menyediakan senarai rujukan. Seterusnya, jika bidang/topik kajian anda masih belum dikaji oleh pengkaji-pengkaji tempatan, anda wajar merujuk kepada kajian-kajian berkaitan yang telah dijalankan di luar negara. Sebagai peringatan, pengkaji-pengkaji yang berhasrat untuk membuat kajian di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Kementerian ini melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) yang juga akan menyimpan laporan kajian yang telah selesai dilaksanakan. Para pengkaji boleh merujuk laporan kajian-kajian tersebut untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang telah dilakukan di sekolah-sekolah kerajaan. Selain itu, pengkaji-pengkaji boleh mendapatkan maklumat tentang kajian-kajian tempatan dengan menghadiri seminar dan persidangan pendidikan yang dianjurkan oleh institut-institut pengajian tinggi (IPT) di Negara kita.

4.2.2

Kajian Lepas di Luar Negara

Kajian pendidikan telah banyak dilakukan di negara-negara Barat, seperti USA, Canada, Britain dan negara-negara Eropah. Anda boleh membuat tinjauan kajian berkaitan di luar negara dengan membaca laporan kajian-kajian yang telah dilakukan di negara-negara Barat ini, yang hampir sama dengan bidang/topik kajian anda. Daripada kajian-kajian ini, anda boleh meneliti kajian-kajian tersebut dari segi sampel dan alat kajian yang digunakan. Dari bacaan ini, anda boleh merancang kajian yang serupa dengan menggunakan sampel yang berbeza dan alat kajian yang sama, tetapi diubahsuai mengikut keadaan tempatan untuk mengelakkan percanggahan mengikut budaya setempat. Dari segi pemerolehan bahan-bahan daripada luar negara, perpustakaan univerisiti tempatan; seperti UKM, UM, dan USM; mempunyai koleksi bahanbahan antarabangsa, iaitu jurnal dan jurnal berkala dalam bidang pendidikan dan juga bidang-bidang yang lain, yang berkait dengan pendidikan, seperti jurnal psikologi. Selain itu, buku-buku dalam bidang pendidikan dan bidangbidang yang lain, yang banyak ditulis oleh profesor-profesor universiti dari negara Barat yang boleh diperoleh di perpustakaan atau kedai buku.

4.2.3

Rumusan tentang Kajian Lepas

Apabila anda menganalisis kajian-kajian lepas, anda perlu memberi perhatian kepada kronologi kajian-kajian ini yang bertujuan untuk menentukan tren kajian dalam bidang kajian anda, sama ada dari segi perkaedahan atau dapatan kajian.

TOPIK 4

TINJAUAN LITERATUR

W 71

Bagaimanapun, anda perlu meneliti dan melaporkan kajian terkini [dalam lingkungan lima (5) tahun] dalam Tinjauan Literatur, selain melaporkan tren dalam bidang kajian anda. Seterusnya, semasa anda menganalisis kajian, sama ada dalam atau luar negara, anda perlu memberi perhatian kepada skop, saiz sampel, reka bentuk dan alat kajian; kaedah penganalisisan data dan dapatan kajian serta beberapa perkara lain yang penting untuk kajian anda. Maklumat yang diperoleh daripada kajian-kajian lepas akan membantu anda, terutama pada peringkat awal kajian, iaitu semasa anda cuba mengenalpasti masalah kajian. Sebagai peringatan, banyak faktor yang boleh memberi kesan kepada keputusan mana-mana kajian. Misalnya, saiz sampel yang kecil akan merendahkan kesahan luaran (aras generalisasi kepada populasi) berbanding saiz sampel yang besar. Seterusnya, kaedah eksperimen boleh membuktikan sebab dan kesan bagi sesuatu fenomena, sedangkan kajian tinjauan adalah bersifat diskriptif. Selain itu, kajian etnografi pula adalah lebih subjektif, sementara kajian eksperimen dan kuasi-eksperimen adalah lebih objektif. Semasa anda membuat tinjauan literatur, anda perlu memikirkan variabel-variabel yang menjadi penyebab dan kesan yang menghasilkan pelbagai dapatan kajian. Dalam rumusan daripada dapatandapatan kajian lepas, anda perlu menyatakan kajian-kajian mana yang menghasilkan dapatan-dapatan yang sama dan yang berbeza. Anda seterusnya perlu memberi pendapat dan membuat kesimpulan tentang kajian-kajian lepas yang ditinjau.

4.3

TINJAUAN KAEDAH KAJIAN LEPAS

Setelah anda memperoleh maklumat daripada kajian-kajian lepas, anda perlu meneliti skop kajian (yang mungkin sengaja dibataskan oleh pengkaji) dan kaedah kajian. Secara amnya, terdapat kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif dengan perbezaan rekabentuk kajian yang digunakan. Terdapat beberapa rekabentuk kajian yang kerap digunakan, seperti eksperimen, kuasi-eksperimen, tinjauan, kajian kes dan etnografi. Anda akan memahami kekuatan dan kelemahan setiap rekabentuk dengan membuat perbandingan antaranya. Selain itu, anda boleh melihat kelainan alat yang digunakan dalam kajian, yang dapat membantu anda memilih alat yang terbaik untuk kajian anda. Alat kajian adalah penting dan perlu disediakan supaya kebolehpercayaan dan kesahannya terjamin. Sesetengah alat didapati amat baik untuk mengukur variabel tertentu, tetapi mungkin tidak sesuai untuk mengukur apa yang anda kehendaki. Misalnya, ujian lisan Bahasa Inggeris adalah baik untuk mengukur kemahiran lisan Bahasa Inggeris, tetapi tidak sesuai untuk mengukur kemahiran menulis Bahasa Inggeris. Sebagai panduan umum, soalan dan objektif kajian akan menentukan jenis alat yang sesuai digunakan dalam sesuatu kajian.

72 X TOPIK 4 TINJAUAN LITERATUR

Dari segi skop kajian, pada peringkat ijazah Sarjana Muda, anda mungkin ingin membataskan skop kajian anda supaya tidak menjadi terlalu luas atau mendalam, agar kajian anda dapat diselesaikan dalam masa yang ditentukan. Contohnya, andaikan anda ingin membuat kajian tentang keberkesanan penggunaan pembelajaran koperatif untuk meningkatkan kemahiran lisan bahasa Inggeris di sekolah. Anda perlu mencari sebanyak mungkin maklumat daripada kajian-kajian lepas dan membuat jadual seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2 untuk merumus secara objektif kajian-kajian yang dilakukan, misalnya, pada tahun 1990an.
Jadual 4.2: Kajian Pembelajaran Koperatif Menggunakan Struktur STAD Topik Kajian Keberkesanan pembelajaran koperatif (PK) untuk kelas Inggeris. (Khairiah Hasni, 1996). Sampel Kajian Murid Tingkatan 2, Kuala Lumpur, n = 60, 2 kelas. Kaedah/Alat Kajian Kuasi-eksperimen (reka bentuk kumpulan terkawal ujian-prapos), soal selidik, borang pemerhatian, kertas penilaian personal,ujian Bahasa Inggeris, pengajaran 6 minggu. Kuasi-eksperimen (reka bentuk kumpulan terkawal ujian-pra-pos), ujian pencapaian, borang pemerhatian, soal selidik. Kuasi-eksperimen (reka bentuk kumpulan terkawal ujian-pra-pos), kuiz, pemerhatian, soal selidik, temuduga. Analisis Data Peratusan, akaun naratif (analisis kualitatif temuduga dan laporan pemerhatian).

Keberkesanan PK ke atas pencapaian bahasa Inggeris dan integrasi kaum. (Ida Fadzil, 1995).

Murid Tingkatan 1, Kajang, n = 48, 2 kelas.

Perbandingan skor min, peratusan, akaun naratif.

Keberkesanan PK ke atas pencapaian Bahasa Melayu Tahun 3 bagi murid pemulihan. (Alimah Ausidiah, 1996).

Murid Tahun 3, Kajang, n = 86, murid pemulihan = 18, 2 kelas.

Ujian-t, peratusan, jumlah kekerapan.

TOPIK 4

TINJAUAN LITERATUR

W 73

Keberkesanan PK dalam meningkatkan pencapaian murid rendah keupayaan menulis Bahasa Melayu. (Madhusoothanan a/l Narayanan, 1999).

Murid Tingkatan 4, Rantau, Negeri Sembilan, n = 60.

Kuasi-eksperimen kuasi Ujian-t, statistik (reka bentuk kumpulan diskriptif (peratusan). terkawal ujian-pra-pos), 8 minggu, ujian bertulis, rakaman video, pemerhatian menggunakan interaksi Flanders, analisis kategori, temuduga.

LATIHAN 4.2
Sila teliti Jadual 4.2 dan nyatakan apakah perbezaan yang terdapat antara empat (4) kajian ini.

4.3.1

Reka Bentuk Kajian

Tinjauan kajian berkaitan merupakan sumber untuk mendapatkan rekabentuk kajian yang sesuai dengan masalah kajian anda. Rekabentuk kajian adalah strategi untuk menjalankan kajian yang melibatkan pemilihan sampel, pembahagian sampel kepada beberapa kumpulan yang sesuai serta kaedah dan teknik pengutipan data. Dalam kajian eksperimen, umpamanya, rekabentuk boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis, iaitu eksperimen tulin atau kuasieksperimen yang melibatkan ujian-pra dan ujian-pos, atau reka bentuk ujian-pos sahaja. Bagi kajian tinjauan pula, reka bentuknya terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu kajian rentasan dan kajian tren. Dalam kajian berasaskan sekolah, biasanya pengkaji akan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen disebabkan kekangan pihak pentadbiran sekolah yang tidak membenarkan murid-murid diasingkan daripada kumpulan kelas untuk tujuan kajian. Kajian di sekolah boleh dianggap sebagai kajian kes, iaitu kajian kecil yang hanya melibatkan satu atau dua kelas sahaja. Dengan meninjau lebih banyak literatur berkaitan, anda akan dapat melihat pelbagai reka bentuk kajian. Contohnya, kajian tentang kemahiran berfikir menggunakan beberapa reka bentuk kajian, seperti kajian tindakan (Siti Zamani, 2001) serta reka bentuk tinjauan (Hamidah, 2002), kuasi-eksperimen (Hazirah Mat Nawi, 2002) dan kajian kes (Salbiah, 2000).

74 X TOPIK 4 TINJAUAN LITERATUR

4.3.2

Sampel dan Alat Kajian

Tinjauan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan akan memberikan kepada kita maklumat tentang sampel dan saiz sampel yang digunakan serta teknik pemilihan sampel tersebut. Kajian tinjauan mungkin menggunakan persampelan rawak, persampelan rawak berstrata, persampelan sistematik atau persampelan kelompok. Penetapan saiz sampel pula bergantung kepada populasi dan kaedah kajian yang digunakan. Dalam kajian tinjauan, sampel yang besar terdiri daripada antara 100 sehingga 1,000 subjek/responden kajian. Dalam kajian ekperimen pula adalah sukar untuk menjalankan kajian menggunakan sampel yang besar disebabkan kekangan-kekangan semasa melaksanakan eksperimen. Kajian etnografi dan kajian kes biasanya melibatkan sampel yang kecil sahaja, iaitu sama ada melibatkan seorang individu atau satu kumpulan kecil subjek kajian sahaja. Kedua-dua jenis kajian ini dibuat dengan lebih terperinci dan mendalam berbanding dengan kajian tinjauan. Ini dengan sendirinya membataskan saiz sampel yang wajar digunakan. Alat kajian akan diterangkan secara terperinci kemudian dari segi fungsi, kandungan, cara membina, siapa yang membina serta bagaimana ia diuji dari segi kebolehpercayaan dan kesahan. Melalui tinjauan terhadap kaedah kajian, anda boleh menilai kesesuaian alat yang digunakan dalam sesuatu kajian. Secara amnya, soalan-soalan kajian anda akan menentukan alat kajian yang sesuai digunakan untuk mengutip data yang diperlukan bagi menjawab soalan-soalan kajian anda. Terdapat banyak alat piawai yang telah diuji dari segi kebolehpercayaan dan kesahan, contohnya, alat Watson Glaser Critical Thinking appraisal and Integrated Science Process Skills (TISP11) (Hamidah, 2000).

4.3.3

Kaedah Penganalisisan Data

Artikal jurnal, tesis dan laporan kajian memberikan kita banyak kaedah menganalisis data kajian. Anda perhatikan bagaimana keputusan analisis data dibentangkan secara deskriptif dan inferensial dengan menggunakan kaedah menganalisis data tertentu. Kajian kualitatif adalah berbeza daripada kajian kuantitatif dari segi penganalisisan data. Sebelum ini, kita telah dijelaskan bahawa data kualitatif tidak diukur menggunakan nombor, tetapi lebih kepada penjelasan secara naratif tentang data yang diperoleh semasa temubual atau pemerhatian. Melalui pembacaan kita tentang kaedah menganalisis data daripada kajian-kajian lepas, kita boleh memilih kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam kajian kita, berpandukan soalan-soalan kajian dan kaedah

TOPIK 4

TINJAUAN LITERATUR

W 75

analisis data yang digunakan dalam kajian-kajian lepas. Ini dapat dijadikan justifikasi mengapa kita memilih kaedah analisis data tertentu untuk kajian kita. Selain itu, kajian-kajian lepas juga boleh dijadikan contoh bagaimana keputusan analisis data dibentangkan dalam bentuk jadual (seperti jadual kekerapan, khaikuasa-dua, ujian-t, korelasi, ANOVA, regresi), bagaimana pengkaji membuat tafsiran terhadap keputusan ini, dan akhirnya bagaimana keputusan ini dijelaskan dalam bentuk esei.

LATIHAN 4.3
Dalam amalan biasa di sekolah, murid-murid sukar dipisahkan daripada kelas masing-masing untuk menyertai kajian. Jelaskan bagaimana kajian kuasi-eksperimen dapat mengatasi masalah ini.

Topik ini telah menjelaskan tentang kepentingan tinjauan literatur kepada pengkaji. Tinjauan literatur berkaitan akan membantu pengkaji untuk meningkatkan kefahaman tentang bidang kajian yang ingin dijalankan, terutamanya memahami konsep, teori, model dan prinsip tertentu. Tinjauan kajian berkaitan pula akan mendedahkan pengkaji kepada pelbagai reka bentuk kajian, teknik persampelan, alat kajian, kaedah analisis data, batasan kajian, dapatan kajian, implikasi dapatan kajian dan cadangan kajian lanjutan.

Teori Ujian-pos

Ujian-pra

76 X TOPIK 4 TINJAUAN LITERATUR

1.

Sebelum cadangan kajian ditulis, pengkaji perlu membuat tinjauan literatur berkaitan. Jelaskan dengan ringkas apakah tujuan pengkaji membuat tinjauan ini. Selain membuat tinjauan literatur berkaitan, pengkaji juga perlu meninjau kajian berkaitan. Jelaskan dengan ringkas sumber maklumat tentang kajian berkaitan. Tinjauan tentang kajian berkaitan akan meliputi kaedah kajian. Jelaskan dengan ringkas apakah maklumat yang boleh didapati daripada tinjauan kaedah kajian. Anda ingin melakukan kajian bertopik: Penggunaan lembaran kerja untuk meningkatkan pencapaian matematik murid-murid pemulihan sekolah rendah (seperti dalam Topik 3). (a) Langkah awal sebelum anda menjalankan kajian ialah membaca artikal kajian. Apakah perkara-perkara yang perlu anda lihat apabila anda membaca artikal ini? Bagi kajian anda di atas, sila cadangkan apakah konsep, teori, model dan prinsip yang perlu anda baca untuk memahami bidang kajian anda dengan lebih mendalam. Buat sedikit tinjauan literatur dan tuliskan contoh Literatur Berkaitan dan Kajian Berkaitan bagi topik kajian di atas.

2.

3.

4.

(b)

(c)