Anda di halaman 1dari 4

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan
Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.
Kemudahan

• Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang
memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa
mereka di tempat kerja.

• Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak


dibawah usia 4 tahun.

• Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan
keselamatan.
Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar
Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan
kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2,000.00.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan.
Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah untuk
menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.
Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis
yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin
bahawa:
- kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan;
- daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna;
- alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;
- struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;
- pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana lain
yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya".
Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)

Latar Belakang
Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) didefinasikan sebagai premis di mana empat atau lebih
kanak-kanak di bawah 4 tahun diterima masuk untuk dijaga dengan upah
Permohonan
Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan
Penubuhan TASKA berharga RM10.00 di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu
Pejabat). Buku ini secara amnya, menggariskan kehendak-kehandak Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.
Setelah membaca buku itu, sekiranya masih terdapat kekeliruan tentang maklumat yang
disediakan, pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan memandangkan mereka lebih mahir mengenai
kehendak 3 agensi teknikal setempat.
Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan atau
Pertubuhan.
Pemohon mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikal di atas bagi mendapatkan
kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan
yang lengkap.
Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian, senarai
aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan Borang
Permohonan (Jadual 2).
Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat
Daerah berkaitan dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:
Jadual 2 yang telah dilengkapi

- Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat
serta Jabatan Kesihatan)
- Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta
pengiraannya
- Senarai aktiviti harian
- Senarai menu
- Senarai aktiviti bersama ibubapa
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan
- Senarai kakitangan (nama, no.k/p, jawatan dan sijil)
- Wang pos/cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
Nota: senarai menu dan aktiviti disediakan mengikut peringkat umur iaitu bagi kanak-kanak di
bawah 2 tahun dan 2-4 tahun
Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap, pemohon akan diminta
oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau mengemukakan
maklumat tambahan.
Bagi permohonan yang lengkap, seliaan oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan
dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri sebelum dikemukakan
kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)
Permohonan akan diproses dan sekiranya ianya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan
TASKA, suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah setahun dari tarikh
mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan.
Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set Borang Pendaftaran
Semula pada harga RM4.00 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan itu beserta
dokumen-dokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah berkaitan.
Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah
permohonannya lengkap.
CARTA ALIR PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA
(BARU/PENDAFTARAN SEMULA)
Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10.00 (Pendaftaran
Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM
Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan
Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan
Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan
Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta wang
pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD
Permohonan dikemukakan ke JKMN
Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN
Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)
Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
untuk dipertimbangkan kelulusannya
Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan
Nota:
PKMD: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
JKMN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
JKMM: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat)

MENGENAI ASUHAN & DIDIKAN KANAK-KANAK


Pengertian kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 bermaksud "seseorang yang berumur
di bawah 18 tahun. Terdapat pelbagai amalan asuhan kanak-kanak yang di bawa dari barat
seperti oleh Froebel, Dr.Maria Montessori, Glen Doman dan ramai lagi. Tak kurang juga amalan
asuhan sentuhan Islam yang murni dipaparkan melalui sejarah hidup junjungan besar kita
Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda serta cendikiawan Islam tersohor didunia.

Froebel percaya kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi


dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-
kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

Dr.Maria Montessori percaya bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak khususnya apabila


kanak-kanak diberi peluang menyentuh, mencuba dan menggunakan peralatan khas dan
persekitarannya yang disediakan secara tersusun.

Glen Doman percaya bahawa perkembangan atau potensi intelek seseorang kanak-kanak kurang
upaya (segi mental) dapat dirangsang dengan penggunaan pelbagai "flash card". Dengan cara ini,
kanak-kanak dapat didedahkan kepada perkataan dan ide sebelum ia mencapai tahap mengenal,
memahami atau menerap makna sesuatu konsep.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menggalakkan amalan asuhan kanak-kanak yang


memberi tumpuan kepada perkembangan menyeluruh seseorang kanak-kanak yang merangkumi
perkembangan fizikal, sosio-emosi, kognitif dan bahasa. Ianya memberi tumpuan kepada tahap
kebolehan dan kesediaan seseorang kanak-kanak melalui persekitaran dan aktiviti yang
dirancang.

Dalam Islam, kita biasa mendengar dalil yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w, ialah hadis yang
diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah
bersabda yang maksudnya ; "Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua-dua ibu bapanyalah
yang meyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya."

Jadi, tugas memilih cara asuhan dan didikan kanak-kanak adalah paling utama terletak diatas
bahu ibu bapa yang melahirkan mereka didunia ini. Kepada anda yang bakal bergelar ibu dan
bapa, juga pendidik yang bakal mendidik anak-anak bangsa anda boleh dapatkan buku berjudul
"Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam".