Anda di halaman 1dari 28

CATATAN DESKRIPTIF KES

Aldbean (bukan nama sebenar) merupakan salah seorang pelajar lelaki di sekolah menengah di Sarawak. Dia berada dalam Tingkatan 5 aliran Sains dan merupakan seorang pelajar yang kelihatan pemalu dan pasif. Pengalaman ini kami alami sepanjang tahun 2007 di sekolah terbabit. Dalam keluarganya, dia merupakan anak yang menghormati ibu bapa dan patuh kepada ibu bapanya. Keluarganya boleh dikatakan sebagai keluarga yang sederhana. Dia sering menolong ibu bapa dan juga adik-adiknya dalam segala rutin harian mahupun kerja sekolah. Di samping itu, dia juga merupakan seorang anak yang baik hati dan juga sopan santun dalam pelakuan dan percakapannya di rumah. Dia merupakan seorang individu yang bersifat sensitif dan juga penyabar. Namun begitu, tingkah lakunya di rumah amatlah berbeza dengan tingkah lakunya di sekolah. Tempat duduknya di sekolah adalah terletak di bahagian kiri kelas dan terletak di bahagian belakang kelas. Dia merupakan murid yang biasa sahaja di dalam kelas iaitu tidak memegang apa-apa jawatan pun di dalam kelas mahupun di luar kelas untuk sebarang organisasi ataupun jawatankuasa sekolah. Dia merupakan seorang yang mempunyai fikiran yang kreatif, suka melakukan aktiviti-aktiviti yang berbentuk amali berbanding teori, suka mencuba sesuatu benda yang baru tidak kira apa pun risikonya namun mudah tersinggung apabila dikritik dan juga dimarahi. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, dia kurang menumpukan perhatian di dalam bilik darjah bergantung kepada guru yang mengajarnya pada masa itu. Kesannya, dia tidak akan dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh gurunya dan dia tidak mengambil berat pun tentang pekara tersebut. Masalah akan menjadi lebih teruk sekiranya dia akan mengganggu rakan sekelasnya yang lain semasa dia hilang fokus terhadap pengajaran guru. Hal ini adalah kerana jika dia tidak memahami apa yang guru sampaikan di dalam kelas, dia akan mudah merasa bosan dan mula untuk hilang tumpuan. Justeru itu, dia akan mula mencari sesuatu yang boleh dia lakukan untuk menghilangkan perasaan bosannya itu dengan bermain ataupun mengganggu rakan sekelasnya yang lain. Kesan daripada tingkah lakunya itu akan menjejaskan perhatian dan juga tumpuan rakan-rakannya yang lain dalam sesi pengajaran yang berlangsung.

Di samping itu juga, dia juga mempunyai sifat yang begitu pasif di dalam kelas. Hal ini bermaksud, dia sering mengelakkan diri untuk melibatkan diri dalam segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dia akan cuba untuk menyembunyikan dan berdiam diri apabila guru meyoal pelajar-pelajarnya. Selain daripada penglibatan kelas, dia juga kurang melibatkan diri dalam segala aktiviti luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulum. Dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dia hadiri, dia akan hanya sekadar menghadirinya dan memegang jawatan ahli biasa sahaja serta kurang memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Hal ini akan menjejaskan pemerolehan ilmu, kemahiran dan juga nilai yang disampaikan dalam setiap aktiviti kokurikulum. Dalam bilik darjah, dia juga suka dibiarkan keseorangan dalam setiap pekara yang dia lakukan namun dia bukanlah seorang yang jenis pendiam. Dia tidaklah dipinggirkan oleh rakan-rakan sekelasnya yang lain kerana dia merupakan seorang yang mudah didampingi iaitu mesra dan juga suka berlawak jenaka. Dia hanya bergaul dengan rakan-rakan rapatnya sahaja iaitu rakan-rakan yang agak nakal juga di dalam kelas. Dia jarang bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya yang berkelakuan baik dan juga yang mempunyai pencapaian yang baik di dalam bilik darjah. Dia berkelakuan sombong dan ego terhadap rakan-rakan sekelasnya yang sebegini dan sering mengejek dan juga mengganggu mereka dalam segala pekara yang mereka lakukan. Sifat sebegini akan menjejaskan hubungan, komunikasi dan juga pertukaran pengetahuan sesama mereka. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, dia sering menimbulkan masalah-masalah yang kadang-kalanya tidak disedari oleh guru yang mengajar pada masa itu. Dalam sesi pengajaran guru-guru atau beberapa mata pelajaran yang dia kurang minati, dia akan kerap menimbulkan masalah. Sebagai contoh, dia akan mengajuk sebahagian daripada percakapan guru semasa mengajar dan rakan-rakannya yang lain akan mula mengetawakan guru tersebut. Namun begitu, perbuatannya itu sering kali tidak disedari oleh guru yang mengajarnya ataupun tidak dipedulikan kerana dia melakukannya secara senyap dan juga terlindung. Secara tidak langsung, perbuatannya itu akan mengganggu rakan sekelas yang sedang menumpukan perhatian dan mahu belajar. Perbuatannya ini dianggapnya sebagai bahan hiburannya semasa dia bosan dengan pengajaran guru.

Masalah-masalah

Aldbean

seperti

yang

dinyatakan

tersebut

adalah

disebabkan oleh faktor baka dan juga persekitaran. Sejak lahir, dia mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang berbeza dengan orang lain dan juga tidak seperti yang ibu bapa dan guru harapkan. Faktor baka adalah merupakan salah satu faktor kepada masalah ini iaitu dia lebih mudah untuk faham apabila dia mencuba sesuatu yang dialaminya sendiri berbanding dengan pekara yang disampaikan kepadanya secara lisan mahupun teori semata-mata. Ada kemungkinan bahawa dia lebih terdorong kepada pengaktifan kelima-lima deria manusia semasa proses pembelajaran berlaku. Justeru itu, dia akan mudah berasa bosan apabila guru sentiasa mengajar isi pelajaran secara terus tanpa mengambil kira aspek pembelajaran yang berbentuk praktikal dan juga abstrak. Aldbean juga berkemungkinan mempunyai sifat semula jadinya yang merendah diri dan juga malu apabila berada di hadapan khalayak ramai. Hal ini menerangkan mengapa dia bersikap pasif dan juga kurang memberikan kerjasama semasa di dalam dan luar bilik darjah. Faktor persekitaran juga terlibat dalam menyumbang kepada perlakuan bermasalahnya ini. Ada kemungkinan bahawa Aldbean pernah tersinggung ataupun mengalami perasaan malu yang terlampau semasa di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Ada kemungkinan bahawa dia tidak merasakan yang dia dihargai di dalam bilik darjah dan juga diejek oleh rakan-rakannya. Hal ini boleh menyebabkan dia mula bersifat pasif dan suka dibiarkan keseorangan akibat daripada personalitinya yang sensitif seperti yang telah dinyatakan tersebut. Selain itu juga, dia juga dikatakan suka bergaul dengan rakan-rakannya yang nakal. Dia akan mula terdedah kepada perlakuan-perlakuan yang negatif akibat daripada pengaruh rakanrakannya yang nakal tersebut. Akhirnya, sifat dirinya yang pasif kemudiannya menyumbang kepada perlakuan yang disruptif seperti yang dinyatakan tersebut. Faktor guru itu sendiri merupakan fokus utama dalam kajian ini dan merupakan penyumbang terbesar kepada permasalahan Aldbean ini yang tidak disedari oleh kebanyakan pihak. Guru yang mengajar Aldbean ini berkemungkinan mempamerkan contoh teladan yang tidak baik kepada Aldbean dan ianya akan menjadi ikut-ikutan kepadanya. Kaedah dan teknik pengajaran guru tersebut juga akan mempengaruhi maklum balas Aldbean terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

KAJIAN KES

1.0 PENYATAAN KES Seperti yang dinyatakan dalam catatan deskriptif kes, masalah Aldbean dikategorikan sebagai tingkah laku yang mengganggu ataupun digelar sebagai disruptif. Masalah ini menjejaskan dirinya sendiri dari segi tingkah laku serta pencapaiannya dan juga orang lain dari segi keselesaan dan juga keselamatan. Secara ringkasnya, Aldbean kurang memberikan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Akhirnya, dia akan mengganggu rakanrakan sekelasnya yang lain dan juga mengajuk percakapan gurunya di samping mengejek gurunya semasa dia tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Pada masa yang sama, sesi pengajaran guru juga akan terjejas akibat daripada perbuatannya itu. Dia juga suka dibiarkan keseorangan dan sentiasa bersifat pasif di dalam bilik darjah. Pekara ini bermaksud dia tidak akan berkerjasama dengan guru dan juga murid-murid lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini akan seterusnya menjejaskan pencapaiannya di dalam bilik darjah. Selain itu, dia juga tidak mahu memegang sebarang jawatan di dalam peringkat kelas mahupun sekolah. Dia akan cuba untuk mengelakkan daripada terlibat dalam segala aktiviti akademik mahupun kurikulum. Perlakuannya yang sebegini akan mendatangkan masalah kepada pengurusan kelas dan juga kepada pentadbiran sekolah tersebut.

2.0 ANALISIS KES 2.1 Definisi Kes Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh Aldbean ini adalah bertentangan norma-norma yang diterima oleh sesebuah masyarakat ataupun dalam sesebuah organisasi sekolah. Menurut Mok Soon Sang (2011: 163), Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal ataupun abnormal behaviour dalam bahasa Inggeris dan ianya bertentangan dengan nilai dan norma sosial masyarakat dan juga sekolah. Justeru itu, nyatalah bahawa perlakuanperlakuan Aldbean tersebut melanggar peraturan, undang-undang, etika atau kepercayaan agama sesuatu masyarakat ataupun organisasi sekolah. Perlakuan Aldbean ini boleh menyebabkan rakan-rakanya berasa tidak selesa dan tidak selamat akan kehadirannya. Justeru itu, tingkah laku bermasalahnya ini adalah berunsur negatif dan dikategorikan sebagai tingkah laku yang disruptif. Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009: 118), jika salah seorang daripada murid mempunyai masalah disruptif, murid lain akan mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian di dalam bilik darjah dan juga dia mungkin akan merosakkan harta benda atau mengganggu rakan sekelasnya. Pekara ini akan seterusnya memberikan tekanan emosi dan juga menjejaskan perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Dalam Oxford Advanced Learners Dictionary (2006: 423) ada menyatakan bahawa Disruptive bermaksud causing problems, noise, etc. so that something cannot continue normally. Justeru itu, tingkah laku bermasalah ini yang bersifat disruptif ini akan menimbulkan pelbagai masalah yang akan mengganggu sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Menurut kajian Tan & Cheng (1999) dalam Goh Swee Chiew (2005: 147), tingkah laku disruptif ini merupakan masalah disiplin yang sering berlaku di sekolah dan berada dalam kedudukan tiga teratas bagi semua jenis masalah bagi kedua-dua jenis sekolah iaitu sekolah rendah dan menengah. Justeru itu, perbuatan Aldbean seperti tidak menumpukan perhatian, mengganggu murid lain serta guru dan juga pasif di dalam kelas boleh dikategorikan sebagai tingkah laku bermasalah disruptif.

2.2 Punca Masalah Menurut Myint Swe Khine ... [et al.]. (2005: 202 204), terdapat lima punca utama kepada tingkah laku bermasalah iaitu berkait dengan rumah, berkait dengan rakan, berkait dengan sekolah, berkait dengan pembelajaran dan juga berkait dengan guru. Dalam kajian ini, guru merupakan punca utama kepada tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh Aldbean ini. Dalam hal ini, guru-guru yang mengajar kelas Aldbean ini tidak mengambil berat tentang minat dan kebolehan murid-murinya. Menurut Myint Swe Khine ... [et al.]. (2005: 204), murid yang tidak diuji kebolehannya dan tidak dikekalkan minatnya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran akan menyebabkan mereka untuk berusaha untuk mencipta suatu bentuk hiburan di dalam bilik darjah. Buktinya, Aldbean akan mengganggap bahawa setiap gangguan diberikan kepada rakan sekelasnya, setiap kata yang diajuknya dan juga ejekan yang diberikan merupakan suatu bentuk hiburan bagi dirinya. Faktor utama kepada kehilangan tumpuan Aldbean dalam bilik darjah ialah perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran guru-gurunya adalah membosankan dan kurang berpusatkan murid. Menurut Myint Swe Khine ... [et al.]. (2005: 203 & 204), guru haruslah merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik berserta bahan-bahan dan resos-resos pengajarannya bagi mewujudkan pelaksanaan sesi pengajaran yang baik dan berkesan tanpa sebarang gangguan. Tambahnya lagi, terdapat juga guru yang tidak bermotivasi dan terdorong untuk merancang pengajaran yang menyeronokkan dan merangsang murid atas sebab kekurangan masa atau bahan mahupun wujudnya masalah komunikasi dengan murid. Disebabkan Aldbean tidak dapat memahami segala isi pelajaran yang disampaikan oleh gurunya itu, dia akan mula kehilangan fokus dan akan berasa bosan dan tidak senang. Ada kemungkinan bahawa strategi, kaedah dan pendekatan yang digunakan guru-guru Aldbean adalah tidak berkesan dan juga penyampaian isi pelajarannya adalah berbentuk terus dan sukar untuk difahami. Dalam Myint Swe Khine ... [et al.]. (2005: 204) ada menyatakan bahawa guru harus mampu dalam menyalurkan atau menyampaikan isi pengajaran dengan jelas dan berkesan agar pembelajaran dapat berkembang secara maksimum.

Selain itu, guru-guru yang mengajar Aldbean ini juga tidak peka dengan kewujudan murid yang berkelakuan sebegini di dalam bilik darjah semasa pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Clifford H. Edwards (1993: 163), keupayaan yang tidak dapat diterangkan ini yang dipunyai oleh seseorang guru iaitu mengesan apa pekara pun termasuklah murid yang cuba untuk berselindung semasa melakukan apa pun jua aktiviti ataupun pergerakan di dalam bilik darjah. Pekara ini akan meningkatkan lagi keberkesanan guru dalam mencegah tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Di samping itu juga, guru-guru Aldbean juga tidak mampu mengenal pasti punca kepada tingkah laku bermasalah ataupun motifnya dan seterusnya akibat daripada tingkah laku bermasalahnya itu. Dalam Choong Lean Keow (2011: 92) ada menyatakan bahawa pertamanya guru haruslah mengenal pasti motif murid berkenaan, keduanya guru harus bantu dia memahami motifnya, ketiganya guru harus tukarkan matlamat yang salah kepada matlamat yang bermanfaat, keempatnya guru harus tanamkan semangat komited terhadap matlamat barunya dan akhirnya, bantu dia agar dia menyedari kesan daripada akibat tingkah laku bermasalahnya itu. Sekiranya guru mempunyai keupayaan seperti ini, matlamat murid yang salah seperti menunjukkan tingkah laku mencuri perhatian, menunjukkan kuasa, membalas dendam dan menunjukkan kekurangan dalam usahanya untuk mendapatkan rasa kepunyaan di dalam bilik darjah dapat dikesan dan diperbetulkan. Tingkah laku bermasalah Aldbean tidak mampu dikawal sekiranya tiada penguatkuasaan peraturan bilik darjah yang berkesan. Menurut Dreikurs dalam Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009: 91), guru-guru seharusnya melibatkan murid bekerjasama dalam merancang dan melaksanakan rutin serta peraturan bilik darjah yang berkesan. Tambahnya lagi, perbincangan turut berkaitan tentang akibat yang akan diterima seandainya murid melanggar rutin dan peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, masalah disiplin dalam bilik darjah akan timbul sekiranya tiada pelaksanaan rutin dan peraturan bilik darjah yang berkesan dan dipersetujui oleh semua pihak. Di samping itu juga, guru-guru Aldbean juga tidak memberikan peluang dan kebebasan yang sepadan dengan keupayaan murid untuk memilih aktiviti atau tugasan-tugasan tertentu sama ada secara berkumpulan ataupun individu. Pekara

ini disokong dengan kenyataan dalam Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009: 98) bahawa kebebasan murid untuk mementukan matlamat hidup dan bertanggugjawab atas tingkah laku mereka sendiri dengan pengawalan dan pemantauan ibu bapa dan guru-guru. Tambahnya lagi, kebebasan diberikan haruslah bersesuaian dengan peringkat umur dan keupayaan mereka. Dengan hanya itulah murid-murid akan merasakan sendiri perasaan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran atas pilihan mereka sendiri. Akibat daripada tidak memberikan perhatian, tidak menghormati haknya dan meminggirkannya, Aldbean akan berasa kecewa dan seterusnya, hilang sifat penghargaan kendiri dan juga rasa kepunyaan di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya. Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009: 86), rasa kepunaan terhadap bilik darjah merupakan matlamat utama dalam pembentukan tingkah laku murid dan mereka akan menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan mereka sekiranya mereka gagal untuk mendapatkan rasa kepunyaan tersebut. Hal ini akan menyebabkan Aldbean menunjukkan tingkah laku bermasalah seperti menganggu rakan-rakan dan juga meminggirkan diri untuk mendapatkan perhatian dengan menunjukkan kekurangan dan kelemahan diri. Tambahan lagi, kurangnya interaksi guru sesama mereka dan juga dengan murid dalam mengenal pasti masalah yang murid ini hadapai serta cara untuk mengatasinya juga menyumbang kepada kegagalan guru untuk mengawal tingkah laku bermasalah Aldbean ini. Goh Swee Chiew (2005: 9) ada menyatakan bahawa guru akan hanya mengalami sedikit masalah dalam mengawal fokus dan tumpuan murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran sekiranya terdapat suatu hubungan yang baik dan saling faham-memahami di antara guru dan pelajar. Tambahnya lagi, guru haruslah mengenalpasti cara yang berkesan untuk berinteraksi dengan muridnya, mengambil kira aspek kepercayaan mereka terhadap pengajaran dan juga disiplin, dan juga menyesuaikan diri dengan peredaran masa dan juga pengharapan. Interaksi yang lemah ini akan menyumbang kepada salah faham, tidak menghormati hak setiap pihak dan juga akan mewujudkan suasanan yang tengang dalam bilik darjah.

10

3.0 CADANGAN PENYELESAIAN Berdasarkan analisis kes yang telah dikemukan seperti di atas, beberapa langkah penyelesaian telah kami cadangkan yang disokong oleh beberapa model pengurusan disiplin dan juga teori-teori pembelajaran dalam usaha untuk mengawal dan juga menyelesaikan tingkah laku bermasalah Aldbean ini. Antara cadangan penyelesaiannya adalah seperti yang dinyatakan berikut: 3.1 Teknik With-itness (Model Pengurusan Kelompok Kounin)

Model Pengurusan Kelompok Kounin ini dipelopori oleh Jacob Kounin, seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah. Matlamat teorinya ialah integrasi pengajaran dengan disiplin dalam bilik darjah. Menurut Kounin dalam Mok Soon Sang (2011: 149), guru haruslah menggunakan teknik withitness, bertindih, momentum, kelancaran, peka berwaspada kumpulan, menggalakkan akauntabiliti, format penyertaan tinggi dan peralihan dalam usaha untuk menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan. Dalam kes ini, teknik With-itness dicadangkan untuk menyelesaikan tingkah laku bermasalah Aldbean ini. Dalam Clifford H. Edwards (1993: 163) ada menyatakan bahawa teknik Withitness merupakan suatu kebolehan guru mengetahui segala pekara yang sedang dilakukan oleh setiap murid pada setiap masa. Hal ini membawa maksud guru-guru Aldbean akan sentiasa peka dengan segala pekara yang berlaku dalam bilik darjah dan memperbetulkan tingkah laku Aldbean seperti tidak menumpukan perhatian, mengganggu rakannya dan bermain sebelum ianya menjadi tidak terkawal dan mengundang kepada masalah yang lebih teruk lagi. Sekiranya guru-guru Aldbean mengamalkan teknik ini dia akan lebih peka terhadap setiap bunyi dalam bilik darjah dan tidak membelakangi murid lain apabila memberikan bimbingan peribadi agar murid lain dapat memerhatikan dan menjadikan pekara tersebut sebagai iktibar kepada dirinya. Selain itu, guru-guru ini juga akan mementingkan susun atur bilik darjah yang baik agar tiada murid yang akan terselindung seperti dalam kes Aldbean yang suka mengelakkan diri untuk terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, guru-guru Aldbean juga akan memaklumkan dengan segera apabila mereka mengesan salah laku yang Aldbean lakukan di dalam bilik darjah sebelum ianya bertambah serius.

11

Sekiranya teknik ini diaplikasikan sebaik-baiknya di dalam bilik darjah oleh guru-guru Aldbean, ianya akan memberikan impak yang mendalam terhadap kelakuan dan juga personaliti diri Aldbean. Pertamanya, tindakan Aldbean dalam mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran akan dapat dielakan dengan secara langsung akibat daripada kepekaan guru-gurunya yang mengajar pada masa itu. Justeru itu, fokusnya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa itu akan dikembalikan setiap kali dia ditegur. Pada masa yang sama, guru yang mengajar Aldbean akan memberikan tumpuan yang lebih terhadap dirinya berbanding orang lain akibat daripada tingkah laku bermasalah yang ditunjukkannya itu semasa di dalam bilik darjah. Hal ini akan membuat Aldbean merasai yang dia diperhatikan dan dipedulikan di dalam bilik darjah. Akhirnya, sifat kepunyaan dalam bilik darjah dan juga penghargaan diri juga akan terbentuk secara berterusan dalam dirinya. 3.2 Pendekatan Model Akibat Logikal Dreikurs

Model Akibat Logikal Dreikurs ini diasaskan oleh Rudolf Dreikurs yang merupakan seorang psikiatris dan juga pendidik yang polular di Amerika Syarikat. Model ini menekankan kepentingan guru dalam memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah dan juga berkerjasama dalam menguatkuasakan peraturan dalam bilik darjah. Menurut Clifford H. Edwards (1993: 76), model ini menyarankan agar murid harus diberikan pilihan berbanding dipaksa untuk berkelakuan seperti yang diingini. Dreikurs menyatakan bahawa terdapat tiga jenis guru iaitu autokratik, permisif dan demokratik. Dreikurs menyatakan dalam Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009: 85) bahawa disiplin kendiri mampu dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik. Menurut Goh Swee Chiew (2005: 31), Dreikurs percaya bahawa murid menunjukkan tingkah laku bermasalah atas sebab keperluan mereka tidak dipenuhi dan keperluan-keperluan ini digelar sebagai matlamat murid yang salah iaitu mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Berpandukan cirri-ciri bagi setiap motif ini, adalah dikenalpasti bahawa Aldbean mempunyai motif utamanya iaitu menunjukkan kekurangan.

12

Ciri-ciri murid yang mempunyai motif seperti ini adalah agak sukar untuk dikenalpasti kerana ianya lahir daripada sifat peribadi yang mendalam. Menurut Myint Swe Khine ... [et al.]. (2005: 180), murid-murid yang mempunyai motif sebegini sering berputus asa dan memencilkan diri akibat gagal mendapat penghargaan diri, merasakan bahawa mereka tidak berkemampuan seperti orang lain, mengelakkan diri daripada aktiviti kumpulan serta sebarang paparan umum dan juga tidak bergaul dengan rakan sekelas lain dan sengaja menggagalkan segala perbuatan dan perlakuannya. Aldbean mempunyai sebab-sebab tertentu atas paparan motifnya itu di dalam bilik darjah. Dalam Clifford H. Edwards (1993: 90) ada menyatakan bahawa murid yang mempunyai motif menunjukkan kekurangan ini mempunyai perasaan saingan terlampau sesama rakan di dalam bilik darjahnya. Aldbean merasakan bahawa dia tidak cukup hebat untuk berjaya menyaingi rakan-rakannya dan akhirnya dia berputus asa. Tambahnya lagi, murid ini mempunyai cita-cita yang terlalu tinggi dan juga terlampau sensitive kepada sebarnag paksaan. Aldbean merasakan bahawa dia tidak mampu melakukan sebaik mungkin seperti yang guru dan dirinya harapkan. Berpandukan kepada motif diri Aldbean ini iaitu menunjukkan kekurangan, langkah-langkah untuk mengatasi tingkah laku bermasalahnya ini adalah seperti berikut. Menurut Clifford H. Edwards (1993: 90), guru tidak harus berputus asa dalam memberikan dorongan dan galakan yang positif secara berterusan terutamanya dalam situasi mereka kerap membuat kesalahan. Aldbean memerlukan perasaan bahawa mereka berjaya dan juga diterima seadanya. Tambahnya lagi, guru tidak harus merendah-rendahkan Aldbean dengan membuat perbandingan dengan seseorang ataupun sesuatu pekara yang boleh melemahkan semangatnya untuk berusaha. Menurutnya juga, guru haruslah mengurangkan sedikit tekanan ataupun paksaan kepada diri Aldbean dan juga menyediakannya suatu suasana yang mempunyai kurang persaingan sesama murid. Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009: 89) pula, berikan peluang kepada murid untuk menunjukkan keupayaan dan hargai setiap usahanya dan kenal pasti minat dan kebolehan mereka ini tanpa meminggirkan murid-murid lain. Tambhanya lagi, guru harus meminta kerjasama murid dan juga guru-guru lain yang mengajarnya dan guru itu sendiri haruslah mempelajari cara untuk mengenal pasti matlamat-matlamat yang salah pada murid ini dan cara untuk mengatasinya.

13

Seandainya pendekatan model ini dipalikasikan dalam menyelesaikan masalah Aldbean, ianya akan membuat Aldbean merasakan bahawa dia dihargai dalam dirinya dan mempunyai perasaan kepunyaan dalam bilik darjahnya. Dia juga diberikan peluang untuk mengembangkan potensi dirinya secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Secara tidak langsung juga, pendekatan ini akan membina keyakinan dirinya untuk terlibat dengan lebih aktif di dalam dan luar bilik darjah dalam segala apa pun aktiviti mahupun badan organisasi sekolah. 3.3 Keseronokkan (Model Terapi Realiti)

Model Terapi Realiti ini diasaskan oleh William Glasser yang merupakan seorang Psikiatari dan Konsultan Pendidikan. Dalam Choong Lean Keow (2011: 98 & 99), beliau mengemukakan tiga prinsip utama model ini iaitu setiap individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku masing-masing, setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan seandainya diberi bimbingan dan sokongan serta setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing. Justeru itu,

pengajaran haruslah dilaksanakan dengan lebih ke arah membimbing, tidak mengunakan paksaan dan tidak bersifat memerintah. Menurut Goh Swee Chiew (2005: 32), keperluan yang tidak dipenuhi akan mengundang tingkah laku bermasalah dan juga perselisihan faham. Tambahnya lagi, setiap individu ingin dipenuhi keperluan-keperluannya iaitu kasih sayang, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan juga keseronokkan. Kanak-kanak lebih terdorong untuk memenuhi keperluannya untuk mendapat keseronokkan, lebih daripada ibu bapa dan juga guru mampu penuhi. Menurut Glasser (1984) dalam Clifford H. Edwards (1993: 131), keseronokkan adalah sama pentingnya dengan keperluan lain. Berdasarkan kepada asas keperluan untuk keseronokkan, beberapa langkah penyelesaian telah kami cadangkan. Pertama sekali, guru haruslah merangka dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik di samping meningkatkan tahap pembelajarannya. Huraian ini disokong dengan penyataan dalam Clifford H. Edwards (1993: 131) iaitu terdapat suatu hubungan wujud di antara pembelajaran dengan sifat genetik kita untuk mendapatkan keseronokkan. Justeru

14

itu juga, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran juga harus dipelbagaikan dengan melibatkan semua murid terutamanya yang berbentuk berpusatkan pelajar. Aldbean tidak berpeluang untuk menunjukkan bakat dan kebolehannya sekiranya guru lebih bersifat autokratik. Selain itu, guru haruslah mengelakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta persekitaran bilik darjah yang berulang-ulang. Aldbean akan mudah berasa bosan dengan setiap aktviti pengajaran dan pembelajaran yang sama sahaja. Implikasi pendekatan model ini terhadap diri Aldbean adalah dia akan meminati pengajaran gurunya dan mata pelajaran yang diajarnya secara perlahanlahan serta bersemangat dan sentiasa bersedia di dalam bilik darjah. Tekanan yang Aldbean alami seperti tidak dapat memahami apa yang diajar gurunya akan berkurangan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Di samping itu juga, tumpuan dan juga fikirannya akan lebih tertumpu kepada sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Apabila Aldbean berminat dan sentiasa bersemangat di dalam bilik darjah, dia akan berusaha untuk mengembangkan ilmu, kemahiran serta potensinya atas minat sendiri. 3.4 Pendekatan Bimbingan Dan Kaunseling (Terapi Realiti)

Pendekatan kaunseling merupakan salah satu cara intervensi yang berkesan dalam membantu murid yang menghadapi masalah dan kesulitan peribadi. Guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik dan seperti yang dinyatakan dalam Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009: 99), guru juga perlu bertindak sebagai pembimbing dan kaunselor yang mendengar masalah murid, membantu murid membuat pilihan dan melaksanakan pilihan tersebut. Tambahnya lagi, bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang dan dilaksanakan oleh guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran manakala kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya yang sebenar. Pendekatan ini adalah amat penting kerana kebanyakan individu yang memerlukannya merupakan individu yang memilih tingkah laku desruktif diri dengan tujuan untuk memperoleh semula kawalan hidupnya. Seperti yang dinyatakan dalam Mok Soon Sang (2011: 154 & 155), pendekatan kaunseling berdasarkan Teori Realiti dengan Teori Kawalan adalah

15

dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk menyelesaikan tingkah laku bermasalah Aldbean ini. Pada peringkat pertama adalah membina hubungan kauselor dengan murid melalui teknik penerimaan, keilkhlasan dan empati sesama mereka dan pada peringkat yang kedua, pendedahan kepada Teori Kawalan agar Aldbean diberi harapan bahawa mereka akan dapar belajar pilihan yang lebih berkesan dan boleh membantu kawalan hidup mengikut keperluan-keperluannya. Pada peringkat yang ketiga pula, penilaian tingkah laku menyeluruh dilaksanakan yang mana ianya bertujuan untuk membantu Aldbean dan kaunselor memahami apa yang Aldbean lakukan serta membuktikan kepada mereka bahawa tingkah lakunya tidak akan mendatang hasil seperti yang diharapkan. Pada peringkat yang seterusnya, perancangan dan perubahan tingkah laku menyeluruh dilaksanakan

dimana Aldbean akan diajar mengubah diri sendiri tingkah laku yang paling berkesan untuk mengawalnya dan persekitaran, demi memenuhi keperluan asas yang dipilihnya. Peringkat yang terakhir sekali ialah pelaksanan tindakan susulan dimana rancangan perubahan tingkah laku menyeluruh adalah dilaksanakan sebagai kerja rumah yang diuruskan oleh Aldbean itu sendiri manakala tugas kaunselor dalah memantau kemajuan Aldbean dan membimbingnya setiap kali mengalami masalah atau halangan. Hasil daripada pendedahan pendekatan ini terhadap diri Aldbean adalah dia akan berkemampuan untuk membentuk suatu rangka kerja berdasarkan teori kawalan bagi pemahaman tingkah laku dirinya sendiri. Akan berlaku juga peningkatan dalam kesedaran tingkah laku pilihannya serta dia juga akan berasa bertanggungjawab atas tingkah lakunya sendiri. Secara tidak langsung juga, dia mampu mengenal pasti dan memahami setiap keperluannya. Selain itu, dia juga tidak akan mudah terpengaruh dengan segala hasutan ataupun desakan di sekitarnya dan juga akan mengelakkan pengaruh negatifnya dikenakan terhadap orang lain. 3.5 Teknik Pastoral Care

Menurut Hornby, Hall dan hall (2003) dalam Choong Lean Keow (2011: 132), Pastoral Care merujuk kepada proses pendidikan yang berkaitan dengan hubungan bantuan yang disalurkan kepada murid dari segi peribadi, perkembangan sosial dan moral, bimbingan akademik dan vokasional. Teknik ini merupakan teknik

16

yang paling berkesan sebagai intervensi dan pencegahan masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Justeru itu, guru hendaklah berperanan sebagai mentor dan juga pembimbing untuk mencegah berlakunya tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid. Di samping itu juga, ianya juga merupakan suatu bentuk bimbingan yang diberikan untuk menjaga kebajikan murid. Dalam usaha untuk menangani tingkah laku bermasalah Aldbean ini, pendidikan secara menyeluruh diberikan dengan mengambil kira aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya agar dia kesemua aspek ini dapat berkembang dengan baik dan juga bersepadu. Selain itu, keyakinan diri dan disiplin diri Aldbean juga haruslah dibina dalam dirinya agar dia mampu menyesuaikan diri dalam bilik darjah sama seperti murid lain. Di samping itu juga, penekanan kepada pendekatan berpusatkan murid juga harus ditekankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar Aldbean berpeluang untuk mempamerkan bakat dan keupayaannya dalam setiap aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Aldbean juga haruslah dimotivasikan agar dia mempunyai daya insiatif diri dan inovasi yang tinggi dalam dirinya. Tambahan lagi, dia juga haruslah didedahkan dengan ciri-ciri kepimpinan secara perlahan-lahan seperti Badan Pengawas Sekolah agar dia akan berkeyakinan tinggi dalam melibatkan diri dalam segala ahli jawatankuasa sekolah yang dia pilih. Penerapan nilai-nilai murni, moral dan juga agama juga harus diteguhkan dalam diri Aldbean seperti penglibatan dalam sebarang aktiviti-aktiviti keagamaan. Sekiranya teknik ini dilaksanakan terhadap diri Aldbean, dia akan mampu memperkembangkan elemen-elemen jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial selaras dengan pertumbuhan dan juga perkembangannya. Keyakinan dalam dirinya juga akan meningkat secara perlahan-lahan dengan melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan juga penyertaan dalam beberapa aktiviti kokurikulum secara proaktif. Selain itu, Aldbean juga akan mampu mengawal disiplin kendiri melalui penyerapan nilai-nilai agama dalam dirinya. Aldbean juga akan lebih berminat dalam setiap sesi pembelajaran dalam bilik darjah apabila dia mempunyai inisiatif dan juga sifat inovasi dalam dirinya. Hal ini seterusnya akan menggalakkan pembelajarannya secara kontruktivisme atas usahanya sendiri.

17

3.6

Pendekatan Humanistik Maslow

Menurut Choong Lean Keow (2011: 161), Abraham Harold Maslow telah mengemukakan Hirarki Keperluan Maslow dimana keperluan setiap individu boleh disusun dalam satu hirarki yang bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti dengan keselamatan, kasih sayang, harga diri dan berakhir dengan penyempurnaan kendiri. Maslow berpendapat bahawa motivasi dalaman hasil daripada pemunuhan keperluan akan mendorong manusia untuk berusaha mengejar pencapaian cemerlang secara spontan. Hal ini bermaksud apabila individu telah mendapat kepuasan dalam sesuatu hirarki, keperluan hirarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semula jadi. Oleh itu, jika hirarki yang lebih rendah masih belum dipenuhi, keperluan dalam hirarki yang lebih tinggi tidak dapat dikembangkan dengan baik dan berkesan. Seperti yang dinyatakan dalam Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa (2011: 119 & 120), beberapa aspek aspek yang perlu dipertimbangkan oleh guru-guru Aldbean bagi mengatasi masalahnya ini. Pertama sekali, guru haruslah membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dimana persekitaran sedemikian mewujudkan suasana yang seronok, gembira dan juga harmonis. Yang kedua, guru haruslah memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid. Sebagai contoh, guru-guru Aldbean hendaklah kerap memberikannya motivasi dan juga peneguhan yang sesuai. Yang ketiga, guru juga harus merancang aktiviti pengajaran selaras dengan kebolehan murid. Setiap aktiviti yang guru-guru Aldbean laksanakan boleh disesuaikan mengikut keadaan, minat dan juga tahap keupayaan diri Aldbean melalui pemilihan strategi dan teknik pengajaran yang sesuai. Dalam Choong Lean Keow (2011: 163) ada menyatakan bahawa guru harusalah berperanan sebagai fasilitator yang melibatkan murid-murid secara aktif dalam proses pembelajaran. Setiap kali Aldbean menghadapi masalah dalam

melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran, gurunya haruslah memberinya motivasi, dorongan dan juga kata-kata semangat untuk mengalakkan dirinya agar terus berusaha. Implikasi pendekatan ini terhadap diri Aldbean akan dapat dilihat dari segi penglibatannya dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Aldbean akan berasa lebih selesa dan juga tidak bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

18

berlangsung oleh kerana aktiviti pembelajaran yang dikasanakan telah mengambil kira minat dan juga keupayaan dirinya. Dia juga akan merasakan bahawa dirinya dihargai dan diperlukan di dalam bilik darjah dengan cara tidak mengabaikannya dalam sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, keyakinan dirinya dapat ditingkatkan dalam mengembangkan potensinya secara menyeluruh tanpa merasa rendah diri, kecewa, putus asa dan sebagainya.

19

4.0 RUMUSAN Pengurusan Disiplin Bilik Darjah yang berkesan haruslah mempunyai asas pengurusan disiplin yang kukuh dan berkesan bagi membentuk suatu iklim bilik darjah yang kondusif agar keberkesanan sesi pengajaran dan pembelaajran dapat ditingkatkan. Justeru itu, guru haruslah merancang satu bentuk pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan, iaitu sesuai dengan persekitaran bilik darjah masingmasing. Berdasarkan kepada cadangan-cadangan penyelesaian yang telah pun

dinyatakan, adalah jelas menunjukkan bahawa guru merupakan punca utama dalam masalah tingkah laku Aldbean ini. Justeru itu, guru merupakan penggerak utama dalam usaha untuk mengatasi tingkah laku bermasalahnya ini dengan berpandukan beberapa model pengurusan disiplin dan juga teori-teori pembelajaran yang telah pun dinyatakan tersebut. Guru-guru yang mengajar Aldbean ini haruslah menjadi pembimbing yang konsisten, pemerhati yang peka, pengasuh yang mengambil berat, pemudahcara yang berkesan dan juga perunding yang prihatin kepada Aldbean. Sepertimana yang telah dinyatakan, isu disiplin dan kawalan murid haruslah ditangani secara berkesan oleh guru. Guru haruslah menerangkan kepada setiap muridnya bahawa setiap tingkah laku yang mereka lakukan mempunyai akibat yang positif dan juga negatif. Murid-murid ini haruslah jelas dan faham akan akibat-akibat yang akan diterima bagi setiap tingkah laku yang dilakukan oeleh mereka. Tindakan disiplin yang berkesan ditentukan oleh keupayaan huru untuk mengawal tingkah laku murid dengan mengekalkan tingkah laku yang wajar dan sebaliknya, kurangkan tingkah laku yang tidak wajar. Justeru itu, guru yang bijak akan mengajar dan membimbing muridnya dengan berpandukan model-model dan juga teori-teori, selaras dengan ciri-ciri, personaliti, tingkah laku, keupayaan dan juga minat murid yang berada di bawah jagaan dan tanggungannya. Model-model dan juga teori-teori yang telah dibincangkan tersebut boleh menjadi panduan asas kepada guru untuk merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi guru dalam bilik darjah masing-masing.

20

REFLEKSI

21

REFLEKSI INDIVIDU ABDUL SYUKUR BIN HAMZAH Pertamanya saya bersyukur kepada Tuhan kerana kumpulan saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan setinggitinggi terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Suhailah binti Shariff yang banyak memberi bimbingan sepanjang kumpulan kami menjalankan kumpulan ini. Kerja kursus ini bermula pada bulan Februatri 2013. Saya sedar kerja kursus semester ini agak sukar kerana kita dikehendaki menghasilkan satu catatan yang berkaitan masalah pengurusan bilik darjah atau masalah tingkah laku. Apabila kumpulan saya mendapat tugasan projek, kami mula mencari kes-kes masalah tingkah laku yang berlaku. Akhirnya, kami menghasilkan satu masalah tingkah laku yang berkaitan dengan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Semasa mengkaji kes ini, saya mendapati masalah utama murid-murid jenis ini adalah kesukaran dalam mengekalkan perhatian, tingkah laku yang hiperaktif dan impulsif. Memang tidak dapat dinafikan bahawa murid-murid normal juga mengalami masalah mengekalkan perhatian sewaktu kelas kerana mereka berasa bosan terhadap pengajaran guru yang tidak kreatif. Tetapi, murid-murid yang mempunyai ADHD juga kerap mengalihkan perhatian kerana mereka menghadapi kesukaran dalam memberikan tumpuan kepada satu perkara. Saya juga merujuk kepada bukubuku yang lain untuk menyesuaikan kes yang kumpulan saya kajikan. Saya juga mencari kamus dewan dan buku-buku lain untuk mencari definisi bagi masalah hiperaktif ini supaya saya dapat memahami kes ini dengan lebih mendalam lagi. Saya juga sedar bahawa ADHD ini agak sukar dikesan jika ibubapa atau guru tidak sedar anak mereka atau murid berkenaan mempunyai tingkah laku yang berbeza daripada murid-murid normal. Kita sebagai guru tidak boleh mengesahkan murid berkenaan menghadapi masalah ADHD kerana kita bukan pakar perubatan dan kita hanya berbincang dengan ibu bapa murid berkenaan. Ibubapa murid berkenaan akan membawa anak mereka berjumpa dengan doktor pakar untuk mengesahkan anak mereka menghadapi masalah ADHD. Malah, saya mendapati kebanyakan lelaki akan menghadapi masalah ADHD ini berbanding perempuan. Murid berkenaan hanya boleh disahkan menghadapi

22

ADHD apabila mereka menunjukkan enam atau lebih simptom, simptom ini berterusan sekurang-kurang dalam masa enam bulan dan simpton ini akan muncul sendiri sebelum kanak-kanak ini berumur tujuh tahun. Punca punca yang dikenalpastikan dalam kes ini adalah persekitaran keluarga dan pengaruh genetik. Dalam kes ini, saya sedar persekitaran keluarga dan pengaruh genetik yang menyumbangkan kepada punca ADHD ini. Dalam kes ini, Ahmad iaitu kanak-kanak dalam kes ini, mempunyai persekitaran yang tidak baik. Ibubapa mempunyai masalah dan abang sebagai role model yang tidak bagus kepada adiknya, Ahmad. Jika terdapat saudara-mara kepada kanak-kanak berkenaan yang menghadapi masalah ADHD ini, berkemungkinan kanak-kanak berkenaan mempunyai peluang yang tinggi menghadapi masalah ini. Terdapat ibubapa yang hairan bahawa mereka sendiri tidak menghadapi masalah ADHD tetapi anak mereka mempunyai masalah ADHD. Sesetengah ibubapa tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka menghadapi ADHD. Tetapi dalam kes ini, ibu Ahmad membawa Ahmad berjumpa dengan doktor pakar dan Ahmad disahkan menghidapi masalah ADHD. Merujuk kepada ini, terdapat beberapa cadangan penyelesaian yang logik telah kami cadangkan untuk menyelesaikan kes ini. Cadangan-cadangan tersebut ialah berikan arahan yang ringkas, tepat dan jelas. Arahan yang diberikan dapat memastikan Ahmad faham tentang perkara yang dia hendak buat. Saya tahu arahan yang diberikan kepada setiap kanak-kanak tidak mengira kanak-kanak berkeperluan khas atau biasa mestilah ringkas dan jelas. Jika murid-murid tidak faham arahan yang diberi, maka mereka akan membuat kerja dengan sesuka hati kerana cikgu tidak menerangkan arahan dengan jelas. Sewaktu mengajar guru mengajar kanakkanak menghadapi masalah ADHD ini mestilah sabar kerana kita sebagai guru mesti menolong mereka dengan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian. Malah, guru mestilah mengasingkan murid ADHD ini daripada murid-murid biasa. Mereka hendaklah duduk sebelah guru supaya mereka tidak berpeluang mengacau murid-murid lain dan guru dapat mengawal tingkah laku murid ADHD. Dalam kes ini, Cikgu Eriesya juga mengaplikasikan penyelesaian ini. Malah, muridmurid yang nakal juga boleh menggunakan langkah-langkah ini supaya mereka dapat tumpukan perhatian semasa pengajaran.

23

Terdapat beberapa atau model telah digunakan untuk menyelesaikan masalah seperti teori Abraham Maslow dan Teori Konstruktivtisme Sosial. Banyak model boleh digunakan sebagai cadangan penyelesaian. Kebanyakan cadangan tidak boleh digunakan banyak kali kerana murid akan berasa bosan. Guru hendaklah menggunakan banyak kaedah pengajaran atau memberikan peneguhan kepada murid ADHD supaya mereka dapat menumpukan perhatian untuk jangka masa yang panjang. Kesimpulannya, ADHD ialah satu sindrom tingkah laku yang melibatkan kekurangan perhatian, hiperaktif dan kawalan impuls yang lemah. Umumnya, ciri-ciri ini menghalang proses pembelajaran dan seterusnya menyebabkan kepada salah laku.

24

ALVIN BALAN SEM Saya berasa amat bersyukur kerana kerja kursus projek yang bertajuk Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3104) bagi program PISMP Semester 3 ini berjaya disiapkan dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada pensyarah pembimbing kami, Puan Hajah Suhailah binti Shariff atas tunjuk ajar, bimbingan dan juga dorongan beliau sepanjang pelaksanaan kerja kursus projek ini. Sepanjang pelaksanaan kerja kursus projek ini, kami telahpun mengkaji dan memahami latar belakang kes yang telah pun kami pilih ini. Segala isu dan maklumat serta data yang releven dengan kes telah pun kami teliti dengan sebaikbaik untuk digunakan dalam kajian kami ini. Kami sekumpulan juga telah pun membuat perbincangan secara kolaboratif bersama dalam menganalisis dan menghuraikan kes ini kepada catatan deskriptif kes, penyataan kes, definisi kes, punca kes, cadangan penyelesaian dan juga rumusan bagi kes yang telah kami pilih ini. Suatu penerangan yang jelas dan terperinci juga telah kami lakukan agar setiap daripada kami mendapat suatu kefahaman yang jitu dan mendalam tentang kes yang dianalisis ini. Dengan hanya itulah strategi penyelesian boleh difikirkan agar bersesuaian dengan situasi murid yang dikaji ini dalam menangani isu dalam kes ini. Sebelum laporan kerja kursus projek ini disiapkan, persembahan power point berkenaan dengan kes ini telah pun dihasilkan dan dibentangkan sebagai satu hasil hasil. Selepas itu, laporan kerja kursus projek berkenaan dengan kes yang dikaji dimana kes tersebut dihuraikan secara menyeluruh, teliti dan juga bermutu. Semua pekara-pekara yang telah dinyatakan berikut adalah selaras dengan objektif kerja kursus ini. Hasil daripada pelaksanaan kerja kurus projek ini, pelbagai pengetahuan dan juga kemahiran telah pun saya perolehi. Sebagai seorang bakal guru, saya telah pun belajar untuk memahami tingkah laku, personaliti dan juga tabiat murid-murid yang pelbagai hasil daripada pembacaan dan juga pemahaman mengenai kursus ini serta hasil daripada pemerhatian dan juga pengalaman semasa menjalani pengalaman berasaskan sekolah yang sebelumnya. Saya sedar bahawa pengalaman merupakan asas utama sebagai seorang guru dalam pengawalan tingkah laku murid berserta persekitaran pembelajarannnya. Hasil daripada kajian kes ini juga, saya telah

25

mempelajari cara untuk mengenal pasti punca-punca utama kepada masalah disiplin tertentu murid-murid yang berlaku dalam bilik darjah. Saya juga sedar akan kepentingan model-model pengurusan disiplin dan juga teori-teori humanistik terutamanya sebagai panduan asas untuk diri saya kelak dalam menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan. Saya turut belajar cara untuk membina hubungan yang baik dengan murid dan juga sesama murid agar suatu kerjasama dan juga kepercayaan dapat dibentuk dalam hubungan tersebut. Saya sedar bahawa dengan wujudnya satu hubungan baik sesama mereka ini, perjalanan rutin bilik darjah serta sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dilaksanakan dengan mudah, baik dan juga berkesan. Semasa kami mendapat tugasan ini, kami telah pun membahagikan tugas untuk dilaksanakan mengikut aspek-aspek kajian namun ianya tidak dilakukan secara berasingan. Kami sering berbincang sesama kami seandainya timbul sebarang masalah yang dihadapai dan saya sedar bahawa gambaran idea bagi setiap daripada kami dalam penghasilan kerja kursus ini haruslah seragam dan juga sealiran. Sekiranya kami menghadapi sebarang masalah yang tidak dapat kami selesaikan sendiri, kami berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing kami bagi kursus ini dan juga dengan beberapa kumpulan lain. Semangat kerjasama dan juga toleransi telah pun saya perolehi sepanjang penghasilan kerja kursus projek ini semasa bersama rakan-rakan seahli kumpulan saya. Kami telah pun merujuk pelbagai sumber rujukan dari pusat sumber terutamanya agar pelbagai pendapatan dan juga pengetahuan dapat dikumpulkan dan digabungkan menjadi satu idea dan juga huraian yang bersesuaian dengan kajian kes kami ini. Saya telah pun berjaya merancang masa saya dengan baik sepanjang pelaksanaan kerja kursus projek ini walaupun terdapat banyak lagi pekara-pekara lain yang perlu dilakukan pada waktu itu. Pada mulanya, saya berasa sangat terbeban semasa mendapat tugasan kerja kursus projek ini namun saya cuba untuk berfikiran secara optimis dan juga postif agar fikiran saya tidak merasa ianya membebankan saya. Saya berasa amat lega dan juga berpuas hati dengan hasil karya kerja kursus projek yang berjaya kami sempurnakan ini dengan lengkap. Di samping itu juga, saya berasa amat gembira kerana mempunyai ahli-ahli kumpulan yang bertolak ansur dan berkerjasama.

26

MOHD DZULFIKHA ZULKANAIN ALVARADO Alhamduillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan dengan sempurna. Dalam semester ini melalui subjek EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Dalam tugasan kali ini kami dikehendaki mengkaji satu kes yang berlaku dikalangan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan kami memilih untuk mengkaji tentang pelajar yang mempunyai masalah displin yang bersifat disruptif. Menurut Oxford Advanced Learners Dictionary, masalah disruptif adalah sebarang perlakuan negatif murid yang akan menganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Setelah saya mengkaji kes ini bersama rakan-rakan, saya dapat mengetahui bahawa masalah ini sukar dikesan oleh guru kerana sifat-sifat murid yang mempunyai masalah ini tidak akan ditunjukkan leh murid tersebut. Antara sifatsifat itu ialah kurang memberikan perhatian semasa proses P&P, sentiasa bersifat pasif, sering mengelak daripada aktiviti akademik mahupun kokurikulum dan juga sering mengajuk percakapan guru semasa P&P. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam mengesan masalah murid yang mempunyai masalah ini. Guru harus sentiasa berinteraksi dengan muridmurid supaya dapat mengenal pasti dan mencari penyelesaian pada peringkat awal. Guru juga harus sentiasa peka dengan kewujudan murid yang berkelakuan sebegini. Kemahiran untuk membezakan murid-murid ini akan membantu guru memilih penyelesaian yang lebih efektif untuk membantu murid-murid. Antara penyelesaian yang kami temui dalam kajian kes ini, saya mendapati yang amat berkesan. Teknik ini merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan untuk menjaga kebajikan murid. Menurut Hornby, Hall dan Hall (2003) bantuan yang diberikan kepada murid ialah dari segi peribadi, perkembangan sisal dan mral, bimbingan akademik dan vokasional. Dengan teknik ini, guru boleh membangunkan keyakinan diri dan displin kendiri. Hal ini kerana murid yang mempunyai masalah ini mempunyai tahap keyakinan yang amat rendah. Contohnya, murid tidak ingin terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dengan semua aktivti akademik dan kokurikulum. Selain itu, pendekatan berpusatkan murid amat membantu murid untuk menumpukan perhatian semasa prses P&P.

27

Kesan teknik ini pula ialah murid dapat memperkembangkan elemenelemen JERIS dalam dirinya dan meningkatkan minat pembelajarannya dan seterusnya menggalakkan pembelajaran secara konstruktivisme. Akhir sekali, saya amat bersyukur dapat menyelesaikan tugasan ini dengan rakan-rakan kumpulan. Tugasan sebegini amat membantu kami sebagai bakal-bakal guru untuk mempersiapkan diri kami bagi menempuh alam pekerjaan sebagai guru dengan jayanya. Sekian.

28

Anda mungkin juga menyukai