Anda di halaman 1dari 29

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) Tajuk : MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS KARANGAN JENIS FAKTA

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 KREATIF DENGAN APLIKASI TEKNIK ICI.

PENDAHULUAN Bahasa Melayu merupakan bahasa teras yang menjadi bahasa rasmi negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dirangka dengan bermatlamat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi haruslah ditepati dengan pelaksanaan pendidikan yang berteraskan ilmu yang sejajar dengan perkembangan dan potensi diri murid-murid. Oleh yang demikian, fungsi mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipelajari di sekolah-sekolah hendaklah mempunyai matlamat yang seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Justeru, kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seharusnya menjadi kitab bagi subjek ini. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) adalah berteraskan kepada tiga kemahiran utama bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kamaruddin Haji Husin, Siti Hajar dan Arbie Sujud (1997 : 217) menyatakan murid perlu menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis. Kesemua kemahiran ini berkait rapat dan saling melengkapi. Maka, pada akhir persekolahan rendah nanti, diharapkan agar murid dapat menggunakan kemahiran berbahasa dengan baik pada masa hadapan. Antara kemahiran-kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis, kemahiran menulis merupakan suatu kemahiran komunikasi yang amat penting dan juga lebih sukar dikuasai oleh
1

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) murid berbanding dengan kemahiran asas yang lain. Menulis juga merupakan tingkat atau aras kemahiran yang terakhir dan tertinggi yang perlu dikuasai oleh murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh kerana kemahiran ini ialah kemahiran yang lebih kompleks, penguasaan terhadap kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid memerlukan bimbingan dan latihan yang khusus daripada guru mata pelajaran. Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh setiap murid kerana penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis akan membolehkan mereka melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. Murid-murid perlu dididik dan diasuh untuk menguasai tiga peringkat kemahiran menulis iaitu pratulisan, tulisan mekanis dan peringkat pelahiran mental. Sekiranya murid-murid tidak dapat menguasai ketiga-tiga peringkat kemahiran menulis ini, mereka akan mengalami masalah untuk menterjemah idea dan fikiran mereka dalam bentuk tulisan. Kemahiran menulis (mengarang) juga memberi kepentingan kepada kegiatan pendidikan formal dalam negara kita. Hal ini kerana kebanyakan ujian dan peperikasaan rasmi memerlukan pengucapan idea, pendapat, fakta dan lain-lain yang disampaikan dalam bentuk penulisan dan karangan. Maka tidak hairanlah jika kemahiran menulis sangat dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dari peringkat sekolah rendah lagi. Namun begitu, murid-murid masih lagi mempunyai masalah dalam kemahiran menulis dan mengarang ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan analisis keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada tahun 2012. Berdasarkan Teks Pengumuman Analisis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Tahun (UPSR) 2012, peratusan murid yang mendapat gred ABC dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan menunjukkan kenaikan sebanyak 0.01 peratus iaitu 91.05 peratus berbanding 91.04 pada tahun 2011. Walaupun peratusan ini menunjukkan peningkatan, namun selebihnya iaitu 8.95 peratus daripada 62188 bilangan calon yang menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan ini masih lagi berada dalam tahap yang kurang memuaskan iaitu mendapat gred D dan E.
2

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) Hal ini jelas menunjukkan bahawa penguasaan murid dalam kemahiran menulis masih lagi belum sepenuhnya meningkat dengan baik dan boleh dikatakan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah tidak efektif kepada sebilangan murid ini. Justeru, dapatlah dikatakan bahawa kelemahan menguasai kemahiran menulis ini akan menjejaskan keupayaan murid menghasilkan satu bentuk karangan yang sempurna dan tersusun. Mereka juga akan menjadi cepat bosan serta tidak mempunyai semangat untuk menjawab soalan peperiksaan. Jika kita sebagai pendidik dan guru Bahasa Melayu tidak menangani masalah ini dengan bijak dan serius maka ini akan mengakibatkan murid bersikap sambil lewa terhadap pelajaran dan seterusnya lebih buruk lagi, mereka akan gagal dalam pelajaran.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Saya merupakan seorang guru praktikal yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah di pinggir bandar Kampar, Perak. Saya telah memulakan latihan mengajar di sekolah tersebut pada 21hb Januari 2013 selama tiga bulan. Praktikum kali ini merupakan praktikum fasa ketiga dan merupakan pengalaman ketiga saya menjalani latihan mengajar di tiga sekolah yang berbeza dari segi latar belakang, sosiobudaya dan pelbagai aspek dalam kalangan murid-muridnya. Saya telah ditugaskan untuk mengajar kelas 4 Kreatif yang mempunyai bilangan murid seramai 24 orang yang rata-ratanya berpencapaian tinggi dan sederhana dalam semua mata pelajaran dalam kalangan murid tahun 4 sekolah berkenaan. Pada mulanya saya berasa agak gemuruh untuk mengajar murid-murid kelas ini kerana 70 peratus bilangan murid dalam kelas 4 Kreatif terdiri daripada murid-murid bukan Melayu. Mereka terdiri daripada lapan orang murid berbangsa Cina, tiga orang murid berbangsa India, dua orang murid berketurunan Sikh, dua orang murid asli dan seorang lagi merupakan warga asing yang berasal daripada Sri Langka. Hanya 30 peratus iaitu lapan orang murid sahaja yang berbangsa Melayu. Hal ini membimbangkan saya kerana saya tertanya-tanya adakah murid-murid ini dapat menguasai kesemua

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) kemahiran bahasa? dan apakah yang perlu saya lakukan untuk mengajar mereka sekiranya mereka masih belum dapat menguasai kemahiran asas bahasa? Oleh yang demikian, saya cuba mendekati murid-murid tahun 4 Kreatif ini untuk menyelami permasalahan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah dengan bertanyakan kepada guru mata pelajaran tersebut mengenai pencapaian mereka dalam ujian atau peperiksaan sebelum ini. Namun begitu, guru tersebut telah menjelaskan bahawa ujian dan peperiksaan masih belum dijalankan lagi memandangkan sesi persekolahan baru sahaja bermula pada awal Januari lalu. Ujian kecil atau ujian sumatif pula tidak pernah dijalankan melainkan latihan-latihan ulang kaji dan kerja sekolah yang diberikan kepada murid-murid. Apa yang saya dapati daripada temu bual dengan guru tersebut ialah rata-rata murid tahun 4 Kreatif telah biasa melakukan kesalahan ejaan, tanda baca dan hukum D-M dalam membina ayat sama ada berpandukan gambar atau perkataan yang diberikan. Kesalahan-kesalahan ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh muridmurid bukan sahaja dalam kalangan murid 4 Kreatif malahan juga murid-murid lain dalam sekolah tersebut. Oleh yang demikian, apa yang dilakukan oleh guru mata pelajaran ialah meminta murid-murid melakukan pembetulan daripada kesalahan yang dilakukan dalam latihan yang diberikan kepada mereka. Menurut guru tersebut juga, kekurangan idea yang bernas dan menarik, juga perbendaharaan kata yang terhad menyebabkan murid-murid tidak dapat membina ayat yang kreatif dan gramatis. Hanya beberapa orang murid sahaja dalam kelas tersebut yang dapat menguasai kemahiran membina ayat yang baik dan gramatis. Hal ini sangat membimbangkan saya kerana saya harus memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang saya akan jalankan dalam bilik darjah. Saya telah membuat persediaan yang rapi seperti yang biasanya dilakukan sebelum ini untuk mengajar Bahasa Melayu kepada 4 Kreatif. Rancangan pengajaran dan pembelajaran telah saya buat dengan panjang lebar bagi memastikan langkah pengajaran saya menepati objektif pengajaran agar hasil kerja murid menepati situasi
4

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) pengajaran dan pembelajaran yang sebenarnya. Semasa mengajar juga, saya telah meminta guru mata pelajaran tersebut untuk memerhatikan pengajaran yang saya jalankan. Setelah itu, saya berbincang dengan beliau untuk mendapatkan respon dan komen-komen yang mungkin boleh membantu saya dalam membuat kajian tindakan kelak. Melalui beberapa proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan, saya dapati murid-murid 4 Kreatif mempunyai masalah ketara dalam penguasaan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. Mereka agak sukar menterjemahkan pelbagai kata dalam bahasa Melayu dengan betul. Saya berpendapat bahawa faktor bahasa ibunda dan bahasa yang digunakan oleh murid-murid bukan Melayu sehari-hari menyebabkan mereka tidak dapat melahirkan istilah-istilah yang betul dalam bahasa Melayu. Malahan murid-murid berbangsa Melayu dalam kelas tersebut juga mengalami masalah yang sama. Kadangkala, saya perlu menjelaskan sesuatu perkataan atau istilah dalam bahasa Inggeris untuk memberi kefahaman kepada mereka tentang sesuatu perkara. Saya sedar perkara ini adalah salah, namun, untuk memberi kefahaman kepada mereka, saya terpaksa melakukannya. Oleh hal yang demikian, apa yang saya lakukan ialah saya memberikan latihan cari kata dalam kata untuk menguji perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu mereka. Mereka dikehendaki untuk mengeluarkan seberapa banyak perkataan dalam perkataan yang saya berikan. Sebagai contoh, perkataan berkesinambungan . Muridmurid boleh menyenaraikan perkataan seperti bunga, besi, bersinar dan sebagainya. Latihan yang berterusan secara intensif dapat meningkatkan serba sedikit penguasaan mereka dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Selain itu juga, saya telah merancang pengajaran dan pembelajaran bagi menguji kemahiran menulis peringkat terakhir iaitu pelahiran mental. Peringkat ini memerlukan murid-murid melahirkan idea dan buah fikiran mereka dalam bentuk pengucapan tulisan iaitu karangan. Saya telah memilih karangan tidak berformat iaitu karangan jenis fakta untuk dijadikan bahan ujian dan melihat sejauh mana pencapaian mereka dalam kemahiran menulis karangan ini. Namun begitu, sebelum menjalankan
5

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) pengajaran dan pembelajaran, saya telah bertanyakan guru matapelajaran mengenai penguasaan mereka dalam kemahiran menulis karangan ini. Guru itu berpendapat, mereka masih boleh membina ayat-ayat mudah dalam karangan dan mengetahui cara menulis karangan dengan baik. Namun mereka masih perlu dibimbing untuk membina dan mengolah isi dengan baik dan sesuai dengan tajuk karangan yang diberikan. Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan, saya telah menggunakan teknik pemetaan I-Think untuk mewujudkan suasana pengajaran yang lebih efektif dan meningkatkan pemahaman mereka dalam membina karangan. Namun begitu, pada detik saya menyebut perkataan peta minda dalam kelas, murid-murid bertanyakan kepada saya, Cikgu, peta minda tu apa? , Cikgu, bagaimana nak buat peta minda? dan pelbagai lagi soalan lain. Hal ini membuat saya sedikit terkejut kerana memikirkan murid-murid tahun 4 yang sudah berumur 10 tahun masih lagi belum didedahkan dengan pemetaan grafik atau lebih dikenali sebagai peta minda. Saya terus menerangkan tentang peta minda secara mudah dan meminta mereka membina peta minda di dalam buku latihan penulisan mereka. Dengan tajuk Cara-cara Menjadi Pelajar Cemerlang, saya menggunakan teknik sumbang saran untuk mendapatkan idea mereka secara terbimbing. Saya lihat mereka dapat memberikan isi dan idea yang baik bagi tajuk tersebut dan apabila saya bertanyakan bagaimana untuk memulakan karangan jenis fakta, mereka dapat menjawabnya dengan betul. Saya telah memberikan tempoh masa selama 45 minit untuk menyiapkan karangan mudah yang bertajuk Cara-cara Menjadi Pelajar Cemerlang dengan berbantukan peta minda sebagai panduan untuk mereka menghasilkan karangan dengan baik. Sementara itu, saya berperanan membimbing mereka untuk menulis karangan tersebut. Namun begitu, selepas 45 minit berlalu dan kelas saya sudahpun berakhir, mereka masih belum dapat menyiapkan karangan tersebut apabila diminta. Hanya segelintir daripada mereka sahaja yang dapat menyiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas itu, saya meminta murid-murid yang belum menyiapkan karangan
6

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) mereka supaya menyiapkannya di rumah dan menghantar buku latihan penulisan kepada saya pada keesokkan hari. Apabila saya menyemak buku latihan penulisan yang telah siap dan dihantar, saya dapati, walaupun murid-murid 4 Kreatif dapat memberikan idea dan isi yang baik, namun mereka tidak dapat mengolah isi tersebut dengan lebih mendalam dan menggunakan ayat yang lebih gramatis dalam karangan mereka. Terdapat kesalahan biasa yang dilakukan oleh rata-rata mereka antaranya ialah kesalahan ejaan, tanda baca dan tatabahasa yang masih lagi dilakukan oleh mereka. Andaian yang dapat saya buat ialah murid-murid ini baru sahaja didedahkan dengan karangan jenis fakta ini. Saya juga beranggapan bahawa murid-murid ini masih lagi belum didedahkan dengan cara menulis karangan yang betul dan mantap serta teknik-teknik menulis karangan dengan baik supaya dapat mengolah isi-isi penting karangan jenis fakta. Guru mata pelajaran juga mungkin tidak menitikberatkan penguasaan kemahiran menulis peringkat pelahiran mental iaitu menulis karangan mudah semasa mereka berada di tahap satu iaitu tahun satu, dua dan tiga. Saya bimbang jika masalah ini tidak ditangani dengan baik, murid-murid tidak akan dapat menulis karangan dengan baik dan mantap seterusnya menjawab peperiksaan yang akan dihadapi kelak. Hal ini juga mendorong saya untuk mencari satu kaedah yang sesuai dan bertepatan untuk membantu murid dalam meningkatkan penguasaan menulis isi karangan jenis fakta. Sekiranya masalah ini berterusan iaitu murid terus melakukan kesilapan dan kesalahan yang sama, hal ini akan menjejaskan usaha untuk mencapai objektif pengajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam kemahiran menulis seterusnya membantutkan prestasi murid untuk mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya juga sebagai seorang pendidik merasa terpanggil untuk bertanggungjawab dalam menyelesaikan permasalahan ini.

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH)

SOROTAN LITERATUR Menulis merupakan satu kemahiran asas yang terpenting berbanding dengan kemahiran asas yang lain seperti membaca, mendengar dan bertutur. Kepentingan kemahiran menulis sememangnya tidak dapat disangkal sekiranya dilihat akan keperluannya sebagai penuntut sekolah, sebagai calon peperiksaan dan pelajar sebagai bakal tenaga kerja. Menurut Marohaini Yusoff, 2004, dalam dunia persekolahan, banyak kegiatan pembelajaran yang menghendaki pelajar mempunyai kemahiran menulis. Kemahiran menulis bukan sahaja diperlukan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi juga dalam hampir kesemua mata pelajaran lain seperti Sejarah, Geografi, Sains dan Kesusasteraan Melayu yang terdapat dalam kurikulum sekolah. Kegiatan pembelajaran di sekolah lazimnya memerlukan para pelajar menulis esei atau laporan berhubung dengan pelajaran mereka. Hakikatnya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar atau murid untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, kemahiran menulis merupakan bahagian utama dalam pendidikan formal yang menuntut kecekapan mental dan kemahiran kendiri untuk mencari, mengumpul, mencanai dan menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan pendapat. Sukatan Pengajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003) memperincikan kemahiran menulis sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan seperti yang tersenarai dalam objektifnya yang keempat iaitu mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsurkan pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) Bagi subjek Bahasa Melayu, penulisan karangan merupakan suatu bentuk wacana yang memerlukan kemahiran kognitif yang kompleks dan merupakan tugas yang mencabar bagi guru oleh murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (Nik Safiah dan rakan-rakan (1993:400). Kemahiran menulis karangan adalah berteraskan kepada membina idea yang difikir dalam minda dan diluahkan dengan menulis di atas helaian kertas. Berdasarkan penulisan karangan, guru mengetahui sejauh mana idea dan juga penguasaan perbendaharaan kata yang dikuasai murid. Hal ini juga disokong oleh Sulaiman Masri dalam Dahlia Janan dan rakan-rakan (2004:224) yang menyatakan kemahiran menulis merujuk keupayaan murid mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui dengan menggunakan ayat gramatis, mekanis (tanda baca dan ejaan yang betul), serta tulisan yang jelas dan kemas. Selain daripada mengeluarkan idea kognitif, penulisan karangan juga mampu melahirkan perasaan dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru secara langsung (Raminah Sabran: 1989).Murid juga diberi kebebasan melahirkan pendapat, fikiran, komen, cadangan dan ulasan ketika menulis karangan. Jika dilihat daripada aspek lain pula, fikiran mereka dapat dikawal oleh tajuk yang disediakan guru. Oleh itu, dapatlah dijelaskan bahawa karangan adalah latihan dalam melahirkan fikiran, perasaan dan idea secara bebas tetapi dikawal oleh arahan, peraturan dan tajuk karangan yang disediakan. Hal ini dapat dijelaskan lagi dengan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan adalah salah satu kemahiran yang perlu diberi perhatian yang khusus.Kemahiran dalam penulisan karangan boleh dipelajari tetapi pendekatannya berbeza kerana penulisan tidak berbentuk fakta yang boleh dihafal. Sebaliknya, penulisan memerlukan latihan, iaitu percubaan menulis yang dilaksanakan berkali-kali (Roselan Baki:2003). Latihan yang berkesan perlu disertakan dengan

kandungan ilmu penulisan yang sewajarnya iaitu ilmu yang dapat diamalkan dan dapat dijadikan rujukan.Seseorang itu perlu melaksanakan latihan penulisan dan kemudian menilai penulisan yang dihasilkan. Penggunaan kemahiran penulisan akan terbina

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) sekiranya ilmu penulisan diberikan dalam satu bentuk latihan yang sistematik, intensif dan berterusan. Kajian Rohana Ibrahim (2002) juga menyokong isu tersebut yang menyatakan bahawa mengarang merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dilatih kerana ia penting dimiliki oleh setiap orang murid. Sebahagian besar daripada pendidikan formal memerlukan kerja-kerja menulis dan mengarang sebagai kaedah untuk menyampaikan maklumat, idea, peranan dan pendapat.Namun, jika dilihat pada hari ini, kebanyakan guru tidak begitu mengambil berat tentang teknik pengajaran. Tambahnya, kebanyakan mereka hanya menggunakan teknik yang sama iaitu berbincang dengan pelajar tentang isi-isi penting kemudian menyuruh pelajar mengarang sebuah karangan. Berdasarkan kepada pendapat tersebut jelas menyatakan bahawa peri pentingnya menggunakan latihan mengarang kepada murid dan senario menggunakan teknik mengarang dalam karangan murid. Broto (1974, seperti yang dinyatakan dalam Hidir Ali, 2004: 4) pula memberi pendapat yang selari dengan pendapat tersebut yang menyatakan bahawa kemahiran mengarang sangat perlu bagi pelajar baik untuk keperluan seharian mahupun untuk meneruskan pelajaran. Oleh itu, kemahiran ini patut dikembangkan secara bersistematik di peringkat sekolah rendah dan dikembangkan di peringkat sekolah rendah dengan bimbingan berterusan hingga ke peringkat lebih tinggi. Pada umumnya terdapat dua bentuk karangan iaitu karangan berfakta dan karangan tidak berfakta (Rohana Ibrahim:2002). Bagi karangan berfakta ia mempunyai peraturan tertentu yang mesti dipatuhi. Karangan jenis ini mempunyai pemilihan katakata, aspek penggunaan bahasa dan laras tertentu yang harus dipatuhi oleh pelajar. Bagi murid sekolah rendah, mereka telah mula didedahkan dengan karangan fakta dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran mengarang yang baik dalam

kalangan murid perlu agar murid dapat mengarang karangan yang berkualiti. Hal ini sejajar dengan kekerapan karangan fakta yang sering menjadi salah satu soalan dalam Kertas 2 Penulisan Karangan UPSR.

10

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) Pelbagai masalah timbul yang melibatkan penulisan karangan dewasa ini. Bagaimanakah ia boleh terjadi? Apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh murid? Apakah bentuk penambahbaikkan yang perlu dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan guru Bahasa Melayu dalam kelas? Laporan Lembaga Peperiksaan Malaysia (1986, seperti dinyatakan dalam Hidir Ali, 2004:15) pula menyatakan prestasi karangan peringkat SPM pada tahun 1985 menunjukkan calon-calon lemah dari segi tatabahasa, termasuklah struktur ayat dan penguasaan perkataan.Akibatnya terdapat ayat-ayat yang meleret-leret dan adakalanya tergantung. Manakala, Hazlan dan Ranisya Abdullah (2000, seperti dinyatakan dalam Hidir Ali, 2004:15) mendapati kelemahan sesebuah karangan dari segi persembahan berpunca daripada kegagalan pelajar menguasai asas dan strategi menulis karangan. Kelemahan utama yang dihadapi oleh pelajar dalam menulis karangan bukan setakat untuk mendapatkan idea, tetapi mereka menghadapi masalah bagaimana cara untuk menyatakan idea tersebut dalam bentuk ayat yang jelas dan tersusun (Rohaida Binti Shaharum, 2005:2). Hal ini juga disokong oleh Profesor Diraja Ungku Aziz (1987) yang menyatakan bahawa masih ramai pelajar sekolah di negara ini yang tidak tahu menulis dengan cara penulisan yang betul. Menurut beliau, keadaan ini berlaku berikutan kurangnya perhatian serta penekanan yang diberikan oleh guru-guru terhadap gaya tulisan murid. Masalah penggunaan bahasa kolokial juga timbul dalam penulisan karangan murid. S. Nathesan (2012) dalam sebuah artikel Majalah Dewan Bahasa (2012:48) menyatakan bahawa ada pelajar, oleh sebab terpengaruh dengan bahasa basahan, kerap menggunakan kata basahan dalam penulisan mereka. Tambahnya, dalam pengajaran dan pembelajaran, pelajar dan murid hendaklah dinasihati supaya tidak menggunakan kata kolokial dalam penulisan dan percakapan mereka, terutamanya dalam konteks rasmi. Tuntasnya, bagi mengatasi masalah dalam kemahiran menulis, murid hendaklah diberi beberapa pendedahan secara sistematik melalui peringkat-peringkat

perkembangan tertentu yang antara lain meliputi gerak kerja penulisan, menulis secara
11

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) mekanikal dan penulisan semula (Jalil,1997 seperti dinyatakan dalam Baktiar Omar, 2011:112). Oleh itu, secara kesimpulannya, pelbagai masalah yang masih timbul dalam kalangan murid bagi penulisan karangan mereka. Hal ini akan mengakibatkan penurunan prestasi dan peratus markah bagi penulisan karangan. Seterusnya boleh menjejaskan reputasi murid khususnya dan subjek Bahasa Melayu umumnya.

FOKUS KAJIAN Sebelum saya melaksanakan sendiri pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bersama murid tahun 4 Kreatif, saya telah mendapatkan kebenaran untuk memantau beberapa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu kelas 4 Kreatif. Saya juga meminta kebenaran untuk melihat sendiri pengajaran yang dijalankan oleh guru bahasa Melayu dalam kelas yang lain untuk melihat gaya pembelajaran murid-murid di sekolah ini. Saya juga telah menjalankan perbincangan bersama guru terbabit berhubung dengan masalah yang paling ketara dilakukan oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dapatan pemerhatian dan perbincangan adalah seperti yang saya jangkakan, sangat berkait rapat dengan isu penguasaan kemahiran menulis karangan yang ingin saya kaji. Justeru, peluang mengajar yang telah diberikan kepada saya sepanjang praktikum itu telah saya gunakan dengan sebaiknya. Walaupun pada mulanya saya agak gugup untuk melakukan persediaan mengajar yang baik, tetapi saya dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjurus kepada

permasalahan murid-murid tahun 4 Kreatif. Saya dapat mengesan pelbagai masalah yang dihadapi murid untuk menulis sebuah karangan. Kelemahan yang ketara diperolehi melalui pemerhatian dan penilaian berdasarkan buku latihan penulisan murid. Setelah saya menganalisis dan melakukan penyemakan, terdapat enam kelemahan murid tahun 4 Kreatif dalam menulis karangan iaitu kelemahan dalam mencari isi karangan fakta, kegagalan menghubungkan isi
12

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) karangan dengan huraian, kekeliruan dalam memulakan perenggan baharu, isi yang tidak bertepatan dengan tajuk karangan, isi yang berulang dalam setiap perenggan dan masalah tanda baca dalam karangan. Kesilapan dalam menulis karangan juga telah disenaraikan oleh Mohd Hazlan dan Ranisya Abdullah (2002, seperti dinyatakan dalam Hidir Ali, 2004:6) menyatakan bahawa sesebuah karangan yang lemah dari segi persembahan berpunca daripada kegagalan pelajar menguasai asas dan strategi menulis karangan.Antara kesilapan dari segi persembahan yang dilakukan oleh sesetengah murid ialah : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Ketiadaan pendahuluan. Pendahuluan yang lemah dan hanya menimbulkan kesan. Penyusunan isi yang tidak teratur. Terdapat lebih daripada satu isi dalam satu perenggan. Huraian bagi setiap isi yang tidak mantap. Tidak menyatakan contoh atau contoh yang tidak tepat. Kesinambungan isi antara perenggan tidak lancar. Membuat penutup secara tiba-tiba. Ketiadaan rumusan, kesimpulan dan pendirian. Berdasarkan kepada permasalahan yang timbul dalam kalangan murid-murid kelas 4 Kreaif, masalah yang dilihat paling major dan menonjol ialah masalah dalam mencari isi karangan fakta dengan binaan karangan yang tidak mempunyai isi yang baik, contoh yang sesuai dan impak dalam perenggan. Keputusan menyatakan

masalah tersebut dikukuhlan lagi dengan pemerhatian yang saya lakukan dengan menggunakan pengalaman di dalam bilik darjah serta semakan buku latihan penulisan. Dalam kajian ini, apa yang ingin difokuskan ialah teknik pengajaran karangan berfakta. Karangan jenis ini mempunyai peraturan tertentu yang harus dipatuhi. Hal ini
13

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) merangkumi aspek pemilihan kata-kata, aspek penggunaan bahasa dan laras tertentu yang harus dipatuhi oleh murid-murid. Murid-murid haruslah mengemukakan isi dengan fakta yang sebenar, logik dan menepati kehendak soalan. Pemilihan kepada fokus masalah ini adalah berikutan kerana kelemahan yang dilihat ketara dalam kalangan murid-murid ini. Selain itu, signifikan dalam fokus kajian ini adalah berikutan kerana soalan karangan fakta adalah salah satu elemen dalam soalan Bahasa Melayu Kertas 2 iaitu Penulisan dalam peperiksaan dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang meletakkan pemberatan markah bagi satu karangan fakta ialah 30 markah dan perlu dijawab dalam masa 40 minit. Oleh itu, adalah wajar untuk saya mengambil berat permasalahan ini agar dapat membantu murid dalam meningkatkan kualiti penulisan karangan fakta muridmurid.Kepentingan penulisan karangan fakta dengan elemen isi, contoh dan impak adalah bertujuan untuk menghasilkan sebuah karangan yang sempurna dan cemerlang. Selain itu, saya akanmembantu murid untuk melahirkan perasaan berminat tehadap pengajaran dan pebelajaran. Jika saya tidak membantu murid dalam meningkatkan kualiti penulisan karangan fakta mereka, hal ini akan menjejaskan markah mereka dalam ujian dan peperiksaan yang mereka jalani. Selain itu, jika permasalahan ini terus dibiarkan, akan menyebabkan murid akan menghadapi masalah dalam menyatakan isi dalam perenggan setiap karangan. Murid juga akan menghasilkan karangan fakta yang lemah dan tidak mantap seterusnya akan menyebabkan markah murid akan terjejas. Berdasarkan hakikat ini, saya akan fokus kepada permasalahan yang telah saya pilih dan menangani masalah murid yang menghadapi masalah dalam kualiti penulisan karangan fakta.

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif Umum

14

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) Secara umum, kajian ini dirancang untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran menulis peringkat pelahiran mental (mengarang) murid tahun 4 Kreatif agar dapat menulis dan mengolah isi karangan jenis fakta dengan mantap melalui teknik ICI. Di samping itu, melalui teknik ini, murid-murid diharap dapat meningkatkan markah penulisan dalam pencapaian mereka.

Objektif Khusus Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk : i) meningkatkan penguasaan kemahiran pelahiran mental karangan jenis fakta melalui teknik ICI (Isi, Contoh, Impak) ii) meningkatkan keupayaan kemahiran menulis isi karangan jenis fakta dengan mantap menggunakan ayat yang betul dan gramatis, iii) membantu murid meningkatkan kualiti penulisan karangan dan meningkatkan markah penulisan dalam pencapaian mereka. (mengarang) isi

Soalan Kajian i) Bagaimanakah teknik ICI (isi, contoh, impak ) dapat membantu murid menguasai kemahiran menulis isi karangan jenis fakta dengan baik dan betul? ii) Sejauh manakah keberkesanan teknik ICI (Isi, Contoh, Impak) ini dapat meningkatkan kemahiran menulis dan mengolah isi karangan jenis fakta dengan menggunakan ayat yang betul dan gramatis? iii) Adakah teknik ICI (Isi, Contoh, Impak) ini dapat membantu mutid meningkatkan kualiti penulisan karangan dan meningkatkan markah penulisan dalam pencapaian mereka?

15

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH)

KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan sepuluh orang murid-murid yang berumur 10 tahun (4 Kreatif) di Sekolah Kebangsaan M. Sekolah ini terletak di tengah-tengah bandar Kampar dan mempunyai sejarahnya tersendiri kerana sekolah ini telah dibina pada zaman pemerintahan British dan dikatakan bahawa sekolah ini telah berusia 110 tahun. Sepuluh orang murid tersebut terdiri daripada lima orang perempuan dan lima orang lelaki. Mereka terdiri daripada empat orang murid berbangsa Cina, dua orang berbangsa India, dua orang berbangsa Melayu dan seorang lagi adalah orang asli. Murid-murid ini terdiri daripada latar belakang keluarga yang sederhana. Mereka tergolong dalam kalangan murid yang sederhana prestasi di dalam kelas pertama daripada tiga kelas tahun empat di sekolah tersebut. Kesepuluh orang murid ini juga mempunyai prestasi yang baik dari segi disiplin dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada pihak sekolah.

RANCANGAN TINDAKAN Pada peringkat perancangan ini, saya akan mengenal pasti bidang keprihatinan yang akan saya kaji. Sewaktu peringkat awal kajian dijalankan, pelbagai masalah penulisan karangan yang dilihat berdasarkan penyemakan buku latihan penulisan murid dan pemerhatian yang dilakukan. Pada peringkat ini saya telah mengenal pasti masalah murid yang wujud. Masalah yang dikenal pasti ialah murid-murid tersebut lemah dalam membina isi karangan dalam penulisan karangan. Saya fokuskan karangan murid kepada penulisan karangan jenis fakta. Masalah ini mula dilihat apabila saya menyemak karangan murid-murid dan mendapati penulisan mereka lemah dari segi penulisan isi dan huraiannya. Pada peringkat ini juga, saya telah menjalankan ujian
16

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) diagnostik untuk memperoleh responden kajian. Seramai sepuluh orang telah dipilih sebagai responden yang terdiri daripada lima orang perempuan dan lima orang lelaki. Responden yang dipilih adalah berdasarkan kelemahan mereka dalam menyatakan isi dalam penulisan karangan. Saya mula memikirkan langkah yang wajar dalam mengatasi masalah muridmurid ini. Perbincangan dengan guru pembimbing dan guru mata pelajaran di sekolah tersebut telah membawa kepada persetujuan dalam menggunakan teknik ICI. Teknik ini digunakan pada langkah dua semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan teknik ICI ini menggunakan jari-jemari untuk merangka isi karangan seterusnya membentuk tiga elemen utama dalam perenggan iaitu isi, contoh dan impak. Penggunaan teknik ini mampu meningkatkan kemahiran dan penguasaan

penulisan murid-murid melahirkan idea dalam penghasilan karangan yang baik dan lebih berkualiti. Oleh itu, pelaksanaan penyelidikan tindakan ini menggunakan beberapa kaedah dalam pengumpulan data yang melibatkan analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Data yang diperoleh seterusnya dianalisis dan diinterpretasikan sebagai

dapatan hasil penyelidikan tindakan.

TEKNIK PENGUMPULAN DATA Pengumpulan data menggunakan alat ukur yang sesuai betujuan untuk membantu penyelidik mendapatkan gambaran tentang bilik darjah. Saya menggunakan tringulasi data terhadap pelbagai sumber untuk memastikan keesahan dan kebolehpercayaan data. Berdasarkan kaedah kajian penyelidikan, saya menggabungkan beberapa teknik pengumpulan data iaitu kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Datadata akan dikumpul menggunakan kaedah yang dibuat untuk mendapatkan data yang tepat serta menguji tahap keberkesanan teknik ICI yang diuji. Dalam kajian ini, saya bertindak menjadi penyelidik dan pemerhati dan melibatkan diri dengan aktiviti yang sesuai dan memerhati aktiviti yang sedang berlaku.
17

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) Saya menggunakan dua cara dalam melaksanakan pemerhatian iaitu pemerhatian tidak berstruktur dan pemerhatian berstruktur. Saya melakukan pemerhatian tidak berstruktur pada setiap masa sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini bertujuan untuk meneliti segala perlakuan responden dan kejadian dalam situasi yang dikaji. Beberapa aspek yang saya perhatikan ialah perlakuan murid, perlakuan saya sendiri dan rentetan peristiwa yang berlaku dalam pelaksanaan teknik ICI. Pemerhatian yang utama dijalankan untuk melihat tahap murid dalam penulisan karangan yang baik. Data-data yang diperoleh, saya catat untuk rujukan dan refleksi. Seterusnya, untuk melaksanakan pemerhatian berstruktur, saya akan menggunakan senarai semak dalam membuat pemerhatian. Saya akan menjalankan kaedah pemerhatian sebelum dan selepas teknik ICI didedahkan kepada responden. Analisis dokumen merupakan satu sumber penting bagi penyelidik mendapatkan data semasa menjalankan kajian tindakan (Rosli Sahat dan rakan-rakan, 2011:61). Saya memilih analisis dokumen sebagai alat ukur penyelidikan yang dilakukan untuk membantu dalam mengutip data atau maklumat berguna dari dokumen-dokumen yang dikaji. Selain itu, analisis dokumen juga bertujuan untuk mengetahui tentang data yang sudah ada dan data yang perlu dikutip semasa kajian (Rosli Sahat dan rakan-rakan, 2011:61). Justeru, saya memilih instrumen pengumpulan data jenis analisis dokumen iaitu saya mengkaji menggunakan bahan yang wujud atau bahan yang disediakan oleh responden. Saya juga telah memilih menganalisis dokumen jenis primer iaitu hasil kerja murid tahun 4 Kreatif. Jenis dokumen yang dianalisis ialah hasil kerja murid seperti latihan murid, rekod prestasi murid-murid dan buku aktiviti. Pada awal tinjauan, saya telah melihat latihan kerja sekolah yang saya berikan kepada murid. Saya dapat mengenal pasti masalah murid iaitu masalah mencari isi penting dalam penulisan karangan. Rentetan kepada perkara tersebut, saya telah merangka satu perancangan untuk mengesan murid-murid yang perlu diberikan

18

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) perhatian yang khusus dan menjadi responden kepada kajian saya. Saya telah

merancang beberapa tajuk yang akan dinilai untuk dijadikan bahan ujian kajian. Saya turut memilih kaedah temu bual sebagai medium dalam pungutan data kajian yang dijalankan. Temu bual ialah situasi di mana penemu bual akan bertanya soalan kepada seseoarang atau lebih responden secara bersemuka (Sabitha, 2009 seperti dinyatakan dalam Rosli Sahat dan rakan-rakan, 2011:62). Kepentingan temu bual dapat dilihat berdasarkan keberkesanan mendapatkan maklumat dengan cara yang lebih mendalam dan terperinci. Hal ini jelas kerana, pengkaji akan berhubung terus dengan responden secara terus untuk mendapatkan maklumat secara langsung. Saya akan menggunakan pendekatan kaedah temu bual yang berstruktur. Sesi temu bual akan dilaksanakan sebelum penggunaan teknik ICI dan selepas menggunakan teknik ICI. Saya juga telah merancang beberapa soalan yang dijawab semasa temu bual dijalankan. Soalan temu bual yang dirangka berdasarkan kajian dan menggunakan aras bahasa yang bersesuaian dengan tahap responden agar mudah difahami. Perbincangan bersama guru pembimbing dalam menentukan keesahan item soalan temu bual dilakukan untuk memperolehi kebenaran sepanjang temu bual dijalankan. Saya menggunakan instrumen temu bual sebelum dan selepas dalam kajian ini adalah bertujuan untuk menunjukkan perubahan pengetahuan asas responden serta reaksi positif responden dalam penulisan karangan fakta.

TEKNIK ANALISA DATA Data yang diperoleh akan dianalisis dalam keputusan kajian. Saya memilih untuk menganalisis data menggunakan pendekatan kualitatif iaitu secara penulisan naratif. Instrumen pengumpulan data akan dianalisis berdasarkan analisis dokumen,

pemerhatian dan temu bual seperti yang telah saya nyatakan dalam bab sebelum ini. Analisis Dokumen

19

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) Analisis dokumen akan saya jadikan instrumen major yang digunakan dalam pemerolehan data yang saya gunakan. Hasil kerja sepuluh orang responden dinilai berdasarkan empat karangan fakta yang diuji. Hasil dapatan akan dianalisis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik ICI berdasarkan hasil kerja murid. Penskoran markah penulisan karangan responden dinilai berdasarkan sistem pemarkahan penulisan karangan bagi peperiksaan UPSR sebenar yang

memperuntukkan 30 markah seperti yang berikut : Markah Ejaan /3 markah Isi /20 markah Format /2 markah Struktur Ayat /3 markah Tanda Baca /2 markah Jumlah = /30 markah Jadual 1 Sistem pemarkahan penulisan karangan Bil 1. 2. 3. 4. 5. Aspek

Selepas membuat semakan terhadap hasil penulisan karangan responden, saya akan memberikan gred kepada keputusan murid. Gred diklasifikasikan kepada

beberapa peringkat iaitu gred A (25- 30), gred B (18-24), gred C (12-17) dan gred D (011). Saya juga akan merekodkan markah murid di dalam jadual pencapaian

responden. Hal ini memudahkan saya untuk melihat perkembangan responden dalam menghasilkan karangan fakta yang berkualiti menggunakan teknik ICI. Untuk melihat keberhasilan teknik ICI yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan jenis fakta, saya akan menggunakan senarai semak bagi melihat perubahan dan pencapaian responden dalam menulis karangan. Perubahan dan pencapaian mereka akan saya catatkan dalam jadual. Pemerhatian Seterusnya, pelaksanaan pemerhatian berstruktur, saya menggunakan senarai semak dalam membuat pemerhatian. Saya akan menjalankan kaedah pemerhatian sebelum
20

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) dan selepas teknik ICI didedahkan kepada responden. Saya juga telah meminta rakan sejawat saya untuk membuat pemerhatian terhadap pengajaran yang akan saya laksanakan sepanjang pengajaran teknik ICI. Saya akan menggunakan senarai semak dalam pemerhatian yang berstruktur sepanjang teknik ICI diaplikasikan kepada responden. Sepanjang mengaplikasikan senarai semak pemerhatian yang dijalankan, saya merujuk kepada guru pembimbing agar perjalanan kajian akan lebih lancar dan berpandu. Saya juga akan menganalisis dapatan pemerhatian untuk mendapatkan

maklum balas terhadap keberkesanan penggunaan teknik ICI yang digunakan dalam penulisan karangan fakta yang baik dalam kalangan responden. Pemerhatian akan dijalankan sepanjang pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Saya meminta bantuan rakan sejawat untuk membantu dalam membuat pemerhatian terhadap diri saya sepanjang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Beliau akan duduk di belakang kelas dan memerhati keadaan bilik darjah sepanjang pengajaran dan pelaksanaan. Pemerhatian dijalankan sebelum dan selepas teknik ICI didedahkan. Terdapat enam item pemerhatian yang perlu diperhatikan. Rekod pemerhatian dibahagikan kepada dua, iaitu rekod pemerhatian guru dan rekod pemerhatian murid. Pelaksanaan pemerhatian dijalankan sebelum dan selepas teknik ICI didedahkan bertujuan untuk memerhati perbezaan penulisan karangan responden. Senarai semak bagi rekod pemerhatian guru dan murid akan dilampirkan dalam bahagian lampiran tugasan ini. Temu bual Instrumen ketiga yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah temu bual. Kaedah ini dilaksanakan sebelum teknik ICI didedahkan dan sebaik sahaja pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik ICI dijalankan. Hal ini bertujuan untuk mengetahui reaksi positif murid dan keberkesanan teknik ICI dalam meningkatkan kualiti penulisan karangan fakta dan juga menilai tahap kefahaman responden terhadap teknik ini.
21

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) Saya akan menemu bual kesemua responden iaitu lima orang responden lelaki dan lima orang responden perempuan. Temu bual akan dijalankan secara individu. Seperti kaedah pemerhatian, kaedah temu bual juga dijalankan sebelum dan selepas teknik ICI didedahkan. Hal ini bertujuan untuk melihat reaksi positif responden terhadap penggunaan teknik ICI dalam penulisan isi karangan fakta responden.
Bil. Tarikh dan Waktu Pelaksanaan Aktiviti Catatan

Terdapat tiga item soalan temu bual yang yang dijadikan bahan persoalan sebelum teknik ICI diajarkan kepada murid. Manakala terdapat enam soalan temu bual yang digunakanselepas teknik ICI diajarkan kepada murid. Protokol temu bual sebelum dan seleps teknik ICI dijalankan akan dilampirkan dalam bahagian lampiran.

22

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH)


1. 13. 14. 15. 2. 16. 3. 4. 5. 17hb Januari 2013 18hb Februari 2013 19hb Februari 2013 20hb 2013 23hb Februari Januari 2013 26hb Februari 2013 25hb Januari 2013 29hb Januari 2013 30hb Januari 2013 Membuat pembacaan teliti untuk memahami Menghantar draf kertas cadangan untuk Kajian Tindakan. semakan guru pembimbing Mengedit draf kertas cadangan dan membuat pemurnian Menghantar draf kertas cadangan untuk Berbincang dengan guru pembimbing dan guru semakan pensyarah mata pelajaran tentang kelemahan atau Mengedit kertas cadangan dan membuat masalah pembelajaran murid-murid tahun 4 Kreatif Meninjau p&p Bahasa Melayu bagi kelas-kelas tahun 4 Menjalankan p&p dan mengenal pasti masalah murid-murid tahun 4 Kreatif Membuat refleksi p&p dan membuat tinjauan literatur Dijalankan Mencatat kesalahan sepanjang pelaksanaan kertas Mengedit cadangankesalahan dan kajian tindakan Mencatat Membuat kesalahan catatan tentang masalah Mengedit kesalahan murid-murid Mengenalpasti kelemahan Berbincang dengan guru mata pelajaran Merujuk sumber buku dan internet serta kajian yang lepas Membuat refleksi p&p Membuat catatan fokus kajian Dilaksanakan selepas p&p Berbincang dengan guru mata pelajaran dan guru pembimbing Berbincang dengan guru mata pelajaran dan guru pembimbing Membuat catatan anggaran kos Dilaksanakan secara berperingkat

6. 7. 8. 9.

2hb Februari 2013 3hb Februari 2013 5hb Februari 2013 7hb Februari 2013

Menjalankan p&p, mengenal pasti fokus kajian dan pengumpulan data awal Menentukan fokus kajian dan membuat huraian Membuat analisis data awal untuk kajian tindakan Membincangkan kekuatan dan kelemahan teknik ICI

10.

10hb Februari 2013

Membuat rancangan kajian tindakan

11. 12.

10hb Februari 2013 12hb Februari 2013

Membuat anggaran kos kajian Menulis draf kertas cadangan kajian tindakan

RANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

23

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH)


pemurnian Menghantar kertas cadangan kajian tindakan untuk semakan pensyarah Melaksanakan kajian tindakan langkah 1, 2, 3 dan mengumpul data Membincangkan kekuatan dan kelemahan kajian tindakan yang telah dijalankan dengan guru pembimbing Menganalisis data-data yang diperolehi Membuat refleksi kajian Menulis laporan kajian tindakan Menyediakan laporan kajian tindakan untuk pembentangan Membentangkan hasil laporan kajian tindakan

17. 18. 19.

1hb Mac 2013

Dilaksanakan Belum dilaksanakan Belum dilaksanakan

20. 21. 22. 23. 24.

Belum dilaksanakan Belum dilaksanakan Belum dilaksanakan Belum dilaksanakan Belum dilaksanakan

Jadual 1:

Rancangan Pelaksanaan Tindakan

Kos Anggaran Perbelanjaan Kos yang dianggarkan bagi menjalankan kajian tindakan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2 di bawah. Bil Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kertas A4 (lembaran kerja) Buku tulis garis satu Kad manila Pen penanda kekal Pen penanda papan putih Dakwat pencetak (hitam) RM 118.80 1 rim x RM 12 24 x RM 0.70 20 x RM 1 5 x RM 4 5 x RM 4 3 x RM 10 RM 12 RM 16.80 RM 20 RM 20 RM 20 RM 30 Jumlah Kos

Jumlah

Jadual 2 :

Kos Anggaran Kajian

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa kerana Dia telah memberikan peluang kepada saya untuk terus kuat dan tabah dan kesempatan yang diberikan oleh-Nya sehingga saya dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan. Ribuan terima kasih
24

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) saya ucapkan kepada pensyarah Penyelidikan Tindakan kerana telah memberikan tanggungjawab yang besar ini kepada saya sehingga saya dapat menimba pelbagai pengalaman yang mungkin tidak dapat saya timba di mana-mana tempat. Tugasan Penyelidikan Tindakan Bahasa Melayu Pendidikan Rendah ini benarbenar melibatkan diri saya dalam permasalahan yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah. Walaupun saya baru sahaja memulakan tugas sebagai guru dalam latihan di sekolah, tetapi tugasan ini telah menyebabkan saya menjadi lebih peka kepada permasalahan murid dalam

pembelajaran Bahasa Melayu. Pengalaman ini sungguh berharga kerana sebelum ini semasa menjalani amalan profesional praktikum, saya tidak pernah memfokuskan diri kepada masalah pembelajaran kerana saya hanya tertumpu kepada pengajaran yang ingin saya jalankan sehari-hari dan penyeliaan daripada pensyarah pembimbing. Seterusnya, saya dapat mengenalpasti serta menentukan isu kajian bagi menyediakan kertas cadangan ini bagi kajian tindakan yang akan saya laksanakan. Proses mengenalpasti masalah isu ini sememangnya agak memberati fikiran dan perasaan saya. Hal ini kerana saya melihat murid-murid 4 Kreatif mempunyai pelbagai masalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah. Walaupun masalahmasalah tersebut adalah masalah minor, tetapi masalah ini perlu diatasi dengan bijak supaya mereka tidak lagi membiasakan diri melakukan kesalahan dalam pembelajaran. Oleh hal yang demikian, saya telah menjalankan perbincangan demi perbincangan bersama guru pembimbing saya dan beberapa lagi guru Bahasa Melayu di sekolah. Saya turut melakukan perbincangan dengan rakan-rakan sejawatan saya untuk menentukan kesesuaian tajuk dan isu yang akan saya ketengahkan. Saya juga turut membincangkan tentang kebolehpercayaan dan kesahan bahan dan isu yang ingin saya uji kepada murid-murid tahun 4 Kreatif. Sebaik sahaja saya menerima dan memulakan tugasan kertas cadangan kajian tindakan ini, saya cuba meneliti serta memahami kehendak tugasan agar mudah untuk saya memulakan tugasan ini. Setelah itu saya cuba mencari bahan-bahan berkaitan dengan tugasan ini seperti yang diminta sama ada melalui internet, majalah, dan
25

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) bahan-bahan bacaan yang lain. Saya juga telah meneliti nota-nota yang dibekalkan oleh pensyarah serta membaca contoh-contoh kajian tindakan yang dipaut daripada laman sesawang. Saya turut mentelaah sumber buku seperti Kajian Tindakan untuk PISMP serta jurnal bahasa di samping membuat tinjauan menggunakan buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kekangan masa menjadi masalah utama dalam proses penghasilan tugasan ini. Mana tidaknya, setiap hari bekerja, saya perlu menyiapkan persediaan rancangan pengajaran harian, menyediakan bahan bantu mengajar yang baik dan menyiapkan diri dengan tugas-tugas khas yang lain di sekolah mahupun tugasan yang telah diberikan pihak institut. Oleh sebab itu, saya tidak dapat memberikan komitmen dan fokus yang tinggi terhadap tugasan kertas cadangan kajian tindakan ini. Walaupun begitu, saya tetap cuba berusaha mencari dan mencuri masa untuk mengumpul bahan-bahan rujukan yang diperlukan untuk penghasilan kertas cadangan ini. Saya telah merapatkan diri dengan buku-buku rujukan, kajian-kajian yang lepas dan jurnal-jurnal pendidikan dengan kaedah kepustakaan. Tidak cukup dengan bahan di pusat sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, saya telah pergi ke Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Ternyata, ada hikmahnya saya bersusah payah ke sana kerana pusat sumber di universiti tersebut umpama syurga buku dan bahan rujukan untuk pendidikan. Pada waktu cuti persekolah pula, saya merajinkan diri ke perpustakaan awam negeri Melaka di kampung saya untuk menambahkan pengetahuan dan bahan dalam penyelidikan tindakan ini. Sesungguhnya ini adalah adalah pengalaman paling berharga buat saya kerana saya bukanlah seorang pelajar yang ulat buku dan suka menghadap buku-buku dan jurnal, tetapi keadaan memerlukan saya mendekatkan diri dengan bahan-bahan tersebut. Akhirnya, usaha saya membuahkan hasil kerana saya dapat mengumpul bahan-bahan tersebut untuk penghasilan tugasan ini. Oleh kerana kekangan masa jugalah, penulisan kertas cadangan ini agak lewat dimulakan. Tetapi, dengan bahan-bahan rujukan, catatan yang telah dicatit melalui pemerhatian dan perbincangan banyak membantu saya menulis kertas cadangan ini
26

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) dengan baik dan lancar. Walaupun sibuk dengan tugasan lain dan aktiviti di sekolah, saya sentiasa membahagikan masa dengan bijak dan baik. Setiap kali mempunyai kelapangan, saya akan mencungkil idea dan buah fikiran untuk diluahkan ke dalam penulisan kertas cadangan ini. Tuntasnya, tugasan ini telah memudahkan saya untuk memahami setiap penerangan dan huraian berkaitan dengan konsep, matlamat dan keperluan kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan aplikasinya. Hal ini terbukti kerana apabila saya dapat menentukan isu terkini dalam pendidikan yang ingin saya kaji melalui penyelidikan tindakan, saya perlu mengenal pasti dan menganalisis apa yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini. Tugasan ini bukannya mudah, kerana saya seumpama seorang doktor yang didatangi pesakitnya dan saya perlu mengenalpasti punca penyakit dan mencari penawar bagi penyakit tersebut. Sebagai contoh, semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah mengenal pasti masalah kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid-murid dan saya perlu mencari jalan berdasarkan kaedah-kaedah yang dipelajari untuk membantu murid-murid

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Melalui tugasan ini juga, saya juga berpeluang meningkatkan pemahaman saya dan meransang kemahiran berfikir saya untuk menganalisa data yang relevan dengan berfokuskan kepada sorotan literatur yang telah saya tinjau sebelum dan semasa mengumpul bahan rujukan. Melalui penulisan sorotan literatur tersebut, saya berasa amat kagum dengan usaha dan keupayaan pengkaji seperti Mahoraini Yusoff, Raminah Sabran, Roselan Baki, Rohana Ibrahim dan seumpamanya. Dapatan daripada kajian mereka sangat berguna dan menjadi panduan kepada saya untuk meneruskan kajian mereka dengan kaedah yang baru dan lebih segar. Hal ini juga menjadi titik tolak dan sumber inspirasi kepada saya untuk membuat penulisan kertas cadangan kajian tindakan ini. Selain itu, melalui penghasilan tugasan ini, saya juga sedar bahawa peranan seorang guru terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu semata-mata, tetapi guru perlu bijak memainkan peranan sebagai
27

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) penyelesai masalah yang dihadapi oleh murid supaya dapat menjamin pembangunan individu. Hal ini seiring dengan Falsafah Pendidikan Guru yang menginginkan guru-guru di negara ini sentiasa peka dengan keperluan murid dan sentiasa berpandangan progresif dan saintifik untuk mendidik anak-anak murid. Justeru, apa yang boleh saya simpulkan melalui penghasilan kertas cadangan kajian tindakan ini ialah objektif tugasan yang diutarakan sangat memberi kesan yang mendalam dan menjurus kepada hasil pembelajaran Penyelidikan Tindakan 1 Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (Kaedah). Hal yang demikian adalah kerana melalui penghasilan kertas cadangan ini, saya sebagai bakal guru dapat melihat sejauh mana keberkesanan teori-teori dan model yang dicadangkan dapat membantu saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Dengan pengetahuan yang tinggi dan mantap mengenai teori dan model ini juga diharap dapat membantu saya membina kaedah saya yang tersendiri untuk membantu permasalahan dan isu terkini yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah. Alhamdulillah, syukur sekali lagi saya panjatkan kepada-Nya kerana telah memberi inspirasi yang cukup baik dan menghantar insan-insan yang cukup hebat dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat ibu dan ayah yang sentiasa memberi sokongan yang padu. Terima kasih juga buat guru pembimbing, Puan Maziah bt Mohd Yusop, guru-guru di Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS) Kampar dan insan-insan mulia yang membantu secara langsung dan tidak langsung sepanjang penghasilan tugasan ini. Segulung ucapan terima kasih saya utuskan juga buat pensyarah pembimbing, Puan Normah Kamarodzan yang sangat saya kasihi dan hormati kerana telah banyak membimbing saya menyiapkan tugasan ini dengan informasi-informasi yang berguna dan sentiasa memberi dorongan dan motivasi yang tiada putusnya. Tidak lupa juga kepada Dr Shaharuddin bin Shaari yang menurunkan ilmu-ilmu yang begitu berguna dan beliau sentiasa bersemangat mendidik dan mengajarkan ilmu tentang penyelidikan

28

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2013 (KAEDAH) tindakan. Jasa mereka tidak dapat saya balas kecuali dengan doa dan harapan supaya mereka sentiasa diberkati oleh Allah dan dilimpahkan rezeki yang baik. Saya berharap dengan penulisan kertas cadangan ini, saya dapat menjalankan penyelidikan tindakan terhadap isu yang telah saya pilih dan ketengahkan.

29

Anda mungkin juga menyukai