Anda di halaman 1dari 24

KAJIAN KLINlKAL LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUTTAHAPPERKEMBANGAN

SUATU KAJIAN DAN PENYELIDIKAN

Oleh

Prof Dr. Abdul shukor Hashim Kajian Senilukis Dan Senireka ITM, Shah Alam February 1999

COPYRIGHT @ UiTM

PENGHARGAAN
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ITM, khasnya kepada Biro Penye1idikan dan Perundingan (BRC) kerena memberikan kerjasama dalam penyelidikan yang telah dilaksanakan ini. Tanpa bantuan tersebut penyelidikan ini mungkin tidak menjadi kenyataan. Terima kasih juga kepada staf Fakulti Seni Lukis Dan Senireka terhadap segal a dorongan dan sokongan untuk saya menghasilkan penyelidikan ini.

ii

COPYRIGHT @ UiTM

VITA

2 Ogos, 1946 1968 1969 - 1974 1974

Lahir di Muar, lohor Sijil Perguruan Guru Menengah Sijil Guru "specialist" (pendidikan Seni) Adv. Diploma (Curf. Studies in Art Ed.) Birmingham, U.K. M.A in Art Education (Birmingham, U.K) Ph.D (Art Education) Ohio State University Columbus, Ohio USA

1976 - 1977

1979

1989

lawatan Sekarang : (1999) Dekan (Profesor) Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka ITM, Shah Alam

III

COPYRIGHT @ UiTM

Kandungan Penghargaan
11

VITA

111

Kandungan

IV

Latarbelakang

Signifikan Kajian

Kaedah Penyelidikan

Huraian
1
2

11 - 40

Peringkat umur 2 hingga 4 tahun Peringkat umur 4 hingga 7 tahun Peringkat umur 7 hingga 9 tahun Peringkat umur 9 hingga 11 tahun Peringkat umur 11 hingga 13 tahun Peringkat umur 13 hingga 17 tahun

3 4 5

Rumusan

41

Cadangan dan Penutup

52

Rujukan

60

Lampiran

iv

COPYRIGHT @ UiTM

'

ABSTRAK

Kajian Klinikal Lukisan Kanak-Kanak ini merupakan sebuah hasil penyelidikan yang

melibatkan lukisan kanak-kanak dari umur 2 tahun hingga ke 17 tahun.

Sebanyak lebih kurang satu ratus tiga puluh buah lukisan kanak-kanak telah digunakan sebagai 'sample' penyelidikan. Data menunjukkan bahawa terdapat banyak kelemahankelemahan kanak-kanak di dalam lukisannya terutamanya aspek-aspek kemahiran penggunaan bahan dan media serta pendedahan kepada persekitaran mereka.

Kajian ini akan menjadi panduan kepada pendidik-pendidik seni di dalam perancangan kurikulum kelak.

COPYRIGHT @ UiTM

Latarbelakang

Lukisan kanak-kanak pada kebiasaannya, dapat dilihat di sekolah-sekolah tadika, sekolah rendah dan rnenengah.

Tidak banyak para pendidik seni di Malaysia rnernikirkan perkernbangan lukisan kanak-kanak tersebut. Di Barat tokoh-tokoh pendidik seni telah banyak rnernbuat kajian lukisan kanak-kanak itu. Di antaranya ialah Rhodda Kellog, Victor Lowefeld, Hebert Read, Brent & Majorie Wilson, Me Fee dan lain-lain lagi.

Menurut pendidik-pendidik seni di Barat lukisan kanak-kanak rnernperlihatkan perkernbangan psikologi dan intelek kanak-kanak. Mereka rnernbesar bersarnasarna irnej lukisan yang di lahirkan.

COPYRIGHT @ UiTM

Victor Lowerfeld telah membuat kajian beribu-ribu lukisan kanak-kanak dan telah menentukan tahap-tahap perkembangan mereka. Enam tahap-tahap ini adalah seperti berikut :

1.

Tahap contengan (Scribbling Stage) 2 hingga 4 tahun

2.

Tahap Pra skematik (Preschematic) 4 hingg 7 tahun.

3.

Tahap Skhematik (Schematic) 7 hingga 9 tahun.

4.

Tahap menjelang Realisma (Dawning Realism) 9 hingga 11 tahun.

5.

Tahap Pseudo Naturalisma (Pseudo Naturalisme) 11 hingga 13 tahun.

6.

Tahap Remaja (Adolescence) : a) b) Krisis Remaja (Crisis of adolescence) (13 - 17 tahun) Remaja (Adolescence) 17 tahun

COPYRIGHT @ UiTM

Signifikan Kajian

Kajian ini melibatkan lukisan-Iukisan 6 tahap (seperti yang di tentukan oleh Lowenfeld) bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembangan lukisan kanakkanak di Malaysia dalam keadaan normal mengikut perkembangan atau kematangan umur mereka.

Kajian ini kelak akan jadi tahap pengukur bagi perkembangan kanak-kanak ke arah kemajuan atau peningkatan kebolehan atau kemampuan melahirkan karya yang bermutu semasa di bangku sekolah.

Data-data kelak akan dapat membantu para pendidik seni dalam menyediakan kurikulum pendidikan seni (khususnya lukisan) yang lebih berkesan kelak. Dan dengan itu pendidik-pendidik akan dapat mengajar dengan lebih berkesan lagi.

COPYRIGHT @ UiTM

Tujuan

Tujuan utama kajian lukisan kanak-kanak ini ialah untuk menganalisa lukisan kanak-kanak di berbagai tahap perkembangan untuk guru-guru seni kelak menyediakan kurikulum yang sesuai untuk kanak-kanak di bangku sekolah di Malaysia.

Persoalan-persoalan yang akan di kemukakan ialah :

Adakah kanak-kanak membesar di ikuti oleh kematangan tahap lukisannya juga?

Adakah

terdapat

perbezaan-perbezaan

individu

dalam

satu-satu

tahap

perkembangan itu?

Ada kaitankah perkembangan kanak-kanak dengan persekitaran mereka?

Ada perbezaan di antara pelajar lelaki & perempuan dari segi lukisannya? Siapa kelihatan lebih matang lagi?

Bagaimana

simbol-simbol

di

lahirkan

oleh

kanak-kanak

di

tahap-tahap

perkembangan nya?

COPYRIGHT @ UiTM

Bagaimana langkah-langkah untuk mempertingakatkan kebolehan (skill) dan bakat kanak-kanak di dalam berkarya?

COPYRIGHT @ UiTM

Kaedah Penyelidikan

Kaedah kajian klinikal lukisan kanak-kanak pada 6 tahap dijalankan. 'Sample' diperolehi dari 130 buah lukisan kanak-kanak Malaysia (sekitar Lembah Klang) dari berbagai peringkat umur hingga remaja (2 - 17 tahun). Sebanyak diantara dua puluh hingga duapuloh sembilan buah lukisan dikumpulkan mengikut tahap perkembangan seperti yang telah di tentukan oleh Victor Lowenfeld.

Istilah klinikal membawa konotasi diagnosis seperti para doktor atau surgeon mendiagnose para pesakit.

COPYRIGHT @ UiTM

Lukisan-lukisan di analisa dengan cara menghurai dan merumus mengikut 8 matrik yang di tetapkan :

1.
2. 3.

Daya imaginasi Tema Rupa & Bentuk Susun atur dan komposisi Garisan Warna Media Teknik

4.
5.
6.

7.
8.

Akhirnya cadangan dibuat untuk mempertingkat kematangan melukis pelajarpelajar bagi tiap-tiap tahap perkembangan mereka. Dan ini memberi 'tips' / 'signal' kepada pendidik-pendidik seni di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas di dalam menyediakan kurikulum yang sesuai untuk sekolah-sekolah di Malaysia.

COPYRIGHT @ UiTM

Literature review

Me Fee (1977) menjelaskan bahawa lukisan kanak-kanak itu berkaitan dengan berbagai-bagai aspek termasuklah komunikasi, simbolisma, bahasa, psikologi dan budaya.

Bagi Me

Fee "attitude" kita tantang sem berkisar di sekitar budaya, dan

latarbelakang pengalaman.

Bagi Me Fee lagi skop lukisan kanak-kanak semestinya bersifat antarabangsa dan dipelajari dari sekolah ke rumah mereka dan seterusnya diamalkan dalam masyarakatnya.

Me Fee telah mengajarkan teori "peception - deleanition" yang ditimba dari Gestalt teori psikologi padang (field psychology)

Menurut Me Fee keseluruhan situasi dan bahagian-bahagian (parts) bergantung kepada lain-lain bahagian. Bagi Me Fee P-Dtheory menyatakan bahawa kanakkanak belajar melibatkan sahsiah dan keadaan dalam kehidupan termasuklah

aspek-aspek mental dan fizikal. Faktor lain juga termasuklah perkembangan persepsi set, tindak balas serta latihan-Iatihan di dalam budayanya.

COPYRIGHT @ UiTM

Mc Fee telah menghasilkan teori lukisan kanak-kanak. Teori-teori ini adalah seperti berikut:

1. 2. 3. 4. 5.

Teori "Naive Realisme" Teori "Intellectualist" Teori "Perceptual development" Teori "Haptic & Visual" T eori "Age - Based concepts of developmental"

Teori "NaiveRealisme" menjelaskan bahawa apa yang dilihat oleh kanak-kank sarna seperti yang tergambar di otaknya. Oleh itu apa yang di lukisnya sarna seperti yang di lukis oleh orang dewasa tetapi orang dewasa melukis dengan lebih matang mengikut kematangan otot-ototnya.

Teori "Intellectualist" memberitahu kita bahwa kanak-kanak melukis menurut apa yang mereka tahu, kenaI biasa dengan rupa dan rasanya. Mc Fee menjelaskan lagi bahawa kanak-kanak berkomunikasi juga melalui lukisannya. Oleh itu konsep ini menguatkan hujah beliau bahawa kanak-kanak melukis dari apa yang mereka tahu atau kenali.

Teori persepsi pula menyatakan bahawa kanak-kanak melukis dari apa yang dilihat. Menurut beliau proses pengamatan/persepsi bermula dengan "undifferentiated

COPYRIGHT @ UiTM

wholes" dan "receeds more details". Tetapi kanak-kanak dan orang dewasa berbeza dari segi persepsi mereka.

Teori "Haptic & Visual", orientasi ruang

adalah "biogenic factor" dan tidak

diperbaiki oleh pengalaman. Dipercayai bahawa kanak-kanak "haptic" bergantung kepada emosi bagi mengorientasi kepada dunia manakala kanak-kanak "visual" menfaatkan apa yang terdapat di persekitaran visual nya.

Teori "developmental" pula memperlihatkan perkembangan kanak-kanak mengikut tahap kronologi umur mereka.

Akhir sekali teori "pseudo realism" lukisan mendatar oleh kanak-kanak dipanggil skima dan kesemua lukisan bersifat skimetik. Dua kategori lukisan kanak-kanak dikenali sebagai skima mendatar dan skima "perspektif'

10

COPYRIGHT @ UiTM

HURAIAN

Bagi kanak-kanak, seni adalah sesuatu yang dinamik dan unik. Perlulah diketahui bahawa perkembangan lukisan adalah menggambarkan peningkatan kematangan. Proses interaksinya dengan alam sekeliling amat berguna sebagai pendedahan untuk meningkatkan pengalaman dan kefahaman dalam membina sesuatu konsep.

Maka disini, dibahagikan enam kategori huraian tentang tahap kematangan kanakkanak dari pelbagai peringkat umur. Juga ini dijelaskan dengan berpandukan kepada lapan matrik seperti berikut :

11

COPYRIGHT @ UiTM

1.

Peringkat umur 2 hingga 4 tahun (Tahap Contengan)

Daya imaginasi

100% kesemuanya mempunyai daya imaginasi yang tinggi kerana gambaran atau idea yang cuba ditonjolkan menunjukkan daya kreativiti mereka terserlah walaupun mereka masih lagi diperingkat awal, tetapi gambarangambaran yang dihasilkan jelas menunjukkakn kepekaan mereka terhadap persekitaran atau suasana di sekeliling mereka. Walaupun penghasilan mereka berupa lakaran dan contengan tetapi tahap inilah merupakan asas bagi kebolehan melukis dan merupakan permulaan bagi kanak-kanak melakarkan idea mengikut daya imaginasi mereka.

Tema

100% tema yang digambarkan adalah berkisar persekitaran atau suasana sekeliling mereka seperti buah-buahan, matahari dan orang-orang yang rapat dengan mereka seperti ayah, emak dan sebaginya. Apabila mereka melukis adalah menggunakan idea seperti yang mereka fikiran.

12

COPYRIGHT @ UiTM

Rupa Dan Bentuk

100% kesemuanya pada pringkat ini, walaupun gambaran yang dihasilkan berupa lakaran atau contengan tetapi apa yang cuba disampaikan jelas menunjukkan idea seperti yang mereka fikiran. Sebagai contoh, bentuk bulat yang dilukiskan akan mewakili 'buah epaI', 'matahari' dan sebagainya. lni menujukkan mereka sudah tahu bagaimana bentuk objek tersebut.

Susunatur Dan Komposisi

71 % dapat menggambarkan idea dalam susunatur dan komposisi yang baik. Apa yang cuba disampaikan adalah dalam keadaan yang teratur. Rupa dan bentuk yang dihasilkan sesuai dengan tema yang ingin disampaikan. 29% tidak dapat menghasilkan komposisi dan susunatur yang baik. Gambaran yang dibuat tidak menepati bentuk dan rupa keadaan sebenar objek yang hendak disampaikan. Idea yang dilakarkan adalah dalam keadaan berselerak iaitu diantara objek jauh dan dekat adalah sama saiznya.

13

COPYRIGHT @ UiTM

Garisan

Kesemuanya 100% garisan yang dihasilkan adalah pelbagai jenis kerana pada peringkat ini mereka masih belum lagi dapat menggunakan jari mereka dengan berkesan hanya anggota badan digerakkan untuk melakarkan sesuatu objek pada permukaan kertas. Kadangkal dapat dilihat garisan yang berulang-ulang. Kualiti garisan yang dihasilkan adalah pelbagai disamping beberapa kesan yang tidak sengaja.

Warna

100% pada peringkat ini menggunakan warna yang berbagai-bagai. Setiap individu mempunyai warna yang tersendiri, apa yang dipilih adalah mengikut apa yang dirninati. Kanak-kanak pada peringkat ini akan bermain dengan warna dan kadang-kadang warna itu tidak mempunyai kaitan dan tidak memberi apa-apa makna. Mereka lebih suka kepada warna yang terang, iaitu lebih kepada warna-warna asas seperti merah, biru, kuning dan sebagainya.

14

COPYRIGHT @ UiTM

Media

20% pada peringkat ini menggunakan bahan atau media yang ringkas dan mudah seperti pensil, pensil wama dan krayon. Media yang dianggap rapuh ini dianggap sesuai dengan kemampuan kanak-kanak seperti daya yang diperolehi pada tangan mereka. Cara penggunaannya terpulang kepada kanak-kanak itu sendiri.

Teknik

Kesemuanya 100% menggemari teknik kering. Pada peringkat umur begini, teknik begini paling sesuai. Penggunaan pensil, pensil wama dan krayon adalah mudah jika dibandingkan dengan teknik basah menggunakan 'water colour' iaitu cat air yang mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak pada peringkat permulaan ini.

15

COPYRIGHT @ UiTM

2.

Peringkat umur 4 hingga 7 tahun (Tahap Pra Skematik)

Daya Imaginasi

50% rnernpunyai daya irnaginasi yang tinggi, ini adalah kerana lakaran yang dihasilkan adalah pengalarnan rnereka sendiri terhadap perkara-perkara yang rnereka lihat dan narnpak setiap hari. 25% rnernpunyai daya irnaginasi yang sederhana kerana garnbaran yang dihasilkan rnasih lagi tidak rnenepati dan rnasih lagi tidak tentu kedudukannya. 13% seorang sahaja yang rnernpunyai daya irnaginasi yang kurang. Apa yang dihasilkan tidak tersusun seolah-olah tidak ada kaitan diantara satu sarna lain.

16

COPYRIGHT @ UiTM

Tema

100% kesemuanya menggambarkan tema yang berkisar persekitaran manusia seperti alam semulajadi, hari keluarga, rumahku syurgaku dan sebagainya. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula melukis gambaran figura dan ditambah dengan objek-objek lain pada permukaan kertas.

Rupa dan Bentuk

100% pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula mengenali bentuk atau objek yang dilakar, dimana mereka telah dapat meniru objek-objek dihadapan mereka. Setiap bentuk objek yang dihasilkan adalah jelas, walaupun dalam keadaan yang tidak teratur.

Susunatur Dan Komposisi

100% kesemuanya dapat menggambarkan hasil karya dalam keadaan yang teratur. lni adalah kerana kanak-kanak ini sudah mula mengenali objekobjek disekeliling mereka. Mereka sudah mempunyai keinginan untuk mengolah bentuk-bentuk yang mempunyai kaitan yang dilakarkan dalam

17

COPYRIGHT @ UiTM

suasana yang lengkap. Penghasilan idea nampak lebih terkawal kerana sensitiviti atau deria rasanya serta pengawalan gerak geri telah dapat diselaraskan walaupun tidak sepenuhnya.

Garisan

100% pada peringkat ini juga, garisan yang dihasilkan adalah pelbagai jenis. Bagi sebahagian besar kanak-kanak pada peringkat ini masih mengalami kesukaran untuk menggayakan dan memegang pensil. Mereka belum pasti akan sesuatu tetapi gambaran kasar sudah mula menampakkan lakaran seni berdasarkan penggunaan dan kualiti garisan dalam penghasilan karya mereka.

Warna

100% kanak-kanak pada peringkat ini masih lagi menggunakan warnawarna yang kontras. Mereka masih lagi gemar menggunakan warna yang berbagai-bagai walaupun ada sebahagian daripada mereka yang sudah pandai memadankan warna-warna yang lebih lembut 'harmoni'.

18

COPYRIGHT @ UiTM

Warna yang bias a digunakan adalah berlainan untuk memberi perbezaan kepada bentuk-bentuk yang dilukis mengikut warna-warna tertentu atau warna yang telah dipilih seperti yang mereka minati setiap yang dihasilkan membawa makna yang tersendiri bagi dirinya, apa yang dibuat, diwarnakan boleh difahami.

Media

100% kanak-kanak pada lingkungan umur ini masih lagi menggunakan media yang ringkas seperti pensil, pensil warna dan krayon, tetapi terdapat sebahagian daripada mereka yang mahu mencuba media yang barn seperti ,charcoal' dan 'water colour'. Pada peringkat ini mereka agak berani dan meyakinkan. Penggunaan terpulang kepada kreativiti pelajar itu sendiri. Mereka didapati menghasilkan karya yang lebih berani kerana kebebasan menggunakan media, penggunaan satu media nampaknya mengongkong kebebasan mereka. Contohnya : jika diminta menghasilkan dua buah lukisan yang menggunakan pensil dan krayon, jika mereka berminat pada krayon mereka didapati kurang aktif pada media yang lain.

19

COPYRIGHT @ UiTM

Anda mungkin juga menyukai