Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, 75400 DURIAN DAUN, MELAKA.

TAJUK: KERTAS KERJA PROJEK PENGURUSAN BILIK SAINS DAN PROJEK MURAL BILIK SAINS TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR, MELAKA

TARIKH : 8 JULAI 2013 26 JULAI 2013

ANJURAN : GURU PELATIH PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2010 Dengan kerjasama PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR, MELAKA

1.0

PENGENALAN

Bilik Sains merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan dalam pengetahuan saintifik. Bilik Sains yang baik ialah Bilik Sains yang mempunyai iklim yang kondusif, dimana berada keadaan selamat, ceria dan sesuai dengan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam mewujudkan bilik sains yang kondusif, pihak sekolah perlu mewujudkan suasana ceria di bilik sains itu. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk menceriakan bilik sains antaranya ialah ; aktiviti membuat mural, menghasilkan taman mini atau taman Sains, menceriakan bilik darjah dan sebagainya. Menyedari kepentingan keceriaan di bilik sains, guru pelatih Internship telah bersepakat untuk membuat mural yang bertemakan alam di dalam bilik sains sekolah dan membuat pembersihan susuan semula bilik sains untuk kemudahan semua warga Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor.

2.0

RASIONAL

Tugasan yang diberi melalui pengalaman yang boleh mengintegrasikan antara teori, pengalaman sebenar dan latihan amali yang dapat memberi impak positif ke atas pemahaman guru pelatih berkaitan pengurusan makmal sains dan sumber. Program ini merupakan satu medium untuk memberi pendedahan yang lebih global kepada guru pelatih mengenai pengurusan makmal sains dan sumber. Projek keceriaan bilik sains bermatlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria dan cantik untuk pelajar iaitu selaras dengan misi sekolah iaitu mewujudkan prasarana sekolah yang paling selamat,kondusif dan ceria.

3.0

MATLAMAT

Program ini bertujuan memenuhi keperluan Internship dan setiap guru pelatih dikehendaki melaksanakan tiga projek/aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Projek melaksanakan mural dan pengurusan bilik sains ini bermatlamat untuk melahirkan guru yang mempunyai kefahaman dan pengalaman dalam pengurusan bilik sains dan membuka minda guru pelatih agar mengetahui lebih mendalam tentang cara sebenar pengurusan bilik sains di sekolah.

4.0

OBJEKTIF

Objektif utama program ini ialah : 1) Untuk mempelajari dan mengukuhkan fahaman tentang konsep pengurusan makmal sains dan sumber melalui tugasan projek yang diberikan. 2) Dapat menjadikan mural sebagai suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan murid yang menggunakan bilik sains sekolah. 3) Sebagai salah satu wadah untuk guru pelatih merasai sendiri pengalaman menguruskan sebuah bilik sains dari segi pengurusan yang sistematik. 4) Hasil kerja guru sebagai buah tangan/ kenang-kenangan apabila meninggalkan sekolah kelak.

5.0

TARIKH PROJEK

8 Julai 2013 26 Julai 2013

6.0

LOKASI PROJEK

Bilik Sains SK Pantai Kundor, Melaka 7.0 ANJURAN

Guru Pelatih PISMP Sains Ambilan Januari 2010 dengan kerjasama unit Panitia Sains SK Pantai Kundor, Melaka.

8.0

KATEGORI AKTIVITI

1. Menghasilkan mural dinding bilik sains 2. Pembersihan dan susunan semula alatan bilik sains

9.0

JAWATANKUASA PELAKSANAAN : Puan Saleha binti Osman

Penasihat

Pengerusi : En. Zaharizal bin Zakaria Naib Pengerusi: En. Ehsanuddin bin Abd Jalil (PK HEM) Pn. Masrah binti Ahmad (PK KK) Pn. Maryani binti Omae (PK KOKU) Ketua Projek Bendahari : Noor Hidayah binti Mohammad Maskuri

Setiausaha : Anis Syuhada binti Abdullah : Pn. Norwati binti Md. Nor

10.0 IMPLIKASI DIPERLUKAN 10.1 Bil. 1.0

KEWANGAN

DAN

ANGGARAN

PERALATAN

ANGGARAN KEWANGAN Perbelanjaan Peruntukan/orang (RM) Cat PELAKA ( putih, RM 14.80 x 7 biru, hijau, coklat, RM 3 x 6 RM 2 x 3 RM 2 x 2 RM 2 x 2 RM18 RM6 RM 4 RM 4 RM 135.60 hitam, kuning, merah Berus cat ( besar, sederhana, kecil) Pen marker ( hitam ) Pallet cat Plastik laminate Double sided tape Jumlah keseluruhan Jumlah(RM) RM103.60

2.0 3.0 4.0 5.0 6.0

10.2 PERALATAN YANG DIPERLUKAN Bil. 1. 2. 3. 4. KEPERLUAN Cat PELAKA Berus cat Pen marker Pallet cat KUANTITI 7 tin 6 batang 3 batang 2 buah

11.0 PENUTUP Kesimpulannya, diharapkan agar projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan juga mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Kalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama melaksana dan menjayakan program ini. Semoga Allah membalas semua usaha kita sebaiknya.

Disediakan oleh,

________________________________ ( NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMMAD MASKURI) Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu.

Disahkan oleh, ____________________________ (EN. ZAHARIZAL BIN ZAKARIA) Ketua Panitia Sains, SK Pantai Kundor, Melaka.

Diluluskan oleh, ____________________________ (PUAN SALEHA BINTI OSMAN) Guru Besar, SK Pantai Kundor, Melaka.

Anda mungkin juga menyukai