Anda di halaman 1dari 16

Share

More

Next Blog

Create Blog

Sign In

USAHAWAN

Friday, April 29, 2011

nuff

KONSEP KEUSAHAWANAN
PENGENALAN BERKENAAN KONSEP USAHAWAN
Apabila membincangkan topik perniagaan, kita tidak dapat lari dari bercakap mengenai keusahawanan kerana keusahawanan adalah teras dan tunjang kepada perniagaan. Jadi pendapat yang mengatakan seorang usahawan adalah seorang peniaga, tetapi seorang peniaga tidak semestinya seorang usahawan adalah tepat. Keusahawanan dan pembentukan urusniaga baru penting bagi mencipta dan mengekalkan ekonomi yang sihat kerana ia mencipta peluang-peluang pekerjaan baru, menambah keupayaaan eksport negara dan pertumbuhan ekonomi. Seseorang usahawan berfungsi sebagai pembangun ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan dunia. ( Zafir, 2005) Lantaran kehebatan peranan keusahawanan itu, seluruh masyarakat dunia sejak zaman dahulu lagi berlumba-lumba menceburkan diri dalam bidang ini. Masyarakat Melayu dan Bumiputera juga tidak ketinggalan. Apabila kita mengimbas kembali Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, penglibatan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan keusahawanan amat aktif sehingga pada suatu peringkat mereka berjaya menjadikan Selat Melaka dan Pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan tersibuk di dunia. ( Zafir, 2005) Kemajuan Pelabuhan Melaka pada masa itu dikatakan mencekik leher kota Venice yang sebelumnya antara pelabuhan utama dunia. Walaubagaimanapun selepas kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, bermula dengan Portugis pada 1511, diikuti Belanda, Inggeris, Jepun dan

Inggeris kembali sehingga 1957, semangat keusahawanan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera semakin pudar. Penjajah Inggeris umpamanya telah menanam satu kepercayaan di kalangan orang Melayu kononnya mereka tidak pandai berniaga. Ini diburukkan lagi dengan Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh Inggeris yang menggalakkan orang-orang Melayu tinggal di pedalaman dan kampung bertani sedangkan imigran dari Tanah Besar China ditempatkan di kawasan lombong bijih timah dan bandar-bandar besar bagi menjalankan perniagaan. Bidang keusahawanan di kalangan masyarakat Melayu kembali popular selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. DEB diperkenalkan selepas berlaku Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 di mana pada masa tersebut telah berlaku rusuhan antara kaum selepas pilihan raya umum diadakan. Punca utama pergaduhan kaum itu ialah timbulnya perasan tidak puashati antara orang Melayu dengan bukan Melayu berhubung penguasaan ekonomi negara. Kadar kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera pada masa itu sangat tinggi sedangkan orang-orang bukan Bumiputera menguasai bidang perniagaan dan membuat berbagai tuntutan kepada kerajaan yang menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai kaum Peribumi. Untuk mengatasi ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara kaum ini yang boleh menggugat keharmonian negara, DEB diperkenalkan dengan dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun kembali struktur ekonomi negara supaya sesuatu bidang ekonomi tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja. Semenjak dari itu, kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang keusahawanan tanpa menjejaskan kedudukan sedia ada bukan Bumiputera dalam bidang tersebut. Antara dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menggalakkan Bumiputera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ialah Dasar Pengswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia, Pemberian kontrak kerajaan kepada syarikat Bumiputera, Pengwujudan Kontraktor Kelas F, Pengenalan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) mewujudkan berbagai agensi yang berfungsi sebagai sistem sokongan usahawan. Selepas DEB tamat pada tahun 1990, kerajaan menubuhkan pula Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk meneruskan usaha-usaha menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.

Followers

Join this site


w ith Google Friend Connect

There are no members yet. Be the first!

Already a member? Sign in

Blog Archive

2011 (4) April (4) MENGENALPASTI DAN MEMILIH PERNIAGAAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN KONSEP KEUSAHAWANAN

1.2 DEFINISI KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN


Apakah yang dimaksudkan dengan keusahawanan dan usahawan? Sebenarnya tiada definisi yang jelas mengenai konsep keusahawanan dan usahawan. Penyelidik, pengarang dan berbagai pihak yang membuat pemerhatian dan kajian membuat pelbagai huraian mengikut disiplin masing-masing. Istilah keusahawanan dan usahawan digunakan oleh berbagai lapisan masyarakat dengan membawa erti yang berbeza. Walaupun terdapat beberapa persetujuan kepada definisi yang diterima pakai, namun begitu masih terdapat kekeliruan. Kesannya, tiada seorangpun yang dapat memahami sepenuhnya siapa usahawan dan apa yang mewujudkan keusahawanan. Di bawah ini adalah beberapa contoh definisi keusahawanan dan usahawan yang diberikan oleh sarjana-sarjana barat;

Tahun Definisi PADA TAHUN 1775 Richard Cantillon Usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko dan dia berbeza dari orang yang mengeluarkan modal PADA TAHUN 1794 Beaudau Usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko, membuat perancangan, penyeliaan dan pasaran. PADA TAHUN 1803 Jean Baptisle Say Usahawan ialah individu yang mengurus firma atau organisasi untuk pengeluaran dan pasaran. PADA TAHUN 1934 Jean Scumpeter Usahawan ialah seseorang yang berinovatif dan mampu mengembangkan teknologi yang belum pernah dicuba sebelum ini. PADA TAHUN 1961 David McClelland Usahawan ialah seseorang yang mengambil risiko secara sederhana. PADA TAHUN 1964 Peter Drucker Usahawan ialah individu yang memaksimumkan peluang yang ada. PADA TAHUN 1970 Hornaday dan Bunker Usahawan yang berjaya ialah individu yang memulakan perniagaan , membangunkannya sekurang-kurang lima tahun untuk membuat keuntungan dengan struktur tenaga kerja 15 orang atau lebih. PADA TAHUN 1972 Draheim Keusahawanan ialah tindakan mengasaskan sesebuah syarikat baru. Syarikat baru ini diurus dan diselia oleh individu yang bernama usahawan. PADA TAHUN 1974 Joseph Scumpeter Keusahawanan menggalakkan individu menghadapi risiko, membuat ramalan, keputusan dan inovasi. PADA TAHUN 1975 Albert Shapero Usahawan mengambil inisiatif mengatur mekanisma sosial dan ekonomi serta menerima risiko kegagalan. PADA TAHUN 1985 Robert Hisrich Keusahawanan ialah proses mencipta ataupun mengeluarkan sesuatu yang berlainan, mengalami masalah kewangan,gangguan psikologi dan risiko sosial serta menerima imbuhankewangan dan mencapai kepuasan diri. MAKSUD KEUSAHAWANAN di Malaysia boleh didefinisikan sebagai ; Keseluruhan sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan seseorang itu mampu bahkan cekap untuk mencari, mengenal dan merebut peluang dan menterjemahkannya kepada strategi-strategi dan usaha-usaha perniagaan untuk faedah ekonomi dan keuntungan. Manakala KEUSAHAWANAN dari perspektif Islam ialah ; Mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang samada dengan menghasilkan sesuatu barangan atau

memberi sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal iaitu dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah USAHAWAN Tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan melakukan perkaraperkara seperti ; Mencari peluang-peluang perniagaan Mengusahakan sesuatu perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang ramai. Dapat memenuhi keperluan orang ramai. Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan produktiviti. Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA


Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ; Fungsi Peniaga Usahawan Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa Berkebolehan mencari, melihat dan merebut peluang perniagaan secara berterusan untuk mengembangkan usaha teroka. Sanggup mengambil risiko yang sederhana atau risiko yang telah diperincikan.

Membentuk Perniagaan Baru

Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil.

Kebolehan Sukar mengembangkan Mengenalpasti Peluang perniagaan kerana Perniagaan kurang berkebolehan untuk mengenalpasti peluang-peluang perniagaan. Tahap Pengambilan Biasanya peniaga Risiko. cenderung mengambil risiko yang rendah dan cuba mengelakkan risiko. Menggembeling Menggembeling Menggembeling sumberSumber sumber-sumber untuk sumber bagi penerusan perniagaan. pembangunan usaha teroka.

PERANAN USAHAWAN
Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh. Mereka adalah individu yang unik dan berbeza dengan insan biasa. Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu usahawan

berupaya membangunkan bukan sahaja diri usahawan sendiri, tetapi juga bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan negara. Malah hasil usahawan mampu memberi kesejahteraan kepada masyarakat seluruh dunia. Ini adalah kerana usahawan merupakan daya penggerak yang mewujud, memulakan dan sentiasa berusaha memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi. Jesteru itu mereka dapat mencipta pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Ini seterusnya dapat mengatasi atau mengurangkan masalah pengangguran negara. Usahawan juga berperanan untuk meningkatkan pendapatan dan meninggikan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa usahawan itu berperanan seperti berikut: Menyumbangkan Idea dan Pembaharuan Dalam konteks perhubungan usahawan dengan firmanya, usahawan adalah sumber utama idea dan pembaharuan. Idea dan pembaharuan tidak semestinya terlalu unik, peningkatan daripada idea yang sedia ada juga merupakan sesuatu yang bernas. Untuk memainkan peranan ini usahawan harus sentiasa berpemerhatian dan berfikiran terbuka. Merancang Daripada idea dan penyerlahan peluang, usahawan merancang. Perancangan strategik harus mengambilkira apa yang ada, yang tiada dan yang bakal ada. Perancangan menentukan apa yang diperlukan. Oleh itu penggembelingan faktor pengeluaran, harta, tenaga dan modal harus menyusul. Mengurus / Mengeluar / Mengedar / Menanggung Risiko Sumber-sumber seterusnya diurus, dikeluarkan hasil dalam bentuk barangan atau perkhidmatan dan diedar. Penentuan hasil pengeluaran dan sasaran pasaran amat penting. Sepanjang usaha usahawan itu, dari mula terbitnya idea hingga ke penawaran barangan atau perkhidmatan, ianya tidak dapat lari dari berbagai ketidakpastian dan inilah yang dikatakan risiko. Sebaik mana sekalipun perancangan, kekuasaan manusia memang terbatas. Risiko-risiko yang banyak dan kadang-kadang tidak terduga adalah menjadi tanggungan usahawan. Menawarkan Peluang Pekerjaan Usahawan menawarkan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja yang sesuai. Dengan ujudnya industri dari pihak usahawan secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kesannya kadar pengangguran semasa akan menurun. Menyediakan Pilihan Dan Penawaran Serta Memenuhi Kehendak Pengguna Penggunaan tenaga kerja yang bersesuaian dan peningkatan kemahiran tenaga kerja dari masa ke semasa akan mempertingkatkan produktiviti. Hasilnya usahawan dapat pula menyediakan pilihan dan penawaran yang lebih banyak dan lebih baik kepada pengguna. Pengguna mempunyai citarasa yang pelbagai dan adalah menjadi tugas seorang usahawan untuk memenuhi kehendak dan keperluan tesebut Menyumbang kebajikan dan kepimpinanan Memenuhi keperluan asas masyarakat akan menyumbang ke arah peningkatan kebajikan masyarakat. Sumbangan peribadi dalam bentuk derma, zakat dan sebagainya juga merupakan bentuk kebajikan. Dalam memainkan peranan-peranannya, usahawan sesungguhnya menunjukkan kepimpinannya. Peluang kepimpinan tidak semestinya dalam dunia perniagaan semata-mata. Kepakaran dan pengalaman usahawan juga diperlukan dalam pendidikan, pentadbiran negara dan sosial.

KOMPETENSI KEUSAHAWANAN
DEFINISI KOMPETENSI KEUSAHAWANAN

Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan diri seseorang

untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan lebih berkesan bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang usahawan.
KOMPETENSI KEUSAHAWANAN

Berikut ini disenaraikan kompetensi keusahawan diri terhadap usahawan-usahawan berjaya yang mana dianggap penting dari sudut nilai-nilai keusahawanan, sikap dan motivasi keusahawanan. 1.Berinisiatif Daya inisiatif adalah satu daripada kompetensi keusahawanan yang paling penting kerana dengan ciri ini beliau akan mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi atau keadaan dengan cekap. Hasil daripada sikap tanpa menunggu diarahkan atau dipaksa melakukan sesuatu untuk kejayaan sendiri, individu yang berinisiatif itu dapat melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan melalui intuisi dan imiginasinya. Sikap ini akan membawa usahawan tersebut selangkah lebih maju dari orang lain. 2.Melihat dan Merebut Peluang Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya melihat dan merebut peluang-peluang yang wujud di sekitarnya. Kata-kata hikmat yang penting kepada seseorang usahawan ialah peluang mesti dicari, ianya tidak diberi. Peluangpeluang perniagaan boleh wujud hasil daripada perkara-perkara seperti permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh usahawan lain, kewujudan teknologi baru, kemahiran yang wujud dalam persekitaran, sumber-sumber alam yang belum diterokai dan halacara baru dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
3.Kecekalan

Liku-liku hidup seorang usahawan adalah kompleks. Usahawan perlu mengharungi berbagai-bagai halangan dan masalah perniagaan. Untuk itu, usahawan perlu mempunyai ketabahan dan kecekalan diri yang tinggi. Sikap seseorang yang cekal iaitu berusaha berulangkali atau mencari jalan untuk mengatasi rintangan-rintangan yang menghalang pencapaian maklumat. 4.Mencari Maklumat Kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat banyak bergantung kepada mutu maklumat yang diperolehi, secukup mana maklumat itu dikumpul dan cara maklumat tersebut digunakan dalam membuat keputusan. Usahawan yang sensitif kepada maklumat akan mempelajari dan mengambil ikhtibar dari apa jua bentuk maklum balas yang diperolehi samada dalam bentuk kritikan dari orang lain atau dari hasil perbuatannya sendiri. 5.Menitikberatkan Mutu Kerja Yang Tinggi Seseorang usahawan tulin akan sensitif dan sentiasa menitikberatkan mutu dan piawaian penghasilan kerja atau perkhidmatan mereka. Usahawan tidak melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan tugasnya tetapi melalui kerjanya ia akan mencari kepuasan dengan tahap pencapaian yang cemerlang dan bermutu. Hanya dengan kerjakerja yang bermutu, usahawan itu dapat meluaskan pasarannya dan meningkatkan lagi prestasi serta imej syarikat dan dirinya. 6.Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja Usahawan perlu mempunyai sikap menepati perjanjian kerja dengan menunjukkan usaha yang berlebihan dan melakukan pengorbanan

peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Usahawan yang berjaya dapat menarik kepercayaan pelanggan melalui sikapnya yang sentasa menepati janji. Kepercayaan pelanggan adalah kunci kepada kestabilan sesebuah syarikat. 7.Berorientasi Ke Arah Kecekapan Seseorang usahawan yang berdaya maju akan sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan dirinya sendiri. Peningkatan produktiviti bermakna membuat pengeluaran atau memberikan perkhidmatan dengan kos yang lebih menjimatkan atau dengan masa yang lebih pantas tanpa menjejaskan prestasi pengeluaran. Hanya dengan cara ini, pembaziran dapat dielakkan. Individu yang menitikberatkan kecekapan diri atau syarikatnya akan mencuba sedaya upaya menggunakan maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan yang baik untuk membetulkan tahap kecekapan syarikat dari aspek penggunaan bahan mentah, modal, tenaga manusia, mesin dan jentera serta teknologi. 8.Membuat Perancangan Yang Sistematik Seseorang usahawan perlu membuat perancangan yang sistematik dengan merancang dan mengatur langkahnya dengan membahagibahagikan tugas atau kerja yang besar kepada tugas yang lebih kecil dan mudah. Mewujudkan rancangan yang dapat mengatasi rintanganrintangan yang dijangkakan. 9.Menyelesaikan Masalah Alam perniagaan penuh dengan pelbagai masalah. Usahawan yang inginkan kejayaan perlu mampu menyelesaikan masalah dengan cara mencari dan melahirkan idea-idea baru atau penyelesaian masalah secara inovatif. Di samping itu mereka perlu mewujudkan strategistrategi alternatif yang lebih cekap dan lebih baik untuk mencapai matlamat perniagaan. 10.Keyakinan Diri Usahawan perlulah mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan menunjukkan sikap yakin terhadap kemampuan diri dalam membuat keputusan atau dalam menyahut sesuatu cabaran. Individu tersebut juga perlu berpendirian terhadap apa yang sedang dilakukan. 11.Ketegasan Sikap individu yang tegas ialah sanggup menyuarakan sesuatu masalah kepada orang lain secara langsung dan mengambil tindakan walaupun menghadapi banyak tentangan daripada pihak lain. 12.Meyakinkan Orang Lain Fungsi utama seorang usahawan ialah mempengaruhi keadaan persekitarannya. Persekitaran usahawan termasuklah individu-individu atau institusi-institusi. Usahawan berurusan dengannya untuk menggerakkan sumber-sumber organisasi, mendapatkan bahan mentah, mengelolakan proses pengeluaran dan perkhidmatan. Kesemua aktiviti tersebut memerlukan kemahiran untuk memujuk dan meyakinkan orang lain. Tanpa kemampuan tersebut, usahawan akan gagal mempengaruhi pelanggan atau pembekal untuk memberi sokongan kepada perniagaannya. 13.Menggunakan Strategi Pengaruh Usahawan sebagai pemmpin mesti mempunyai kecenderungan untuk memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain tanpa tipu helah dalam mencapai matlamat perniagaan.

14.Bermatlamat dan Berwawasan Usahawan perlu mempunyai wawasan yang jauh dan mewujudkan matlamat yang jelas dan boleh diukur pencapaiannya. Beliau harus peka kepada kemampuan sendiri dan mengenalpasti halangan dalaman dan luaran supaya halangan-halangan tersebut dapat diatasi. 15.Bertenaga Usahawan yang bertenaga adalah usahawan yang sanggup bekerja di waktu-waktu luarbiasa dan sanggup mengorbankan waktu rehat apabila tugas-tugas keusahawanan memerlukan mereka.

PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

Usahawan Muslim merupakan muslim yang berterusan mencari, mengembeling dan memanfaatkan kurnia Allah yang lain selari dengan tuntutan dan arahan yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan Sunnah. DI ANTARA CIRI-CIRI USAHAWAN MUSLIM IALAH: 1. Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya. 2. Mempunyai niat yang betul dalam menjalankan keusahawanan. 3. Mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang diceburi. 4. Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan. 5. Sentiasa berjimat dalam menggunakan sumber. 6. Mempunyai kemahiran membuat keputusan yang tepat. 7. Berfikiran terkehadapan 8. Pandai berhubung dengan manusia. 9. Sentiasa menjaga kualiti. 10. Sentiasa menjaga agar tidak terlibat dengan aktiviti yang diharamkan oleh Allah. 11. Elakkan dari banyak berhutang. 12. Sentiasa menilai tindakan dan keadaan berjaga-jaga. 13. Bersyukur dengan kejayaan. 14. Tidak boros dengan kekayaan dan tidak kikir. 15. Sentiasa membayar hutang jika berhutang. Di bawah ini merupakan profil seorang usahawan muslim yang berjaya yang boleh dijadikan contoh.

PUAN ROZITA BT IBRAHIM PRODUK SENDAYU TINGGI


Pn.Rozita bt Ibrahim merupakan pemilik syarikat Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn Bhd. Syarikat ini telah mula beroperasi pada tahun

2002 dan ia merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi pencapaian dan kecemerlangan.Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan altenatif kepada masyarakat, bukan sahaja mempunyai kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan. Ia merupakan sebuah syarikat yang memperkenalkan bahan-bahan serta ramuan-ramuan dalam penjagaan diri, luaran dan dalaman, kesihatan dan kecantikan. Konsep dan kaedah yang berteraskan tumbuh-tumbuhan semulajadi tanpa kehadiran bahan-bahan pengawet telah mendatangkan faedah kepada wanita-wanita yang baru bersalin.Walaupun pengasas Sendayu Tinggi ini adalah Bumiputera tetapi beliau tidak kedekut ilmu untuk dikongsi bersama bukan Bumiputera. Terciptanya Syarikat Sendayu Tinggi Corps.Sdn.Bhd. yang bertemakan kesenangan untuk semua, maka terciptalah slogan RAHSIAKU, UNTUKMUKEAYUAN ASLI ABADI. Dahulunya syarikat ini dikenali sebagai Sendayu Tinggi Corps. Ini disebabkan pada waktu itu jumlah / kuantiti barang yang dikeluarkan masih sedikit dan jumlah pekerja masih belum ramai. Tetapi kini setelah hampir 7 tahun menghambakan diri pada produk Sendayu Tinggi, Pn.Rozita telah mempunyai 9 buah anak syarikat di bawahnya. Beliau juga mempunyai 2000 cawangan di seluruh negeri dan mempunyai 70 orang kakitangan yang diberi kuasa untuk menguruskan syarikat-syarikat tersebut. Syarikat Sendayu Tinggi Corps.Sdn.Bhd. menjalankan tugas dalam menguruskan hal-hal kewangan, pengeluaran produk-produk yang sedia ada dan produk-produk baru. Ia juga bertanggungjawab dalam mengenalpasti bakal-bakal usahawan muda yang berbakat yang berani dan berkesanggupan dalam menceburi bidang keusahawanan terutamanya dalam pengeluaran produk seperti produk kecantikan dari bahan-bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba-herba tradisional. Pn.Rozita bt Ibrahim, ibu tunggal bermula sebagai seorang penoreh getah dan kini telah berjaya mendirikan sebuah empayar perniagaan dan kejayaan beliau pada hari ini memberikan satu kepuasan. Apa yang dikecapi hari ini membezakan peribadi beliau dahulu dan sekarang. Beliau dilahirkan pada tahun 1968 di Sungai Besar, Selangor dan merupakan anak sulung dari enam beradik . Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dengan didikan agama yang kuat menjadikan beliau seorang anak yang patuh kepada Allah dan ibubapanya. Seawal usia 16 tahun beliau telah mendirikan rumahtangga bersama lelaki pilihan keluarganya. Walaupun ketika itu usianya masih remaja dan keinginan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat tertinggi namun beliau akur dengan kehendak keluarga yang mahukan dirinya hidup senang. Tetapi setelah berkeluarga hidupnya dilanda kesusahan. Kesusahan demi kesusahan menyebabkan beliau mula berniaga sambilan menjual nasi lemak dan sayur-sayuran. Beliau bertekad untuk mengubah gaya hidup keluarga. Beliau pernah menorah getah di ladang seluas 20 ekar yang dipajak kepadanya. Hampir 2 tahun menoreh sehingga badannya sakit. Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan itu, beliau membuka sebuah kedai runcit di Felda Kechau 1, sempadan Gua Musang dengan membekalkan makanan kepada pendatang asing yang bekerja di situ. Sedikit sebanyak kehidupan beliau sekeluarga pada waktu itu mula senang. Setelah tamat kontrak, beliau tidak berniaga lagi. Alam perkahwinan beliau berakhir dengan perceraian. Seterusnya beliau membawa anak-anaknya ke Kuala Lumpur. Tiada perasaan takut pada dirinya kerana beliau berfikiran inilah lubuk ilmu yang bakal memberikan pulangan yang besar jika kena pada tempatnya. Di Kuala Lumpur beliau mula bekerja sebagai operator pengeluaran untuk tempoh 2 tahun, kemudian sebagai penyambut tetamu di hotel, kerani di syarikat swasta sebelum bertukar ke jawatan lebih baik iaitu Pembantu di bahagian

Pengurusan Harta di Plaza MPK, Klang selama setahun. Selepas itu beliau mula mempelajari khasiat herba daripada arwah nenek bekas suami dan pendatang asing dari Indonesia. Bermodalkan RM 400 beliau memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi herba. Beliau sanggup menjalankan ujikaji dengan menggemukkan badannya sebanyak 3 kali dan akhirnya berjaya menurunkannya semula. Matlamat beliau di dalam perniagaan ialah Dunia perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa digenggam. Dalam konteks perniagaan pasti ada keuntungan pun begitu beliau ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna. Apa yang diperolehi disalurkan kepada masyarakat terutamanya golongan susah, ibu tunggal, orang tua dan anak-anak yatim. Bagi beliau itulah nilai sebuah kasih sayang yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Beliau sayangkan masyarakat dan beliau ingin disayangi masyarakat. Harapan utamanya beliau ingin mewarnai masyarakat wanita dan ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek. Beliau percaya siapa bijak dialah Raja. Beliau percaya kreativiti dan daya fikir yang tinggi perlu sebagai bekalan dalam kehidupan. Pada beliau ikhtiar, iktikad diri dan mengidamkan hadiah buat diri sendiri mengubah persepsi diri bahawa wanita perlu bangun dan bebaskan diri dari belenggu.Visi utama beliau ialah agar Sendayu Tinggi dapat melangkah jauh di persada Dunia antarabangsa. Prinsip hidup beliau tidak suka menipu diri sendiri dan orang lain, jujur pada diri,agama dijadikan sandaran kehidupan, berani, menghormati orang lain sebelum orang lain menghormati diri kita.

SUMBER DORONGAN USAHAWAN


Faktor-faktor yang mendorong individu menceburi bidang perniagaan terdiri daripada dua faktor utama iaitu faktor penarik dan faktor penolak.
FAKTOR PENARIK

Faktor penarik bermaksud faktor penyebab seseorang itu menceburi keusahawanan mungkin kerana sesuatu kehendak antaranya :Status sosial Politik dan dasar kerajaan Sistem sokongan kerajaan Peluang ekonomi

STATUS SOSIAL Ahli korporat / mewah Usahawan sebagai satu kerjaya merupakan lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat. Selain itu, golongan ini terlibat untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi sumbangan yang besar dalam sektor swasta serta masyarakat dalam pembentukkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Taraf penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya berpendapatan lumayan, kereta dan rumah mewah juga merupakan aset penarik seseorang untuk menceburi bidang perniagaan. Kuasa / Kebebasan Kebebasan untuk berfikir, bertindak dan berkuasa untuk membuat

keputusan dalam melakukan sesuatu bagi menentukan arah tuju kejayaan tanpa melibatkan campur tangan orang lain merupakan satu lagi faktor asas yang mampu menarik seseorang individu untuk melibatkan diri dalam perniagaan berbanding semasa bekerja makan gaji, usahawan menanggung risiko ke atas apa jua tindakan yang dilakukan. Malah golongan ini juga senang dan cepat untuk mengesan peluangpeluang perniagaan yang ada. Nilai tambah Apa yang jelas dapat dilihat usahawan turut menjadi model atau ikutan kepada tatapan masyarakat. Nilai kepakaran tinggi, gaya yang dimiliki turut menarai seseorang menjadi usahawan. Agen Perubah Masyarakat Dari segi perkhidmatan kepada masyarakat pula, terdapat individu terdorong menceburi bidang keuasahawanan kerana ingin meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan, kemudahan insfrastruktur dan juga memberi lebih banyak penawaran barang dan perkhidmatan untuk masyarakat. Usahawan juga bertindak sebagai agen perubah masyarakat yang mempunyai tanggungjawab sosial selaras dengan Wawasan 2020.
POLITIK DAN DASAR KERAJAAN

Politik Keadaan politik yang stabil dan di tambah pula dengan wujudnya persefahaman antara kaum di negara ini memungkinkan perniagaan berkembang dengan pesat dan turut mendorang seseorang menceburi bidang perniagaan. Dasar Kerajaan Bermula dengan pembentukan Dasar Ekonomi Baru kerajaan terus menggubal dasar-dasar terutamanya dalam bidang ekonomi bagi memaju dan
meningkatkan ekonomi negara dan taraf hidup masyarakat. Wujudnya dasar untuk menggalakkan lebih ramai Bumiputera agar menceburi bidang keusahawanan dengan sistem sokongan yang disediakan turut menjadi penarik untuk menceburi bidang ini. Antara dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti Wawasan 2020, pembentukan MasyarakatPerdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB),Program Usahawan Siswazah (PUS) dan Program Usahawan Muda (PUM) bertujuan untuk menarik lebih ramai penyertaan dalam bidang ini. Selain itu pernyertaan kerajaan juga turut memberi peluang kepada kakitangan kerajaan yang bersara untuk mengikuti Latihan Kakitangan Bersara Kerajaan Berniaga untuk menceburi bidang keusahawanan. SISTEM SOKONGAN KERAJAAN Wujudnya sistem sokongan kerajaan yang berperanan untuk memberi sumbersumber maklumat, peningkatan kemahiran dan peluang-peluang perniagaan dari agensi-agensi berikut memberi impak positif kepada penglibatan seseorang dalam bidang keusahawanan. Contohnya Penyelidikan dan kenalpasti projek melalui agensi kerajaan, institusi kewangan seperti MARA, Bank Pembangunan dan BBMB. Pembiayaan kewangan dari institusi kewangan kerajaan / swasta. Kemudahan pasaran dalam dan luar negeri melalui MEXPO, NUITI, FAMA dan lain-lain. Latihan Teknikal Keusahawanan seperti MARA, SIRIM dan MARDI Lokasi dan ruang perniagaan seperti MARA, UDA dan Majlis Daerah Kerajaan Tempatan, PKEN dan lain-lain. Persatuan Perniagaan berfungsi sebagai payung yang akan melindungi kebajikan para usahawan seperti DPMN, Persatuan Penjaja dan lain-lain. PELUANG EKONOMI Peluang ekonomi yang stabil dan ditambah pula dengan wujudnya sistem francais

dan sistem vendor menggalakkan dan meningkatkan kemasukkan individu dalam bidang ini.

1.7.2 FAKTOR PENOLAK


Faktor penolak bermaksud faktor yang menolak seseorang/terpaksa menceburi bidang keusahawanan. KEKECEWAAN akibat: Peluang terbatas Seseorang terdorong menceburi bidang keusahawanan akibat dari kekecewaan. Kekecewaan ini akibat dari terbatasnya peluang pekerjaan terutamanya dari kalangan pendatang. Ini jelas apabila masyarakat Cina di Malaysia menjadi pedagang kerana pada asalnya mereka hanya pendatang peluang mendapatkan rezeki adalah terbatas. Ekonomi meleset Keadaan memaksa juga berlaku apabila ekonomi meleset. Apabila ekonomi meleset kerajaan dan swasta akan mengurangkan perbelanjaan mereka. Akibatnya peluang pekerjaan terhad. Maka individu akan terdorong untuk bekerja sendiri dan memulakan perniagaan adalah satu langkah yang bijak.
Ketidakpuasan

Selain itu tidak kurang juga individu yang tidak mendapat kepuasan dari pekerjaan yang dilakukannya atau jawatan yang disandang. Ini mungkin disebabkan oleh gaji rendah, tidak sesuai dengan diri atau masalah dengan majikan. Lantas individu ini akan meninggalkan kerjaya dan memulakan perniagaan. BUDAYA KEUSAHAWANAN Sesetengah individu pula terutamanya golongan kaya dengan budaya keusahawanan pala menganggap bidang keusahawanan sebagai amalan tradisi turun temurun. Ini secara tidak lansung telah menolak seseorang itu menjadi usahawan.

APAKAH ITU ETIKA PERNIAGAAN


Etika ialah satu perkataan yang datang dari bahasa Greek Ethos yang memberi maksud Code Of Human Conduct atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Oleh itu apabila di sebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan. SUMBER ETIKA PERNIAGAAN Etika perniagaan adalah di perolehi daripada dua sumber utama hukum islam ia itu AlQuran dan As-Sunnah. Dengan memahami etika perniagaan kita akan dapat memastikan perniagaan akan diredhai oleh Allah. Prinsip tidak memudaratkan merujuk kepada peraturan yang mengerakan tindakan dan gelagat pimpinan serta pihak bawahan yang dalam hubungan sesama mereka. Hubungan yang berasaskan prinsip tidak memudaratkan ini menghalang atau mengurangkan sifat atau tindakan yang negatif terhadap orang lain, dengki mendengki, mementingkan diri sendiri atau tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap seseorang. Ia juga merujuk kepada kesan produk atau perkhidmatan terhadap pengguna dan alam sekitar. Dalam menjalankan kegiatan perniagaan seseorang usahawan muslim itu seharusnya memastikan bahawa peraturan-peraturan berikut dipatuhi sesuai dengan prinsip tidak memudaratkan Niat yang betul Seseorang usahawan muslim harus memastikan bahawa niatnya hanyalah untuk mencapai tujuan yang telah disebut agar mendapat keredhaan Allah s.w.t dalam segala aspek kehidupannya (rujuk surah An-Nahl ayat 90) Dalam ayat tersebut ada beberapa etika penting yang dapat kita perolehi. Di antaranya ialah a) Kita disuruh melakukan keadilan b) Kita disuruh melakukan kebajikan c) Kita disuruh memberi sedekah d) Kita dilarang membuat perkara yang keji dan mungkar e) Kita dilarang membuat kezaliman Keadilan dalam perniagaan Keadilan bererti meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Dalam konteks ini implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang

dikehendaki oleh syariat islam. a) Amanah dan benar dalam perniagaan serta tidak menyorok barang b) Tidak menipu timbangan c) Gharar (mensifatkan barang yang dijual dengan sifat yang berlainan dari yang sebenar) Tidak terlibat dengan amalan riba Seorang usahawan muslim seharusnya membebaskan diri dari riba dengan segala daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan. Perkara ini bukanlah mudah dan kita terpaksa ,membuat pilihan dari sumber pembiayaan yang ada berdasarkan kriteria tertentu termasuklah kos yang akan di tanggung. BIMB menyediakan kebanyakan daripada pembiayaan pembiayaan berikut untuk usahawan Islam dan bukan Islam. i. P embiayaan secara Islam adalah dalam bentuk-bentuk berikut: a)Mudharabah b) Musyarakah ii. Pembiayaan memperolehi aset: a) Mudharabah b) Musyarakah c) Baibithaman ajil d) Ijarah e) Baial-tajiri iii. Pembiayaian perdagangan iv. Gadaian atau ar-Rahn v. Jualan Saham Tidak Menzalimi Pekerja Salah satu daripada aspek yang penting dalam keusahawanan ialah menguruskan manusia agar mereka dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran. Untuk mendapatkan komitmen dan rasa bertanggungjawab serta partisipasi daripada pekerja adalah penting untuk mencapai matlamat. Cara-cara supaya tidak menzalimi pekerja: a) Memberikan gaji yang berpatutan sesuai dengan produktiviti dan keuntungan syarikat. b) Membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan mereka. c) Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, teratur, bersih dan selamat. d) Memberikan latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk membangunkan personaliti yang seimbang di tempat bekerja dan di rumah. Menyediakan perkhidmatan yang halal dan berkualiti. Sebagaimana yang telah disebut, tujuan syariat ialah untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang boleh memelihara aspekaspek ini disebut sebagai masalih. Kalau sebaliknya disebut sebagai mafasid dan merosakkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kualiti Islam sangat menekankan kualiti atas tujuan syariat. Produk yang tidak berkualiti boleh menjejas usaha membangunkan masyarakat dari sudut mental, moral dan kesihatan. Generasi baru akan menghadapai banyak masalah berpunca daripada produk yang tidak berkualiti seperti keracunan makanan dan penyakit kanser. Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada seseorang usahawan sekiranya ini berlaku dan akan merugikan pihak usahawan sendiri. Pengguna yang kritikal dan aktif Sebagai seorang usahawan, kita harus faham bahwa masyarakat pengguna kita bukanlah masyarakat yang pasik tapi kritikal. Dengan adanya persatuan-persatuan pengguna yang mempunyai matlamat menjaga hak-hak pengguna. Kita harus berhati-hati dalam mengeluarkan produk bagi mengelakkan daripada mengalami kerugian kerana pengguna enggan membeli produk. Memenuhi kontrak yang dibuat Adalah bertentangan dengan prinsip Islam sekiranya seseorang usahawan itu membuat sesuatu yang dikira sebagai melanggar kontrak yang telah dibuat dengan pihak lain. Tidak melupakan ibadat-ibadat lain dalam keusahawanan. Walaupun Islam menganggap keusahawanan merupakan ibadat dalam konteksnya yang luas dan orang yang terlibat akan mendapat balasan yang baik sekiranya seseorang usahawan itu mempunyai niat yang baik dan membuatnya berdasarkan etika Islam namun ini tidak bermakna dia boleh meninggalkan ibadat-ibadat khusus yang diwajibkan. Hendaklah ditunaikan ibadat-ibadat ini bila tiba waktunya walaupun terpaksa meninggalkan apa sahaja kegiatan yang sedang dilakukan.

a) Sembahyang Sebaik-baiknya menutup pernigaan sebentar apabila waktu solat sudah tiba. b) Zakat perniagaan Adalah menjadi kewajipan bagi seseorang usahawan untuk melaksanakan kewajipan zakat perniagaan. Pemberian zakat akan membantu meningkat taraf hidup masyarakat setempat. Ia akan menimbulkan suasana harmoni dan melahirkan rasa ukhuwah masayarakt setempat. Kajian menunjukkan ramai yang telah mengabaikan kewajipan ini. Ia merangkumi segala bentuk perniagaan dan pelaburan yang dihalalkan oleh syariat Islam. Kontrak yang jelas dan sah Kontrak yang tidak jelas boleh menimbulkan ketidakadilan kepada satu pihak. Ini akan mengakibatkan permusuhan di antara pihak yang terlibat. Oleh kerana Islam mahu melahirkan masyarakat yang stabil ia menekankan agar sesuatu kontrak itu dibuat dengan syarat dan rukun yang jelas. Sesuatu kontrak itu sah sekiranya ia memenuhi perkara-perkara berikut: Sempurna rukun dan syarat Tidak mengandungi perkara yang ditegah oleh syarak Syarat: Kedua-dua pihak sempurna akal, cukup umur, pintar. Yang tidak memenuhi syarat ini boleh diwakilkan bapa atau penjaga. Orang yang disekat dari menguruskan muamalat termasuk orang yang muflis. Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak. Jelas isi kandungan kontrak agar tidak menimbulkan keraguan dan pertelingkahan. Syarat-syarat lain boleh ditambah asalkan tidak bertentangan dengan syarak. Segala bentuk perjudian dilarang Segala bentuk keusahawanan haruslah bebas daripada unsur perjudian. Harga yang adil Peniaga dan usahawan haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk pembeli. Harga haruslah mencerminkan interaksi normal antara permintaan dan penawaran. Ia tidak disebabkan oleh sesuatu yang diwujudkan dengan sengaja seperti keadaan monopoli atau beberapa pengusaha atau pembeli yang bergabung untuk meningkatkan harga, atau disebabkan oleh spekulasi. Harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan tidak memiliki barangan keperluan mereka. Ia juga akan menyebabkan inflasi dan memberikan kesan terhadap daya saingan barangan tempatan. Menaikkan harga tanpa sebab yang munasabah semata-mata mahu menambahkan keuntungan akan memberi kesan negatif terhadap jualan barangan jangka panjang. BAGAIMANA MELAKSANAKAN ETIKA PERNIAGAAN? Ada tiga cara untuk memastikan pelaksanaan etika perniagaan: a) Peniaga atau pengusaha Peniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai etika perniagaan Islam dan ini menuntut agar mereka sentiasa membaca syarat yang terangkum dalam syariat Islam. Mereka harus yakin bahawa mereka akan dihadapkan kepada Allah di hari akhirat nanti dan timbul perasaan takut untuk melanggar perintahNya b) Pengguna atau pembeli Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam dan memastikan agar peniaga dan pengusaha mengamalkannya. c) Peranan kerajaan Menyediakan garis panduan yang lengkap mengenai etika perniagaan untuk diedarkan kepada peniaga dan pengusaha-pengusaha. Memastikan bahawa pengusaha dan peniaga memahami garis panduan tersebut dan melaksanakannya.

1.9 MENGENALI KONSEP KENDIRI


Kendiri merupakan anggapan atau persepsi diri kita terhadap jenis dan orang bagaimanakah diri kita ini. Ringkasnya ia adalah gambaran mental diri kita.
KEPENTINGAN MENGENAL DIRI

Di antara kepentingan mengenali diri sendiri adalah seperti berikut. 1. Membolehkan diri sendiri memahami dan menerima diri kita sebagai individu yang unik. 2. Apabila kita dapat menerima diri sendiri, kita lebih bersedia menerima orang lain walaupun mereka berbeza dari kita. 3. Membantu kita menjalinkan perhubungan mesra dengan orang lain

seperti ahli keluarga, rakan, jiran dan orang- orang di sekeliling kita. 4. Mengenal diri kita juga membolehkan kita mengetahui kelebihan / kekuatan dan kekurangan / kelemahan diri sendiri. 5. Mengenal diri juga membantu supaya kita sedar akan kewujudan yang lebih besar iaitu Tuhan yang maha esa. KAEDAH MENGENAL DIRI Kaedah mengenal diri terdiri dari 2 iaitu: 1. Pengkajian diri sendiri. 2. Pandangan atau maklumbalas orang lain. Pengkajian Diri Sendiri Melalui kaedah ini, kita harus mengenalpasti sifat diri kita dengan mengkaji diri daripada pelbagai segi dari aspek- aspek diri. Dari sini kita akan dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri sendiri. Seterusnya kita akan menggunakan kekuatan diri untuk menjayakan tugas dan tanggungjawab kita. Sebaliknya dari kelemahan diri, kita mesti cuba memperbaiki atau mengatasi kelemahan tersebut. Kita boleh mengenalpasti sifat diri dengan mengkaji diri dari enam aspek seperti berikut: a) Fizikal Mengenal diri dari aspek fizikal bermaksud mengetahui sifat tubuh badan sendiri. Terdapat sifat fizikal yang boleh diperbaiki, seperti kelihatan kemas dan sifat fizikal lain yang harus kita terima, seperti mempunyai lengan dan kaki yang panjang. Kita harus menerima sifat fizikal kita secara positif dan tidak harus berasa rendah diri sekiranya mempunyai tubuh badan yang kurang menarik atau berbeza daripada orang lain. Sebaliknya setiap individu harus berbangga dengan diri mereka kerana masingmasing mempunyai keistimewaaan tersendiri. b) Mental - Emosi Ia merujuk kepada aspek pemikiran dan perasaan seseorang. c) Sosial Aspek ini bermaksud perhubungan individu dengan orang lain dalam kehidupan hariannya. Melalui pergaulan harian, kamu dapat menerima tingkah laku yang positif dan memahami perbezaanperbezaan di kalangan individu. d) Minat Ia merupakan kegemaran seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang dapat memberi kepuasan kepadanya. Orang yang berminat melakukan sesuatu tidak semestinya ia handal dalam bidang tersebut. e) Kebolehan Ia adalah keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu tugas atau kemahiran tertentu. Kadang-kadang ianya tidak mudah dikenalpasti. Ada kalanya setelah mencuba sesuatu yang baru, didapati bahawa kebolehan itu ada pada dirinya. f) Nilai Peribadi Ianya adalah pegangan dan pertimbangan terhadap sesuatu. Nilainilai ini akan mempengaruhi keputusan yang dibuatnya dalam pelbagai situasi harian. Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kebendaan seperti mementingkan kekayaan, harta, wang dan kelihatan cantik dan nilai bukan kebendaan seperti mementingkan penetapan masa, kasih sayang, tanggungjawab dan kemesraan. Pandangan Atau Maklumbalas Orang Lain (Tingkap Johari) Kita boleh mengenalpasti sifat diri dengan mendapat maklumbalas atau meminta pendapat daripada orang lain. Ada kalanya orang lain tidak melihat kita sepertimana kita melihat diri sendiri. Pandangan orang lain terhadap sifat anda mungkin positif, negatif atau bertentangan dengan pandangan anda. Biasanya mudah bagi kita menerima pandangan positif atau pujian orang lain terhadap diri kita tetapi

sukar bagi kita menerima pandangan dan kenyataan yang negatif.


Posted by Uncle Nick at 10:30 AM
Recommend this on Google

No comments: Post a Comment


E n t e ry o u rc o m m e n t . . .

Comment as: Google Account Publish Preview

Newer Post

Home Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ethereal template. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai