Anda di halaman 1dari 5

EDU3107 : Bimbingan dan Kaunseling Untuk Kanak-kanak Kuliah 13 2 jam 18.1.12 KULIAH : 10.15 - 12.

.15 (2j) Tajuk 7 : Kaunseling Kelompok

Peranan kaunselor sebagai pemudahcara1 1 jam (Kuliah 13) Dinamika dalam kelompok 1 jam (Kuliah 13)
TUTORIAL : 12.15-1.15 (1) , 2.30-3.30 (1)

PERANAN KAUNSELOR DI SEKOLAH Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan pengetahuan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah . i. Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan, peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan di antara yang tersebut di atas. ii. Menolong penuntut untuk bertingkah laku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. iii. Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri. v. Menentukan atau mempasti pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain. x. Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber-sumber masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.

PERANAN KAUNSELOR SEBAGAI PEMUDAHCARA Definisi pemudahcara Peranan guru sebagai pemudahcara Ciri-ciri pemudahcara dalam diri seorang guru biasa. Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan. Kesan terhadap proses pengajaran dan Pembelajaran

Definisi Pemudahcara Dalam konteks Pendidikan, pemudahcara ialah proses menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar.

Kata Kunci : Proses memudahkan sesuatu tindakan. Peranan kaunselor sebagai Pemudahcara Memberi bimbingan, motivasi dan menggerakkan murid-murid dalam kelasnya agar menjalankan serta mengikuti aktiviti pembelajaran. Memastikan penggunaan strategi pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan bantu belajar. Ciri-ciri seorang Pemudahcara dalam diri seorang guru biasa. Guru yang cekap menggunakkan kemahiran lisan dan bukan lisan. Kemahiran atau seorang pakar menyoal Mempunyai bakat memimpin yang tinggi. Kemahiran mewujudkan suasana kondusif semasa P&P. Kemahiran memilih contoh yang sesuai Dapat memotivasikan murid semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Dapat membimbing murid semasa diperlukan oleh murid tersebut.

Kaedah dan teknik Pengajaran- Pembelajaran yang diaplikasikan.

Perbincangan Aktiviti perbualan di antara guru dan murid- murid dalam kelas. Bertukar-tukar fikiran/idea dan berkongsi maklumat. Peranan guru sebagai penyelia/pemudahcara. Mengemukakan topik perbincangan dan soalan. Galakkan murid main peranan aktif dalammemberi pandangan Guru memberi panduan / bimbingan Guru atau murid membuat rumusan. Perbincangan seluruh kelas atau perbincangan kumpulan. Suatu jenis perbincangan yang formal. Melibatkan murid yang menguasai kemahiran lisan, pengetahuan yang cukup, memberi pandangan / pendirian terancang dan spontan. Murid boleh berhujah secara rasional, logik dan bernas Dua kumpulan kecil terdiri daripada 3 @ 4 murid

Perbahasan Kumpulan penyokong dan kumpulan pembangkang. Pengerusi dipilih bagi mengendalikan aktiviti Penjaga masa dan hakim-hakim.

Seminar Satu jenis perbincangan melibatkan penceramah dengan sekumpulan murid. Penceramah menyediakan kertas kerja berasaskan sesuatu topik dan membentangkan kepada murid. Penceramah- Kemahiran merancang, mengumpul data, menyediakan dan membentangkan kertas kerja serta melayan soalan-soalan. Murid sebagai pendengar, mengambil nota dan membuat pertanyaan. Soal jawab diakhir pembentangan kertas-kerja

Guru pemerhati, penasihat dan memberikan komen.

Forum Jenis perbincangan melibatkan panel penceramah (pakar) Seorang pengerusi diperlukan mengendalikan forum. Panel menyampaikan idea/pendapat bernas berasaskan soalan yang dikemukakan oleh pengerusi. Aktiviti perbincangan melalui forum ini adalah sesuai bagi murid-murid yang mempunyai pengalaman yang cukup serta mempunyai kemahiran bertutur yang baik. Murid-murid dilatih berfikir secara analitis dan kritis serta berkeyakinan tinggi.

Sesi Buzz Aktiviti perbincangan yang terdiri daripada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan kecil biasanya mengandungi seorang pengerusi, seorang pelapor dan beberapa orang ahli. Sesi Buzz dimulakan selepas guru mengajar sesuatu pelajaran. Dalam proses perbincangan, ahli kumpulan digalakkan menyumbangkan idea/ pendapat berkaitan dengan topik yang diberikan. Murid-murid akan membentangkan pendapat kumpulan masing-masing. Pendapat2 diselaraskan dan dipersetujui dan akan dikemukakan kepada guru.

Kesan terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Teknik melibatkan murid-murid menyertai aktiviti kumpulan/ perbincangan. Guru dapat mengaplikasikan kemahiran menyoal yang dapat mencungkil fikiran murid untuk membantu mengikuti pelajaran Menggalakkan murid menggunakkan usaha sendiri untuk menyempurnakan aktiviti atau tugasan. Kemahiran menggunakan teknik lisan dan bukan lisan.

Dinamika dalam kelompok Merujuk kepada kuasa-kuasa sosial yang wujud dalam kelompok. Ia memerihalkan interaksi yang berlaku antara dan sesama ahli termasuk: impak peranan kelompok serta pemudahcara, dan penglibatan ahli. Boleh diukur melalui teknik-teknik seperti main peranan, aktiviti kelompok, mainan, dsb. Menggambarkan interaksi antara ahli-ahli kelompok, iaitu bagaimana mereka berhubung antara satu sama lain, dan juga dengan pemudahcara. Oleh itu, ia juga boleh digunakan sebagai kayu pengukur bagi keberkesanan satu-satu kelompok. Juga merujuk kepada perasaan kepunyaan ahli terhadap kelompok yang mereka sertai. Sehubungan itu, amat penting bagi pemudahcara percaya bahawa ahli-ahli mampu untuk mengawal perjalanan sesi kelompok. Pada peringkat awal, ahli-ahli memerlukan bimbingan, struktur dan arah. Dan keadaan ini akan berubah apabila semakin beransur sesi, semakin tinggi perasaan kekitaan dalam kalangan ahli. Ahli-ahli akan cuba sedaya upaya untuk membawa kelompok ke arah pencapaian matlamat. Sehingga berubah dinamika dalam kelompok. Peraturan-peraturan kelompok yang dibentuk bersama pemudahcara dan ahli-ahli membina asas kepada dinamika. Dengan adanya peraturan, ahli-ahli sudah mempunyai satu garis panduan dan rangka rujukan tentang apa uang boleh dilakukan atau tidak semasa sesi berlangsung.

Fungsi dinamika kelompok Membentuk kerjasama saling menguntungkan dalam mengatasi persoalan hidup. Mengurangkan beban pekerjaan yang terlalu besar sehingga selesai lebih cepat, efektif dan efisien. Menciptakan iklim demokratis dalam kehidupan masyarakat dengan memungkinkan setiap individu memberikan pendapat, berinteraksi, dan memiliki peranan yang sama dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai