Anda di halaman 1dari 6

Fungsi

Terdapat tiga fungsi utama tayar kenderaan iaitu :1. Sebagai kusyen di antara roda dan permukaan jalan menyerap hentakan serta getaran di jalan yang mempunyai permukaan yang tidak rata. 2. Memberi cengkaman kepada permukaan jalan agar kenderaan dapat bergerak dengan selamat, tidak membuang serta terbabas semasa membelok dan kenderaan dapat diberhentikan dengan cepat apabila kenderaan dibrek. 3. Memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang ini membolehkan kenderaan dipandu dengan laju dan selamat.

Binaan Tayar
Kebanyakan kenderaan sekarang menggunakan tayar yang mengandungi angin. Tayar ini diperbuat daripada campuran getah asli, getah tiruan dan lapisan talikod (rayon dan nylon)

Jenis Tayar
Terdapat tiga jenis yang biasa digunakan pada kenderaan sekarang. Jenis ini bergantung kepada susunan lapisan badan tayar. 1. Jenis Lapisan Bulatan Serong dikenali sebagai tayar lazim. Lapisannya dibuat serong dan bersilang antara satu sama lain. Jenis ini biasanya lebih senyap dipandu tetapi mempunyai kekurangan semasa membelok. 2. Jenis Lapisan Bulatan Serong dan Lintang Binaan lebih kurang sama dengan lapisan bulatan serong dan ditambah dengan dua atau lebih lapisan penguat yang didudukan dibawah bunga tayar.

3. Jenis Lapisan Balutan radial Lapisan rangkanya disusun dengan garisan tengah bunga tayar. Satu lagi lapisan tambahan yang dikenal;I lapisan bunga tayar dipasang dibawah bunga tayar. Kebaikan tayar jenis ini ialah I. Bunga tayar tahan lebih lama II. Penggunaan bahan api yang lebih ekonomi III. Cengkaman tayar lebih kuat Keburukan tayar jenis ini ialah I. Stereng menjadi berat II. Tayar kelihatan kurang angin

Saiz dan Kadar Bebanan


Saiz dan kadar bebanan ditanda pada tayar dengan menggunakan gabungan angka dan huruf. Ianya ditanda pada sisi tayar. Saiz tayar - Saiz tayar diukur berdasarkan lebar dan tinggi tayar. Kadar Bebanan - Kadar bebanan menunjukkan had keupayaan bebanan yang disanggaleh tekanan udara tayar.

Tekanan Udara Di Dalam Tayar


- Dalam menentukan had tekanan udara di dalam tayar, faktor yang perlu diambil perhatian ialah faktor suhu. Ini kerana tekanan udara di dalam tayar yang panas adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan tekanan udara di dalam tayar yang sejuk. - Adalah penting untuk memastikan tekanan udara tiap-tiap tayar mencukupi dan sama. Jika tidak, beberapa kerosakan akan terjadi pada tayar dan juga kenderaan.

Kerosakan atau keburukan jika tekanan udara tayar tidak sama atau mencukupi
1. Tekanan udara di dalam tayar berkurangan :a. Stereng menjadi berat b. Roda hadapan bergetar c. Kenderaan lari sebelah apabila tekanan udara tidak sama pada semua tayar d. Tayar haus bahagian tepi 2. Tekanan udara berlebihan :a. Bahagian tengah tayar cepat haus b. Susah untuk mengawal kenderaan dalam kelajuan tinggi c. Tayar cepat pecah kerana kurangnya penyerap hentak

Pusingan Tayar
Pusingan tayar perlu dijalankan bagi memanjangkan usia tayar dan menyamaratakan kehausan tiap-tiap tayar. Rajah di bawah menunjukkan cara pusingan tayar yang betul

Rajah 1

Rajah 2

Gred Tayar
- Gred tayar menentukan tiga nilai asas sesebuah tayar iaitu I. Kehausan tayar II. Tarikan / geseran III. Rintangan pada suhu tinggi - Rajah dibawah menunjukkan beberapa maklumat yang boleh didapati pada sesebuah tayar.

1. Negara pembuat 3. Jenis tiub / tanpa tiub 5. Kadar kelajuan 7. Garis pusat rim 9. Tanda bebanan tayar 11. Kepiawaian tayar

2. Keratan rentas tayar 4. Nisbah bidang 6. Jenis radial 8. Jenama tayar 10. Jenama tayar 12. Garis pandu tayar

Anda mungkin juga menyukai