0 PENDAHULUAN Klinik bola keranjang telah diadakan pada 21 Jun 2011 di padang bola keranjang SMK St. Mary. Klinik ini dianjurkan oleh KL Dragons Sdn. Bhd. iaitu kumpulan pasukan bola keranjang profesional Malaysia dan ditaja bersama Kenny Rogers Roasters. Klinik ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada ahli kelab bola keranjang SMK St. Mary tentang teknik dan kemahiran dalam permainan ini. 2.0 OBJEKTIF 2.1 2.2 2.3 Mendedahkan tentang kemahiran dan teknik asas permainan bola keranjang. Memberi tips dan langkah keselamatan semasa latihan dan permainan di jalankan. Memberi motivasi kepada pelajar supaya yakin dan berani untuk menyertai pertandingan bola keranjang. 3.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Penaung Penasihat 1 Pengerusi AJK Pelaksana : Cik Goh Hai Bee : Pn. Norhasmawati bt Yusuf : Pn. Norazimah bt Abd Talib : 3 orang wakil KL Dragons Sdn. Bhd.
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
PELAKSANAAN PROGRAM Peserta klinik berkumpul seawal jam 7.45 pagi di dewan sekolah untuk diambil kedatangan. Peserta yang lambat diberi amaran oleh Pn. Norazimah kerana ketepatan masa amat penting dalam permainan bola keranjang. Klinik dimulakan dengan pesanan dari Pn. Norazimah supaya peserta berdisiplin dan menjaga nama baik sekolah. Selain itu, beliau berpesan supaya peserta menggunakan peluang sempena klinik ini supaya belajar tentang semua perkara tentang bola keranjang di samping bertanya tips yang berguna untuk pertandingan. Kemudian, peserta bergerak ke padang bola keranjang dan memulakan sesi regangan. Pelbagai aktiviti regangan seperti stutter, back pedal dan butt kicks menghiburkan peserta kerana aktviti tersebut agak kelakar dan tidak pernah dilakukan di sekolah. Peserta kemudian didedahkan dengan istilah-istilah permainan bola keranjang dan gaya untuk setiap istilah seperti defend dan trap. Pelbagai teknik balingan bola dan kaedah yang betul di ajar kepada peserta. Jurulatih juga memberi tips ketika perlawanan seperti mengelak dari di hentam pemain lawan yang tinggi, menghantar bola rendah ketika ramai pemain lawan mengelilingi peserta dan pelbagai lagi. Klinik bola keranjang tamat pada pukul 10.00 pagi. Peserta dan jurulatih kemudian bergerak ke bilik kokurikulum untuk taklimat dari Kenny Rogers Roasters. En. Anbu Selvan iaitu wakil dari Kenny Rogers Roasters telah memberi penerangan kepada peserta dan jurulatih tentang cara pemakanan yang sihat selain mempromosikan larian
amal yang dianjurkan oleh syarikat mereka. Pelajar dan jurulatih kemudian diberi muffin dan air mineral percuma. Melalui maklum balas dari peserta, klinik ini memberi banyak pengetahuan dan input yang sangat berharga kepada mereka. Peserta juga mencadangkan supaya masa klinik dipanjangkan kerana terlalu banyak perkara yang ingin mereka pelajari tentang permainan bola keranjang. Selain itu, peserta mengharapkan lagi semoga program yang sama akan diadakan lagi pada masa akan datang supaya mereka dapat menimba pengalaman di samping dapat memanfaatkan aktiviti kokurikulum sebaiknya. Dengan terlaksananya program ini, objektif seperti yang telah dinyatakan telah tercapai. Diharap semua peserta akan memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan sepanjang klinik ini untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam permainan bola keranjang pada tahun hadapan.
9.0
PENUTUP Kesimpulannya, penggunaan masa sepanjang program ini adalah optimum dan peserta berpuas hati dengan program yang dijalankan. Semoga program yang sama akan diadakan lagi pada masa akan datang supaya misi sekolah untuk mencapai modal insan yang mulia dan unggul dapat dicapai. Selain itu, diharap objektif kelab bola keranjang untuk menghasilkan pemain yang unggul di peringkat lebih tinggi dapat dicapai.
Disediakan oleh;
Disemak oleh;
Disahkan oleh;
(Pn. Norazimah bt. Abd Talib) Guru Penasihat Kelab Bola Keranjang SMK St. Mary
(Pn. Norhasmawati bt. Yusof) Penolong Kanan Kokurikulum SMK St. Mary
LAMPIRAN Senarai Peserta Klinik Bola Keranjang SMK St. Mary 2012
Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. Nama Cheong Hei Xuan Yap Viki Wong Pui Ying Yap Kar Men Ng Yee Ting Pavahaariny Nurul Alisha Damia Parimala Christy Martha Tishalini Paramasuran Amanda Anabel Josephine Oon Yap Jia Qi Su Li Foong Hoo Jia Wen Goh Si En Tun Farsha Syazwani Nur Syafiqah Lai Yan Shan Siti Nur Najihah Sharifah Aina Syaza Mary Monica Tanesha Thanaseelan Yap Wei Zhee Melissa Mae Gabriel Chong Hai Chi Chong Kah Poh Loh Yik Teng Carmelia Lai Yap Yuki Yap Siew Wan Cheah Pei Hwa Tingkatan 1A 1A 1A 1A 1A 1S 1S 1M 1T 1T 1T 1S 1T 1T 2Y 2Y 2R 2Y 2Y 2A 2A 3T 3T 3T 3T 3M 3M 3M 3M 3M 3M 3M 3M 3M 3M