Anda di halaman 1dari 2

Peranan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Menurut Crowell (1971), dalam Encyclopedia of Education "Teknologi pendidikan ialah

gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan". Manakala menurut Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology, teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran. Dengan itu, teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Antara peranan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Guru tidak lari dari fokus utama pembelajaran kerana teknologi telah diprogramkan mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Contohnya, penggunaan perisian pembelajaran banyak membantu guru dalam menguruskan masa pengajaran di dalam kelas. Selain itu, penggunaan teknologi juga dapat mengelakkan rasa bosan pelajar

seterusnya mengekalkan minat pelajar di dalam kelas. Ia juga boleh menghiburkan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, penggunaan programprogram pembelajaran menyediakan permainan interaktif untuk menjadikan

pembelajaran lebih menyeronokkan dan dapat mengalih tumpuan murid terhadap pembelajaran. Di samping itu, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang pelbagai deria pelajar. Ini dapat menjadikan pelajar lebih mudah menerima pembelajaran kerana terdapat kepelbagaian murid di dalam sesebuah kelas. Contohnya, penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan ingatan pelajar. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar dalam bahasa sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa

dengan lebih baik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003). Teknologi memberikan kesan yang besar terhadap proses P & P terutama semasa membuat pemilihan bahan teknologi dalam pelbagai cara. Bagaimana pun, guru harus mempunyai pengetahuan yang jelas dalam memilih bahan teknologi yang boleh digunakan dengan berkesan dalam sesuatu sesi pengajaran dalam bilik darjah. Di samping mengetahui bagaimana hendak menilai secara berterusan bahan teknologi dan menentukan bahan teknologi yang akan digunakan untuk membantu pencapaian objektif pembelajaran, pemilihan bahan teknologi bukanlah sukar dilakukan oleh seorang guru yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan bahan serta kerap membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian pelajar setelah sesuatu bahan digunakan. Seterusnya, pengalaman penggunaan murid. teknologi dalam pendidikan bergerak dapat boleh memperkayakan memperkayakan

Sebagai

contoh,

media

pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seolah-olah mereka

mengalaminya. Dengan adanya perisian komputer yang ada pada masa kini, banyak perkara dapat ditunjukkan kepada murid seperti animasi tumbesaran haiwan dan tumbuhan yang tidak mungkin dapat disaksikan oleh murid melainkan dengan bantuan teknologi. Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran masa kini banyak dibantu oleh penggunaan teknologi. Penggunaan teknologi jelas banyak memberi manfaat dalam pembangunan pendidikan di negara kita dengan penyediaan bahan-bahan yang banyak membantu dan dapat menunjukkan sesuatu yang tidak dapat ditunjukkan kepada murid-murid. Umar Qayyum bin Mohd Luai Mohd Azmir bin Wandy Rexly Fredy