Anda di halaman 1dari 13

7 LANGKAH MENULIS SURAT JUALAN YANG BAGUS.

1. Pastikan anda kenal target pasaran anda. Jika produk anda niche ibu bapa, tulis surat jualan seperti anda bercakap kepada ibu bapa. 2. Tulis semua faedah produk anda.

3. Kesan masalah semasa yang perlu di selesaikan dan apa yang produk anda mampu lakukan untuk menyelesaiakan masalah tersebut. 4. Kenapa masalah yang membelenggu mereka masih tidak selesai walaupun mereka telah berusaha bermacam-macam cara, kesan masalah ini dan kaitkan penyelesaian dengan produk anda. 5. Tulis kemungkinan yang anda. Ia bermaksud jika mereka membeli produk anda, apa kemungkinan yang terjadi pada diri mereka. Contohnya, anda menjual produk kuruskan badan, anda boleh tulis pada surat jualan bahawa mereka mungkin akan memperoleh teman wanita jika mereka kurus dan menarik. 6. Perbezaan ketara. Tunjukkan produk anda mampu memberi perbezaan yang ketara pada pembeli. Di sini masukkan kajian kes dan testimoni. 7. Tunjukkan pada pembeli cara hendak membeli produk anda.

BAGAIMANA HENDAK MENULIS SURAT JUALAN SEPERTI SEORANG PROFESSIONAL?


1. Lakukan kajian sepenuhnya terhadap produk yang anda hendak tulis. Jika anda tidak yakin akan kelebihan yang ada pada produk anda, surat jualan anda akan kurang impaknya. Anda perlu yakin akan kelebihan produk anda. Jika ia adalah produk anda sendiri, ia mungkin anda lebih biasa dan yakin. Namun, jika ianya adalah produk affiliate, anda perlulah terlebih dahulu melakukan kajian untutk mendapatkan maklumat yang cukup mengenainya. 2. Belajar perbezaan antara faedah dan apa yang produk itu mampu lakukan.

Soalan pertama yang akan muncul di dalam minda pelanggan adalah apa yang produk ini boleh lakukan pada mereka? Apa faedah yang mereka akan dapat jika mereka membeli produk dari anda? Mereka lebih ligat berfikir untuk mengetahui apa yang produk anda mampu berikan pada mereka berbanding apa yang produk tersebut mampu lakukan. Contohnya televisyen membolehkan anda untuk menonton rancangan-rancangan yang menarik. Namun, mereka tidak terpikat dengan apa tugas televisyen tetapi mereka lebih terpikat untuk mengetahui faedah televisyen kepada mereka. Adakah produk anda akan menjadikan mereka lebih kaya, lebih kacak, lebih cantik, lebih kurus, lebih tenang dan sebagainya. Berikut adalah contoh bagi produk IM Produk = Internet Marketing Apa yang produk ini mampu lakukan = bekerja di rumah. Kelebihan produk ini = masa kerja yang fleksibel dan membolahkan anda meruangkan lebih masa untuk bersama anak-anak.

Anda perlu pikat pengguna melalui kelebihan produk berdasarkan apa yang produk anda mampu lakukan. 3. Latihan membentuk kesempurnaan.

Surat jualan yang hebat tidak terjadi dalam masa satu malam. Ia perlukan masa dan pengalaman. Setiap hari, anda cuba tulis surat jualan untuk produk anda atau untuk produk affiliate. Asah bakat anda pada setiap hari. 4. Biasakan diri untuk edit surat jualan yang anda tulis.

Baca berulang kali dan cuba cari kesalahan yang ada pada surat jualan anda. Jadi jujur pada diri sendiri. Setiap ayat dan ungkapan yang anda tulis perlulah ada tujuan. Jika anda nampak apa-apa kesalahan yang ada pada surat jualan anda, jangan halang diri anda dari delete tulisan tersebut. 5. Tingkatkan kredibiliti surat jualan anda.

Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan kredibilit surat jualan anda 6. Testimoni yang berkualiti tinggi dan benar. Masukkan kes study bagi produk anda untuk membuktikan kelebihan bagi produk anda. Masukkan bonus bagi pembelian produk anda Jaminan wang di kembalikan. Bayangkan bakal pelanggan anda.

Surat jualan haruslah berbentuk peribadi untuk memberi tanggapan yang baik kepada pembaca surat jualan. Intonasi dan penggunaan ayat haruslah seperti anda sedang bercakap secara berhadapan dengan pelanggan. Selain itu, anda harus dapat membayangkan jenis emosi yang ada pada manusia yang akan membaca surat jualan anda. Anda perlu bayangkan prospek pelanggan anda. Sebagai panduan, anda tanya soalan berikut pada diri anda

Berapa umur pelanggan anda? Adakah mereka bekerja? Apa yang mereka lakukan? Adakah mereka lelaki atau perempuan? Barapa banyak masa mereka akan online? Berapa pendapatan mereka? Tahap pelajaran mereka? Apa yang mereka lakukan untuk meluangkan masa. Berapa ramai anak mereka ada? Berapa umur anak-anak mereka ? Adakah mereka mempunyai rumah sendiri? Adakah mereka mempunyai halaman rumah yang luas.

Ia hanyalah soalan contoh sahaja. Anda boleh cetuskan soalan yang releven dengan produk anda sahaja. Luangkan masa untuk mengetahui latar belakang pelanggan anda. Latihan kedua : Ambik tahu target pasaran anda dan tulis secara lengkap mengenai latar belakang pelanggan anda. Gunakan imaginasi dan lakukan pembacaan tambahan jika buntu.

LIMA KESILAPAN UTAMA DALAM SURAT JUALAN DAN BAGAIMANA HENDAK MENGATASINYA.
1. Surat jualan yang menggunakan ayat yang terlalu complicated.

Pembeli tidak suka berfikir, mereka mahukan sesuatu maklumat adalah dalam bentuk straigtforward. Jadi, anda jangan masukkan ayat atau ungkapan yang boleh mengelirukan pembaca. 2. Biarkan pembaca berfikir.

Jangan terlalu penuhkan page ministe anda dengan maklumat sehingga menyusahkan pembaca untuk membaca maklumat yang anda ingin sampaikan. Susun perenggan dengan teliti. Jarakkan ruang yang mencukupi antara perkataan untuk membolehkan pembaca membaca dengan mudah. Gunakan tulisan yang sesuai untuk di baca. 3. Memberitahu apa yang produk mampu lakukan.

Jangan terlalu highlight fungsi produk anda. Cukup sahaja dengan penerangan umum dan lebihkan pada faedah produk anda. Apa yang produk itu mampu lakukan untuk menyenangkan si pembeli tadi. 4. Meletakkan button BUY NOW tanpa arahan susulan.

Kebanyakan surat jualan hanya menyatakan beli produk ini sekarang dan sebagainya tetapi mereka tidak menunjukkan cara untuk membeli. Di butik contohnya, pembeli akan bertanya, berapa ringgit untuk harga sehelai baju. Kemudian, juru jual akan beri arahan pada pembeli tadi untuk membayar di kaunter. Pendek kata, anda perlu mempersilakan pembaca surat jualan anda untuk melakukan pembayaran bagi mendapatkan produk anda. Tunjukkan pada mereka cara-cara yang sehalus mungkin supaya mereka tenang dan selesa untuk melakukan pembayaran. 5. Tiada konsistensi.

Adakah surat jualan anda mempunyai headline yang mantap? Jika ya, baguslah. Namun, surat jualan anda perlu konsisten. Ini bermakna jika headline anda mantap, ayat-ayat di dalam surat jualan anda juga perlu mantap. Teruskan momentum ayat headline anda dengan menggunakan ayat-ayat yang sentiasa menarik. Jangan terlalu takut untuk menulis surat jualan. Tiada yang lebih mengetahui mengenai perniagaan anda selain anda sendiri. Tulis apa sahaja yang anda rasa menarik dan perbaikinya di masa hadapan secara berperingkat. Prinsip yang anda perlu pegang adalah surat jualan boleh di perbaiki. Jadi, jangan takut untuk ekspresi idea anda.

KRITERIA YANG MENJADIKAN SURAT JUALAN ITU HEBAT.


Surat jualan yang berkualiti adalah bukan terdiri dari pemberitahuan apa yang mereka hendak jual sahaja. Ia meliputi segala perkara yang boleh iaitu sejarah penubuhan produk, pengalaman si pemilik produk, pengalaman orang lain dan penulisan secara teliti mengenai produk yang mereka jual itu. Setiap penulis surat jualan memiliki beberapa idea sendiri untuk melariskan produk yang mereka promosikan. Ia bermula dari hati. Kualiti adalah segalanya dalam menulis surat jualan. Untuk menjadikan sesuatu sales letter itu berkualiti, ia perlu di tulis menggunakan hati. Setiap perkataan yang di tulis hendaklah menyentuh hati dan perasaan mereka yang membacanya. Setiap kelebihan yang ada pada produk tersebut juga di tulis dengan penuh ikhlas dan boleh membuatkan si pembaca teruja untuk membeli produk yang di jual. Mengikut kajian, pembeli yang membeli melalui online adalah di sebabkan emosi, jadi penulisan surat jualan yang berkualiti mesti melibatkan emosi manusia. Penulisan surat jualan perlu tidak terlalu formal. Surat jualan adalah seperti jurujual. Jadi, ia perlulah fleksibel. Anda tidak boleh terlalu formal ketika menulis surat jualan, ia haruslah di tulis seolah-olah anda sedang menceritakan sesuatu pada prospek anda. Jangan pedulikan tatabahasa kerana anda sedang menjual, bukannya mengambil peperiksaan. Berikut adalah tips penggunaan bahasa di dalam penulisan surat jualan.

Gunakan bahasa yang tidak formal iaitu loghat tempatan jika ia bersesuaian. Gunakan bahasa yang senang di fahami berbanding menggunakan ayat yang rumit dan susah. Menggunakan peribahasa jika ia mampu memberi impak kepada surat jualan anda. Gunakan perkataan yang sempoi dan boleh memberi perasaan teruja kepada para pembaca.

Walaubagaimanapun, di kala penggunaan bahasa yang agak sempoi, pastikan anda periksa perkara berikut untuk menjaga kredibilit anda sebagai penulis.

Periksa ejaan surat jualan anda, pastikan tiada yang tersilap ejaan pada surat jualan anda. Jangan gunakan terlalu banyak huruf besar kerana di dalam minda pembaca, huruf besar bermakna anda sedang menjerit. Tentu ia akan mengelirukan pembaca yang menganggap anda selalu terjerit-jerit ketika mereka membaca surat jualan anda. Jaga penggunaan tanda bacaan anda seperti tanda seru dan tanda soal. Jangan biarkan pembaca tersalah anggap dengan penulisan anda.

Panjang sesuatu surat jualan berdasarkan produk yang hendak di jual. Surat jualan panjang atau pendek ada kelebihannya yang tersendiri. Cara untuk menentukannya adalah memastikan apa yang anda tulis cukup panjang untuk menerangkan apa yang anda jual. Namun, jika sesuatu produk itu mahal, surat jualan biasanya akan lebih panjang di sebabkan pelanggan akan lebih teliti dalam melakukan pembelian. Kelebihan bagi surat jualan yang panjang.

Lagi banyak maklumat yang tertulis dan pembeli lebih selesa untuk membeli di sebabkan maklumat yang terlebih cukup. Maklumat yang di beri sudah cukup dan pelanggan tidak akan menganggu anda melalu emelemel untuk bertanyakan soalan. Memberi peluang kepada SEO optimization dan lebih keyword akan terlekat.

Kelebihan bagi surat jualan yang pendek.

Pelanggan boleh menangkap apa yang anda jual sebelum mereka hilang fokus. Website anda lebih cantik dan kemas. Tidak kelihatan seperti surat jualan yang terlalu hype.

Tanpa mengira panjang atau pendek surat jualan yang anda tulis, kualiti tetap memainkan peranan yang terakhir. Jika penyampaian anda tidak sampai pada pelanggan, surat jualan anda akan menjadi sesuatu yang tidak berguna untuk di baca. Bagi surat jualan yang panjang, anda boleh highlight ayat-ayat yang penting supaya otak mereka akan menangkap maklumat tersebut ketika mereka melalukan scan terhadap surat jualan anda. Siapa yang paling sesuai untuk menulis surat jualan anda ? Bagi saya, orang yang paling sesuai untuk menulis surat jualan bagi produk anda adalah anda sendiri. Berikut adalah alasan kenapa andalah yang paling layak untuk melakukan tugas copywriter ini berbanding orang lain 1. Anda tahu perniagaan anda lebih baik dari orang lain. 2. Anda tahu jenis pelanggan yang anda target dan apa yang anda perlu terangkan pada pelanggan mengenai produk anda. 3. Anda sangat yakin dengan kebolehan produk anda dan ia akan memberi lebih impak dalam surat jualan. 4. Anda mahu pelanggan mengenali anda bukannya orang lain melalui surat jualan. Namun, kebanyakan usahawan tidak ada masa untuk menulis surat jualan bagi produk mereka. Jadi, mereka akan mengupah freelance copywriter untuk melakukan tugas bagi pihak mereka. Anda boleh upah freelance tetapi anda perlu pastikan copywriter anda itu ada perkara berikut

Semua maklumat mengenai produk anda. Telah menguji kehebatan produk anda iaitu tahu mengenai selok belok produk anda. Surat jualan yang di tulis copywriter membuatkan anda sendiri teruja untuk membeli. Rekod perkhidmatan adalah cemerlang.

Latihan pertama : Kumpul semua surat jualan, landing page dan artikel pre jualan. Print dan kumpul ia di dalam satu file untuk di jadikan rujukan pada masa hadapan iaitu ketika anda ingin menulis surat jualan.

BAGAIMANA HENDAK MEMOTIVASIKAN ORANG UNTUK MEMBELI?


Surat jualan yang tiada motivasi untuk membeli adalah surat jualan yang sia-sia. Penggunaan perkataan dan konsep penceritaan perlulah sesuatu yang boleh membangkitkan perasaan teruja untuk membeli produk anda. Psikologi membeli. 1. Adakah produk anda boleh memberi kebahagian kepada pembeli? Pelanggan anda perlu percaya bahawa produk anda akan memberi tambah nilai dalam kehidupan mereka. Di dalam surat jualan, anda perlu senaraikan segala faedah iaitu apa yang boleh membuatkan pelanggan gembira jika mereka membeli produk anda. Antara contoh faedah ialah

Jimat wang. Jana pendapatan lebih Membuatkan hidup lebih mudah.

Menjadikan diri mereka lebih menarik, cantik , kurus, dan sebagainya.

2. Tulis sebagai pembaca. Ketika menulis surat jualan, anda letakkan diri anda sebagai pembaca surat jualan iaitu pelanggan. Apa yang diri anda sebagai pelanggan mahukan, anda masukkan di dalam surat jualan. Tenggelamkan diri anda dalam masalah-masalah pelanggan dan wujudkan penyelesaian melalui produk anda. Strategi yang bagus adalah ambik tahu apa yang pelanggan anda sedang usahakan dan tunjukkan pada mereka bahawa produk anda mampu membantu mereka untuk melakukannya dengan lebih baik. 3. Takutkan pelanggan. Surat jualan anda akan lebih efektif jika anda masukkan elemen takut untuk tidak membeli produk anda. Ia lebih memberi impak dari menulis sesuatu untuk memaksa orang membeli produk anda. Nyatakan dengan jelas apa yang mereka bakal hilang jika mereka tidak membeli produk dari anda. 4. Wujudkan pihak ketiga untuk menjadi jurucakap bagi produk anda. Contonya adalah kajian kes bagi keberkesanan produk anda dan testimoni dari pembeli sebelum ini. 5. Tulis apa yang pelanggan anda mahu anda beritahu pada mereka.

6. Jadikan ia seperti perbualan. Tanya mereka soalan dan berikan jawapan yang terbaik untuk soalan rekaan anda itu. Perbualan akan menjadikan pembaca untuk terus membaca kerana mereka terasa seperti mereka terlibat dengan produk anda. Latihan Ketiga : Senaraikan segala faedah yang terdapat dalam produk anda. Dari faedah-faedah tersebut, anda senaraikan apa yang boleh membuatkan pelanggan gembira jika mereka membeli produk anda. Selepas itu , anda senaraikan pula segala rugi yang pelangggan perlu tanggung jika mereka tidak membeli produk anda sekarang.

6 FAKTOR PENGIKLANAN YANG BERKESAN


Sesetengah usahawan beranggapan pengiklanan merupakan pembaziran sekiranya perniagaan kita masih belum berkembang maju. Ramai yang takut membeli iklan kerana khustir iklan tersebut tidak berkesan. Sebenarnya sesebuah iklan berkesan atau tidak disebabkan oleh faktor-faktortertentu. Berikut adalah 7 faktor yang boleh membantu anda untuk melakukan pengiklanan yang lebih berkesan. 1. Pilih medium yang sesuai Kadang kala disebabkan ingin menjimatkan belanja usahawan tidak memikirkan tentang medium yang digunakan sama ada berkesan atau tidak. Mereka lebih suka menggunakan cara forum dan komen blog orang lain serta beriklan di portal pengiklanan percuma kerana tidak mahu mengeluarkan belanja. Masalahnya bukanlah terletak pada percuma atau berbayar, sebaliknya adakah sasaran anda melihat iklan di tempat yang anda letakkan itu. Iklan yang berbayar sekali pun kalau tidak dibaca oleh bakal pengguna tidaklah berguna dan begitu juga sebaliknya. 2. Jangan buat tanggapan salah Ramai yang fikir dia tidak suka sesebuah website merasakan orang lain tak suka juga, jadi akibatnya dia tidak mahu meletakkan iklan di website tersebut. Ada kemungkinan website yang anda tidak minat itu diminati oleh ramai orang yang berpotensi untuk produk anda. Jadi jangan fikirkan tentang diri anda, sebaliknya fikirkan tentang pelanggan anda. Jangan juga fikirkan semua orang membaca website yang sama. Ada baiknya anda bertanya kepada pemilik website apakah jenis orang yang melawat website mereka supaya anda boleh menentukan website mana yang hendak digunakan.

3. Ketahuilah tenang pelanggan dan prospek anda. Anda boleh mengetahui tentang pelanggan anda dengan cara melakukan kaji selidik, tapi sebaikbaiknya jangan buat terlalu jelas. Anda boleh melakukan melalui pertandingan, iaitu pelanggan anda diminta mengisi beberapa maklumat penting untuk menyertai pertandingan tersebut. Dengan cara ini anda boleh menggunakan maklumat yang diperolehi untuk membuat perancangan masa depan yang lebih teliti. 4. Berikan yang percuma Adakalanya kenyataan anda terhadap produk anda dianggap oleh pengguna sebagai dakwaan semata-mata. Oleh sebab itu ada baiknya juga anda memberikan produk percuma untuk dijadikan testimoni oleh para pengguna. Testimoni biarlah simpel, iaitu menerangkan kenapa mereka sukakan produk anda. Jadi ini lebih memudahkan pelanggan anda membuat pilihan mereka. 5. Dapatkan feedback Ada baiknya juga anda bertanya kepada pelanggan anda dari mana mereka mengetahui tentang iklan anda. Tanya juga kepada mereka sama ada mereka mengalami sebarang masalah untuk mengetahui tentang iklan anda tersebut. Sekiranya pelanggan anda menyatakan masalah, cuba dengar dengan baik. Sekalipun anda tidak setuju, jangan tunjukkan dengan sikap keras. Ini kerana maklumat yang mereka berikan amatlah bermakna. 6. Arahan biar jelas Arahan pada iklan anda haruslah jelas seperti, di mana pelanggan boleh membeli barang anda. Bagaimana mereka boleh membeli dan sebagainya. Ini kerana pelanggan tidak mahu membuang masa dan kredit telefon mereka untuk bertanya anda soalan-soalan tersebut sebaliknya mereka inginkan maklumat yang segera.

CARA MUDAH UNTUK MENULIS SURAT JUALAN PERTAMA ANDA


Dari pengalaman pertama saya, menulis surat jualan yang pertama adalah sesuatu yang menyusahkan. Ada sahaja yang tidak kena dengan penulisan tersebut. Namun setelah beberapa tahun berkecimpung dalam penulisan ini saya mampu menulis dengan mudah. Caranya adalah dengan menjawab beberapa soalan. Soalan 1 : Apakah masalah yang dihadapi oleh sasaran pasaran ? Mungkin ditangan anda telah ada produk. Oleh anda harus fikirkan siapa yang bakal menggunakan produk tersebut. Baik bila sudah tahu siapa sudah tentu akan tahu apa masalah metreka yang mana ianya mempunyai kaitan dengan produk yang anda ada. Ataupun jika tiada cipta pasaran dengan mencipta masalah yang mungkin prospek tidak menyedari akan masalah tersebut. Senaraikan dan pilih mana yang betul-betul memberi kesan kepada pembaca sasaran. Soalan #2 : Siapa aku dan kenapa pembaca harus baca tulisan aku ? Baik, saya sebagai penulis surat jualan dan jika saya menulis untuk orang lain apa yang akan saya lakukan adalah bertanya siapa sebenarnya tuan punya surat jualan. Saya akan dapatkan data peribadi dan kalau boleh yang berkaitan dengan produk yang hendak dijual dan saya mula menulis sebagai orang tersebut dan bukan diri saya lagi. Dengan kata lain kalau seorang pelakon tu terpaksa membawa setiap watak dengan baik begitu jugalah seorang penulis surat jualan.

Jadi dari situ dengan mengetahui siapa aku, apa yang aku ada dan apa yang boleh aku beri kepada pembaca harus dijawab. Soalan #3 : Apakah produk yang nak dijual, dan bagaimana produk tersebut mampu menyelesaikan masalah dalam pasaran yang dipilih ? Menjual sesuatu produk tidak akan berjaya jika produk itu sendiri tidak anda kenali. Apa yang produk tersebut boleh lakukan. Aadakah ia seperti sebiji Panadol yang mampu menghilangkan pening kepala, atau adakah ia merupakan setin air Coca Cola sejuk di panas yang terik? Cari apakah cirri-cirinya? Dan dari cirri-ciri tersebut apa faedah yang boleh diberikan kepada pembaca surat jualan anda. Soalan #4 : Apa yang pembaca surat jualan perlu lakukan untuk memiliki produk ini? Dari persoalan ini sudah tentu anda akan menyediakan cara-cara untuk melakukan pesanan. Sebelum itu anda juga harus memberitahu berapa harganya dan terangkan bagaimana untuk melakukan pesanan. Mudahkan pembaca dengan memberi pelbagai kemudahan bayaran bagi melakukan pesanan Soalan #5 : Kenapa sasaran pembaca surat jualan tersebut harus bertindak sekarang dan tidak kemudian ? Anda harus fikirkan bagaimana supaya pembaca sasaran anda terus melakukan tindakan. Adakah kerana stok yang terhad? Masa yang terhad? Atau mungkin anda boleh beri motivasi atas apa yang yang bakal berlaku jika pembaca tidak bertindak segera. Fikirkan satu alasan yang baik. Akhirnya Kumpulkan balik jawapan-jawapan dari persoalan tersebut baca dan anda akan faham apa yang anda tuliskan. Langkah seterusnya 1)Tulis Headline yang mampu menarik perhatian 2)Susun balik jawapan-jawapan kepada persoalan di atas dengan susuna yang beraliran. Hubungkan mereka dengan beberapa ayat. Jangan bimbang penulisan anda tersebut betul atau salah. Habiskan dan setelah itu baru lihat semula dan baca dari awal hingga ke hujung. Cari titik-titik kelemahan jika ada dan walah. Anda telah siapkan surat jualan pertama anda. Pada mereka yang memiliki buku saya Rahsia Membina Senjata Jualan maka jadikannya sebagai panduan .

8 TIPS MACAM MANA MELARISKAN PRODUK ANDA!


Ini bukan hanya tentang produk yang anda tahu. Kita harus sedari mungkin akan mengalami masalah jika kita menjalankan sesuatu perniagaan tetapi kita lebih membeli produk orang lain daripada kita menjualnya sendiri. Jadi kita haruslah berubah untuk tidak membeli produk yang selalu di iklankan dan berhenti untuk menganalisis produk-produk tersebut.

Kita haruslah berfikir untuk menjual produk yang lebih baik daripada produk tersebut. Maksud di sini ialah, menjual produk yang sama tetapi dapat menemukan kejayaan yang lebih besar. Inilah yang saya pelajari. 1. Berikan ajakan untuk bertindak. Jangan biarkan mereka hanya membaca iklan dan teruskan. 2. Berikan hadiah percuma, atau bonus.? 3. Selalu perhatikan iklan yang sangat memberangsangkan, kata-kata harapan, impian dan sebagainya. Anda menjual produk yang di inginkan bukan keperluan pembeli dan anda haruslah menghidupkan suasana produk tersebut menjadikan satu keperluan. Anda haruslah tidak melakukan pengharapan terhadap orang lain, sebagai contoh, belilah produk ini, kesiankan saya. Saya mempunyai 12 orang anak..blablabla 4. Belajar untuk menghadapi kritikan. Saya paling benci bahagian ini. Sepatutnya aku tidak seperti itu. Dan kemudian saya telah gagal sebelum mencubainya bahkan belum memulakan sesuatu projek tersebut. Oh, anda haruslah mengerti mengapa anda dapat kritikan tersebut dan bagaimana anda boleh mengubahkannya kepada YA!, daripada anda risaukan seseorang menkritik atau memarahi anda. 5. Pada mula artikel anda haruslah untuk menghiburkan pembaca, dan bukan untuk memberikan maklumat. Anda harus menulis apa yang pelanggan perlu baca, bukan apa yang anda ingin menulis. Pada masa kini, mereka amat mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. 6. Jual diri anda sendiri. Ini semua tentang dirimu. Penjual. Anda membuat produk kelihatan baik dan meyakinkan orang mengapa mereka perlu juga. Reputasi anda dipertaruhkan juga. Saya selalu berfikir pekerjaan model adalah untuk kelihatan cantik. Bukan! Saya belajar dari Amerika Top Model. Tugas model adalah untuk membuat produk di lihat lebih baik. 7. Ini semua tentang membangun sebuah hubungan. Robert Kiyosaki menggunakan dirinya untuk mengajar pelajaran dan menjual produknya. Orang-orang membeli Rich Dad Poor Dad kerana dia. Dia selalu mengatakan bahawa ia adalah penulis buku laris. Bukan penulis terbaik-menulis! 8. Jangan mengganggu mereka. Dapatkan kenalan email atau sesuatu. Kirim email yang dikemaskini. Akhirnya mereka akan membeli sesuatu. Jangan spam sekalipun, menjatuhkan orang dan jika email tetap mengarut, mungkin akaun ditinggalkan. Jangan buang masa anda.

KRITERIA YANG MENJADIKAN SURAT JUALAN ITU HEBAT.


Surat jualan yang berkualiti adalah bukan terdiri dari pemberitahuan apa yang mereka hendak jual sahaja. Ia meliputi segala perkara yang boleh iaitu sejarah penubuhan produk, pengalaman si pemilik produk, pengalaman orang lain dan penulisan secara teliti mengenai produk yang mereka jual itu. Setiap penulis surat jualan memiliki beberapa idea sendiri untuk melariskan produk yang mereka promosikan. Ia bermula dari hati. Kualiti adalah segalanya dalam menulis surat jualan. Untuk menjadikan sesuatu sales letter itu berkualiti, ia perlu di tulis menggunakan hati. Setiap perkataan yang di tulis hendaklah menyentuh hati dan perasaan mereka yang membacanya. Setiap kelebihan yang ada pada produk tersebut juga di tulis dengan penuh ikhlas dan boleh membuatkan si pembaca teruja untuk membeli produk yang di jual. Mengikut kajian, pembeli yang membeli melalui online adalah di sebabkan emosi, jadi penulisan surat jualan yang berkualiti mesti melibatkan emosi manusia.

Penulisan surat jualan perlu tidak terlalu formal. Surat jualan adalah seperti jurujual. Jadi, ia perlulah fleksibel. Anda tidak boleh terlalu formal ketika menulis surat jualan, ia haruslah di tulis seolah-olah anda sedang menceritakan sesuatu pada prospek anda. Jangan pedulikan tatabahasa kerana anda sedang menjual, bukannya mengambil peperiksaan. Berikut adalah tips penggunaan bahasa di dalam penulisan surat jualan.

Gunakan bahasa yang tidak formal iaitu loghat tempatan jika ia bersesuaian. Gunakan bahasa yang senang di fahami berbanding menggunakan ayat yang rumit dan susah. Menggunakan peribahasa jika ia mampu memberi impak kepada surat jualan anda. Gunakan perkataan yang sempoi dan boleh memberi perasaan teruja kepada para pembaca.

Walaubagaimanapun, di kala penggunaan bahasa yang agak sempoi, pastikan anda periksa perkara berikut untuk menjaga kredibilit anda sebagai penulis.

Periksa ejaan surat jualan anda, pastikan tiada yang tersilap ejaan pada surat jualan anda. Jangan gunakan terlalu banyak huruf besar kerana di dalam minda pembaca, huruf besar bermakna anda sedang menjerit. Tentu ia akan mengelirukan pembaca yang menganggap anda selalu terjerit-jerit ketika mereka membaca surat jualan anda. Jaga penggunaan tanda bacaan anda seperti tanda seru dan tanda soal. Jangan biarkan pembaca tersalah anggap dengan penulisan anda.

Panjang sesuatu surat jualan berdasarkan produk yang hendak di jual. Surat jualan panjang atau pendek ada kelebihannya yang tersendiri. Cara untuk menentukannya adalah memastikan apa yang anda tulis cukup panjang untuk menerangkan apa yang anda jual. Namun, jika sesuatu produk itu mahal, surat jualan biasanya akan lebih panjang di sebabkan pelanggan akan lebih teliti dalam melakukan pembelian. Kelebihan bagi surat jualan yang panjang.

Lagi banyak maklumat yang tertulis dan pembeli lebih selesa untuk membeli di sebabkan maklumat yang terlebih cukup. Maklumat yang di beri sudah cukup dan pelanggan tidak akan menganggu anda melalu emelemel untuk bertanyakan soalan. Memberi peluang kepada SEO optimization dan lebih keyword akan terlekat.

Kelebihan bagi surat jualan yang pendek.


Pelanggan boleh menangkap apa yang anda jual sebelum mereka hilang fokus. Website anda lebih cantik dan kemas. Tidak kelihatan seperti surat jualan yang terlalu hype.

Tanpa mengira panjang atau pendek surat jualan yang anda tulis, kualiti tetap memainkan peranan yang terakhir. Jika penyampaian anda tidak sampai pada pelanggan, surat jualan anda akan menjadi sesuatu yang tidak berguna untuk di baca. Bagi surat jualan yang panjang, anda boleh highlight ayat-ayat yang penting supaya otak mereka akan menangkap maklumat tersebut ketika mereka melalukan scan terhadap surat jualan anda. Siapa yang paling sesuai untuk menulis surat jualan anda ? Bagi saya, orang yang paling sesuai untuk menulis surat jualan bagi produk anda adalah anda sendiri. Berikut adalah alasan kenapa andalah yang paling layak untuk melakukan tugas copywriter ini berbanding orang lain 1. Anda tahu perniagaan anda lebih baik dari orang lain.

2. Anda tahu jenis pelanggan yang anda target dan apa yang anda perlu terangkan pada pelanggan mengenai produk anda. 3. Anda sangat yakin dengan kebolehan produk anda dan ia akan memberi lebih impak dalam surat jualan. 4. Anda mahu pelanggan mengenali anda bukannya orang lain melalui surat jualan. Namun, kebanyakan usahawan tidak ada masa untuk menulis surat jualan bagi produk mereka. Jadi, mereka akan mengupah freelance copywriter untuk melakukan tugas bagi pihak mereka. Anda boleh upah freelance tetapi anda perlu pastikan copywriter anda itu ada perkara berikut

Semua maklumat mengenai produk anda. Telah menguji kehebatan produk anda iaitu tahu mengenai selok belok produk anda. Surat jualan yang di tulis copywriter membuatkan anda sendiri teruja untuk membeli. Rekod perkhidmatan adalah cemerlang.

Latihan pertama : Kumpul semua surat jualan, landing page dan artikel pre jualan. Print dan kumpul ia di dalam satu file untuk di jadikan rujukan pada masa hadapan iaitu ketika anda ingin menulis surat jualan.

Cara Menulis Sales letter Yang Bagus


Apa itu surat jualan (sales letter)? Surat jualan adalah merupakan teknik penulisan yang direka untuk memujuk pembaca untuk membeli produk atau perkhidmatan tertentu secara online. Telah ditakrifkan sebagai "Suatu bentuk direct mail di mana pengiklan menghantar surat kepada prospek pelanggan.". Ia umpama seorang sales man 'maya' yang di lantik bagi membuat penjualan untuk perniagaan anda. Penulisan-penulisan begini selalunya dimuatkan di halaman utama web-web promosi, jualan, web referral MLM, atau minisite jualan. Cara menulis surat jualan (sales letter) yang baik adalah soalan umum. Tetapi bukanlah satu yang dengan mudah dapat dijawab ... Tugas utama yang paling penting anda lakukan semasa menulis surat jualan yang baik adalah untuk memastikan ianya akan dibaca oleh pelawat. Anda juga perlu pastkan ianya dibaca oleh orang yang tepat. Pertamanya, anda perlu menentukan audiens sasaran anda. Anda perlu menyelami golongan sasaran anda samada ianya orang perseorangan atau kumpulan tertentu orang yang ingin anda jangkau dengan surat jualan anda.

Menarik perhatian mereka serta-merta:

Kecuali anda dapat menarik perhatian pembaca dari awal, semua usaha anda akan siasia. Sebahagian besar surat-surat promosi berakhir di tempat sampah. Hanya kerana isi surat ini semua penting bagi anda, itu tidak bermakna bahawa pembaca anda akan melihat bahan-bahan pelajaran dengan antusiasme yang sama. Kecuali anda menangkap antusiasme pembaca anda daripada kata 'pergi', surat anda akan bergabung dengan majoriti surat jualan lain - di tempat sampah. Kata-kata pembukaan anda harus diolah dengan baik. Maklumkan kepada pembaca bahawa samada dia ingin meneruskan pembacaan atau tidak ianya terserah kepada mereka. Pastikan ada keseimbangan dalam penulisan anda antara keramahan dan profesionalisme. Lumrah manusia, sedikit pujian mungkin mampu membantu untuk menahan perhatian pembaca - tapi, jangan berlebihan! Sebagai contoh, anda mungkin boleh memulakan ayat dengan "Sebagai seorang profesional, anda tentu sahaja telah sedia maklum bahawa..." atau, mulailah surat anda dengan soalan yang mungkin membuatkan pembaca berfikir tentang subjek anda, misalnya "Adakah anda tahu bahawa...?" Sekarang anda telah berjaya menarik perhatian pembaca anda, anda perlu menjaga supaya dia terus membaca hingga ke akhir surat jualan anda: Sekali lagi, sifat-sifat manusia datang ke dalam bermain di sini. Tidak ada yang suka berfikir bahawa mereka kehilangan maklumat baru, atau hanya "tidak tahu". Pada tahap ini surat, anda perlu bermaklumat, tanpa overloading pembaca. Jika anda dapat berbaur nasihat yang baik dengan maklumat, maka itu lebih baik. Menunjukkan kepada pembaca bahawa anda memahami situasinya dia atau: Surat jualan anda perlu menunjukkan yang anda faham keadaan dan pandangan pembaca. Disamping itu tekankan bagaimana produk atau perkhidmatan anda akan menguntungkan pembaca anda. Pada peringkat ini barulah senaraikan kelebihankelebihan dari apa perkhidmatan atau produk yang anda tawarkan Jelaskan dengan ringkas mengapa perkhidmatan atau produk anda jauh lebih unggul untuk pembaca anda pada saat tersebut. Sekali lagi, adalah penting untuk tidak terlalu mendesak pembaca pada masa ini. Beri jaminan yang logik dan tidak berlebih-lebihan: Setiap perenggan harus berkaitan dengan yang berikutnya. Jangan berterabur. Akhir setiap perenggan ini penting kerana anda ingin memastikan pembaca anda terus membaca hingga ke akhir surat. Frasa kalimat terakhir dari setiap perenggan

sedemikian rupa sehingga pembaca ingin meneruskan ke bahagian terakhir. Sekali lagi, sebuah pertanyaan dianggap baik biasanya akan melakukan trik. Layout dan panjang adalah penting:

Variasikan panjang kalimat dan perenggan anda. kata-kata pendek, yang jelas, adalah yang terbaik. Karang surat jualan anda supaya tidak terlalu panjang. Lebih ringkas lebih bagus Jika diperlukan, gunakan point bernombor atau bulet. Maklumat lebih mudah untuk difahami dalam format ini. Juka untuk promosi offline, elakkan penggunaan "risalah" photostat. Lebih baik menggunakan kertas surat bercetak yang berkualiti. Ini terlihat lebih professional dan peribadi. Ingat bahawa banyak pembaca akan melihat di bahagian bawah surat yang pertama, dalam rangka untuk mengenal pasti penghantar. Gunakan kesempatan ini untuk meletakkan kata jualan dan point yang paling penting di atas tanda tangan anda.

Akhirnya, pada perenggan akhir, sediakan ruangan untuk pembaca boleh menghubungi anda sekiranya terdapat kemushkilan dan pertanyaan dari pihak pembaca.