Anda di halaman 1dari 55

1.

0 BIODATA

BIODATA

Nama No. K/P Opsyen Unit Ambilan Semester

: SYAHIDA NAIMAH BT SAHARI : 911111-11-5458 : PISMP : PENGAJIAN AGAMA ISLAM : JANUARI 2011 : SEMESTER 3

Tarikh PBS : 18 - 22 MAC 2012 No. Tel Pensyarah : 013-6649296 : USTAZ AHMAD BIN MAT SAID

2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK TUGASAN

PENGENALAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah atau PBS adalah salah satu matapelajaran wajib yang perlu dilaksanakan oleh semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) semester satu hingga semester empat. PBS ini dijalankan selama seminggu di sekolah rendah yang ditetapkan oleh guru pelatih sendiri.

Tugasan yang dijalankan semasa PBS adalah berbeza setiap semester. Justeru, guru pelatih semester dua dikehendaki membuat tugasan mengenai subjek elektif i. Oleh itu, saya, Syahida Naimah Sahari guru pelatih PISMP Pengajian Agama Islam akan membuat tugasan mengenai subjek Bahasa Arab sekolah rendah. Lantaran, objektif utama saya ketika berada di sekolah adalah mencari maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

Disamping itu, saya juga perlu membuat pemerhatian dan temubual terhadap aplikasi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru-guru Bahasa Arab di sekolah tersebut. Saya juga perlu melihat penerapan Falsafah Pendidikan Islam semasa berada di sana. Justeru, tugasan PBS ini merangkumi pelbagai aspek dimana ia bertujuan untuk mendedahkan semua guru pelatih dengan suasana sekolah disamping merasai sendiri kesenangan atau kesusahan menjadi seorang guru.

Justeru, PBS ini adalah salah satu pengalaman yang harus dijadikan pedoman kepada guru pelatih. Ini kerana guru pelatih dapat melihat dan merasai sendiri situasi disekolah. Disamping itu, ia juga berbeza ketika hari pertama guru pelatih melangkah ke sekolah sebagai seorang pelajar dan ketika hari pertama melangkah ke sekolah sebagai seorang guru. Oleh itu, PBS ini amat penting bagi seseorang guru pelatih.

2.1 PENYATAAN SEBELUM PBS

Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan, perjumpaan antara Encik Abdul Aziz Zaki dari Unit Praktikum dan pelajar PISMP semester 3 telah diadakan di Dewan Wawasan. Beliau telah menerangkan sekali lagi akan konsep, objektif, strategi perlaksanaan, peranan dan tanggungjawab pelajar terhadap Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan dijalankan pada 18 22 Mac 2012. Perkara pertama yang saya lakukan sebelum pergi menjalankan tugasan PBS, saya bersama rakan-rakan guru pelatih yang akan sama-sama menjalani PBS membuat sedikit perbincangan mengenai apa yang akan kami lakukan nanti ketika berada di sekolah. Kami membaca tajuk-tajuk tersebut dengan baik serta cuba memahami tajuk tersebut. Seterusnya, kami mengenal pasti bahagian tertentu yang tidak difahami. Setelah saya dan rakan-rakan memahami setiap bahagian yang dikehendaki dengan teliti, kami mula membina soalan. Hal ini kerana, soalan yang kami bina adalah bertujuan untuk memudahkan kami apabila berada di sekolah yang akan kami pergi. Soalan pertama yang kami bina adalah, apa yang perlu kami cari dalam menjalankan tugasan PBS ini? Justeru itu, timbullah pelbagai idea dari setiap ahli kumpulan perbincangan ini contohnya sejarah sekolah, berkenalan dengan guru, memerhati suasana sekolah, menyediakan borang kolaborasi yang secukupnya serta borang refleksi, termasuklah juga menyediakan soalan yang perlu di tanya kepada guru besar. GPK Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid, GPK Kokurikulum, guru-guru, pekerja-

pekerja, murid-murid dan sebagainya. Selain daripada itu, jurnal catatan mengenai kaedah-kaedah yang diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran turut kami masukkan sebagai salah satu tugas yang perlu kami lakukan semasa melaksanakan PBS nanti.

Dalam sesuatu kajian, kita memang perlu mengenalpasti apakah objektif yang ingin dicapai dan tujuan yang ingin dipenuhi. Untuk PBS kali ini, saya sudah semestinya menjadikan tugasan ini sebagai suatu medan untuk saya mengutip pengalaman dan pengetahuan menjadi pendidik yang sebenar. Sudah tentu pengalaman berada di sekolah ini tidak sama dan tiada di sekolah lain.

Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga telah menjadi pilihan saya untuk melaksanakan tugasan ini. Ini kerana sekolah ini adalah berhampiran dengan rumah. Selain itu, saya juga ingin mengetahui perkembangan mengenai sekolah ini. Tempoh lima hari yang dberikan mestilah dimanfaatkan sepenuhnya kerana perlu menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah.

Fokus utama tugasan ini ialah berkaitan dengan subjek elektif i yang saya ambil iaitu Bahasa Arab Sekolah Rendah. Saya perlu memanfaatkan tempoh masa lima hari ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan Bahasa Arab. Disamping itu,

saya juga perlu melihat sejauhmanakah amalan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) yang diamalkan di sekolah tersebut.

Selain itu, tujuan utama tugasan ini adalah untuk mendedahkan saya dengan suasana di sekolah dan sebagai satu platform untuk saya lebih bersedia sebagai seorang bakal guru disamping menimba pengalaman. Tambahan dari itu, tugasan ini juga membolehkan saya mendapat pendedahan awal mengenai matapelajaran Bahasa Arab dimana saya dapat melihat proses pengajaran dan pembelajarannya. Saya juga mengambil kesempatan yang ada untuk beramah mesra dengan kakitangan sekolah dan murid-murid.

Sebelum membuat PBS ini, saya telah merancang strategi pelaksanaan untuk memudahkan tugasan saya kelak. Antara strategi saya ialah: i. ii. iii. iv. v. Fotostat borang-borang yang perlu ada semasa menjalankan PBS. Menyediakan borang kolaborasi sebagai rekod perbincangan. Kertas panduan skop dan tugasan matapelajaran elektif i . Menyediakan sebuah buku nota. Membuat soalan-soalan yang berkaitan tugasan. Oleh itu, melalui perancangan ini, serba sedikit membantu saya lebih bersedia untuk menjalankan PBS serta saya tidak ketinggalan maklumat-maklumat penting.

2.2 PENYATAAN SEMASA PBS BIL 1 TARIKH HARI 2 19/03/2012 ISNIN CATATAN Berjumpa dengan Guru Besar dan GPK. Memperkenalkan diri dan tujuan. Mencari seorang Mentor/guru pembimbing. Membuat tinjauan awal persekitaran sekolah. Bertemu Mentor. Berbincang dengan guru pembimbing tentang soalan tugasan. 3 20/03/2012 SELASA Berkenalan dengan guru-guru. Melawat sekitar kawasan sekolah. Menemu bual pihak pengurusan sekolah untuk borang rekod kolaborasi Berbincang dengan guru pembimbing

18/03/2012 AHAD

tentang tajuk tugasan

Masuk ke kelas untuk melihat kaedah P&P Bahasa Arab

21/03/2012 RABU

Memerhatikan persekitaran dan iklim bilik darjah

Perbincangan bersama guru pembimbing Menemu bual guru besar, guru lain dan pengawal keselamata sekolah untuk borang

rekod kolaborasi Masuk ke kelas untuk melihat kaedah P&P Pendidikan Islam
Menemuramah beberapa orang warga Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga. Bertemu dan berbincang bersama guru JQAF.

22/03/2012 KHAMIS

Melengkapkan data-data PBS yang masih tidak mencukupi Mengambil tidak lengkap Berjumpa dengan Guru Besar dan mentor. gambar-gambar yang masih

Hari Pertama, Ahad, 4 September 2011

Saya bertolak ke sekolah sekitar jam 7 pagi untuk mengelakkan berlakunya kelam kabut dan kesesakan lalu lintas di hadapan kawasan sekolah. Seusai sampai di sekolah, saya bersama rakan yang lain meninjau kawasan sekolah dan kemudian menuju ke pejabat. Di sana, kami telah berkenalan dengan beberapa staf dan mereka memaklumkan kami perhimpunan. perlu melapor diri. Selepas itu, kami menuju ke kawasan

Perhimpunan pagi itu berlangsung lebih kurang 30 minit, bermula jam 7.45 pagi hingga 8.15 pagi. Selepas perhimpunan tamat, saya bersama rakan yang lain menuju ke pejabat untuk bertemu Guru Besar. Sedikit taklimat diberikan oleh guru besar berkenaan dengan sekolah serta beberapa maklumat penting yang lain. Kami juga dinasihatkan supaya sentiasa bercampur gaul dengan guru-guru yang lain. Ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara warga SK Gelugor walaupun kami hanya berada di situ sekitar satu minggu sahaja. Selain itu juga, kami dibenarkan berada di bilik JQAF dan kami sangat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kami bilik yang sangat selesa.

Pada hari tersebut juga, saya bersama rakan saya dari IPG Kota Bharu telah mencari seorang guru pembimbing atau mentor iaitu Ustazah Roslina bersesuaian dengan subjek major kami. Bersama guru pembimbing ini, kami berbincang berkaitang dengan skop tugasan iaitu pemilihan kaedah P&P Pendidikan Al-Quran. Kami juga meminta kebenaran mereka untuk masuk ke kelas bagi melihat proses P&P berlangsung. Oleh itu, kami telah memilih beberapa masa yang sesuai untuk memasuki mana-mana kelas. Waktu yang dipilih adalah pada hari Selasa dan Rabu.

Setelah itu, kami berempat pergi ke bilik guru untuk berkenalan dengan lebih rapat guru-guru di situ. Mereka sangat ramah dan tidak lokek ilmu. Kebanyakan mereka adalah berasal dari Terengganu. Selain itu, saya juga telah melawat sekitar kawasan sekolah serta mengambil gambar-gambar yang berkaitan, begitu juga dengan dua

orang rakan yang lain dari IPG Pahang. Kami begitu teruja dengan kawasan persekitaran sekolah yang sangat menakjubkan. MasyaAllah, sangat cantik dan indah kawasan tersebut yang dipenuhi dengan taman-taman pokok dan bunga serta sudutsudut ilmiah.

Hari Kedua, Isnin, 5 September 2011

Saya sampai di sekolah sekitar jam 7.15 pagi. Saya mengikuti murid-murid lain bagi menjalani aktiviti tasmik bersama seorang JQAF di Dataran Ilmu. Pada setiap pagi, semua murid akan berkumpiul di dana bagi mengikuti bacaan al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Abdul Sham Ahmad secara beramai-ramai. Disebabkan pada hari ini bermulanya Ujian Tambah Nilai bagi murid tahun 6, semua murid tahun 6 dikehendaki ke surau bagi membaca Yasin secara berami-ramai sebagai persediaan rohani. Saya tidak melepaskan peluang bersama mereka membaca Yasin tersebut.

Selepas itu, saya bersama rakan yang lain merancang untuk menemu bual beberapa warga sekolah terutama dengan pengurusan sekolah, guru pembimbing, guru-guru lain, kakitangan dan murid. Tugas menemu bual ini berlangsung sepanjang hari bermula jam 8 pagi sehingga 12,00 tengah hari. Antara topik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan KSSR, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah, prasarana, prestasi kecemerlangan UPSR dan hubungan silaturrahim yang baik. Alhamdulillah, mereka yang ditemu ramah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami.

Tepat pada waktu rehat, kami memerhati kawasan sekolah sambil mengambil gambar yang berkaitan. Gambar-gambar ini sangat penting kerana ia menjadi bahan bukti kami menjalankan PBS di SK Gelugor. Hari Ketiga, Selasa, 6 September 2011

Pagi Selasa, saya memasuki beberapa kelas yang mana subjek yang diajar adalah Pendidikan Islam bagi bidang Asuhan Tilawah Al-Quran iaitu Hafazan dan Ayat Kefahaman. Melalui pemerhatian saya, guru banyak menggunakan pendekatan individu, kelas dan kumpulan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran bagi bidang tersebut. Hal ini kerana, pendekatan ini amat sesuai bagi menilai tahap murid-murid bagi mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Bagi bidang hafazan pula, guru menggunakan kaedah talaqqi musyafahah yang mana murid akan mengikut bacaan guru dan seterus kaedah tikrar menyempurnakan lagi kaedah talaqqi musyafahah di mana dapat melancarkan bacaan murid. Apabila bacaan murid lancar dan sempurna, mereka dapat menghafal surah tersebut dengan baik. Hal ini, terbukti

apabila guru meminta murid membaca surah tersebut dari ayat 1-5 dan beberapa orang murid dapat membacanya dengan lancar. Setelah selesai P&P, kami berbincang tentang soalan PBS yang berkaitan dengan sesi pembelajaran yang berlangsung sebentar tadi.

Bagi bidang Ayat Kefahaman pula, guru yang mengajar menggunakan pelbagai kaedah P&P, antaranya adalan kaedah bercerita, latih tubi, talaqqi musyafahah dan sebagainya. Intonasi yang sesuai semasa bercerita mampu menarik minat murid dan mengukuhkan kefahaman mereka semasa langkah P&P berjalan. Ini dapat dibuktikan apabila guru yang mengajar mengemukakan soalan berkaitan dengan tajuk dan pelajar dapat menjawab dengan baik.

Kami turut melawat kawasan prasekolah dan kelas Pendidikan Khas. Sekolah ini mempunyai 2 kelas prasekolah dan sebuah kelas PKPI. Menurut Pembantu Pengurusan Murid(PPM), beliau memberitahu bahawa murid pendidikan khas juga mempunyai silibus yang tersendiri dan mereka bukan dikelaskan mengikut tahap umur tetapi mengikut tahap keupayaan setiap murid. Kebanyakan murid di sana menghadapi masalah ADHD, lembam dan terencat akal. Kawasannya sangat cantik, dipenuhi

dengan mural dan kata-kata hikmah. Suasana sebegini sangat membantu dalam perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak. Prasarana yang disediakan di prasekolah dan kelas Pendidikan Khas sangat lengkap seperti tandas, dapur, kawasan pembelajaran, bilik sakit dan ruang makan. Kanak-kanak prasekolah juga akan diberi peluang untuk bermain di kawasan taman permainan kanak-kanak bersebelahan

dengan kelas mereka. Secara tidak langsung, pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat dilahirkan semasa mereka masih kecil lagi.

Hari Keempat, Rabu, 7 September 2011

Pada hari keempat diteruskan dengan melihat

sesi pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam oleh guru tahun 5 iaitu Ustazah Rohani yang mengajar kelas 5D. Jika sebelum ini, kami melihat sesi pengajaran dan pembelajaran bagi bidang hafazan dan ayat kefahaman, hari ini saya melihat sesi P&P bagi ayat bacaan pula. Kelas 5D terdiri daripada murid yang lemah dalam pembelajaran. Jadi, saya mendapati ustzah menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Beliau telah menulis beberapa potongan kalimah pendek dan meminta murid-murid untuk membacanya. Terdapat segelintir murid yang gagal membacanya, dan guru membimbing mereka.

Kesimpulan yang saya dapat daripada pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru-guru,Berdasarkan dapatan kami, saya melihat kepelbagaian dalam kaedah pengajaran yang digunakan seperti kaedah bercerita, syarahan, kuiz, lembaran

kerja, talaqqi dan sebagainya. Kepelbagaian dalam kaedah pengajaran ini berjaya menarik perhatian pelajar serta merangsang minat mereka untuk lebih tekun dalam pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar juga amat penting dalam sesi P&P.

Nasihat seorang guru kepada kami, jadilah guru yang dihormati bukan ditakuti. Tidak salah jika kita mesra kepada pelajar tetapi jangan sesekali membiarkan mereka melampaui batas. Selain kaedah, nada suara juga berperanan untuk memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan terkawal. Melihat keadaan kelas yang terkawal dan teratur, saya yakin apa yang dikatakan oleh guru tersebut adalah benar sekali.

Pada hari ini juga, saya sempat menemuramah beberapa orang guru JQAF. Mereka turut memberi bahan dan maklumat yang berkaitan JQAF dan KSSR yang terkini sebagai panduan untuk menjadi guru kelak. Selain itu, isu yang dibincangkan adalah lebih menjurus kepada pengendalian kelas semasa sesi P&P. Banyak tips yang saya peroleh daripada guru tersebut. Antaranya ialah komited dalam kelas, kelantangan suara, menyediakan aktiviti yang menarik serta bahan bantu mengajar yang pelbagai.

Setelah kami semua mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dan 2 lagi rakan berkumpul bagi bertukar-tukar maklumat serta mengadakan sedikit perbincangan bagi memastikan bahawa apa yang diperlukan telah diperoleh dan tiada maklumat yang tercicir kerana untuk kembali semula ke SK Gelugor ini adalah mustahil.

Seusai perbincangan tamat, kami bergerak ke destinasi masing-masing seperti meninjau persekitaran dan iklim sekolah mahupun menemuramah beberapa orang warga sekolah bagi memenuhi keperluan PBS kami. Kami sangat bersyukur kerana warga Sekolah Kebangsaan Gelugor sangat mudah didekati dan tidak teragak-agak untuk memberi kerjasama dan pertolongan kepada kami semua .

Hari Kelima, Khamis, 8 September 2011

Sedar tak sedar, akhirnya tibalah hari terakhir saya di Sekolah Kebangsaan Gelugor ini. Begitu pantas masa berlalu.

Hari terakhir saya teruskan agenda saya seperti biasa iaitu mencari sebarang maklumat yang dirasakan perlu bagi mengisi masa sebelum pertemuan kami dengan Guru Besar pada jam 10 pagi. Saya lebih gemar mengisi masa dengan melihat dan melayan telatah murid-murid berkeperluan khas dan murid-murid kelas 3B. Dengan melihat mereka menghadirkan rasa bersyukur dengan kurniaan Allah yang berupa kesempurnaan ini. Mereka juga merupakan latihan kepada kami. Jika kami berjaya mengawal murid-murid berkeperluan khas, maka sudah pasti kami tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan murid-murid biasa di masa akan datang. Selain itu, saya berasa amat berat untuk meninggalkan murid-murid lain di sini terutamanya kelas 3B kerana saya mula berasa dekat dan rapat dengan mereka. Saya pasti akan merindui suasana bersama mereka nanti.

Tepat jam 10, semua guru pelatih yang menjalani PBS berkumpul di bilik Guru Besar untuk berjumpa dengan beliau sebelum pulang. Pelbagai soalan yang diutarakan dan beliau dapat menjawab kesemua soalan tersebut dengan baik. Di sini, jelas

terpancar sifat beliau sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan berwibawa. Beliau sempat menasihati kami supaya menjadi guru yang baik yang dapat memimpin genarasi muda ke arah hidup yang lebih baik pada masa akan datang. Setelah selesai semua tugasan yang diperlukan, kami berjumpa dengan guru pembimbing dan warga sekolah yang lain buat kali yang terakhir untuk bersalam-salaman. Sekitar jam 1.30 tengah hari, kami berangkat meninggalkan SK Gelugor bersama dengan tugasan yang perlu disiapkan.

2.3 PENYATAAN SELEPAS PBS

Alhamdulillah, tempoh lima hari saya berada di sekolah ini tamat pada pukul 1.30 tengah hari, Khamis bersamaan 8 September 2011. Saya berasa sangat sayang untuk meninggalkan sekolah kerana keramahan serta layanan guru-guru dan murid-murid di sekolah ini. Di samping itu sekolah ini banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berguna buat diri saya.

Seterusnya, saya memanfaatkan cuti yang ada untuk menganalisis data yang saya perolehi. Saya membaca data-data yang diberikan oleh pihak sekolah. Data yang diperolehi juga kebanyakannya bertepatan dengan tugasan yang perlu saya cari seperti menilai sejauh mana Falsafah Pendidikan Islam ( FPI ) diterapkan dalam kelas oleh guru sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini sangat penting supaya pelajar yang berakhlak mulia dan mempunyai sifat-sifat kebanggaan Islam dapat dilahirkan sejak mereka dibangku sekolah lagi sejajar dengan hasrat FPI.

Dari segi penglibatan pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah tersebut pula, mereka amat memberikan komitmen dan kerjasama yang padu kepada kami sepanjang kajian ini dilakukan. Apabila kami meminta untuk menemu bual, mereka sudi meluangkan masa dan turut memberikan nasihat yang berguna kepada kami sebagai

pelapis guru pada masa hadapan. Murid-murid juga kelihatan senang hati apabila kami mengajukan soalan kepada mereka.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pula, saya dapat melihat penerapan nilai-nilai yang baik. Seperti contoh, sebelum memulakan pengajaran, murid akan membaca doa belajar. Mereka juga tidak membuat bising semasa pembelajaran. Mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada guru yang mengajar. Disamping itu, guru juga menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik untuk memastikan pelajar tidak bosan dan mengikuti pengajaran terutamanya bagi guru-guru JQAF. Mereka mempunyai sebuah bilik yang khusus di mana proses pengajaran dijalankan di sana dan pada masa yang sama, bilik tersebut mempunyai bahan bantu mengajar yang cukup di samping persekitaran yang menarik.

Justeru, melalui PBS ini juga, saya telah mempelajari banyak perkara. Saya belajar berinteraksi dengan pihak sekolah dan murid-murid. Saya dapat mengetahui cara-cara untuk membina perhubungan antara guru dan murid-murid. Tambahan dari itu, saya juga dapat merasai suasana sekolah yang bakal saya tempoh kelak. Dapatlah saya katakan PBS ini banyak memberi faedah kepada saya. Sebagai bakal guru saya harus mengetahui perkara-perkara mengenai sekolah. Lantaran saya amat

mengharapkan agar saya dapat meningkatkan prestasi saya ketika PBS di semester tiga kelak.

Akhir sekali, selepas PBS, saya menyemak semula bahan-bahan yang perlu dimasukkan dalam laporan PBS ini. Oleh tu, saya telah mengatur segala maklumat yang didapati supaya perjalanan laporan PBS ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan terancang. Setelah itu, saya mula membuat laporan ini.

2.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN 3.1 Pemerhatian

JURNAL CATATAN

Nama pelajar Kumpulan / Tahun Akademik Tarikh catatan Kelas Tajuk / Bidang

: Syahida Naimah Bt Sahari : PISMP PAI Semester 2 : 6 September 2011 : 2 Brilliant : Asuhan Tilawah al-Quran ( Ayat Hafazan)

Aspek pemerhatian (Kaedah Talaqqi Musyafahah)

Bagi bidang hafazan pula, guru menggunakan kaedah talaqqi musyafahah yang mana murid akan mengikut bacaan guru dan seterus kaedah tikrar menyempurnakan lagi kaedah talaqqi musyafahah di mana dapat melancarkan bacaan murid. Apabila bacaan murid lancar dan sempurna, mereka dapat menghafal surah tersebut dengan baik. Hal ini, terbukti apabila guru meminta murid membaca surah tersebut dari ayat 1-5 dan beberapa orang murid dapat membacanya dengan lancar.

3.2 Senarai Semak

Senarai semak saya pada kali ini adalah berhubung dengan mata pelajaran major, iaitu Pendidikan Islam. Di sini, saya perlu melihat proses pengajaran dan pembelajaran bidang-bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Antaranya ialah:

i. ii.

Bidang asuhan tilawah al-Quran. Bidang akidah

Disamping itu, saya juga perlu melihat pengajaran dan pembelajaran yang lain. Berdasarkan senarai semak ini, ia lebih memudahkan saya untuk menjalankan tugasan. Borang Persekitaran Sekolah Bil. 1. Perkara Nama dan alamat sekolah Sekolah Catatan/ data Kebangsaan Gelugor 20050

Kuala Terengganu 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. No. Telefon sekolah Alamat email/ web sekolah Lokasi Nama Guru Besar Nama GPK 1 Nama GPK HEM Nama GPK Ko-kurikulum Nama Penyelia Petang 06-6235580 TBA3025@gmail.com Luar Bandar Puan Norainy bt. Hussain Tn. Hj. Muhamud b. Salleh Tn. Hj. Yahya Yusoff Etn. Hj. Zulkepli b. Musa -

10. 11.

Gred sekolah Bilangan guru:

Gred A Lelaki: 15 orang Perempuan: 46 orang

12.

Kelayakan profesional guru

Siswazah: 29 orang Bukan siswazah: 23 orang

13. 14. 15.

Bilangan kelas: Purata saiz kelas: Jumlah murid:

21 buah 4 Bay Melayu Cina India Lainlain

741
Lelaki 371 Perempuan 370 -

16.

Lain-lain maklumat yang menarik perhatian anda mengenai sekolah ini. - Kelas Pendidikan Khas yang mempunyai prasarana yang mencukupi dan menarik. - Program JQAf dilaksanakan dengan aktif di sekolah di samping bilik JQAF yang dilengkapi dengan bahan bantu mengajar yang mengcukupi dan selesa.

Terdapat beberapa borang lain yang saya sediakan dalam usaha untuk mengumpul dapatan kajian saya.

1. Borang rekod kolaborasi: diisi sepanjang sesi perbincangan dengan pihak pengurusan. Ia mengandungi dua bahagian iaitu isi perbincangan dan tindakan yang perlu diambil oleh saya. Borang ini menjadi bukti saya telah melakukan sesi kolaborasi bersama pihak sekolah contohnya

mengadakan temu bual bersama mereka.

2. Borang kehadiran dan penilaian PBS: borang ini sebagai petunjuk bahawa saya telah hadir ke SK Gelugor untuk mengikuti program Pengalaman Berasaskan Sekolah. Ia disahkan oleh guru besar. Manakala, penilaian pula dibuat berdasarkan cara saya melaksanakan kerja atau tugasan sepanjang mengikuti PBS ini. Ia turut dinilai oleh guru besar sekolah tersebut.

3. Borang aktiviti profesional: borang ini berkaitan dengan tugasan yang memerlukan saya membuat kajian tentang persekitaran sekolah dan iklim bilik darjah. Ia perlu diisi oleh saya dengan cara melakukan pemerhatian terhadap persekitaran sekolah atau melalui temu bual dengan pihak pengurusan sekolah.

4. Borang amalan refleksi: borang yang diisi berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. 3.3 Temu Bual

Antara orang penting yang sempat kami temu ramah adalah guru besar SK Gelugor, Puan Norainy bt. Hussain. Dalam ucapannya, beliau banyak memberikan semangat dan kata-kata motivasi kepada kami. Semasa perhimpunan pagi misalnya, dalam ucapannya, beliau banyak memberikan nasihat-nasihat yang berguna kepada para pelajar dan secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap diri pelajar termasuklah tenaga pengajar di sekolah tersebut. Selain itu, beliau juga memberitahu penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah sangat digalakkan. Hai ini dapat memberi semangat dan dorongan kepada anak-anak untuk terus belajar.

Tidak sah sekiranya tugasan saya ini hanya berdasarkan pemerhatian sahaja. Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, saya mengambil peluang yang ada untuk

menemuramah guru-guru Pendidikan Islam. Antaranya ialah:

i. ii. iii.

Ketua panitia Pendidikan Islam Guru Pendidikan Islam Guru-guru j-Qaf

Banyak maklumat-maklumat berguna yang telah saya perolehi melaluai temu bual ini. Mereka juga memberikan kerjasama yang sangat baik

Contoh-contoh soalan yang diajukan:

a) Perbincangan dengan Guru Besar SK Gelugor 1. Biodata?Perkenalkan diri. 2. Berapa lama bekerja sebagai guru besar di sekolah tersebut ? 3. Apakah peranan yang dijalankan oleh Guru Besar sendiri untuk membantu di sekolah? 4. Apakah program atau aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan prestasi pencapaian para pelajar? 5. Apakah program-program yang dijalankan untuk mereka murid-murid tahun 6 untuk menghadapi UPSR? 6. Bagaimanakah penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan ? 7. Bagaimanakah kerjasama yang diterima daripada ibu bapa dan PIBG? 8. Bagaimanakah kemudahan di sekolah ini? Adakah mencukupi? 9. Apakah cabaran yang terpaksa ditempuhi sepanjang berkhidmat di sekolah ini? 10. Apakah cadangan penambahbaikan untuk pada masa hadapan ?

b.Perbincangan dengan Guru Pembimbing/Mentor 1. Biodata 2. Berapa lamakah bertugas di sekolah ini? 3. Bagaimana ustazah melaksanakan P&P bagi bidang Asuhan tilawah dan kaedah apakah yang paling sesuai digunakan?

4. Adakah penggunaan bahan bantu mengajar penting dalam melaksanakan sesi P&P? 5. Bagaimanakan PAFA dilaksanakan oleh ustazah di sekolah? 6. Apakah pandangan ustazah berkenaan dengan KSSR yang menggantikan KBSR dan bagaimanakan KSSR memberi kesan dalam Mata pelajaran Pendidkan Islam? 7. Bagaimana kerjasama yang diberikan oleh guru-guru JQAF kepada guru Pendidikan Islam dan adakah mereka sangat membantu GPI? 8. Peranan sekolah dalam melaksanakan program-progarm kerohanian seperti pemantapan sahsiah adakah dititikberatkan.

3.4 Soal Selidik

Sebagai memantapkan lagi tugasan saya ini, saya juga menjalankan soal selidik ke atas murid-murid. Seperti contoh, saya meminta murid untuk membaca surah al-Fil untuk melihat hasil pembelajaran guru tercapai atau tidak. Alhamdulillah, hasil

penbelajaran dan pengajaran tercapai dan pencapaian murid seiring dengan maklumat yang saya perolehi.

Soal selidik yang saya jalankan ini berlaku dalam keadaan santai kerana saya tidak mahu memberi tekanan kepada murid yang akhirnya akan mempengaruhi dapatan saya juga. Sebelum itu, saya telah meminta izin guru untuk berbuat sedemikian. Pada mulanya, murid-murid agak kekok dan malu-malu untuk memberikan kerjasama tetapi setelah beberapa ketika, tindak balas mereka sangat menggalakkan dan memuaskan hati.

Sebelum soal selidik dijalankan, saya perlu mengambil kira beberapa aspek. Antaranya : Orang yang ingin ditemu bual Aspek-apek perbincangan Cara untuk menemu bual Pilih waktu yang bersesuaian Pilih tempat yang bersesuaian

4.0 KOLABORASI

4.0 KOLABORASI Sepanjang saya berada di sekolah ini, saya mengambil kesempatan yang ada untuk menemu ramah dan membuat perbincangan dengan kakitangan sekolah. Antaranya ialah: 1) Guru Besar, Puan Norainy Hussain

2) Guru Penolong Kanan 1, Tn. Hj. Muhamud b. Salleh 3) Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn. Hj. Yahya Yusoff 4) Ketua Panitia Pendidikan Islam, Ustaz Abdul Hakim Mohamad 5) Guru Pendidikan Islam, Ustazah Roslina Mohd Mokhtar 6) Guru Pendidikan Islam, Ustazah Rohani Husain 7) Guru j-Qaf, Ustaz Abdul Sham Ahmad 8) Guru j-Qaf, Ustazah Che Ku Normasniza Che Ku Deraman 9) Guru Matematik, Puan Zakiah Mohamad 10) Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas, Normaizatul Akma

Semasa saya menemuramah Guru Besar, saya telah mendapat banyak inputinput dan tips-tips yang berguna buat bekal seorang guru. Beliau telah menyedarkan saya akan kepentingan menjadi seorang guru dimana sebagai seorang guru, kita mesti mempunya hubungan tiga hala iaitu hubungan dengan murid, hubungan dengan ibubapa dan hubungan dengan masyarakat. Menurut beliau, sekiranya kita memiliki ketiga-tiga aspek ini, kita adalah guru yang cemerlang.

Selain itu, dikesempatan yang ada, saya turut menemuramah Guru Penolong Kanan 1, iaitu Tn. Hj. Muhamud b. Salleh . Beliau juga, seperti Guru Besar tidak

ketinggalan untuk memberikan dan berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang guru untuk dijadikan tauladan. Saya merasa seronok mendengar kisah-kisah beliau hingga tidak terasa masa berlalu begitu sahaja. Beliau juga menggalakkan saya dan rakan lain untuk mengambil peluang masuk ke dalam kelas dan berkomunikasi dengan murid. Hal ini kerna, beliau mengatakan guru seharusnya menpunyai hubungan yang baik dengan murid. Jadi, saya seharusnya cuba untuk belajar membina hubungan yang baik dengan mereka.

Seterusnya, kerana tujuan kedatangan saya ke sekolah kali ini berkaitan dengan subjek major, sudah menjadi kemestian pada saya untuk berjumpa dengan Ketua Panitia Pendidikan Islam. Beliau adalah seorang yang sangat baik kerana sepanjang saya berada disini, beliau sering membantu saya dalam menjalani tugasan. Selain itu juga, saya telah berpeluang mengikuti kelas pengajaran Guru Pendidikan Islam. Mereka telah menunjukkan sikap keprihatinan yang tinggi kepada murid-murid yang perlu dicontohi saya. Saya mengambil kesempatan ini untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran dengan mata kepala saya sendiri disamping menemuramah guru lain berkaitan dengan sekolah serta prestasi murid-murid.

Selain itu, saya juga berpeluang mengikuti kelas pengajaran Guru Pendidikan Islam serta Guru j-Qaf. Mereka berdua sangat prihatin dan banyak membantu saya. Saya juga mengambil kesempatan untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah disamping saya menemuramah guru lain berkaitan dengan sekolah serta

prestasi murid-murid. Guru-guru di sini memberikan kerjasama yang memuaskan dan amat membantu kami dalam menyiapkan tugasan di samping memperoleh pengalaman yang berharga bersama mereka.

Di akhirnya, saya lampirkan rekod kolaborasi saya dengan kakitangan sekolah sebagai bukti. Saya tidak akan sesekali mensia-siakan pengetahuan-pengetahuan baru yang saya perolehi sepanjang berada disini.

5.0:

ILMU ATAU PENGETAHUAN BARU

1) PEMERHATIAN 2) SENARAI SEMAK 3) TEMU BUAL 4) SOAL SELIDIK 5) PENGALAMAN DI BILIK DARJAH
5.1 PEME RHATI AN

Berdasarkan pemerhatian saya selama seminggu berada di sini, saya dapati sekolah ini adalah sebuah sekolah yang bagus walaupun di bawah kategori sekolah luar bandar. Walaupun terletak di luar bandar, sekolah ini mempunyai kelengkapan asas yang mencukupi seperti surau, makmal komputer, padang, perpustakaan, bilik jQaf, bilik pemulihan dan seumpamanya. Disamping itu, saya dapat lihat pengurusan sekolah yang berjalan dengan lancar dan sistematik walaupun Guru Besar baru sahaja bertukar ke sana awal Januari yang lalu. Guru-guru dan murid-murid di sini sentiasa menunjukkan nilai-nilai murni dan semangat kerjasama yang baik. Tambahan dari itu, suasana sekolah ini sangat ceria dan bersih. Terdapat banyak kata-kata hikmah yang digantungkan di kawasan laluan murid dan kantin. Sudut-sudut membaca juga disediakan untuk menggalakan murid membaca. Kelas Pendidikan Khas juga amat menarik di samping dilengkapi dengan kemudahan yang mengcukupi. Namun begitu, perpustakaan di sini berada dalam proses penambahbaikkkan. Saya mendapati perpustakaaan di sini kekurangan buku-buku rujukan dan certita terbaru.

Selain itu juga,

saya juga dapat memerhatikan dan melihat bagaimana

seseorang guru itu mampu mengawal kelas dan cara pengajaran guru yang menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk menarik minat murid. Saya juga boleh membuat satu kesimpulan iaitu seorang guru mestilah mendidik murid-murid bukan hanya untuk mengajar yang bermatlamatkan menghabiskan sukatan semata-mata tetapi pada masa yang sama haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

Melalui pemerhatian saya juga, saya mendapati budaya salam di kalangan murid di sekolah ini amat baik. Mereka amat menghormati guru-guru. Budaya salam amat dititikberatkan di sini. Budaya membaca di kalangan murid di sekolah ini juga amat baik. Penggunaan pelbagai sudut seperti sudut bacaan, sudut Sains, sudut Bahasa Inggeris dan Matematik amat menarik minat murid di samping penyediaan buku yang pelbagai di setiap sudut. Saya dapati peranan guru amat penting dalam

membudayakan minat membaca dan guru-guru di sini amat komitmen dengan tugas masing-masing.

5.2 SENARAI SEMAK

Senarai semak merupakan salah satu perkara yang amat penting di dalam sesuatu pelaksanaan kerja kursus. Sesungguhnya, senarai semak boleh dikatakan sebagai bahan rujukan bagi setiap program, aktiviti mahupun tingkah laku seseorang individu itu semasa melaksanakan tugasannya. Sekiranya senarai semak tiada, perjalanan atau proses kerja kursus tidak nampak sempurna dan teratur. Sebelum menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah menyediakan senarai semak bagi meastikan perjalanan PBS saya berjalan lancar di samping memudahkan saya untuk merancang sesuatu aktiviti seterusnya memudahkan saya membuat laporan PBS.

5.3 TEMU BUAL

Temubual adalah sesi soal jawab dan interaksi dua hala untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Temubual juga amat penting dalam PBS ini supaya dapat memperolehi maklumat yang lebih terpeinci mengenai keseluruhan sekolah termasuklah aspek pengurusan, organisasi, sejarah dan budayanya. Melalui temubual juga, segala kekeliruan dan persoalan dapat diajukan secara terus-menerus dan lebih memudahkan tugasan ini. Temubual terbahagi kepada dua iaitu temubual berbentuk formal dan juga tidak formal. Temubual formal dijalankan ke atas pihak pengurusan sekolah manakala temubual tidak formal dijalankan ke atas staf dan pekerja sekolah seperti pengusaha kantin, pekebun, dan lain-lain. Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, saya mengambil peluang yang ada untuk menemu ramah guru-guru Pendidikan Islam. Antaranya ialah:

i. ii. iii.

Ketua panitia Pendidikan Islam Guru Pendidikan Islam Guru j-Qaf

Banyak maklumat-maklumat berguna yang telah saya perolehi melalui temu bual ini. Mereka juga memberikan kerjasama yang sangat baik tidak lokek ilmu dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.

5.4 SOAL SELIDIK

Berdasarkan soal selidik pula, saya mendapati maklumat yang disampaikan adalah benar disamping saya telah membuat pemerhatian. Saya tidak menghadapi masalah menjalankan tugasan saya di sini. Semua pihak membantu saya mendapatkan maklumat yang berkaitan. Melalui medium soal selidik, saya juga dapat membezakan antara soal selidik dengan temubual. Sesungguhnya, berdasarkan soal selidik kita boleh mengkaji sesuatu dengan lebih mendalam dan terperinci. BORANG SOAL SELIDIK UNTUK MURID (ASAS SOLAT)
1) NAMA:

2)

KELAS:

SANGAT BAIK

SEDERH ANA

No

Perkara

1 1 2 3

LEMAH

BAIK

Amali solat Subuh dengan sempurna Bacaan Rukuk, Iktidal dan Sujud. Niat solat 5 waktu

4 5 6

Bacaan Doa Iftitah


Bacaan Tahiyyat Awal Bacaan Doa Qunut

5.5 PENGALAMAN DI BILIK DARJAH

Sesungguhnya, sepanjang saya menjalani Pengalaman Berdasarkan Sekolah (PBS), saya telah dapat menimba beberapa pengalaman berharga terutamanya pengalaman berada di dalam kelas. Saya telah diberi peluang untuk meninjau bagaimana guru mengendalikan kelas serta melihat kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Kelas-kelas yang kami masuk meliputi daripada kelas yang pandai dan lemah. Jadi, kami dapat mengenalpasti cara guru mengendalikan dan mengawal kelas yang mempunyai tahap murid yang berbeza.,

Selain itu, saya turut berpeluang mengikuti P&P di kelas prasekolah walaupun saya bukan di kalangan pelajar unit prasekolah, Kami dapat melihat guru prasekolahmenjalankan P&P. Saya turut berpeluang menyertai sesi P&P tersebut yang

mana ketika itu merupakan sesi menulis dan membaca yang mana murid-murid dikehendaki menulis huruf ABC dan mewarna. Saya dapat melihat bahagaiman beliau mengawal kelas dengan baik walaupun kebanyakan murid prasekolah aktif dan tidak boleh duduk diam. Saya juga sempat meninjau-ninjau persekitaran dan suasana di dalam kelas pendidikan khas di mana kelas ini mempunyai murid-murid yang bermasalah dalm pembelajaran.

6.0: SOALAN PBS

7.0: REFLEKSI

8.0 : LAPORAN AKHIR

Saya Syahida Naimah pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) IPGM Kampus Kota Bharu telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) bermula dari 4 September 2011 hingga 8 September 2011 di Sekolah Kebangsaan Gelugor.

Setelah hampir seminggu saya menjalani PBS, pelbagai pengalaman yang dapat saya timba. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah memberi pendedahan awal kepada saya tentang komuniti sekolah dan persekitarannya. Peluang ini mampu memberi kefahaman dan membina kesedaran kepada saya tentang budaya sekolah dan peranan guru dalam bilik darjah melalui pemerhatian saya terhadap proses pengajaran dan strategi pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh guru. Saya juga dapat menganalisis dan melihat serta memahami tingkah laku murid di samping berpeluang berkomunikasi dan berinteraksi dengan pihak pentadbiran, guru dan

komuniti sekolah.

Saya juga sangat bersyukur kerana memilih sekolah ini sebagai destinasi PBS saya pada kali ini. Di sekolah ini, semua guru termasuk pihak pengurusan dan guru pembimbing tidak pernah jemu memberikan nasihat dan tidak teragak-agak untuk berkongsi ilmu dalam membantu saya dan rakan mengumpul maklumat yang diperlukan. Saya yakin bahawa sikap ini lahir daripada sikap amanah yang telah tersemai dalam diri mereka. Bahkan, mereka juga tidak keberatan untuk membenarkan kami mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang mereka kendalikan. Melalui keizinan mereka ini lah, kami berjaya memperoleh pendedahan awal tentang suasana pengajaran dan pembelajaran yang sebenarnya serta pengurusan bilik darjah yang sistematik.

Di samping itu, melalui PBS saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk berhadapan dengan semua orang terutama murid-murid. Selain itu, kecintaan saya terhadap bidang perguruan semakin meningkat terutama apabila melihat suasana murid-murid di sekolah. Saya merasakan bahawa betapa besarnya pengorbanan guru dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid dan susahnya untuk membentuk murid ke arah yang lebih baik. Saya perlu menimba lebih banyak ilmu agar lebih bersedia untuk menjadi seorang guru kelak. Pada masa yang sama nilai-nilai dan budaya guru juga dapat diterapkan dalam diri di samping dapat membina sikap positif terhadap profesion keguruan

Selain itu juga, saya juga dapat melihat bagaimana guru menerapkan nilai Falsafah Pendidikan Islam dalam kalangan murid. Penerapan nilai ini sangat penting supaya murid yang bakal dilahirkan kelak bukan sahaja mampu mengharumkan nama negara malah turut sama menaikkan nama agama juga.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini pula, saya turut dapat belajar mendokumentasi pengalaman yang dilalui. Saya mengetahui langkah-langkah yang betul dalam pengumpulan data-data tugasan seperti melalui pemerhatian, soal selidik, senarai semak, dan temu bual. Semua data-data yang dikumpulkan dipindahkan menjadi laporan yang lengkap. Kesimpulannya, PBS telah membina kemahiran berinteraksi dalam diri saya di samping kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim dan budaya sekolah. Saya juga dapat mengetahui bahawa faktor persekitaran di sekolah amat mempengaruhi perkembangan jasmani,emosi dan rohani murid-murid seprti

kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada mereka.

9.0 : LAMPIRAN

Perhimpunan Mingguan Ahad

Aktiviti Tasmik pada setiap pagi yang diketuai guru JQAF

Perpustakaan sekolah

Kantin sekolah

Murid tahun 6 membaca yasin di surau sekolah pada setiap pagi

Bilik JQAF

Kelas Pendidikan Khas

Bersama Guru Besar SK Gelugor dan rakan IPG lain

Lanskap SK Gelugor

Penggunaan teknologi di sekolah

Anda mungkin juga menyukai