Anda di halaman 1dari 50

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

ISI KANDUNGAN

BIL

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.

Kata Alu-aluan 3

3. 4.

Pengenalan Ujian Pengukuran Kecergasan Fizikal - Daya Tahan 0tot 4.1. 4.2. 4.3. 4.4. Ujian Lompat Jauh Berdiri Ujian Bangkit Tubi Ujian Kekuatan Abdomen Ujian Gayut Tangan

5 7 8 10 12 14 16 17 19 21 23 25 26 28 30 32 34 35 36 38 40

5.

Ujian Pengukuran Kecergasan Fizikal - Daya Tahankkardiovaskular 5.1. 5.2. 5.3. 5.4. Ujian Yo-Yo Intermittent Recovery Ujian Larian Ulang-Alik (Ujian Bleep/Beep) Ujian Larian 2.4 km Ujian Cooper 12 minit

6.

Ujian Pengukuran Kecergasan Fizikal Kelembutan 6.1. 6.2. 6.3. 6.4. Ujian Sit And Reach Ujian Jangkauan Melunjur Ujian Extension Kepanjangan, Trunk Tengkuk Ujian Angkat bahu

7.

Ujian Pengukuran Kecergasan Fizikal Kepantasan 7.1. 7.2. 7.3. 7.4. Ujian T Ujian 3 Vone Shuttle Drill Ujian Lari Pecut 30 Meter Ujian henman Shuttle

1
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

BIL

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

8.

Bentuk Pengukuran Untuk Mengukur Lemak Para Atlit 8.1. 8.2. 8.3. 8.4. 8.5. Pengukuran Lipatan Kulit Lipatan Kulit Lokasi Pengukuran Bacaan Perempuan Lokasi Pengukuran Bacaan Lelaki Anggaran Peratusan Lemak Untuk Jumlah Lipatan Kulit

42 43 44 46 47

9. 10. 11.

Kesimpulan Rujukan Lampiran

50 51 52

2
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

1.

KATA ALU-ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu Dr NurKhalid bin Salimin atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Tuhan jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran, penat jerih dan lelah pasti ada hikmah disebaliknya.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan penulisan ilmiah ini. Akhir kata, semoga Allah SWT melimpah rahmat ke atas mereka yang telah menyumbang kerjasama untuk menjayakan tugasan ini. Terima Kasih.

3
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

3.

PENGENALAN

Sukan Olahraga antara sukan terpenting di negara kita. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Pasir Gudang Johor telah menganjurkan beberapa kem latihan pusat sebagai satu usaha terancang untuk membuka peluang dengan seluas-luasnya kepada pelajar yang terpilih dilatih secara aktif dan professional, disamping dapat memupuk semangat dan menggarap bakat ke tahap setinggi mungkin dalam bidang sukan tersebut.

Latihan kecergasan fizikal dalam acara olahraga berperanan menyediakan asas-asas penting dalam semua pergerakan dan kemahiran. Walaupun berlari nampak mudah dan semulajadi tetapi kepantasan berlari dengan berkesan memerlukan teknik yang perlu dilatih (Zamerchili, 1977).

Manakala ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat atlet. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.

Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat atlet sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Menurut Ahmad Hashim (2004), menyatakan prosedur sebelum sesuatu ujian ialah perancangan yang dilakukan sebelum melaksanakan ujian yang sebenar. Ia dilakukan bertujuan bagi menjamin bahawa segala persediaan ujian adalah mencukupi dan diharapkan bahawa pentadbiran ujian tersebut akan berjalan dengan lancar. Manakala melalui ujian pasca 4
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

prosedurnya melibatkan analisis data ujian membuat penilaian dan menyimpan rekod pencapaian ujian secara individu dan berkumpulan. Semua skor ujian perlu di analisis dengan menggunakan teknik statistik yang bersesuaian dengan tujuan ujian. Segala data dan juga maklumat yang bakal diperoleh akan diproses, dianalisa dan dihuraikan dalam bentuk min, sisihan piawai, dan juga melalui ujian t-test.

Menurut Bompa (1999) latihan yang bersistematik dengan menggunakan pendekatan yang terbaik mampu meningkatkan prestasi seseorang atlet olahraga. Sesuatu program latihan perlu merangkumi factor-faktor asas latihan iaitu persediaan taktikal, teknikal dan persediaan psikologi. Perkara yang penting dalam menghasilkan program latihan olahraga yang berkesan ialah kefahaman jurulatih tentang persediaan fizikal iaitu penggunaan cirri-ciri komponen latihan dan bentuk-bentuk latihan khusus dan prinsip-prinsip latihan mengikut peringkatperingkat latihan.

5
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

4.

UJIAN PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL - DAYA TAHAN OTOT

Menurut Johnson & Nelson (1986), mereka telah mendefinisikan bahawa kekuatan daya tahan otot sebagai kemampuan fizikal yang membolehkan seseorang individu itu dapat menahan dan melakukan aktiviti-aktiviti kekuatan daya tahan otot dengan lebih lama dalam sesuatu situasi. Kemahiran motor yang melibatkan kekuatan daya tahan otot ini adalah penting dalam aktiviti sukan sepak takraw khususnya dan juga sukan-sukan yang lain seperti sukan bola tampar, bola baling, bola keranjang, dan sebagainya. Mereka juga mengatakan bahawa kekuatan daya tahan otot teras adalah kuasa otot yang dikenakan terhadap objek yang berada dalam keadaan statik dan dinamik, yang diukur melalui satu ujian yang memerlukan satu daya maksima untuk memberi pergerakan atau satu kedudukan.

Kekuatan juga merupakan faktor yang paling penting dalam prestasi kemahiran. Kekuatan daya tahan otot adalah sangat penting dalam meningkatan prestasi seseorang atlit. Banyak faedah dan kepentingan yang diperolehi hasil daripada latihan di kawasan teras ini. Banyak penyelidik yang menjalankan penyelidikan mengenai otot teras ini ingin mengupas kepentingan dan faedah kekuatan daya tahan otot teras ini. Ini disebabkan kekuatan daya tahan otot teras ini banyak melibatkan otot utama atau major yang berkait rapat dengan setiap aktiviti serta perlakuan tidak kira semasa aktiviti harian atau bersukan.

6
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

4.1.

DAYA TAHAN OTOT LOMPAT JAUH BERDIRI

(a)

Nama ujian Lompat Jauh Berdiri

(b)

Objektif ujian tersebut Menguji kuasa eksplosif kaki secara mendatar

(c)

Had umur sampel 10 tahun hingga dewasa

(d)

Peralatan yang perlu i. ii. iii. iv. v. Pita Pengukur(2 meter), Penanda Jarak Masking Tape Pembaris Kapur

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Kesahan Kebolehpercayaan : Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini. : Koefisien di antara .83 hingga .99 telah dilaporkan.

7
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(f)

Pentadbiran/arahan 1. 2. 3. Murid hendaklah berdiri di belakang garisan lompatan. Kedudukan kedua-dua kaki hendaklah selari dan dibuka seluas bahu. Murid membengkokkan lutut hampir kepada 90 darjah. Kemudian murid perlu mengayunkan tangan dengan kuat agar jarak lompatan lebih jauh. 4. Murid membuat lompatan sebaik sahaja bersedia tanpa perlu diberi arahan. 5. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (3) kali dan di selang seli dengan masa rehat dan dilakukan di atas permukaan rata. 6. Sekiranya bacaan tidak dapat diambil, murid dikehendaki mengulangi ujian sehingga bacaan yang tepat dapat diambil. 7. Penggunaan padang rumput sebagai kawasan ujian tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan data yang diperoleh tidak tepat.

(g)

Norm Permarkahan (i) Ukuran diambil dari garisan lompatan hingga bahagian belakang kasut iaitu kaki yang paling hampir dengan garisan permulaan. (ii) (iii) Percubaan akan dicatat Jarak lompatan yang terbaik akan diambil kira.

8
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

4.2.

DAYA TAHAN OTOT BANGKIT TUBI

(a)

Nama ujian Bangkit tubi

(b)

Objektif ujian tersebut Mengukur kekuatan terhadap otot abdomen.

(c)

Had umur sampel 10 tahun hingga dewasa

(d)

Peralatan yang perlu 1. 2. Pita pengukur Tilam

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Kesahan Kebolehpercayaan : : Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini. A Person r merekodkan .94 untuk ujian ini (Johnson & Nelson, 1986) melaporkan hubung kait .71 di antara masa bangun tubi dan tiada had untuk ujian bangun tubi.

(f)

Pentadbiran/arahan 1. Peserta berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada 12-18 inci daripada punggung. 2. Tangan peserta disilang pada dada dan tapak tangan mendakap bahu yang bertentangan.Pembantu akan memegang pergelangan kaki peserta semasa ujian dijalankan. 9

MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

3.

Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan baring hingga siku mencecah paha dan kembali ke posisi asal.

4.

Peserta mestilah kembali ke kedudukan baring dengan scapula menyentuh lantai sebelum bangkit semula.

5.

Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan baring, naik dan kembali semula ke kedudukan asal.

(g)

Norm Permarkahan Nombor bangkit tubi yang lengkap dalam seminit direkodkan sebagai markah. Perbezaan ujian ini membolehkan masa seminit atau dua minit diberikan.

10
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

4.3.

DAYA TAHAN OTOT UJIAN KEKUATAN ABDOMEN (STRAIGHT LEG LIFT)

(a)

Nama ujian Ujian Kekuatan Abdomen (Straight Leg Lift)

(b)

Objektif ujian tersebut. Ujian ini menguji darjah kekuatan abdomen.

(c)

Had umur sampel 10 tahun hingga dewasa

(d)

Peralatan yang perlu Tilam latihan, papan ujian kekuatan abdomen dengan pelbagai tanda sudut atau guna protractor/goniometer/flexometer.

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Paras keesahan diterima dalam ujian ini.

(f)

Pentadbiran/arahan (i) Peserta baring di atas tilam latihan bersebelahan dengan papan ujian kekuatan abdomen. (ii) Tangan disilang pada dada dengan kepala diletakkan di atas tilam latihan dan penguji akan meletakkan jari tangan di belakang tubuh badan peserta. (iii) Ujian dimulakan dengan peserta meluruskan kedua-dua kakinya sehingga ke 90o. Pada masa yang sama peserta perlu memberi tekanan 11

MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

ke atas jari tangan penguji dengan mengecutkan otot abdomen untuk beberapa saat. (iv) Peserta kemudiannya menurunkan kedua-dua kaki secara perlahanlahan dan tahan sehinggalah ke sudut yang terdaya dilakukannya.

(g)

Norm Permarkahan (i) Bacaan sudut terendah yang dapat dicapai akan diambil.

Sudut 90 75 60 45 30 15 0

Pangkat Sangat lemah, posisi permulaan Lemah Bawah tahap memuaskan Memuaskan Atas tahap memuaskan Baik Cemerlang

12
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

4.4.

DAYA TAHAN OTOT Ujian Gayut Tangan

(a)

Nama ujian Ujian Gayut Tangan

(b)

Objektif ujian tersebut. Ujian ini menilai daya ketahanan otot bahagian atas tubuh.

(c)

Had umur sampel 10 tahun hingga dewasa

(d)

Peralatan yang perlu Jam randik, horizontal overhead bar.

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Paras keesahan diterima dalam ujian ini.

(f)

Pentadbiran/ arahan (i) Genggam dan bergayut pada bar sama ada secara overhand grip (tapak tangan menghala ke luar badan) atau underhand grip (tapak tangan menghala ke arah badan). (ii) Badan dibiarkan dalam posisi dengan tangan dalam keadaan fleksi dan dagu berada di bahagian atas bar. 13

MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(iii)

Bahagian dada peserta perlulah hampir kepada bar dan kaki dibiarkan dalam keadaan lurus.

(g)

Norm Permarkahan (i) Peserta perlu bergayut dalam posisi ini seberapa lama yang terdaya dan masa akan dihentikan apabila dagu peserta menyentuh atau berada di bawah paras bar. Jenis genggaman yang digunakan perlu direkod juga. (ii) Tiga kali percubaan diberi kepada peserta dan catatan masa yang paling lama akan diambil.

14
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

5.

UJIAN

PENGUKURAN

KECERGASAN

FIZIKAL

DAYA

TAHAN

KARDIOVASKULAR Skor kecergasan kardiovaskular mengambarkan betapa cekap atau tidaknya jantung dan paru-paru anda bekerja untuk menghantar oksigen ke tisu-tisu dan organ-organ dalam badan bagi menjalankan fungsi masing-masing. Sistem kardiovaskular yang sihat dapat membekalkan darah dan oksigen yang diperlukan dengan mudah tetapi system kardiovaskular yang lemah terpaksa bekerja lebih keras membekalkan jumlah darah dan oksigen yang diperlukan.

15
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

5.1

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR UJIAN YO-YO INTERMITTENT RECOVERY

(a)

Nama ujian Ujian Yo-yo Intermittent Recovery

(b)

Objektif ujian tersebut Ujian ini menilai kebolehan seseorang individu untuk melakukan jeda secara berulang-ulang untuk jangka masa yang panjang.

(c)

Had umur sampel 10 tahun ke atas

(d)

Peralatan yang perlu Pita audio isyarat bunyi, pemain audio, borang rekod, kon/penanda, pita pengukur, pencatat.

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Ujian yang sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang maksimum

(f)

Pentadbiran/arahan (i) Setiap peserta berdiri di belakang garisan permulaan dan mempunyai seorang pembantu (pencatat) untuk merekodkan setiap tahap yang dilalui. (ii) Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat bleep yang akan dibunyikan dari pita audio. (iii) Apabila peserta selesai lari ulang-alik 20 meter (2 X 20 meter), terdapat waktu rehat aktif selama 10 saat di mana peserta perlu berjalan atau berjoging ulang-alik 5 meter (2 X 5 meter). 16

MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(iv)

Peserta akan kembali di garisan permulaan untuk larian ulang-alik 20 meter dan juga rehat aktif ulang-alik 5 meter secara berulang-ulang sehingga ke tahap kelesuan. Sekiranya peserta sampai ke satu hujung sebelum isyarat bleep berbunyi, peserta tersebut hendaklah berdiri di belakang garisan sehingga isyarat berbunyi. Masa antara isyarat bleep akan berkurangan setiap tahap, dengan itu kelajuan larian hendaklah ditingkatkan.

(v)

(g)

Norm Permarkahan (i) Peserta dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan kedua-dua hujung dua kali berturut-turut. (ii) Pengumuman tahap terakhir dari pita audio sebelum peserta tamat ujian diambil sebagai tahap peserta tersebut.

17
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

5.2.

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR UJIAN LARIAN ULANG-ALIK (UJIAN BLEEP/BEEP)

(a)

Nama ujian Ujian Larian Ulang-alik (Ujian Bleep/Beep)

(b)

Objektif ujian tersebut. Satu ujian larian ulang-alik pelbagai tahap yang meningkat secara progresif dan ujian ini telah dicipta di Kanada yang kini menjadi salah satu ujian kecergasan aerobik yang popular di dunia.

(c)

Had umur sampel 10 tahun ke atas.

(d)

Peralatan yang perlu Pita audio isyarat bunyi, pemain audio, borang rekod, kon/penanda, pita pengukur, pencatat.

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Ujian yang sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang maksimum

(f)

Pentadbiran/arahan (i) Setiap peserta berdiri di belakang garisan permulaan dan mempunyai seorang pembantu (pencatat) untuk merekodkan setiap tahap yang dilalui. (ii) Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat bleep yang akan dibunyikan dari pita audio. 18

MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(iii)

Sekiranya peserta sampai ke satu hujung sebelum isyarat bleep berbunyi, peserta tersebut hendaklah berdiri di belakang garisan sehingga isyarat berbunyi. Masa antara isyarat bleep akan berkurangan setiap tahap, dengan itu kelajuan larian hendaklah ditingkatkan.

(iv)

(v)

Ujian ini memerlukan keupayaan sepenuhnya dari setiap peserta di mana peserta perlu berlari sehingga ke tahap kelesuan.

(g)

Norm Permarkahan (i) Peserta dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan kedua-dua hujung dua kali berturut-turut. (ii) Pengumuman tahap terakhir dari pita audio sebelum peserta tamat ujian diambil sebagai tahap peserta tersebut.

19
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

5.3.

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR UJIAN LARIAN 2.4KM

(a)

Nama ujian Ujian Larian 2.4km

(b)

Objektif ujian tersebut. Ujian ini bertujuan menilai kecergasan daya tahan kardiovaskular seseorang.

(c)

Had umur sampel 10 tahun ketas

(d)

Peralatan yang perlu Jam randik, trek larian, borang catatan, pencatat.

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Ujian yang sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang maksimum

(f)

Pentadbiran/arahan (i) (ii) (iii) Peserta memanaskan badan sebelum berlari. Peserta bersedia di garisan permulaan. Mula berlari apabila mendapat isyarat mula.

(g)

Norm Permarkahan 20

MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(i)

Masa catatan diambil sebaik sahaja peserta sampai ke garisan penamat dan pada masa yang sama masa catatan direkodkan dalam borang catatan.

(ii)

Berdasarkan masa dalam minit dan saat perserta menghabiskan larian.

21
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

5.4

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR UJIAN COOPER 12 MINIT

(a)

Nama ujian Ujian Cooper 12 Minit

(b)

Objektif ujian tersebut. Ujian ini adalah untuk menguji tahap kecergasan aerobik seseorang individu.

(c)

Had umur sampel 10 tahun ke atas

(d)

Peralatan yang perlu Jam randik, trek larian 400 meter, kon/penanda, borang rekod, pencatat.

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Ujian yang sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang maksimum

(f)

Pentadbiran/arahan (i) Kon penanda diletakkan pada jarak yang tertentu di trek larian (setiap 100 meter bagi trek larian 400 meter) bagi memudahkan catatan jarak larian yang telah dilakukan oleh peserta. (ii) Peserta akan berlari selama 12 minit dan jarak yang dilalui akan direkodkan. Peserta dibenarkan untuk berjalan tetapi peserta

digalakkan untuk melakukan yang terbaik (tahap maksimum). 22


MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(g)

Norm Permarkahan (i) Masa yang terbaik

23
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

6.

UJIAN PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL - KELEMBUTAN

Fleksibiliti adalah keupayaan sesautu sendi atau sendi-sendi untuk membenarkan pergerakan berlaku dengan lancar ke arah julat pergerakan yang maksimun tanpa merasa sakit pada sendi tulang dan otot-otot. Hasil pergerakan biasanya ditentukan oleh pemanjangan otot-otot, ligamen, tendon dan struktur sendi-sendi seseorang itu.

Fleksibiliti juga dapat diterangkan sebagai kemampuan sendi-sendi tubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh mungkin. Fleksibiliti bergantung kepada kebolehan otot menguncup dan memanjang serta ligamen-ligamen pada sendi. Fleksibiliti mempunyai sifat sifat khusus atau spesifik iaitu tidak semua bahagian badan seseorang itu mempunyai tahap fleksibiliti yang sama. Fleksibiliti sendi atau bahagian bandan banyak bergantung kepada jenis pergerakan yang dilakukan.

Safrit (1973) telah membahagikan fleksibiliti kepada dua jenis iaitu kelembutan statik dan kelembutan dinamik. Kelembutan statik merujuk kepada sejauh mana bahagian-bahagian badan dapat diregangkan ke arah yang berbeza. Fleksibiliti dinamik pula melibatkan pergerakan ektensi atau fleksi yang terdiri daripada tiga jenis iaitu kepantasan pergerakan anggota, kepantasan menukar arah dan kepantasan larian. Menurut Johnson dan Nelson (1986) pula menyatakan bahawa, fleksibiliti ialah keupayaan sendi melakukan pergerakan dengan lancar tanpa menghadapi masalah.

Fleksibiliti sesuatu sendi itu sendiri di pengaruhi oleh faktor-faktor seperti memanaskan badan, daya usaha, relaksasi, teloransi kesakitan dan suhu (Barrow dan Mc 19 Gee, 1979). Di samping itu fleksibiliti juga mungkin berbeza penggunaannya dari satu sendi ke satu sendi yang lain kerana setiap penggunaannya di khususkan.

24
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

6.1.

KELEMBUTAN - SIT AND REACH

(a) (b) (c) (d)

Nama ujian
Sit and Reach

Objektif ujian tersebut


Mengukur kelenturan fleksi bahagian leher dan atas pinggang dengan betul.

Had umur sampel


11 hingga 21 tahun.

Peralatan yang perlu Kerusi, jam randik, pembaris makmal 1 meter, alat tulis dan pita pengukur.

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian


Kesahan muka dilaporkan oleh AAHPERD (1980) Kebolehpercayaan ; r=0.86 (Jorgensen & nicolaisen. 1986) R=0.96 (Jackson, morrow, tensen, jones & schultes, 1996)

25
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(f)

Pentadbiran/arahan
i) Subjek meniarap dengan keadaan badan yang lurus . Kedua-dua kaki diluruskan kebelakang dan tangan dibelakang paha. Subjek meniarap diatas lantai dan tapak tangan dibawa kebelakang dan kaki dibuka seluas bahu. ii) Ukur tinggi hujung dagu dari permukaan lantai dengan pembaris dan catatkan bacaan pada 0.5 cm yang terdekat. iii) iv) Arahan sedia dan mula diberikan untuk memulakan ujian. Dalam keadaan meniarap, cuba angkat badan dan dagu seberapa tinggi yang boleh.

(g)

Norm Permarkahan
(i) Subjek perlu menahan dalam posisi di dalam masa 5 saat untuk diambil bacaan (ii) Ukur bahagian hujung dagu dari lantai dengan pembaris 1 meter dan catatkan bacaan pada 0.5 terdekat. (iii) (iv) Subjek akan membuat ujian sebanyak 2 kali, bacaan tertinggi akan dikira. Subjek dibenar membuat dua kali percubaan sebelum ujian. 36 kiraan skor bacaan terbaik dari dua percubaan akan diambil.

26
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

6.2.

KELEMBUTAN JANGKAUAN MELUNJUR

(a)

Nama ujian Jangkaun melunjur

(b)

Objektif ujian tersebut Menguji kelenturan bahagian belakang badan dan hamstring

(c)

Had umur sampel 5 tahun hingga remaja.

(d)

Peralatan yang perlu 1. 2. Kotak pengukur Pembaris

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Kesahan : Kesahan logikal digunakan Jarak koefisien adalah di antara 0.80 dan 0.90 Kebolehpercayaan : 70 atau lebih.

27
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(f)

Pentadbiran/arahan 1. Murid dikehendaki melakukan regangan untuk memanaskan badan. Murid perlu menanggalkan kasut. 2. 3. Lekatkan kotak dan pembaris rapat ke dinding. Murid duduk berlunjur menghadap dinding dengan kedua-dua belah kaki rapat dan menyentuh kotak dan pembaris dengan kedudukan tangan lurus kehadapan. 4. Tapak tangan bertindih dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri. Kedua belah jari tangan hendaklah lurus semasa menolak tolok dan bacaan diambil apabila tolok bacaan tidak lagi bergerak. 5. Jangkauan perlu bertahan selama dua saat (no bouncing).

(g)

Norm Permarkahan Ujian dilakukan sebanyak 3 kali secara berturut-turut dan bacaan terbaik direkodkan dalam unit cm.

28
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

6.3.

KELEMBUTAN UJIAN EXTENSION KEPANJANGAN, TRUNK DAN TENGKUK (JOHNSON DAN NELSON 1986)

(a)

Nama ujian Ujian extension kepanjangan, trunk dan tengkuk (Johnson dan Nelson 1986)

(b)

Objektif ujian tersebut. Untuk mengukur kebolehan untuk memanjangkan trunk (kelenturan relatif).

(c)

Had umur sampel 6 tahun hingga umur kolej.

(d)

Peralatan yang perlu Tikar, dan kayu pengukur, atau pita pengukur.

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Kesahan Kebolehpercayaan : Kesahan paras. : 90 melalui ujian semula.

29
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(f)

Pentadbiran/arahan (i) Pengambil ujian hendaklah duduk di kerusi keras, dan pentadbir ujian hendaklah mengukur jarak yang hampir inci daripada hujung hidung kepada tempat duduk di mana para peserta duduk. (Dagu hendaklah sama rata apabila jarak diukur). (ii) Pengambil ujian akan menganggapkan dalam keadaan meniarap di atas tikar, letakkan kedua-dua tangan di bahagian belakang. Dengan berpasangan menahan pinggang bertentangan tikar, pengambil ujian mengangkat trunk dengan perlahan-lahan dan mengawal kelakuan tersebut setinggi yang mampu daripada tikar. (iii) (iv) Jarak dikira daripada hujung hidung hingga ke tikar akan di ukur. Jika rasa kurang selesa di bahagian belakang, ujian haruslah diberhentikan serta-merta.

(g)

Norm permarkahan Tiga angkatan yang terbaik ditolak dengan trunk dan kepanjangan tengkuk diukur. Tulang belakang yang paling hamper dengan kepanjangan trunk dan tengkuk, adalah markah yang terbaik.

30
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

6.4.

KELEMBUTAN - UJIAN ANGKATAN BAHU (MILLER DAN ALIEN 1990)

(a)

Nama ujian Ujian angkatan bahu (Miller dan Alien 1990)

(b)

Objektif ujian tersebut. Ujian angkatan bahu hampir sama dengan pengangkatan bahu dan pergelangan tangan, tetapi ia hanya mengukur kelenturan bahu sahaja. Ia mengukur kelenturan yang mutlak berbanding kelenturan relatif.

(c)

Had umur sampel 6 tahun hingga umur kolej.

(d)

Peralatan yang perlu Tikar dan dua kayu pengukur, atau satu kayu pengukuhan dan pita pengukur.

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Kesahan paras.

(f)

Pentadbiran/arahan Pengambil ujian meniarap di tikar dengan dagu di tikar dan tangan dipanjangkan ke hadapan secara terus di hadapan bahu. Kayu pengukur ditahan dengan tangan untuk bahagian keluasan bahu. Kayu pengukur pergelangan tangan dan siku diluruskan dan kayu pengukur diangkat di atas sejauh yang boleh, dengan dagu bersentuh dengan tukar. Jarak diukur dalam inci daripada bawah kayu pengukur hingga tikar.

31
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(g)

Norm permarkahan Tiga markah yang terbaik dikira. Tiada permarkahan dilaporkan, tetapi pengukuran adalah untuk mengenalpasti individu yang mempunyai kelenturan yang tidak mencukupi.

32
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

7.

UJIAN PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL KEPANTASAN

Mengikut Verdusi (1980), masa reaksi digunakan untuk mengukur kepantasan ibu jari dan jari telunjuk bertindak balas kepada pembaris yang dijatuhkan. Kesahan konstruk digunakan oleh penyelidik lampau bagi memilih masa reaksi. Nilai kebolehpercayaan ujian yang pernah dilaporkan oleh Jonson & Nelson (1979) ialah 0.89 dan diperolehi melalui kaedah uji dan ulang uji. Masa reaksi ialah masa yang diambil untuk bertindak balas kepada sesuatu rangsangan. Kepantasan dan masa reaksi adalah elemen penting untuk kejayaan prestasi kecergasan motor dalam kebanyakkan kemahiran sukan. Fulton dan Hubbat (1975), melaporkan bahawa kepantasan dan masa reaksi kanak-kanak lelaki dan perempuan meningkat secara signifikan dengan umur.

33
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

7.1.

KEPANTASAN UJIAN T

(a)

Nama ujian Ujian-T

(b)

Objektif ujian tersebut. Mengenalpasti tahap ketangkasan di antara kumpulan posisi permain

(c)

Had umur sampel 5 tahun hingga dewasa

(d)

Peralatan yang perlu Kon, pita ukur, pita penanda dan jam randik

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Paras kesahan diterima.

(f)

Pentadbiran/arahan (i) Ujian ini merangkumi larian pecut, lari sisi (kiri dan kanan) dan larian undur. (ii) Empat kon akan disusun berbentuk T dan bertanda A, B, C dan D. Jarak kon A ke kon B adalah 10 meter dan jarak kon B ke C dan B ke D adalah 5 meter. (iv) Subjek memulakan larian dan tamat pada kon A.

(f)

Norm Permarkahan Masa larian dicatat sebaik sahaja subjek menyentuh kon A.

34
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

7.2.

KEPANTASAN - UJIAN 3-CONE SHUTTLE DRILL

(a)

Nama ujian Ujian 3-Cone Shuttle Drill

(b)

Objektif ujian tersebut. Ujian ini menguji ketangkasan seseorang individu dalam pertukaran arah dengan pantas.

(c)

Had umur sampel 10 tahun ke atas

(d)

Peralatan yang perlu Jam randik, pita pengukur, kon, pencatat.

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Paras kesahan diterima.

35
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(f)

Pentadbiran/arahan (i) Berdasarkan kepada rajah di bawah, satu litar berbentuk L dibentuk dengan jarak antara ketiga-tiga kon adalah 5 meter. (ii) Peserta akan bermula dari Kon 1 dan berdiri dalam posisi 3 point stance iaitu keadaan di mana peserta perlu berdiri dalam keadaan badan dibongkokkan dengan sebelah tangan menyentuh permukaan lantai dan tangan yang sebelah lagi diletakkan di atas paha. (iii) Apabila mendapat isyarat mula, peserta perlu berlari ke Kon 2 dan menyentuh garisan yang telah ditanda dengan tangan kanan. (iv) Kemudian, peserta perlu berpusing balik dan berlari ke Kon 1 serta menyentuh garisan yang telah ditanda dengan tangan kanan. (v) Peserta akan meneruskan larian ke Kon 2, berpusing ke arah Kon 3 (berlari keliling) dan terus berlari kembali ke Kon 1 melalui Kon 2 (berlari keliling).

(f)

Norm Permarkahan (i) Masa akan diambil sebaik sahaja peserta menamatkan larian dan peserta diberi dua kali percubaan di mana catatan masa yang terbaik akan diambil kira.

36
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

7.3.

KEPANTASAN LARI PECUT 30 METER

(a)

Nama ujian Lari pecut 30 meter

(b)

Objektif ujian tersebut Mengukur kepantasan murid memecut sejauh 30 meter dari kedudukan berdiri

(c)

Had umur sampel 10 tahun ke atas

(d)

Peralatan yang perlu i. ii. iii. iv. Pita ukur Jam randik Wisel el

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Larian ini adalah sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang maksimum.

(f)

Pentadbiran/arahan 1. Murid bersedia dalam kedudukan berdiri di belakang garisan permulaan. 2. 3. Penguji memberi isyarat sedia dan lari di samping meniup wisel. Catatan masa dimulakan oleh seorang penguji yang berada di garisan penamat dan berhenti apabila murid melepasi garisan penamat.

37
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(g)

Norm Permarkahan (i). Catatan masa dimulakan oleh seorang penguji yang berada di garisan penamat dan berhenti apabila murid melepasi garisan penamat. (ii). Dua percubaan diberikan dengan catatan masa terpantas diambil.

38
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

7.4.

KEPANTASAN - UJIAN HENMAN SHUTTLE

(a)

Nama ujian Ujian Henman Shuttle

(b)

Objektif ujian tersebut. Ujian ini menguji kepantasan seseorang individu dalam larian secara berulangalik.

(c) (d)

Had umur sampel Peralatan yang perlu Jam randik, pita pengukur, kon/penanda, pencatat.

(e)

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian Larian ini adalah sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang maksimum. Pentadbiran/ arahan dan norm permarkahan i) Peserta bersedia di garisan permulaan dan memulakan larian ulang-alik 20 meter setelah diberi isyarat mula. ii) Peserta perlu berlari seberapa pantas yang boleh secara ulang-alik tanpa henti untuk mendapatkan seberapa banyak ulangan yang mampu dalam masa 1 minit. iii) Selepas 1 minit berakhir, peserta diberi masa rehat selama 1 minit sebelum meneruskan larian lagi. iv) Peserta perlu melakukan sebanyak 5 set larian ulang-alik 20 meter (1 minit) dengan masa rehat 1 minit antara 5 set larian tersebut.

(f)

39
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(g)

Norm Permarkahan i) Peserta perlu melakukan sebanyak 5 set larian ulang-alik 20 meter (1 minit) dengan masa rehat 1 minit antara 5 set larian tersebut. ii) Keputusan peserta adalah jumlah ulangan larian yang dapat dilakukan dalam kelima-lima set larian yang setiap satunya adalah selama 1 minit.

40
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

8.

SATU BENTUK PENGUKURAN UNTUK MENGUKUR LEMAK PARA ATLIT

8.1.

PENGUKURAN LIPATAN KULIT (SKINFOLD)

Wood (2004) telah mentafsirkan pengukuran lipatan kulit sebagai suatu pengaggaran lemak badan dengan menggunakan pengukuran ketebalan lipatan kulit. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kaliper pengukuran lipatan kulit adalah direka khas untuk mengukur tisu di bawah kulit dengan tepat.

Untuk memudahkan pengukuran dijabclankan, beliau telah mengemukakan dua jenis kaedah yang boleh digunakan iaitu (i) Tujuh tempat lipatan kulit Tujuh tempat tersebut ialah dada, trisep, subskapular, axilla, suprailiak, abdomen dan paha. (i) Tiga tempat lipatan kulit Tiga bahagian badan yang diukur ialah dada, abdomen dan paha bagi lelaki, trisep, supraliak dan paha bagi wanita.

Menurut Koop (1995), pengukurun lipatan kulit adalah suatu pengukuran di mana ukuran lipatan kulit dan lemak telah diambil pada bahagian tubuh badan yang tertentu dan dimasukkan ke dalam suatu persamaan unutk mendapatkan anggaran jumlah lemak dalam tubuh. Dalam kaedah pengukuran ini, kaedah pengukuran komposisi tubuh badan manusia digunakan dengan meluas untuk menilai dan mentaksir peratusan lemak tubuh badan.

Telford et al. (1984) pula mendapati min bagi tujuh lipatan kulit yang diukur adalah 87 mm dan berdasarkan dapatan kajian beliau merumuskan bahawa atlet elit bola jaring menyamai atlet bola kerangjang profesional iaitu mempunyai otot-otot yang besar tetapi tahap lemak dalam tisu badan rendah.

41
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

8.2.

LIPATAN KULIT

(a)

Ujian ini memerlukan pengukuran ketebalan lipatan kulit di beberapa tempat pada badan. Jumlah bacaan lipatan kulit ini membolehkan jangkaan jumlah kandungan lemak dalam badan dibuat.

(b)

Peralatan : Kaliper lipatan kulit.

(c)

Kelebihan : Hanya memerlukan kaliper lipatan kulit tetapi penguji perlu konsisten dalam cara pengambilan bacaan.

(d)

Prosedur : Untuk memastikan kita dapat mengambil ukuran dengan tepat, beberapa perkara seperti berikut haruslah diambil perhatian. (1) (2) Ambil ukuran lilitan badan pada bahagian kanan tubuh badan sahaja; Berhati-hati dalam mengenalpasti dan cuba tandakan kawasan yang hendak diukur; (3) Genggam lipatan kulit dengan kukuh menggunakan ibu jari dan jari penunjuk dengan ukuran inci dari tempat yang hendak diukur; (4) (5) (6) (7) (8) (9) Jangan sesekali melepaskan lipatan kulit semasa mengukur; Letakkan alat pengukur di bawah inci dari ibujari dan jari penunjuk; Sentiasa melepaskan penyepit alat pengukur secara perlahan; Pengukuran diambil selepas 4 saat alat digenggam; Minimum untuk pengukuran adalah sebanyak 2 kali; dan Pastikan orang yang diuji sentiasa kering dan bebas daripada minyak atau pelembab. (10) Guna ibu jari dan jari telunjuk untuk menarik/mencubit kulit pada tempat yang hendak diuji. Jarak antara jari-jari tersebut ialah lebih kurang 2.5cm. (11) Buka rahang kaliper dan lepaskan rahang tersebut pada kulit yang telah dicubit lebih kurang 1.25cm di bawah ibu jari dan jari telunjuk.

42
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

(12)

Biar kaliper itu menutup rahangnya selama 2-3 saat sebelum mengambil bacaan. Skala pada angkup ialah dalam milimeter.

(13)

Ambil tiga kali bacaan pada setiap tempat dan ambil bacaan median. Contoh : Bacaan 8 mm, 9 mm, 10 mm;bacaan 9 mm diambil.

(14)

Tempat mengambil bacaan ialah bahagian kanan badan atau bahagian badan yang dominan.

Alat Untuk Mengukur Lipatan Kulit

43
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Kawasan pengukuran adalah berbeza di antara lelaki dan wanita. Mari kita lihat bahagian tertentu yang diukur pada lelaki dan perempuan dalam rajah-rajah di bawah. Menggunakan gambar tersebut, mari kita lihat cara untuk membuat pengukuran.

8.3.

LOKASI PENGUKURAN BACAAN WANITA

Trisep (Antara Bahu Siku)

Abdomen (Bahagian Perut)

Suprailium (Atas tulang pinggul)

44
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

8.4.

LOKASI PENGUKURAN BACAAN - LELAKI

Subscapula (bawah tulang bahu)

Bawah Paha

Bahagian Dada

45
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

8.5.

ANGGARAN PERATUSAN LEMAK UNTUK JUMLAH LIPATAN KULIT PADA BAHAGIAN TRISEP, ABDOMEN DAN KUADRISEP LELAKI PEREMPUAN Jumlah Lipatan 23-25 26-28 29-31 32-34 35-37 38-40 41-43 44-46 47-49 50-52 53-55 56-58 59-61 62-64 65-67 68-70 71-73 74-76 77-79 80-82 83-85 86-88 89-91 92-94 95-97 98-100 101-103 Peratusan Lemak 16.8 17.7 18.5 19.4 20.2 21.0 21.9 22.7 23.5 24.4 25.2 26.1 26.9 27.7 28.6 29.4 30.2 31.1 31.9 32.7 33.6 34.4 35.5 36.1 36.9 37.8 38.6 46

Jumlah Lipatan 8-10 11-13 14-46 17-19 20-22 23-25 26-28 29-31 32-34 35-37 38-40 41-43 44-46 47-49 50-52 53-55 56-58 59-61 62-64 65-67 68-70 71-73 74-76 77-79 80-82 83-85 86-88
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

Peratusan Lemak 3.2 4.1 5.0 6.0 6.0 7.8 8.7 9.7 10.6 11.5 12.5 13.4 14.3 15.2 16.2 17.1 18.0 18.9 19.9 20.8 21.7 22.6 23.6 24.5 25.4 26.4 27.3

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

89-91 92-94 95-97 98-100 101-103 104-106 107-109 110-112 113-115 116-118 119-121 122-124 125-127

28.2 29.1 30.1 31.0 31.9 32.8 33.8 34.7 35.6 36.6 37.5 38.4 39.3

104-106 107-109 110-112 113-115 116-118 119-121 122-124 125-127 128-130 131-133 134-136 137-139 140-142

39.4 40.3 41.1 42.0 42.8 43.6 44.5 45.3 46.1 47.0 47.8 48.7 49.5

8.6.

PENGKELASAN PENGIRAAN PERATUS LEMAK TUBUH

Pengkelasan Tidak sihat (terlalu rendah) Boleh diterima (lower end) Boleh diterima (higher end) Tidak sihat (terlalu tinggi)

Lelaki < 5% 6-15% 16-24% >24%

Perempuan < 8% 9-23% 24-31% >31%

47
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

9.

KESIMPULAN

Kecergasan keseluruhan mengambil kira aspek-aspek fizikal, mental, emosi dan sosial. Hampir semua pergerakan fizikal pada tahap-tahap tertentu melibatkan elemen-elemen seperti daya, kecepatan, jangka masa, komplesiti dan julat pergerakan. Seseorang mungkin memahami aspek motor seseorang individu sebagaimana komponen fisiologikal seperti kekuatan, kelajuan, ketahanan dan koordinasi. Dari sudut latihan tumpuan utama mungkin dari segi memantapkan seseorang atlit melalui komponen fisiologikal yang lebih dikenali sebagai keupayaan kecekapan biomotor selain dari mempertingkatkan kemahiran.

Kecekapan/keupayaan seseorang individu melakukan sesautu latihan di anggap satu penyebab dan pergerakan itu sendiri sebagai kesan. Kecekapan untuk mengawal penyebab untuk melaksanakan kesan yang berhasil adalah diperlukan. Menilai tahap kecergasan fizikal atlit perlu dilakukan untuk menilai apakah mereka mencapai standart yang telah di tetapkan.

Hasil ujian ini telah membuktikan bahawa ujian kercergasan ini telah berjaya untuk meningkatkan tahap kecergasan atlit yang bakal mewakili daerah Pasir Gudang bagi empatkomponen yang di uji. Aspek kekuatan otot, kekuatan kardiovaskular, kelembutan dan kelajuan adalah antara komponen penting bagi sukan olahraga untuk meningkatkan prestasi. Bagaimanapun, bagi memastikan latihan bagi komponen yang di uji ini berkesan, atlet perlulah mengikut latihan dengan betul baik dari segi masa latihan dan juga kekerapan latihan. Jika latihan ini tidak dijalankan dengan betul, peningkatan tidak akan berlaku terhadap pemain. Jika pemain tidak menunjukkan sebarang peningkatan,maka mereka tidak akan dapat mempamerkan aksi yang memuaskan dalam pertandingan kelak.

Kesimpulannya, dapatan ujian kecergasan fizikal ini telah menunjukkan bahawa latihan yang dilakukan selama 4 minggu ini telah meningkatkan tahap kecergasan fizikal atlet olahraga daerah Pasir Gudang bagi komponen kelembutan, kelajuan dan kekuatan otot dan kardiovaskular walaupun tidak terlalu tinggi tetapi proses ke arah mencapainya berlaku. Di harapkan gabungan atlet dengan kesedaran dan semangat yang tinggi serta pihak jurulatih dan juga pihak pengurusan pasukan olahraga MSSD Pasir Gudang dapat mencapai sasaran pingat yang di fokuskan. 48
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

10.

RUJUKAN

Azizi Y., Shahrin H., Jamaluddin R., Yusof B. dan Abdul Rahim H. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Baumgartner, A.T. & Jackson, S.A. (2003) Measurement for Evaluation in Physical Education & Exercise Science. NY: McGraw Hill.

Borhan Yusof, Hasbullah Ismail ect. 2008. HBPE2203 Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani . Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

David B. et. al.(2000). Physical Education and the Study of Sport. Spain: Mosby.

David, K.M. (2006). Measurement by the Physical Educator: Why and How. NY: McGraw Hill.

Douglos, N.H., & Alan, C.L., (2003). Measurement for Evaluation in Physical Education & Exercise Science. USA:Viacom Company.

Mohd Talib dan Norlena Salamuddin. 2007. HBPE1203 Kecergasan Fizikal.Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

Rex Hazeldine. 2000. Fitness For Sport. Great Britain : The Crowood Press.

Vasudevan T. Arasoo. 1985. Asas Pendidikan Jasmani:Peringkat Menengah dan Tinggi. Ipoh : Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe. 2002. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publications.

49
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

10.

LAMPIRAN

PROGRAM LATIHAN PUSAT OLAHRAGA MAJLIS SUKAN DAERAH PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG

TARIKH MULA TARIKH TAMAT TEMPOH TEMPAT

: : : :

10 JANUARI 2010 08 FEBRUARI 2010 28 HARI (4 MINGGU) STADIUM PERBADANAN PASIR GUDANG, JOHOR : 12 tahun 12 tahun 12 tahun 12 tahun 12 tahun

MEREKA YANG TERPILIH 1. 2. 3. 4. 5.

Adik Fatin Noradilah bt Mohd Nor Adik Nor Anis Husna bt Azhar Adik Nor Syamimi bt Ahmad Zaini Adik Yasmin Diana bt Maryan Adik Nur Afiqah Batrisyia binti Mohd Fauzi

50
MOHD FAUZI BIN SAEM 731024-01-5303

Anda mungkin juga menyukai