Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH TUGASAN MAJOR (PKP 3104) Pada setiap semester, guru pelatih dikehendaki pergi

ke sekolah untuk mengikuti aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Sebelum pergi ke sekolah, semua guru pelatih akan diberikan tugasan mengikut pengkhususan masing-masing. Jika pada semester lepas guru pelatih dikehendaki untuk menyiapkan tugasan berkaitan dengan subjek Perkembangan Kanak-kanak, pada semester ini, guru pelatih pengkhususan Pemulihan diberikan tugasan berkaitan subjek Major Kemahiran Pengamatan (PKP 3104). Tugasan ini memerlukan guru pelatih untuk menyediakan ujian diagnostik sebelum pergi menjalankan tugas di sekolah. Selain itu, sebelum pergi ke sekolah juga, guru pelatih perlu menetapkan objektif yang ingin dicapai semasa menjalankan PBS. Berikut adalah objektif yang ingin dicapai oleh guru pelatih semasa di sekolah :

Objektif yang ingin dicapai

Dapat membuat pemerhatian di sekolah

Dapat melaksanakan ujian diagnostik ke atas murid-murid tahun satu

Dapat mencari dan mengumpul maklumat yang ingin dicari di sekolah

Di sekolah, guru pelatih telah membuat pemerhatian bagi mendapatkan maklumat-maklumat tambahan. Berdasarkan tugasan PBS pada kali ini, guru

pelatih dikehendaki membuat pemerhatian mengenai kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan. Pengkaji telah mengunjungi kelas Pemulihan dan kelas

Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan (SKPPH). Kelas Pemulihan dan kelas Pendidikan Khas yang dikunjungi sangat menarik dan ceria. Kelas itu sememangnya bersesuaian dengan keadaan dan situasi murid pemulihan dan pendidikan khas.

Kelas Pemulihan

Kelas Pendidikan Khas

Dalam kelas pemulihan, guru pelatih mendapati bahawa ada seorang dalam kalangan murid-murid pemulihan yang suka mengerutkan mukanya apabila memandang sesuatu. Setelah bersembang dengan murid tersebut, guru pelatih Oleh itu,

mendapati bahawa murid tersebut mengalami masalah penglihatan.

pandangannya agak kabur dan dia sukar untuk melihat objek yang kecil dan jauh. Semasa di kelas Pendidikan Khas pula, guru pelatih telah diberitahu bahawa ada dalam kalangan murid-murid pemulihan ini mengalami masalah dalam kemahiran pengamatan sensori-motor. Mereka mempunyai masalah untuk mengawal

koordinasi pergerakan tubuh, motor kasar dan motor halus. Terdapat seorang murid lelaki yang tidak tahu bagaimana untuk menyuap makanan dan minuman ke dalam mulut sendiri. Hal ini kerana dia tidak tahu Seorang staff atau

bagaimana untuk mengawal pergerakan tangannya sendiri.

pembantu di kelas Pendidikan Khas itu mengatakan bahawa sekiranya kanak-kanak ini dibiarkan begitu sahaja, dia hanya akan menyepah-nyepah nasi ataupun makanan tersebut. Pembantu di kelas itu juga menceritakan bahawa pada suatu ketika dahulu, ada seorang murid yang telah hilang kerana dia telah sesat. Dia yang tidak tahu bercakap hanya memandang kepada orang yang menjumpainya tanpa berkata apaapa. Pembantu itu berkata bahawa murid itu tidak tahu bercakap dan apa yang keluar dari mulutnya hanyalah butir-butir perkataan yang tidak difahami. Di sekolah ini juga, guru pelatih mendapati bahawa banyak Set Kemahiran Pengamatan yang boleh diperolehi. Bagi mengenalpasti murid-murid yang

mengalami masalah pengamatan, ujian saringan dan ujian diagnostik mestilah dilakukan. Melalui ujian saringan dan diagnostik, murid-murid yang mengalami
2

masalah pengamatan ini akan dapat dikenalpasti.

Setelah murid-murid ini

dikenalpasti, barulah langkah-langkah yang seterusnya dapat diambil. Sekiranya masalah ini boleh diatasi dengan membeli atau menyediakan alat bantuan seperti cermin mata dan alat bantuan pendengaran, maka, murid itu tidak akan mengalami masalah pengamatan lagi. Alatan dan cara yang digunakan untuk mengajar murid-murid yang mengalami masalah pengamatan adalah berbeza dengan kanak-kanak biasa. Semasa di kelas Pemulihan dan Pendidikan Khas, guru pelatih mendapati bahawa bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan sangat cantik dan menarik. Guruguru ini sangat bersungguh-sungguh dalam penyediaan BBM. Mereka mahukan anak-anak didik mereka dapat memahami dengan jelas apa yang ingin disampaikan. Mereka juga banyak berhabis duit membeli barang-barang BBM yang sudah siap dibina bagi memberikan yang terbaik kepada murid-murid ini. Antara BBM yang digunakan ialah kad-kad perkataan, kad-kad nombor dan juga pelbagai alat permainan berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran.

BBM Dengan menggunakan BBM, murid-murid ini akan dapat belajar dengan lebih mudah dan seronok. Mereka akan mudah untuk memahami sesuatu perkara apabila diajar menggunakan benda-benda maujud. Di samping itu, strategi bagi menangani masalah pengamatan ini juga merupakan perkara yang amat penting. Bagi mengatasi masalah kemahiran

pengamatan, guru mestilah memberitahu ibu bapa mengenai masalah ini supaya murid ini dapat menerima rawatan daripada doktor perubatan. Hal ini adalah sangat penting supaya keadaan mata murid tersebut tidak menjadi lebih teruk. Sekiranya murid ini hanya rabun sedikit sahaja, hal ini akan dapat diatasi dengan memakai cermin mata. Namun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan yang teruk, guru harus memikirkan cara yang lain. Sebagai contoh, bagi mengajar huruf, guru boleh menyuruh murid menyentuh dan merasa huruf di atas kertas pasir atau huruf yang telah ditebuk di atas kadbod. Dengan itu, murid ini akan dapat mengenal bentuk huruf yang diajar melalui sentuhan. Guru juga boleh memanggil murid tersebut untuk duduk berdekatan dengan papan putih ataupun berdekatan dengan meja guru supaya murid itu senang dipantau. Tulisan yang digunakan oleh guru juga mestilah bersaiz besar. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan penglihatan ini, BBM yang bersaiz besar sangat membantu.
4

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran, guru juga perlu memaklumkan hal ini kepada ibu bapa. Hal ini supaya murid itu dapat dirujuk

kepada pakar. Sekiranya keupayaan pendengaran murid ini boleh diperbaiki, maka, alat bantuan pendengaran boleh digunakan. Justeru, murid ini akan dapat

ditingkatkan tahap kemahiran pengamatan pendengarannya. Selain itu, guru juga mestilah bercakap menggunakan pergerakan bibir yang jelas semasa mengajar murid-murid ini. Ini kerana murid-murid ini akan dapat

membaca pergerakan bibir gurunya. Bagi mengajar menyebut huruf, pergerakan bibir amat penting supaya murid ini dapat belajar menyebut huruf dengan betul. Kanak-kanak yang mengalami masalah sensori-motor merupakan kanakkanak yang perlu diberikan perhatian. Mereka memerlukan sokongan, dorongan dan latihan yang sewajarnya. Tanpa semua ini, mereka akan tetap berada di takuk yang lama. Semasa di kelas Pendidikan Khas, guru pelatih telah dimaklumkan

bahawa kanak-kanak ini dilatih untuk mengurus diri sendiri supaya apabila mereka berada di dunia luar, mereka akan mampu untuk mengurus diri sendiri. Apa yang menarik di sini ialah, kanak-kanak ini juga turut diajar untuk memasak dengan bimbingan guru. Apa yang penting di sini ialah latihan yang

berterusan disertai dengan kasih sayang dan sokongan dari semua pihak. Murid yang tidak tahu menyuap makanan langsung misalnya kerana masalah untuk mengawal pergerakan tangan, telah berjaya menyuap makanannya sendiri sedikit demi sedikit setelah mendapat latihan. Secara keseluruhannya, PBS di SKPPH ini telah menjadikan guru pelatih mendapat banyak pengalaman. Guru pelatih sedar bahawa dalam kalangan murid, terdapat murid-murid yang kurang bernasib baik. Murid-murid ini mestilah dijaga dan disayangi supaya mereka dapat belajar seperti orang lain. Pengalaman-

pengalaman ini telah menyebabkan objektif-objektif yang ingin dicapai telah tercapai dengan jayanya. Banyak maklumat diperolehi daripada PBS. Sesungguhnya

pengalaman ini tidak akan dilupakan buat selamanya.

Anda mungkin juga menyukai