Anda di halaman 1dari 23

AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 1

Melaka Learning Centre, Open University Malaysia,


No. 2.2-1, 2-2, Jalan KPA A3, Kompleks Perniagaan al Azim,
75150 Bandar Bukit Baru, Melaka, Malaysia.

MASTER OF ISLAMIC STUDIES 2013
ISU KONTEMPORARI DALAM PENGAJIAN TAFSIR
AMST5103

PUSPA BINTI ADAM
ustazahpuspa@gmail.com
012-6936320
NAMA PENSYARAH
EN. ABD. AZIZ BIN ABDULLAH
TAJUK :
ANALI SA GOLONGAN TI DAK MENYERTAI PEPERANGAN DI DALAM SURAH
TAUBAH

AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 2

PENGHARGAAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan
hidayah dalam menyiapkan tugasan bertajuk Analisa golongan tidak menyertai peperangan di
dalam Surah Taubah pada kali ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami
serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan
dan pembelajaran saya di OUM Melaka ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM
semester Mei 2013 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang
baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah yang di hormati, En. Abd. Aziz bin Abdullah kerana telah memberi panduan dan
tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa
tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini.
Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.
Wallahu a'lam.
Sekian , terima kasih.

AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 3

ISI KANDUNGAN

HALAMAN
Penghargaan


1.0 Pendahuluan 1

2.0

Perang Tabuk
2.1 Sejarah perang Tabuk
2.2 Suasana perang Tabuk


1
3
3.0

Golongan yang tidak menyertai perang Tabuk
3.1 Al Bakaun
3.2 Golongan yang uzur
3.3 Golongan Munafik
3.4 3 sahabat daripada golongan Ansar


4
5
6
8

4.0

Analisa Sebab-Sebab Tidak menyertai Peperangan

9

5.0

Pengajaran pengajaran daripada Perang Tabuk 12
6.0 Penutup

18
Bibliografi 19


AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 4

1.0 PENDAHULUAN

Surah At Taubah ( pengampunan ) adalah surah ke 9 yang diturunkan di Madinah dan
mengandungi 129 ayat. Terdapat beberapa ayat al Quran daripada surah At Taubah yang
menceritakan tentang golongan yang tidak menyertai perang Tabuk. Menurut Nawawi, surah ini
dinamakan At Taubah bukan bermaksud bahawa 3 orang sahabat (al Mukhallafun) ditinggalkan
tetapi taubat mereka bertiga ditangguhkan.(Jalaluddin As Sayuthi, 2011).

Peperangan yang dimaksudkan di dalam surah Al Taubah adalah perang Tabuk. Ia
merupakan peperangan terakhir yang disertai baginda Rasulullah S.A.W. bersama para
sahabat. Peperangan ini berlaku pada bulan Rejab tahun 9 hijrah dengan kapasiti sahabat
berjumlah 30 ribu orang. Diriwayatkan oleh Tabrani dari hadith Imran ibn Husain, bahawa
bala tentera Rom dikelolakan oleh 40 ribu orang tentera.

Tugasan ini akan membincangkan mengenai kisah golongan yang tidak menyertai perang
Tabuk. Antara topik yang akan disentuh adalah mengenai sejarah perang Tabuk, golongan yang
tidak menyertai perang, analisa sebab sebab tidak menyertai perang dan pengajaran-
pengajaran yang boleh diambil sebagai panduan yang berguna.

2.0 PERANG TABUK

2.1 SEJARAH PERANG TABUK
Tabuk adalah suatu tempat berhampiran dengan sempadan negeri-negeri Arab, iaitu
kawasan wilayah Kerajaan Rom Timur pada waktu itu, ia terletak dalam wilayah Syria (yang
termasuk Palestin ke dalamnya). Sebagaimana peperangan yang lain seperti perang Mutah dan
Khaibar yang mana ia berlaku disebabkan oleh pengkhianatan yang dilakukan oleh kerajaan
Rom terhadap pendakwah atau wakil Rasulullah S.A.W yang ditugaskan menjalankan dakwah.
Begitulah juga dengan apa yang berlaku sebelum berlakunya peperangan Tabuk yang mana
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 5

Farwah bin Amru Al-Jazami merupakan salah seorang ketua yang dilantik oleh Rom bagi
kawasan Maan telah dibunuh dengan disalib di dalam air apabila Rom mengetahui dia telah
memeluk agama Islam dan merupakan wakil kepada Muhammad S.A.W di dalam mengerjakan
dakwah Islamiah di sana. Apabila Rasulullah S.A.W mengetahui tentang pembunuhan yang
kejam ini maka baginda tanpa bertangguh terus mengumpul bala tentera untuk keluar berperang
di Tabuk ( Ar Raheeq al Makhtum,2009 ).
Tentera Rom telah menjadikan Balqa kubu bagi menahan kemaraan Islam dan
dakwahnya yang suci. Apabila mengetahui tentera Islam akan menyerang mereka maka di bawah
pimpinan panglima tenteranya iaitu Harcules telah mengumpulkan tentera Rom di Tabuk. Rom
agak risau dengan kemaraan itu terutamanya selepas mereka tewas dalam peperangan Mutah.
Mereka melihat kemaraan ini akan menyebabkan tanah jajahan dan kawasan yang telah dikuasai
oleh mereka akan tergugat, begitu juga dengan pekerja, perniagaan serta penyebaran agama
Kristian akan terbantut. Memang benarlah janji Allah yang mana Nurullah akan terus terang dan
akan menghilangkan segala jahiliah dan kekufuran yang melata sebelum datangnya Islam.
Panggilan jihad kali ini agak berlainan dengan peperangan sebelum ini kerana Rasulullah
S.A.W. telah mengerahkan para tentera Islam untuk keluar berjihad dalam meninggikan
Kalamullah yang suci dengan menjelaskan kepada tentera tujuan tersebut secara terang-terangan.
Penjelasan ini adalah disebabkab keadaan pada masa itu agak panas dan banyak masyaqqah yang
berlaku. Rasulullah S.A.W telah mengarahkan agar tentera Islam bersiap sedia dengan segala
kelengkapan yang ada. Rasulullah S.A.W juga mengarahkan agar para muslimin yang
mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan harta mereka untuk tujuan berjihad di jalan Allah
agar bersedekah sekadar yang termampu. Antara para sahabat yang menyahut seruan itu ialah
Abu Bakar yang memberi kesemua harta beliau, Umar yang memberi setengah daripada harta
beliau, begitu juga dengan Uthman dan Abdul Rahman Al-Auf serta ramai lagi sahabat yang
lain yang turut berbuat demikian.



AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 6

2.2 SUASANA PERANG TABUK
Kedudukan Tabuk yang berada di utara madinah serta kepanasan yang mengancam pada
bulan tersebut menyebabkan sahabat yang lemah imannya merasa susah untuk berperang.
Tindakan para sahabat yang lemah imannya itu telah diberi peringatan keras oleh Allah :
E_GC^4C -g~-.- W-ONL4`-47 4` 7
-O) 1g~ +7 W-NOg^- O) O):Ec
*.- +U~^- O) ^O- _
+O4O jE_O4OE^) 4Ou^O- ;g`
jE4O=E- _ E 744` jE_O41E^-
4Ou^O- O) jE4O=E- ) NO)U~ ^@g
) W-NOgL> :OENC -EO4N
V1g glEOEC4 `O~ 4OOEN
4 +OO_> 6*^OE- +.-4 _O>4N ]
7_E* vOCg~ ^@_
Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu,
Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di
tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?
Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah
sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa
yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi
kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

( at Taubah 9 : 38 39 )

Terdapat sebahagian sahabat yang lemah imannya, lebih-lebih lagi keadaan ketika itu
sangat panas untuk berperang. Namun keadaan itu tidak mengkafirkan mereka kerana Allah
S.W.T. sendiri telah memanggil pada awalnya dengan Hai orang-orang yang beriman.
Kemudian terbukti akhirnya mereka turut serta bersama-sama nabi ke medan Tabuk dan Allah
telah mengampunkan mereka. Bahkan Allah S.W.T. telah mengampunkan mereka semua dengan
firmanNya :

AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 7

- E> +.- O>4N +]/EL-
-@OE_^-4 jO=^-4
-g~-.- +ON4lE>- O) gO4NEc
jE4OON^- }g` gu4 4` E1
uC@O4C COU~ -C@O _u4g)` O
=> )_^1U4 _ +O^^) )_)
[+74O _1gOO ^_
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang muhajirin dan
orang-orang ansar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari
mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka.
( at Taubah 9 : 117 )


3.0 GOLONGAN YANG TIDAK MENYERTAI PERANG TABUK

Sebelum keluar ke medan Tabuk Rasululllah S.A.W. telah berhadapan dengan beberapa
golongan iaitu :

3.1 Al Bakaun

Golongan yang menangis kerana tiada kelengkapan terutama tunggangan untuk turut
sama ke Tabuk. Mereka terdiri daripada tujuh orang daripada golongan ansar dan Bani Amru
bin Auf. Diriwayatkan melalui Jarar al Aufi dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah S.A.W.
memerintahkan orang-orang untuk berangkat berperang bersama baginda. Lalu datanglah
sejumlah sahabat antaranya Abdullah bin Maqil al Mazani yang berkata wahai Rasulullah ,
bawalah kami , Baginda menjawab : Demi Allah , aku tidak mempunyai binatang tunggangan
untuk membawa kalian. Mereka pun terpaksa pergi sambil menangis. Mereka berduka kerana
tidak boleh ikut berjihad kerana tidak punya bekalan dan kenderaan. Nama nama mereka
disebut dalam al Mubhamaat (Jalaluddin As-Sayuthi, 2011). Allah berfirman :
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 8


4 O>4N -g~-.- -O) .4` EO>
_Ug4-g =eU~ _ .4`
:UguO gO^OU4N W-O-4O>
_NLNO;NE +*Og> =}g` ;7^`O.-
^4OEO W-_ 4` 4pOgLNC
^_g
Maksudnya : Dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang
kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata: "Aku tidak
memperoleh kenderaan untuk membawamu." lalu mereka kembali, sedang mata mereka
bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan
mereka nafkahkan.


3.2 Golongan yang uzur

Golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah S.A.W daripada turut serta dalam
peperangan dengan alasan yang tidak diterima oleh Allah S.W.T kerana mereka cukup dengan
kelengkapan tetapi takut dan malas untuk berbuat demikian demi kepentingan peribadi. Mereka
terdiri daripada 82 orang dari Bani Ghafar. Sikap mereka dinukilkan di dalam al Quran melalui
ayat 90 surah at Taubah yang mana Allah berfirman :

47.~E}4 4p+OOE^- ;g`
-O;N- 4pOuNOg +O EE~4
4g~-.- W-O+EOE -.-
N.Oc4O4 _ CU1NOEc 4g~-.-
W-NOE gu+g` R-EO4N _1g
^_
Maksudnya : Dan datang (kepada Nabi) orang-orang yang mengemukakan 'uzur, yaitu orang-
orang Arab Badwi agar diberi izin bagi mereka (untuk tidak berjihad), sedang orang-orang
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 9

yang mendustakan Allah dan Rasul-Nya, duduk berdiam diri saja. kelak orang-orang yang kafir
di antara mereka itu akan ditimpa azab yang pedih.


3.3 Golongan Munafik

Golongan yang menjadi musuh dalam selimut ialah golongan munafik yang diketui oleh
Abdulllah bin Ubai . Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. (Nik Abdul Aziz Nik Mat,
2009). Kumpulan pertama akan mempengaruhi tentera Islam yang lain agar tidak turut serta
dalam peperangan ini malah mereka sendiri tidak menyertainya. Terdapat beberapa orang
munafik yang tidak mahu pergi berperang ke Tabuk (daerah kekuasaan Rom) dengan berdalih
khuatir akan tergoda oleh wanita-wanita Rom. Sehubungan dengan itu turunlah ayat ini untuk
membukakan rahsia mereka dan menjelaskan bahwa keengganan mereka untuk pergi berperang
itu adalah kerana kelemahan iman mereka dan itu adalah suatu fitnah. Antaranya firmannya :

_uLg`4 }E` NO4C pEO^w- Ojg 4
/j_g-^> _ O) gO4Lu-g^-
W-O7CEc ])4 =E4E_E_ OC1
-jOgE:^) ^j_
Maksudnya : Di antara mereka ada orang yang berkata: "Berilah saya keizinan (Tidak pergi
berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus dalam fitnah." Ketahuilah bahwa
mereka Telah terjerumus ke dalam fitnah. dan Sesungguhnya Jahannam itu benar-benar
meliputi orang-orang yang kafir.
( al Taubah 9 : 49 )

O4 W-1-4O ENONC^-
W-O4NV N. LEONN }4 E@O
+.- _E)l^- _C*lV
1g~4 W-N^~- E74`
-gg^- ^jg
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 10

Maksudnya : Dan jika mereka mau berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk
keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, Maka Allah melemahkan
keinginan mereka. dan dikatakan kepada mereka: "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang
tinggal itu.
( al Taubah 9 : 46 )

EE@O ]O^UEC^-
g-gE^E) E-U= Oc4O *.-
W-EO-@OE4 p W-)_O_7
g)4O^`) jgO^4 O)
O):Ec *.- W-O7~4 W-NOgL>
O) @OO4^- ~ +O4^ =ELE_E_
OE- -+OEO _ O- W-O+^~E
4pO_^4C ^g
Maksudnya : Orang-orang yang ditinggalkan (Tidak ikut perang) itu, merasa gembira dengan
tinggalnya mereka di belakang Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan harta dan
jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: "Janganlah kamu berangkat (pergi
berperang) dalam panas terik ini". Katakanlah: "Api neraka Jahannam itu lebih sangat
panas(nya)" jika mereka Mengetahui.
( al Taubah 9 : 81 )

Golongan kedua pula akan memecahkan kesatuan di dalam tentera Islam yang bertujuan
mengkhianati Rasulullah S.A.W. Perancangan jahat mereka di rakam di dalam al Quran ,
firmanNya :

4 ]=> -O>4N l4 gu+g)` =E`
-44 4 > _O>4N j)O~ W
gE+) W-NOEE *.)
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 11

g).Oc4O4 W-O>4`4 -4
]OO ^gj
Maksudnya : Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang
mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya
mereka Telah kafir kepada Allah dan rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.
( al Taubah 9 : 84 )

Golongan ketiga pula mereka yang menunggu Rasulullah S.A.W. untuk merasmikan
masjid yang dikenali Masjid Dhirar yang mana bertujuan untuk bermegah-megah,
memecahbelahkan para muslimin. Asas yang membawa kepada kekufuran dan pengkhianatan
kepada Islam. Rasulullah S.A.W. pada mulanya ingin solat di masjid ini tetapi setelah turunnya
wahyu agar Rasulullah S.A.W menghancurkan dan merobohkan masjid ini sebagaimana
firmanNya :
> gOOg -44 _ NOE-
"]cq O>4N O4O^+-- ;}g` E
`O4C O-EO p 4O> gOOg _ gOOg
~E}jO ]Oclg47 p W-NOO_C4-4C _
+.-4 OUg47 -@O)-_-C^- ^g
Maksudnya : Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya. sesungguh-
nya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih
patut kamu solat di dalamnya. di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin
membersihkan diri. dan Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.
( al Taubah 9 : 108 )
Peristiwa ini memberi peringatan dan amaran agar tidak menggunakan nama Islam untuk
mengaburi kesesatan yang dilakukan. Jika masjid yang merupakan kesatuan dan kehebatan Islam
dirobohkan kerana tidak didirikan atas asas taqwa maka kesatuan atau sistem yang bersembunyi
atas nama Islam lebih layak ditentang.

AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 12

3.4 3 orang sahabat daripada kalangan ansar.

Golongan mukhallafun iaitu golongan yang berkhilaf dengan Rasulullah SAW, iaitu
golongan yang mencicirkan diri dengan sengaja tidak menyertai peperangan Tabuk bersama-
sama baginda. Tiga orang sahabat tersebut adalah Kaab bin Malik , Murarah bin Ar Rabi dan
Hilal bin Umaiyah. Kisah tiga orang yang tidak pergi berjihad kerana mengutamakan kerehatan,
tidak mahu berpanas dan lebih suka tinggal di rumah, padahal mereka adalah orang-orang
mukmin yang jujur.
4.0 ANALISA SEBAB-SEBAB TIDAK MENYERTAI PEPERANGAN

Peperangan Tabuk ini memaparkan satu suasana yang istimewa yang merupakan ujian
yang pahit daripada Allah S.W.T. hingga dengannya menunjukkan perbezaan yang ketara di
antara golongan mukminun dan yang lain. FirmanNya:
E` 4p~E +.- 4OEO41g
4-gLg`u^- _O>4N .4` +^
gO^OU4N _/4EO 4OOg4C E+1)lC^-
=}g` UjO-C- 4`4 4p~E +.-
7E)U;CN1g O>4N U^O4^-
O}4 -.- /4-^_ }g` g)-cGO
}4` +7.4=EC W W-ON4g`4* *.)
g)-c+O4 _ p)4 W-ON4g`u>
W-O+->4 7U vO;_ _1g4N ^__
Maksudnya : Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang yang beriman dalam keadaan yang
kamu ada sekarang (bercampur aduk mu min dan munafik, bahkan la tetap menguji kamu)
sehingga la memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman).
(al-Imran 3 : 179)

Kesemua orang Islam yang benar-benar mengakui dirinya sebagai individu mukmin yang
sejati, telah segera keluar menyertai saf tentera Islam, malah orang yang menarik diri telah
dianggap sebagai tanda nifaq dan taqiyyah. Sesiapa yang menarik diri kemudian dilaporkan
kepada Rasulullah S.a.W. maka Baginda berkata: Biarkan dia, sekiranya pada beliau itu masih
terdapat kebaikan insyaAllah beliau akan menyertai kita nanti, dan sekiranya tidak, maka Allah
telah menjauhkan mereka daripada kita, tidak akan menarik diri kecuali orang yang
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 13

berkeuzuran, atau orang yang mendustai Allah dan RasulNya, mereka itu dari golongan
munafiqin, mereka itu telah menarik diri setelah memberi alasan palsu untuk membolehkan
mereka tidak turut serta, atau pun mereka itu ialah golongan yang menarik diri tanpa membuat
sebarang permintaan pun.

Sekembalinya Rasulullah ke Madinah, baginda terus memasuki masjid, baginda
bersembahyang dua rakaat, setelah itu baginda duduk menghadapi orang ramai. Adapun
golongan al-Munafiqin seramai lebih daripada 80 orang, telah datang menemui Rasulullah
S.A.W., baginda pun menerima pengakuan zahir mereka itu, menerima baiah mereka,
memaafkan mereka dan seterusnya baginda menyerah urusan hati dalaman mereka kepada Allah
( Nik Abdul Aziz Nik Mat, 2009 ).

Manakala tiga orang mukmin yang sejati yang tidak menyertai peperangan, iaitu Kaab
bin Malik, Mararah bin al-Rabi dan Hilal bin Umaiyah bertegas menyatakan hakikat yang
sebenarnya. Mereka mengakui kesilapan itu dengan tidak mengemukakan apa-apa alasan apabila
disoal oleh Rasul sekembalinya tentera dari kempen itu dan hanya mengaku bersalah dengan
jujur . Rasulullah S.A.W. telah memerintah semua para sahabat supaya tidak bertegur sapa
dengan mereka bertiga dan berlakulah satu pemulauan yang hebat terhadap tiga orang sahabat
ini.
Dalam tempoh pemulauan yang tidak diketahui hujungnya itu, Kaab dan dua orang
sahabat lagi menanggung beban dugaan yang sungguh besar. Antaranya:

Orang-orang mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dengan mereka, hatta
menjawab salam sekalipun.

Isteri-isteri mereka diasingkan daripada mereka bermula malam yang ke-40.

Raja Ghassan cuba untuk menghasut Kaab menyertai mereka serta dijanjikan dengan
habuan jika meninggalkan barisan saf muslim.

AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 14

Cubaan untuk kekal dalam iman walaupun dihukum untuk tempoh yang tidak pasti
(boleh jadi dipulau sehingga akhir hayat mereka)

Semua kaum muslimin menunjukkan perubahan sikap yang mendadak, terasa bagi
mereka bagaikan bumi ini menolak kehadiran mereka, bumi yang luas ini terasa sempit, nafas
mereka pun terasa sesak, suasana lebih memuncak lagi setelah berlalunya empat puluh hari.
Mereka diperintah supaya mengasingkan diri daripada isteri-isteri mereka, hingga apabila Allah
S.W.T. menurunkan firmanNya:

O>4N4 gO1UE1- -g~-.- W-OggU7=
-/EEO -O) ;e~= NjgOU4N OO-
E) ;e4:NO4O ;e~=4 )_^1U4
_OO^ W-EOOL4 p EU4` =}g`
*.- ) gO^O) O => )_^1U4
W-EO+O+4Og _ Ep) -.- 4O- C-O+--
O1gOO- ^g
Maksudnya : Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan penerimaan taubat. Hingga
apabila bumi menjadi sempit bagi mereka, pada hal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah
sempit pula terasa oleh mereka. Dan mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari
dari siksaan Allah, melainkan kepadaNya sahaja, kemudian Allah menerima taubat mereka agar
mereka tetap dalam taubatnya, sesungguhnya Allahlah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha
Penyayang.
(al-Taubah 9 : 118)
Dengan itu maka seluruh kaum muslimin bergembira dan yang paling bergembira ialah
tiga orang yang dihukumkan oleh Allah dan RasulNya itu, kegembiraan yang tidak terperi,
masing-masing mengucap tahniah dan mengucap selamat berbahagia, masing-masing memberi
hadiah dan bersedekah, hari itu adalah saat yang paling berbahagia di dalam hayat mereka.
Adapun golongan yang berkeuzuran yang terpaksa duduk di Madinah telah disebut oleh
Allah di dalam firmanNya:

AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 15

- 1 ^ " N 4 > O - _ O E E . 7 g 4 N 4 > O
- ^ E O @ E / _ 4 N 4 > O - . - ~ g -
_ ] ` 4 C N 4 g O ] O E O 4 R ) O -
^ 4 = O - W . * 4 O 4 c O . ) g _ ` 4 N 4 > O
- ^ O L g - - ` g } c E : ) 1 _ 4 - . +
N E O O E O O g O _ _ ^
Maksudnya : Tiada dosa ke atas orang-orang yang lemah, atas orang-orang yang sakit dan
atas orang yang tidak memperolehi sesuatu yang akan mereka belanjakan, apabila mereka
berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya .
(al-Taubah 9 : 91 )

Kepada mereka ini Rasulullah S.A.W menyifatkan mereka sebagai berkata:
Sesungguhnya terdapat di Madinah sebilangan lelaki yang tetap berserta kamu di mana-mana
perjalanan dan di mana-mana lembah yang kamu rentasi, mereka di penjara oleh keuzuran
namun mereka tetap dianggap bersama-sama kamu Tanya para sahabat: Wahai Rasulullah,
apakah mereka yang dimaksudkan sedang berada di Madinah?. Jawab Baginda: Ya mereka
berada di Madinah.


5.0 PENGAJARAN

Pengajaran dan pedoman yang boleh diambil daripada sikap golongan yang tidak
menyertai peperangan di dalam surah at Taubah ini ialah:
Pertama:
Seruan Rasulullah S.A.W. agar bersiap sedia untuk berperang dibuat ketika waktu susah,
panas dan musim buah-buahan dipetik. Orang-orang beriman yang jujur dan segera menyahut
seruan Rasulullah S.A.W tersebut tanpa mempedulikan kesusahan mahupun kemiskinan. Orang-
orang munafik pula menarik diri. Mereka mengemukakan pelbagai alasan. Demikianlah, hakikat
orang-orang yang ikhlas dan orang-orang munafik akan jelas terserlah pada waktu-waktu
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 16

genting. Mereka yang berlagak akan terbongkar pekungnya pada waktu dugaan. Allah Taala
telah berfirman:
.- ^ =UOEO +EEL- p
W-EO74O^NC p W-EO7O4C E44`-47
-4 4pONL4^NC ^g ;4 EL4
4g~-.- }g` )_)U:~ W O}EUu4OU
+.- -g~-.- W-O~E=
O}EUu4O4 4-)O^- ^@
Maksudnya : Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan
dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang
sebenarsebenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orangorang yang
berdusta.
(Al-Ankabut 29 : 1-3)
Dakwah dan bangsa hanya tertegak dan bangkit melalui pembersihan saf-safnya daripada
golongan munafik dan penipu. Hanya orang yang mempunyai keazaman yang benar, niat yang
ikhlas dan prinsip yang kukuh akan tetap teguh menghadapi kesusahan. Terdapat ramai orang
yang lemah iman dan para penipu menghalang perjalanan dakwah islah dalam umat. Mereka
berusaha menyekat Islam daripada meraih atau melambatkan kemenangan walau seketika.
Angkatan tentera Islam dalam perang Tabuk telah menyingkirkan mereka yang seumpama ini.
Pekung mereka terbongkar. kelemahan iman dan kerapuhan azam mereka terserlah. Satu
angkatan tentera yang mempunyai saf yang tersusun, bersatu padu, iman yang kukuh dan setia
kepada janji lebih berfaedah kepada umat walaupun bilangan mereka kecil. Mereka lebih hampir
kepada kemenangan berbanding dengan tentera yang bilangannya besar tetapi berbeza gagasan,
kemampuan dan keteguhan. Firman Allah S.W.T. :
OU = O7C g1ONL^)
4~ ]) -.- :O)U4:N` OE_E4)
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 17

}E =)O= +Ou4g` "^1U /j_g` }4`4
- +O;E;C4C +O^^) /j_g` )
^}4` 44O4^N- OO7N jg4O) _
W-O+)O= +Ou4g` ) 1E1)U~ _u4g)`
_ OU +Ee4~E} 4O- -g~-.-4
W-ONL4`-47 +OE4` W-O7~ O~C
4L 4O4O^- =O7E)
jg1ONLN_4 _ 4~ -g~-.- ]OOLO4C
_^^ W-OUG` *.- }g)` lO4Og
-1)U~ ;e4lUEN LO4Og E4OOg1
p^O)) *.- +.-4 E74`
4)OO- ^gj_
Maksudnya : Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya
menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama
orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah 2 : 249)
Kedua :
Terdapat mereka yang datang menemui Rasulullah S.A.W., meminta keizinan Baginda
untuk berperang tetapi terpaksa ditolak kerana Baginda tidak memperolehi tunggangan yang
boleh membawa mereka. Mereka telah beredar dengan linangan air mata kerana sedih
disebabkan terhalang daripada memperolehi kemuliaan berjihad bersama Rasulullah S.A.W.
Peristiwa yang diceritakan oleh Allah S.W.T. dalam kitab-Nya ini merupakan contoh paling
indah tentang kehebatan iman mencipta perkara yang luar biasa. Kebiasaan manusia akan
gembira apabila dia terselamat daripada bahaya dan jauh daripada peperangan.
Namun orang-orang mukmin yang jujur ini menangis. Mereka menganggap diri mereka
telah terlepas daripada memperolehi habuan pahala Allah yang besar dan peluang mencapai mati
syahid di jalan-Nya.
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 18


Ketiga :
Kisah tiga orang yang tidak pergi berjihad kerana mengutamakan kerehatan, tidak mahu
berpanas dan lebih suka tinggal di rumah, padahal mereka adalah orang-orang mukmin yang
jujur, mengandungi pengajaran yang banyak. Selepas beberapa ketika, iman dalam jiwa mereka
tersedar. Lantas mereka mengetahui bahawa mereka telah melakukan dosa yang besar kerana
tidak turut serta bersama Rasulullah S.A.W. dan orang-orang mukmin. Namun begitu, keinsafan
ini tidak menyebabkan mereka terlepas daripada hukuman. Hukuman mereka cukup keras dan
membuatkan mereka serik. Seluruh masyarakat memboikot mereka. Orang ramai hinggakan
isteri-isteri mereka dilarang bercakap dan berbicara dengan mereka. Setelah terbukti kejujuran
taubat, penyesalan, kesedihan dan dukacita mereka, Allah S.W.T. mengurniakan keampunan
kepada mereka. Apabila mereka diberitahu tentang dikhabar berita tersebut, mereka gembira
tidak terhingga. Sesetengah mereka menyedekahkan harta dan pakaian mereka sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah S.W.T. di atas nikmat keredhaan dan keampunan-Nya.
Pengajaran sebegini menghalang mukmin yang jujur keimanannya daripada cuai dalam
kerja-kerja yang wajib. Dia tidak akan rela berehat sedangkan orang ramai berpenat lelah.
Apatah lagi bersenang lenang sedangkan orang ramai bersusah payah. Inilah tabiat iman; kamu
sentiasa merasakan bahawa kamu merupakan ahli dalam satu kumpulan atau sebahagian
daripada keseluruhan bahagian. la juga menyebabkan kamu merasakan apa yang menimpa
kumpulan turut menimpa kamu. Begitu juga, apa yang berfaedah kepada mereka, turut
berfaedah kepada kamu. Kesenangan tiada erti jika umat dalam kesusahan dan penderitaan.
Rehat tiada lazatnya sekiranya orang lain penat dan letih. Kamu juga merasakan sikap
meninggalkan kewajipan merupakan satu tanda kekurangan iman dan kecacatan agama.
Kisah ini juga memberi pengajaran kepada kita, bahawa akidah mengatasi hubungan
kerabat. Begitu juga, perlaksanaan sistem yang diakui syarak didahulukan daripada mematuhi
hawa nafsu dan emosi. Hubungan kerabat pula tidak dapat membantu apa-apa di hadapan
kemarahan dan kemurkaan Allah S.W.T. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari
perintahnya beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab
seksa yang tidak terperi sakitnya.
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 19


Keempat :
Beberapa sifat yang boleh dijadikan pengajaran, antaranya ;
Bertangguh itu bahaya
Jangan amalkan sikap bertangguh, kerana itulah kesilapan Kaab dan 2 orang sahabat.
Mereka berkemampuan tetapi sentiasa bertangguh untuk bersiap hingga semuanya sudah
terlambat. Usahakan untuk terus lakukan perkara yang mampu dilakukan terutamanya
dalam bidang dakwah seperti berjumpa madu, menyiapkan bahan atau merencana
program.

Berwaspada dengan kecenderungan memberi alasan
Allah telah membuka pekung para munafiqin yang memberi alasan untuk tidak menyertai
perang Tabuk walaupun mereka sangka telah terlepas apabila Rasulullah S.A.W.
menerima alasan-alasan itu. Para duat hendaklah mempunyai azam kuat dan kukuh
untuk bertahan walaupun membuat silap. Kesilapan berlaku sesekali dan jalan keluar
ialah dengan bertaubat, bukan dengan memberi alasan.

Kepentingan berkata benar

Ditekankan juga tentang kepentingan berkata benar kepada diri sendiri dan kepada
pemimpin. Jawab Rasulullah S.A.W. setelah Kaab dan 2 sahabat mengakui kesilapan
mereka tanpa cuba memberi alasan: Inilah dia orang yang jujur. Secara tidak langsung
Rasul menempelak para munafiqin yang cuba membodohkan Rasululullah S.A.W.
dengan alasan mereka. Implikasi apabila tidak berkata benar itu sentiasa ada.


Pertimbangan emosi dalam menerima hukuman

Hendaklah cuba sedaya untuk menerima hukuman dan ujian Allah dengan redha dan
jauhi pengaruh emosi yang berlebihan kerana selalunya pertimbangan kita cenderung
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 20

untuk salah ketika dikuasai perasaan. Dan jangan terlalu tenggelam melayan perasaan
sedih dalam tempoh itu. Kaab contoh keteguhan peribadi ketika menjalani hukuman
walaupun cubaannya begitu berat seperti tidak dijawab salamnya oleh para mukminin
termasuk sahabat paling rapat dengannya. Pemulauan mutlak oleh Nabi S.A.W. dan para
sahabat.


Iltizam sepenuhnya walaupun dalam menjalani hukuman dan bersabar.

Walaupun dalam tempoh hukuman, Kaab tidak mengeluh atau cuba untuk berunding
meringankan hukumannya. Sebaliknya, beliau cuba untuk memastikan beliau mematuhi
perintah hukuman dengan sepenuhnya. Contohnya, apabila diberitahu beliau perlu
diasingkan daripada isterinya bermula malam ke-40, Kaab bertanya sama ada arahan itu
memerlukannya menceraikan isteri atau hanya diasingkan (akan diceraikan jika perlu).
Isterinya menawarkan diri untuk datang sesekali menguruskan makan pakainya dalam
tempoh pengasingan itu tetapi disuruh oleh Kaab supaya jauhkan diri sehingga perintah
mengatakan sebaliknya.

Ukhuwwah yang agung

Ukhuwwah yang menjamin perpaduan sesama mukmin dan menghindarkan keretakan saf
barisan orang-orang yang beriman. Para sahabat yang lain berkongsi kegusaran dalam
menunggu tamatnya hukuman ke atas Kaab dan 2 sahabat lagi dan nyata apabila
diangkat hukuman itu seluruh sahabat bergembira dan berebut-rebut menemui Kaab
untuk memberitahunya. Kaab tidak lupa kepada sahabatnya Talhah yang berkejaran
menemuinya lalu memeluknya dan mengumumkan berita itu dengan gembira. Rasulullah
S.A.W. turut gembira dengan penerimaan taubat tersebut, Bergembiralah dengan hari
yang paling baik pernah kau lalui.

Kelima :
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 21

Para sahabat yang kaya segera menyumbang derma antaranya Abu Bakar, Umar, Othman
dan lain-lain. Ini menjadi bukti terhadap tindak-tanduk keimanan dalam jiwa orang-orang
mukmin. Iman mendorong mereka untuk segera melakukan kebaikan, juga melawan hawa nafsu
dan naluri diri. Iman ini diperlukan oleh setiap umat dan setiap dakwah untuk menjamin
kemenangan ke atas musuh dan menjamin kewujudan sumber-sumber yang mereka perlukan.
Kita dapati umat kita pada hari ini amat memerlukan keimanan sebegini. kerana kita berdepan
dengan pelbagai musuh, bebanan berat, pertempuran dahsyat, kekuatan dan kelicikan musuh.
Oleh itu, kita tidak dapat menewaskannya melainkan dengan menggandakan pengorbanan harta,
jiwa, hawa nafsu dan syahwat. Ini hanya dapat dicapai oleh agama yang mempunyai kefahaman
sahih tentang hakikat keimanan. Agama ini mendidik jiwa-jiwa untuk ikhlas menyumbang dan
berpenat lelah untuk umat mereka. Mereka melakukannya sebagai satu jihad yang diberi
ganjaran oleh Allah, sebagaimana Dia memberi ganjaran kepada mujahidin di medan
perjuangan.
Usaha terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh para pengislah dan pemimpin kebangkitan
ialah menyemai agama dalam jiwa-jiwa manusia dengan baik. Setiap penentangan kepada
agama, seruan untuk membebaskan diri daripadanya atau reaksi mempersendakan agama
merupakan jenayah nasional yang boleh mengakibatkan natijah paling buruk dan kesan paling
bahaya. Demikianlah yang diajarkan oleh Allah kepada kita. la disahkan oleh sejarah lalu dan
dibuktikan oleh pengalaman masa kini. Penafian tentang hakikat ini merupakan kesilapan yang
hanya dilakukan oleh mereka yang jiwanya tidak ikhlas kepada kebenaran, hatinya tidak terbuka
kepada kebaikan dan peribadinya tidak dihiasi sifat-sifat ketinggian mahupun kemuliaan.

Keenam :

Peperangan Tabuk yang berlaku pada 9 Hijrah telah menyaksikan bagaimana tentera
Islam yang keluar ke medan perang tidak menerima tentangan daripada pihak musuh bahkan
tiada darah yang tumpah kerana pertempuran tidak berlaku apabila tentera Rom sendiri tidak
menghantar tentera bagi menyekat kemaraan tentera Islam. Baginda S.A.W. berada di Tabuk
sekitar sepuluh malam dan telah berjaya membuat perjanjian bagi meluaskan lagi pengaruh Islam
di kawasan itu melului beberapa perjanjian yang berjaya dibuat oleh Rasulullah S.A.W dengan
raja-raja mereka. Peperangan ini merupakan pembuka jalan ke arah penyebaran dan perluasan
kuasa Islam ke atas kawasan yang mana selama ini dicengkam oleh kuasa Rom. Ini membuka
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 22

mata kita tentang penyebaran Islam bukanlah melalui peperangan sahaja malah jalan untuk
dakwah Islamiyah merupakan suatu yang fleksibel.



PENUTUP

Surah at-Taubah pada kebanyakan ayatnya menceritakan mengenai peperangan Tabuk dan
ia juga memaparkan bagaimana Allah S.W.T. begitu murka kepada mereka yang mengkhianati
Rasulullah S.A.W dan Islam. Oleh itu apabila kita membaca surah ini kita ditegah membaca
Bismillahirrahmanirrahim. Kisah golongan al Mukhallafun ini hendaklah dibaca untuk kita
mengambil iktibar yang sepatutnya bukan sekadar untuk tahu dan menganggap ia sebagaimana
sejarah-sejarah yang lain. Kisah pengampunan Allah S.W.T dan bagaimana hebatnya taubat
Kaab bin Malik , Murarah bin Ar Rabi dan Hilal bin Umaiyah ini perlu di war-warkan kepada
seluruh umat Islam sebagaimana hebatnya kisah Ashabul kahfi. Kisah al Mukhallafun ini banyak
terdapat pengajaran dan strategi di dalam menjalankan dakwah dan paling penting dalam
meningkatkan keimanan dan meninggikan syiar Islam.


BIBLIOGRAFI

Abdullah Basmeih. (1995). Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian al Quran . (Terj).
Percetakan Nasioanal Malaysia Berhad. 461 462

Abdul Malik Abdul karim . (1989). Tafsir al Azhar (juzuk 10) . Pustaka Nasional Pte Ltd.
Singapura . 2898 2899.

Hasbi Ash Shiddieqy . (1996). Tafsir al Bayan . Sakun Book Servise . Singapura . 589

Jalaluddin As-Sayuthi. (2011). Asbabun Nuzul. (Tim abdul Hayyie,Terj) . Kuala Lumpur:
Victory Agencie.275

Mohd Puzhi bin Usop et.al. (2012) . An Nur Terjemahan al hidayah al Quran al Karim . al
Hidayah House of Quran sdn Bhd. 187 , 193 , 206
AMST5103 - Isu kontemporari dalam pengajian tafsir al Mukhallafun dalam surah at Taubah [Puspa binti Adam] Page 23


Nik Abdul Aziz Nik Mat . (2009) . Muhammad S.A.W. Jejak Junjungan Mulia . Kemilau
Publika. 240

Al-Raheeq al-Makhtum . (2012). Seerah Nabawiyyah . India .
http://muzir.files.wordpress.com/2009/11/49725895-ar-raheeq-al-makhtum-melayu.pdf.
Retrieved 19.6.2013

Tiada pengarang. (2012). Perang Tabuk. http://dakwah.info/seerah/perang-tabuk/ Retrieved
19.6.2013

Surah.my. Tafsir al Quran bahasa Melayu . http://www.surah.my/9. Retrieved 20.6.2013

Anda mungkin juga menyukai