Anda di halaman 1dari 37

Pengenalan

Hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia. Ia dimainkan oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSS) setiap tahun akan mengelolakan pertandingan hoki untuk murid-murid. Hoki juga popular di sekolah-sekolah menengah, kelab, institut/maktab, universiti dan persatuanpersatuan. Namun begitu, ia tidak popular seperti bola sepak, badminton atau sepak takraw, khasnya di luar bandar, kerana hoki memerlukan padang bermain yang baik dan alatan bermain yang mahal berbanding dengan bola sepak dan sepak takraw. Guru dan jurulatih yang berpengalaman juga tidak ramai di lihat handal yang cukup bermotivasi untuk mempopularkan permainan ini. Ini adalah merugikan kerana penduduk Malaysia mempunyai bakat untuk bermain hoki. Mereka mempunyai susuk badan yang sesuai. Walau bagaimanapun ramai pengkritik berpendapat bahawa badan besar orang Eropah adalah kelebihan yang nyata, terutamanya dari segi kekuatan. Sebenarnya hoki bukan sesuatu permainan untuk menguji kekuatan mengikut saiz badan. Ini kerana ramai pemain hoki yang terkenal di dunia mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti penduduk Malaysia seperti Richard Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan Pakistan. Pasukan Hoki Malaysia, terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjaya di peringkat antarabangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun 1956. Hanya sekali sahaja Malaysia tidak layak menyertai Sukan Olimpik, iaitu pada tahun 1988 di Seoul. Walau bagaimanapun, pasukan wanita kurang berjaya, walaupun satu ketika dahulu mereka adalah yang terbaik di Asia

SEJARAH HOKI: Pengenalan, Asal Usul Hoki, Perkembangan Hoki


Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik. Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki. Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan. Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.

Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu

houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England. Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

SEJARAH HOKI
Hoki merupakan salah satu permainan popular di dunia. Ia mula dikenali di peringkat antarabangsa pada tahun 1890-an dan telah menjadi satu sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris. Ia telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun 1928 yang diadakan di Amsterdam. Selepas 100 tahun permainan hoki diperkenalkan sebagai satu permainan antarabangsa, banyak perubahan yang berlaku dalam peraturan, gaya bermain dan alatan tanpa menukar bentuk asal atau ciriciri permainan. Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang panjang dan menarik iaitu bukti pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 ribu tahun yang lalu. Salah satu dinding makam Bani Hasan di Mesir yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menunjukkan sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti dalam permainan hoki. Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai bahawa hoki telah wujud di Paris , Greece dan Rome berdasarkan arca dinding yang telah ditemui. Di Scotland, hoki dikenali sebagai shinty, di England dikenali dengan nama commock manakala di Wales hoki dikenali sebagai banty. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa perkataan hoki diambil sempena daripada permainan yang digunakan di Perancis, iaitu hoquet. Pada pertengahan tahun1800-an, hoki menjadi popular di sekolah-sekolah England dan pada waktuitu juga penubuhan beberapa kelab hoki seperti Kelab Hoki Wimbledon(1883) dan Blacheath (1861).

Pada tahun 1800-an, pemain menggunakan bola gabus atau getah yang dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis. Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang diwarnakan cat putih sekitar tahun 1875. Kayu hokipula diperbuat daripada kayu ash atau oak yang mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya. Gelanggang hoki yang digunakan pula adalah berukuran 150 meter panjang dan 180 meter lebar manakala pintu gol didirikan menggunakan dua tiang gol berjarak sembilan meter.Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey Association (BHA)pada tahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis. Pada tahun 1894,perlawanan hoki antarabangsa pertama telah berlangsung antara England dengan Ireland dan seterusnya mula berkembang ke negara-negara lain.Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908dan dihentikan seketika disebabkan Perang Dunia Kedua. Di negara Asia, permainan hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di Tokyo. Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu dibawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini, pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan.Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsaantaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN HOKI


Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 8:33:00 AM

PERATURAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pemain hendaklah sentiasa memegang kayu di tangan. Dilarang memegang, memukul, menyangkuk atau menyepak kayu pihak lawan. Dilarang menaikkan bola dengan cara bahaya. Dilarang bermain bola menggunakan tangan atau kaki Bola mestilah tidak terkena kaki. Antara faul yang biasa dilakukan adalah seperti berikut :

Menggunakan belakang kayu untuk memainkan bola. Memainkan bola melebihi paras bahu. Menggunakan tubuh untuk menghalang pihak lawan daripada memainkan bola. Menyerang, menyepak atau menolak pihak lawan dan memegang pakaian dengan tujuan mengganggu atau mencederakannya.

7. Hukuman terhadap faul Faul dilakukan di luar kawasan D


Pasukan penyerang mendapat pukulan percuma. Pasukan penyerang mendapat pukulan sudut penalti, jika pasukan bertahan dengan sengaja membuat sebarang jenis faul dalam kawasan 25ela(22.9cm)

Sekiranya faul dilakukan dalam kawasan D


Pasukan bertahan mendapat pukulan percuma jika pasukan bertahan melakukan faul. Pasukan penyerang mendapat sudu penalti jika pasukan bertahan melakukan faul. Pasukan penyerang mendapat stork penalti jika pihak bertahan melakukan faul dengan sengaja.

KEMAHIRAN ASAS HOKI


Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 11:43:00 PM

Terdapat tujuh kemahiran asas dalam permainan hoki iaitu : Kemahiran Menolak Kemahiran menolak amat penting untuk dikuasai. Kemahiran ini berguna untuk membuat hantaran ,clearance atau untuk menjaringkan gol. Ia boleh dilakukan dengan pantas dan serta-merta tanpa disedari oleh pihak lawan. Walaupuntolakan tidak sekuat pukulan, tetapi ia boleh digunakan dalam kedudukan sukar semasa kemahiran tidak boleh digunakan. Kemahiran ini juga digunakan ketika menolak bola semasa memulakan sudut penalti. Kemahiran Menahan atau menyerkap bola Menahan atau menyerkap bola bermakna mengawal dengan memberhentikan bola yang bergerak sama ada dari hantaran kawan atau menghalang hantaran lawan. Kemahiran Memukul

Memukul adalah penting dalam permainan hoki kerana melalui kemahiran ini bola boleh dihantar dengan cepat dan jauh kepada rakan sepasukan. Pukulan yang tepat ke sasaran melancarkan pergerakan serangan ketika bermain. Kemahiran Menguis Kemahiran menguis membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol.

Rajah 1 : Kemahiran menguis untuk hantaran kayu pemain lawan Kemahiran Mencedok Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut kecendongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk menghantar lebih jauh ke udara

Rajah 2 : Berdiri dan mata sentiasa memandang bola seperti pegangan untuk kemahiran menguis

Rajah 3 : Bola dicedok sepenuh tenaga ke hadapan tinggi Kemahiran Menggelecek Menggelecek ialah cara mengawal bola sambil bergerak dan digunakan untuk melepaskan diri dengan bola daripada kawalan pihak lawan. Terdapat tiga kemahiran iaitu kelecek longgar, kelecek rapat dan kelecek cara India.

i. Menggelecek Longgar Menggelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.

Rajah 4 : Menggelecek longgar sambil berlari ke arah gol ii. Menggelecek Rapat Menggelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

Rajah 5 : Menggelecek rapat

iii. Menggelecek Indian Menggelecek India adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki. Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badandengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.

Rajah 6 : Menggelecek Indian

PADANG HOKI: Pic Segiempat Bujur


RECTANGULAR PITCH Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut.

Anda akan dapat perhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25 ela. Jadi, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan. Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-tanda yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang. Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam garisan belakang. Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-sudut penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang ke dalam kawasan bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi tiang gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.

Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai diameter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.

PADANG HOKI: Pintu Gol


Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.

Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol mesti dicat warna putih. Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.

Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjangnya.

PADANG HOKI: Tiang-Tiang Bendera


Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut. Tingginya 4 kaki minimum dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.

Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1 ela di luar garisan-garisan tepi. Tiang-tiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-garisan 25 ela.

PADANG HOKI: Bulatan Jaringan


Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 16 ela daripada pintu gol. Garisan 16 ela itu diukur daripada sudut dalam bahagian depan tiang-tiang gol ke luar kawasan garisan 4 ela. Gunakan tempat yang sama daripada tiang-tiang gol sebagai pusat dan 16 ela sebagai radius. Lukis dua suku bulatan daripada garisan 4 ela ke garisan gol. Ini menjadi bulatan jaringan juga dipanggil bulatan memukul atau kawasan D. Tanda-tanda lain di bulatan pukulan termasuk garisan-garisan 5 ela dan 10 ela untuk sudut penalti dan titik untuk strok penalti yang telah dijelaskan dahulu.

Masa depan hoki positif


BERDASARKAN aksi dua finalis Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) 2012 di Stadium Azlan Shah, Ipoh, hujung minggu lalu, sukan hoki negara dilihat mempunyai masa depan cerah. Keyakinan itu disuarakan Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Abdul Rahim Mat Arif yang memuji aksi Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Thunderbolt dengan UniKL itu. Kedua-dua pasukan mempamer corak permainan berkualiti untuk menjadikan final itu pertarungan sengit dan menarik. Ia memberi petanda pemain remaja kita mampu menyerlah. Jika pemain mengekalkan persembahan bermutu seperti ini, masa depan hoki negara berada di landasan betul kerana mereka inilah yang akan mengisi tempat p emain senior, kata Rahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MHC. Pada perlawanan akhir yang boleh disifatkan pertemuan antara buku dengan ruas itu SSTMI bangkit daripada ketinggalan pada babak pertama untuk menumpaskan UniKL 2-1 bagi merangkul gelaran berganda sebagai juara liga dan keseluruhan dan meraih hadiah wang tunai RM40,000.

Ia adalah gelaran berganda pertama buat pasukan yang dulunya bergelar Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) itu. Tahun lalu mereka muncul juara liga manakala pada 2010 merangkul juara keseluruhan.

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menduduki tempat ketiga selepas mengatasi MBI Anderson 31. SSBJ menerima RM20,000 manakala MBIA 13,000.

Projek Hoki 1MAS jadi sandaran


Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH shahril@kosmo.com.my
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, 12 pt

PARA pemain dari semua negeri bergambar selepas Majlis Pelancaran Projek Hoki 1Malaysia di Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta pada 13 Disember lalu.

KEBANGKITAN semula sukan hoki negara pada tahun 2010 adalah hasil daripada langkah berani Persekutuan Hoki Malaysia (PHM). Kejayaan memenangi pingat perak pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou November lalu jelas sekali menjadi kemuncak kepada pencapaian cemerlang dalam sejarah hoki negara. 'Tsunami' yang melanda pada 2009 dengan menyaksikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjadi presiden baru PHM telah membawa banyak perubahan dalam sukan hoki Malaysia. Bermula dari sistem Liga Hoki Malaysia sehinggalah kepada program pembangunan dari peringkat akar umbi, semuanya telah diubah bagi memperbaiki kualiti pemain yang dilahirkan pada masa depan. Keberanian untuk berubah seperti inilah yang perlu ada jika mahu melihat pemain berkualiti terus dilahirkan dalam negara ini. Kini setelah kebangkitan semula skuad hoki negara pada tahun 2010, PHM sekali lagi berdepan cabaran baru iaitu mencari jalan terbaik agar pencapaian seperti ini dapat dikekalkan sehingga 10 atau 20 tahun akan datang. Justeru, PHM tampil dengan satu program pembangunan khas yang diberi nama Projek Hoki 1Malaysia di mana ia melibatkan pembangunan pemain pelapis di setiap peringkat negeri dengan menelan kos perbelanjaan awal RM2 juta setahun.

Presiden PHM, Tengku Abdullah memberitahu bahawa PHM amat memerlukan bantuan dan sumbangan daripada segenap lapisan masyarakat Malaysia untuk merealisasikan Projek Hoki 1MAS ini. "PHM amat serius dalam menjaga pembangunan hoki di negara ini. Tetapi PHM tidak dapat melakukannya tanpa sokongan semua pihak termasuk masyarakat kita sendiri," kata Tengku Abdullah ketika perasmian projek tersebut. "Projek Hoki 1MAS ini melibatkan semua persatuan hoki negeri dalam pencarian bakat baru pemain hoki negara mengikut program khas yang dikendalikan jurulatih-jurulatih yang terpilih. "Untk mengekalkan pencapaian terbaik seperti skuad negara yang memenangi pingat perak di Sukan Asia baru-baru ini, kita memerlukan satu kelompok pemain berkualiti yang besar supaya tidak ketandusan pemain berkualiti ini di peringkat antarabangsa," kata baginda lagi. Objektif utama projek ini ialah untuk melahirkan pemain yang berkaliber dan berkualiti untuk menggalas nama Malaysia dalam kejohanan bertaraf tinggi di peringkat antarabangsa. Dengan melibatkan 14 buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak, projek ini menumpukan kepada latihan yang sistematik dengan fasiliti latihan yang sempurna dan tunjuk ajar daripada bekas-bekas pemain kebangsaan. Fokus utama sudah pasti diberikan terhadap sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara selain kejohanan-kejohanan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat bawah 16 tahun, 14 tahun dan 12 tahun. Perjalanan projek ini juga akan dipantau oleh sebuah jawatankuasa khas yang diberi nama task force yang akan diketuai oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong. Jawatankuasa ini juga akan memberi nasihat dan cadangan yang difikirkan perlu dalam meningkatkan lagi usaha melahirkan pemain yang berkualiti di Malaysia. Namun apa yang menariknya ialah projek ini turut mendapat sokongan daripada pihak kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Sebagai pengiktirafan kepada peningkatan skuad hoki negara dan menyokong program pembangunan tersebut, kerajaan bersetuju untuk memberi peruntukan tambahan RM1 juta bagi setiap tiga tahun demi memastikan kecemerlangan tersebut berterusan. "Sejak Malaysia beraksi pada separuh akhir Piala Dunia 1975 di Kuala Lumpur, tidak dinafikan bahawa hoki mula dilihat sebagai antara sukan yang amat berpotensi dan semakin diminati ramai," kata Najib pada Majlis Perasmian Projek Hoki 1MAS baru-baru ini.

"Malah setelah kita memenangi pingat perak Sukan Komanwel 1998 dan terbaru pingat perak di Sukan Asia, ia membuktikan bahawa sukan ini berada di standard tersendiri dan wajar diberi perhatian. "Cuma ketika ini, sukan hoki di Malaysia perlu diberi nafas baru, suntikan dan rangsangan untuk terus mencipta kejayaan di peringkat lebih tinggi lagi. "Justeru, demi memastikan kesinambungan ini berterusan, maka kerajaan bersedia menambah peruntukan kepada Projek Hoki 1MAS sebanyak RM3 juta bagi tiga tahun pertama dan sekiranya projek ini menunjukkan hasil, kerajaan mungkin akan menambah lagi peruntukan tersebut pada masa hadapan," ujar beliau lagi. Menerusi Projek Hoki 1MAS ini, misi PHM dalam program pembangunan jangka panjang di peringkat remaja dengan matlamat melahirkan pemain-pemain pelapis yang berkaliber dan mampu mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa, mungkin mampu meneruskan lagi kebangkitan semula kualiti dan keupayaan sebenar pemain hoki negara. Malah program ini telah pun dimulakan dengan matlamat melahirkan 840 pemain di peringkat akar umbi dalam 14 buah negeri seluruh negara. Malah, PHM turut meramalkan angka tersebut meningkat sebanyak 20 peratus setiap tahun dengan sasaran melahirkan 2,100 pemain berkaliber sehingga tahun 2015. Mungkin dengan menerusi kaedah sistem latihan dan struktur pembangunan yang tersusun di peringkat akar umbi, ditambah pula dengan sokongan kerajaan dan pengorbanan semua pihak seperti jurulatih, sekolah-sekolah serta ibu bapa, kebangkitan gergasi dalam sukan hoki Malaysia dapat diperturunkan kepada generasi muda pada masa hadapan. Malah, tidak mustahil seandainya Projek Hoki 1MAS ini dikendalikan dengan cara yang betul dan berada di landasan yang tepat, Malaysia bukan lagi akan mengharungi zaman kebangkitan, malah mungkin akan mengecapi zaman kegemilangan sukan hoki di peringkat antarabangsa.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg =su_08.htm#ixzz2Z1tS04Q9 Hakcipta terpelihara

Letters to Editor
< Previous Top Next >

New Straits Times bertarikh 14 20 Januari 2010 mengenai padang Hoki di Pulau Pinang
22 January 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada beberapa isu yang tersiar dalam akhbar (NEW STRAITS TIMES bertarikh 14 20 Januari 2010 mengenai padang Hoki di Pulau Pinang.)

Tajuk (ii) (iii) (iv) (v)

(i) Turf Shocker in Penang -14 Januari 2010 Turf fiasco takes another twist - 15 Januari 2010 Ministry to look into pitch debacle - 16 Januari 2010 Ministry to explain pitch fiasco today -19 Januari 2010 Ministry still investigating - 20 Januari 2010 Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum (BSSK), Kementerian Pelajaran Malaysia ingin menjelaskan isu-isu dibangkitkan mengenai pembinaan padang hoki sintetik di SMK Mutiara Impian, Pulau Pinang.

Projek ini merupakan salah satu usaha pihak KPM untuk menaiktaraf kemudahan sukan yang sedia ada di sekolah-sekolah. Tapak asal padang ini merupakan sebuah padang bersimen yang mempunyai keluasan 4,600 meter persegi (92m x 50m). Keluasan ini adalah kurang daripada keperluan yang diiktiraf oleh FIH yang memerlukan keluasan tapak 5,027 persegi (91.4m x 55m).

KPM memang menyedari kedudukan keluasan tapak yang terhad ini. Namun demikian, KPM memutuskan untuk menaiktaraf padang simen dengan keluasan yang sedia ada kerana sekolah tersebut merupakan Sekolah Sukan Negeri yang mempunyai trak rekod yang cemerlang dalam sukan hoki. Tujuan KPM menaiktaraf padang hoki ini adalah untuk memberi kemudahan bersukan kepada pemain-pemain hoki di sekolah berkenaan serta pasukan-pasukan sekolah yang berdekatan berlatih di atas padang sintetik. Dengan demikian pemain-pemain hoki sekolah mempunyai pengalaman dan merasai suasana bermain hoki di atsa padang sintetik. Ini memberi faedah kepada mereka di masa hadapan apabila diserapkan ke dalam pasukan-pasukan negeri atau kebangsaan.

Selain daripada padang hoki, kemudahan sukan lain yang turut dibina ialah balapan olahraga sintetik dan astaka. Kos untuk menaiktaraf padang hoki sintetik dan pembinaan balapan olahraga serta astaka berjumlah RM9,636,712.00 bukan RM11,000,000.00 (RM11 juta) seperti yang dilapor.

Syarat kontrak adalah untuk membina dan menyiapkan seluas 4600 meter persegi padang hoki sintetik. Pihak kontraktor telah membina padang hoki seluas 92.4m x 53.4m (4932 meter persegi)

dengan keluasan playing Area (86m x 50m), safety zone 1.5 m sisi dan 3.0 meter di belakang. Pihak kontraktor telah membina padang ini seperti yang terkandung dalam dokumen kontrak.

Kementerian tidak berupaya untuk menaiktaraf padang hoki tersebut mengikut spesifikasi FIH kerana kekangan yang terdapat di tapak tersebut antaranya:

(i)

Bahagian Belakang Padang (Bersebelahan Jalanraya) (a) (b) (c) Terdapat lalun utama (bawah tanah) saluran paip air ke sekolah; Merupakan laluan kecemasan untuk pelajar; dan Penghujung sempadan kawasan sekolah.

(ii) (a) (b)

Bahagian Belakang Padang (Bersebelahan Astaka)

Terlalu hampir dengan laluan utama pelajar dari asrama ke sekolah; dan Terdapat binaan Gajah Menyusu sedia ada.

(iii) (a) (b) (c)

Bahagian Sisi (Bersebelahan Asrama) Ruang persediaan laluan kecemasan Bomba; Terlalu hampir dengan jalan masuk ke asrama; dan Berhampiran dengan menara tangki air.

(iv) (a) (b)

Bahagian Sisi (Bersebelahan Dewan) Terdapat saluran (bawah tanah) paip buangan kumbahan; dan Terlalu hampir dengan dewan sedia ada.

Sukacita diperjelaskan bahawa padang hoki yang dinaiktarafkan ini adalah untuk kegunaan warga pelajar KPM sahaja sama ada untuk tujuan latihan atau pun untuk pertandingan di peringkat sekolah yang tidak memerlukan padang yang mempunyai ukuran standard FIH.

KPM berterima kasih kepada Persatuan Hoki Pulau Pinang dan akhbar NST di atas keprihatinan dalam mengetengahkan isu padang hoki sintetik ini. KPM dari awal lagi menyedari kekangan saiz padang hoki yang boleh dibina di tapak sedia ada di SMK Mutiara Impian. Pada hemat kami

padang hoki sintetik ini akan memberi peluang kepada pemain-pemain hoki sekolah di Pulau Pinang untuk mempertingkatkan kualiti mereka dan KPM percaya Persatuan Hoki Pulau Pinang akan mendapat faedah serta impak secara langsung. KPM memilih untuk membina padang hoki sintetik yang tidak mengikut standard FIH berdasarkan kepada saiz tapak sedia ada serta untuk menjaga keselamatan pemain-pemain semasa menggunakan padang tersebut.

Dengan itu, KPM yakin bahawa padang hoki sintetik yang dibina ini bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai fiasco atau debacle seperti yang dilaporkan sebelum ini.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 21 JANUARI 2010

MSSM HOKI

Laman Utama 1Murid 1Sukan

12345

Majlis Penutupan Kejohanan Hoki MSSM 2013


MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH Hari : Sabtu (8hb. Jun 2013) Tempat : Stadium Hoki MBMB, Bukit Serindit, Melaka Majlis Penutupan Dirasmikan Oleh : YB. Datuk Hj. Md Yunos B. Husin DMSM, DSM, BKT, PJK, Exco Pelajaran Melaka

Persembahan Majlis Penutupan Kejohanan Hoki MSSM 2013

Penyampaian Hadiah untuk Anugerah Khas MSSM kategori Perempuan Bawah 12 Tahun

Penyampaian Hadiah untuk Anugerah Khas MSSM kategori Lelaki Bawah 12 Tahun Baca Seterusnya Dicatat Oleh MSSMhoki pada 4:24 PTG 0 Komen E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Keputusan Akhir Kejohanan Hoki MSSM

Dicatat Oleh MSSMhoki pada 11:47 PG 0 Komen E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Hari Keenam Kejohanan Hoki MSSM

LAPORAN HARI KEENAM Hari Keenam : Sabtu, 8 Jun 2013 ( Peringkat Akhir) Venue : Stadium Hoki MBMB Bukit Serindit Turf Hoki SMK Tinggi Melaka

Aksi peringkat akhir kategori Perempuan Bawah 12 tahun antara Sabah dan Perak. Sabah menang 3 - 2.

Aksi peringkat akhir kategori Lelaki Bawah 12 tahun antara Kelantan dan Perak. Perak menang 2 - 0.

Aksi peringkat akhir kategori Perempuan Bawah 18 tahun antara Selangor dan Perak. Selangor menang 2 - 1.

Aksi peringkat akhir kategori Lelaki Bawah 18 tahun antara Terengganu dan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur menang 4 - 1. Dicatat Oleh MSSMhoki pada 11:40 PG 0 Komen E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Keputusan Separuh Akhir

Dicatat Oleh MSSMhoki pada 5:32 PG 0 Komen E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Hari Kelima Kejohanan Hoki MSSM


LAPORAN HARI KELIMA Sesi Pagi dan Petang Hari Kelima : Jumaat, 7 Jun 2013 ( Peringkat Separuh Akhir)

Venue : Stadium Hoki MBMB Bukit Serindit Turf Hoki SMK Tinggi Melaka

Aksi Separuh Akhir kategori Perempuan Bawah 18 tahun antara Selangor dan Melaka. Selangor menang 2 - 1.

Aksi Separuh Akhir kategori Perempuan Bawah 18 tahun antara Perak dan Sarawak.

Perak menang 4 - 2.

Aksi Separuh Akhir kategori Lelaki Bawah 18 tahun antara Terengganu dan Selangor. Terengganu menang 6 -.1.

Aksi Separuh Akhir kategori Lelaki Bawah 18 tahun antara Melaka dan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur menang 3 -.1.

Keputusan Suku Akhir

Dicatat Oleh MSSMhoki pada 2:21 PTG 0 Komen E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Catatan Lama Laman utama Langgan: Catatan (Atom) Terdapat ralat dalam alat ini

Laman Sosial

Carian

Popular Tags Blog Arkib

MENU UTAMA

Laman Utama PTPS Hoki Peraturan Permainan Kronologi Kejohanan Jadual Pertandingan Keputusan Rasmi izhammdisahoki2012. Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog

April 2012 (1) Mei 2012 (5)

Jun 2012 (1) Ogos 2012 (7) Januari 2013 (12) Februari 2013 (1) Mac 2013 (3) April 2013 (2) Mei 2013 (1) Jun 2013 (14)

carian

Adakah Maklumat Di Blog ini Membantu Anda?

BAHAGIAN SUKAN

MSSMhoki Lihat profil lengkap saya

JUMLAH PELAWAT
16,615

Popular Posts

KEJOHANAN HOKI MSSM 2013 AJURAN Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia KELOLAAN Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Melaka KATEGORI Lelaki d...

Takwim Liga Hoki KPM 2013 Liga hoki kpm sirkit pertama akan bermula pada 17 hingga 19 Mei 2013 di Kuala Lumpur Published with Blogger-droid v2.0.10

Hari Kedua Kejohanan Hoki MSSM LAPORAN HARI KEDUA Sesi Pagi Hari Pertama : Selasa, 4 Jun 2013 ( Peringkat Kumpulan) Venue : Stadium Hoki MBMB Bukit Serindi...

Hari Pertama Kejohanan Hoki MSSM LAPORAN HARI PERTAMA Sesi Pagi Hari Pertama : Isnin, 3 Jun 2013 ( Peringkat Kumpulan) Venue : Stadium Hoki MBMB Bukit Serind...
o

KURSUS KEJURULATIHAN HOKI TAHAP 1 Kursus Kejurulatihan Hoki Tahap 1, 24 hingga 28 April 2012 Ipoh,Perak Anjuran Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia Rujuk Unit Suk...

LIGA HOKI KPM Liga Hoki KPM akan dilancarkan pada 21 Feb 2013 bersama lima lagi liga yang akan dikendalikan oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Mal...

HARI PENDAFTARAN LAPORAN HARI PENDAFTARAN Pendaftaran Pasukan berlangsung pada 2 Jun 2013 bertempat di Hang Tuah World Heritage. Pada pukul 4.00...

LIGA HOKI KPM


Liga Hoki KPM akan dilancarkan pada 21 Feb 2013 bersama lima lagi liga yang akan dikendalikan oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Liga hoki ini buat julung kalinya dikendalikan oleh Bahagian Sukan ekoran kejayaan pengelolaan Liga Bola Sepak Kementerian Pelajaran Malaysia. Liga ini dikendalikan secara skirt di mana penyertaan di bawah umur 14 tahun.