Anda di halaman 1dari 5

Sayang-sayang buah kepayang, Kutelah pahit kebuang sayang ; Sayang kerajaan hujahmu pincang, Kutelan tak lalu kucincang-cincang.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Pegawai-pegawai persidangan,barisan hakim yang pastinya berpegang pada neraca keadilan, sidang parlimen yang muhtasyam, delegasi-deligasi kerajaan yang amat dihormati tetapi tidak digeruni dan seterusnya Yang Berhormat seperjuangan di barisan pembangkang. Salam Satu Malaysia dan salam perpaduan. Dengan jurisdiksi Tuan yang Dipertua, Nampaknya, sidang parlimen begitu jauh dibuai mimpi-mimpi siang hari delegasi kerajaan sebentar tadi. Namun, jangan berasa risau. Sebelum semakin jauh tersesat dan terpengaruh oleh hujah-hujah mereka yang kian menakjubkan tetapi tidak bernas, kami di barisan pembangkang akan menjangkau sehabis tangan membetulkan kedudukan fakulti pemikiran anda semua. Pogram dasar 1M1S telah dilaksanakan pada 1/12/2010. 1M1S merupakan dasar pembangunan sukan di sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Objektif utama dasar 1M1S adalah untuk meningkatkan kecergasan dan kesegaran jasmani. Sidang dewan yang dimuliakan, berdasarkan objektif utama ini sahaja, kita telah mengetahui bahawa dasar ini dilaksanakan semata-mata untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang sukan, dan bukan akademik. Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd Yassin sendiri telah mengutuskan supaya Dasar 1M1S ini dilaksanakan untuk mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah, sebagai mana pada tahun 60-an dan 70-an. Waimanya, kami pihak pembangkang amat tidak bersetuju dengan usul yang diutarakan oleh pihak kerajaan berbunyi "1 Murid 1 Sukan Menjana Kecemerlangan Pelajar". Dan saya sebagai ketua pembangkang percaya bahawa selepas perbahasan sidang dewan yang mulia ini, usul ini bakal ditolak. Warga dewan yang budiman, Sejurus tadi, masygulnya garisahku kerana definisi dan takrifan tentang konsep usul pada hari ini yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah tidak jelas dan tidak lengkap. Hal ini telah menyebabkan seluruh benak fikiran warga dewan dijajahi konsep yang lekang. Justeru, saya selaku Ketua Pembangkang menolak definisi yang dikemukakan oleh pihak kerajaaan, Perdana Menteri. Sekarang, biar saya terangkan definisi usul yang dibentangkan pada hari ini daripada frasa ke frasa. Frasa 1M1S kami takrifkan sebagai setiap seorang insan yang bergelar pelajar yang belajar di sekolah perlu melibatkan diri secara aktif dalam satu sukan. Manakala bagi frasa menjana kecemerlangan pelajar pula kami takrifkan sebagai mempercepatkan proses kemenjadian seseorang pelajar / mempercepatkan proses seseorang pelajar mencapai kegemilangan. Secara keseluruhan pula, 1M1S menjana kecemerlangan pelajar membawa makna setiap seorang insan yang bergelar pelajar yang belajar di sekolah perlu melibatkan diri secara aktif dalam satu sukan supaya dapat mempercepatkan proses kemenjadian seseorang pelajar / mempercepatkan proses seseorang pelajar mencapai kegemilangan. Secara jurudikal, saya menyusun telapak jari sepuluh memohon sidang parlimen agar mencapai konsensus, sama-sama kita menolak pentakrifan pihak kerajaan yang pepah dengan kontradiksi. Seterusnya, izinkan saya untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sebentar tadi YAB telah membentangkan satu hujah iaitu............... Bidasan saya amat mudah....

Sidang dewan yang berwawasan, Untuk menyokong pendirian pihak pembangkang, kami telah premis yang amat simplistik, lantaran 1M1S tidak mampu menjana menjana kecemerlangan pelajar. Bagi mengukuhkan konsep pihak kerajaan, kami telah mengorak 3 strategi utama utama, yakni saya selaku ketua pembangkang membidas hujah delegasi kerajaan dan membentangkan satu kes perdana. Menteri kedua saya akan membidas hujah pihak pembangkang dan membentangkan dua kes utama.Menteri ketiga telah saya amanahkan untuk membidas dan membetulkan kepincangan hujah pihak kerajaanyang cuba meraih simpati warga dewan selanjutnya memantapkan hujah pihak pembangkang. Kekangan kekurangan prasana sukan merupakan intipati paparan kesinambungan kes pertama kami. Kes kedua kami pula berbunyi di bawah lembayung kata kekangan mentaliti pelajar. Seperkara lagi, kekangan kepakaran guru di sekolah. Demikianlah tiga kes utama kami yang berpaksikan kebenaran ditokok dengan bukti yang kukuh lagi bernas. Dengan izin Tuan yang Dipertua, Kini, tibalah masa saya untuk membentangkan hujah pertama saya di bawah lembayung kata, kekangan kemudahan prasarana sukan di sekolah. Banyak sekolah di negara kita kekurangan prasarana dan infrastruktur. Menurut buku panduan 1M1S yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, kebanyakan sekolah di negara kita kekurangan padang dan gelanggang yang menepati piawaian yang sepatutnya. Nisbah sesebuah padang sekolah rendah dengan bilangan murid adalah 1:505 manakala nisbah Sekolah Menengah adalah 1:1103. Sidang dewan yang mulia ini, bagaimanakah sesebuah padang boleh menampung 505 pelajar ataupun 1103 pelajar? Contohnya, jika 100 org pelajar memilih sukan badminton, adakah mereka semua berpeluang bermain? Adakah gelanggang badminton cukup luas untuk menampung pelajar-pelajar ini? Jelasnya tidak. Bagaimana pula keadaan di sekolah yang terletak jauh ke pedalaman, adakah pelajar-pelajar di situ dapat menjalankan aktiviti ini dengan jayanya? Sesungguhnya tidak adil bagi mereka jika dibandingkan dengan pelajar yang bersekolah di bandar. Mereka hanya menuntut ilmu dalam keadaan yang serba kekurangan. Menurut Jurulatih Hoki Negeri Sarawak Encik C. Sivasubraniam, "Berbakat sahaja tidak mencukupi sebaliknya ia perlu disusuli dengan kemudahan yang lengkap ketika menjalani latihan secara berkala". Beliau memberitahu, ramai pemain hoki di Sarawak berbakat dalam sukan itu namun akibat kekangan kemudahan sukan yang lengkap, maka bakat mereka sukar untuk diperkembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Ya, kami tidak menafikan bahawa kerajaan telah banyak menyumbangkan wang dalam bidang sukan. Tetapi tahukah anda? Akhbar Berita Harian yang bertarikh 27 Oktober 2010, telah melaporkan bahawa peralatan sukan di 27 sekolah di Selangor tidak digunakan secara optimum. Peralatan sukan bernilai RM783,955 yang dibekalkan kepada 27 sekolah oleh Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran dan dibeli empat Jabatan Pelajaran Negeri Selangor sejak Disember 2007 didapati tidak digunakan langsung atau secara optimum. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009, peralatan sukan itu termasuk peralatan untuk gimnastik/mini gimnastik, bola tampar, olahraga, tenis dan golf. Laporan itu berkata, ia disebabkan peralatan itu kurang sesuai dengan keperluan jurulatih dan atlet, tiada keperluan pihak sekolah sama ada tiada jurulatih atau atlet, peralatan dibekalkan melebihi keperluan atau tidak berpeluang menggunakan peralatan itu disebabkan ketiadaan atau kekurangan kemudahan tempat latihan di sekolah. Cuba bayangkan, itu baru di 1 negeri, bagaimana pula keadaan di sekolah di 13 negeri yang lain? Bak kata johan raja lawak, lu fikir lahh sendiri. Selain itu, peralatan sukan yang dibekalkan oleh Bahagian Sukan bernilai RM679,655 di 15 sekolah juga tidak disimpan di tempat yang sesuai dan secara teratur dan tanpa kawalan yang sewajarnya. Fenomena ini menyebabkan peralatan sukan menjadi tidak berkualiti, dan kemungkinan akan mengancam keselamatan pelajar sekiranya digunakan. Adakah begini caranya untuk menjana kecemerlangan pelajar? Tepuk dada tanya selera.

Warga dewan yang dihormati, Faktor faktor yang berbeza-beza telahpun membuktikan kepada kita bahawa dasar 1M1S tidak akan berjaya. Jikalau begitu, bagaimanakah dasar ini mampu menjana kecemerlangan pelajar? Sebenarnya dasar ini tidak perlu pun dirancang dan dilaksanakan sekiranya aktiviti sukan berjalan sebagaimana yang termaktub dalam kertaskertas dasar dan arahan yang ada di Kementerian Pelajaran. Dengan mandat Tuan yang Dipertua, Jurisprudens jadi pegangan, kami proksi pembangkang mencabar pasti delagasi kerajaan hingga ke akar umbinya pada hari ini. Menteri kedua saya akan membentangkan 2 kes utama untuk menyambung perjuangan kam. Dengan ini, saya merayu, merayu agar 3 per 3 sidang parlimen menggunakan bijaksana dan kewarasan untuk sama-sama kita membangkang usul pada hari ini sebulat suara tanpa kompromi, yakni 1M1S Menjana Kecemerlangan Pelajar. Maka saya memohon terus membangkang! Terima kasih.

Pembangkang Kedua Selamat sejahtera dan Salam perpaduan saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker Dewan, Pegawaipegawai persidangan, Yang Berhormat Kerajaan, Yang Berhormat Pembangkang, Tuan yang dipertua dan sidang dewan yang dimuliakan. Pada hari ini,usul yang dibentangkan oleh pihak kerajaan ialah " Dasar 1 Murid 1 Sukan menjana kecemerlangan pelajar " dan kami sebagai pasukan pembangkang kurang bersetuju dengan usul yang dibawa oleh pihak kerajaan pada hari ini. Sebelum mulakan hujah saya, saya hendak membidas hujah yang dikemukakan oleh pihak kerajaan di bawah lembahyung kata. Kekangan Pelajar Sidang dewan yang dihormati, Kita semua tahu bahawa sekolah merupakan tempat untuk kita menuntut ilmu. Malahan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merupakan dasar kepada pendidikan negara kita telahpun mewajibkan semua murid mempelajari mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang berupaya melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani ,emosi dan jasmani. Selain itu, semua murid sudah diwajibkan menyertai kokurrikulum iaitu satu unit badan beruniform, kelab dan rumah sukan. Oleh itu,murid murid menganggap bahawa perlaksanaan dasar 1M1S merupakan sesuatu tindakan yang berlebihan, membuang masa dan beban tambahan kepada para pelajar. Sidang dewan yang dimuliakan, Adakah anda tahu bahawa sehingga hari ini, masih ada pihak yang tidak menyokong dasar 1M1S? Walaupun 1M1S diwajibkan kepada semua pelajar, tetapi adakah semua pelajar menghadiri latihan sukan itu? TIDAK. Bukan semua pelajar berminat dalam sukan kerana mereka lebih berorientasikan bidang akademik.Selain itu, ibu bapa dan keluarga juga kurang bersetuju dengan 1M1S kerana mereka hantar anak ke sekolah dengan motif mempelajari imu , bukan untuk menjadi jaguh sukan. Mereka berpendapat bahawa bukan semua jaguh sukan mempunyai masa depan yang cerah.Jangka masa seseorang atlet sukan aktif adalah sehingga 30 tahun. Sekiranya adapun, tiada ramai jaguh sukan yang akan aktif dalam bidang sukan selepas mereka berumur 30 tahun. Hali ini demikian kerana dasar 1M1S ini lebih kepada memaksa seseornag pelajar melibatkan diri dalam sesuatu jenis sukan di sekolah.YANG BERHORMAT, untuk melahirkan jaguh sukan yang tulen, kehendak itu perlu datang dari naluri sendiri, bukan secara paksaan.Sesuatu yang paksa tidak akan mendatangkan hasil yang diharapkan. Kekangan kepakaran guru dalam bidang sukan Sidang dewan yang dihormati , Pihak kerajaan telah acap kali mengatakan bahawa dasar 1M1S dapat memberi peluang kepada murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi .Tetapi, jika tiada guru yang berpengalaman atau mahir yang melatih mereka, bagaimanakah bakat/potensi mereka dapat dicungkil? Jika guru-guru hanya guru biasa dan bukanlah guru yang pakar dalam bidang sukan, bagaimanakah murid-murid dapat menjadi jaguh sukan yang cemerlang? Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.Jurulatih Hoki Negeri Sarawak, C.Sivasubraniam telah menegaskan bahawa beliau menghidu ramai pemain hoki dari Miri dan Sibu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sukan itu dan bakat mereka akan lebih terserlah jika mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih profesional.Beliau juga berkata bahawa Berbakat sahaja tidak mencukupi sebaliknya ia perlu disusuli dengan latihan intensif oleh jurulatih bertauliah.

Warga dewan yang budiman, Kerajaan kita yang melaksanakan dasar 1M1S tidak menjelaskan konsep program ini dengan jelas kepada guru.Oleh itu, guru-guru kurang jelas tentang konsep pelaksanaan 1M1S kerana tiada bahan rujukan/modul sebagai panduan kepada semua guru.Hal ini telah menyebabkan tafsiran yang berbeza-beza. Selain itu, bukan semua guru-guru yang bertugas untuk program 1M1S berpengalaman dalam bidang sukan.Guru adalah insan yang bertanggungjawab menyebarkan pengetahuan awal kepada pelajar tentang sesuatu kemahiran baru tentang sukan. Mereka adalah pencetus kepada minat pelajar terhadap sukan dan seterusnya pelajar akan memilih sukan kegemarannya sebagai kegiatan riadah. Kekangan dalam menguasai sesuatu kemahiran sukan sering berlaku kerana guru yang bertugas dalam program 1M1s kurang ilmu pengetahuan dalam SUKAN yang diajar.Tambahan, guru hanya merasakan tiada keperluan dan kepentingan untuk mengajar sukan kerana tidak melibatkan penilaian dan akauntabiliti. Dasar 1M1S telah dilancarkan sejak 2010 sebagai tahun pengenalan dan sejak tahun 2011, pelaksanaannya menjadi wajib. Persoalan pokok di sini, adakah dasar 1M1S dasar yang relevan kepada sekolah. Jawanpannya ya, sudah pasti kerana ia dasar kementerian. Persoalan lain adakah dasar 1M1S relevan kepada guru? Jawapannya TIDAK. Dasar ini adalah dasar khusus untuk murid sekolah. Dasar 1M1S merupakan satu usaha menggerakkan generasi muda negara supaya dapat bergerak aktif secara fizikal sambil memperoleh ilmu pengetahuan tentang sukan yang diceburi. Walau bagaimanapun, kejayaan pelaksanaan dasar 1M1S, memerlukan komitmen guru walaupun ini tidak relevan kepada individu guru itu. Buat sementara waktu, guru bukan berlatarbelakangkan sukan, iaitu bukan guru opsyen PJK atau Sains Sukan terpaksa diarahkan untuk melaksanakan dasar ini berlandaskan garis penduan yang ditentukan, bukannya berasaskan kemampuan sedia ada guru. Guru PJK dan guru Sains Sukan tidaklah seramai mana di sekolah-sekolah harian. Jika guru tersebut tidak pernah dan tidak mengetahui sukan tertentu, beliau mesti bertanggungjawab menambah pengetahuan demi menjalankan tugas yang didasari oleh arahan peringkat atasan. Oleh itu soal dasar 1M1S mesti relevan secara langsung kepada individu guru itu. Atas dasar tugas rasmi, semua guru yang terbabit mesti menjalankan tugas termasuk menambah baik diri sendiri. Jika guru tersebut berdalih atau sengaja tidak bersungguh-sungguh, dikhuatiri beliau menjadi "duri dalam daging", sama ada beliau sedar atau tidak. Murid tidak akan dapat menghayati dan menyempurnakan pengalaman hidup mereka dalam sukan pilihan kerana guru yang dipertanggungjawabkan tidak komited dan tidak bersungguh-sungguh atas alasan tidak munasabah. Mana mungkin guru akan menasihati murid supaya berani belajar subjek baru dan susah dan meneroka ilmu baru, pada masa yang sama kita sendiri bertindak tidak ikhlas dengan mengelak mendapatkan ilmu baru dan meneroka pengalaman baru pula. Bukankah itu hipokrit?