Anda di halaman 1dari 5

Definisi etika Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan

aan dan budi pekerti Etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri dari tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat Menurut Kamus Dewan DBP (Edisi Ketiga, 2002), etika adalah prinsip atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang atau dengan kata lain garis panduan yang harus dipatuhi oleh seseorang semasa menjalankan tugas mereka Menurut Othman Mohamed (1999), kod etika merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan satu praktis profesional. Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku) dan merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi membantu seseorang ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan

Pengenalan Etika Kaunseling melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia dan interaksi mereka. menyentuh persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan.

Jenis-jenis etika kaunseling a) Penerimaan Tanpa Syarat Seorang kaunselor yang bertauliah akan menerima klien dengan seadanya. Tidak akan wujud diskriminasi atau double-standard. Kaunselor perlu menunjukkan sikap menerima terhadap mana-mana klien yang datang meminta khidmatnya. Kaunselor mesti menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskriminasikan klien atas sebab-sebab seperti umur, warna kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina, bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau status sosioekonomi.

b) Maklumat Pramatang

Ada sesetengah organisasi mengehendaki kaunselor mengisi borang berkaitan dengan data peribadi klien, maklumat-maklumat tujuan menghadiri kaunseling iaitu umur, latar belakang, keluarga dan sejarah keluarga. Di awal perbincangan kaunselor digalakkan untuk memulakan sesi kaunseling dengan temu bual awal. Temu bual awal hanyalah membincangkan masalah secara umum dan juga matlamat kaunseling. Bertujuan untuk menenangkan klien. Bagi klien yang pertama kali menghadapi sesi kaunseling, tentunya mereka merasa tidak selesa.

c) Kerahsiaan Orang yang penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang. Harus memastikan setiap perbualan yang dilakukan dengan klien tidak diketahui oleh sesiapa dan menjaga kerahsiaan sesuatu maklumat yang diceritakan oleh klien kepadanya. Ada sesetengah perkara yang tidak dapat untuk dijadikan kerahsiaan antaranya jika ia boleh mencederakan klien ataupun pada orang lain. Contohnya penderaan kanak-kanak, jika kaunselor mendapati klien itu terlibat dalam penderaan kanak-kanak maka masalah itu perlu dirujuk kepada pihak berkuasa.

d) Batasan Profesional Membatasi profesionnya walaupun mengenali klien. Sedar tahap kemampuan dalam mengendalikan sesi kaunseling. Setiap kaunselor mempunyai kepakaran masing-masing di bidang yang berbeza. Sedar akan bentuk perhubungan yang dijalin, menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang memenuhi kehendak peribadi ahli dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien. Sedar dan mengawasi agar hubungan itu tidak melanggar adat dan agama, dan harus menjaga hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini.

e) Batasan Seksual Bukan hanya melibatkan fizikal tetapi juga melibatkan pertuturan contohnya kaunselor dilarang menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah. Hubungan tertentu seperti saudara mara, kawan baik, atau hubungan emosi/ seks dengan klien akan menjejaskan pertimbangan ahli secara profesional dan objektif.

Keadaan ini mestilah dijauhi atau hubungan kaunseling itu hendaklah diputuskan dan klien dirujuk kepada profesional lain yang layak

Kepentingan etika kaunseling untuk menjadikan kaunselor menjadi lebih cekap dimana sebarang kesilapan yang dilakukan oleh kaunselor dapat diminimakan. Selain itu, etika yang ditekankan akan dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan (Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, 2002) menggalakkan kaunselor mengarah ke arah tahap profesional. Dalam profesion kaunseling, profesionalisme membantu membawa kepada nama baik ( good will) kepada mereka yang yang mengamalkan kod etika dengan baik (Francis, 2009). melindungi hak-hak privasi klien yang dilakukan pada awal sebelum perkhidmatan kaunseling dijalankan seperti perkara-perkara berkaitan matlamat kaunseling, teknik dan prosedur dalam perkhidmatan kaunseling, kerahsiaan, limitasi dan risiko tertentu serta hal-hal penting lain yang melibatkan kaunselor dan juga klien kaunselor akan melaksanakan tugas berdasarkan kepada apa yang telah dijelaskan dan dimaklumkan kepada klien seseorang kaunselor tidak boleh mendedahkan maklumat sulit tanpa persetujuan daripada klienuntuk mengelakkan klien daripada menerima keaiban dan menjadikan klien lebih yakin, percaya dan berasa selamat dengan maklumat yang mereka dedahkan Kesannya hal ini akan menyebabkan kaunselor mudah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh klien dan kaunselor akan dapat menonjolkan diri sebagai individu yang boleh dipercayai, amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga hak dan kepentingan privasi klien. kaunselor bersikap adil secara sama rata dan tidak bersikap prejudis terhadap klien yang datang mendapatkan bantuan kaunseling dan perkara ini dapat membantu klien berasa selesa semasa menerima khidmat kaunseling. kaunselor tidak boleh memperalatkan klien untuk kepentingan diri kaunselor bagi tujuan kewangan, emosi, seksual dan sebagainya. Dapat memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan klien dapat dijaga sepanjang mereka menerima khidmat kaunseling

AKTA 580 - Akta Kaunselor 1998 Akta 580 merupakan Akta Kaunselor yang termaktub pada tahun 1998. Kehadiran akta ini merupakan satu lembaran baru kepada dunia profesionalisme kaunselor.

Secara dasarnya ianya mengiktiraf profesionalisme kaunselor sebagai satu profesion yang mempunyai undang-undangnya tersendiri. Akta ini juga dinamakan Akta Kaunselor 1998

Akta kaunselor "kaunselor" ertinya seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling "kaunselor berdaftar" ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah seksyen 26 atau 27 "kaunseling" ertinya suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien;

Majlis penasihat kaunselor malaysia "Majlis" ertinya Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Penubuhan majlis ini adalah bertujuan untuk menyokong kewujudan AktaKaunselor 580 Fungsi Majlis adalah : a) untuk menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan Akta ini b) untuk menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Lembaga. Lembaga kaunselor "Lembaga" ertinya Lembaga Kaunselor yang ditubuhkan di bawah seksyen 11 "Lembaga Kaunselor perbadanannya. yang ditubuhkan boleh mendakwa dan didakwa atas nama

Fungsi Lembaga adalah : a) menyelia pemberian perkhidmatan kaunseling; b) menilai keperluan bagi perkhidmatan kaunseling di Malaysia; c) mengawalselia latihan kaunselor dan menentukan jenis dan tahap kaunseling yang akan diadakan di Malaysia; d) mendaftarkan kaunselor yang berkelayakan;

e) melantik anggota-anggota Lembaga untuk menganggotai mana-mana lembaga, jawatankuasa atau badan yang ditubuhkan bagi apa-apa maksud yang menyentuh profesion kaunseling; f) mengawalselia tatakelakuan profesion kaunseling, termasuklah menetapkan kod etika bagi profesion kaunseling; g) melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu untuk membolehkannya menjalankan fungsinya dengan berkesan Kepentingan akta 1. memberi perlindungan kepada ahli dalam profesion kaunseling daripada sebarang tindakan yang boleh menyebabkan public condemnation( penghinaan masyarakat). 2. Memberi perlindungan kepada klien daripada sebarang tindakan atau layanan yang tidak profesional, atau kecuaian pihak kaunselor. 3. Sebagai pengukur kepada self-regulation dalam profesion itu sendiri. 4. Melindungi kaunselor daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkaraperkara yang tidak diingini bukan disebabkan oleh kesalahan kaunselor itu sendiri. 5. Mempertingkatkan keberkesanan diri melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran selaras dengan tuntutan dan kesedaran pihak klien berkaitan hak mereka dalam undang-undang. 6. menentukan kelayakan yang melayakkan seseorang untuk didaftarkan di bawah Akta ini; 7. menentukan standard program latihan kaunseling;