Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI KEDAH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

_____________________________________________ BMM 3112- SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN _____________________________________________

NAMA AHLI KUMPULAN KUMPULAN AMBILAN

: RAZIAH BT SAHARI ROSLIZA BT RAMLI : PGSR 7A (BAHASA MELAYU) : NOV 2009

PENSYARAH : EN. AZIZAN BIN ABDUL AZIZ

SEJARAH PERKEMBANGAN PERKAMUSAN DI MALAYSIA Peringkat awal (1403-1800) Tradisi Perkamusan Melayu boleh dikesan pada zaman Kesultanan Melaka. Kamus Melayu yang terawal merupakan sebuah kamus yang berupa daftar kata MelayuTionghua .Menurut Asmah Hj Omar (1975) pula, sejarah perkamusan Melayu bermula seawal abad ke tujuh seiring dengan munculnya Kamus Sanskrit-Jawa Kuno. Andaian ini dibuat kerana pada zaman pemerintahan Hindu di Nusantara, bahasa yang digunakan sebagai ligua franca ialah bahasa Melayu. Kamus Melayu pertama yang dapat dikesan kewujudannya merupakan senarai kata Melayu-Cina yang berjumlah 482 perkataan, dikumpulkan sekitar tahun 1493-1511. Kamus ini tersimpan di perpustakaan School of Oriental and African Studies, University of London. Seterusnya terhasil pula Glosari Itali-Melayu yang dihasilkan oleh Antonio Pigafetta, seorang warga Itali yang menemani Magellan mengelilingi dunia sekitar tahun 1519-1522. Glosari ini mengandungi 426 perkataan. Orang Belanda, Perancis dan Inggeris mula terlibat dengan leksikografi Melayu pada abad ke 17 di Indonesia juga di Tanah Melayu. Pada tahun 1603, Frederick Houtman mengumpulkan senarai kata Melayu- Belanda yang disusun oleh Wilten Danckaerts. Kamus ini kemudiannya menjadi asas bagi penghasilan kamus Latin Melayu dan Melayu Latin, The Dictionarivm Malaico-latinum, Latino-Malaicum. Seterusnya pada tahun 1703 Thomas Bowrey menyusun A Dictionary of Malay and English, dan English and Malay. Secara umumnya, perkamusan Melayu pada peringkat ini mempunyai ciri-ciri seperti dibawah:

Penyusun yang terdiri daripada orang bukan Melayu atau kaum pendatang Kamus yang dihasilkan berupa Daftar Kata dan Dwibahasa. Disiplin Leksikrografi yang longgar.

Keadaan ini berlaku kerana orang bukan Melayu didesak oleh keperluan komunikasi dengan orang tempatan dalam perdagangan. Maka dengan itu orang bukan Melayu telah mengusahakan "Kamus Melayu-Asing" bagi memenuhi keperluan diri mereka.

Selain daripada keperluan perdagangan, penyusunan kamus ini juga didorong oleh pendakwahan agama Kristian. Contoh-contoh kamus (daftar kata) yang dapat dikesan pada zaman ini adalah seperti di bawah:

Spraeck ende woordboek, Inde Malaeysche ende Madagaskarsche Talen met vele Arabishe ende Turesche woorden (Kamus Melayu-Madagascar; ArabTurki) susunan Frederick de Houtman tahun 1603.

Ductch Malay-Malay Dictionary susunan Peter Floris tahun 1604. ''Vocabularium ofte woortboeknaer order vanden Alphapet in`t DuystschMaleysch ende Maleysche Duytsch(Buku Perbendaharaan Kata-kata MelayuBelanda dan Belanda-Melayu) susunan Caspar Wiltens dan Sebastianus Danckaerts tahun 1623. Kamus Melayu Itali oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama abad ke-16.

Peringkat perkembangan (1800-1950) Pada peringkat ini terdapat banyak kemajuan dalam perkamusan Melayu. Ini adalah disebabkan oleh munculnya beberapa penyusun kamus yang bersungguh-sungguh dan profesional sama ada daripada golongan Inggeris dan juga tempatan. Tokohtokoh perkamusan pada zaman ini adalah seperti di bawah:

Kamus Melayu Inggeris oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18 Masrden Pertama kali menggunakan kaedah sainstifik untuk menyusun kamus. Hasilnya ialah A Dictionary of Malay Langguge pada tahun 1812

R.J. Wilkinson (1901, 1908, 1932) W.G. Shellabear (1902, 1916) R.O Winstedt Seorang sarjana Inggeris yang produktif yang telah menyusun banyak kamus. (1913)

Muhammad Idris Abdul Raof Al-Marbawi Seorang penyusun kamus yang menyusun Kamus Idris al-Marbawi: ArabMelayu pada tahun 1931.

Kamus ekabahasa paling tua ialah Kitab Pengetahuan Bahasa diikuti dengan kamus Mahmudiyah (1894) yang disusun oleh Syed Mahmud Syed Abdul Kadir. Peringkat kematangan (1950~) Selepas tahun 1950, telah muncul beberapa kamus besar dan juga institusi-institusi formal yang berusaha menyusun kamus seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Pusat Bahasa Indonesia. Kamus ekabahasa paling autentik ialah Kamus Dewan yang penyusunannya bermula tahun 1960an dan diterbitkan sebagai edisi pertama pada tahun 1970. Kamus ini mengalami pembaharuan dari semasa ke masa dengan penyesuaian ejaan mengikut Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1972) tahun1984. Pada tahun1989 dalam edisi baru atau edisi kedua manakala pada tahun 1994 edisi ketiga. Kamus Dewan Edisi Keempat telah berada di pasaran pada tahun 2005. Perkembangan bahagian perkamusan sejak penubuhannya pada tahun1963 sehingga kini berlaku di bawah pimpinan tujuh ketua bahagian iaitu Dr. Teuku Iskandar (1963-1970), Baharuddin Zainal (1970-1973), Haji Khalid Hussain (19731982), Sheikh Othman Sheikh Salim (1982-1988) Hajah Noresah Baharom (19881995), Amdun Husain (1995-1999), Nor Azizah Abu Bakar (1999-2001) dan Hajah Noresah Baharom (2001-2005) sekali lagi. Kini bahagian perkamusan diketuai oleh Hajah Halimah Ahmad. Aktiviti perkamusan DBP sejak tahun 1963 sehingga kini tertumpu kepada penyusunan dan penerbitan kamus ekabahasa, kamus dwibahasa dan kamus serta glosari istilah sebagai bidang ilmu. Kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terhasil sehingga kini ialah; Kamus Dewan (Edisi pertama, 1970) Kamus Dewan (Ejaan baru, 1984) Kamus Dewan (Edisi baru/kedua, 1989) Kamus Dewan (Edisi ketiga 1994) Kamus Dewan (Edisi Keempat 2005) Kamus Pelajar KBSM (1975)

Kamus Rendah Dewan Bergambar (1989) Kamus Pelajar KBSM Edisi Kedua (2008)

Kamus Dwibahasa Terdapat lima buah kamus dwibahasa telah dihasilkan antaranya: Kamus Dwibhasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1991) Kamus Inggeris- Melayu Edisi Ringkas (1995) Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris- B.Melayu Edisi kedua (2001) Kamus Perancis-Melayu (1996)

Kamus /Glosari Istilah Tidak kurang daripada 50 buah kamus dan glosari istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah dihasilkan. Antaranya: Kamus Perubatan (1991) Kamus Biologi KBSM (1990) Kamus Kimia KBSM (1991) Kamus Perbankan (1991) Kamus Ekonomi (1993) Kamus linguistik (1997) Glosari istilah dihasilkan oleh Bahagian Peristilahan DBP. Antaranya: Siri 15 buah glosari sukan (1998) Glosari Undang-undang (2001)

Projek perkamusan DBP (2001-2010) Sebanyak 10 buah kamus sedang dan telah diusahakan. Kamus -kamus tersebut antaranya ialah: Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan (KBBM) (memuatkan 100 000 kata entri) Kamus Melayu- Inggeris Dewan (KMID) (kamus dwibahasa untuk pelajar asing yang belajar bahasa Melayu)

Kamus Thai-Melayu dewan (KTMD) (usaha sama antara DBP dengan Prince of Singkhla University (PSU) Thailand.

Kamus Tamil- Melayu Dewan ( KTmMD) Kamus Mandarin-Melayu Dewan Kamus Perancis-Melayu Dewan Edisi Kedua Kamus Arab- Melayu

DBP kini telah dan sedang menghasilkan pelbagai jenis kamus yang mencakupi kamus ekabahasa, kamus dwibahasa Bahasa Melayu-bahasa asing dan bahasa asing-bahasa Melayu, kamus dan glosari istilah pelbagai bidang ilmu. Di samping kamus khusus seperti kamus peribahasa dan kamus kebalikan.

Rujukan Ibrahim bin Ahmad. 2002. Perkamusan Melayu: Satu Pengenalan. Kuala Dewan Bahasa dan Pustaka Lumpur:

Noresah Baharom et al. 2009. Kamus dan Perkamusan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_____ Kamus, Kuala Lumpur: Wikipedia Ensiklopedia Bebas.(atas talian) http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamus (30 Mei 2013)