Anda di halaman 1dari 19

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Sejarah telah melakarkan pelbagai persoalan. Tindak balas daripada persoalan ini telah melahirkan pelbagai teori. Antara teori- teori yang terhasil adalah teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Terdapat tiga teori kedatangan Islam di T.M iaitu kedatangan Islam dari India, China dan Arab. Teori-teori ini banyak dikemukakan oleh sejarawan- sejarawan seperti Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson, Thomas Arnold, Morquette, R.O Winstedt, S.Q. Fatimi, Syed Muhammad Nuqaib al-Attas, HAMKA dan sebagainya. Teori-teori mereka ini sama ada berasaskan pada jumpaan sumber sejarah atau rasionalisme sejarawan itu sendiri dalam menyusun kepelbagaian sangkaan sehingga lahir teori-teori kedatangan Islam di Tanah Melayu.

1. ISLAM DATANG DARI TANAH ARAB Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telahpun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Yamani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman. Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama Tashih telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi.S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 1

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA


Hubungan perdagangan telah pun terjalin antaraTanah Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.

HIASAN

HIASAN

CONTOH-CONTOH BARANG DAGANGAN

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 2

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA


2. ISLAM DATANG DARI INDIA Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Tanah Melayu. Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. Menerusi hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India.

Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut.Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya. Ada teori yang menjelaskan bahawa Islam datang dari India. Terdapat dua wilayah di India dipercayai sebagai tempat asal yang membawa Islam ke Tanah Melayu. Pertama, Gujerat dan Malabar. Kedua, Bengal Coromandel. Menurut Pijnappel, kedatangan Islam di T.M dilakukan oleh para pedagang Islam berbangsa Arab yang bermukim di Gujerat dan Malabar. Sangkaan ini bertitiktolak oleh banyaknya nama kedua-dua wilayah ini dalam sejarah awal T.M. Pandangan ini telah disokong oleh Snouck Hugrunje dan Harry Hazzard memandangkan aktiviti perdagangan oleh para pedagang Islam di T.M sama ada sebagai orang tengah atau pedagang premier yang membawa barang PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 3

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA


dagangan dari wilayah tersebut merentasi Nusantara untuk pergi ke China dan sebagainya. Teori kedatangan Islam dari Gujerat dan Malabar ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu nisan di Pasai(1428 M) dan di Gerisik(1419 M) oleh Morquette. Bentuk fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat. Kebenaran ini dapat disimpulkan oleh sejarawan iaitu Islam sampai ke T.M pada awal kurun ke-15M.

BATU NISAN SULTAN MALIKUL SALLEH

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 4

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA


3. ISLAM DATANG DARI CHINA Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam. Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Pendapat ini terbukti hasil penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu. Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunuh. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Dalam masa yang sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal 977. Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kedatangan agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M).

Selain itu, Marco Polo dalam Suma Oriental mencatatkan bahawa beliau pernah berhenti singgah di Perlak pada kurun ke-13 M dalam perlayarannya ke China. Dalam catatan beliau, realiti masyarakat di Perlak sudah berbudaya dengan budaya muslim. PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 5

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA


Pendirian oleh Marco Polo ini turut disokong oleh sejarawan lain, P.E. De Josselin De Jong. Hujah Josselin De Jong bertitik-tolak pada jumpaan batu nisan di wilayah jiran Perlak iaitu Pasai. Pada fizikal sumber artifak tersebut terukir nama sultan Malik al-Salih, iaitu nama Sultan Pasai. Pada batu nisan tersebut juga terdapat tarikh meninggal Malik al Salih iaitu pada 1297 M. Secara logiknya, kedatangan Islam ke Tanah Melayu pasti lebih awal dari tarikh tersebut. Asas jumpaan batu nisan ini dilengkapkan dengan catatan sejarah di China sendiri berhubung hubungan diplomatik China-Pasai. Menurut Josselin De Jong, pada kurun ke-13M telah berlaku hubungan diplomatik tersebut dapat dilihat apabila pengutusan dua diplomat Pasai iaitu Hasan dan Sulaiman ke negara China tersebut. Peristiwa bersejarah tersebut berlaku pada 1282 M. Selain itu, ada sejarawan lain yang mengemukakan teori kedatangan Islam dari China iaitu, Gardener dan Emmanuael. Menurut 2 sejarawan tersebut, Islam sampai ke China dari jalan darat oleh para pedagang Arab lembah Arabia sendiri sejak zaman Khalifah Uthman al-Affan lagi. Realiti ini mengalami tahap pertapakan dan perkembangan sejak zaman Bani Umayyah dan Abasiyyah apabila bilangan pedagang-pedagang Arab yang berhijrah ke China dalam angka yang besar. Dalam catatan sejarah China, seawal kurun ke-8 M, sudah wujud penempatan masyarakat peranakan Arab di Canton. Kewujudan masyarakat Arab tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada wujudnya penempatan-penempatan tetap, malah pada kewujudan Jabatan Kira-Kira yang oleh para pedagang Arab itu sendiri.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 6

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

HIASAN

CONTOH-CONTOH BARANG DAGANGAN ORANG ARAB

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 7

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

Pengaruh kedatangan Islam ke Tanah Melayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kebudayaan di Tanah Melayu khususnya Malaysia. Pengaruh ini dapat dilihat dari lima aspek : 1. Pendidikan tidak formal 2. Pendidikan formal 3. Kesenian 4. Gaya hidup

1. PENDIDIKAN TIDAK FORMAL Pendidikan tidak formal terawal adalah melalui asuhan keluarga. Penekanannya ialah nilai moral, pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. Kanak-kanak mempelajari kemahiran ibu bapa seperti pertanian, perikanan, kraftangan, pertukangan. Ibu bapa turut mengajar hal agama, adat, sopan santun. Nilai murni diterap melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan jenaka yang memberi teladan dan pengajaran. Pantang-larang dan adat dipelajari melalui pergaulan sosial seperti tunduk apabila lalu di hadapan orang tua. Pendidikan juga dilakukan melalui pantun, teka teki, peribahasa dan sebagainya. Contoh cerita teladan bagi masyarakat di Malaysia : PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 8

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA


Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja. Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil. Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buahbuahan tersebut" fikir Sang Kancil. Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 9

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA


mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan". Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana". Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman". Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 10

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

2. PENDIDIKAN SECARA FORMAL Pendidikan formal adalah hal berkaitan keagamaan di rumah, istana, masjid, surau, madrasah dan pondok. Di rumah guru, pendidikan al-Quran diajar melibatkan anak anak berusia 7 hingga 15 tahun. Manakala di istana, menurut Sejarah Melayu, pusat pengajian agama terdapat di istana Melaka. Sultan Mansur Syah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar. Ramai ulama menetap di Melaka antaranya orang Arab, Parsi, Gujerat, kerana pengaruh pemerintah Melaka. Kitab alDur al Manzum (kitab Tasawuf) merupakan kitab sangat terkenal di istana Melaka hingga ke istana kerajaan Johor. Pengajaran buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah turut disimpan di istana Melaka. Ilmu politik dan pentadbiran negara juga diajar di istana. Manakala di masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu tajwid, fikah dan bacaan sembahyang, orang dewasa pula belajar ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf pada tahap lebih tinggi. Pengajian pondok pula menyediakan pelajar yang bakal menjadi guru agama dan berkhidmat kepada masyarakat. Pondok terkenal terdapat di Kelantan (Pondok Pulau Condong), Terengganu (Pondok Pulau Manis) dan Kedah (Pondok Titi Gajah). Pelajar akan belajar sehingga 10 tahun sebelum tamat pengajiannya. Wujud juga sistem madrasah yang diperkenalkan oleh Bani Saljuk di Iraq. Sistem ini berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas. Pendidikan madrasah ini mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan, pengkhususan. Ia diawasi oleh Mudir (Guru Besar) dan diselia oleh sebuah lembaga.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 11

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

HIASAN

HIASAN

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 12

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

CONTOH-CONTOH GAMBAR MASJID DAN PONDOK YANG MENJADI TEMPAT MENUNTUT ILMU 3. KESENIAN Seni bermakna suatu yang indah pada penciptanya. Keindahan ini dapat dilihat daripada seni halus, seni rupa, seni tekstil, seni tampak. Pada zaman Islam wujud seni bina seperti seni bina masjid yang terdapat ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, bumbung, Masjid terkenal contohnya Masjid Kg. Laut Kelantan dan Masjid Tengkera Melaka. Manakala istana raja pula dilengkapi dengan balairung, tempat bersemayam, balai istiadat contohnya istana Melaka. Rumahrumah pula mempunyai seni ukiran tumbuhan, geometri. Seni epigrafi pula ada pada batu bersurat dan batu nisan. Seni khat atau kaligrafi juga digunakan sebagai hiasan di Masjid dan madrasah, batu nisan, tembikar atau mata wang. Seni persembahan yang merangkumi tarian, muzik, nyanyian dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan upacara bersifat keagamaan. Selain itu, tarian pengaruh Arab seperti tarian dabus di Perak, tarian inang di istana Melaka serta tarian zapin. Seni muzik yang dapat dilihat pula seperti seni dikir diiringi rebana dan kompang. Sebagai contoh, tarian zapin yang diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Zapin merupakan tarian Melayu yang berasaskan kesenian ArabParsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud gerak kaki daripada perkataan alZafn. Tarian Zapin bercorak persembahan atau pertunjukkan. Gerak tarinya berasaskan langkah kaki penarinya. Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun. Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada di bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti salam dan assalamualaikum, kata kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti. Banyak tarian Melayu ciptaan baru mengambil PISMP PENDIDIKAN JASMANI A Page 13

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA


rentak zapin sebagai irama tarian. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

HIASAN

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 14

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

HIASAN

HIASAN

CONTOH-CONTOH GAMBAR TARIAN ZAPIN

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 15

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

4. GAYA HIDUP Aspek terakhir yang dapat dilihat adalah dari aspek gaya hidup. Perubahan adat istiadat pemerintah dalam pertabalan raja kandungan bacaan ciri di mansuhkan, bacaan ikrar diteruskan kerana ia menyerupai baiah, perlantikan pengganti sultan sebelum istiadat pemakaman ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah. Perubahan akhlak rakyat, contohnya, ibu bapa amat dihormati, jiran dianggap seperti keluarga, panggilan pangkat diberi seperti Pak Long dan Mak Long, apabila orang muda bercakap dengan orang tua suara perlu rendah. Adab berziarah juga terbentuk seperti seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam, kemudian bersalaman. Kanak kanak mencium tangan orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormati dengan hidangan makan minum, bacaan bismillah dimulakan untuk menjamu makan minum. Majlis perkahwinan dan berkhatan diadakan mengikut Islam. Majlis seperti ini juga menekankan nilai gotong royong, bekerjasama dan perpaduan.

HIASAN

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 16

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

KESIMPULAN Dengan penerimaan negara ini sebagai sebuah negara Islam menimbulkan beberapa implikasi dalam kehidupan Muslim. Kita berhak menuntut pemerintah melaksanakan Islam sepenuhnya kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam. Kita dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha meningkatan produktiviti untuk kepentingan Islam, kerana terdapat sikap baik sangka antara satu dengan yang lain. Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk melaksanakan Islam di mana saja dia berada, kerana tidak dirasakan ada sesuatu yang bercanggah yang patut dielakkan dalam kehidupannya. Membina sikap positif dan membuat kritikan yang membina untuk kepentingan Islam, serta berpatisipasi dalam memenuhi tuntutan Islam di mana saja ada kekurangan. Setiap individu Muslim merasa berkewajipan untuk membangun negara dan umatnya dalam keupayaan masingmasing.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 17

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA

REFLEKSI Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana dapat juga kami menyiapkan tugasan yang diberikan dengan masa yang ditetapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustazah Saidah Bt Haris kerana sudi membantu kami dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, kami telah mengembleng tenaga untuk mencari maklumat dan membahagikan tugas masing-masing mengikut tajuk yang diperuntukkan. Setelah menyelesaikan tugasan ini, kami dapat mengetahui mengenai teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Selain itu kami juga dapat mengkaji tentang pengaruh kedatangan Islam terhadap kebudayaan di Malaysia. Pengetahuan kami tentang kebudayaan di Malaysia juga bertambah dan semakin berkembang. Sebagai contoh, sebelum ini kami menganggap tarian zapin merupakan tarian asli masyarakat Melayu tetapi setelah mengkaji mengenai asal usulnya, kami dapat mengetahui tarian zapin sebenarnya mempunyai pengaruh atau unsur-unsur arab dalam tarian zapin itu sendiri. Malahan, perkataan zapin itu diambil dari bahasa arab. Setakat

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 18

TAMADUN ISLAM DAN TAMDUN ASIA


ini sahaja coretan dari kami dan kami berharap agar dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi sewaktu menyiapkan tugasan kami ini.

PISMP PENDIDIKAN JASMANI A

Page 19

Anda mungkin juga menyukai