Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Alhamdulilah, bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya dan kawan-kawan melaksanakan

satu Ujian Standart Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) di Sekolah Kebangsaan Pendek, Jalan Salor, Kota Bharu. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Aziz Bin Jaafar bagi program ini. Saya Mohammad Zakie Bin Awang Senik berasa berbesar hati kerana program ini dapat dilaksanakan dengan sempurnanya hasil kerjasama semua pihak. Program ini disertai olah murid tahun 6 seramai 30 orang murid kesemuanya . Pada 9 Oktober 2012 yang lepas, program ini disempurnakan dengan penuh ilmiah. Bermulanya jam 7 pagi kami sudah bersiap sedia di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu untuk bertolak ke sekolah bagi memastikan aktiviti ini dapat dimulakan di awal pagi seperti dirancang. Selain itu juga saya sangat bersyukur kerana cuaca pada hari tersebut amat baik sekali dan melancarkan perjalanan aktiviti hingga ke akhirnya. Selapas berjumpa dengan guru besar yang paling banyak memberi pertolongan dalam melaksanakan aktiviti ini, beliau telah memberi keizinan untuk memulakan program seawal jam 8.30 pagi. Taklimat ringkas kepada semua murid yang terlibat tentang objektif dan tentatif program pada hari itu telah diberikan sebelum aktiviti dimulakan. Hal ini bagi memastikan semua murid mengetahui objektif mereka mengikuti program ini. Hal ini juga penting agar kerjasama dari murid-murid dapat diberikan agar program dapat berjalan dengan lancar. Pada asalnya kesemua murid yang hadir nampak kurang bersemangat bagi meneruskan aktiviti ini tetapi setelah saya dan rakan seperjuangan saya memulakan aktiviti pemanasan badan melalui senamrobik, mereka mula menyukai kami sedikit demi sedikit. Aktiviti senam robik ini dimeriahkan lagi dengan muzik yang kami pasangkan bertujuan menaikkan semangat dan mood di pagi hari. Hal ini juga sebagai langkah pertamanya saya sebelum memulakan sesuatu pengajaran sama juga seperti set induksi yang telah saya pelajari selama ini di IPG. Kami juga menaikkan lagi semangat mereka dengan senamrobik secara tarian yang bertujuan dapat menghiburkan hati setiap peserta yang hadir.

Setelah selesai aktiviti pemanasan badan, 30 orang murid telah diagihkan kepada kepada 4 kumpulan. Kumpulan ini dibuat bagi mempercepatkan aktiviti ujian dijalankan bagi setiap stesen yang dibuat. Terdapat 4 stesen yang telah kami buat iaitu naik turun bangku,

tekan tubi, rengkuk tubi separa dan jangkauan melunjur. Bagi setiap stesen ini pula kami telah mengagihkan kepada 4 orang bagi setiap stesen sebagai fasilitator dan juga bagi merekod skor bagi setiap murid yang melaluinya. Sebelum aktiviti bermula juga saya telah membuat simulasi bagi aktiviti di stesen saya iaitu rengkuk tubi separa bagi memudahkan murid membayangkan dan memahami apa yang mereka perlu lakukan sebenarnya. Setelah selesai kesemua aktiviti ini saya selaku sebahagian daripada program sangat berbangga dengan usaha rakan-rakan saya yang bekerja keras bagi mendapatkan keputusan ujian yang terbaik bagi setiap murid yang kami rekod. Sikap inilah yang perlu wujud dalam diri setiap individu bakal guru sebenarnya. Saya juga melihat terdapat kerjasama di antara murid murid tersebut yang mana memberikan sokongan kepada rakan sebaya mereka bagi mendapatkan jumlah skor yang baik bagi setiap aktiviti yang meraka lalui. Terdapat juga beberapa kekurangan tidak dapat dielakkan iaitu bagi aktiviti di stesen saya iaitu rengkuk tubi separa, kami tidak mempunyai tilam getah pelapik yang cukup luas. Tetapi akhirnya semua murid dapat melakukan ujian ini tanpa ada keciciran. Selain itu, saya menghadapi masalah bunyi microneme. Bunyinya tidak berapa kuat kerana suasana yang bising menyukarkan pendengaran murid untuk mengikuti setiap bunyi tersebut. Akhir kata, program SEGAK ini perlu dibuat pada setiap tahun bagi pelajar sekolah rendah bagi mendapatkan keputusan ujian kecergasan mereka. Selain itu juga ia dapat memupuk semangat ingin menjaga kesihatan dan bersenam sejak dari kecil lagi. Hal ini adalah salah satu cara bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cerdas. Terima kasih diucapkan kepada guru besar sekolah SK Pendek kerana telah memberikan peluang kepada kami untuk menjalankan aktiviti ini dan uacapan terima kasih yang tidak terhingga kepada EN Aziz Jaafar selaku pensyarah pembimbing saya yang tidak kenal erti penat lelah dalam memastikan saya faham dan peka dalam melaksanakan akrtiviti ini hingga berjaya. Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. Sekian,terima kasih.

Disediakan Oleh : .

(Hafizudin bin Hamzah)