Anda di halaman 1dari 31

KEMAHIRAN BERTUTUR Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (articulator) manusia.

Ia merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahsas. Kemahiran bertutur berlaku diperingkat productive level. Ia tidak boleh dicipta oleh pelajar tetapi ia mesti ditiru dan diajuk. Model yang lemah akan menghasilkan ajukan yang lemah. Sementara model yang baik belum tentu dapat menjamin ajukan yang baik. Namun begitu model yang baik itu sangat diperlukan kerana ia mungkin menghasilkan tindakbalas yang baik. Dalam ilmu linguistic, bahasa diungkapkan dengan sempurna dalam pertuturan. Ini kerana dalam tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak, tekanan, dan persedian tidak dapat digambarkan dengan jelas. Namun demikian ini tidak bermakna guru bahasa hanya mengajar penguasaan audio-lingual sahaja. Penyataan di atas tadi memberi implikasi iaitu menghuraikan bahan bertulis dengan tidak mengetahui pola bahasa seperti yang terdapat dalam pertuturan itu tidak lengkap dan tidak sempurna sifatnya. Kemahiran berbahasa (bertutur) dalam bentuk yang sempurna yang sepatutnya diperoleh oleh pelajar adalah tanggungjawab guru bahasa. Pada peringkat awal, penguasaan bahasa itu berlaku di rumah. Waktu berada di sekolah, guru perlulah membaiki kelemahan yang dimiliki oleh pelajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang linguistic khususnya dalam aspek fonologi dan sintaksis. Guru harus menjadi pencentus dan mampu memberikan interpretasi yang betul. Mereka harus sentiasa berusaha untuk mengesan dan mengasuh pelajar mereka supaya mahir dalam sebutan, boleh menggunkan nada (tone), dan intonasi yang betul dan lancer serta fasih dalam berbahasa. Usaha guru itu harus tertumpu kepada dua matlamat: i) Pelajar harus boleh membezakan di antara sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.

ii)

Pelajar harus boleh mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan perkataan atau frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.

KONSEP-KONSEP KEMAHIRAN BERTUTUR a. b. Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang Pertuturan berlaku di peringkat productive level. Ia berlaku dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. c. d. e. Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalamandaripada melalui mempengaruhi kemahiran bertutur. Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu akan membolehkan si penutur berinteraksi atau berkomonikasi dengan baik juga. f. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi, dan pengusaan sistem bunyi. TUJUAN MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR Pengajaran kemahiran bertutur bertujuan untuk membimbing pelajar supaya boleh berinteraksi dalam suasana berbahasa, berucap, bermesyuarat, berbincang, bertemuramah,berbual, dan sebagainya. Di anatara objektif yang ditekankan ialah: a. Membolehkan pelajar bertutur dalam Bahasa Melayu dengan betul terutama dari segi sebutan, tekanan, intonasi,persendian dan sebagainya. kecerdasan otaknya. Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina boleh dilafazkan setelah sipenutur itu

b. Membolehkan pelajar bertutur dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang jitu dan tepat. c. Membolehkan pelajar bertutur dalam Bahasa Melayu baku sepenuhnya. d. Menggalakkan pelajar memperluaskan perbendaharaan kata dan struktur ayat dalam pertuturan. e. Membolehkan pelajar melahirkan buah fikiran, pandangan dan pendapat, dan perasaan secara lisan dengan logic, tepat, tersusun dan berkesan f.. Membolehkan pelajar menggunakan olahan atau stail dan gaya bahasa yang sesuai dalam pertuturan. g. Memupuk semangat berani, yakin diri,dan sifat-sifat lain yang unggul melalui pertuturan. h. Membolehkan pelajar mengunakan bahasa pertuturan dalam pelbagai konteks suasana dan situasi. ASPEK-ASPEK PERTUTURAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian dalam kemahiran bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, intonasi, jeda, mora, dan nada. a) Sebutan Pada peringkat rendah lagi murid-murid telah diajar mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata, dan ayat. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek-aspek tersebut. Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepautnya. Mereka harus boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan, dan makna. Biasanya kesalahan menyebut sering berlaku

di kalangan murid-murid bahasa kedua. Gangguan bahasa ibunda menghalang pembelajaran mereka. b) Tekanan Tekanan adalah satu cara menyebut perkataan, frasa aau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan itu dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu. Lambang yang diberikan untuk tekanan itu ialah /?/. Dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna. Ia mungkin hanya untuk menyedapkan percakapan atau bacaan (misalnya dalam bacaan sajak) atau untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian. c) Panjang-pendek (Mora) Panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab.lambang yang digunakan untuk menunjukkan panjang pendek itu ialah[:], dan tanda ini disebut mora. Lambang [::] menunjukkan dua mora dan lambing [:] setengah mora. Unsur ini biasanya tidak jelas dam Bahasa Melayu dan kalau adapun ia tidak membezakan makna. Penggunaan unsur mora agak jelas dalam Bahasa Inggeris, misalnya: Pendek [sit] sit duduk [fit] fit [ship] ship biri-biri d) Jeda sesuai kapal [fi:t] feet [sip:p] sheep kaki kambing Makna duduk Panjang [si:t] seat Makna tempat

Jeda biasanya disebut juga sebagai persendian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam sesebuah ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ditanda seperti ini [#] dan apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza. Contoh ayat seperti berikut: 1.[ # saja minum susu lembu # ] (Maksudnya: Orang ayang bercakap itu hanya minum susu lembu dan bukan susu lain.) 2./ # saja minum susu # lembu # / (Maksudnya: Orang yang bercakap itu memanggil orang dilawan bertutur itu sebagai lembu dan menyatakan yang dia hanya minum susu) Lambang jeda yang menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan biasanya digunakan seperti ini /+/. Dalam Bahasa Melayu lambing ini boleh membezakan makna. Misalnya: Berikan = 1. Ber + ikan (bermaksud mempunyai ikan) 2. Berikan ( bermaksud menyerahkan) Beritahu = 1. Beri + tahu (memberi sejenis makanan) 2. Beritahu (memberi pengetahuan tentang sesuatu) e. Intonasi Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. Ia kadang kala disebut nada suara. Intonasi ayat dalam Bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. Intonasi boleh menurun, boleh menaik, boleh mendatar, boleh meninggi dan sebagainya. Ayat Tanya biasanya mempunyai intonasi yang menaik di akhir ayat. Ayat penyata mempunyai intonasi yang menurun.

f. Nada Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu dilafazkan. Dalam bidang muzik, kia dapati ada lapan nada iaitu Do,Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam Bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam basa Cina. Misalnya Ma dalam bahas itu boleh bermaksud emak, atau kuda, atau jerami atau marah. Ini bergantung dilafazkan. g. Tatabahasa Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan, atau undangundang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat. Peraturan atau undang-undang ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. Tatabahasa terdiri daripada aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan (lisan) walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dititikberatkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan, aspek ini haruslah ditekankan. Guru perlu memberi perhatian yang serius dan mempastikan setiap orang murid itu boleh bercakap mengikut tatabahasa yang betul. Dari segi fonologi, murid-murid harus boleh membunyikan kata dan mneyebutnya dengan tepat. Dari segu moforlogi, mereka harus boleh memilih dan menggunakan perkataan-perkataan dengan tepat dan betul.mereka juga boleh menggunakan imbuhan pada tempat-tempat yang sesuai.dari segi sintaksis, murid-murid harus boleh membina ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jelas dan kemas. Penggunaan intinasi, tekanan, nada gaya, dan sebagainyaa harus sesuai dengan bahasa yang dituturkan kepada cara ia

h. Kelancaran Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Seseorang pelajar itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu berlangsung. Dia boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkan idea, pendapa, dan pandangan itu dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur. i. Kefasihan Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur, dan lancer tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas. Ini beerti seseorang itu boleh menuturkan bahasa itu seperti seorang penutur jatinya. j. Laras Bahasa Laras bahasa dalam konteks ini bererti kemampuan menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai. Tujuan utama melatih pelajar menggunakan bahasa mengikut larasnya ialah untuk membolehkannya menggunakan bahasa itu untuk tujuan berkomunikasi dan bahasa itu pula harus digunakan dalam konteks yang sesuai. Oleh itu penggunaan (use) bahasa diberi keutamaam di samping kegunaanya (usage). Pembelajaran bahasa itu disusun berdasarkan fungsi komunikasi. Misalnya, bahasa untuk meminta izin, bahasa untuk meminta maaf, bahasa untuk menyatakan perasaan, bahasa untuk mengemukakan pendapat dan pandangan,bahasa untuk bertanya dan menyoal, untuk mendapatkan maklumat, bahasa untuk menidakkan dan sebagainya. Murid-murid juga harus boleh menggunakan bahasa yang sesuai untuk bercakap dengan orang dewasa, dengan guru,

dengan ibu bapa atau bercakap dengan orang alain di kedai, di pasar, di majlis-majlis tertentu dan sebagainya. Fungsi bahasa ituharus disusun mengikut apa yang diperlukan oleh murimurid bagi menolong mereka berkomunikasi di bilik darjah dan juga dalam kehidupan sehari-hari. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUTURAN Faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan seseorang itu boleh dibahagi kepada dua yang utama: FAKTOR PERSEORANGAN a. Faktor Kecerdasan Kecerdasan otak biasanya dihubungkan dengan kemampuan otak untuk memproduksi bahasa. Kanak-kanak yang cacat otaknya selalu mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lembab bercakap didapati lebih kecerdasannya berbanding dengan kanak-kanak yang cepat bercakap. Ini membuktikan bahawa kanak-kanak yang rendah tahap kecerdasannya akan mengalami kesukaran untuk bertutur dengan baik. b. Faktor Jantina Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanakkanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan menggunakan bahasa dan menguasai perbendaharaan dengan lebih daripada kanak-kanak lelaki dalam lingkungan umur yamg sama. Ini disebabkan perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berbaitan dengan urat saraf pertuturan berlaku lebih cepat daripada kanakkanak lelaki.

FAKTOR ALAM SEKELILING a. Faktor Taraf Sosioekonomi Kedudukan taraf sosioekonomi biasanya bergantung kepada pekerjaan dan pendapatan ibu bapa. Kedudukan taraf sosioekonomi ibu bapa mempunyai pertalian yang rapat dengan perkembangan penguasaan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga kelas atasan dan pertengahan didapati boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan lebih baik daripada kanak-kanak keluarga kelas bawahan. Semakin tinggi taraf sosiekonomi sesebuah keluarga itu semakin tinggi taraf penguasaan bahasa ahli-ahli keluarganya. b. Faktor Perhubungan Keluarga Kanak-kanak daripada keluarga kelas atasan dan menengah biasanya lebih bertuah kerana mendapat kasih saying yang lebih daripada ibu bapa berbanding dengan kanaka-kanak kelas bawahan. Biasanya, persekitaran yang dialami oleh kanakkanak kelas atasan dan pertengan itu membolehkan mereka berkomunikasi dengan ibu bapa mereka secara kerap. Oleh itu selalu didapati bahasa pertuturan kanak-kanak daripada kelas atasan dan pertengahan lebih baik berbanding dengan kanakkanak daripada kelas bawahan. Pertuturan yang baik bukanlah sesuatu yang natural dan boleh dikuasai secara automatis tetapi ia perlukan latihan dan penggunaannya secara kerap. c. Faktor Dwibahasa Kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Kanak-kanak yang mempelajari bahasa kedua sering menemui kesulitan. Ini adalah kerana penguasaan bahasa pertama atau bahasa ibunda selalu mengganggu bahasa yang dipelajari itu. Sistem nahu dan sebutan bahasa ibunda tidak sama dengan sistem bahasa

sasaran dan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa itu. A. MASALAH-MASALAH YANG SERING DIHADAPI OLEH PELAJAR-PELAJAR DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR IALAH: 1. ASPEK FONOLOGI Pelajar-pelajar bahasa kedua yang terdiri daripada pelajar-pelajar bukan Bumiputera sering mengalami kesilitan untuk menyebut beberapa fonem dalam Bahasa Melayu. Di kalangan pelajar-pelajar Cina misalnya,,mereka sering membuat kesalahan-kesalahan sebutan seperti berikut: a) Letupan dua bibir yang bersuara [b] b) Letupan gusi yang bersuara [d] c) Letupan lelangit lembut yang bersuara [g] d) Getaran gusi [r] e) Geseran lelangit keras-gusi yang bersuara [j] Mereka sering mencampuradukkan bunyi-bunyi fonem tersebut dengan bunyi-bunyi homorgan iaitu bunyi-bunyi yang dihasilkan dengan alat-alat sebutan yang sama, hanya bezanya ialah bersuara atau tidak bersuara. Contohnya kesalahan yang dilakukan adalah: a) [b] sebagai letupan dua bibir yang tidak bersuara atau sebagai sengau dua bibir iaitu [p] dengan [m]. i) barang ii) batu iii) bali bersuara atau sisian gusi,iaitu [t] atau [l]. i) datang ii) dahi sebagai tatang sebagai tahi atau latang atau lahi sebagai parang sebagai patu sebagai pali atau marang atau matu atau mali

b) [d] letupan gusi bersuara sebagai letupan gusi yang tidak

iii) dekat lelangit

sebagai tekat

atau lekat

c) [g] letupan lelangit lembut yang bersuara sebagai letupan lembut yang tidak bersuara [k]. i. girang ii. gasing iii. gali sebagai kilang sebagai kasing sebagai kali sebagai libut sebagai leka sebagai lari

d. [r] getaran gusi sebagai sisian gusi [l]. i. rebut ii. reka iii. lari gusi yang tidak bersuara [c]. i. jahat ii. jari iii. jatuh sebagai cacat sebagai cari sebagai catuh

e. [j] geseran lelangit keras gusi sebagai geseran lelangit keras

Selain kesalahan-kesalahan menyebut bunyi-bunyi tersebut mereka juga membuat kesalahan-kesalahan seperti berikut: i. Salah menyebut vokal tengah [e] sebagai [a], [i], atau [u]. a) cerita b) ternak c) tentu ii. sebagai carita sebagai tamak sebagai tintu

Salah menyebut konsonan sengau lelangit keras [n]. a) punya b) senyum c) hanya sebagai punia sebagai sejom sebagai haja / hania sebagai kecisebagai maha-

iii.

Ditinggalkan sisian gusi [l] di hujung perkataan. a) kecil b) mahal

c) tinggal iv. a) hendak b) pekak c) petik v.

sebagai tinggasebagai hendasebagai pekasebagai peti-

Ditinggalkan hentian pita suara [?] di akhir perkataan

Kesalahan menyebut bunyi-bunyi yang bukan daripada bunyi Melayu (geseran lelangit kieras gusi tak bersuara [s], geseran gusi yang bersuara [z] dan geseran lelangit lembut tak bersuara [x]. i. syarat ii. mesyuarat iii. zaman iv. zebra v. akhbar vi. akhir sebagai sarat sebagai mesuarat sebagai saman atau jaman sebagai sibra atau jira sebagai akbar sebagai akir

Masalah-masalah sebutan seperti ini berlaku juga di kalangan pelajar-pelajar Bahasa Tamil. Mereka sering didapati menemui kepayahan menyebut bunyi-bunyi dalam Bahasa Melayu seperti yang diperlihatkan di bawah ini. i. Bunyi vokal khususnya vocal [e]. Dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa perkataan yang dimulakan dengan bunyi vokal. Ini tidak berlaku dalam Bahasa Tamil. Oleh itu, pelajar-pelajar Tamil merasa sulit bila membunyikan perkataan-perkataan yang bermula dengan bunyibunyi vokal. Pelajar-pelajar ini juga kesulitan untuk menyesuaikan kedudukan lidah mereka untuk mengucapkan vokal-vokal [i],[e], [u],[o],dan [e]. pelajar-pelajar Tamil sering menukarkan atau menggantikan [e] dengan [a] apabila menyebut perkataanperkataan seperti ini: a. empat b. engkau kepada kepada ampat angkau

c. emak ii.

kepada

amak

Konsonan-konsonan letupan tidak bersuara yang mengikuti konsonan sengau.

Dalam Bahasa Tamil, konsonan sengau hanya diikuti dengan letupan yang bersuara (misalnya tangai yang bermaksud perempuan, dan cingai yang bermaksud singa.) hal ini berlainan dengan keadaan yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, pelajar-pelajar Bahasa Tamil sering menggantikan letupan tisak bersuara yang mengkuti konsonan seperti yang terdapat dalam Bahasa Malaysia dengan letupan yang bersuara. a. ponting b. kampung ii. kepada kepada ponding kambung

Kesukaran-kesukaran juga berlaku sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi konsonan sengau gusi [n] bila bunyi ini mengikuti [r] dan [s] atau mendahului bunyi konsonan [p], [t], [d], dan [s]. Contohnya: arnab rendah pendekar Hasnah cantik tanpa ronseng

Sebenarnya, masalah-masalah sebutan seperti ini tidak sahaja berlaku di kalangan pelajar-pelajar Bahasa Tamil dan Cina tetapi ia juga terdapat di kalangan pelajar-pelajar Bumiputera. Kesilapan-kesilapan initerjadi kerana wujudnya variasi-variasi daripada satu bahasa tertentu yang begitu kuat mempengaruhi bahasa individu tersebut. Di Negara ini, keadaan dialek atau variasi-variasi bahasa itu berbeza dari segi bentuk bahasa yang baku terutama dari segi sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasanya.

Dari segi sebutan bunyi-bunyi bahasa yang biasanya terseleweng daripda sebutan yang sebenar iaitu dalam bahasa baku dapat diperlihatkan antranya seperti berikut: Dialek Terengganu a. geseran gusi [r] yang terdapat di awal dan di tengah perkataan telah digantikan dengan geseran lelangit lembut bersuara [y]. konsonan yang terdapat di akhir kata dilenyapkan manakala sekiranya sebelum konsonan ini terdapat vocal depan luas[e], vocal itu akan berubah menjadi [e]. b. Geseran gusi tak bersuara [s] di akhir suku kata bertukar menjadi geseran anak tekak tak bersuara. c. Letupan di akhir kata akan digantikan dengan hentian glottis [?]. d. Sengauan dua bibir [m], [n], di akhir kata dibunyikan. e. Vocal depan luas [a] di akhir kata akhir terbuka digantikan dengan vocal tengah [e]. f. Diftong [ai] di akhir kata tidak dibunyikan digantikan dengan bunyi [a] sahaja. Contoh-contoh perkataan yang disalah sebut adalah seperti berikut: Bahasa baku ratap panas sebab cawan pantai dialek Terengganu ratak panah sebak caway atau cawang pata

Dari segi leksikal (penggunaan perkataan) murid-murid daripada negeri ini kerap menggunakan kaa daerah yang mereka gunakandalam pertuturan sehari-hari. Misalnya:

Bahasa Melayu wang rosak pandai mancis ringgit tidak mahu Dialek Kelantan a.

dialek Terengganu pitih punah reti colok ghial tak emboh

Semua letupan di akhir perkataan digantikan dengan hentian glottis [?].

b.

Getaran gusi [r] di awal, di tengah kata digantikan dengan geseran lelangit lembut bersuara [y]. konsonan di akhir perkataan dihilangkan.

c.

Sengau dua bibir [m] dan [n] digantikan dengan vocal depan separuh luas dinasalkan [e] di akhir suku kata tertutup.

d.

Diftong [ai] di akhir tidak dibunyikan kecuali [a] sahaja.

Contoh-contoh perkataan yang disalah sebut dalam bahasa baku adalah seperti berikut: Bahasa baku patut gelap pakai dalam kecil kerap diucapkan adalah seperti beikut: Bahasa baku beritahu tiap-tiap dialek Kelantan royat nak-nak dialek Kelantan patuk gelak paka dale kecik

Dari segi leksikal (penggunaan perkataan) sebutan-sebutan yang

menangis cakap

teghiak kecek

Dialek utara a. Getaran gusi [r] di awal dan di tengah kata dibunyikan secara geseran lelangit lembut bersuara [y]. b. c. d. Bunyi [r] di akhir kata digantikan dengan hentian glottis [?] dan vocal sebelumnya di nasalkan. Sisian [t] di akhir perkataan dilenyapkan dan digantikan dengan bunyi [i]. Geseran gusi tidak bersuara [s] di akhir kata digantikan dengan[h] geseran tekak tidak bersuara. Bunyi-bunyi vocal juga turut berubah. Umpamanya, [a] menjadi [e], dan [u] menjadi [ui]. Contoh-contoh sebutan yang kerap didengar ialah: Bahasa baku ekor kapal tulus kecil pukul ular atas bahasa loghat utara ekok kapay tuluih kecik pukoy ulak atayh

Dari segi leksikal pula ada beberapa perkataan yang tidak biasa digunakan dalam bahasa baku tetapi digunakan dalam bahasa dialek utara umpamanya: Bahasa baku awak mereka dialek utara hang depa

sebentar apa pasal

sat awat

Dialek Negeri Sembilan Dalam dialek Negeri Sembilan beberapa sebutan yang berbunyi [a] diubah menjadi [o] atau kadangkala sebagai [e]. Antara perkataanperkataan yang disebut mengikut bunyi dialek ini ialah: Bahasa baku Apa Menantu Cepat Besar Sambil Pukul Atas dialek negeri apo monantu copek bosa sambe pukoy ateh

Dari segi leksikalnya pula ada beberapa perkataan yang digunakan yang tidak biasa terdapat damlam bahasa baku. Antaranya ialah `saya menjadi eden, `maru menjadi moh, `besar menjadi godang dan sebaginya. Bagi murimurid di negeri-negeri selatan semenanjung, membahasakan diri mereka sebagai kami bagi perempuan dan kawan sebagai lelaki. Ini kerap berlaku di Johor. Pandangan suami isteri selalu menggunakan ungkapan`kawan/awak bagi lelaki dan wanitanya menggunakan `kami/awak iaitu suatu gaya bahasa yang kedengaran janggal bagi orang-orang dari daerah-daerah lain di Malaysia. Di kalangan murid-murid penutur bahasa Melayu, pengaruh bahasa daerah atau dialek setempat amat jelas memperlihatkan perbezaan bunyi-bunyi dialek di antara satu daerah dengan daerah yang lain. Secara keseluruhannya dialek-dialek setempat seperti ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang besar.

i. iii.

Bahagian Pantai Timur - meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang. Bahagian Pantai Barat a. Dialek utara - Kedah, Perlis, dan Perak. b. Dialek selatan - Johor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Selangor.

2.

ASPEK MORFOLOGI SINTAKSIS Pengajaran dan pembelajaran bertutur Bahasa Melayu sering

menimbulkan masalah. Gejala ini berlaku kerana pelajar, kerap berfikr dalam bahasa ibunda masing-masing sebelum mereka melafazkan dalam Bahasa Melayu. Pelajar-pelajar sering menggunakan model-model struktur bahasa ibunda mereka untuk menyerapkannya dalam struktur bahasa yang dipelajarinya. Hal ini menyebabkan mereka selalu sahaja membuat kesalahan. Dalam Bahasa Cina misalnya, penenpatan kata sifat diletakkan sebelum kata nama tetapi Bahasa Melayu ia berlaku di sebaliknya. Contohnya: Bahasa Melayu bilik kecil harimau jantan pen merah kereta lembu seperti di bawah ini: kasut tahan menjadi baju saya abang dia baju merah menjadi menjadi menjadi tahan punya kasut saya punya baju dia punya abang merah punya baju Bahasa Cina kecil bilik jantan hariamau merah pen lembu kereta

Kadangkala ungkapan-ungkapan dalam Bahasa Melayu disebut

Dari segi ayat-ayat atau kalimatnya pula, pelajar-pelajar sering juga membuat kesalahan dari segi strukturnya. Mereka menyebut ayatayat sedemikian seperti berikut:

i. ii. iii.

Saya lupa saya punya buku Pergi sana, ambil saya punya kerusi. Bodoh punya budak. Saya punya bapa baru Kuala Lumpur datang.

Kesalahan-kesalahan ayat yang selalu ditemui sewaktu pelajarpelajar bercakap, bukan sahaja dari segi bentuk dan strukturnya tetapi ada masanya mereka menggunakan perkataan-perkataan yang salah. Sering didapati mereka menggunkan perkataanperkataan bahasa pasar dalam percakapan mereka. Contohcontoh perkataan yang sering disalahgunakan ialah: Bahasa Melayu besar dalam empat ekor kedai cakap Sebutan (Cina) busat lalam ampat ekot kelei ciakap Sebutan (Tamil) busar dalam ampat yekor kedei sakap

Kesalahan-kesalahan seperti ini tidak juga terkecuali di kalangan pelajar-pelajar Melayu. Selain salah menyebut setengah-setengah perkataan, mereka juga didapati melakukan kesalahan dalam aspek struktur ayat. Dari segi penggunaan imbuhan pelajar-pelajar masih lemah. Perbezaan yang nyata dari segi pemakaian imbuhan dapat dilihat pada imbuhan per dan kan.pelajar-pelajar di selatan seperti Johor, Melaka,Negeri Sembilan, dan Selangor misalnya menggunakan imbuhan kan untuk menjadikan kata sifat sebagai kata kerja. Perkataan itu misalnya besarkan, panaskan, merahkan, habiskan, tinggikan, dan sebagainya. Sedangkan kebanyakan pelajar di utara pula menyebut perkataan itu sebagai perhabis, pertinggi perbesar, perhangat, dan sebagainya. Kebiasaan menggunakan imbuhan tanpa

mengetahui system pengimbuhan Bahasa Melayu yang sebenar akan menjejasakan prestasi lisan seseorang itu. Kesalahan-kesalahan juga berlaku dalam bidang sintaksis. Kesalahan-kesalahan ini biasanya berlaku disebabkan kedudukan sesetengah perkataan dalam ayat. Contoh: Bahasa baku Pemandangan tempat itu sungguh menarik. Pertuturan budak itu sangat baik. Ibunya sudah balik ke rumah. Perniagaan bapa Ahmad sungguh membanggakan. Dialek utara Pemandangan tempat itu cantik sungguh Pertuturan budak itu baik sangat. Ibunya balik ke rumah dah. Perniagaan bapa Ahmad membanggakan sungguh.

Selain pengaruh dialek, prestasi bahasa lisan pelajar-pelajar boleh juga terjejas disebabkan oleh pengaruh Bahasa Inggeris dan kurangnya pengetahuan pelajar-pelajar itu terhadap system nahu Bahasa Melayu. Di bawah ini adalah contoh ayat-ayat yang salah yang secara tidak disedari diucapkan oleh pelajar-pelajar. Salah Mereka datang daripada Kuala Lumpur. Dia memasuki dalam pertandingan nyanyian. Dia bercakap kepada para-para pelajar. Ibunya bersedih di suatu ketika. Kerajaan telah ambil tindakan. B. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DAPAT MENGATASI BERTUTUR DALAM ASPEK FONOLOGI 1. AKTIVITI LATIH TUBI Ketepatan menyebut fonem atau bunyi-bunyi dalam Bahasa Melayu adalah menjadi matlamat pengajaran dan pembelajaran lisan. Walau bagaimanapun, gangguangangguan dan tabiat berbahasa yang telah tertanam mengikut acuan bahasa ibunda atau dialek ibunda mereka telah menimbulkan kesukaran guru-guru menyampaikan pelajaran Bertul Mereka datang dari Kuala Lumpur. Dia memasuki pertandingan nyanyian. Di bercakap kepada para pelajar. Ibunya bersedih pada suatu ketika. Kerajaan telah mengambil tindakan. MASALAHKEMAHIRAN

tersebut. Hal ini bukanlah sesuatu yang amat serius dan tidak boleh diperbetulkan. Satu cara yang boleh dijalankan oleh guru-guru untuk mengatasi masalah sebutan ini adalah dengan cara memperkenalkan latih tubi lisan secara intensif. Latih tubi adalah satu bentuk teknik pengajaran dan pembelajaran. Ia sememangnya telah digunakan, iaitu sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi.pada ketika itu, teknik ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkaraperkara yang bersabit dengan tuhan mereka. Penggunaan latih tubi untuk mengajar agama seperti itu didapati sangat berguna dan menghasilkan pembelajaran yang amat berjaya dan berkesan. Latih tubi adalah satu cara mengajar yang meminta guru-guru mengulangulangkan fakta atau kecekapan yang diajar.cara ini merupakan sebahagian daripada aktiviti menghafaz atau mengingatkan sesuatu yang dipelajari itu. Tujuan ialah untuk membolehkan pelajar-pelajar mencapai taraf kebiasaan dan kemahiran yang maksimum dan menjadikan apa yang dipelajari itu kekal dalam ingatan, malahan dapat dipraktikkan dalam situasi-situasi yang lain. Dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran lisan, latih tubi haruslah digalakkan. Ini penting kerana pembelajaran bahasa adalah satu pembentukan kebiasaan dan setiap pembentukan kebiasaan itu memerlukan latihan-latihan yang kerap dan mementingkan laih tubi yang berkesan. Dalam hal mengatasi masalah sebutan-sebutan yang tidak tepat yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar, terutamanya di sekolah-sekolah rendah, guru boleh menggunakan dua bentuk latih tubi yang dianggap berkesan. Pertama, latih tubi pasangan minimal dan kedua latih tubi pemintal lidah. a. Latih tubi pasangan minimal Latih tubi jenis ini biasanya menggunakan pasangan kata yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum atau paling kecil dan kata-kata itu mempunyai makna yang berlainan. Bunyi-bunyi itu sebenarnya adalah berpunca daripada fonem-fonem yang berbeza. Latih tubi pasangan minimal ini biasanya digunakan untuk melatih murid menyebut dengan betul. Dalam pembelajaran bahasa murid-murid sentiasa mengalami kesulitan untuk menyebut bunyi-bunyi bahasa. Bagi murid-murid yang mengalami kesukaran untuk

menyebut fonem-fonem /i/, /d/, /r/, /z/ dan sebagainya boleh diatasi dengan cara memberikan mereka banyak latih-tubi dalam latihan seperti contoh: Kesulitan menyebut a. konsonan d - l ladang dari dayang dagu konsonan p b daki bagi timba barang baba konsonan g - k lobak garam gali garang tegak konsonan s - t bagi keras beras kesat surat Konsonan t - d ulas tulang ledak lading utara b. vokal a - i rama akan lara kala Vokal a - e serang serang rima ikan lari kali sering sarang Latihan menyebut lalang lari layang lagu laki pagi timpa parang papa lopak karam kali karang tegak baki kesat berat ketat tulat ulat dulang letak datang udara

(pepet)

parang karang jarang

perang kerang jerang geram alah sarung boring barik salah panah caci cika hara suka buru suling suruh peluk buruh teruk

Vokal

o - a

garam olah sorong barang borek sola punah cuci ciku huru suku biru surih pelik biro terik -

Vokal

u - a

Vokal

i - u

sulung -

b.

Latih tubi memintal lidah Latih tubi ini juga bertujuan melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan

betul dan tepat. Biasanya, latih tubi ini mengandungi bunyi yang menjadi masalah kepada mereka dan ia adalah penting untuk pembelajaran bahasa. Perbezaan yang ketara antara latih tubi ini dengan latih tubi pasangan minimal kerana ia meletakakan bunyi-bunyi yang sukar itu di dalam ayat atau frasa-frasa tertentu. Contoh-contoh latih tubi jenis ini dapat diperhatikan seperti berikut: Kesulitan menyebut a. fonem /c/ Latihan menyebut ayat-ayat Padang pandan tepi pantai depan padang. Cuba pandang kapal-kaal tepi pantai. Pandang pondan-pondan pakai topeng

depan padang. Pandai betul pakar-pakar buat patung b. fonem /r/ dan /l/ atas pentas. Letak cawan retak atas lantai dekat rantai. Suruh isteri tarik tali hingga sore. Rama-rama terbang rebut di udara. Jangan lari lintang-pukang tempat c. fonem /l/ dan /t/ orang lalu-lalang. Bila datang petang-petang sila tolong bapa saya. Bila petang maling datang cari balangbalang dari kilang. Padang tuan-tuan telah tumbuh lalang. d. fonem /z/ dan /j/ Tanam tebu dalam taman tuan puteri. Zaman jahiliah, zaman hindu adalah zaman-zaman yang telah berlalu. Zulfikar adik Zakariah sangat zalim di zaman itu. Jangan jadi jahil seperti mereka zaman jahiliah. Zai zai zabigo za sa sabigo za za. Kepentingan latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran lisan, khususnya lisan Bahasa Melayu harus disedari oleh guru-guru di sekolah. Bloomfield L. (1942) berdasarkan pendapat dan pandangan behaviurisme dalam bidang psikologi, telah menyetujui bahawa penguasaan bahasa bukanlah semata-mata merupakan ilmu pengetahuan, tetapi dikuasai melalui latihan dan ia mesti dipelajari lebidh daripada biasa; cara-cara lain tidak sesuai. Konsep asas Bloomfield ini menimbulkan satu reaksi terhadap pembelajaran bahasa. Aliran ini menganggap bahawa pembelajaran bahasa itu adalah proses mekanikal utnuk membentuk tabiat atau kebiasaan dan ini dilakukan melalui latihan dan pengulangan yang banyak.

2.

AKTIVITI BERCAKAP

Aktiviti bercakap yang dimaksudkan ialah mengajar murid-murid bertutur dengan betul menggunakan ayat-ayat yang sesuai dengan kebolehan masingmasing. Melalui aktiviti bercakap dengan lancer, fasih, tidak teragak-agak, berani berterus terang, tidak takut atau malu dan sebaliknya. Latihan bercakap seperti ini kerap dilakukan pada peringkat permulaan iaitu pada awal tahun-tahun persekolahan. Penanaman tabiat berbahasa yang betul perlu dilakukan pada saat ini, kerana inilah masanya murid-murid mula belajar bercakap secara formal. Perkara yang penting sekali selain daripada penggunaan bahasa yang betul, ialah sebutan tiap-tiap perkataan hendaklah jelas dan tepat. Intonasi, tekanan dan nada hendaklah betul di samping susunan dan gaya bahasa yang kemas dan teratur. Perhatian terhadap penggunaan unsure-unsur bahasa secara epat haruslah dilakukan dengan serius kerana asas yang kuat yang dapat diwujudkan pada peringkat awal itu pasti dapat membantu pelajar memperkaya serta mengekalkan pretasi berbahasa dengan baik. Aktiviti bercakap boleh dilakukan dalam banyak cara tetapi dalam konteks ini aktiviti bercakap itu boleh dibuat dalam tiga bentuk. i. Bercakap secara bebas Perkara yang ditekankan ialah bercakap dengan betul. Dan boleh difahami oleh orang yang mendengarnya. Bahan-bahan yang hendak dicakapkan tidak terhad. Mereka boleh bercakap apa sahaja yang mereka mahu dan mereka lihat dan ingat pada masa itu. Mereka boleh bercakap tentang rakan-rakan mereka di dalam darjah, tentang peristiwa yang dilihat dan diingat di luar bilik darjah. Semasa bercakap guru perlu memerhati kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Kesalahan-keslaahan tersebut boleh dicatat dan dibetulkan sebaikbaik shaja murid selesai bercakap. Murid bebas menggunakan bentuk dan struktur ayat mengikut kebolehan dan keyakinan mereka. Peranan guru adalah membantu, membimbing dan membetulkan kesalahan yang berlaku. Murid-murid dimina bercakap bergilir-gilir. Murid lain mendengar dengan teliti. Selepas bercakap, guru membetulakan kesalahan jika ada dan memberi

ulasan, murid lain dibenarkan bertanya atau mengemukakan soalan-soalan jika ada sesuatu yang mereka rasa tidak jelas atau untuk mendapatkan maklumat lanjut. Pujian yang sewajarnya harus diberikan sebagai peneguhan dan penghargaan. Peneguhan positif hendaklah diberikan. Skinner berpendapat (1953): dalam buku Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan m/s 126 guru hendaklah memberikan sesuatu ganjaran setelah sesuatu perlakuan ditunjukkan sebagai motivasi untuk menggalakkan sesuatu perlakuan diulangi. Ia bertujuan mengukuhkan lagi tingkah laku tersebut. Contohnya, murid yang dapat bercakap dengan lancrr dengan sebutan yang tepatdiberikan pujian dan hadiah seperti sebatang kotak pensel, gula-gula, alat tulis atau sebagainya. Ia akan memberikan motivasi untuk mereka terus bercakap pada masa akan datang agar mendapat lebih banyak hadiah. Aktiviti ini biasanya dijalankan secara spontan di dalam kelas. Namun demikian murid-murid boleh diberitahu sehari atau dua hari sebelum aktiviti tersebut dijalankan. Respons murid-murid akan lebih baik jika mereka dapat bersedia terlebih dahulu. Murid-murid yang mempunyai kesediaan untuk belajar akan menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Apabila seorang murid bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan , maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya kerana jika dipaksa melakukannya akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Sebagai guru kita mesti mengambil tahu kesediaan dan persiapan-persiapan dari aspek psikomotor, afektif dan kognitif yang perlu ada pada murid sebelum murid belajar. Ini dapat dijelaskan dengan Hukum Pembelajaran Thorndike: HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE

Hukum Kesediaan Kesediaan dari segi psikomotor, efektif, kognitif sebelum boleh belajar.

Hukum Latihan Latihan yang diulang-ulang untuk tingkatkan kemahiran.

Hukum Kesan Kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas.

ii.

Bercakap melalui proses bersoaljawab Murid bercakap,berbual-bual dengan guru seperti biasa tetapi perbualan itu

banyak tertumpu kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Biasanya, guru akan mengemukakan soalan-soalan yang tidak terlalu formal dan ini bertujuan untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang lebih selesa dan mengurangkan ketegangan di kalangan pelajar. Murid-murid juga digalakkan bertanya dan mengemukakan soalan kepada guru atau kepada rakan-rakan mereka sendiri. Aktiviti seperti ini boleh memberikan rangsangan untuk muridmurid bercakap terutamanya kepada mereka yang pemalu dan berat mulut, jika kena caranya, pasti akan turut serta. iii. Bercakap berdasarkan gambar Murid-murid diminta menyebut atau menceritakan tentang apa sahaja yang dapat dilihat dalam gambar. Sewaktu bercakap, pelajar hendaklah dibiasakan menggunakan ayat yang lengkap. Guru harus memberikan perhatian terhadap bunyi sebutan,intonasi, tekanan, gaya, dan bentuk ayat yang digunakan. Kesalahan bolehlah dibetulkan waktu itu atau selepas murid bercakap. 3. AKTIVITI MENYANYI Kanak-kanak memang suka kepada nyanyian. Mereka menganggap menyanyi lebih sebagai satu bentuk bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran. Nyayian dapat membantu guru mengukuhkan kemiharan bertutur murid-murid kerana nyanyian itu sendiri memerlukan penyebutan bunyi dengan jelas dan betul., mengikut rentak dan irama serta disampaiakan mengikut tekanan, intonasi, dan nada tertentu. Guru perlulah menyediakan seni kata lagu mengikut isi dan bahan pelajaran yang akan diajar pada hari tersebut. Pilihlah lagu yang mempunyai susuanan kata yang betul dari segi tatabahasa. Melodi yang senang dipelajari

dan diingati. Lagu yang sederhana kelajuannya, melodi yang biasa didengar,dan diingat. Guru hendaklah memilih lagu yang mempunyai banyak pengulangan rima, melodi, perkataan dan sebagainya. Pengulangan ini memudahkan pelajar menguasai bahasa yang hendak dipelajari itu. Sebaik-baiknya lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita mengenai seseorang, menceritakan sesuatu,atau menyatakan sesuatu perasaan, atau pandangan atau pendapat tertentu. Bagi murid di tahap rendah, lagu yang dipilih itu haruslah mengandungi perbendaharaan kata terhad dan tidak mengandungi ayat yang berbagai-bagai kerana aia boleh mengganggu pembelajaran. 4. AKTIVITI BERBUAL Kanak-kanak memang suka berbual apabila sahaja mereka mempunyai peluang berbuat demikian, mereka akan bercakap dan berbual dengan rakan-rakan mereka, kelauarga mereka dan sesiapa yang biasa dengan mereka. Sewaktu di sekolah, minat murid untuk bercakap danberbual-bual tidak seharusnya dihalang. Guru boleh menggalakkan perkara ini pada bila-bila masa yang terluang. Gunakanlah bahasa yang mudah mengikut kebolehan murid. Banyak perkara yang boleh dibualkan misalnya, hal-hal mengenai diri murid, keluarga mereka, darjah, sekolah, cuaca, kantin sekolah, permainan,dan sebaginya yang ada hubungan dengan pelajaran dan kegiatan mereka di sekolah. Aktiviti ini mempunyai beberapa tujuan: - untuk memberi peluang kepada muurid untuk bercakap tanpa segan atau malu dan bertutur dengan tenang - membolehkan murid berkongsi maklumat seperti pengalaman, perasaan dan fikiran. - Membolehkan murid memproses maklumat yang didapati melalui perbualan. - Membolehkan murid itu bertutur atau menyebut sesuatu dengan sebutan yang betul.

- Membolehkan mereka mendapat latihan memahami pertuturan orang lain. - Membolehkan mereka menyusun ayat dengan baik dan bertutur mengikut gaya, suara, intonasi dan nada yang sewajarnya. - Memupuk sikap sabar iaitu sedia mendengar serta menghormati pertuturan orang lain dan seterusnya boleh bertutur dengan lembut, bersopan, dan bertatasusila. - Untuk menambah perbendaharaan kata.

RUMUSAN Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa seorang pengurus bilik darjah yang berkesan perlu mendapatkan kerjasama murid dan mengekalkan penglibatan mereka dalam tugasan pembelajaran. Aktivitiaktiviti yang telah dibincangkan di atas boleh digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur berjalan dalam bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif secara berkesan dan bermakna. Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah keupayaan guru untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan dan menghasilkan pembelajaran yang maksima kepada murid-muridnya. Strategi pengajaran yang mutlak, tidak terurus dan penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak berkesan akan menyebabkan murid-murid hilang minat untuk belajar. Oleh itu, seseorang pengurus bilik darjah perlu bijak dalam memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar kepada murid-muridnya. Hasil daripada aktiviti di atas jika diadakan dengan menarik dan berkesan oleh guru, pelajar akan dapat menuntut ilmu dan membantu mereka menguasai kemahiran bertutur dengan berkesan. Secara tidak langsung mereka dapat mengetahui pembelajaran yang efektif untuk mereka, seterusnya merealisasikannya

dalam kehidupan seharian. Ianya menjadi pakej untuk mereka mencapai kecemerlangan yang diimpikan setiap individu.

BIBLIOGRAFI
Atan Long (1998). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia EE Ah Meng (1990). Pedagogi II Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II). Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd EE Ah Meng (1993). Pedagogi II, Edisi Kedua (Semester II). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin haji Husin (19930). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hj. Husin (1990). Perkaedah Mengajar Bahasa, Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2007). HBEF2103 Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Open University Malaysia