Anda di halaman 1dari 18

AMALAN DAN OPERASI PERLADANGAN NURSERY SAWIT

Pengenalan
Tapak semaian adalah salah satu faktor yang penting bagi setiap ladang yang ingin ditubuhkan. Tujuan utama penubuhan tapak semaian ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak ladang memantau perkembangan anak benih dan memastikan setiap benih tersebut berada dalam keadaan yang baik sebelum menjalankan proses penanaman di ladang. Dengan ini hasil akan dapat ditingkatkan sekiranya pemilihan anak benih dibuat dengan teliti dan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Kepentingan tapak semaian


1. Kerja-kerja pemilihan ( culling ) dapat dibuat dengan lebih teliti dan teratur 2. Supaya pertumbuhan anak benih dapat diseragamkan 3. Dapat memudahkan kerja-kerja pemantauan bagi pihak ladang.

Pemilihan tapak
Bagi setiap tapak semaian yang ingin ditubuhkan terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira sebelum proses pemilihan tapak dijalankan, antaranya:1. Kawasan tersebut mestilah rata dan berdekatan dengan punca air bagi tujuan pengairan 2. Kawasan tersebut mestilah jauh dari ancaman banjir 3. Mempunyai sistem saliran dan perparitan yang baik 4. Kawasan yang sentiasa terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan tidak terlindung 5. Kawasan ini juga haruslah dekat dengan kawasan ladang agar senang semasa proses penanaman dijalankan serta dapat menjimatkan kos. 6. Mempunyai kawalan keselamatan yang baik supaya dapat mencegah daripada kecurian serta ancaman daripada haiwan perosak.

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Pemilihan tapak semaian

1. Dua Peringkat / Double Stage iaitu :1. Pre Nursery 2. Main Nursery Pre Nursery Saiz polybag 15cm x 23cm. Beg yang telah diisi serta disusun didalam petak lazimnya disusun mengikut kaedah 10 beg x 200 beg supaya kerja-kerja menyiram, merumput dan kerjakerja penakaian anak benih senang dijalankan. Setiap petak yang disyorkan adalah sebanyak 2000 benih. Ini bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja pengiraan dijalankan. Manakala jaluran susunan beg pula adalah mengikut arah timur barat. Jarak antara jaluran beg pula hendaklah dipisahkan dengan satu lorong selebar 0.6m. Selain itu tempoh bagi setiap semaian adalah sekurang-kurangnya selama 3 bulan. Proses penakaian benih pula perlulah dilakukan sekurangkurangnya 2 kali sewaktu didalam peringkat ini yakni sebanyak 10%. Ini adalah bertujuan untuk memastikan benih yang sedia ada adalah bermutu dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Juga bagi mengelakkan kerugian yang akan dialami pada peringkat seterusnya.

Contoh gambarajah Pre-nursery


Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Main Nursery Saiz polybag berukuran 35 cm x 51 cm. Tempoh tanaman pula adalah 12 hingga 18 bulan. Jarak tanaman pula adalah 0.9m x 0.9m x 0.9m dan berbentuk segitiga. Sebanyak 10,000 anak benih sawit akan dapat disemai setelah ditolak sistem jalan. Manakala bagi proses penakaian pula, sebanyak 10% akan diambil kira pada peringkat ini. Contoh gambarajah bagi susunan polybag ( main nursery )

Contoh gambarajah Main Nursery

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Keluasan tapak semaian


Katakan bahawa kawasan baru yang akan dibuka adalah sebanyak 200 hektar. Jadi keperluan bagi anak benih yang akan di gunakan untuk kawasan yang berkeluasan 200 hektar adalah:Formula: Keluasan kawasan yang akan dibangunkan x Jum. Pokok bagi 1 hektar ( SPH ) = Jum. Pokok Yang diperlukan Kemudian, Jum. Pokok Yang diperlukan x 35% ( 20% supplying + 15% culling ) = Jum. Penambahan pokok Lalu: Jum. Penambahan pokok + Jum. Pokok yang di perlukan
Keluasan kawasan= 200 ha Jum. Pokok Bagi 1 Ha = 148/ha Jadi:200 ha x 148/ ha = 29600 pokok 29600 x 35% = 10360 pokok 29600 + 10360 = 39960 pokok

Manakala keluasan yang di perlukan bagi pembentukan nursery adalah:Dengan menggunakan jarak pokok 0.91m x 0.01m x 0.91m, maka 1 hektar dapat menyediakan 12,500 pokok. Jadi:39960 / 12500 = 3.19 ha yang diperlukan + kemudahan jalan dan saliran serta kolam takungan = 4 ha

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Proses penyediaan tapak semaian

Beberapa proses perlu di ikuti terlebih dahulu sebelum menyediakan tapak semaian diantaranya ialah:-

1. Membajak 2. Pembinaan Jalan pertanian dan susunatur semaian 3. Sistem pengairan dan saliran yang baik 4. Sistem penyiraman yang bagus. 5. Memagar kawasan tapak semaian 6. Mengisi dan menyusun polybeg yang diperlukan 7. Menanam biji benih

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Penyelenggaraan Nursery
4 jenis kerja yang biasa dilakukan bagi kerja- kerja penyelenggaraan ini. Diantaranya ialah:1. Menyiram 2. Merumpai 3. Kawalan musuh dan penyakit 4. Membaja. Menyiram Setiap pokok hendaklah disiram sebanyak 2 kali dalam sehari dimana sebelah pagi dan di sebelah petang sahaja. Dilarang sama sekali menyiram diwaktu tengahari dan pastikan setiap kali siraman pokok mendapat 150 mm air sepokok. Merumpai. Dilakukan sebulan sekali dan hanya bagi kawasan diantara polybag dengan polybag sahaja. Sekiranya terdapat rumpai didalam polybag, hanya tangan sahaja digunakan bagi tujuan merumpai. Ini bertujuan bagi mengelakkan setiap anak benih terhindar daripada mengalami keracunan. Kawalan Musuh Dan Penyakit. Dilakukan 1 minggu sekali. Menggunakan campuran racun kulat dan serangga Contohnya:Thiram + Malathion Thiram + Rogor Poliram + Tamaron

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Diantara serangan musuh dan penyakit yang selalu dihadapi ialah:Musuh Hama/ kutu ( red spider mite ) Bena ( Aphids ) Belalang Koya Tikus Tanda penyakit Daun berbintik Daun kuning / kering Daun cacat dimakan / bantut Daun kering Makan pangkal pokok

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Penyakit Pada Peringkat Semaian

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Tiga Peringkat Pemilihan 1. Peringkat awal ialah semasa anak benih hendak dialih dari polibeg kecil ke polibeg besar atau semasa anak benih berumur tiga bulan dari tarikh semai di tapak semaian satu peringkat. Biasanya 5%-10% anak benih tidak terpilih pada peringkat ini. 2. Peringkat kedua ialah selepas daun terbuka untuk membentuk pinat. Biasanya 5%-10% anak benih tidak terpilih pada peringkat ini. Untuk mendapatkan anak benih yang bermutu, adalah disarankan tidak menghadkan jumlah peratus penakaian. 3. Peringkat ketiga ialah sebelum anak benih ditanam di ladang iaitu setelah anak benih berumur 12 bulan dari tarikh semai. Anak benih yang tidak dipilih pada peringkat ini biasanya tidak melebihi 5%. Anak benih yang tidak terpilih hendaklah dimusnahkan.

Perosak Pada Peringkat Semaian

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Kaedah Kawalan Rumpai Racun Rumpai Yang Disyorkan Untuk Kawalan Rumpai Di Tapak Semaian Sawit 1. Bagi mengawal rumpai jenis rumput seperti E. zindica(rumput sambau) dengan menggunakan gliposat pada kadar 1.5liter/450liter air (jangan disiram selama satu hari selepas semburan. Titis semburan boleh merosakkan pucuk dan pelepah baru). 2. Bagi mengawal rumpai jenis rumput seperti E. indica(rumput sambau) don P.Conjugatum (rumput kerbau) sahaja : fluzifop-butyl pada kadar 1.5 liter/450 liter air. 3. Bagi mengawal rumpai berdaun lebar atau rumput + rumpai berdaun lebar : glufosinat-ammonium pada kadar 3.5 liter/450 liter air. 4. Bagi mengawal rumpai A.Gangetica (akar ruas-ruas),B.Iatifolia (rumput setawar) dan A.Conyzoides (rumput tahi ayam) : metsulfuron-metil pada kadar 70 gram/450 liter air. Racun Rumpai Untuk Kawalan Rumpai Di Sekeliling Pangkal Pokok Kelapa Sawit Matang Dan Lorong Tuaian Buah Sawit

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Racun Rumpai Untuk Kawalan Rumpai Di Kawasan Tanaman Sawit Muda

Racun Rumpai Untuk Kawalan Rumpai Terpilih

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Pembajaan Baja ditabur disekeliling pokok didalam polybeg tetapi jangan terlalu rapat dengan pangkal pokok. Dilakukan sekali sebulan. Menggunakan baja kimia yang mengandungi semua zat permakanan yang utama ( N, P, K, Mg ) serta larut secara perlahan adalah amat digalakkan. Contohnya, Agroblen, Kokei, Nurseryace, Woodace dan sebagainya. Disini ada menyediakan contoh jadual bagi program pembajaan untuk pre nursery dan juga main nursery. Minggu 4 5 6 7 8 9 Jenis Baja Urea NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) Sukatan 7gm 15gm 15gm 18gm 23gm 23gm

Jadual pembajaan bagi Main Nursery


Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Masa ( selepas ditanam ) 2 Minggu 4 Minggu 8 Minggu 12 Minggu 16 Minggu 20 Minggu 24 Minggu 28 Minggu 32 Minggu 36 Minggu 40 Minggu Jenis Baja NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) NPK Yellow ( 15:15:6:4 ) NPK Blue ( 12:12:17:2 ) NPK Blue ( 12:12:17:2 ) NPK Blue ( 12:12:17:2 ) NPK Blue ( 12:12:17:2 ) NPK Blue ( 12:12:17:2 ) Kadar Sepokok ( gm ) 7 7 14 14 14 14 21 21 21 21 28

Penakaian pokok ( CULLING )


Bertujuan bagi menyediakan anak benih yang bermutu tinggi dan terbaik sahaja yang akan ditanam diladang bagi memastikan pengeluaran hasil yang diingini serta penggunaan tanah yang lebih efektif. Terdapat beberapa peringkat yang digunakan ketika proses penakaian dijalankan. Antaranya ialah:1. Permilihan pertama dibuat pada pokok yang berusia 3 bulan sebelum dipindahkan ke semaian besar ( Main Nursery ) 2. \pemilihan dijalankan setiap 3 bulan ketika pokok berusia 6 bulan, 9 bulan, dan 12 bulan. 3. Pemilihan terakhir dibuat sebelum anak pokok dipindahkan ke lading.
Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

4. Kesemua pokok yang telah di culling haruslah dimusnahkan.

Pre Nursery:-

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Contoh gambarajah pokok yang harus di takai ( culling )

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

Main nursery

Contoh gambarajah pokok yang harus di takai ( culling )

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

KOS PEMBANGUNAN NURSERI SAWIT DALAM KIRAAN RM/HEKTAR

Bil.

Perkara

RM/Hektar 8,251.40 6,460.70 1,413.70 12,700.00 1,954.60 6,788.00 3,235.00 2,681.50 43,486.20

1 Penyediaan Kawasan 2 Pembinaan saluran paip sprinkler 3 Pembinaan rumah pam air 4 Pembelian enjin pam sprinkler 5 Pembinaan kolam tadahan 6 Pembinaan stor penyimpanan 7 Membina pagar sekeliling kawasan 8 Pembinaan jalan JUMLAH

KOS PENGELUARAN ANAK SAWIT RM/Pokok


1. Kos Input 2. Upah Perkerja 3. Lain-lain kos Jumlah = Rm 3.07 = Rm 1.11 = Rm 1.85 = Rm 6.03

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM

KESIMPULAN Permintaan terhadap anak benih sawit di Malaysia diramalkan akan terus meningkat pada masa akan dating. Ini kerana pada setiap tahun akan berlaku pertambahan keluasan tanaman sawit baru dan peningkatan kawasan tanaman semula yang akan menjamin kelangsungan industry nursery sawit negara. Kunci kepada kejayaan setiap nursery sawit adalah terletak kepada pengetahuan dan menjaga kualiti setiap operasi penghasilan anak sawit. agar berada tahap yang tinggi sejajar dengan Kod Amalan Baik Nurseri Sawit (CoPN) yang telah ditetapkan oleh MPOB.

RUJUKAN

1. MANUAL DAN PROSEDUR OPERASI PERLADANGAN LPPKP 2. PERTUBUHAN LADANG KOPERASI MAKMUR (En. Dahalan Ariffin)

Mohamad Emusli Bin Mat Edris EDPM UUM