Anda di halaman 1dari 5

UJIAN DIAGNOSTIK

Definasi ujian diagnostik :-


Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca
dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

Tujuan ujian diagnostik :-


1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-
kesulitan yang dihadapi oleh murid.
2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid
untuk menguasai sesuatu kemahiran.
3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu
mengikut

kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.


4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang

khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan

bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Membina Ujian Diagnostik

1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu


ditentukan :
1.1.Objektif ujian
1.2.Kemahiran yang hendak diuji
1.3.Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
1.4.Siapa yang hendak diuji – sasaran.

2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan
penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu
disediakan.-

3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi
oleh murid dalam pembelajaran.

4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut


hendaklah disusun dari senang ke susah.

5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih
dahulu.

Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir ujian diagnostik

1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid


yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.
2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis
dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada
yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah
dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.

4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal
menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut.

5. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.

6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun
satu program pengajaran kepada murid tersebut.

7. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka
dapat menjawab dengan tenag dan selesa.

8. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-
keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.

9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak
tahu dan di manaa kesilapan mereka.

10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi
panduan kepada guru pada satu masa yang lain.

Analisis ujian diagnostik

1- Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan
dalam borang analisis. –

2- Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang
Rancangan Pengajaran Kumpulan (RPK

UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN

Rasional:

Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh


amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk
melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.

Apa itu pengamatan:


1- Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas
pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pemgamatan ini berkait
rapat dengan pemikiran kita.

2- Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun
ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh
diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam
pembelajaran.

3- Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui


pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

4- Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu


proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan
pengalaman-pengalaman lalu.

5- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation”
beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada
kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam
pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.

6- Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah


mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat
daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu
pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.

Objektif Ujian Pengamatan:


Menerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam ;

1- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz,


warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan.

2- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek
yang lain.

3- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf,


nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

4- Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke
bawah dan dari bawah ke atas.

5- Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.

6- Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Komponen Ujian Pengamatan:


1- Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada
objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

2- Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada
objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

3- Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak,
warna, nombor, huruf dan sebagainya,
4- Diskriminasi kedudukan ( Position in space)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk,
corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

5- Koordinasi Motor –mata –tangan.


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan
fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.

6- Pertalian jarak (Spatial Relationship)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta
antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.

7- Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti
mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.

8- Turutan ( Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti
bersiri.

9- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure – Ground)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.

10- Menyalin ( Visual Copying)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

Panduan melaksanakan ujian pengamatan:


1- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana
yang terkandung dalam komponen pengamatan.
2- Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan.
3- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
4- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.
5- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.
6- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.

UJIAN PENCAPAIAN

1. Pengenalan

Ujian pencapaian terbahagi kepada ujian berbentuk sumatif dan fomatif.

1.1.Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid-murid mengikuti


proses pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas. Ia juga merupakan instrumen
pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran asas mata pelajaran Bahasa
Melayu. Penggubalan soalan bagi ujian ini adalah berasaskan kemahiran-kemahiran
tertentu. Jika murid tersebut lulus mengikut skor-skor yang ditetapkan maka murid
tersebut boleh dikembalikan ke kelas biasa untuk menjalani program pemulihan dalam
kelas.

1.2. Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid mengikuti proses
pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas. Ujian adalah untuk menilai penguasaan murid
dalam satu-satu kemahiran yang diajar. Ianya menjadi asas kepada peningkatan
kemahiran yang lebih tinggi. Bahan ujian dan keputusan ujian hendaklah difailkan
sebagai rujukan.

2. Pelaksanaan.
Ujian Pencapaian ini hendaklah dilaksanakan setelah murid-murid mengikuti program
pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Kelas Pemulihan Khas.
Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Walau bagaimanapun
ia bergantung kepada pencapaian setiap murid. Sekiranya terdapat sekumpulan murid
yang menguasai kemahiran yang sama pada sesuatu masa, maka ujian ini boleh
dijalankan secara kumpulan.

Pencapaian setiap murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Ujian Pencapaian
Bahasa Melayu seperti contoh pada bahagian akhir sesuatu set ujian.

Anda mungkin juga menyukai