Anda di halaman 1dari 24

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 129

UNIT 9

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DILUAR NEGARA

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Meneliti model-model pendidikan awal kanak-kanak luar negara 2. Memahami kurikulum dan pelaksanaan program-programnya di pusat pendidikan awal kanakkanak.

PENGENALAN
Bagaimanakah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di luar negara mempengaruhi program pengasuhan di Malaysia? Fikirkan.

endidikan awal kanak-kanak telah berkembang maju bermula peringkat pusat asuhan hingga prasekolah. Pendidikan prasekolah di Asean bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900-an, prasekolah ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Pendidikan awal kanak-kanak di luar Negara iaitu, bermula di Amerika Syarikat. Prasekolah pertama

didirikan pada tahun 1850 tetapi tumpuan diberi kepada kanak-kanak daripada golongan berada. Kanakkanak miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal kanak-kanak. Namun, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Model-model yang diperkenalkan di luar negara telah memberi keseimbangan terhadap penyelesaian masalah yang ada seterusnya meningkatkan mutu pendidikan awal kanak-kanak.Oleh yang demikian, bab ini akan membincangkan perkara yang berkaitan

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 130

dengan program-program yang dilaksanakan di luar negara menggunakan model-model pendidikan awal kanak-kanak.

ISI KANDUNGAN
Anda biasa dengan falsafah pendidikan awal kanak-kanak di luar negara? Apakah kandungan program yang boleh disesuaikan dan dilaksanakan di Malaysia? Dalam topik ini perbincangan akan berkisar kepada model pendidikan awal kanak-kanak di luar negara yang berkaitan dengan falsafah, latar belakang, kurikulum dan keberkesanan model.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI LUAR NEGARA


Pendidikan prasekolah mula berkembang di Amerika pada abad ke 20. Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori merupakan orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837. Manakala di United Kingdom, prasekolah pertama didirikan adalah pada tahun 1816 di Daerah Scotland oleh Robert Own dan diberi nama The Infant School .

MODEL SURE START


Falsafah

ure Start adalah satu program yang menyediakan pendidikan prasekolah yang berkualiti. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi aspek pendidikan, kesihatan, sosial, dan penglibatan ibu bapa. Hubungan rapat dan kerjasama antara keluarga, sekolah dan komuniti merupakan faktor yang amat dititikberatkan dalam program ini. Sure Start diasaskan kepada

prinsip amalan bersesuaian dengan kanak-kanak yang berasaskan kepada teori Piaget, Erikson, Vygotsky dan Gadner. Program ini bertujuan membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan juga keluarga.Dengan ini kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran sosial dan bakat mereka supaya lebih produktif.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 131

Latar Belakang

ure Start adalah satu usaha kerajaan British untuk mengatasi masalah kanak-kanak miskin dan masalah sosial (social exclusion). Sure Start dijalankan melalui program tempatan di kawasan yang kurang bernasib baik (deprived region) dalam negeri. Matlamatnya adalah untuk mencapai hasil yang terbaik bagi kanak-kanak, ibu bapa dan komuniti dengan mewujudkan pusat

penjagaan kanak-kanak untuk semua kanak-kanak; mempertingkatkan kesihatan kanak-kanak; pendidikan dan perkembangan emosi; dan membantu ibu bapa dalam peranannya dan mempertingkatkan aspirasi pekerjaan.

Kerajaan British telah menambahkan peruntukkan lebih daripada 1.5 billion dalam masa 2005-06, dengan penambahan sebanyak 669 milion untuk tahun 2007-08. Ini termasuklah 100,000 pusat penjagaan kanak-kanak yang sebahagiannya di tempatkan di sekolah. Dilancarkan dalam tahun 1998, kanak-kanak, remaja dan keluarga menjadi fokus penting kepada Sure Start dan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan dan Kemahiran (Department for Education and Skills). Unit ini bekerja dengan Kerajaan Tempatan, Primary Care Trusts, agensi mencari kerja Jobcentre Plus, komuniti tempatan dan organisasi sukarela dan sektor swasta. Terdapat 520 program tempatan; program-program dijalankan di Scotland, Wales dan Ireland Utara. Memberi fokus kepada keluarga-keluarga yang mempunyai anak di bawah umur 4 tahun dan meliputi lebih kurang 800 kanak-kanak di setiap kawasan.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan termasuklah drop-in centres untuk ibu bapa datang berbincang dengan kakitangan sure start, , pusat penjagaan dan klinik kesihatan bergerak. Setiap program dikelolakan dengan kerjasama badan-badan kerajaan (termasuk ahli profesional dalam kesihatan dan pendidikan), ahli profesional dalam penjagaan kanak-kanak dan kumpulan sukarelawan dan komuniti, begitu juga ibu bapa bekerjasama untuk memberi perkhidmatan kepada keluarga. Konsep perkongsian ini merupakan faktor yang unik yang menjayakan program program Sure Start. Program ini menyediakan pengalaman pembelajaran yang berkualiti tinggi. Perkembangan bahasa kanak-kanak menjadi punca kejayaan Sure Start. Dengan ini kerajaan dapat mensasarkan untuk mengurangkan sebanyak 5% perbelanjaan untuk menggunakan pakar bahasa dan pertuturan untuk kanak-kanak berumur empat tahun dalam tahun 2004.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 132

Sure Start berasaskan program Head Start yang dilaksanakan di Amerika Syarikat yang dilancarkan pada tahun 1965 bertujuan membantu komuniti memenuhi keperluan kanak-kanak yang tidak beruntung. Kajian mendapati pencapaian peperiksaan kanak-kanak yang mengikuti program Head Start lebih baik daripada rakan mereka yang tidak mengikuti program ini. Dan program ini juga telah mengurangkan kadar jenayah.

Apakah Perbezaan Antara Model Head Start dan Sure Start Model Head Start Sure Start cuba menggabungkan beberapa ciri Head Start yang dianggap berkualiti tinggi

Keunikan Sure Start Sure Start berasaskan DoDEA; Head Start menggunakan pendapatan sebagai kriteria kelayakan pendaftaran kanak-kanak. Sure Start juga menganggap pendapatan keluarga sebagai faktor penting tetapi selain daripada pendapatan faktor lain juga diambilkira.

Program sepanjang hari Sistem yang merangkumi - pendidikan, kesihatan, perkhidmatan social, dan penglibatan ibu bapa.

Pemeriksaan perubatan, pergigian, dan penilaian berterusan

Makanan tengahari yang berkhasiat dan minuman dan makanan ringan.

Head Start memperuntukkan minimum 10% bilik darjah untuk untuk kanakkanak berkeperluan khas, Sure Start tidak mengambilkira kanak-kanak keperluan khas sebagai kriteria pendaftaran ;

Penglibatan keluarga yang aktif.

Semua program berasaskan amalan yang bersesuaian dengan kanak-kanak

Penglibatan ibu bapa dalam Sure Start merupakan bahagian yang penting dalam program ;

menggunakan DoDEA sebagai asas kurikulum. Guru dan pembantu program diberi latihan dalam melaksanakan program untuk menjamin ketekalan;

memperuntukkan kadar 2 dewasa bagi setiap 18-20 murid.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 133

Keberkesanan Program Sure Start Ibu bapa yang mengikuti program ini mengakui mereka merasa lebih seronok dan lebih bersemangat untuk melakukan pekerjaan. Pengkaji juga mendapati program ini berjaya mengumpulkan pelbagai komuniti termasuklah mereka yang sebelum ini tidak pernah bercakap antara satu sama lain. Lebih kurang tujuh puluh orang ibu bapa termasuk bapa-bapa dari pelbagai komuniti menghadiri perjumpaan. Ibu bapa merasa bangga dengan perjumpaan ini.

Contoh Program Sure Start Playlink Satu projek yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan perkembangan bahasa,penumpuan, kemahiran sosial dan aktiviti bebas. Projek ini juga untuk memperkukuhkan kehidupan kekeluargaan dan menghalang perceraian. Projek ini merupakan usahasama antara pendidikan program kesihatan yang dilaksanakan di Utara Sussex dan Brighton.Projek ini melibatkan lawatan mingguan (oleh pelawat yang dilatih termasuk ibu bapa yang mendapat latihan dan berpengalaman) ke rumah-rumah. Mereka berbincang dengan keluarga dan memperkenalkan pelbagai alat permainan, buku-buku, lukisan, masakan yang mudah, mainan messy dan lain-lain . Terdapat juga perbincangan yang diadakan di dewan orang ramai dan di tempat-tempat lain untuk ibu bapa dan kanak-kanak yang bertujuan untuk bertemu dan berkongsi akt iviti termasuk membantu keluarga dalam penjagaan anak-anak. Kajian mendapati 16 kanak-kanak yang terlibat dalam playlink menunjukkan penumpuan yang lebih baik semasa permainan table play dan kurang menghadapi masalah percakapan dan bahasa semasa mula mendaftar di pusat jagaan kanak-kanak. Mereka juga telah menunjukkan kebolehan yang tinggi, kemahiran dan keyakinan diri semasa bercakap dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa.

Sasaran Sure Start adalah program yang mendapat pembiayaan kerajaan. Pada asalnya diperuntukkan kepada kanak-kanak berumur empat tahun. Kanak-kanak yang layak untuk memasuki program ini berdasarkan kepada keluarga yang berkemungkinan menjadikan anak-anak mereka "at risk": Berasaskan ranking tajaan (sponsor) (E-1-E-4 first priority)

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 134

i.

Kanak-kanak daripada ibu tunggal

ii. Ibu bapa bukan di kalangan pemegang ijazah iii. Ibu bapa tidak berpendidikan menengah atas iv. Ibu bapa dari kalangan remaja semasa anak pertama dilahirkan v. Salah seorang ibu bapa bercakap bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama vi. Kanak-kanak kurang berat badan; vii. Ibu bapa bertugas di luar daerah selama tiga bulan atau lebih; viii. Keluarga yang mempunyai empat atau lebih yang kelahiran mereka rapat ; ix. Kanak-kanak yang mempunyai kakak atau abang yang berkeperluan khas yang serius. Bidang Kurikulum 1. Perkembangan Sahsiah, Sosio-Emosi Dan Kerohanian 2. Perkembangan Bahasa, Komunikasi Dan Literasi Awal 3. Perkembangan Matematik Dan Pemikiran Logik 4. Perkembangan Pengetahuan Dan Pemahaman Alam Persekitaran 5. Perkembangan Fizikal 6. Perkembangan Estetika Dan Daya Kreatif

Strategi Pembelajaran menggunakan program Sure Start haruslah dirancang dengan baik dan berstruktur dengan memberi penekanan kepada keseronokan, main, bersesuaian dan memberi motivasi kepada setiap orang kanak-kanak.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 135

MODEL MONTESSORI

odel ini banyak digunakan di Amerika Syarikat. Program ini merujuk kepada bagaimana kanakkanak membesar.

Matlamat program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut: Penumpuan Kemahiran membuat pemerhatian Kesedaran dari segi susunan dan urutan Koodinasi Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali Konsep matematik Kemahiran bahasa Kemahiran menulis dan membaca Kebiasaan dari segi seni kreatif Kefahaman tentang alam semula jadi Pengalaman dalam memahami sains sosial Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah

Persekitaran Pusat Prasekolah

ontessori mementingkan kawasan yang luas bagi sesebuah pusat pendidikan awal kanakkanak. Kawasan yang luas membolehkan kanak-kanak bergerak dengan bebas. Dilengkapkan dengan taman permainan dan juga kebun bunga. Persekitarannya menarik dan menyeronokkan. Terdapat tanam-tanaman, bunga-bungaan dan alat-alat yang menarik.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 136

Peralatan seperti kerusi meja perlu dibuat dalam saiz kanak-kanak. Kerusi dan meja ini perlu ringan supaya kanak-kanak yang berumur dua dan empat tahun boleh mengangkat kerusi dan meja tersebut. Meja yang disediakan untuk kanak-kanak adalah berbentuk tiga segi yang boleh digunakan untuk dua orang kanak-kanak atau tiga orang kanak-kanak jika mereka duduk berdekatan. Terdapat juga meja yang kecil yang hanya boleh digunakan oleh seorang kanak-kanak jika ia bekerja berseorangan.

Bahan-bahan disusun di dalam almari yang boleh dicapai oleh kanak-kanak. Terdapat ruang-ruang yang dilengkapkan dengan bahan-bahan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Di pusat pendidikan Montessori disediakan juga tempat membasuh tangan yang rendah, boleh digunakan oleh kanak-kanak yang berumur tiga tahun. Di sediakan juga rak untuk meletak sabun, berus kuku, tuala dan lain-lain keperluan kanak-kanak. Jika perlu Montessori mencadangkan supaya disediakan almari kecil bagi tiap-tiap orang kanak-kanak supaya mereka dapat menyimpan sabun mereka, berus kuku, berus gigi dan lain-lain keperluan mereka.

Dalam setiap bilik disediakan almari yang rendah untuk menyimpan bahan-bahan pembelajaran. Pintu almari ini mudah dibuka. Penjagaan bahan-bahan ini dipertanggungjawabkan kepada kanak-kanak. Di atas almari ini dihiasi dengan pokok bunga yang ditanam dalam pasu, akuirium kecil, pelbagai barang-barang permainan. Kanak-kanak diberi kebebasan untuk bermain dengan barang-barang ini.

Bilik darjah juga dilengkapkan dengan papan hitam yang digantung rendah supaya boleh digunakan oleh kanak-kanak. Papan hitam ini juga dilengkapkan dengan tempat meletak kapur dan kain putih untuk kegunaan menyapu papan hitam. Di atas papan hitam dihiasi pula dengan gambar-gambar yang boleh menarik perhatian kanak-kanak. indah. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 137

Kanak-Kanak

A
Guru

ktiviti pembelajaran adalah berdasarkan kepada aktiviti individu. Kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka suka. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda

mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua. Program Montessori dibentuk untuk kanak-kanak yang berumur 3-6 tahun.

Dalam program Montessori kawalan orang dewasa adalah sangat minimum. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh atau melibatkan diri hanya semasa membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana mengguna alat-alat/bahan yang baru. Guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat self rewarding, motivasi intrinsik. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus yang intensif di peringkat ijazah

Bahan i. Mempunyai ciri-ciri yang khusus.

ii. Bahannya didaktik, dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu. iii. Berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan-bahan tersebut. iv. Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah. Kanak-kanak diberi cabaran untuk menyelesaikan konsep-konsep yang lebih susah secara progresif. v. Bahan-bahan dibina dengan cermat, selalunya dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti kayu yang telah divarnis.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 138

Aktiviti Terdapat beberapa set aktiviti. Di antaranya ialah: aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian, aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria dan aktiviti yang bercorak akademik.

a)

Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)

Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti: mengenakan butang baju, memasang tali kasut, menggilap kasut, menyikat rambut, menyiram pokok, mencuci tingkap dan menyapu sampah dan melap meja.

Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran fizikal kanak-kanak, tetapi juga untuk melatih disiplin diri, berdikari dan penghargaan kendiri. Melalui mengerjakan aktiviti tersebut dengan memberi penumpuan sepenuhnya.

b)

Bahan Deria (Sensorial Material) Aktiviti ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak memperkembang, menyusun, meluas dan menghalusi persepsi deria dari segi penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. Untuk mengembangkan kemahiran kanak-kanak dalam aspek di atas, Montessori mencipta berbagai alat . Di antaranya adalah seperti berikut: Pink Tower - mengandungi 10 kiub yang diperbuat daripada kayu yang mempunyai bentuk, teksture, dan warna yang sama. Semuanya berwarna merah jambu. Kuib yang ukurannya

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 139

bermula daripada 1cm, ditambah dengan 1cm bagi tiap-tiap kiub. Kuib yang yang terbesar berukuran 10cm. Kiub ini disusun secara menegak daripada yang terbesar kepada yang terkecil. Tower yang berwarna merah ini sangat menarik kanak-kanak kecil yang berumur kurang dari lima tahun kerana mereka boleh meruntuhakan tower ini dan kemudian membina semula berkali-berkali mengikut kesukaan mereka Brown Stairs mengandungi 10 blok yang dibuat daripada kayu. Semuanya berwarna coklat, berbeza dari segi ketebalannya. Kanak-kanak menyusun blok-blok ini daripada yang paling tebal kepada yang paling nipis. Yang paling tebal berukuran 10 cm. Blok-blok yang lain akan berkurangan ukuran ketebalannya bagi tiap-tiap satu sebanyak 1 cm Red Rods-10 batang kayu, semuanya berwarna merah mempunyai saiz yang sama tetapi berbeza dari segi panjang iaitu bermula daripada 10 cm kepada 1 cm. Kanak-kanak menyusun kayu-kayu ini daripada yang paling panjang kepada yang paling pendek. Cylinder Block Terdapat blok yang berlubang bulat dan selinder-selinder kecil yang

disediakan mempunyai saiz yang sesuai dengan lubang-lubang yang terdapat pada blok tersebut. Kanak-kanak dikehendaki mengeluarkan selinder daripada blok tersebut dan masukkan selinder itu ke dalam lubang-lubang yang sesuai dengan saiz selinder tersebut. Smelling Jar Menggunakan dua botol yang sama warna tetapi dimasukkan bauan yang berbeza. Guru meletakkan dua benda yang mempunyai persamaan bau dengan bauan yang terdapat di dalam botol. Kanak-kanak di minta mencium benda-benda tadi dan memadankan benda-benda tersebut dengan bauan yang terdapat di dalam botol tersebut. Baric Tablets - set kepingan kayu yang berbentuk tiga segi, mempunyai berat yang berbeza. Terdapat tiga set- ringan,sederhana ringan dan berat. Kanak-kanak dikehendaki memadankan kepingan-kepingan tersebut mengikut berat. Latihan Mengecam Warna (Color Tablets) - Pada peringkat awal Montessori memilih tiga papan yang mempunyai warna yang sangat terang. Iaitu warna merah, biru, dan kuning secara pasangan. Keenam-enam papan warna ini diletakkan di hadapan kanak-kanak. Kanak-kanak ditunjukkan dengan satu keping papan yang berwarna kemudian mereka disuruh mencari satu lagi papan yang mempunyai warna yang sama. Akhirnya kanak-kanak disuruh menyusun warna-warna dalam satu ruang mengikut pasangan masing-masing.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 140

Bilangan papan akan ditambah menjadi lapan warna, atau enam belas keping. Setelah kanakkanak dapat menguasai warna yang terang diteruskan pula dengan menambah warna yang lebih muda. Kemudian ditambah lagi dengan beberapa keping papan yang mempunyai warna yang sama tatapi berbeza dari segi tonnya. Kanak-kanak disuruh menyusun kepingan papan ini mengikut tone warna

Sound Boxes - Dua kotak yang serupa dari segi saiz dan warna, dimasukkan ke dalamnya dengan benda-benda yang berlainan. Misalnya satu dimasukkan pasir yang halus dan satu lagi dengan batu-batu kasar. Kanak-kanak diminta menggoncangkan kotak-kotak tersebut dan memadankan dengan kotak yang mempunyai bunyi yang sama.

Temperature jugs Bertujuan untuk membezakan suhu. Jug yang diperbuat daripada besi. Dimasukkan ke dalamnya air yang berbeza dari segi suhu. Kanak-kanak diminta memadankan jug yang sama suhunya.

Montessori juga mengajar kanak-kanak merasa dengan lidah untuk mengetahui rasa pahit, masam, manis, masin dan sebagainya. Kanak-kanak yang berumur empat tahun sudah mempunyai kesediaan untuk bermain dengan permainan ini. Selepas kanak-kanak merasa makanan-makanan mereka dikehendaki mencuci mulut dengan air bersih. Montessori berpendapat permainan ini bukan sahaja boleh mengajar kanak-kanak pelbagai bau dan rasa malah juga mengajar mereka memberisihkan mulut setelah mersai apa-apa makanan.

Pelbagai Jenis Kain- Montessori menggunakan pelbagai jenis kain untuk dikenalpasti oleh kanak-kanak. Terdapat tujuh jenis contoh kain iaitu baldu, sutera, bulu, kain linen yang halus, kain linen yang kasar, kain kapas yang halus dan kain kapas yang kasar. (Lihat gambar di bawah)

c)

Bahan-Bahan Konsep dan Akademik Geometric Insets of Wood and Frame- Terdapat berbagai bentuk geometri yang digunakan untuk mengajar bentuk (Lihat Rajah di bawah). Dalam set ini kanak-kanak dikehendaki memadankan bentuk yang sama. Mereka dikehendaki memasang kedua-dua bentuk yang sama dengan memasang kedua-duanya ke dalam frame yang telah dibentuk dengan bentuk-

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 141

bentuk yang tertentu. Kedua-dua kepingan papan itu diskrew supaya ia tidak bertaburan. Montessori juga mencipta kabinet untuk menyimpan alat-alat geometri tersebut. Latihan Pengecaman Bentuk - Kanak-kanak diberi frame atau talam yang dipenuhi dengan kepingan kayu dalam pelbagai bentuk. Keluarkan semua bentuk itu dan campurkan semuanya. Kanak-kanak dikehendaki memilih bentuk-bentuk yang sama dan padankan bentuk-bentuk itu ke dalam frame atau talam. Montessori menganggap permainan ini sangat berkesan untuk melatih kanak-kanak mengenali bentuk geometri. Kanak-kanak juga dikehendaki menggunakan jari untuk menyentuh dan menggerakkan jarinya mengikut bentuk geometri yang terdapat dikepingan papan tersebut Kertas Pasir- Kanak-kanak dilatih menggunakan jari untuk merasakan (trace) huruf-huruf yang dipotong daripada kertas pasir. Huruf Abjad - Di kelas Montessori dilengkapkan dengan huruf-huruf abjad. Kanak-kanak dikehendaki menyusun huruf-huruf ini supaya menjadi perkataan. Manik-Di Tadika Montessori dibekalkan dengan manik daripada unit 10, 100 dan 1000 untuk mendedahkan konsep menghitung kepada kanak-kanak. Artistic or cultural material and exercice- dicipta untuk membantu kanak-kanak menyukai dan menikmati muzik dan belajar mengawal pergerakan kaki dan tangan mereka dalam penyediaan untuk menari. Montessori juga memperkenalkan rhythm, harmony dan melodi. Kanak-kanak diajar bagaimana menggunakan alat-alat muzik dan mengecam bunyi muzik melalui latihan deria. Sungguhpun lukisan tidak diajar secara langsung, kanak-kanak diajar mengenai garisan dan warna sebelum lukisan diperkenalkan (Brewer 1998). Aktiviti lain yang boleh mempertingkatkan persefahaman kanak-kanak dari segi budaya ialah seperti peta, gambar-gambar binatang dan tumbuh-tumbuhan untuk kanak-kanak mengenalpasti dan membuat klasifikasi.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 142

MODEL REGGIO EMILIA

Odel ini diasaskan di Reggio Emilia yang terletak di Utara Itali di bawah bimbingan Loris Malaguzzi . Model ini dibina adalah berdasarkan kepada teori Piaget dan Vygotsky.

Persekitaran Menarik dan menyeronokkan Boleh mewujudkan hubungan kemanusiaan dan menggalakkan pembelajaran. Ruang-ruang digunakan untuk menggalakkan komunikasi. Penyusunan ruang boleh menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan kecil, kumpulan besar, bekerja dengan hanya seorang guru, atau bekerja sendiri. Peralatan, bahan-bahan dan aktiviti disusun untuk menggalakkan penerokaan, penemuan, penyelesaian masalah dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pemilihan.

Atelier Model ini menyediakan studio khas atau bengkel di mana kanak-kanak dan guru-guru boleh menggunakan pelbagai bahan untuk melahirkan pengalaman mereka. Atelier ini digunakan untuk mendokumentasikan kerja kanak-kanak, membuat transkripsi daripada perbincangan kanak-kanak, mengambil gambar aktiviti-aktiviti mereka, membuat dokumen terhadap proses pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai projek. Dokumen ini memberi makna kepada kanak-kanak kerana mereka akan dapat menilai sendiri hasil kerja mereka, dan hasil kerja rakan mereka. Melalui projek ini guru dan ibu bapa boleh menilai dan membuat pertimbangan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 143

Kurikulum Kurikulum Reggio Emilia berasaskan kepada projek. Dalam projek ini kanak-kanak biasanya bekerja dalam kumpulan kecil untuk menerokai sesuatu konsep, atau sesuatu tajuk dengan lebih mendalam. Projek ini boleh dijalankan dalam masa yang singkat atau lama. Selalunya ia mengambil masa dalam jangka masa sebulan. Oleh kerana program Reggio Emilia tidak menetapkan masa-masa yang tertentu di sekolah maka kanak-kanak boleh membuat kerja dengan keadaan yang tenang (tidak terburu-buru)

Tajuk atau Tema Projek Model ini mementingkan minat dan kecenderungan kanak- kanak. Oleh sebab itu tajuk projek yang akan dilaksanakan oleh kanak-kanak mungkin hasil daripada soalan yang mereka kemukakan kepada guru, atau dengan kata lain ianya berdasarkan idea kanak-kanak. Contoh Forman (1993) dalam (Eva Essa 1996), mengemukakan sebuah projek di mana kanak-kanak mengkaji keadaan persekitaran mereka dalam musim bunga yang berkaitan dengan bunga popi. Kanak-kanak memulakan projek dengan aktiviti melukis, bermula dengan memikirkan bagaimana rupa bunga popi. Guru dan kanak-kanak berkomunikasi : Mereka bersoal jawab, membandingkan kerja masing-masing dan membincang beberapa perkara yang terdapat di ladang popi. Kemudian mereka membuat lawatan ke ladang popi. Mereka berada di ladang popi selama beberapa hari, di sana mereka membuat pemerhatian, membanding dan memikirkan semula soalan-soalan yang pernah mereka kemukakan sebelum ini. Apabila mereka balik semula ke sekolah, mereka dapat melukis bunga popi dalam keadaan yang lebih tepat dan sempurna. Ia juga mungkin berdasarkan idea yang dikemukakan oleh guru. Kebiasaannya tajuk projek adalah berdasarkan pengalaman harian kanak-kanak. Projek boleh dilakukan dalam berbagai topik.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 144

Guru Mengikut Malaguzzi (1993) pendidikan mesti melibatkan tiga unsur- kanak-kanak, guru dan keluarga. Guru-guru di Reggio Emilia bekerja sebagai pasangan kepada kanak-kanak. Mereka akan duduk bersama sekumpulan kanak-kanak yang berumur tiga tahun, sejak lahir hingga tiga tahun, tiga tahun hingga enam tahun. Peranan guru adalah sebagai sumber kepada kanak-kanak dan pasangan dalam pembelajaran kanak-kanak. Guru mendapat bantuan daripada penyelaras pedagogi dan seorang guru lukisan . Program-program yang lain yang terdapat di Reggio Emilia ialah mesyuarat mingguan bagi kakitangan dan program kemajuan staf. Kedua-dua program ini dapat mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan profesionalisme.

PENDEKATAN BANK STREET DEVELOPMENT INTERACTION

endekatan ini ditubuhkan untuk Head Start dan program Follow Through oleh Elizabeth Gilkeson & associates. Ianya berdasarkan falsafah Kolej Pendidikan Bank Street, di New York. Kurikulumnya berdasarkan kepada individu mengikut peringkat perkembangan individu

Kesan pembelajaran secara berinteraksi Dari segi interaksi dengan orang lain program ini mempercayai bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan lebih berkesan melalui interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa dalam persekitaran yang dibentuk untuk menyediakan pelbagai kegiatan. Program ini berdasarkan kepada falsafah dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memupuk perkembangan intelek dan sosioemosi. Penekanan diberi kepada kemahiran kognitif, penghargaan kendiri, identiti (sifat-sifat dan lain-lain yang terdapat pada seseorang), kecekapan kendiri, kawalan impulsif (desakan hati), keyakinan diri, reka cipta, produktiviti, autonomi (hak atau kuasa sendiri) dan hubungan dengan orang lain.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 145

Penilaian Guru membuat penilaian yang berterusan terhadap kemajuan kanak-kanak dan menyediakan aktiviti yang selari dengan penilaian. Pelbagai bahan pembelajaran disediakan untuk kanak-kanak.

Pendekatan Tematik Model ini mencadangkan strategi pengajaran pembelajaran menggunakan kaedah tematik. Pembelajaran berdasarkan tema dijalankan dengan menyepadukan aspek kurikulum. Pemilihan tema adalah berasaskan kriteria berikut: o Perkara-perkara yang diminati oleh kanak- kanak o Berdasarkan sumber yang ada o Yang membawa kepada aktiviti dan perbincangan o Ada kaitan dengan kanak-kanak dan boleh difahami oleh mereka. o Dapat membantu perkembangan pembelajaran konsep idea yang lebih luas o Sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak o Mempunyai potensi terhadap pembelajaran sendiri. Apabila tema telah dipilih, guru-guru perlu menentukan apakah konsep yang boleh dibina dengan tema tersebut. Kanak-kanak mendapat keseronokan semasa menjalankan aktiviti. Hubungan guru-kanak-kanak menjadi asas dalam pelaksanaan program ini. Kemesraan guru, sifat penyayang dan hubungan yang menyokong (supportive) dengan kanak-kanak menggalakkan mereka memberi kerjasama kepada guru.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 146

MODEL COGNITIVELY ORIENTED

odel ini pula diasaskan oleh David Weikart and Associates di Institute High/Scope di Ypsilanti, Michigan. Ia merupakan satu percubaan untuk menterjemahkan teori perkembangan Piaget ke dalam program pendidikan. Pada asalnya ia dikenali sebagai Perry Preschool, dibina dalam tahun 1960 untuk membantu kanak-kanak yang tidak beruntung. Program ini memberi

penekanan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak, bagaimana kanak-kanak mengurus masa dan menginterpretasikan hubungan di antara objek dan peristiwa dalam persekitaran.

Persekitaran Kanak-kanak boleh memilih pelbagai bahan yang disediakan. Bilik darjah dibahagikan kepada sudut-sudut. Tiap-tiap sudut dilengkapkan dengan peralatan tertentu. Sudut dalam bilik darjah mengandungi : i. sudut untuk urusan rumah tangga,

ii. sudut blok, iii. sudut lukisan, iv. sudut senyap dan sudut yang luas. v. sudut-sudut untuk binaan, vi. sudut muzik dan gerakan, vii. sudut permainan pasir dan air dan, viii. sudut binatang dan tanaman, ix. terdapat juga tempat penyimpanan barang-barang yang disediakan untuk mengajar kanak-kanak dari segi kebersihan dan peraturan.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 147

Masa Merancang Kanak-kanak memulakan aktiviti dengan membuat perancangan tentang apakah aktiviti yang hendak dilakukan. Guru membantu kanak-kanak dalam perancangan tersebut dan mencatat rancangan kanak-kanak tersebut.

Masa Bekerja Kanak-kanak bekerja sendiri. Kanak-kanak mungkin diberi plastisin atau pun bahan-bahan lain untuk diterokai dan memanipulasi. Ini bukan masa mengajar. Masa ini memberi peluang kepada guru untuk membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak dan memperkenalkan bahan-bahan untuk diterokai oleh kanak-kanak.

Masa untuk Mengingat Semula (Recall Time) Kanak-kanak menyemak semula kerja-kerja mereka. Selalunya dijalankan dalam kumpulan kecil.

Kurikulum Terdapat lapan bidang i. Pembelajaran Aktif- Kanak-kanak sendiri menjalankan aktiviti mereka, termasuk belajar melalui deria, manipulatif, mencantum bahan untuk mengetahui hubungan, memilih sendiri aktiviti dan bahan-bahan dan belajar menggunakan alat dan perkakas. ii. Untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa kanak-kanak digalakkan bercakap dengan orang lain mengenai pengalaman yang bermakna kepada mereka, menggambarkan sesuatu dan melahirkan perasaan. Guru menulis dan mengadakan permainan bahasa. iii. Menggambarkan pengalaman dan idea dengan mengecam objek melalui deria, meniru pergerakan dan suara, main peranan, melukis dan mengecat. iv. Membuat klasifikasi bermula dengan pra operasi di mana kanak-kanak mengenali persamaan dan perbezaan objek. Kanak-kanak digalakkan menggambarkan ciri-ciri sesuatu benda, mengasing

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 148

dan mencantumkan benda, menggunakan benda dalam berbagai cara, membincang tentang ciriciri yang tidak dimiliki oleh sesuatu dan membezakan di antara sedikit, setengah dan semua. v. Membuat seriasi. Berkebolehan menyusun benda-benda, dilakukan dengan membuat perbandingan, menyusun objek mengikut susunan dan mencantumkan objek. vi. Konsep nombor- Merupakan asas kepada kefahaman matematik yang dilakukan berasaskan kepada pengalaman konkrit. Untuk mempertingkatkan konsep ini pengalaman disediakan supaya kanak-kanak dapat membuat perbandingan, dan membilang. vii. Hubungan yang berkaitan dengan ruang Digalakkan melalui memasang dan mengasingkan benda, menyusun semula dan membentuk semula objek. Memerhati dan menggambarkan bendabenda mengikut perspektif yang berbeza. Bermain dengan benda-benda yang berbagai bentuk, mengalami dengan anggota tubuh badan sendiri dan menggambarkan anggota badan sendiri, menggambarkan jarak dan kedudukan. Memahami unit-unit masa dan menyusun urutan peristiwa mengikut masa.

MODEL THE BEREITER-ENGLEMANN Dikenali sebagai The Direct Instruction iaitu Prasekolah Akademik atau DISTAR

odel ini dibina berdasarkan teori tingkah laku. Ia diasaskan oleh Carl Bereiter dan Siegfried Engelmann dalam tahun 1960. Ia bertujuan untuk membantu kanak-kanak daripada latar belakang yang miskin supaya mereka berjaya apabila berada di sekolah rendah. Kanak-kanak tidak beruntung sudah sedia ketinggalan daripada rakan-rakan mereka dari golongan kelas

menengah. Mereka bukan sahaja memerlukan pengayaan, malah juga memerlukan program yang boleh mempercepatkan kadar pembelajaran mereka. Model ini berbeza daripada model-model lain kerana ia dibentuk untuk memenuhi matlamat-matlamat tertentu yang telah ditetapkan oleh guru (bukan untuk memenuhi perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh).

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 149

Kurikulum Model ini menggunakan pendekatan pengajaran secara langsung. Guru merancang pengajaran, Kanak-kanak dikehendaki membuat latih tubi dan latihan-latihan tertentu. Terdapat tiga mata pelajaran yang diberi penekanan iaitu bahasa, matematik dan bacaan. Matlamatnya ialah untuk memberi kemahiran kepada kanak-kanak dalam tiga aspek yang disebut di atas. Setiap pelajaran dibentuk untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran-kemahiran yang tertentu . Contoh, dalam aspek bacaan, kanak-kanak dikehendaki melihat huruf dan menyebut huruf dari kiri ke kanan. Matlamatnya ialah untuk membolehkan kanak-kanak mencantumkan huruf-huruf untuk membentuk perkataan. Dalam aspek bahasa, dikaitkan dengan penggunaan dikaitkan dengan penggunaan kata majmuk, melengkapkan ayat, ayat kalau, dan, ayat positif dan negatif dan perkataan berlawan (besar/kecil, atas/bawah). Matlamat lain berkaitan dengan warna dan nama, bilangan sehingga 20, mengenal huruf, berkebolehan untuk mengeluarkan kata-kata irama. Guru memberi peneguhan yang berterusan dalam bentuk pujian dan makanan. Muzik diajar secara langsung bertujuan untuk memperkukuhkan bahasa . Mengikut Lay- Dopyera & Dopyera (1993), dalam mata pelajaran matematik kanak-kanak bukan sahaja diajar untuk membilang sehingga 20, mereka juga dilatih untuk membilang dengan mencampur atau menolak/membuang di samping pengajaran simbol-simbol +, -, dan =, dan dikehendaki menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan simbol-simbol tersebut.

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 150

Persekitaran Pengajaran berdasarkan kepada bilik darjah yang kecil di mana guru mengajar secara langsung. Bilik darjah yang luas untuk aktiviti yang kurang berstruktur untuk kumpulan yang lebih besar . Pelan lantai terdiri daripada tiga bilik darjah yang kecil- bilik matematik, bilik bacaan dan bilik bahasa. Semua bilik dilengkapkan dengan lima kerusi yang menghadapi papan hitam. Terdapat bahan-bahan seperti puzzel, buku-buku, bahan-bahan untuk menekap, kertas dan krayon tetapi tidak ada bahan untuk kreativiti kerana perkembangan kreatif bukan menjadi matlamat dalam program ini.

Jadual Ketiga-tiga pelajaran (bahasa, matematik dan bacaan) diajar secara intensif. Dijalankan dalam masa 20 minit. Tiap satu mengandungi 5 orang kanak-kanak, atau tiga hingga lapan orang, dan seorang guru. Pengumpulan dilakukan mengikut kebolehan.

Guru Program ini mencadangkan bahawa guru sekolah rendah lebih layak dan sesuai mengajar program ini berbanding dengan guru yang dilatih untuk awal kanak-kanak.

Kajian Tentang Keberkesanan Program Beberapa kajian telah dibuat untuk melihat keberkesanan program ini. Hasilnya didapati kanak-kanak telah menunjukkan kemajuan yang signifikan dalam ujian IQ dan ujian pencapaian berbanding dengan kumpulan kanak-kanak lain yang dikaji. Tetapi kemajuan ini nampaknya menurun dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak yang mengikut program yang lain. Begitu juga dengan peringkat sifat ingin tahu dan reka cipta yang terdapat di kalangan kanakkanak dari program Bereiter-Engelmann didapati lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak daripada program lain

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 151

Keadaan ini mungkin kerana terlalu banyak pengukuhan dibuat yang berkemungkinan boleh mengurangkan minat intrinsik yang terdapat dalam diri kanak-kanak dalam pembelajaran mereka

Apabila motivasi luaran dihapuskan motivasi untuk belajar hilang. Kajian juga mendapati remaja yang mengikuti program pengajaran secara langsung semasa di peringkat prasekolah menunjukkan kadar delinkuen remaja yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang mengikuti program yang menekankan kepada pemilihan sendiri semasa di tadika.

RUMUSAN
Pendidikan prasekolah di luar negara telah bermula lebih awal berbanding di Malaysia. Model yang digunakan mengambil kira isu-isu masyarakat dan menjadi satu jalan penyelesaian masyarakat sekitarnya. Kurikulumnya memberi perhatian kepada keseronokan dan minat kanak-kanak itu. Pelbagai model telah diperkenalkan dan dilaksanakan. Ia memberi banyak kesan yang positif terhadap perkembangan kanakkanak itu sendiri. Berdasarkan kajian keberkesanan yang dilakukan pada model ini, kelemahan dan kekurangannya telah dinilai semula. Semua yang dilakukan untuk memastikan kanak-kanak mengalami pengalaman pembelajaran yang menarik sekaligus meningkatkan mutu diri dan perkembangannya ke tahap yang baik. Terdapat model luar negara telah diadaptasi dan digunapakai di negara kita seperti Head Start dan Montessori.

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. Sure Start Head start Montessori
Model The Bereiter-Englemann

Model Reggio Emilia

U N I T 9 : P e n d i d i k a n A w a l K a n a k - k a n a k d i L u a r N e g a r a | 152

PENILAIAN KENDIRI
1) Pilih salah satu model dan rancang aktiviti berdasarkan kurikulum yang digunakannya. 2) Nyatakan kekuatan dan kekurangan bagi model berikut: a- Reggio Emilia b- Bank Street c- Sure Start

RUJUKAN
Gordon, A. M. & Browne, K. W. (2004). Beginnings & Beyond Foundations in Early Childhood Education (6th ed.). NY: Thompson Delmar Learning. Johnson, J. E., (2005). Approaches to Early Childhood Education (4th.Ed.). NJ: Merill Prentice Hall. Sobel. D. (2008). Childhood and Nature. Portland, Maine: Stenhouse Publishers,

Beecher, A., (,2008.). Programming and Planning in Early Childhood Settings. Australia: Thomson.

Decker C. A & Decker J. R. (2004). Planning and Administering Early Childhood Programs (8th ed). NJ: Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai