Anda di halaman 1dari 24

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

PENGENALAN Kata pepatah Cina, Saya dengar saya lupa; Saya lihat saya ingat; Saya buat saya faham. Untuk mencapai pemahaman, pengalaman melalui satu jenis deria sahaja tidak mencukupi. Pengalaman amat perlu dirangsang oleh pancaindera dan diolah oleh prosesproses mental supaya dapat mencapai pembelajaran bermakna. Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan. Tiga faktor yang mendorong kanak-kanak mencapai pemahaman ialah sediakan suasana pembelajaran yang bermakna, galakkan murid untuk membuat keputusan dan berikan kesempatan untuk mereka menghalusi pemikiran dengan cara saling bertukar pendapat. Guru berperanan juga untuk merangsang tindakan mental kanak-kanak semasa kanak-kanak sendiri bertindak ke atas sesuatu objek. Dengan itu, mereka boleh membina idea-idea sendiri. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru. Konstruktivisme menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.. Unsur konstruktivisme yang paling penting adalah bahawa seseorang membina pengetahuan dirinya sendiri secara aktif, dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada. Cara ini digunakan untuk menyelesaikan sebarang perselisihan idea atau salahkonsep demi mencapai pemahaman baru. Kanak-kanak telah memperoleh pengalaman tentang alam sekitar sejak dilahirkan. Mereka telah mengembangkan idea-idea yang membolehkan mereka memahami apa yang berlaku di sekeliling. Mereka membawa idea-idea informal itu ke dalam bilik darjah. KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK Page 1

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

Walaubagaimanapun, bukan semua idea atau pengalaman mereka boleh memberikan gambaran yang jelas kepada pemerhati kerana konsep yang terlibat dalam fenomena alam susah difahami malah sangat sukar diterangkan secara saintifik. Penyesuaian dan gabungan idea daripada pemerhatian fenomena seharian dengan konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah selalunya menghasilkan salahkonsep. Tujuan pendidikan Sains adalah memberi penerangan yang selanjutnya supaya idea-idea mereka menjadi konsep-konsep yang lebih bermakna. Konsep yang silap perlu diperbaiki supaya salahkonsep murid terhadap pembelajaran sains tidak berterusan.

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 2

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

SALAHKONSEP PELAJAR DALAM SAINS Maksud salahkonsep Hancock (1940) mentakrifkan salahkonsep ialah apa-apa kepercayaan yang tidak berasas yang tidak mengandungi unsur ketakutan, nasib yang baik, iman, atau campur tangan ghaib' (halaman 208). Barrass (1984) pula mentafsirkan salahkonsep sebagai 'kesilapan' atau kesilapan, 'salah faham' atau idea-idea yang mengelirukan, dan 'salah faham' atau misinterpretations fakta. Beliau mengatakan bahawa guru-guru dan pelajarpelajar yang lebih cerdik boleh membetulkan kesilapan. Salahkonsep juga mungkin dirujuk sebagai tanggapan prasangka, kepercayaan bukan saintifik, teori naif, konsep bercampur, atau salah faham konsep. Pada dasarnya, dalam bidang sains, ini adalah kes-kes di mana sesuatu yang kanak-kanak tahu dan percaya tidak sama dengan konsep saintifik . Kebanyakan kanak-kanak yang berpegang teguh kepada konsep yang salahTIDAK menyedari bahawa idea-idea mereka adalah salah. Apabila mereka diberitahu konsep mereka itu salah, mereka sukar untuk mengaku kesalahan mereka lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai salahkonsep untuk masa yang lama. Memiliki salahkonsep boleh mempunyai kesan yang serius kepada pembelajaran kanak-kanak. Jenis-jenis salahkonsep Salah tanggapan atau miskonsepsi dapat dikategorikan kepada beberapa jenis ( National Academy Of Science 1997); 1. Idea awal yang diperoleh daripada pengalaman harian. 2. Kepercayaan bukan saintifik yang diperoleh daripada sumber-sumber ilmu lain seperti pendidikan agama dan kepercayaan. 3. Pemahaman konseptual hasil pengajaran-pembelajaran konsep-konsep sainsa yang kurang kukuh. KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK Page 3

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

4. Miskonsepsi vernacular yang disebabkan oleh penggunaan perkataan yang mempunyai maksud yang berlainan dalam kegunaan harian pelajar dibandingkan dalam konteks saintifik. 5. Miskonsepsi fakta yang disebabkan oleh pembentukan konsep yang tidak betul dan dikekalkan terus sehingga peringkat dewasa. Contoh-contoh salahkonsep dalam sains Menyiasat alam kehidupan a. Pokok hanya dianggap tumbuhan apabila mereka adalah kecil. b. Manusia bukan haiwan.

c. Tumbuh-tumbuhan mendapatkan makanan mereka dari persekitaran dan bukannya pembuatan dalaman. d. e. Air dan mineral adalah makanan untuk tumbuh-tumbuhan. Tanah adalah makanan tumbuhan. Orang yang meletakkan makanan (baja) di dalam tanah untuk tumbuh-tumbuhan untuk dimakan. f. g. Respirasi dan fotosintesis tidak dilihat sebagai proses pemindahan tenaga. Tumbuh-tumbuhan mengambil makanan mereka melalui akar dan kemudian menyimpan dalam daun mereka. Tumbuhtumbuhan hanya memberi oksigen. h. Fotosintesis adalah satu proses tumbuhan dan respirasi adalah satu proses haiwan.

Menyiasat daya dan tenaga a. b. c. d. Perkara yang lembut cair lebih mudah daripada benda-benda keras. Suhu digunakan untuk mengukur haba, dan haba "panas". Tidak ada perbezaan antara haba dan suhu. Suhu adalah haba. Kiub ais yang lebih besar mempunyai suhu yang sejuk.

Menyiasat Bumi dan alam semesta

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 4

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

a.Bumi adalah lebih dekat dengan Matahari pada musim panas daripada di musim sejuk. b. Cahaya matahari "lantunan" off objek di musim sejuk c. Kecondongan paksi Bumi berubah jarak planet dari mataharisepanjang tahun. d. Bumi bergerak dalam orbit elips yang amat dibesar-besarkan meletakkan ia terus atau lebih dekat dengan matahari. Kitaran air: a. Anak-anak muda berfikir awan dibuat daripada "asap". b. Hujan jatuh dari awan apabila mereka bertembung dan berpecah terbuka. c. Hujan jatuh apabila awan menjadi sejuk. d. Apabila air menyejat, ia hanya hilang dan tidak lagi wujud. e. Apabila air menyejat, ia segera naik ke awan atau ke dalam matahari. f. Pelajar mempunyai masa yang sukar menerima idea zarah yang tidak kelihatan air di udara. Fasa Bulan: a. Bulan fasa hasil dari bayang-bayang bumi jatuh di bulan.Salah tanggapan dalam sains b. Litupan awan menyebabkan fasa bulan. c. Bulan separuh hitam dan setengah putih dan ia berputar. Sepertibulan berputar, kita lihat perkadaran yang berbeza daripadakedua-dua belah pihak. d. Bulan memancarkan cahaya sendiri, dan bukannyamencerminkan cahaya dari matahari. Saiz Skala dan Jarak a. Lukisan matahari, bumi, dan bulan hanya berbeza dalam saizskala antara separuh atau dua kali ganda diameter antara satu sama lain. b. Jarak dari matahari tidak banyak berbeza daripada jarak antaraplanet. c. Matahari dan bulan telah disediakan di antara 1-4 diameterbumi jauh dari bumi. d. Jarak yang besar sangat sukar bagi pelajar untuk memahami. e. Tahun cahaya dianggap sebagai unit masa dan bukan daripada jarak.

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 5

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

Faktor-faktor penyebab salahkonsep Kajian telah menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan salahkonsep di kalangan kanak-kanak dalam pembelajaran sains. Antaranya ialah:
1. Idea-idea pelajar tidak sentiasa berkembang secepat kadar pembentangan konsep

dalam kebanyakan buku-buku teks dan dalam unit pengajaran yang direka bentuk guru.
2. Bahasa yang digunakan oleh guru dan buku teks boleh mengelirukan sesetengah

pelajar.
3. Sering ada konflik yang belum diterokai antara pengalaman setiap hari pelajar dan

pembentangan kelas atau buku teks.


4. Demonstrasi atau eksperimen yang ditunjukkan oleh guru selalunya pasif. 5. Gambar, gambarajah yang terdapat dalam buku teks atau sumber yang lain

mengandungi unsur-unsur yang boleh menyebabkan murid salahkonsep.


6. Kerangka kefahaman alternative sedia ada pelajar-pelajar yang jarang diberi

perhatian oleh guru menyebabkan idea yang tidak tepat berkekalan.


7. Bahasa harian yang tidak dapat dibezakan dengan bahasa sains

Cara-cara mengatasi masalah salahkonsep Salah satu masalah besar yang sukar diatasi dalam pengajaran konsep sains adalah memisahkan atau mengubah pandangan ataupun pegangan asal pelajar pada satu konsep kepada penjelasan yang dapat diterima oleh komuniti sains. Cara-cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengatasi masalah salahkonsep: 1. Guru perlu menggalakkan murid menjalankan penyiasatan ke atas fenomenafenomena sains yang menarik.

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 6

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

2. Dunlop (1999) mencadangkan agar guru memberikan bukti bahawa konsep asas yang dikemukakan oleh saintis pada masa kini lebih tepat untuk menerangkan sesuatu fenomena semula jadi. Hal ini membolehkan murid menghubungkan fenomena, idea dan pengalaman baru dengan konsep sedia ada mereka.

3. Selain itu guru juga perlu mengubah peranannya daripada penyampai maklumat kepada penyelidik dan pemudah cara. Sebagai penyelidik guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid manakala sebagai pemudah cara guru perlu membimbing agar murid dapatmempelajari sesuatu dengan bermakna (Bahagian Pendidikan Guru 1995). Strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk mengatasi masalah salahkonsep :

Strategi inkuiri penemuan

Strategi inkuiri penemuan membuatkan murid berusaha untuk menemui sesuatu yang baru dalam dirinya,walaupun apa yang ditemui bukan semestinya baru dalam dunia ini.Takrif lain bagi inkuiri ialah proses menyelesaikan masalah atau pengesanan kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis,menjalankan pemerhatian,mengemukakan soalan,melakukan eksperimen dan menyatakan kesimpulan. Murid-murid berupaya menjalankan inkuiri apabila mereka diberi kesempatan pembelajaran hands on, bahan yang sesuai untuk dimanipulasikan, masalah yang mengagumkan , bantuan dan bimbingan,kebebasan yang mencukupi untuk mereka membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan pembelajaran dirinya sendiri. Berfikir untuk memperoleh pengetahuan baru atau penyelesaian masalah merupakan ciri utama bagi semua kaedah inkuiri. Apabila murid berjaya memperoleh fakta,konsep,prinsip,atau penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapai

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 7

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

suatu penemuan.Inkuiri sebagai suatu proses dapat meningkatkan pembelajaran sains,proses sains dan sikap terhadap sains. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Dalam kurikulum cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar. Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar. Kaedah dan aktiviti yang yang berbeza perlu dirancang untuk murid-murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar. Berikut diberi penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah ini. Eksperimen: Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 8

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipothesis 3. Merancang eksperimen: mengawal pemboleh ubah. menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan menentulkan langkah menjalanakan eksperimen kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

4. Melakukan eksperimen 5. Mengumpul data 6. Menganalisis data 7. Mentafsirkan data 8. Membuat kesimpulan 9. Membuat laporan Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru ,murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Perbincangan Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 9

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

Projek Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain. Lawatan Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini. Kajian masa depan Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 10

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

Penyelesaian masalah Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut: 1. Kenal pasti dan faham masalah 2. Jelaskan masalah 3. Cari alternatif penyelesaian masalah. 4. Lakukan operasi penyelesaian. 5. Nilaikan penyelesaian Simulasi . Main peranan ialah aktiviti yang menempatkan kanak-kanak dalam situasi di mana mereka perlu mengandaikan diri sebagai watak (manusia atau bukan manusia) dan memainkan peranan dan kelakuan watak itu.kanak-kanak cuba bertindak,berasa dan bergerak balas seperti watak berkenaan. Sebagai contoh,murid-murid menjalankan simulasi melancong ke bulan untuk menjelaskan keadaan di bulan seperti kawah,gunung,tanah dan batuan(bumi dan dunia teknologi,tahun 4).untuk membantu murid membuat persediaan,kad tugasan diberikan kepada tiga kumpulan kecil yang akan membincangkan dialog dan lakonan yang diperlukan. (sila rujuk PuLSaR Modul 5,PPK,1994,halaman 26-28). .permainan memerlukan aplikasi pengetahuaan Sains Dn strategi sains untuk menang.sebagai contoh,40 keping kad gambar haiwan disediakan.Empat orang pemain perlu mengelaskan gambar yang dipegangnya mengikut cara pengelasan haiwan bergilirgilir.Markah diberi untuk pengelasan yang dilakukan dengan betul .Pemain yangmendapat KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK Page 11

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenag.(sila rujuk PuLSaR Modul 5 halaman 2526). . M odel merupakan bahan gentian yang dapat mewakili bahan sebenar.Terdapat tiga jenis model yang utama.Pertama,model pepejal boleh dibina untuk membesarkan realia yang terlalu kecil atau mengecilkan realia yang terlalu besar.Model begini dapat diperhatikan dan dipegang dengan mudah.Pelajar akan dapat mengenali dan memahami stuktur luar dan cirri fizikal realia yang diwakili oleh model.Contohnya,model glob digunakan untuk mewakili bumi dan permukaanya. Kedua,model keratin yang dibina untuk menunjukkan bahagian dalam sesuatu objek atau sistem.Dengan itu,sturtuk dan fungsi dalaman yang dilindungi dapat diperjelaskan.Contohnya,model keratin gigi yang menunjukkan lapisan-lapisan dalam gigi yang memainkan peranan masing-masing. Akhirnya,model pergerakan yang menunjukkan cara sesuatu sistem bergerak dan beroperasi.Contohnya,model enjin dua-jelang dan enjin empat-jelang boleh digunakan untuk mendemonstrasikan cara pembakaran bahan api dan bagaimana enjin menggerakkan motor. Kesan-kesan salahkonsep terhadap pembelajaran sains kanak-kanak Gilbert, Osborne dan Fensham ( 1982) memberi beberapa akibat yang mungkin timbul daripada keadaan itu; 1. Pelajar mungkin tidak akan mengubah konsep sedia ada ataupun mungkin menerima perspektif yang disampaikan sebagai perkara yang berguna dalam peperiksaan dengan mengekalkan konsep sedia ada. 2. Kemungkinan juga pengajaran guru akan mengukuhkan pengetahuan ataupun konsep awal pelajar dan kerapkali juga pengajaran guru akan hanya menambahkan kekacauan dan kekeliruan kepada pelajar. Dalam keadaan ini, pelajar tidak mampu KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK Page 12

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

menyatukan idea baru yang diterima daripada gurunya dengan pengetahuan sedia ada yang dipegangnya. 3. Hasil yang paling ideal yang diharapkan adalah pengajaran guru yang berhasil membawa perubahan pandangan awal pelajar kepada penjelasan saintifik. Perkara ini adalah hasilan atau matlamat akhir yang ideal bagi pengajaran sains. 4. Kepelbagaian dalam personaliti pelajar membuatkan sesetengah pelajar lebih terbuka kepada idea-idea baru berbanding pelajar lain. Sebahagian daripada pelajar mungkin tidak akan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan konflik kognitif ataupun ketidakseimbangan kognitif yang dihadapinya. Tambahan pula, jika idea ataupun pengetahuan sedia ada terbukti mencukupi berdasarkan pengalaman lampau. Maka pelajar tidak berasa perlu menggantikan pengetahuan sedia dengan pengetahuan baru. Bagi memastikan perubahan konseptual berlaku, Posner, Strike, Hewson, dan Gertzog ( 1982) menyatakan idea baru mesti difahami, memberi makna kepada pelajar, dapat diterima masuk akal, berguna serta relevan kepada pelajar.

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 13

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

SALAHKONSEP PELAJAR SAYA Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun Lima, dalam Tema Menyiasat Bumi dan Alam Semesta, murid saya sering mengalami salahkonsep bagi Hasil Pembelajaran 2.3 iaitu memahami fasa-fasa bulan. Fenomena fasa-fasa bulan berlaku kerana bulan memantulkan cahaya matahari dan bulan beredar mengelilingi bumi. Hal ini menyebabkan bentuk bulan yang diperhatikan dari bumi kelihatan berubah-ubah bergantung kepada kedudukan bulan di antara bumi dan matahari (Verdet 1995). Fenomena ini sangat sukar difahami oleh murid saya. Murid saya menyangkakan bahawa bulan mempunyai cahaya yang sangat terang sepertimana yang dilihat semasa fasa bulan purnama. Lantaran peribahasa ada menyebut bahawa rupamu cantik ibarat bulan purnama. Fasa bulan dikatakan terjadi apabila cahaya bulan semakin kurang sedikit demi sedikit apabila bulan mengelilingi bumi. Ini dikatakan terbukti semasa bulan penuh, cahaya bulan lebih terang atau lebih banyak berbanding cahaya bulan semasa bulan separa apatah lagi sewaktu bulan sabit. Ada murid berpendapat fenomena ini disebabkan bulan dilindungi oleh awan dan bayang-bayang matahari melindungi bulan. Awan yang tebal menyebabkan bulan kelihatan seperti sabit dan jika bulan berputar mendekati matahari maka bentuknya bulat terang berbanding jika bulan menjauhi matahari. Malah , ada yang berpendapat fenomena ini berlaku disebabkan matahari dilindungi oleh bumi, oleh itu bayang-bayang bumi jatuh ke atas bulan. Sebenarnya konsep ini menerangkan fenomena gerhana bulan. Hal ini menyebabkan murid-murid saya keliru dan kerapkali menulis jawapan yang salah ketika membuat inferens, hipotesis dan kesimpulan. Salahkonsep ini perlu diperbetulkan segera supaya ia tidak terus kekal di ingatan . KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK Page 14

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

CADANGAN STRATEGI MENGATASI MASALAH SALAHKONSEP Strategi pilihan : Strategi Inkuiri Penemuan Kaedah : Simulasi

Berbagai takrif diberikan terhadap inkuiri. Antaranya ialah suatu proses penyiasatan sesuatu masalah , pengesanan kebenaran atau pengetahuan yang memerlukan pemikiran kritis, menjalankan pemerhatian, mengemukakan soalan, melakukan eksperimen dan menyatakan kesimpulan, berfikir secara kretif dan menggunakan intuisi. Takrif yang paling popular ialah memberi kesempatan pembelajaran hands-on, bahan yang sesuai untuk dimanipulasi, masalah yang mengagumkan, bantuan dan bimbingan, kebebasan yang mencukupi untuk mereka membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan pembelajaran dirinya sendiri. Ciri utama kaedah inkuiri ialah berfikir untuk memperoleh pengetahuan baru atau menyelesai masalah. Apabila seseorang memperoleh fakta, konsep, prinsip atau penyelesaian baru melalui proses inkuiri maka dia telah mencapai suatu penemuan.oleh itu, proses-proses kognitif, afektif dan psikomotor yang digunakan oleh kanak-kanak merupakan inkuiri manakala hasil proses-proses ini dinamakan penemuan iaitu perkara yang dipelajari dan dibina dalam mindanya. Simulasi merupakan salah satu kaedah dalam strategi inkuiri penemuan selain daripada eksperimen, projek dan kajian lapangan. Kaedah ini menyerupai atau meniru keadaan yang sebenar. Tiga contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan model.

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 15

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

Contoh simulasi yang dipilih ialah main peranan. Main peranan ialah aktiviti yang menempatkan kanak-kanak dalam situasi di mana mereka perlu mengandaikan diri sebagai watak ( manusia atau bukan manusia) dan memainkan peranan dan kelakuan watak itu. Kanak-kanak cuba bertindak, berasa dan bergerakbalas seperti watak berkenaan. kad tugasan boleh diberikan kepada mereka untuk membincangkan dialog dan lakonan yang diperlukan. REFLEKSI SESI P&P Semua murid berjaya dipulihkan daripada salahkonsep tentang fasa-fasa bulan setelah menonton video dan membuat simulasi. Murid teruja semasa menonton video seolah-olah mereka berada di alam angkasa lepas. Kemudian, murid sendiri mengalami fenomena fasa bulan semasa aktiviti simulasi. Aktiviti ini akan mengukuhkan lagi fahaman dan ingatan mereka dan sedikit demi sedikit, salahkonsep mereka tentang fasa bulan akan terhapus dan digantikan dengan ilmu saintifik yang sebenar. Guru yang bertindak sebagai pemudahcara hanya memerhati dan membimbing murid tatkala murid-murid sendiri yang mengendalikan peralatan ICT. Kepelbagaian teknik menyoal yang telah kami kemukakan nampaknya telah menunjukkan keberhasilan apabila murid-murid dapat menukar salahkonsep mereka kepada pengetahuan saintifik yang kami ajar. Contohnya, murid sendiri sedar bahawa sebenarnya bulan tidak mempunyai cahaya sendiri. Bulan hanya memantulkan cahaya matahari . oleh sebab itulah berlaku fasa bulan apabila bulan mengelilingi bumi. Kata-kata pujian yang telah diberikan beserta sedikit cenderahati apabila mereka berjata menjawab soalan menimbulkan rasa seronok di kalangan murid-murid sekaligus mengurangkan malah menghapuskan tekanan yang ada dalam diri mereka. Dengan cara itu, masalah salahkonsep dapat diatasi.

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 16

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

Aktiviti kuiz yang diadakan sebagai penutup mendapat sambutan yang memberangsangkan apatah lagi apabila murid sendiri yang mengendalikannya. Kami gembira dengan maklumbalas murid pada malam ini dan kami telah susuli mereka dengan aktiviti pengayaan mereka di rumah. Pendekata, pengajaran dan pembelajaran yang diadakan ini benar-benar berhasil dan diharapkan salahkonsep yang mereka hadapi sebelum ini tidak akan berulang lagi. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan boleh dilaksanakan. Pelbagaikan kaedah bagi tajuk ini seperti kajian lapangan, eksplores dan sebagainya bagi menarik minat murid untuk mempelajari ilmu sains. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video mengenai fasa-fasa bulan dari pelbagai sumber media elektronik seperti internet boleh dipaparkan semasa sesi P&P. Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara menyeluruh. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil, mereka dikehendaki merekabentuk model fasa bulan dengan menggunakan kad manila, plastisin, pensel, pemadam, gunting dan benang . Pada akhir sesi P&P, mereka dikehendaki menggantung hasil kerja mereka di belakang kelas atau bilik sains. Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 17

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai topik . Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan.

PENUTUP Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengubah salahkonsep murid kerana kajian telah menunjukkan bahawa murid berpegang teguh dengan salahkonsep mereka (Mestre 2002). Salahkonsep ini akan diubah oleh murid sekiranya ada kelainan dalam pengajaran guru di bilik darjah. Walau bagaimanapun, kajian ada menyatakan, hanya sebahagian salahkonsep mampu diubah manakala sebahagiannya masih kekal (Dunlop 1999). Jika salahkonsep diabaikan, murid mungkin akan keliru dan tidak dapat menerima pengajaran guru (Mestre 2002). Murid mungkin akan menghafal fakta untuk lulus peperiksaan. Oleh sebab fakta ini tidak digabungkan dengan pengetahuan sedia ada murid, fakta ini hanya akan dapat diingat dalam jangkamasa yang singkat(Dunlop 1999). Ini bermakna, walaupun murid lulus cemerlang, salahkonsep murid tidak berubah. Untuk membantu murid mengubah dan membina semula konsep sedia ada mereka, guru perlu memberi galakan kepada mereka membuat penyiasatan ke atas fenomena-fenomena sains yang menarik. Dunlop 1999 mencadangkan guru memberikan bukti bahawa konsep asas yang dikemukakan oleh saintis pada masa kini adalah lebih tepat untuk menerangkan sesuatu

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 18

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

fenomena semulajadi. Hal ini membolehkan murid menghubungkan fenomena, idea dan pengalaman baru dengan konsep sedia ada mereka. Guru perlu mengenalpasti salahkonsep murid, merancang strategi untuk menangani salahkonsep ini dan membina teknik penilaian yang mengambilkira sejauh mana murid dapat menyerap konsep sains yang diajar(Trumper 1991). Guru juga perlu mengubah peranannya daripada penyampai maklumat kepada penyelidik dan pemudahcara.sebagai penyelidik, guru mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid. Sebagai pemudahcara, guru membimbing murid agar dapat mempelajari sesuatu yang bermakna( Bahagian Pendidikan Guru 1995). Guru tidak boleh dianggap sebagai pakar yang cuba menyumbatkan pengetahuan ke dalam minda murid sebaliknya peranan guru adalah sebagai perangsang sifat ingin tahu murid, pencabar konsep sedia ada murid, sumber maklumat dan rakan penyiasat (Roslijah A. Samad 2004). Maksudnya, murid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aktiviti pembelajaran.zol Azlan (2000) berpendapat, perubahan peranan guru sebegini akan memberi peluang kepada murid membina potensi diri dan kreativiti dalam segala aspek.

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 19

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

BIBLIOGRAFI

Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun Lima ( 2005). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

National Academy Press, (1997). SCIENCE TEACHING RECONSIDERED : A HANDBOOK

by Committee on Undergraduate Science Education (U.S.).page 27 -30

Poh Swee Hiang ( 1997). Pedagogi Sains 2.Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Budiman Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, Mohd. Ali Samsudin (2005 ). Kaedah Mengajar Sains. Pahang : PTS Professional . ms 7 - 10 Pn. Hjh Roslizah A.Samad ( 2004) Salah Faham Beberapa Aspek Ilmu Falak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran atas talian http://www.alazim.com/masjid/seminar/falak2006/1.pdf KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK Page 20

SALAHKONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS DI KALANGAN KANAK-KANAK SCE B PPG JUN 2011

Misconceptions in Science atas talian http://www.newyorkscienceteacher.com/sci/pages/miscon/index.php

Children's Ideas in Science atas talian http://homepage.mac.com/vtalsma/misconcept.html

Science Misconceptions. atas talian

http://www.newyorkscienceteacher.com/sci/pages/miscon/index.php

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 21

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 23

KKP SCE 3102- PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Page 39