Anda di halaman 1dari 15

KEMAHIRAN MENULIS

PERINGKAT PERKEMBANGAN MENULIS

Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi. Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga apabila seseorang Tulisan adalah

menulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya.

lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis. Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusia

dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat.

Jenis Kemahiran Menulis

Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pertamanya adalah kemahiran menulis secara mekanis dan keduanya kemahiran menulis mentalis.

Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi menulis perkataan-

otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam

perkataan. Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3). Kanak-kanak berkeperluan khas

bermasalah pembelajaran (PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulis

secara mekanis yang sangat lemah. Mereka didapati sukar menulis huruf huruf dengan betul dan juga cara menulis huruf yang salah.

Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan sebagainya. Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap. Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan oleh guru kepada murid-

muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, penulisan secara mentalis diajar melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti menyatakan kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberi maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.

Peringkat Perkembangan Pengajaran Menulis

Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh

kanak-kanak secara berperingkat-

peringkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis. Kanak-kanak perlu bersedia dari segi

kemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari. Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalamanpengalaman menggunakan jari seperti menggenggam, meramas, melorek,

mencubit, menggentel, memegang, dan sebagainya. Kesemua kemahiran ini diajar secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan permainan. Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melalui latihan dan permainan tertentu. Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur ayat mudah.

Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1988):

i.

peringkat pra menulis

ii.

peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)

iii.

peringkat untuk pelahiran (mentalis)

1. Peringkat Pra menulis

Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda. Pada peringkat ini

otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk yang dilihat.

Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.

i.

Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.

ii.

Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

iii. iv.

Menyambungkan titik-titik di atas kertas. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke atas.

v.

Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.

vi. vii. viii.

Melukis garis condong. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut.

2. Peringkat Mendirikan Asas (Tulisan Mekanis)

Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pra menulis dan dapat melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan baik, maka guru sudah boleh memperkenalkan pengajaran kemahiran menulis kepada

mereka. Aktiviti awal adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong, kertas petak, dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru menekankan cara memegang pensel yang betul, kedudukan badan, dan bentuk huruf. Bagi kanak-kanak berkeperluan

khas, guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah dan teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis.

3. Peringkat Menulis Untuk Pelahiran ( Mentalis )

Setelah kanak-kanak sudah dapat menulis huruf dan perkataan dengan betul dan baik, maka mereka akan digalakkan menulis untuk menyatakan

perasaan, idea, atau menceritakan sesuatu perkara yang berlaku. Berbagai-bagai cara boleh dilakukan untuk melatih kanak-kanak menulis untuk pelahiran seperti melengkapkan ayat, menjawab soalan

pemahaman, menulis ayat berdasarkan gambar, membina ayat daripada perkataan yang diberi, menulis karangan, dan juga menulis surat kiriman.

MASALAH TULISAN

Sebelum kanak-kanak diajar kemahiran menulis untuk pelahiran, guru lebih menumpukan kepada pengajaran kemahiran tulisan tangan atau tulisan mekanis. Pada peringkat ini terdapat beberapa masalah yang perlu diberi

perhatian oleh guru. Kaminsky dan Powers (1981) telah mengenal pasti lima masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam tulisan tangan.

i.

Kecelaruan

persepsi

visual,

iaitu

ketidakupayaan

mengingat

bagaimana huruf itu kelihatan dan untuk memperlihatkan semula huruf-huruf tersebut. ii. Kegagalan menggabungkan imej visual huruf dengan pergerakan motor tangan atau jari yang sesuai. iii. Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot dalaman tangan menjadikan sukar untuk menulis. iv. Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan dengan penyimpanan maklumat-maklumat motor di dalam otak. v. Kesukaran untuk memahami atau melihat keperluan ruang (spatial) tulisan tersebut.

Seorang guru yang peka akan dapat mengesan muridnya yang menghadapi masalah dalam tulisan berdasarkan tingkah laku-tingkah laku yang ditunjukkan. Antara tingkah laku pelajar yang boleh dijadikan petunjuk oleh guru adalah:

i. ii. iii. iv.

menggenggam pensel; cara memegang pensel yang salah; kedudukan badan yang canggung semasa menulis; mengelak latihan menulis seperti menggunakan taktik melengahlengah;

v.

hasil tulisan tidak banyak berbanding umur, keupayaan membaca, dan keupayaan bertutur;

vi. vii. viii. ix.

terlalu kerap memadam; kerap merujuk kepada carta huruf untuk menyemak bentuk huruf; keliru dengan arah, misalnya tulisan cermin atau menulis terbalik, dan lemah dalam menggunakan ruang, misalnya huruf atau perkataan terlalu rapat atau berjauhan.

Selain daripada petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanakkanak, masalah tulisan mekanis juga menulis seperti berikut: dilakukan oleh kanak-kanak semasa

i.

Bentuk huruf

tidak dapat membentuk huruf dengan betul menulis dari kanan ke kiri menulis abjad dan ayat terbalik menulis dengan tiada ketetapan kecondongan menulis abjad tidak lengkap atau tidak sudah menulis perkataan terbalik ( bapa ---- baqa )

ii.

Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai;

iii.

Tulisan menaik atau menurun daripada garisan;

iv.

Mencampur huruf besar dengan huruf kecil saiz huruf dalam perkataan tidak seragam;

v.

Tulisan yang terlalu kabur hingga sukar dibaca.

Apabila guru dapat mengesan masalah tulisan yang dihadapi murid maka tindakan pemulihan perlu dilakukan segera supaya masalah itu tidak berlarutan dan boleh menjejas pencapaian murid berkenaan dalam pelajaran.

Kategori Jenis Kesalahan dalam Tulisan

Kanak-kanak menunjukkan berbagai-bagai jenis kesalahan dalam tulisan mekanis terutamanya pada peringkat awal menulis. Namun bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran, kesalahan-kesalahan tulisan ini sukar untuk di pulihkan disebabkan faktor-faktor sampingan lain terutamanya yang mengalami masalah khusus dalam tulisan. Terdapat dua masalah khusus dalam tulisan yang dikenali sebagai Agraphia dan Dysgraphia (Cherry K.H., 1984).

i.

Agraphia

Agraphia merujuk kepada masalah tulisan yang dihadapi oleh seseorang dan terdapat dalam dua bentuk, iaitu: Perolehan (acquired) iaitu kehilangan keupayaan menulis yang telah dikuasai sebelumnya disebabkan oleh kecederaan otak atau penyakit otak; b. Perkembangan atau (congenital) iaitu kesukaran yang luar biasa untuk mempelajari kemahiran menulis yang tidak selaras dengan pencapaian intelektual dan kemahiran-kemahiran lain seseorang individu.

a.

ii.

Dysgraphia adalah masalah tulisan yang sangat teruk atau ketidakupayaan melaksanakan pergerakan motor yang diperlukan untuk menulis.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian terhadap hasil tulisan kanak-kanak, kebanyakan penulis telah mengkategorikan jenis kesalahan tulisan kepada enam kategori berikut:

i. ii. iii. iv. v. vi.

bentuk huruf jarak kecondongan kualiti garisan saiz huruf dan keselarasan kepantasan

Bentuk huruf merujuk kepada bentuk huruf dan cara huruf itu ditulis. Cherry K.H. (1984) membahagikan bentuk huruf dan cara menulis kepada lima jenis berikut:

i.

huruf-huruf bulat

a. b.

Ikut jarum jam (p) lawan jarum jam (a, c, c, o, q)

ii.

huruf-huruf berlengkuk (looped letters)

a. di atas garisan (b, d, e, f, h, k, l) b. di bawah garisan (g, j, p, q, y)

iii.

huruf-huruf yang diulangi surihannya (retraced letters) (i, u, t, w, y) huruf-huruf bengkok (humped letters) (h, m, n, v,x, z) bentuk-bentuk lain (r, s)

iv.

v.

Jarak huruf merujuk kepada cara huruf-huruf diletakkan di dalam perkataan, di antara perkataan, dan di dalam ayat. Jarak huruf-huruf hendaklah ditulis seragam. Contoh kesalahan:

Buk u s aya teba l.

Bukusaya tebal.

Kecondongan huruf juga perlu seragam terutamanya pada tulisan sambung dan tulisan manuskrip. Cara menilai kecondongan yang mudah adalah dengan

membuat garis tegak melalui huruf-huruf dalam perkataan, manakala bagi tulisan sambung pula garisannya hendaklah condong.

Kualiti garis pula merujuk kepada nipis atau tebal huruf atau huruf-huruf dalam perkataan. Ketebalan juga perlu seragam penulisannya.

Kesesuaian saiz huruf merujuk kepada ketinggian dan kelebaran huruf yang sesuai. Manakala keselarasan pula merujuk kepada kepadanan atau hubungan saiz atau ukuran huruf yang baik dalam sesuatu perkataan. Kedua-dua aspek ini saling berkait dan membentuk kesatuan yang harmoni dalam tulisan.

Kepantasan menulis merujuk kepada jumlah perkataan yang ditulis dalam masa seminit (psm). Menurut Skala Zaner-Bloser, kadar tulisan kanak-kanak adalah seperti berikut;

Gred/tahun 1 - 25 psm Gred 2 Gred 3 Gred 4 Gred 5 Gred 6 Gred 7 - 30 psm - 38 psm - 45 psm - 60 psm - 67 psm - 74 psm

Punca Masalah Tulisan

Masalah tulisan mekanis yang disebabkan oleh masalah khusus agraphia dan dysgraphia adalah jelas. Manakala punca masalah tulisan mekanis yang lain dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu: (1) aspek fizikal, (2) aspek pembelajaran, dan (3) aspek pengamatan.

Punca masalah tulisan daripada aspek fizikal adalah seperti kecacatan otak, kecacatan anggota, kesihatan yang sering terganggu, keadaan fizikal rumah yang kurang merangsang untuk belajar, keadaan tempat belajar yang tidak selesa, dan tiada dorongan daripada ibu bapa, keluarga serta guru.

Aspek pembelajaran dapat dilihat dari segi kurang pengalaman dalam menggunakan alat tulis dari masa pra sekolah hingga ke alam persekolahan; kurang latihan dan aktiviti penggalak ketika peringkat kesediaan menulis; tidak cukup latihan motor halus dan koordinasi mata-tangan; alat tulis tidak sesuai; pengajaran guru tidak sejajar dengan perkembangan murid terutama pada

peringkat pra menulis; sikap negatif guru terhadap murid yang lemah dalam tulisan; tulisan guru kurang elok untuk dicontohi murid.

Punca masalah tulisan yang disebabkan oleh aspek pengamatan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu: (1) pengamatan dan masalah pendengaran, (1) pengamatan dan masalah penglihatan, (3) kesukaran memahami konsep, dan (4) kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.

i.

Pengamatan dan kesukaran pendengaran

Masalah utama yang berpunca daripada pengamatan pendengaran adalah kelemahan dalam mendiskriminasi bunyi (huruf) seperti b dan d. Masalah ini bukan disebabkan oleh kecacatan yang dialami oleh pelajar. Selain itu, masalah pendengaran yang dihadapi oleh pelajar boleh menyebabkan pelajar melakukan kesilapan menulis perkataan yang disebut atau didengar. adalah: a. pekak konduktif tidak mendengar bunyi yang bernada rendah b. pekak perseptif tidak mendengar bunyi bernada tinggi c. pekak konduktif dan perseptif masalah bercampur aduk d. pekak rekrutmen mendengar bunyi yang kuat sahaja e. Secretory otitis Media masalah pendengaran yang disebabkan oleh cecair yang menyekat getaran Antara kerosakan alat pendengaran

ii.

Pengamatan dan masalah penglihatan

Jenis kesukaran yang disebabkan oleh pengamatan penglihatan adalah seperti kesukaran mendiskriminasi huruf yang mempunyai ciriciri persamaan bentuk, masalah pembalikan huruf, keliru dengan

bentuk huruf atau angka yang bentuknya bertentangan ( contoh: n u, p q, 6 9 ). Manakala masalah penglihatan pula menyebabkan pelajar terpaksa mengagak tulisan yang kurang jelas mereka yang mengalami rabun jauh. adalah seperti: terutamanya

Antara masalah penglihatan

a. hypermetrophia atau rabun jauh b. myopi atau rabun dekat c. astigmatisma, iaitu kesukaran melihat objek dengan jelas d. strabismus, iaitu melihat dengan sebelah mata, dan e. juling

iii.

Kesukaran memahami konsep

Masalah yang dihadapi adalah seperti keliru dengan huruf besar dan huruf kecil sehingga mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil dalam perkataan, dan keliru dengan bentuk abjad atau nombor bercetak dengan tulisan tangan.

iv.

Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan

Masalah yang berpunca daripada koordinasi mata-tangan adalah seperti tidak dapat menulis atau menyalin huruf dengan betul, bermasalah memegang pensel dengan betul misalnya memegang dengan lima jari atau memegang pensel terlalu dekat dengan mata pensel, dan kesukaran menentukan kedudukan buku/kertas ketika menulis. Sekiranya kedudukan buku terlalu jauh tangan akan meregang, manakala jika buku terlalu dekat kedudukannya, pergelangan tangan akan membengkok ke belakang ketika menulis.

STRATEGI INTERVENSI KEMAHIRAN MENULIS

Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar permulaan kemahiran tulisan mekanis dan juga untuk pengajaran pemulihan masalah tulisan. Kaminsky dan Powers (1981) mencadangkan bahawa suatu program pengajaran kemahiran tulisan mekanis hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

i.

mengawal ruang tulisan iaitu bergerak dari ruang yang luas kepada ruang yang lebih kecil

ii. iii.

kelompokkan huruf yang memerlukan pergerakan yang sama; menunjukkan contoh bentuk huruf yang betul dan galakkan pelajar menyurih (tracing) model huruf;

iv. v.

sediakan banyak sesi latihan menulis; melibatkan pelajar dalam penilaian kendiri iaitu menggalakkan mereka mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka; dan

vi.

menerima bahawa tulisan bagi sesetengah pelajar adalah satu proses yang sukar dan memerlukan galakan dan sokongan.

Pengajaran pemulihan menulis untuk kanak-kanak hendaklah dilakukan secara terkawal, iaitu garisan demi garisan mengikut urutan (stroke-by-stroke sequence) dengan bantuan guru. Cara ini akan dapat menghalang pelajar daripada

melakukan kesalahan seperti menulis terbalik, tulisan cermin, atau cara menulis huruf yang salah.

Mengajar pemulihan tulisan bukanlah perkara mudah kerana pelajar yang mengalami masalah tulisan adalah disebabkan oleh seperti ingatan jangka pendek, pengamatan masalah-masalah lain pengamatan Oleh itu

penglihatan,

pendengaran, koordinasi mata-tangan, dan lemah otot-otot tangan.

aktiviti pengajaran hendaklah mengambil kira masalah-masalah yang dihadapi pelajar dan dilakukan peringkat demi peringkat.

Cadangan

pengajaran di bawah boleh dilaksanakan untuk pengajaran

pemulihan tulisan pelajar.

i. ii. iii. iv. v.

Latihan memegang pensel dengan betul. Latihan membuat pergerakan tangan dan jari semasa menulis. Membuat garis-garis lakaran. Membetulkan cara duduk pelajar semasa menulis. Memperkenalkan tulisan satu-satu (tulisan cap) dan dimulai dengan huruf kecil dahulu, manakala huruf besar diajar secara tidak langsung.

vi.

Kenal pasti kelemahan pelajar dan berikan latihan koordinasi matatangan seperti menekap, menyalin, melengkapkan, pertalian jarak, menyambung sebagainya. titik, memadankan, mencari jalan keluar, dan

Cadangan aktiviti pengajaran pemulihan yang dinyatakan di atas boleh ditambah lagi mengikut kreativiti guru. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti pemulihan guru perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara penting supaya pengajarannya akan lebih berkesan lagi. Antaranya adalah:

i. ii. iii.

guru perlu mengkaji kesediaan menulis pelajarnya terleblih dahulu; latihan aktiviti menulis hendaklah diperbanyakkan; suasana bilik hendaklah selesa termasuk kedudukan kerusi meja yang sesuai dengan pelajar;

iv. v.

bahan untuk menulis seperti kertas, pensel, hendaklah sesuai ; langkah dan urutan membentuk sesuatu huruf hendaklah ditunjukkan kepada pelajar;

vi. vii.

pelajar jangan digalakkan menggunakan getah pemadam; buku latihan khas hendaklah disediakan untuk pelajar membuat latihan menulis di rumah.

Setelah pelajar sudah boleh menulis, guru sudah boleh memperkenalkan tulisan sambung kepada pelajarnya. Tulisan sambung boleh membantu pelajar

daripada melakukan kesalahan menulis kerana tulisan sambung mempunyai urutan garisannya yang tersendiri ketika menulis.

Anda mungkin juga menyukai