1.0 PENGENALAN Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.
1.1 Peranan Guru Pendidikan Seni 1. Guru Sebagai Pembimbing Antara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar. Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam P & P Seni Visual. Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing muridmurid melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut.
Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru. Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam P & P Pendidikan Seni Visual: a. Bersopan santun b. Menghormati pandangan murid c. Peramah d. Jujur e. Prihatin Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secara bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual.
1.2 Guru Sebagai Pemudah Cara Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh muridmurid. Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan? Dalam proses P & P Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai pemudah cara. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid membuat kain rentang bagi menyambut hari merdeka. Seperti yang kita ketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara. Guru boleh menyeidakan wording yang sesuai untuk membuat kain rentang tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat kain rentang.
Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Apakah kebolehan yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut? Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual: a. Memberi komentar yang positif. b. Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid. c. Memilih alat dan bahan: Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. d. Masa: Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. e. Rangsangan: Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan, Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. f. Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel: Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. g. Hormat-menghormati: Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan. h. Memberikan Galakan dan Motivasi: Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. i. Penghargaan: Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.
2.0 PROSES ARTISTIK MENGGUNAKAN 3 KAEDAH CHAPMAN 2.1 Pengenalan Berikut adalah antara beberapa pendapat yang menyatakan tentang tahap perkembangan kreativiti dalam proses kreativiti atau artistik. Pendapat pertama adalah dari PETER Mc KELLAR (1967) menyatakan tahap perkembangan kreativiti sebagai peringkat iaitu persediaan, pengeraman, penjelasan, penentuan dan pencernaan. Pendapat seterusnya, dari VIKTOR LOWENFELD (1969) menyatakannya sebagai tahap-tahap perlakuan dan tindakan, iaitu kepekaan, kelancaran, keanjalan, memberi makna dan pengertian baru, analisis, sintesis, kejelasan dan ketekalan mengorganisasi. Pendapat seterusnya, dari POINCAR (1970) ianya menjelaskan peringkat-peringkat berikut sebagai proses kreativiti iaitu mengenalpasti, penjelasan, tidak pasti, pandang timbang dan rasionalisasi dan pendapat dari LAURA H. CHAPMAN iaitu menyatakan dalam bukunya berjudul Approaches to Art in Education, suatu kajian tentang teori-teori peringkat penghasilan kerja dan tahap kreativiti, menjelaskan bahawa proses artistik adalah merupakan fasa-fasa tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens. Buku ini menjelaskan bahawa tahap perkembangan kreativiti dan artistik dibahagikan kepada tiga fasa yang utama, iaitu perwujudan idea, perkembangan dan penghalusan idea dan kemahiran media.
2.2 Tahap Perkembangan Kreativiti: Laura H. Chapman Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai. Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni, iaitu: a. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya. b. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. c. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.
2.3 Ciri-Ciri Guru Pendidikan Seni Guru pendidikan seni banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam kerjakerja amali. Lantaran itu guru pendidikan seni kurang mendalami pengetahuannya melalui banhan-bahan bacaan ilmiah. Guru pendidikan seni lebih berminat sekiranya diadakan latihan berbentuk bengkel. Ini merupakan fenomena yang negatif. Pendidikan seni perlu ditekankan dari aspek teori dan amali. Bagi guru pendidikan seni cemerlang perlu mendalami keseluruhan bidang-bidang yang ada dalam pendidikan seni. Sebagai contoh sekarang
pendidikan seni diperkenalkan bidang rekacipta, maka guru pendidikan seni perlu membaca dan mendalami bidang tersebut hingga boleh menguasainya. Kebolehan guru pendidikan seni menguasai sesuatu bidang-bidang lain akan menentukan mutu pengajaran yang berkesan. Misalnya penggunaan komputer dalam pengajaran pendidikan seni, walaupun belum disediakan dalam kurikulum, tetapi sekarang banyak perisian komputer yang boleh digunakan dalam pendidikan seni. Misalnya perisian Grafik seperti PageMaker, CorelDraw, CAD dan sebagainya. Perisian ini dapat membantu guru dari segi alat bantu mengajar penggunaan dalam mata pelajaran. a) Kualiti Peribadi Penekanan kuliti peribadi sangat penting kepada guru-guru pendidikan seni. Seseorang guru pendidikan seni cemerlang tentunya kualiti pribadi yang konsisten. Menunjukkan akhlak mulia dengan rakan sejawat dan murid-muridnya. Ia sentiasa menjadi model kepada guruguru lain dari segi kemasan diri. Contohnya guru-guru pendidikan seni perempuan boleh menjadi contoh dan kosaltan dari segi memilih warna dan fesyen baju untuk guru wanita lain. Guru pendidikan seni sentiasa senang untuk membuat rujukan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kreativiti. Justru itu guru pendidikan seni haruslah seorang kreatif dan inovatif. b) Pengurusan Ko-kurikulum Seorang guru yang cemerlang tidak akan lengkap sekiranya tidak terlibat dalam organisasi kelab dan persatuan, unit beruniform dan sukan di bawah ko-kurikulum. Kelab seni dan kreatif merupakan kelab yang membantu mengembangkan mata pelajaran pendidikan seni di sekolah. Melalui kelab tersebut dapat menentukan daya minat yang lebih dari murid yang diajar semasa pendidikan seni. Pelengkap dari pengajaran pendidikan seni boleh di salurkan dalam bentuk aktiviti kelab seni dan kreatif. Banyak aktiviti-aktiviti boleh dijalankan melalui kegiatan kelab. Misalnya lawatan ke pusatpusat yang berkaitan dengan seni tampak, Balai senilukis dan Pusat kraftangan. Melalui kelab pendidikan seni guru boleh membina kepimpinan murid dalam bidang kesenian disamping melahirkan seniman-seniman kecil melalui penghasilan karya seni. Kejayaan dalam kegiatan ko-kurikulum kebiasaannya adalah bergantung kepada keupayaan guru dalam melibatkan diri bersama murid dan memberi keyakinan kepada mereka. c) Subangan dan Hasil Kerja
Sewajarnya guru pendidikan seni merupakan orang terpenting untuk mencantikkan sekolah. Tidak dinafikan tanggungjawab utama untuk keceriaan sekolah kebiasaannya terpikul pada guru pendidikan seni. Sumbangan ini amat wajar kerana dalam mata pelajaran pendidikan seni (sekolah menengah), Seni dan Persekitaran boleh dipraktikkan melalui kerja-kerja keceriaan sekolah. Sumbangan guru pendidikan seni tidak tertumpu kepada sekolah sahaja. Guru pendidikan seni boleh memberi khidmat kepada projek-projek diperingkat daerah misalnya hiasan pentas dan sebagainya. Subangan kreatif itu akan menambahkan lagi kesuburan kemahiran bidang kerja.
d) Komunikasi dan hubungan Melalui sumbagan yang diberikan kepada pihak sekolah, guru pendidikan seni sewajarnya mempunyai tingkahlaku yang baik terutama dari segi hubungan dengan pengetua/gurubesar, rakan sejawat dan pelajar. Hubungan ini penting, kerana prestasi guru yang baik adalah melalui imej hubungan yang berkesan dan baik. Sebenarnya tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin mencabar. Namun demikian bagi guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang, cabaran dan rintangan yang berat dapat dipikul dengan mudah. Kerja-kerja yang ada kaitan dengan tugas dan dan ada kaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi guru pendidikan seni yang cemerlang. Kebiasaannya guru cemerlang ini mahukan setiap kerjanya dilakukan dengan kualiti yang tinggi. Indikator utama guru pendidikan seni yang cemerlang ialah sikap amanah dan bertanggungjawaban. Tahap kesempurnaan tugas datang dari diri yang ikhlas dan sentiasa mahu mengingkatkan pengetahuan, menguasai kemahiran, sikap terbuka, berfikiran secara fleksibel, kreatif dan inovatif. Sesungguhnya guru yang cemerlang itu sentiasa menjadi guru 'popular' disekolah. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan dalam kertas kerjanya bertajuk Keguruan menjelang abad ke-21: Cabaran dan Harapan; Menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion keguruan pada abad ke -21 merupakan satu cabaran. Stakeholders dan juga pelanggan pendidikan pasti akan membuat tuntutan peningkatan mutu pendidikan. Sejauh mana sesorang guru atau kakitangan pendidikan dapat memuaskan tuntutan dan keperluan stakeholders dan pelanggan bergantung kepada sejauh mana tingginya kualiti perkhidmatan yang dicurahkan. ( Wan Zahid. ms 121).
6
3.0 MAKLUMAT SOKONGAN 3.1 Kreativiti Seni Kanak-Kanak Pengertian kreativiti mengikut Kamus Dewan,(2002) ialah satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreativiti,kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif . Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaiticreare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula perkataan crearebermaksud memenuhi. Menurut De Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif. June King McFee mentakrfkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea tersebut kepada idea yang baru seterusnya dapat melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna. Walaupun terdapat pelbagai takrifan tentang dan kemahiran berfikir dalam melahirkan sesuatu idea yang baru dan asli. Jelasnya menurut Leonar M S Yong (1994), semua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif dan dengan adanya persekitaran serta teknik-teknik yang sesuai maka potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur (Jones, 1972) Lowenfeld (1975), percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penih dengan perasaan ingin tahu. Dalam pendidikan seni visual unsur kreativiti ini amat berkait rapat dengan pemikiran kreatif. Kurikulum Pendidikan Seni Visual melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intitusi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar.
7
Pendidikan Seni Visual juga mampu meningkatkan kualiti berfikir kerana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat merangsang penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel. Justery itu, telah menjadi tanggungjawab para pendidik khususnya guru pendidikan seni visual untuk memupuk dan meningkatkan daya kreativiti di kalangan murid ke tahap yang optimum. 3.2 Tahap Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak Kreativiti dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. Mengikut pendapat Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu: a)Peringkat Rangsangan Pada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. b)Peringkat Penerokaan Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk latihan dan pendedahan seperti eksprementasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini,kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara,gaya dan teknik. c)Peringkat Perancangan Pada peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui tiga cara iaitu perancangan secara verbal melalui perbincangan,pemerhatian,interaksi dan sebagainya, perancangan secara visual dilakukan secara visual,graf,imeg lukisan dan sebagainya. d)Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melaui persoalan-persoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? e)Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dank omen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. 3.3 Perlaksanaan 5 Tahap Kreativiti Dalam Strategi Pengajaran & Pembelajaran Perkembangan kreativiti berkembang mengikut tahap-tahap tertentu bergantung kepada pengetahuan asas dan pengalaman kanak-kanak. Walau bagaimanapun perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dirangsang melalui lima peringkat iaitu rangsangan,penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan lima tahap kreativiti kanak-kanak. Antara strategi yang dicadangkan disini ialah strategi penyoalan mengikut aras soalan Taksonomi Bloom. Penyoalan adalah satu aspek penting dalam pengajaran dan ianya terlibat dalm semua kaedah pengajaran. Kemahiran dalam penyoalan sangat penting. Menyoal merupakan cara yang paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran dan pembelajaran. Ada pelbagai jenis soalan akan memberikan respons yang berbeza. Soalan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap berdasarkan teori Taksonomi Bloom, dan soalan pada setiap tahap memerlukan murid menjawab dengan menggunakan tahap proses pemikiran yang berlainan. Soalan yang dibina perlu berupaya menggalakkan murid terlibat dalam proses kognitif. Sebelum membina soalan pada setiap tahap, terdapat enam kategori yang perlu difahami terlebih dahulu. 1. Pengetahuan Pengetahuan memerlukan murid mengenal pasti atau mengingat kembali maklumat. Murid tidak dikehendaki mamanipulasikan maklumat, tetapi hanya mengingatinya sahaja. Untuk menjawab soalan ini, murid mesti mengingat kembali fakta, memerhati dan mendefinisikan apa yang telah dipelajari.
9
2. Pemahaman Peringkat pemahaman memerlukan murid menunjukkan bahawa mereka telah mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menyusun maklumat secara mental. Murid perlu memilih fakta yang penting untuk menjawab soalan. Bagi pemahaman,murid perlu pergi lebih jauh daripada hanya setakat mengingat kembali. Murid perlu menunjukkan mereka lebih memahami apa yang telah dipelajari dan boleh menyatakannya denga perkataan sendiri atau membuat perbandingan. Selalunya, soalan pemahaman memerlukan murid menterjermah atau mentafsir bahan pembelajaran yang ditunjukkan dalam bentuk carta, graf, jadual, dan kartun. Murid harus ada maklumat yang berkaitan sebelum mereka boleh menjawab soalan peringkat pemahaman. 3. Aplikasi Soalan tahap ini mengkehendaki murid mengaplikasikan maklumat yang telah dipelajari. Soalan aplikasi memerlukan murid menggunakan peraturan atau proses untuk menyelesaikan masalah. Selalunya hanya satu jawapan yang betul dikehendaki. 4. Analisis Soalan peringkat ini adalah soalan peringkat tinggi dan memerlukan murid memikirkan dengan kritikal dan mendalam. Untuk menjawab soalan peringkat ini, murid perlu mengenal pasti sebab sesuatu perkara itu berlaku, menganalisis maklumat untuk membuat sesuatu kesimpulan, inferens dan generelisasi berdasarkan maklumat resebut. Selain itu, murid menganalisis kesimpulan, inferens atau generalisasi untuk mendapatkan bukti bagi menyokong atau menyagkal hipotesis. 5. Sintesis Sintesis juga merupakan soalan peringkat tinggi. Murid dikehendaki menghasilkan pemikiran kreatif dan asli. Murid perlu membuat jangkaan atau menyelesaikan masalah atau menghasilkan satu komunikasi yang asli. Soalan sintesis tidak semestinya memberikan satu jawapan betul. Jawapannya boleh terdiri daripada pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Soalan sintesis memerlukan pemahaman yang terperinci tentang sesuatu subjek. Murid tidak boleh hanya meneka untuk menjawab soalan sintesis. 6. Penilaian
10
Soalan peringkat penilaian ialah soalan tahp yang paling tinggi. Ianya juga seperti soalan sintesis dan analisis yang merupakan soalan peringkat tinggi. Soalan penilaian tidak mempunyai satu jawapan betul. Ia memerlukan murid membuat penghakiman sesuatu idea, penyelesaian kepada sesuatu masalah atau penilaian kepada sesuatu kerja estetik. Ianya juga memerlukan murid memberikan pendapat tentang sesuatu isu dan membuat penghakiman. Untuk melakukannya, murid perlu mempunyai kriteria. Fisher berpendapat tahap perkembangan aktiviti dapat dilaksanakan berdasarkan lima tahap. Terdapat pelbagai kaedah dan strategi yang dapat dilaksanakan untuk mengembangkan setiap tahap-tahap tersebut. Salah satu kaedah yang dicadangkan disini ialah kaedah penyoalan mengikut Taksonomi Bloom. Kaedah ini merupakan penyoalan mengikut aras yang telah ditetapkan berpandukan aras-aras soalan mengikut tahap. Pada tahap pertama Fisher telah menyatakan bahawa murid perlu dirangsang terlebih dahulu dengan soalan-soalan apa,mengapa,siapa,bagaimana dan sebagainya. Berdasarkan kepada jadual di atas guru telah mengemukakan soalan apakah. Soalan ini adalah untuk membantu murid berinteraksi dengan guru dan rakan rakan dengan menyatakan jenis kenderaan yang pernah mereka naiki. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid membantu mereka untuk bercerita dengan jelas dan yakin. Pada peringkat kedua, murid mula meneroka berdasarkan bahan yang telah dirangsang. Murid mula berimaginasi untuk mencipta sesuatu ciptaan yang baru. guru boleh meminta murid melakar kereta ciptaan mereka. Murid mungkin akan menggabungkan pengalamanpengalaman mereka dengan keinginan mereka untuk mendapatkan hasil yang baru. Pada peringkat ketiga murid mula merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Guru boleh membantu murid dengan mengemukakan soalan seperti apakah ciri-ciri idaman yang ada pada rekaan kamu. Murid akan membentangkan cirri-ciri yang akan diaplikasikan pada rekaan mereka. Pada peringkat keempat murid akan mula mereka cipta rekaan mereka. Di sini murid- murid akan merasai keseronokan dan kebebasan untuk mencipta. Pemikitan mereka akan lebih terbuka dan dapat menjangkakan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku. Peringkat yang kelima adalah peringkat untuk menilai keberkesanan tindakan atau hasil yang telah mereka lakukan. Berdasaekan contoh soalan di dalam jadual diatas,murid dapat
11
membuat penilaian yang tepat tentang ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada rekaan mereka. Mereka dapat meyakinkan dengan hujah-hujah bahawa rekaan mereka adalah benarbenar selamat untuk digunakan. Kesimpulannya, aras aras soalan sangat membantu tahap perkembangan kreativiti kanak-kanak kerana mereka dapat dirangsang dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.
12
13
14
4.0 KESIMPULAN Sekolah memainkan peranan dominan dalam usaha ke arah pencapaian falsafah dan matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam FPK. Suasa persekolahan yang memberi peluang kepada pelajar mendapat pengalaman hidup dalam menghadapi masalah, bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Di samping itu, suasana bilik darjah sewajarnya boleh menarik minat dan dapat menggalakkan pelajar berfikir, menyoal serta mengeluarkan buah fikiran secara lisan dan bertulis. Perhatian yang wajar juga perlu diberikan kepada perkembangan murid secara menyeluruh dan bukannya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja secara terpisahpisah. Kaedah ini sesungguhnya dapat membantu meningkatkan perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar. Penghasilan lukisan dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk meluah kan ekspresi mereka melalui hasil lukisan. Ia juga mampu membina dan meningkatkan psikomotor halus pelajar dalam proses menggambar.pembentukan sikap melalui nilai murni dapat dilakukan semasa proses penghasilan lukisan di dalam kelas. Jika guru menyediakan bahan bantu mengajar, ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik dan lebih berkesan bagi melahirkan kreativiti pelajar. Tanpa penggunaan alat bantu mengajar, murid akan berasa cepat jemu dan pembelajaran satu hala atau pengajaran yang hanya menggunakan satu medium kurang memotivasikan murid pada zaman sekarang ini. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan ICT, carta atau contoh model murid-murid yang terdahulu. Sebenarnya tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin mencabar. Namun demikian bagi guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang, cabaran dan rintangan yang berat dapat dipikul dengan mudah. Kerja-kerja yang ada kaitan dengan tugas dan dan ada kaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi guru pendidikan seni yang cemerlang. Kebiasaannya guru cemerlang ini mahukan setiap kerjanya dilakukan dengan kualiti yang tinggi. Indikator utama guru pendidikan seni yang cemerlang ialah sikap amanah dan bertanggungjawaban.
15
BIBLIOGRAFI Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998). Psikologi II. Fajar Bakti Sdn.Bhd. Shah Alam. Chapman, Laura, H. (1988). Approaches to Art in Education, Harcourt Brace Jovanovich Inc. New York Christine Marme Thompson, (1995). The Visual Art and Early Childhood learning, The National Art Education, Association 1916 Association Drive, Reston Virginia. Geoggry Petty.(1997). How to be better at Creativity. Kogan Page Limited. London. Hassan Langgulung.(1997). Kreativiti Dan Pendidikan. Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Lansing, Kenneth, M. (1971). Art, Artist and Art Education. NY. Mc Graw Hill Book Co. Ramlah Jantan & Mahani Razali.(2002). Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Read, Herbert. (1996). (New Edition) Education Through Art, Faber and Faber, London. Rod Taylor.(1986). Educating for Art. Critical response and development. Longman. Hong Kong. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan 1. Konsep-konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Longman.Selangor.
16