Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran Berfikir Masalah memerlukan kepada penyelesaian. Tidak kiralah masalah itu menimpa orang dewasa ataupun kanak-kanak.

Apabila menghadapi masalah, secara automatik minda akan berputar memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Disinilah kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah memainkan peranan dalam menentukan cara penyelesaian yang terbaik untuk diri sendiri. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah adalah dua aspek penting yang terdapat dalam pemikiran simbolik kanak-kanak. Kemahiran Berfikir adalah merupakan satu kemahiran menggunakan minda untuk mencetuskan idea-idea yang bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah yang dikaitkan melalui pemikiran simbolik kanak-kanak. Semestinya jalan penyelesaian yang dicetuskan dari pemikiran simbolik kanak-kanak ini berbeza dengan jalan penyelesaian orang dewasa. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi. Kemahiran menaakul membantu dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama. Pemikiran ini juga ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Manakala Penyelesaian Masalah merupakan gabungan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam usaha mencari maklumat dan idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Kaedah ini akan menggalakkan kanak-kanak membuat percambahan idea bagi mencari jawapan kepada situasi masalah yang wujud. Penyelesaian masalah akan berlaku apabila langkah-langkah dan operasi mental diperlukan bagi mencapai matlamat tertentu. Penyelesaian masalah juga merupakan sebahagian pemikiran. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah saling berkaitan apabila proses imaginasi berlaku. Sebab itulah dalam menyelesaikan masalah oleh kanak-kanak, kadang-kadang kita dapat lihat mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan cara melucukan tetapi masalah itu selesai.