Anda di halaman 1dari 12

4.0 CADANGAN AKTIVITI MUZIK TOKOH-TOKOH 4.

1 Aktiviti muzik Kodaly Teknik Kodaly adalah pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan melalui aktiviti nyanyian secara berurutan daripada prinsip bunyi sebelum simbol, dengan kata yang lain, mudah sebelum kompleks dan konkrit kepada abstrak. Nyanyian Nyanyian merupakan asas dalam pendidikan muzik. Ia telah menjadi salah satu teknik yang penting dalam pendekatan Kodaly. Aktiviti yang akan dicadangkan adalah aktiviti nyanyian lagu rakyat kanak-kanak yang akan dinyanyikan oleh murid-murid tahap 1 tahun 3. Contoh lagu rakyat kanak-kanak adalah seperti Nenek Si Bongkok 3, Geylang, Wau Bulan dan sebagainya. Alatan muzik yang akan digunakan adalah vokal, keybod dan alat perkusi untuk menjaga tempo murid. Murid pada permulaan aktiviti akan dikumpulkan dan diberikan sebuah skor muzik kanak-kanak yang bersesuaian. Mereka kemudian akan mendengar guru menyanyi lagu tersebut dan kemudian akan mengikuti nyanyian guru. Guru menyanyikan daripada frasa ke frasa lagu tersebut sambil murid mengikuti nyanyian guru. Murid kemudian akan diarahkan untuk menyanyi sendiri tanpa bantuan guru. Seterusnya guru akan menilai setiap murid dan memilih murid yang sesuai untuk menyanyikan part-part yang bersesuaian. Murid kemudiannya akan dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu suara soprano dan bes. Renj Suara soprano dan bes adalah mudah untuk dikuasai berbanding tenor dan alto. Kepada murid yang mempunyai suara yang berpic tinggi, mereka akan diletakkan di dalam kumpulan soprano. Manakala murid yang mempunyai suara yang berpic rendah akan diletakkan di dalam kumpulan bes. Setelah berjaya mengagihkan murid. Guru kemudiannya akan melatih kedua-dua kumpulan mengikut jenis suara mereka. Nyanyian merupakan aktiviti yang penting dalam teknik Kodaly. Ia dapat memberikan gambaran yang mudah kepada murid mengenai elemen asas muzik. Selain itu ia juga adalah aktiviti untuk murid berseronok dan bergembira.

Aktiviti Pendengaran Dalaman Pendengaran dalaman atau inner hearing merupakan kemahiran yang agak kompleks dan sukar untuk dijelaskan. Ia adalah kemahiran mendengar dan memikirkan melodi atau muzik tersebut secara mental dan membunyikannya. Ia adalah agak sukar untuk diajar kepada kanak-kanak namun boleh disampaikan melalui permainan aktiviti muzik yang mudah dan menyeronokkan. Permainan Mesej Rahsia: Guru memberikan sehelai skor muzik pendek kepada seorang murid. Murid tersebut kemudiannya akan menyanyi dengan berbisik kepada guru. Murid sebelum itu akan diberikan masa yang mencukupi untuk memahami keratan tersebut dengan senyap ( murid tidak mengeluarkan apa-apa bunyi melodi). Meneka Lagu: Guru menggunakan isyarat tangan untuk memainkan melodi dan murid-murid akan menyanyikan melodi tersebut dengan senyap di dalam kepala. Masa yang mencukupi akan diberikan kepada murid-murid. Kemudian salah seorang murid akan diminta untuk menyanyikan melodi tersebut dihadapan secara solfa ataupun la-la. Guru perlu menyediakan papan solfa dan carta isyarat tangan kerana ia akan digunakan dalam aktiviti ini. Memikirkan not ke. 5: Satu lagu rakyat yang dipilih mempunyai nada G sebagai do. Murid-murid akan diarahkan untuk menyanyi dua bar pertama dan ia adalah not E dan apabila sampai ke bar ketiga terdapat perubahan nada ke D (do) dan secara automatiknya mereka akan menyanyikan not B (yang sepatutnya mi) sebagai la.

Penghafazan Kanak-kanak biasanya suka apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara menghafaz atau learning by heart. Berikut adalah contoh aktiviti menarik yang boleh dilakukan untuk meningkatkan teknik penghafazan muzik murid-murid: Contoh 1: Guru menggunakan isyarat tangan untuk menggambarkan melodi kepada murid-murid. Kemudian murid akan menyanyikan secara spontan melodi tersebut sambil menunjukkan kembali isyarat tangan tersebut. Aktiviti akan diulang dengan motif-motif yang pendek. Contoh 2: Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafazan. Murid diberi sehelai kertas di mana di bahagian kiri telah diisi dengan not-not pada baluk. Di bahagian kanan pula dikosongkan. Kemudian, murid akan mendengar guru memainkan 2 atau 3 not di kibod secara berulang-ulang. Murid akan diberi masa untuk berfikir dahulu sebelum menulis balik not-not tersebut di baluk sebelah kanan. Setelah selesai murid akan diarahkan untuk menyanyikan not-not yang ditulis tersebut

4.2 Aktiviti muzik Carl Orff Carl orff menggabungkan aspek bahasa, muzik dan pergerakan. Aktiviti pergerakan adalah penting kerana ia menonjolkan irama muzik tersebut. Selain itu Orff juga mementingkan alat muzik perkusi kerana ia adalah asas kepada irama. Berikut adalah contoh aktiviti yang mengambil kira pendekatan Orff di dalam pengajaran dan pembelajaran muzik: Ruang pengajaran dan pembelajaran Orff Pengajaran dan pembelajaran Orff lebih sesuai dilakukan di ruang yang terbuka di mana selesa bagi kanak-kanak untuk bergerak. Perletakan instrumen orff juga perlu difikirkan dengan teliti agar tidak mengganggu aktiviti bergerak dan biasanya instrumen tersebut disusun di dalam ruang semi bulatan. Ini bertujuan bagi memudahkan murid untuk mendengar dan melihat antara satu sama lain. Instrumen Orff perlu diletakkan di atas bangku-bangku keci agar mudah dan selesa dimainkan selain daripada menghasilkan permainan yang betul. Piano juga boleh digunanakan tetapi sebenarnya alat muzik ini adalah amat terhad penggunaannnya kerana ia hanya dimainkan sebagai tambahan kepada tekstur bagi muzik yang dimainkan. Dalam pendekatan Orff, persembahan ensembel adalah hasil yang hendak dicapai sama ada ensembel dalam pertuturan, nyanyian, pergerakan, dan permainan alat muzik. Rajah di bawah adalah contoh yang dicadangkan sebagai ruang pengajaran dan pembelajaran Orff:

E B

F C A

Rajah 1: Susunan Bilik Darjah Orff

Petunjuk: A. Meja Alat Perkusi B. Rak Kasut C. Ruang kosong D. Instrumen Orff E. Timpani F. Stereo dek G. Piano Irama dalam Pergerakan Irama dalam pergerakan adalah aktiviti yang dicadangkan dalam pendekatan Orff. Berikut adalah langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti ini 1. Gunakan simbol dan gambar haiwan untuk membantu pertuturan berirama.

# : moo

@ : kwek

% : cit

2. Tambah aktiviti kinestetik seperti menepuk paha sambil bertutur 3. Reka frasa pertuturan untuk lapan kiraan contohnya moo untuk minim, kwek untuk krocet dan cit untuk kuaver. 4. Improvasasi dengan menggunakan alat piano untuk moo, tengah kwek dan tinggi cit. 5. Bahagikan kelas kepada tiga kumpulan: lembu, itik dan burung. Bunyikan mengikut kumpulan dan tukar kumpulan bagi murid-murid merasai bunyi dengan irama pergerakan. 6. Improvisasi dengan menggabungkan bunyi lembu dan itik, bunyi lembu dan burung, dan sebagainya. 7. Gunakan alat perkusi yang mempunyai warna ton yang berbeza dan minta murid respon kepada bunyi alat tersebut melalui pergerakan. Contohnya: #: Simbal @: Kayu tik-tok %: loceng register rendah

4.3 Aktiviti muzik Dalcroze Eurhythmics Eurhythmics ialah pergerakan yang menyeluruh yang melibatkan seluruh anggota tubuh badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan manusia menjadi alat utama. Punca atau perkara asas kepada seni muzik adalah emosi manusi. Tidak memamdai semata-mata untuk melatih minda telinga atau suara; seluruh tubuh badan perlu dilatih sebab ia merupakan bahagian penting yang boleh meningkatkan perasaan halus, kepekaan, kebolehan menganalisis bunyi muzik dan perasaan. Eurhythmics memerlukan penglibatan murid yang secara menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana murid itu akan: Mendengar Merasai Berimaginasi Menginterpretasi bunyi Bertindak atau memberi respon membuat pergerakan

Aktiviti pergerakan Eurhythmics terbahagi kepada 2 jenis: Bukan lokomotor: Contohnya: menepuk, berpusing, mengayun, membongkok, memintal, melentik dan lain-lain Lokomotor: Contohnya: berjalan, melompat, berlari, merangkak, bergolek, skip, dan lain-lain. Di dalam kelas, guru akan memainkan sebuah lagu yang bertemakan patriotisme. Kemudian guru mengarahkan murid untuk menghasilkan pergerakan badan secara bebas mengikut tempo, irama, dan ekspressi lagu yang dimainkan. Murid yang dapat menunjukkan pergerakan badan yang menarik dan sesuai dengan lagu tersebut akan diberikan hadiah seperti pensel ataupun mana-mana

alat tulis. Guru boleh mengulang aktiviti dengan menggunakan lagu yang bertemakan kesedihan, kegembiraan dan lain-lain tema yang bersesuaian.

Solfege Solfege adalah pengetahuan tentang melodi dan harmoni. Solfege dalam pendekatan Dalcroze adalah satu latihan pendengaran. Pendengaran boleh mempertingkatkan kesedaran pic, perbezaan ton da perbezaan kualiti ton. Pendengaran dalaman juga dapat meningkatkan daya ingatan. Komponen asas dalam sebutan solfege adalah do, re, mi, fa, so, la, ti, do. Sebutan tersebut mempunyai versi yang berlainan mengikut dialek-dialek negara masing-masing. Terdapat juga sebutan untuk not-not minor seperti me dan le. Antara contoh aktiviti solfege adalah: Murid-murid diarahkan untuk menyanyikan sebuah lagu dengan

menggantikan lirik kepada solfege. Guru memberikan murid keratan skor dan murid kemudian menyanyikan skor tersebut dengan menggunakan solfege. Guru memberikan latihan nyanyian skel kepada murid dengan

berbantukan piano. Guru memberikan latihan vokal arpeggio dengan mengapplikasikan solfege.

REFLEKSI MOHD NAZERIN ADHA BIN ABDUL WAHAB Melalui kerja kursus ini saya telah mempelajari mengenai tokoh-tokoh pendidikan muzik dan pendekatan yang ditekankan oleh mereka. Mereka adalah tokoh yang telah banyak memberi impak kepada perkembangan pendidikan muzik sehingga kini. Mereka merupakan individu yang perlu dijadikan sebagai rujukan oleh golongan guru muzik seperti saya dan rakan-rakan. Di dalam kerja kursus ini saya telah ditugaskan untuk menghasilkan aktiviti berdasarkan daripada pendekatan 3 tokoh tersebut. Kodaly telah banyak merangka aktiviti untuk pengajaran dan

pembelajaran muzik di dalam bilik darjah. Beliau mementingkan nyanyian lagu rakyat dan lebih mementingkan vokal berbanding instrumen-instrumen yang lain. Beliau merupakan salah seorang individu yang amat berjiwa patriotisme kerana minatnya untuk mengumpul lagu-lagu rakyat Hungary. Lagu-lagu yang telah dikumpulnya tersebut kini masih dijadikan rujukan umum kepada sesiapa yang berminat. Kodaly mementingkan vokal berbanding instrumen yang lain kerana baginya vokal adalah lebih mudah untuk dikuasai oleh kanak-kanak dan tidak memerlukan kemahiran yang khas untuk dimainkan seperti instrumen-instrumen yang lain. Saya telah meneliti pendekatan yang ditekankan oleh Kodaly dan akan mengapplikasikan pengajaran beliau seperti bernyanyi koir dan menggunakan muzik rakyat sebagai bahan utama dalam pembelajaran. Carl Orff mementingkan alat muzik perkusi di dalam pengajaran dan pembelajaran muzik beliau. Hal ini adalah kerana, bagi beliau melalui permainan alat perkusi, irama dan tempo akan kedengaran lebih jelas dan teratur. Beliau juga mementingkan nyanyian di dalam pengajaran kerana ia adalah asas kepada pengajaran dan pembelajaran muzik kepada kanak-kanak. Beliau telah mengumpul dan mengelaskan kumpulan-kumpulan alat muzik perkusi di bawah satu nama iaitu Instrumen Orff.

Beliau

mementingkan

permainan

perkusi

di

dalam

kelas

dan

mementingkan pertuturan bermelodi, chant dan lagu atas garisan sebagai elemen yang penting dalam pengajaran muzik di dalam kelas. Orff juga ada menyentuh mengenai pergerakan di dalam aktiviti muzinya kerana bagi beliau kanak-kanak adalah sangat aktif dan memerlukan ruang untuk bergerak bebas. Dalcroze merupakan tokoh muzik yang telah banyak memberikan impak di dalam pendidikan muzik sehingga masa kini. Beliau mementingkan kaedah muzik aural sebagai yang terpenting di dalam pengajaran beliau. Selain itu beliau juga menjadikan pergerakan sebagai elemen yang penting kerana ia adalah salah satu medium untuk murid-murid meluahkan perasaan mereka. Namun begitu saya, pendidikan aural amat sukar untuk dikuasai terutamanya kepada kanak-kanak kerana ia memerlukan pendedahan yang menyeluruh mengenai muzik dan memerlukan persekitaran muzik aktif yang berterusan. Jika dilihat di negara kita, muzik tidak berapa berkembang seperti di negara-negara eropah. Perkara ini amat menyedihkan namun saya bertekad untuk menjadi salah seorang guru muzik yang akan berusaha untuk menyalur ilmu yang berkualiti kepada anak didik saya kelak. Saya berharap agar ilmu yang saya perolehi melalui kerja kursus ini akan menjadi ajaran yang berguna kepada anak murid saya kelak dan saya akan mengapplikasikan pendekatan tokoh-tokoh muzik tersebut untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran saya kepada murid-murid di dalam kelas.

RUJUKAN Choky, Lois. (1982). The Kodaly Method. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall Caroline Ling (1989). Pembelajaran Muzik. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Cikgu Zaedi Ahmad. (2011) Kaedah Dalcroze http://pgsrmuzik08iptho.net/dalcroze.html Edith E. Wax (1979). Dalcroze Dimension. Mostly Movement Ltd. Roslyn, N.Y Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Guru. Pergerakan Kreatif. Pusat Perkembangan Kurikulum (1991) Salmah Ayob (1992). Pergerakan Kreatif dan Pendidikan. P.J: Flo Enterprise Sdn. Bhd. Sukatan Pelajaran Muzik KBSR, (2000): Kementerian Pendidikan Malaysia Syazayasmin. (2011). Zoltan Kodaly http://www.slideshare.net/syazayasmin/zoltan-kodaly ariff_55994317. (2012). Pendekatan Muzik Carl Orff. http://www.scribd.com/doc/84335605/pengajaran-Orff