Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

1. -

Penulisan Esei Teknik-teknik vokal dan prosedur latihan sebelum, semasa dan selepas menyanyi Analisa skor lagu wajib dan pilihan dalam persembahan solo

2 - 10

2.

Rujukan

11

3.

Refleksi

12 - 13

4.

Kompilasi nota-nota rujukan berkaitan teknik-teknik vokal

5.

Lampiran

TEKNIK-TEKNIK VOKAL DAN PROSEDUR LATIHAN SEBELUM NYANYIAN, SEMASA MENYANYI DAN SELEPAS MENYANYI

Vokal adalah alat muzik yang paling tua dalam sejarah kebudayaan manusia. Suara kita adalah alat muzik yang semulajadi sifatnya. Untuk menjiwai muzik, pembelajaran muzik harus dimulakan dengan alat muzik semula jadi iaitu suara sendiri.(Johami Abdullah, 1993). Menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara. Oleh itu pengetahuan tentang teknik-teknik vokal adalah amat penting untuk mendapatkan nyanyian yang baik.

TEKNIK-TEKNIK VOKAL Teknik-teknik vokal merangkumi pengetahuan tentang pedagogi vokal yang berkait dengan anatomi tubuh semasa penghasilan suara. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam nyanyian kedudukan badan atau postur dalam nyanyian perlu dititikberatkan.

Postur dalam nyanyian. Postur yang baik bermaksud menggunakan badan dalam keadaan seimbang supaya otototot pernafasan dapat dengan mudah membantu penyanyi mengeluarkan suara yang diingini tanpa ada sebarang halangan fizikal. Oleh itu menyanyi dengan postur yang betul merupakan langkah yang terbaik. Antara postur asas semasa menyanyi terdiri daripada postur berdiri dan postur duduk. Untuk menyanyi dengan postur berdiri, kaki perlulah dibuka sedikit dengan satu kaki dihala sedikit ke hadapan. Berat badan penyanyi perlu diimbangkan di hadapan tapak kaki dan bukan di bahagian tumit. Lutut pula perlulah dilonggarkan sedikit bagi mengelakkan ketegangan. Pinggang kehadapan sedikit, bahagian abdomen perlu rata, keras dan dalam keadaan selesa. Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada dan bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok. Lengan penyanyi perlulah dalam keadaan selesa untuk bergerak dan sekiranya memegang skor lagu, elakkan terlalu tinggi kerana ini akan menyebabkan muka penyanyi terlindung atau jika terlalu rendah, ini akan menyebabkan

penyanyi menunduk ketika menyanyi. Pada bahagian kepala pula dagu perlulah selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau menunduk. Bagi penyanyi yang menyanyi dalam keadaan duduk pula postur duduk yang betul ialah kaki penyanyi hendaklah dibuka dengan satu kaki dihala sedikit ke hadapan. Tapak kaki hendaklah diletakkan rata di atas lantai pada posisi yang seimbang agar penyanyi boleh menyokong keseluruhan badannya semasa duduk. Bahagian pinggang perlulah sedikit ke hadapan, manakala bahagian abdomen perlulah rata, keras dan dalam keadaan selesa. Bahagian dada dibuka seperti mendabik dada. Bahagian bahu ditolak ke belakang iaitu tidak membongkok. Lengan pula dalam keadaan selesa bergerak dan sekiranya memegang skor lagu, elakkan terlalu tinggi yang akan menyebabkan muka terlindung atau terlalu rendah yang akan menyebabkan penyanyi menunduk ketika menyanyi. Tangan penyanyi boleh diletakkan di atas peha sambil bergerak selesa manakala di bahagian kepala pula, dagu perlulah selari dengan lantai iaitu tidak mendongak ke atas atau menunduk.

Kaedah pernafasan dalam nyanyian Salah satu teknik vokal yang perlu dititikberatkan dalam nyanyian ialah pernafasan. Pernafasan dalam nyanyian merupakan satu perkara yang sangat penting dalam mencapai kesempurnaan dalam nyanyian. Bagi percakapan harian bunyi tidak dilanjutkan seperti dalam nyanyian, oleh itu nafas boleh diambil di merata-rata tempat yang dikehendaki mengikut keselesaan, tetapi dalam nyanyian yang mempunyai pic, irama dan melodi seseoramg penyanyi memerlukan kawalan pernafasan yang lebih dinamik bagi

mengelakkan nafas diambil pada bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya untuk menjaga keindahan sesebuah lagu yang disampaikan. Selain itu penggunaan ekspresi dan rangkaian lagu dalam nyanyian juga memerlukan kawalan pernafasan. Bagi mengawal pengeluaran udara yang betul, pengetahuan penyanyi terhadap tindakbalas tubuh badan yang berlaku semasa menyanyi adalah amat penting. Pernafasan dalam nyanyian melibatkan paru-paru, diafragma dan bahagian bawah abdomen. Nyanyian yang betul ialah dengan berjaya menghabiskan satu frasa dengan satu nafas sahaja. Ini akan hanya berlaku dengan kawalan pernafasan yang betul semasa menyanyi. Apabila penyanyi faham berkaitan proses pernafasan dalam nyanyian maka penyanyi akan bertindak menyedut udara dan melepaskannya perlahan-lahan mengikut suku kata dalam nyanyian tanpa membazirkan tenaga mengawalnya.

Terdapat empat frasa dalam kawalan pernafasan iaitu fasa satu, menarik nafas iaitu perut dan rangka rusuk mengembang. Fasa kedua berhenti seketika. Fasa ketiga, menghembus nafas iaitu nafas dilepaskan sedikit-sedikit ketika menyanyi dan fasa keempat ialah pulih kembali iaitu penyanyi dalam keadaan rileks dan bersedia untuk kembali ke fasa satu. Panjang sesuatu nafas dilakukan dengan menyedut nafas secara mendalam dan melepaskannya secara perlahan-lahan dengan dibantu oleh kawalan otot diafragma. Diafragma perlu dikawal dengan cara mengeraskan bahagian sekeliling pinggang semasa pengeluaran udara berlaku. Bagi memastikan bekalan udara cukup hingga ke akhir frasa, bahagian diafragma harus dipastikan terus ditekan atau mengeras supaya ianya terus menyokong pengeluaran udara yang lebih panjang. Sokongan pernafasan dapat dilakukan dengan memperkemaskan otot-otot abdomen, mencipta tekanan yang tinggi pada abdomen dan thorax supaya difram dalam keadaan rileks dan terkawal. Ini melibatkan bahagian-bahagian badan, otot serta kaitannya dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh paru-paru larynx untuk menghasilkan ton yang terbaik dan berupaya menyanyikan frasa lagu dan not-not panjang. Penyanyi akan dapat mengawal nyanyian. Untuk mencapai teknik ini memerlukan latihan demi latihan yang berterusan. Untuk itu otot diafragma dilatih untuk bekerja bagi menyokong pengaliran nafas yang lebih lama semasa menyanyi. Penyanyi yang berjaya mengawal pernafasan mereka tidak memerlukan tenaga yang banyak semasa menyanyi dan mampu mengeluarkan ton suara yang lebih menyeluruh.

Sebutan Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ-organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada kordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten.

PROSEDUR LATIHAN SEBELUM MENYANYI, SEMASA MENYANYI DAN SELEPAS MENYANYI

SEBELUM MENYANYI 1. Membina keyakinan diri, Seseorang penyanyi itu perlu bersikap optimistik, bersikap saya boleh dan mempunyai keyakinan untuk menyampaikan sesuatu persembahan nyanyian itu dengan baik. Seseorang penyanyi itu perlu pandai menghindarkan perasaan takut dan

memperbanyakkan latihan menyanyi di depan umum. Seseorang penyanyi itu perlu memilih lagu dan teknik nyanyian yang mudah dikuasai sebagai permulaan. Banyakkan latihan untuk mepupuk daya konsentrasi kepada intepretasi, kecantikan dan makna lagu yang dipilih ketika menyanyi. Persiapan yang rapi untuk membina kenyakinan diri dari segi kekuatan dan mutu suara perlu dibuat.

2. Prinsip dan peraturan dalam latihan persembahan nyanyian. Setiap penyanyi perlu menentukan objektif pencapaian yang hendak dicapai pada setiap kali aktiviti latihan yang dihadiri. Berlatih dengan latihan yang berkualiti dan berkonsentrasi untuk mendapatkan nyanyian berkualiti. Seseorang penyanyi itu perlu memberi fokus kepada teknik - teknik dalam nyanyian. Teknik sebutan adalah penting. Organ-organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada kordinasi di antara organ organ tersebut. Dalam nyanyian sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten. (Kursus Orientasi Kurikulum KBSR ( Semakan) JPN Pulau Pinang, 2003 : 2 ) Postur badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran suara semasa menyanyi. Secara

konvensionalnya postur berdiri yang perlu diberi perhatian ialah kaki berdiri tegak dengan 5

keadaan kaki direnggang sedikit, lutut dilonggarkan atau rileks, belakang badan dan kepala dalam keadaan lurus, dada dinaikkan, bahu ditarikkan ke belakang sedikit, dagu mendatar dan tangan disisi. Manakala postur duduk pula perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah bahagian badan hingga kepala keadaannya adalah sama seperti postur berdiri, belakang badan tidak bersandar, punggung diletakkan di tengah kerusi, kaki diletakkan di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit dan tangan diletakkan di atas peha. Seseorang penyanyi juga perlu berlatih untuk membina pengawalan pernafasan yang baik. Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang penyanyi dapat menghasilkan ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Penyanyi juga dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa. Kemahiran mengawal pernafasan boleh dibina melalui latihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm up atau latihan persediaan. Antara latihan pernafasan yang boleh dilakukan ialah latihan menghembus dan menarik nafas, latihan bernafas secara cepat, latihan pernafasan staccato dan latihan sebutan bunyi Hiss atau Hoo. Fokus kepada ton yang ekspresif dan bermutu. Latih untuk menghasilkan ton yang cantik dan ekspresif. Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengawalan organ vokal seperti mulut, bibir, rahang dan lidah bagi memanipulasi suara.(Kursus Orientasi Kurikulum Pendidikan Muzik (Semakan) JPN Pulau Pinang, 2003 : 5 ). Latihan untuk menghasilkan ton yang baik ialah dengan memulakan latihan dengan nyanyian vokal asas (a, e, i, o, u), mulakan latihan dengan sebutan vokal secara lembut dan kemudian beransur-ansur kuat dan membuat latihan dengan nilai not yang pendek dan kemudian beransur-ansur dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang. Penyanyi perlu memastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan dalam keadaan kerongkong terbuka. Penyanyi juga boleh membuat latihan skel atau arpeggios iaitu bermula dengan latihan vokal yang mudah. Bagi latihan nyanyian lagu, mulakan dengan latihan lagu yang telah dikuasai dahulu dan kemudian diikuti dengan lagu yang baru. Fokus kepada frasa yang lemah.

3. Pemilihan lagu Pemilihan lagu mestilah mempunyai kesesuaikan suara dari segi julat suara , gubahan harmoninya, umur penyanyi dan kematangan muzikal. Pemilihan lagu atau repertoire juga perlulah yang dapat memberikan pembelajaran, kemahiran muzikal baru yang dapat diterokai seperti dari aspek tension, release, harmoni dan dinamik.

Lagu-lagu yang dipilih pula perlulah dianalisa skor lagunya, mengkaji bahagian-bahagian yang sukar, pengfrasaan, ekspresi dan mud dalam lagu tersebut. (Raja Azuan Nahar Raja Adnan, Mohd Azam Sulong, 2008 : 22). Kesuaian lagu merangkumi bukan sahaja dari aspek tajuk atau teks lagu, malah merangkumi aspek bentuk lagu, melodi lagu termasuk julat not not serta jeda dalam gubahan, harmoni lagu yang melibatkan lapisan suara dan tekstur suara, perubahan-perubahan irama atau rhythm, tanda-tanda ekspresi dan dinamik dalam lagu, menentukan tempat yang sesuai bagi pernafasan dan lain-lain kesukaran yang mungkin akan dihadapi semasa nyanyian.

SEMASA PERSEMBAHAN Seseorang penyanyi itu perlu menjaga displin, postur badan yang betul dan penampilan diri yang dapat menunjukkan keyakinan diri yang tinggi ketika membuat persembahan. Menyampaikan lagu dengan ton yang cantik dan ekspresif. Penguasaan dan pengawalan pernafasan yang baik dan dapat menumpukan konsentrasi, mengintepretasi kecantikan dan makna lagu semasa menyanyi. Antara aspek aspek persembahan yang penting ialah irama dan pic. Untuk menghasilkan suatu persembahan nyanyian yang baik dua elemen ini perlulah difahami dan dikuasai. Aspek yang seterusnya ialah intonasi dan kualiti ton yang baik Kualiti ton pula bergantung kepada pengeluaran suara yang sedap didengar. Bagi aspek pengfrasaan pula, setiap penyanyi perlulah dapat menyanyi mengikut frasa yang betul. Menyanyi mengikut pengfrasaan yang betul dapat memastikan penyanyi itu dapat menjelaskan makna disebalik lagu yang dinyanyikan, setiap perkataan yang disebut. Penyanyi perlulah menyanyi dengan penuh ekspresi bermaksud penyanyi itu berusaha untuk meluahkan perasaan yang sesuai dengan makna sesuatu muzik yang hendak disampaikan. Untuk mempastikan sesuatu mud dapat disampaikan melalui muzik, dalam Raja Azuan Nahar Raja Adnan dan Mohd Azam Sulong (2008 : 70), J. Timothy Caldwell (1995) mengatakan kita perlu mengambil kira bagaimana penonton dapat merasa bersama perasaan yang kita sampaikan melalui sesuatu persembahan. Aspek perubahan dinamik juga perlu dititik beratkan semasa menyanyi. Dinamik merupakan kuat atau lembut sesuatu bunyi dalam muzik.Apa yang kita maksudkan serta mud yang digunakan tentu sekali ada kesannya terhadap cara nyanyian yang hendak disampaikan. Bercakap secara lembut untuk meminta simpati dan kesedihan, kuat untuk tujuan kegembiraan dan sebagainya.

SELEPAS PERSEMBAHAN

Penilaian persembahan nyanyian Bagi persembahan nyanyian seseorang penyanyi itu boleh dinilai dari aspek penampilan, postur badan yang menunjukkan keyakinan diri yang tinggi ketika menyampaikan persembahan. Penyampaian lagu dengan ton yang cantik dan ekspresif, penguasaan dan pengawalan pernafasan yang baik dan dapat menumpukan konsentrasi mengintepretasi kecantikan dan makna lagu semasa menyanyi.

ANALISA SKOR LAGU

Lagu Jauh-Jauh Skor lagu Jauh-Jauh yang ditulis oleh Jimmy Boyle ini adalah dalam nada E minor. Ini adalah berdasarkan kepada tanda nada dan tanda accidental pada bar ke 20 dalam skor lagu ini.

Melodi merupakan kombinasi not-not atau pic yang membentuk satu kontur. Pergerakan pic dalam skor lagu ini bergerak secara menaik, menurun, mendatar atau berulang. Pic yang paling tinggi ialah pic D dan pic yang paling rendah ialah pic B.

Irama lagu ini adalah mudah dan terdapat pengulangan. Jenis not yang digunakan dalam lagu ini adalah semibrif, minim bertitik, minim, krocet dan kuaver. Lagu ini adalah dalam meter 4. 4 Dinamik lagu ini berubah-ubah. Terdapat perubahan dinamik dari sederhana kuat kepada kuat. Juga terdapat perubahan dinamik dari sederhana kuat kepada sederhana lembut. Tempo lagu ini adalah agak lambat seperti ditandakan pada awal lagu.

Kesimpulannya, kita perlu mengkaji lagu ini sebelum lagu ini dinyanyikan. Latihan di bahagian yang sukar dinyanyikan perlu diberikan latihan yang betul.

Lagu Caro Mio Ben Lagu ini dinyanyikan dalam nada C Major. Berdasar skor lagu ini, didapati terdapat pengulangan irama dalam lagu ini. Dari segi susunan pic terdapat pic yang tinggi dan pic yang rendah. Walaubagaimanapun, apa yang diperhatikan didapati penggunaan not-notnya terdiri daripada pic yang rendah. Pic yang paling tinggi ialah pic D dan pic yang paling rendah ialah pic B. Irama lagu ini adalah mudah dan terdapat pengulangan. Jenis not yang digunakan dalam lagu ini adalah minim, krocet, kuaver bertitik, kuaver dan semikuaver. Lagu ini adalah dalam meter 4. Dalam lagu ini juga banyak digunakan ornament. 4

Dari segi dinamik pula terdapat perubahan dinamik pada lagu ini. Perubahan dinamik daripada kuat kepada sangat lembut dan bertukar semula kepada sederhana kuat. Terdapat juga perubahan dinamik daripada kuat kepada lembut. Setelah dianalisa didapati terdapat banyak bahagianbahagian yang sukar untuk dinyanyikan, terdapat banyak tanda slur yang menyukarkan nyanyian. Kaden Lagu ini dimainkan dalam Kaden lengkap dengan kord V-I.

Kesimpulannya lagu Caro Mio Ben ini, memang sukar untuk dinyanyikan. Penyanyi perlu mengkaji skor dan membuat analisis skor sebelum menyanyikan lagu-lagu ini supaya dapat menyanyikannya dengan baik.

10

Rujukan

Johami Abdullah (1993), Pendidikan Muzik Semasa, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur

Kursus Orientasi Kurikulum Pendidikan Muzik (Semakan) (2003), JPN P. Pinang

Raja Azuan Nahar Raja Adnan dan Mohd Azam Sulong (2008), Pengajaran Muzik 6, Open University Malaysia,

11

REFLEKSI

Pada sesi kedua kuliah untuk semester yang keempat iaitu pada 23 Februari 2013 yang lalu, pelajar Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek Semester 4 oleh pensyarah bagi Kursus Alat Muzik Utama Vokal iaitu Puan Hanizah Binti Abdul Bahar. Kami telah diberi tugasan secara individu untuk mencari bahanbahan rujukan yang bersesuaian mengenai taknik-teknik vokal, menyediakan sebuah penulisan mengenai teknik-teknik vokal yang boleh diaplikasikan dalam membuat persiapan untuk menyanyikan lagu yang dipilih secara solo dan menganalisa skor lagu yang dipilih. Kami diberi masa selama beberapa minggu sahaja untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang agak singkat itu, saya mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang tajuk tugasan. Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada pensyarah, perasaan yang terdetik di dalam hati ialah sama ada mampu atau tidak untuk menyiapkan tugasan ini sebelum tibanya tarikh penghantaran. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku pertindihan waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain. Saya terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Sepertimana yang diketahui, banyak dugaan atau rintangan yang terpaksa saya lalui dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Masalah masa, kurang memahami konteks soalan, dan sebagainya terus menghantui saya sejak awal lagi. Selain itu, banyak kerja kursus dan aktiviti lain yang bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan semangat saya. Namun, sebagai seorang pendidik saya melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk menanganinya. Sebagai langkah awal, saya mula bergerak untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan daripada internet, buku-buku dan sebagainya. Banyak maklumat dan data yang saya peroleh daripada bahan-bahan tersebut. Pembahagian masa amat penting ketika ini. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah dan rujukan pada rakan-rakan yang berpengalaman dapat menjadi penyelesaian yang amat berguna.

12

Akhirnya, setelah menempuh pelbagai halangan dan rintangan, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya berpuas hati dengan usaha saya kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini. Saya juga bersyukur kerana mendapat pelbagai pengalaman baru dan dapat digunakan dalam menempuh arena perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang.

13

Lampiran

14