Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, dengan kasih sayang-Mu, kami mohon Kau limpahkan kesejahteraan buat organisasi ini.

Kurniakan keharmonian yang berpanjangan buat semua warga kerja di syarikat ini. Kau kuatkanlah diri setiap daripada kami dengan kekuatan iman dan taqwa yang sejahtera. Wahai Tuhan yang Maha Pemberi Nikmat, Kau jadikanlah organisasi ini sebagai satu organisasi yang berjaya, dan disegani dikalangan syarikat yang ternama di Malaysia ini. Begitu juga Kau jauhkanlah organisasi ini serta warga kerja seluruhnya daripada kejahatan manusia serta makhluk-makhlukMu yang lainnya. Kau hancurkanlah perancangan makhluk-makhluk yang tidak senang dengan keadaan kami di sini. Kami sedar bahawa hanya Kau sahaja yang mampu mengawal setiap gerak geri hamba-hambaMu. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.